GoMalaysian |
Pilihanraya Umum Dalam 6 Bulan, Ramal Merdeka Center Posted: 02 Jan 2012 06:42 PM PST Merdeka Center ramal PRU dalam enam bulan Sinar Harian SHAH ALAM - Pilihan raya umum ke-13, yang menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini - sebelum Ramadan, kata firma kajian pandangan umum tempatan. Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, berdasarkan jangkaan beliau, pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun sebab arena politik khususnya Umno, selaku parti teras Barisan Nasional (BN), akan memberi tumpuan ke atas urusan pemilihan parti melibatkan semua peringkat pada akhir tahun. "Saya rasa masa yang ada (yang kondusif), adalah antara sekarang hingga bulan Jun, jadi kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya sebelum akhir Jun," kata beliau kepada Sinar Harian Online. "Saya lihat akan ada banyak acara dan program pada separuh kedua tahun ini. Ini termasuk pemilihan Umno semua peringkat. "Jadi saya tidak melihat (Presiden Umno dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) mahu mengadakan pemilihan parti dan pilihan raya umum pada tempoh yang sama," katanya lagi. Ibrahim juga berkata, perkara-perkara yang diumumkan menerusi Bajet 2012 sudah mula dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu dan ia antara lain akan menjadi petanda-petanda kepada tarikh memanggil pilihan raya umum ke-13. Mandat semasa hanya akan berakhir pada April 2013. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada Mac 2008. Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika BN memanggil pilihan raya awal. Dalam pada itu, bancian yang sedang dikendalikan oleh Sinar Harian Online, setakat pagi tadi, menunjukkan 66 peratus berfikir pilihan raya umum akan dipanggil antara Februari dan Mac ini. Seramai 16 peratus lagi pengunjung memilih tempoh antara bulan Mei dan Jun. Hanya 13 peratus mengharapkan pilihan raya umum diadakan awal tahun depan iaitu di penghujung mandat semasa. Sinar Harian |
Raja Petra Kecam Pakatan, Tegasnya Pakatan Tidak Akan Menang PRU13 Posted: 02 Jan 2012 03:10 AM PST Raja Petra Kamaruddin (RPK) menegaskan yang pembangkang tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum. Menurutnya, ini kerana pembangkang dilihat sukar untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak sedangkan ia penting untuk menubuhkan kerajaan seperti mana yang diharapkan.Kata RPK, pembangkang perlu ke sana yang mempunyai 57 kerusi namun pada PRU lalu mereka hanya memenangi dua daripadanya... RPK: Pakatan tidak akan menang PRU13 www.kl-today.com Raja Petra Kamaruddin (RPK) menegaskan yang pembangkang tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum.Menurutnya, ini kerana pembangkang dilihat sukar untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak sedangkan ia penting untuk menubuhkan kerajaan seperti mana yang diharapkan.Kata RPK, pembangkang perlu ke sana yang mempunyai 57 kerusi namun pada PRU lalu mereka hanya memenangi dua daripadanya. " Secara ideal kita (pembangkang) perlu mendapat 10 atau 15 majoriti kerusi, ini bermakna kita perlu cuba dapat 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak. " Untuk mendapat 35 kerusi, kita mesti mempunyai gabungan yang kuat. Apa yang jadi pada pilihan raya Sarawak baru-baru ini? DAP mencatat prestasi yang begitu baik, tapi itu saja. " Kerana DAP hanya mengambil kerusi Cina, tapi luar pada itu…habis. Mereka tidak boleh menang pilihan raya negeri, apa yang membuatkan anda berfikir mereka boleh menang pada pilihan raya umum nanti?," tegasnya. Beliau berkata demikian dalam temubual dengan wartawan Sunday Times di Singapura baru-baru ini. Dalam pada itu, RPK turut membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya sepatutnya lebih banyak berada di negeri itu untuk menguruskan ekonomi. Kata RPK, Anwar melantik diri sendiri untuk menjadi Penasihat Ekonomi Selangor namun mempersoalkan sumbangannya terhadap negeri berkenaan. [ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!! [ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!! " Dalam tempoh tiga tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kamu sudah keluar negara sebanyak 60 kali…60 kali dalam tempoh hanya tiga tahun! Bukan ke kamu patut berada di sini untuk menguruskan negeri? Menguruskan parti? Menguruskan Pakatan? " Pakatan dalam dalam keadaan begitu serabut, ahli bergaduh sesama sendiri. " Awak tahu apa komennya? Tidak ada komen. Sunyi senyap," tambahnya. Dalam perkembangan yang sama, RPK turut kesal kerana perpecahan dalam pembangkang nampak semakin jelas dan ketara. Katanya, di Pulau Pinang DAP lawan DAP, Perak (DAP lawan DAP), Selangor (PKR lawan PKR, Pas lawan Pas), Johor (PKR lawan DAP) dan begitu juga di Sarawak. Beliau bagaimanapun berkata, beliau tetap tidak menyokong Barisan Nasional. " Saya tidak kata Barisan ialah kerajaan terbaik," kata RPK. Namun katanya, pembangkang tidak menunjukkan bahawa ia boleh menjadi kerajaan yang lebih baik dan itulah apa yang beliau dakwa diberitahu oleh pengundi. http://www.kl-today.com/2012/01/rpk-pakatan-tidak-menang-pru13/ |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan