DUNIACACAMARBA |
- [Video] PERKASA Cabar NFC Lapor Polis Isu Kredit Kad
- Gadis Tempatan Dicekup Bersama Warga Myanmar
- [Wajib baca] Siapa Zambri Kadir? Apa Sumbangan "TERHEBATnya" untuk Orang Perak?
- Lelaki Berkahwin dengan Mayat Kekasihnya
- [Video&Gambar] Ceramah ABU/HINDRAF Diserang
- Awas, Wanita JADIAN!
- Rosmah Kini Digelar "First Lady of Shopping". Ceritanya di Sini
- Perang FB: Najib KALAH Teruk kepada Anwar
[Video] PERKASA Cabar NFC Lapor Polis Isu Kredit Kad Posted: 22 Jan 2012 05:43 AM PST Saya petik: [MK] Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mencabar pengendali projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan penyelewengan perbelanjaan kad kredit syarikat itu sehingga RM600,000. Presidennya Datuk Ibrahim Ali (bawah) secara spesifik menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikannya sebelum ini. "Baru-baru ini adalah laporan polis oleh sekumpulan yang memakai baju hitam bertulis JINGGA 13 yang membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi. "Jadi saya cabar Izmir, oleh kerana itu laporan polis yang tidak betul, supaya minta dia buat laporan polis pula. "Saya cabar Izmir kalau kalau di pihak yang betul, kamu (Izmir) kata itu tak betul, itu fitnah, saya cabar Izmir ini pula, kamu pula buat laporan bahawasanya itu laporan palsu," katanya. PERKASA dan beberapa NGO Melayu hari ini diberikan taklimat oleh pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Promosi 'itu ini' di Australia JINGGA 13 (bawah) minggu lalu membuat laporan polis terhadap empat anggota keluarga mereka yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC. NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu juga mempersoal sama ada benar wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya, sebaliknya untuk perbelanjaan pengurusan projek lembu atau NFC. Dalam sidang media selepas itu, Ibrahim berkata, beliau difahamkan laporan polis itu akan dibuat atau jika tidak PERKASA akan "simpan kepercayaan" atas penjelasan isu itu hari ini. Ibrahim juga berkata, dalam dialog dengan 12 NGO hari ini, mereka difahamkan perbelanjaan tinggi kad kredit itu itu semata-mata untuk "aktiviti syarikat". "Tetapi mereka pergi ke Australia untuk promosikan itu dan ini, jadi syarikat bayarlah guna dia punya kad kredit. | ||
Gadis Tempatan Dicekup Bersama Warga Myanmar Posted: 22 Jan 2012 12:00 AM PST Saya petik: [SH] AMPANG - Takut tidur bersendirian kerana rakan serumah balik kampung memaksa seorang wanita tempatan mengajak teman lelaki, warga Myanmar menemaninya tidur. Itu alasan yang diberikan seorang pekerja swasta apabila dicekup bersama teman lelakinya oleh Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di flat Pandan Jaya, awal pagi kelmarin. Ketika serbuan jam 2 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu rumah sewa yang berkunci lebih 30 minit, sebelum dibuka. Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya mendapati teman lelaki gadis itu menyorok di dalam sebuah bilik lain. Menurutnya, pekerja swasta berkenaan berusia 22 tahun, manakala pasangannya berusia 20 tahun dan tidak bekerja. "Kami mendapati pasangan itu berpakaian lengkap ketika serbuan," katanya. Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai lelaki berkenaan sering kali datang ke rumah itu. Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. P/s: Selalu baca gadis tempatan kantoi khalwat dengan Awang Hitam atau Mat Bangla, kali ini dengan Mat Myanmar pula! | ||
[Wajib baca] Siapa Zambri Kadir? Apa Sumbangan "TERHEBATnya" untuk Orang Perak? Posted: 21 Jan 2012 10:00 PM PST Saya rasa lebih molek jika anda baca artikel bersiri ini di sumber asal. Sudah baca? Kepada orang Melayu yang bertepuk tangan tatkala UMCO merampas Perak dengan cara jijik daripada PR kononnya atas nama Melayu dan Ketuanan Melayu, anda teruslah bertepuk tangan dengan sekuat mungkin walaupun tanah tumpah darah anda kini dalam bahaya, baik dari segi keindahan alam semula jadinya mahupun dari segi keselamatannya. Anda teruslah bertepuk tangan menyanjung Zambri dan BN walaupun saudara-saudara anda di Pangkor mungkin menerima nasib yang sama seperti orang Melayu di Pulau Pinang sejak puluhan tahun lalu. Kata orang menang sorak, kampung tergadai! Bercakap soal Melayu di PP, siapa yang harus dipersalahkan, DAP yang baru setahun jagung memerintah, atau BN yang telah memerintahnya sejak merdeka? Saya tahu, penyokong tegar UMNO akan terus menyalahkan DAP walaupun dakwaan mereka menjelaskan kebodohan dan ketaksuban mereka kepada UMNO walaupun bukti sudah jelas di depan mata (rujuklah blog yang menulis tentang isu ini). Bercakap soal kepentingan, hak, dan harta orang Melayu yang tergadai dari semasa ke semasa, masih banyak lagi orang yang buta mata dan hati sehingga sukar memikirkan hal itu secara realitinya. Soalan mudah, siapa yang memerintah Malaysia sejak negara ini merdeka? Orang yang memerintah inilah yang mempunyai kuasa dan bertindak menghalalkan perbuatan-perbuatan tersebut. Yang kita hairan, puak yang bertanggungjawab, tiap-tiap hari menyalahkan DAP dan PKR, walhal apalah kuasa yang ada pada mereka untuk menjual harta Melayu. Puak yang mendengar kelentong pemimpin mereka ini tanpa menggunakan akal yang diberi oleh Allah, terus mempercayainya bulat-bulat, tanpa langsung memikirkan logiknya. Contohnya, pendedahan yang telah anda baca pada pautan di atas. Sebelum rampasan kuasa, puak UMNO menuduh DAP dan PKR memberikan tanah kepada orang Cina, walhal orang Cina itu memang layak menerimanya kerana tanah-tanah tersebut adalah tapak rumah mereka. Macam-macam tuduhan dilemparkan, walaupun pelbagai kebaikan cuba diusahakan oleh kerajaan PR pada ketika itu tanpa mengira kaum. Saya tidak mahu tulis panjang panjang-panjang. Cuba klik untuk mengimbas sejarah rampasan kuasa di Perak di sini, di sini. Apa jadi kepada orang Melayu sebelum dan selepas Perak dirampas oleh UMNO? Bagi orang jatuh kepada kategori bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut, saya simpati. Apa yang boleh saya tolong untuk menyedarkan mereka? Tidak cukup dengan pendedahan MSK, pendedahan DS Nizar di atas, tontonlah pula bukti lisan berkaitan dengan hak orang Melayu di sini. Tolong dengar butiran yang diperkatakan oleh tokoh Melayu itu betul-betul. Tolong catat jumlah tanah rezab Melayu yang dijual dan digadai oleh UMNO atas nama pembangunan dan macam-macam lagi alasan. Kemudian fikir baik-baik! Siapa yang untung, siapa pula yang rugi? Siapa pengkhianat sebenar kepada orang Melayu? | ||
Lelaki Berkahwin dengan Mayat Kekasihnya Posted: 21 Jan 2012 08:30 PM PST Sebuah perkahwinan yang cukup aneh dilakukan oleh seorang lelaki Thailand. Lelaki tersebut menikahi kekasihnya yang sudah meninggal dunia. Thai-Asean News Network melaporkan lelaki tersebut bernama Chadil Deffy atau dikenal juga sebagai Deff Yingyuen melakukan upacara perkahwinan dengan mayat kekasihnya, iaitu Sarinya 'Anne' Kamsook di Surin, Thailand. Yingyuen dan Kamsook sudah bercinta selama 10 tahun. Kedua-duanya memang merancang berkahwin,namun Yingyuen ingin menamatkan dahulu pengajiannya sebelum dia mengahwini kekasihnya itu, seperti dipetik dari Huffington Post. Pattaya Daily News menulis, pasangan Yingyuen dan Kamsook bertemu di Eastern Asia University, Thailand, 10 tahun lalu. Manusia boleh merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Kamsook meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Selepas berita kematian Kamsook meninggal dunia tersebar, karangan bunga tanda duka cinta banyak diletakkan di universiti tempatnya menuntut. Video dan foto perkahwinan Yingyuen kini beredar di Facebook. | ||
[Video&Gambar] Ceramah ABU/HINDRAF Diserang Posted: 21 Jan 2012 06:41 PM PST Saya petik: Ceramah Asal Bukan Umno diserang [SH] Shah Alam – Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut. Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan. Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala. "Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan. "Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai," katanya. Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor. Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut. Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan. Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga." "ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi. Berkaitan: Mob disrupts ABU/Hindraf event, one hurt Organisers told FMT that one of the volunteers at the ceramah was badly assaulted and had to be rushed to the hospital. P/s: Rasanya, polis tiada masalah untuk menahan dan mendakwa samseng-samseng tersebut berdasarkan baju yang dipakai mereka malam tadi. Persoalannya, adakah mereka yang merusuh dan membelasah orang awam semalam akan didakwa? | ||
Posted: 21 Jan 2012 05:30 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih 'wanita jadian'. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih 'jelita' dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen. Kos itu termasuk melakukan pembedahan menukar alat sulit, membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan. Ia lebih murah berbanding sebelum ini sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu. Perkara itu diakui Kis, 28, atau lebih mesra panggilan Nell dalam satu temu bual dengan wartawan Metro Ahad, baru-baru ini. Sekali pandang, raut wajah, fizikal dan perwatakan Nell tidak ubah seperti wanita terutama di bahagian payudara apabila 'saiznya' boleh menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum Hawa. Berasal dari ibu kota, Nell mendakwa Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan golongan sepertinya kerana memiliki kemudahan serta kepakaran melakukan pelbagai pembedahan diperlukan dari hujung jari ke rambut. "Kalau 10 tahun lalu RM100,000 diperlukan untuk melakukan pembedahan alat sulit dan payudara, kini dengan hanya RM15,000, kedua-dua pembedahan penting itu boleh dilakukan. "Justeru, tidak hairan kini makin sukar untuk membezakan mak nyah dengan wanita tulen kerana majoriti kami memiliki segala 'aset' mereka," katanya. Nell berkata, selain payudara, dia menjalani beberapa pembedahan lain seperti dahi, rahang, dagu dan kening untuk kelihatan lebih cantik. Setakat ini, katanya, dia menghabiskan hampir RM60,000 sepanjang melalui proses berkenaan dan hanya tinggal dua langkah lagi untuk melengkapkannya iaitu membuang alat sulit dan mencantikkan hidung. "Jumlah itu tidak termasuk kos pembedahan, sebaliknya merangkumi segala aspek iaitu penjagaan, kelengkapan, aksesori seperti pakaian, alat solek, salun dan pelbagai lagi. "Seperti wanita, saya menyediakan bajet khas RM1,000 sebulan untuk kos penjagaan diri bagi memastikan sentiasa cantik," katanya. Dia berkata, antara ketiga-tiga negara terbabit, Thailand menjadi pilihan kerana selain memiliki ramai doktor pakar, ia turut menawarkan kos paling murah. Katanya, untuk pembedahan membuang alat sulit, kos minimum sebanyak RM8,000 ditawarkan manakala payudara sekitar RM3,500. "Ramai mak nyah, termasuk saya, memilih Thailand kerana kos untuk pergi ke sana juga murah dan mudah. Bagi pembedahan alat sulit, hanya bahagian batang dibuang. "Buah zakar pula dimasukkan ke bahagian dalam. Melalui teknologi moden menggunakan kaedah 'kikis' (laser), sukar melihat kesan jahitan selepas pembedahan, sekali gus payah membezakannya dengan yang asli," katanya. Nell berkata, perbezaan yang boleh dilihat hanya alat sulit mak nyah yang melakukan pembedahan berada atas sedikit berbanding kedudukan sebenar. Bagaimanapun, katanya, satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah ialah alat kelamin 'baru' berkenaan tetap mengeluarkan air mani apabila mencapai klimaks. Mengenai risiko pembedahan membuang alat kelamin, dia mengakui ada beberapa kesan sampingan yang perlu ditempuhi. "Kesan jangka pendek ialah menjadi pelupa dan pemikiran tidak normal. Biasanya dalam tempoh beberapa bulan pertama, mereka rasa terasing daripada masyarakat luar dan berada dalam dunia sendiri. "Perkara ini dialami semua rakan saya yang menjalani pembedahan terbabit. Bagi jangka panjang pula, masalah biasa dihadapi ialah tekanan jiwa, terutama apabila usia semakin lanjut," katanya. Bagi memiliki payudara montok mengalahkan wanita, katanya, beberapa cara boleh dilakukan dan ia tidak semestinya melalui pembedahan. Katanya, cara paling mudah dan tidak menyakitkan ialah melalui pengambilan pil dan suntikan hormon yang boleh didapati di kebanyakan farmasi seluruh negara. "Pil perancang keluargacturut diambil bagi memiliki payudara sempurna. Ini menyebabkan kulit mereka menjadi halus dan cantik serta membesarkan bahagian dada," katanya. Bagi yang mahukan kesan lebih cepat, mereka mengambil beberapa suntikan hormon. Nell berkata, selepas mencuba pil dan suntikan, dia akhirnya nekad melakukan pembedahan pada 2009 kerana ia kaedah terbaik bagi memiliki payudara cantik seperti tulen. "Saya menjalani pembedahan silikon dan ia juga pembedahan pertama dilakukan saya. "Saya melakukannya di sebuah klinik di Thailand dengan bayaran RM3,500. "Selain silikon, pembedahan lain boleh dilakukan ialah melalui pemasangan implan dan 'salt water'. "Risiko pembedahan itu ialah perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah kerana selain boleh menyebabkan kecacatan kekal, ia membahayakan nyawa," katanya. Anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, seperti wanita, mak nyah yang menjalani pembedahan transformasi keseluruhan tidak akan berhenti setakat itu saja dalam usaha menjadi cantik. Nell mendakwa memiliki naluri wanita secara semula jadi sejak kecil dan merasai pengalaman pertamanya seawal usia 10 tahun. "Saya kali pertama diliwat pada usia 10 tahun oleh seorang jiran. "Namun ia bukan secara paksaan kerana saya memang menyukainya. "Apapun, pengalaman pertama saya 'bermesra' dengan kaum sejenis dialami setahun sebelum itu bersama sepupu. Namun pada masa itu kami hanya 'ringan-ringan'," katanya. P/s: Orang tidak ingat mati! | ||
Rosmah Kini Digelar "First Lady of Shopping". Ceritanya di Sini Posted: 21 Jan 2012 04:30 PM PST
Saya petik: Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar' Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney. Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu". Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling. Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM). Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu. Berkaitan: Dedicated follower of fashion P/s: Pertama, Najib dan Rosmah mesti menyaman akhbar Australia itu jika berita yang mengaitkan Rosmah itu tidak benar. Kedua, jika benar, adakah anda bangga dengan "pencapaian" Rosmah di peringkat antarabangsa? Adakah perlakuan Rosmah itu termasuk dalam konsep Wasatiah yang dijeritkan oleh UMNO baru-baru ini? Kah kah kah! Agak-agak berapa jumlah harta Najib? Jika senang-senang Rosmah berbelanja RM400 ribu di Australia, rasanya berhelai-helai borang diperlukan oleh Najib untuk menyatakan hartanya nanti! Ketiga, dalam Kosmo (22/1), ruang Intuisi akhbar itu memetik kata-kata Muhyiddin Yassin, iaitu "KESEDERHANAAN bukan lagi menjadi satu pilihan. Ia merupakan keperluan dalam kehidupan hari ini." Saya berharap sangat Muhyiddin dapat mengulang kenyataan itu di depan Rosmah Mansor! | ||
Perang FB: Najib KALAH Teruk kepada Anwar Posted: 21 Jan 2012 03:22 PM PST Saya petik: Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam! [MR] Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif". Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan. Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like. (Pada jam 1:40 am - Ah Jib Gor 15,510 Ah War Gor 25,712) Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee. Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja. Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13. Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan. Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya. -MR/GB P/s: Kasihan Najib. Semua tidak kena. Bila nak sahut cabaran debat DSAI? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan