Isnin, 30 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isu Israel: Che Det Kecewa? Beliau Mungkin Sudah Isu Pasukan Kriket Israel, Lupa Surat Ini

Posted: 30 Jan 2012 02:25 PM PST


Che Det seperti yang dipetik oleh Bernama  berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa.

Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Seperti biasa, kenyataan tentang Palestine tidak dinyatakan dalam berita ini.

Mungkin Che Det sudah lupa surat di bawah ini:



Che Det juga mungkin sudah lupa isu kedatangan pasukan kriket Israel pada tahun 1997.  Pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) oleh PM pada masa itu kononnya atas alasan semangat kesukanan. Namun yang menyedihkan rakyat yang berdemonstrasi menentang usaha itu dizalimi oleh gas pemedih mata dan semburan meriam air oleh pasukan polis.

Sekitar dua ribu rakyat telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang yang sebahagiannya adalah pelajar universiti yang sedang bergelut dengan musim peperiksaan. Peristiwa kemuncak bantahan pada 4 April di hadapan pintu masuk Universiti Malaya itu adalah lanjutan daripada beberapa siri bantahan sebelum itu.

Lokasi masjid Ar Rahman Universiti Malaya menjadi tempat berhimpun. Pada hari Jumaat 4 April, masjid itu menerima kehadiran jemaah solat Jumaat yang begitu banyak jumlahnya. Selesai solat Jumaat, teriakan takbir mula menerjah ruang sekitar masjid dan peserta demonstrasi mula berarak ke hadapan pintu masuk UM. Pihak keselamatan telah melakukan persiapan awal untuk menghalang bantahan ini dengan kerahan ratusan anggota polis berpakaian preman, FRU, malah anggota yang beruniform.

Trak-trak polis dan meriam air telah ditempatkan di perkarangan Balai Polis Jalan Pantai Baru sejak awal pagi 4 April 1997. FRU mula mengeluarkan amaran bersurai namun tak sempat pamitan doa yang dibaca oleh YDP PAS Lembah Pantai, pancutan air kimia telah dihalakan kepada peserta demonstrasi tanpa belas kasihan walaupun muslimat dan mahasiswi adalah sebahagian daripada peserta perhimpunan.

Gas pemedih mata yang ditembak ke arah peserta demonstrasi mula menyesakkkan nafas mereka. Dalam masa yang sama pihak keselamatan UM telah bertindak menutup pintu masuk Universiti dengan tujuan untuk menghalang peserta-peserta demo masuk ke dalam UM bagi meloloskan diri daripada tangkapan polis yang mula menyerbu, menangkap malah menggasari peserta demo dengan hayunan belantan.

Untuk apa pihak berkuasa berbuat demikian? Semuanya kerana mempertahankan kehadiran pasukan kriket itu di Malaysia. Kalau Che Det sudah bertaubatpun dalam isu Israel, janganlah memfitnah dan membelitkan kenyataan orang lain semata-mata untuk kepentingan politik parti dan anak didiknya, Najib. Betul, Malaysia tiada hubungan diplomatik rasmi dengan Israel, namun jangan lupa negara dan pemimpin kita mempunyai hubungan dan kerjasama dengan negara itu dalam pelbagai perkara.


Berkaitan:
Siswa UM tunjuk perasaan bantah pasukan Israel



P/s: Semasa peristiwa ini, TM menuntut di Pusat Matrikulasi UIA Lembah Pantai. TM berada di sana pada waktu itu.



PAS dengan Tegas Tolak Polisi Penyelesaian 2 Negara yang Disokong oleh DSAI

Posted: 30 Jan 2012 07:30 AM PST


Pemimpin PAS seperti dipetik oleh HD dengan tegas menolak polisi Penyelesaian 2 Negara dan kewujudan Israel secara sah.

Dalam reaksi di FB, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi  mengingatkan para pimpinan bahawa "Israel adalah sebuah entiti haram."

"Ia terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu," tegas beliau.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

"Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel," tegas beliau.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad  menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, iaitu Israel.

"Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Banyak rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya," tegas beliau yang dipetik News Straits Times

Betul!

DCM juga berpendapat begitu.

Namun dari sudut realiti politik, realiti semasa pendirian berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau  Two-State Solution seperti ditegaskan oleh DSAI yang selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan buat masa sekarang. Hal ini demikian kerana selagi umat Islam tidak bersatu, selagi Israel menguasai teknologi persenjataan, selagi Yahudi menguasai politik negara-negara kuasa besar dunia, agak mustahil untuk melenyapkan Israel daripada peta dunia.

Hal itu tidak bermakna kita mengiktiraf kewujudan Israel secara sah, namun sebagai solusi untuk membangunkan Palestine dan mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Biarpun begitu, seperti yang dijanjikan Allah, sampai saatnya, seperti yang kita maklum, Israel dan Yahudi akan lenyap jua dari muka bumi ini. Itu fakta!



P/s: Hebat UMNO dan geng memainkan isu ini di media. Mereka bercakap seolah-olah mereka pejuang yang memburu syahid di bumi Palestine. Mereka berpura-pura melupakan hubungan Malaysia-Israel, hubungan UMNO-APCO ketika "membelasah" Anwar Ibrahim di media!

Rujuk sini.




Subsidi PRU 13: Harga Gula Dunia Turun, Subsidi Gula di Malaysia Dinaikkan, Untuk Apa?

Posted: 30 Jan 2012 07:00 AM PST


Saya petik:

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan, kata Pua

[MK] DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Puah dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung. 

Cuba tengok di sini.





P/s: Jika bukan kerana harga gula dunia melambung, subsidi gula untuk apa? Dana PRU 13? Siapa yang memegang saham majoriti syarikat pengeluar dan pengedar gula terbesar di negara ini?





Budak 4 Tahun Bawa Ganja ke Sekolah

Posted: 30 Jan 2012 05:19 AM PST


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengejutkan warga Hanover Elementary School, Meriden, Amerika Syarikat selepas dio dikatakan mengeluarkan sembilan plastik berisi ganja. Kanak-kanak itu memberitahu gurunya bahawa dia akan membahagikan "snek" itu kepada teman-temannya, lapor Reuters.

Menurut pengetua sekolah, Miguel Cardona, guru kelas kanak-kanak kelainan upaya itu bertindak pantas dan tiada murid lain mengetahui kandungannya. Cardona menyebut insiden itu "sangat menyedihkan" dan merupakan kes "terpencil". 

Penyelia Sekolah Awam Meriden, Mark Benigni, dalam sidang media berkata kanak-kanak itu sudah tentunya tidak bersalah.

"Kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa yang dibawanya," jelas Benigni.

"Yang menyedihkan apabila masalah dan tingkah laku orang dewasa telah menyebabkan kanak-kanak ini dalam bahaya," tutur Mark Benigni.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama kanak-kanak itu ataupun ibu bapanya. Sementara itu menurut polis, kemungkinan ada penahanan dibuat selepas siasatan selesai. Jabatan  Keluarga dan Kanak-kanak turut menyiasat kes ini. - DCM


Perkasa Guna Sampul Angpaw untuk Majlis KEMATIAN di Majlis Rumah Terbuka

Posted: 30 Jan 2012 12:24 AM PST

Dengan yakinnya Ibrahim menghulurkan angpaw kepada masyarakat Cina.
Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Perkasa menegaskan pihaknya menggunakan sampul angpow warna putih pada majlis rumah terbuka pertubuhan itu semalam dengan niat baik atas alasan "putih itu bersih, putih itu suci dan putih itu ikhlas."

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih lazimnya digunakan dalam majlis-majlis kematian.

Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang pertama di ibu negara semalam.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin dengan menggunakan sampul berwarna putih dan ia menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina.

"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain.

"Itu pasal sesuatu tempat perlu masyarakat majmuk supaya faham budaya antara satu sama lain," katanya sambil menambah, "kita mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow."

Bagaimanapun kata Syed Hassan, mereka kini sudah faham dan jelas mengenai budaya masyarakat Cina.

"Sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina. Sebab itu pentingnya kekalkan penempatan penduduk pelbagai kaum agar semua faham budaya antara mereka," kata beliau lagi.



P/s: Pertama, selepas pelbagai kecaman Perkasa terhadap masyarakat Cina dan bukan Islam, masyarakat Cina mana yang sanggup menghadiri rumah terbuka Perkasa? Adakah masyarakat Cina yang terpapar dalam gambar di atas di angkut dari rumah orang tua di sekitar ibu kota? 

Kedua, Perkasa mengadakan majlis rumah terbuka untuk orang Cina, tetapi jahil tentang adat dan pantang larang masyarakat itu. Lazimnya, pihak yang mengadakan majlis untuk meraikan perayaan sesuatu sudha tentu arif tentang majlis itu atau perayaan yang disambut. Kesalahan yang dilakukan oleh Perkasa dengan menghulurkan sampul berwarna putih agak besar. Apa tujuan sebenar Perkasa mengadakan rumah terbuka itu?

Ketiga, mengapa tiada frasa MINTA MAAF daripada Perkasa walaupun NGO itu menyedari telah melakukan kesilapan?




Anak Buat Maksiat PUKUL Ibu

Posted: 29 Jan 2012 10:00 PM PST


Saya petik:

[SH] KULIM - Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

"Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian," katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka," katanya.


P/s: Banyak dosa budak ini!

Kes Qazaf: Peguam Anwar Keluar Mahkamah Syariah, Mengapa?

Posted: 29 Jan 2012 08:48 PM PST

 
Saya petik:
[MK] Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha menyatakan kebenaran tidak diperlukan kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
 
 

[Video] Anwar Jawab Fitnah Homeseksual, Sokong Israel, Sindir Najib Takut Berdebat

Posted: 29 Jan 2012 07:45 PM PST


Anwar dan Lim Kit Siang Mahu Haji Hadi Bertanding dalam PRU13

Posted: 29 Jan 2012 07:18 PM PST

 
Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 29 JAN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.

"Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,"jelasnya.

Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.

Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,"katanya

Sudah Ada 3 Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Isteri Rakan

Posted: 29 Jan 2012 05:00 PM PST


Saya petik:

[HM] RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.

Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.

Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.

Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.

Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.
"Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.

"Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.

"Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.


 P/s: Mabuk? Pandu van boleh pula!



Posted: 29 Jan 2012 04:18 PM PST


Saya petik:

[HM] SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Cerita bersambung di HM.


P/s: Cari nahas!



Tiada ulasan: