Selasa, 3 Januari 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Ahli Parlimen UMNO Bakal Keluar Dari UMNO?

Posted: 03 Jan 2012 07:13 PM PST

Menurut www.kl-today.com, ahli parlimen UMNO beaufort akan keluar UMNO? Siapa dapat pastikan berita ini?

AHLI PARLIMEN BEAUFORT KELUAR 

JANUARY 4TH, 2012

http://www.kl-today.com/2012/01/ahli-parlimen-beaufort-keluar-umno/

Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin jika mahu keluar daripada Umno BN.Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

"Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN.
"Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu," katanya.

Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim (gambar) untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.
"Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.
"Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin Umno BN," ujar Lahirul.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dariUmno dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana.

Desas desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambah Lahirul, sifat pemimpin Umno BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada Umno BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan.

"Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada Umno bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan Umno mendapat majoriti mudah mentadbir negeri," jelasnya.

Zaid Ibrahim Kata Raja Petra Di Pihak Salah

Posted: 03 Jan 2012 12:11 AM PST

Petra di pihak salah

3 January 2012

http://www.partikita.com/?p=710

Petra di pihak salahDua minggu lalu, saya menulis tentang bagaimanakah kita boleh menjadikan pembangkang lebih kuat. Saya mencadangkan agar pihak pembangkang harus mengambil pendekatan yang inklusif dan tidak membiarkan perbezaan kecil dengan cara mewujudkan barisan bersatu.

Ini bermakna termasuk kumpulan kecil atau sampingan yang berada di dalam stratosfera politik. Saya juga berkata bahawa kita tidak harus lupa Hindu Rights Action Force atau Hindraf, dan penulis blog Raja Petra Kamarudin, yang mana kedua-dua ini merupakan pemain utama dalam kebangkitan politik 2008.

Jadi, saya terkejut apabila membaca New Sunday Times pada hari tahun baru yang menyiarkan temu bual dengan Raja Petra yang telah dijalankan di Singapura. Bukannya dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan mengenai Anwar Ibrahim yang mana dia tidak pernah pun menyebutnya sebelum pilihan raya Sarawak dahulu. Ia adalah perkara yang sama, dan saya tidak akan mengulanginya lagi. Apa yang saya kurang faham ialah mengapa Raja Petra memilih untuk menyerang Anwar dari semua sudut – dan pada masa yang sama mahu melihat pembangkang menjadi lebih kuat.

Benar kata Raja Petra, apabila mendakwa pihak pembangkang tidak hanya mengenai Anwar dan nasib politik beliau. Ia sebuah gerakan yang lebih besar, dan menjadi suara alternatif yang kuat buat rakyat. Tetapi, ia tidak logik untuk mengalih sebahagian daripada parti-parti pembangkang (yang sememangnya Anwar sebahagian daripada gerakan ini) dan mengatakan bahawa itulah caranya menjadikan pembangkang lebih kuat.
Pembangkang mungkin tidak dapat memenangi Pilihan Raya Umum akan datang, tetapi kepada kita yang mahu melihat kebebasan dan demokrasi yang lebih baik dan amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang berkurangan, perjuangan tetap perlu diteruskan walau apa jua rintangan yang menghalang. Pilihan raya akan datang setiap lima tahun dan satu hari nanti, kita akan pasti menang.

Saya rasa terpaksa mengulangi apa yang saya katakan sebelum ini, tetapi dengan sedikit pembetulan. Kami harus menjadi inklusif dan kita tidak boleh tidak termasuk orang-orang kita yang mahu melihat pembaharuan dan perubahan dalam cara negara kita diperintah.

Kita perlu berjuang untuk perpaduan dan keharmonian untuk seluruh rakyat Malaysia. Mereka yang mengatakan mahu melihat pembangkang menjadi lebih kuat lagi tetapi sanggup mengenepikan beberapa pemimpin kerana tidak bersetuju, tidak boleh dianggap sebagai sekutu. Petra pasti di pihak yang salah. Di medan perang ini, kita mesti belajar untuk menilai sumbangan semua orang, tetapi hanya untuk orang-orang yang masih mahu melihat demokrasi menyala.

Tiada ulasan: