Selasa, 17 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isu Fitnah Laporan Homoseksual BBC: Anwar Mahu Utusan Mohon Maaf atau Hadapi Saman RM50 Juta

Posted: 17 Jan 2012 06:58 AM PST


Saya petik:

[MSO] Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kehancuran dalam negara.
"

Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homeseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."
Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi.

Saman itu dikemukakan oleh Edwin Lim Suren & Soh.

Berkaitan:

[SH] SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.

Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.

Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi.

P/s: Saman HA juga!



Apa Kenyataan Sebenar Anwar tentang HOMOSEKSUAL? Baca!

Posted: 17 Jan 2012 03:14 AM PST


Saya petik:

[MK] PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

"Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi' ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

"Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan," katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

"Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini," kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam.

"Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," akhirinya kenyataannya itu.



P/s: Harap-harap Hasan Ali dan geng faham! Pejuang Islam macam Hasan Ali dan geng perlu ingat bahawa melontar fitnah itu dosanya besar!




Dr Rani Calon Pilihan Ganti Hasan Ali

Posted: 16 Jan 2012 10:27 PM PST


Saya petik:

[MK] Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

NONEPeluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Dr Rani pada 10 Januari lalu dilaporkan berharap tidak dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan PAS negeri hanya menerima sebarang keputusan.


P/s: Terbaik!

Khoo Kay Kim: Tiada Rekod Kewujudan Hang Tuah dan Hang Li Po

Posted: 16 Jan 2012 10:24 PM PST


Saya petik:

[MK] Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.


P/s: Ada orang yang mengamuk apabila Prof Khoo Kay Kim ini mengelaurkan pandangan begitu!



[Video-Wajib Tonton] Ahli dan Penyokong Tegar UMCO MENGAMUK: Melayu JUAL Melayu

Posted: 16 Jan 2012 08:14 PM PST


Sila tonton video ini sampai tamat.

Sekarang jawab:

Siapa yang jual Melayu, siapa yang tindas Melayu? 

Melayu PAS? 

Melayu PKR? atau 

Melayu UMCO?


P/s: Bukan DCM cakap, tuduh, orang UMCO yang jerit!




Aksi Ghairah DIRESTUI Isteri, Lagi Haru Biru Kalau...

Posted: 16 Jan 2012 06:07 PM PST


...pelakon perempuan yang menjadi pasangan kepada Zul ini berkata "aksi ghairah itu direstui suami saya". Tetapi rasanya, agaknya, pelakon wanita ini masih belum bernikah. Macam kes Amalina, saya pun tidak mahu komen lebih-lebih setelah empunya badan berkata begitu. Namun, sebagai orang yang sedar bahawa perbuatan itu salah, saya cuma nak tegaskan bahawa perbuatan itu salah dan haram di sisi agama. Selebihnya, tepuk dada tanya iman.  Baca pengakuan Zul di sini.

Apabila aksi berahi-ganas yang sudah tentunya memberikan impak/kesan kepada kelakuan/sikap anak muda dipertontonkan kepada orang ramai, tanyalah diri anda, apakah motif/tujuan sesuatu filem itu dibikin dan ditayangkan kepada orang ramai. Adakah sebagai medium hiburan yang mengandungi unsur pengajaran dan teladan, suatu seni, atau sebenarnya mengajak penonton sama-sama berahi dan beraksi negatif berdasarkan aksi yang dipaparkan dalam plot filem?


P/s: Dalam hal sebegini, Hasan Ali, Zul Nordin dan geng tidak bingkas bangun menyatakan bantahan dan nasihat. Mufti pun jadi bisu!


Tiada ulasan: