Ahad, 1 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Hudud PAS Bukan Hudud Islam, Apa Alasan Pak Lebai Ini?

Posted: 01 Jan 2012 07:06 AM PST


Saya petik:

[SH] MACHANG - Demi kepentingan politik, perjuangan Pas kini didakwa membelakangi perjuangan asal parti itu termasuk bekerjasama dengan parti bukan Islam.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

Menurutnya, ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

"Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

"Namun, pada PRU 1990, perjuangan Pas mula terpesong apabila bersekongkol dengan Semangat 46, apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan alasan akan menang besar dan ia benar-benar berlaku. Oleh itu, dalam sudut ini, Pas dan Umno tidak berbeza," katanya kepada pada sidang media di sini, semalam.

Berliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa wacana Sinar Harian November lalu yang mahukan mana-mana pihak tampil ke depan dan mendedahkan sekiranya hudud yang ingin dilaksanakan Pas Kelantan tidak betul.

Wan Ismail yang pernah menjadi calon Pas di Parlimen Machang pada PRU 1986 berkata, hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas, bukannya hudud Islam.

Beliau percaya perkara tersebut turut didorong perasaan takut kepada pemimpin DAP, terutama Pengerusinya, Karpal Singh yang secara terang-terangan menentang hukum hudud.

Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa masalah mengenakan hukum hudud kepada orang bukan Islam, tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis.

"Pada pandangan Hadi dalam kenyataan berkenaan, hukuman hudud yang dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja tidak akan berjaya bagi mengurangkan kes jenayah bahkan akan menimbulkan masalah baru," katanya.

Wan Ismail berkata, Hadi memberi contoh, seorang pencuri bukan Islam tidak akan dipotong tangan walaupun sah dia mencuri dan orang Islam pula akan dipotong jika sabit kesalahan.

"Orang mencuri itu sudah tentu tidak takut dosa, kalau takut dosa, dia tidak akan mencuri, orang macam ini, terlalu mudah akan mengisytiharkan dia bukan Islam bagi mengelakkan tangannya dipotong.

"Saya tiada kepentingan dalam politik dan pendedahan ini kerana tanggungjawab terhadap seluruh umat Islam," katanya yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1967.



P/s: Pak Lebai ini sudah dicap sebagai jahil murakab oleh tukang komen yang membaca artikel ini di Sinar. Anda boleh rujuk di sini untuk membaca komen-komen tersebut.

Antara hujah Pal Lebai ini adalah berkenaan dengan manisfesto PAS pada tahun 1986 yang mengatakan bahawa "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam". Cuba Pak Lebai ini baca betul-betul jenis undang-undang yang dinyatakan dalam manifesto itu?  Draf Hudud yang mahu dilaksanakan di kelantan itu dibuat sekitar tahun 1993. Kemudian, dia mengatakan bahawa orang Islam akan bertindak murtad untuk mengelak hudud. Cuba tanya Pak Lebai ini, adakah orang Islam itu akan terlepas daripada hukuman jika dia murtad?

Untuk mengatakan bahawa hudud yang dirangka oleh PAS itu tidak islamik, Pak lebai ini wajar melihat kepada kriteria hukum itu sendiri, bukannya opsyen pelaksanaannya. Saya google di internet, hasilnya saya jumpa hujah ini:

i Muhtaj IV:187]. Ungkapan yang sama dalam Tahfatul, Nihayatul dan Mughni Muhtaj. Hanya dalam kitab Tahfatul Muhtaj ditambah dengnan Mu'ahad: Harbi, Muahid kerana tidak terikatnya Zimmi, maka tidak terikat kerana adami [Nihayatul Muhtaj, VIII:12].

ii.    Muhazzab: Jika mereka (kafir zimmi) berpegang bahawa arak itu dibolehkan maka tidak dikenakan (hudud) ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang pada keharamannya, maka tidak boleh dikenakan (had) seperti kekufuran mereka tetapi jika mereka menzahirkan hal tersebut maka hendaklah ditakzir kerana mereka telah menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam [Muhazzab II:256].

Mazhab Hambali
i.    Al-Iqna' : Jika seseorang telah meminumnya itu merdeka, Muslim, Mukkalaf, sukarela dan tahu bahawa kalau banyak ianya memabukkan samada daripada jus anggur, atau dari lain-lain yang memabukkan, sedikit atau banyaknya, meskipun tidak memabukkan peminumnya maka hendaklah dihudud 80 kali sebatan. [Iqna', Syariffuddin IV:267]

ii.    Tidak dikenakan zimmi kerana minum arak, namun jika mabuk dikenakan hudud. Pendapatku jika mabuk dikenakan had, tapi sebaliknya tidak.  [ Maharrar II : 163]

iii.    Tidak dikenakan had ke atas orang kafir yang minum [ Al-gayatul Muntaha III : 313]

Mazhab Maliki
i.    Malik berkata "Jika ahli kitab dijumpai minum arak atau melakukan zina, mereka dibiarkan (tanpa hukuman), kecuali mereka menzahirkannya maka mereka akan dihukum. [A-Mudawanatul Kubra 4:256]

ii.    Jika orang kafir ditemui mabuk maka dibiarkan kecuali jika dizahirkan perbuatannya (minum arak secara terbuka). [ Al-Mudawwanah 4:256]

Mazhab Hanafi
i.    Maka tidak akan dikenakan hukuman hudud ke atas zimmi, harbi dan musta'min kerana minum dan tidak juga kerana mabuk pada zahir riwayat [Badai' Sanai' 7:39]

ii.    Ungkapan Al-Hakim dalam Kafi tentang minum, "Tidak ada had ke atas zimmi jika minum" [Hasyiyatul raddul Muktar 4:37] Sambung baca di sini.


Apabila Pak Lebai mendakwa bahawa dia tiada kepentingan politik dan membuat pendedahan ini hanya sebagai tanggungjawab kepada umat Islam, pertama, siapa yang akan percaya kata-katanya? kedua, saya simpati kerana pada usia senjanya, dia berbuat demikian untuk memburuk-burukkan usaha satu-satunya kerajaan negeri yang bertekad dan berusaha menegakkan hukum Alla di bumi Malaysia ini.

Kalau dia pecinta UMCO, cuba tanya diri, selama lebih 50 tahun negara merdeka, tertegakkah undang-undang Islam di negara ini? Apa yang UMCO buat ketika hudud dan Islam dihina oleh parti komponen BN?



Krisis Ekonomi Malaysia 1997-1998 Hasil Tangan Tun Mahathir Mohamad?

Posted: 01 Jan 2012 04:00 AM PST

 
Saya petik:

[MC] Dalam akhbar baru-baru ini, Mahathir Mohamad telah menafikan bahawa beliau telah mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.

Apabila dibentangkan dengan pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

Sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir hanya mahu bertanggungjawab mengenai tindakan-tindakan yang beliau telah lakukan sendiri. Jelaslah Mahathir mempunyai persepsi berbeza mengenai maksud "Akauntabiliti" berbanding seluruh dunia. Walaupun ia telah menjelaskan budaya ketidakbertanggungjaawaban pihak Barisan Nasional sekarang.

Mahathir sebenarnya sering berbohong. Beliau merasakan sekiranya banyak kali berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang benar. Mungkin mereka yang bodoh sahaja boleh terpengaruh dengan beliau. Ambil contoh kenyataan beliau kepada Malaysian Insider pada 20 Disember:

"Adalah diketahui bahawa Malaysia tidak mahu menerima bantuan IMF dan Bank Dunia kerana bantuan tersebut akan memburukkan lagi keadaan kewangan kita. Pada 1998, Malaysia telah melaksanakan kawalan matawang yang telah membantu ia pulih"

Kedua-dua kenyataan ini adalah pembohongan. Mahathir sebenarnya enggan menerima bantuan IMF kerana mereka tidak akan bersetuju untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tidak effisyen dan bankrap milik rakan-rakannya di dunia korporat.

Pengawalan matawang itu juga tidak membantu Malaysia pulih dengan lebih baik daripada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Filipina yang telah menerima bantuan IMF. Mereka telahpun pulih dengan lebih baik berbanding Malaysia.

IMF tidak menyarankan penjimatan

Dalam artikel yang sama, Mahathir telah menuduh IMF mengenakan langkah-langkah 'berjimat' di negara-negara yang dibantu mereka. Ini jelas tidak benar kerana kesemua empat negara telah meluaskan polisi macroekonomi mereka pada 1998 dibawah arahan IMF.

Mahathir melalui pengawalan matawang telah berjaya menyelamatkan rakan-rakan dan anak beliau. Yang merugikan Malaysia adalah mereka ini diselamatkan menggunakan dana daripada pembayaran cukai. Ini juga telah membenarkan Mahathir untuk tidak melakukan reformasi. Bolehlah dikatakan apa yang kita kurang, kita telah membayarnya dengan kekurangan juga iaitu, ekonomi kita yang suram pada hari ini.

NST pula cuba untuk membantu Mahathir keluar daripada masalah pembohongan beliau dengan menerbitkan beberapa bahagian daripada buku beliau "Doctor in the House'. Bahagian pertama diterbitkan pada 23 Disember, menunjukkan kejahilan Mahathir. PAda satu tahap, beliau telah kecewa dengan Anwar kerana tidak berjaya meyakinkan Micheal Camdessus yang mengetuai IMF untuk menghentikan perniagaan matawang. Tidak jelas mengapa Mahathir memikirkan bahawa Camdessus mempunyai kuasa untuk melakukan perkara tersebut.

IMF telah diwujudkan di Bretton Woods untuk memberikan pinjaman kepada negara yang ada masalah bayaran hutang. Ia juga memastikan negara yang mempunyai hutang ini melakukan langkah-langkah yang boleh membantu dalam mengurangkan beban hutang.

Beliau merasakan bahawa IMF tidak boleh bertindak sebagai polis kewangan antarabangsa dalam menyekat perbuatan perniagaan matawang yang beliau paling benci. Selain daripada merasa hairan terhadap permintaan Mahathir itu, tiada seorangpun antara Chirac atau Blair dapat melakukan apa-apa.

Faktor Daim

Ini membawa kita kepada kenyataan Mahathir yang luar biasa dalam buku beliau " Walaupun ekonomi dan kewangan kita sudah kukuh, ringgit masih boleh diserang" Mahathir tidak berbohong di sini tetapibeliau pada tahap ini sudah sangat sedar bahawa beliau berbohong. Ekonomi dan kewangan Malaysia tidak kukuh semasa krisis ekonomi melanda negara pada 97/98.

Malaysia mempunyai beberapa kelemahan pada masa itu termasuk ketidakcukupan simpanan luar negara, kelembapan prestasi sektor kewangan, kelemahan tukaran wang asing, saham yang dibayar dengan hutang dan juga ketidakstabilan hartanah.

Simpanan luar negara Malaysia adalah 28 billion pada 1997 dan ia sebenarnya adalah pada tahap yang sama sejak 1993. Ini berlaku walaupun capital yang boleh pindah dalam negara telah meningkat pada 50 billion daripada 6 billion dari tahun 1990 kepada 1997. Tambahan pula, Mahathir sering menggalakan dan mengarahkan syarikat Malaysia untuk melabur kepada projek negara ketiga dan ini telah terus menerus mengurangkan simpanan negara.

Untuk pembaca yang mengutarakan hujah bahawa Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan pada waktu itu, kita harus ingat bahawa Anwar (dan Bank Negara) telah sejak 1995 memberi amaran kepada Mahathir mengenai bahaya negara disebabkan polisi beliau tetapi tidak diendahkan. Cadangan-cadangan mereka juga tidak diendahkan Mahathir. Beliau lebih percaya kepada nasihat kroni-kroni beliau yang lapar wang.

Ini diketuai oleh Daim Zainuddin, seorang yang bahaya dan ini dibuktikan dengan kejatuhan teruk Renung, sebuah syarikat yang diterajui beliau semasa krisis ekonomi itu. Daim juga didakwa adalah orang penting yang membawa kepada plot pemecatan Anwar oleh Mahathir.

Polisi tidak bagus dan simpanan rendah

Hakikatnya, simpanan negara adalah sangat sedikit dan ini bermakna ia agak kritikal memandangkan ia adalah cara negara mempertahankan matawang. Beli ringgit dan ia akan kuat berbanding dollar. Ia tidak berkesan kerana simpanan itu adalah sedikit dan disebabkan pengspekulasi dapat melihat kelemahan dalam ekonomi Malaysia. Mahathir, 14 tahun kemudian tetap mengatakan bahawa beliau tidak dapat melihatnya. Apabila simpanan Malaysia jatuh kepada 15 billion, Bank Negara terpaksa berhenti campur tangan dalam pasaran matawang.

Keadaan tidak sihat sektor kewangan Malaysia telah memberi kesan kepada situasi dengan mengikat tangan Bank Negara. Meningkatkan kadar faedah domestic mungkin dapat membantu ringgit untuk menjadi kuat berbanding dollar. Akan tetapi, ini tidak dapat dilaksanakan kerana syarikat-syarikat Malaysia dan orang perseorangan mempunyai hutang domestik yang terlalu tinggi. Ia telah meningkat daripada 85% pada 1986 kepada 160% GDP pada 1997.

Peningkatan ini boleh membawa kepada kebankrapan dan pengangguran. Usaha Bank Negara untuk mengekang pertumbuhan kredit ini telah disekat oleh golongan ahli perniagaan yang mendampingi Mahathir yang mahukan kredit rendah untuk kekal justeru tidak mengendahkan bahaya ia kepada negara.

Tukaran asing adalah tukaran sebenar di mana barangan domestic boleh ditukarkan kepada barangan asing dan pada 1997 ia telah menunjukkan bahawa ringgit Malaysia telah terlebih nilai terhadap dollar. Tidak seperti Mahathir, peniaga matawang telah melakukan analisis mereka dengan tepat sekali.

Mata wang negara ekonomi kukuh tidak

Sudah tentulah Mahathir enggan mengakui kesilapan beliau hingga kini, walaupun sekarang ia agak senang untuk dilihat oleh sesiapa pun. Belia terus menerus menuduh orang lain untuk kepentingan politik beliau seperti IMF dan Bank Dunia. Ia agak tidak adil untuk IMF memandangkan ia telah membantu dengan jayanya beberapa ekonomi negara lain termasuk Hungary, Ukraine dan Iceland semasa krisis ekonomi 2008.

Sekarang, IMF memainkan peranan penting di Eropah dengan menjadi peminjam terakhir secara proksi kepada ECB yang tidak dapat berbuat demikian secara sah. Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan buruk Mahathir yang agak pelik.

Goerge Soros yang menjalankan dana yang terlibat dengan perniagaan wang asing telah diserang oleh Mahathir. Mahathir menuduh Soros memaksa menurunkan nilai pound pada 1992. Ia memang berlaku dan Soros memang terlibat tetapi penurunan nilai pound bukanlah disebabkan spekulasi matawang.

Penurunan nilai pound adalah disebabkan Bank of England tidak mahu meneruskan pengucupan polisi semasa peluang pekerjaan tinggi walaupun ia diperlukan untuk kekal dalam sistem European Monetary (EMS).

Bundesbank pula lebih berminat memerangi inflasi dan tidak mahu meneruskan pengembangan polisi yang ia perlukan. Punca masalah adalah penyatuan semula Germany dan kos besar membangunkan semula German Timur dan bukanlah peniaga matawang.

Tidak seperti sangkaan Mahathir bahawa spekulsi matawang telah menurunkan nilai untuk keuntungan matawang kepada negera yang mempunyai ekonomi kukuh seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong kesemuanya tidak terjejas oleh spekulasi matawang 97/98. Ini kerana ekonomi mereka sangat kukuh tidak seperti eknomi Malaysia yang dijahanamkan Mahathir pada 1997. -Ismail Dahlan







[PANAS] Raja Petra PERCAYA Video Seks Anwar dan Dakwa Anwar MUNGKIN Gay dalam Wawancara dengan Mingguan Malaysia

Posted: 31 Dec 2011 06:42 PM PST


Saya petik:

Kita tak nak Anwarista

Keputusan kes Liwat Anwar akan dibuat pada 9 Januari ini. Komen anda?

Raja Petra: Kita ada bigger fish to fry. Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti. Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar. Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah.

Jadi ini tentang Apartheid berbanding individu?

Raja Petra:
Apa yang saya bimbangkan, kita akan kurangkan perjuangan 'Anwarista' dan jangan lupa Anwarista adalah perkataan yang saya cipta pada 1999. Anwarista adalah perjuangan untuk Anwar. Kita tak nak Anwarista. Sekarang ini jika Anwar masuk jel dan kita tak nak dia masuk jel sebagai tahanan politik. Itu satu isu lain.

Saya dah periksa dengan kawan-kawan rapat dan mereka kata: "Pet, dia (pendakwa) adalah seorang yang boleh dipercayai. Kalau Anwar tak bersalah, dia tak akan fix up Anwar. Itu yang saya dapat dari sumber saya.

Saya tak tahu Anwar bersalah atau tidak. Pada saya isu Anwar tak penting, sama ada dia bersalah kerana liwat. Soalnya, adakah dia calon terbaik untuk mentadbir negara? Kalau anda seorang yang baik di dunia ini, anda tentu 'bersih'. Tapi kalau anda tak boleh mentadbir negara, maknanya anda tak boleh. Itu sahaja.

Mari kita cakap tentang aspek sekular dalam kepimpinan. Sekarang Anwar tak kagumkan saya di Selangor. Dia tak tunjuk, dia jalankan kerjanya dengan baik. Saya berkata begitu kerana dapat laporan daripada ramai orang, ahli perniagaan. Mereka mengadu dan salahkan saya.

Saya berhak untuk kritik. Saya tak ada terima maklum balas tentang prestasi dia di Selangor. Kalau anda tak boleh jadi penasihat ekonomi yang baik dan tak boleh dipercayai, bagaimana nak tadbir negara?

Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor. Adakah banyak perubahan drastik di Selangor? Tentu tidak. Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.

Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira.

Kata Anwar: "Semasa mesyuarat Khalid ego dan tak mahu dengar cakap. Tak boleh kawal dia." Saya kata anda yang lantik dia sebagai MB (Menteri Besar) dan tak perform.

Adakah anda ada masalah dengan dia (Khalid). Masalahnya dia ego, tak dengar cakap. Apa nak buat, anda yang cipta monster itu. Apa yang kamu nak buat? Jangan mengadu tentang Khalid. Selangor tak ada sebarang prestasi. Ego, tak dengar cakap. Kami tak mahu tahu tentang itu.

Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)? Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi. Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Apa komennya? No comment, senyap sahaja.

Kita beritahu dia, duduk dalam negara dan jalankan tugas dalam Pakatan. Lebih 60 perjalanan ke luar negara memang agak melampau. Apa yang anda buat di luar negara. Bagi ceramah di universiti sana sini, tak payahlah. Adakah dengan bercakap di universiti orang akan undi anda? Penuntut ini pun belum berdaftar.

Apa yang anda kisah dengan universiti ini. Dia seolah-olah melarikan diri kerana tak tahu apa nak buat. Tak perlu ceramah di universiti di luar negara. Dia perlu fokus pada pilihan raya.

Dalam pemilihan PKR, parti itu dianggap tidak demokrasi?

Raja Petra: Ada beberapa bahagian di Sabah di mana pengerusi umumkan kepada perwakilan bahawa dia terima arahan daripada Anwar untuk tak calonkan anaknya, Nurul Izzah. Apa ni?

Mana ada demokrasinya. Kalau anaknya tak boleh bertanding, nak semua negara cadangkan Azmin, bukan anaknya? Bila kita dengar pengumuman itu, tentu kita kecewa, demokrasi apa yang anda cakap? Kamu tahu hal ini. Tentu anda juga ada dengar hal ini. Ini bukan fitnah.

Kenapa Anwar sokong Azmin?

Raja Petra: Mungkin dia akan masuk jel. Jadi dia perlu seseorang yang dipercayainya untuk teruskan perjuangan Kempen Bebaskan Anwar. Tapi kita tahu Azmin, tak diterima oleh parti lain, DAP dan Pas misalnya. Dari segi solidarity dalam Pakatan, Azmin tak mempunyai solidarity itu.

Pada 2008 kenapa pujuk mereka supaya pilih dan undi Pakatan serta pilih Anwar?

Raja Petra: Tidak. Kami tak kata pilih Anwar. Kami kata undi pembangkang untuk ajar BN. Ke mana sahaja saya pergi untuk ceramah, kita perlu ajar BN. Paling tidak satu atau dua penggal, kalau Pakatan tak perform, kita akan beri kerajaan balik kepada BN. Kita nak ajar BN bagaimana rasanya jadi pembangkang. Pakatan boleh naik semula jika perform. Apa yang anda perlu ada ialah dua parti politik. Dalam ceramah saya, apa yang perlu kita buat ialah dua penggal kepada satu parti dan dua penggal berikutnya untuk parti yang lagi satu. Kita tukar kerajaan setiap dua penggal seperti di Amerika dan England. Di England, ada kerajaan baru setiap 10 hingga 15 tahun. Dua atau tiga pilihan raya dah tukar kerajaan baru. Walaupun kerajaan itu ada prestasi baik, kita tetap tukar, hanya buat itu dan sistem dua parti adalah seperti itu. Kita tak bagi 100 tahun untuk satu-satu parti memerintah
Apakah Anwar bukan lagi pilihan kepada rakyat Malaysia?

Raja Petra: Saya rasa kita tak perlu lagi cakap pasal Anwar. Ini bukan pasal Anwar. Bila kita cakap pasal politik, kita cakap pasal Najib-Anwar, Najib-Anwar.

Di England kita tak bercakap tentang pemimpinnya. Kita bercakap tentang Buruh-Konservatif. Jika di Amerika tentang Republikan-Demokrat. Pemimpinnya tak penting. Tapi di Malaysia, kita cakap tentang Najib-Anwar. Kita tak seperti di England, kalau tak boleh buat, letak jawatan.

Di Malaysia kita cakap tentang personalitinya. Keluar daripada asas ini, lupakan pemimpinnya. Bagaimana jika Najib kena serangan jantung seperti bapanya? Dia meninggal dan Malaysia pun habis.

Tidak! Kita akan dapat pemimpin baru. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya, Najib lebih muda daripada Anwar. Dia pun tak kelihatan sihat. Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Lupakan Najib-Anwar. Cakap tentang struktur dan kita akan bergerak ke depan. Inilah masalahnya sebab itu kita nak elakkan hal Anwarista ini.

Anwar digambarkan sebagai pemimpin yang mampu buat perubahan, bagaimana dengan gambaran seperti ini?

Raja Petra: Anwar gambarkan dirinya sebagai pemimpin masa depan hanya kerana Pakatan benarkan dia buat begitu. Mereka tekankan bahawa hanya ada seorang sahaja yang boleh pimpin pembangkang. DAP keluarkan kenyataan walaupun Anwar masuk jel, mereka masih sokong Anwar.

Maksudnya tak ada orang lain? Ini adalah kesalahan DAP dan Pas. Anwar terus bercakap tentang parti yang akan terima dia dan hanya Anwar sebagai ketua. Bila ramai suka Zaid Ibrahim, muncul satu alternatif bahawa terdapat orang baru. Jadi kill him off mereka tak terima.

Anwar yang memang bagus dalam berkempen terus ke serata negara untuk terus bercakap. Adakah itu ukuran dan sokongan terhadapnya. Dalam kebanyakan pilihan raya yang saya saksikan, malah dalam pilihan raya kecil yang kelihatan ramai orang berkumpul tetapi belum tentu undinya.

Pilihan raya di Indera Kayangan, Perlis semasa ceramah di rumah Shahidan Kassim (Datuk Seri) orang ramai datang dan cabut. Ada 100 orang , mereka batalkan ceramah. Di pihak sebelah lagi, mereka ada 30,000 orang, tetapi bila tiba masa mengundi, siapa yang menang, BN. Bukan pembangkang.

Tapi kenapa Anwar terus menggambarkan dirinya sebagai pemimpin bersih walaupun dia ada isu-isu termasuk integriti?

Raja Petra: Saya ada bercakap dengan orang yang pernah bersamanya dalam kerajaan dulu. Mereka jelaskan bahawa Anwar ada skeleton in the closet. Namun begitu, anda masih sokong Pakatan.

Jawapannya, apakah pilihan yang kita ada. Orang sokong Anwar kerana mereka kata Anwar sebagai alternatif kepada apa yang kita ada hari ini. Pakatan sangat kagum dalam 'menunjukkan' Anwar sebagai pemimpin yang berkebolehan. Saya ada menulis tentang ini sebulan yang lalu. Seramai 28 juta rakyat Malaysia hanya ada seorang Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mentadbir negara ini? Tak ada orang lain lagi ke? Ini bukan satu benda yang saya cakap hari ini tetapi saya dah tulis tentang ini lama dulu.

Pada pendapat saya, Pakatan sedang meningkatkan karisma Anwar. Dia penarik, ke mana sahaja dia pergi keluar negara dia menarik minat orang ramai. Bagus juga Pakatan gunakan kelebihan ini. Benarkah dia begitu? Ia hanya satu persepsi. Saya tahu ramai yang sokong Pakatan tetapi mereka tak berapa gembira dengan Anwar.

Saya tanya, kenapa sokong Pakatan? Mereka kata sebagai alternatif. Anwar mungkin teruk, tetapi yang satu lagi lebih teruk. Mereka tak kata Anwar bagus. Mereka cuma kata yang satu lagi lebih teruk. Itu sahaja. Tak bermakna dia lebih baik daripada yang lain sehingga ada orang lain yang dapat minta saya untuk 'tunjukkan' dia sebagai pemimpin yang lebih baik. Anwarlah tu. Itu sahaja yang mereka ada.

Anwar kekal sebagai ikon pembangkang. Satu lagi persoalan, adakah mereka ini tak benarkan orang lain muncul. Siapa yang boleh membayangi Anwar? Mereka tak benarkan pemimpin lain maju atau muncul.

Saya rasa orang itu Anwar

Sebagai pemimpin, Anwar sepatutnya beritahu kepada pengikutnya supaya terima keputusan mahkamah, bukan begitu?

Raja Petra: Pada 1999, bila Anwar disabitkan kesalahan, wujud elemen benci terhadap Dr. Mahathir. Orang ramai yakin bahawa Anwar sudah tentu tak bersalah sama ada dia mangsa atau dianiaya. Dr. Mahathir nak hapuskan Anwar.

Anda tentu tahu cara kes ini dikendalikan. Saya hadir perbicaraannya, terlalu banyak kelemahan atau kepincangan semasa perbicaraan itu. Alasan yang mudah saya bantah perbicaraan itu kerana cara kes dikendalikan.

Jika Anwar bersalah pun, itu tak penting bagi saya. Jika anda tak berjaya buktikannya di mahkamah, maka ia perbicaraan yang tak adil bagi saya. Jika Anwar tak bersalah dan anda tak berjaya buktikannya, maka dia harus dibebaskan.

Ini kerana pilihan seksualiti Anwar tak penting. Mungkin saya agak liberal. Jika anda seorang gay, anda adalah gay, jadi apa? Itu tak mengubah pendapat saya tentang anda. Kalau anda baik, anda baiklah. Jika anda seorang lurus tapi anda seorang lousy beggar, kehidupan seksual bukan penting pada saya.

Dalam perbicaraan kedua ini, persepsi orang berbeza dengan perbicaraan pertama. Sekarang apabila saya tanya orang ramai adakah Anwar bersalah, jawapannya mereka tak kisah. Kalau dia seorang beggar, maka dia seorang 'beggarlah'. Itu tak penting, ramai orang cakap begini.

Isu moral, anda seorang yang tak bermoral tetapi berlagak alim. Jadi anda seorang yang tak jujur?

Raja Petra: Di Australia, menterinya seorang gay dan mereka terbuka. Menterinya gay, berkahwin dan ada anak, ia perkara luar biasa. Masih kekal dalam kerajaan. Tak ada orang suruh letak jawatan. Tapi bila anda terlibat hal seksualiti, anda sembunyikannya, anda nafikan, orang akan paksa anda letak jawatan bila rakyat dapat tahu anda terlibat dalam situasi itu. Ini isu moraliti. Ia hanya tentang hidup anda. Siapa yang peduli? Tapi bolehkah anda memerintah negara?

Tapi kalau dikaitkan dengan urus tadbir baik kerajaan, Anwar mesti ada keberanian untuk bercakap benar. Video seks telah mengesahkan tapi dia masih menafikannya?

Raja Petra: Saya rasa ramai yang 50-50 tentang video ini. Contoh mudah, cara video itu didedahkan tidak diterima rakyat. Tapi untuk negara yang lihat cara yang terbuka dan objektif. Mereka yakin bahawa Anwar dalam video itu. Tapi tentunya mereka syak akan cara hal ini diketengahkan. Pada saya, kesalahan terbesar dalam video itu adalah Rahim Thamby Chik dan gengnya, anda tahukan?

Ini isu penyanyi, bukan lagunya. Bukannya saya benci lagu, tapi saya benci penyanyinya. Lagunya mungkin baik tetapi bukan penyanyinya. Kalau mereka buat macam kes Chua Soi Lek (Datuk Seri), senyap letak dalam peti surat dan orang akan menjumpainya. Rasa saya, orang yang percayakan video itu semakin bertambah. Ada ramai, kawan rapat Anwar, ada yang saya jumpa di UK , Liverpool, Manchester, ramai yang cakap secara jujur, Anwar dalam video itu. Saya rasa orang itu Anwar. Saya tak kata 100 peratus tapi 90 peratus atau lebih itu Anwar.

Dan dia tak jawab isu jam Omega?

Raja Petra: Saya rasa dia terperangkap dalam perangkap madu. Saya rasa Eskay (Datuk Eskay Shazryl Abdullah) kenakan dia. Ada satu lagi hal yang fikir orang itu adalah Anwar. Pada awalnya saya 50-50. Tak mungkin itu Anwar. Jangan beritahu saya yang dia terlalu bodoh membiarkan dirinya ditangkap.

Dalam sidang akhbar selepas video itu didedahkan, dia kata tak kenal Eskay. Tak tahu nama penuhnya dan tak tahu sama ada dia muslim atau apa. Maknanya dia tak kenal Eskay. Tapi saya masih ingat tiga tahun lalu Anwar ada telefon saya, dia kata kawan kita ini ada problem. Boleh tak kita tolong.

Saya tanya apa masalahnya, katanya Datuk Shahril Eskay. Saya kata tak kenal siapa orang ini. Katanya dia Konsul Kehormat Thai di Langkawi. Dia kata, Shahril orang kita. Saya tanya dia ini orang Thai ka? Anwar kata, tak, dia orang Islam, orang Malaysia. Saya kata apa masalahnya, Anwar kata masalahnya ialah kerajaan syak Eskay yang seludup saya keluar dari Malaysia.

Kerajaan syak saya pergi ke Langkawi dan Eskay keluarkan satu pasport Thai untuk saya dan seludup saya keluar Thailand melalui Langkawi. Dia kata kerajaan beri masalah kepada Eskay. Awak kena jelaskanlah untuk bersihkan namanya.

Saya kata okay tak ada masalah. Saya kata, saya tak kenal pun Eskay ini sehingga awak beritahu saya. Tentunya Eskay tak pernah keluarkan pasport untuk saya dan seludup saya keluar dari Malaysia.

Jadi, saya tulis satu artikel menyangkal perkara itu dan bagaimana saya keluar dari Malaysia. Itu tiga tahun lalu. Sekarang Anwar kata dia tak kenal Eskay, tak tahu jika dia Muslim atau apa. Hal ini buat saya terfikir dan sedarkan saya. Saya tahu, Anwar kenal sangat dengan Eskay, kata sahajalah kenal sangat dengan Eskay. Itu benda yang melucukan.

Sidang akhbar di Kuching, dia marah pasal jam tangan?

Raja Petra: Ya, pokoknya kalau anda perlu menipu, maknanya anda ada benda yang nak disembunyikan. Tentunya anda bersalah. Saya beritahu sekarang ini yang saya tak kisah jika anda gay tapi anda boleh mentadbir.

Saya terbuka. Anda nak cakap Islam, macam dia ini saya tak akan berpura-pura menjadi ulama, alim. Saya adalah saya. Anda suka atau tak suka, inilah saya. Anda tak perlu suka pada saya tapi saya jujur tentang diri sendiri.

Peluang pakatan pembangkang dan Anwar

Apakah Anwar dilihat sebagai liabliti?

Raja Petra: Yang perlukan Anwar hanyalah PKR. Mereka tak ada pilihan dan ia adalah satu kelebihan untuk Pas dan DAP. Satu kelebihan jika Anwar ada sehingga menang pada pilihan raya akan datang. Kalau tak menang, tidak ada berguna lagi Anwar. Itulah sikapnya. Untuk tunggu lima tahun lagi dan Anwar dalam penjara, kita kena cari pemimpin barulah.

Walaupun dia di luar penjara, lebih negatif untuk Pakatan?

Raja Petra: Saya dah katakan sebelum ini. Jika Pakatan tak boleh bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Mereka tentu tak akan bentuk kerajaan, tidak dalam generasi saya. Jangan beritahu saya dalam pilihan raya akan datang ini.

Senarionya jauh berbeza. Satu set kumpulan pengundi baru. Sistem nilai akan berubah, kriterianya akan berubah dan pilihan raya baru dan mungkin akan diadakan enam tahun dari sekarang. Nilai di seluruh dunia akan berubah, sistem berubah, nilai berubah. Mungkin England akan bankrap dan semuanya akan berbeza.

Medan sudah dibuka luas, dalam BN parti non-UMNO , MCA dan Gerakan adalah lemah. Adakah Pakatan akan diminati lagi?

Raja Petra: Pakatan akan pertahankan Anwar kerana mereka masih lagi berharap untuk bentuk kerajaan Persekutuan. Dalam pilihan raya akan datang ini, jika pakatan gagal membentuk kerajaan Persekutuan, maka Anwar tiada lagi gunanya kepada Pakatan terutamanya DAP dan Pas. Mereka akan sokong Anwar dan berdiri di belakang Anwar.

Kempen jatuhkan Anwar

Sekarang Malaysia Today mulakan kempen jatuhkan Anwar?

Raja Petra: Ia sebenarnya bukan kempen jatuhkan Anwar. Ini kempen fokus semula. Apa yang kita nak buat, kita nak rakyat fokus dengan gambaran besar. Kita mahu rakyat nampak lukisan secara keseluruhannya, kita tak nak lihat gerakan berus warnanya. Kita selalu lihat gerakan berusnya, jadi kita tak tengok lukisan itu sebenarnya.

Jadi kita nak bawa kembali isu perubahan. Adakah ia tentang Anwar, ia adalah mengenai negara dan Anwar boleh menjadi faktornya. Itu tak menjadi hal kepada saya. Anwar hanya menjadi satu faktor tapi dia bukanlah perkara utama.

Rakyat mudah hilang fokus, mereka mudah terganggu. Tiba-tiba terlepas sasaran dan salah arah. Kita sepatutnya ke Singapura tetapi melencong ke Melaka. Kalau anda rasa Anwar tak bersalah, berjuanglah untuk Anwar. Tapi jangan minta seluruh negara berjuang untuk Anwar sebab seluruh negara patut berjuang untuk penambahbaikan negara.

Kadang-kadang orang lupa tentang mangsa iaitu Saiful?

Raja Petra: Sebenarnya, kita dah letih dengan isu liwat ini. Kita mahu tamatkan hal ini segera. Kita harap perbicaraan ini selesai dan tidak dipanjangkan.

Tapi kenapa dia yang minta dipanjangkan?

Raja Petra: Betul tapi seluruh negara terikut-ikut sama. Kita tak perlukan semua ini. Masa depan negara tak bergantung kepada seorang lelaki ini.

Malaysia tak terima PM gay

Tentang isu moral, rasanya rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk seorang Perdana Menteri yang macam itu?

Raja Petra: Itu satu isu lain. Isunya sebab kita hidup dalam masyarakat seperti Malaysia yang tidak boleh terima cara hidup begitu. Di Malaysia, masyarakat belum bersedia. Mungkin mereka tak akan bersedia kerana mereka ini masyarakat Islam yang konservatif.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.

Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.

Saya tidak pertahankan perbuatan yang tidak bermoral tapi itu pilihan anda. Kalau anda pilih itu, anda tak boleh dapat yang ini. Di UK anda boleh dapat kedua-duanya. Di Australia, anda boleh dapat kedua-duanya.

Saya tidak peduli. Kalau anda kata: "Adakah Anwar seorang gay?" Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya.


Sambung baca di sini.


P/s: Dulu di TV3, sekarang Raja Petra muncul di Utusan Malaysia!




[PANAS] Najib Dijangka ROMBAK Kabinet & TUNDA PRU 13

Posted: 31 Dec 2011 05:57 PM PST


Saya petik:

[TMI] Datuk Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno

Difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya," menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.

Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan "peperangan kerusi" untuk pilihan raya awal. "Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,"

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

"Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya menambah.

Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.

Penganalisis rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. "Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.

Najib merupakan seorang yang berhati-hati," sumber rasmi parti.

Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.

Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.

Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.

Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.


P/s: Mari main teka-teki!




[Kemas Kini- Video/Gambar] Insiden Keganasan Pihak berkuasa terhadap Mahasiswa Bantah AUKU/UPSI

Posted: 31 Dec 2011 04:32 PM PST

Gambar: Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang dibelasah polis kini di Hospital Slim River

Saya petik:

Mahasiswa Bantah AUKU Ditahan, Seorang Didakwa KRITIKAL

[Pulakdah] Sambutan tahun 2012 menjadi dimulakan dengan adegan pembantaian dan nyawa pelajar pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi membantah pihak UPSI dan menuntut keadilan sebenar diberikan kepada pelajar, bukan menuruti kemahuan pemerintah zalim yang takut dengan kebangkitan rakyat.

Pada sambutan tahun 2012 malam tadi, kira-kira 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI telah diserang polis dan di angkut ke dalam trak. 9 mahasiswa kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke penjara Tanjung Malim. Mahasiswa yang ditahan ini kemudiannya telah dibelasah ketika di dalam tahanan polis.

Kesan dari pembantaian itu, Sdr Safwan Anang yang juga pengerusi BEBAS telah tidak sedarkan diri. Manakala Sdr Ahmad yang cedera juga telah mendapatkan rawatan dan dijahit di Hospital Tanjung Malim. Safwan pula telah dipindah dari hospital Tanjung Malim ke hospital Slim River dalam keadaan kritikal.

Antara berita yang terkini kami terima, Sdr Khalid Ismath juga antara yang ditahan polis.

Menyedari tindakan susulan daripada mahasiswa yang akan berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjung Malim untuk desak pembebasan rakan-rakan mereka. Pihak Polis telah membuat sekatan jalan bagi jalan-jalan yang menghala ke arah Balai Polis Tanjung Malim. Orang awam telah dihalang untuk melepasi sekatan jalanraya ini, dan hanya peguam yang dibenarkan.

Peguam-peguam yang ada di Balai Polis Tanjung Malim bagaimanapun masih tidak dibenarkan bejumpa (sehingga laporan ini ditulis) dan diminta menunggu dokumentasi yang sedang dibuat oleh polis. Peguam hanya akan dibenarkan berjumpa dengan mahasiswa yang ditahan dokumentasi lengkap. -pulakdah

Berkaitan:

Himpunan Protes AUKU & UPSI oleh SMM & BEBAS
Pada saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!

Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa! -fightforjusticeforever


 
Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!

 
Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH

 
Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU.

 
Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis, dibawa ke Hospital Slim River.

 

Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim...

 
Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012! Mahasiswa akan terus bangkit melawan!



[AntaraPos] TANJUNG MALIM, 1 JAN : Kira- kira 20 mahasiswa ditangkap polis termasuk Adam Adli dan Pengerusi  Solidariti Mahasiswa Malaysia, Syukri Razak setelah mereka mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan Sultan  Idris Shah Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.

Beberapa pergelutan berlaku antara anggota polis dan mahasiswa. Sekurang-kurangnya dua orang mahasiswa mengalami kecederaan di muka dan kepala.

Sebuah poliklinik di dalam UPSI turut mengalami kerosakan apabila polis menyerbu premis itu untuk melakukan tangkapan.

Kekecohan berlaku apabila kumpulan mahasiswa itu engkar arahan polis untuk bersurai setelah berkumpul dengan kira-kira 100 mahasiswa lain untuk mengadakan bantahan selama 16 jam bersabit langkan UPSI mengenakan tindakan tata tertib terhadap Adam.

UPSI mengenakan tindakan tatatertib terhadap Adam  kerana  menurunkan  bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabatan Umno pada 17 Disember lalu bagi  mendesak Akta Universiti Kolej Universiti 1971 dimansuhkan terus.

Krew AntaraPos.com merakamkan puluhan mahasiswa ditangkap oleh anggota polis dan dimasukkan ke dalam trak polis setelah mereka engkar arahan untuk bersurai dalam  lima belas minit.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Penguasa Othman Nanyan mengarahkan tunjuk perasaan itu di hentikan padalam tempoh 15 minit kerana ia menggangu keamanan persekitaran.

Beliau berkata pihak polis sedia memberikan masa untuk pelajar terbabit menyampaikan memorandum kepada pihak universiti.

Bagaimanapun mahasiswa berkenaan yang berkumpul kira-kira pukul 1 pagi Tahun Baru enggan berundur dan mahu meneruskan program 16 jam mereka yang disulami dengan bacaan puisi, nyanyian lagu patriotik sambil membawa sepanduk mengutuk AUKU dan kerajaan.
 
Mereka juga membawa keranda bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melaung slogan anti-kerajaan.

Kumpulan itu berkeras mahu meneruskan aturcara yang ditetapkan, memaksa polis untuk menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perhimpunan itu.

Pergelutan berlaku ketika polis mengheret mahasiswa masuk ke dalam trak polis namun ada  mahasiswa bertindak  melepaskan diri.

Seorang mahasiswa dikenali sebagai Safuan Anang mengalami kecederaan serius di bahagian rahang manakala Amar Rasyidi cedera di bahagian hidung dan kepala.

Safwan dan Amar dibawa ke poliklinik di hadapan UPSI itu oleh rakan-rakan mereka. Pintu kaca poliklinik itu pecah dalam keadan mahasiswa berasak-asak untuk memasuki klinik itu dengan  dikejar anggota polis.

Gagal  mendapat rawatan di klinik itu,  Safwan Anang cuba di bawa oleh empat rakannya ke Hospital Tanjung Malim namun kunci kereta mereka dikatakan dirampas polis.

Mahasiswa yang cerdera parah itu  kemudian dibantu oleh media di situ untuk dihantar ke Hospital Tanjung Malim.

Keadaan tegang itu berlarutan sehingga jam 3.15 pagi.

Safwan Anang masih di di hospital kerana kecederaannya agak  serius manakala Amar menerima rawatan pesakit luar.




Kemas Kini:

Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI

[TMI] KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan," menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider...


Insiden UPSI: Semua Mahasiswa Dibebaskan

[HD] KUALA LUMPUR- Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.

17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty ).

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.


Demo UPSI: Peguam Timbang Tindakan Undang-undang


[SH] SHAH ALAM - Peguam mewakili mahasiswa yang mendakwa berhadapan dengan kekerasan polis ketika mengadakan perhimpunan di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang.

"Saya akan ambil tindakan undang-undang, kita tak tahu, saya pun tengah ikuti perkembangan mahasiswa, ada yang ditahan, ada yang di hospital," kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini, Fadiah Nadwa berkata seramai 17 mahasiswa, kesemuanya lelaki, telah dibebaskan pukul 5 pagi tadi. Mereka ditahan polis sekitar 2.30 pagi.

Laporan terdahulu menyebut perhimpunan sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi bertukar menjadi kekecohan.

Difahamkan lebih 100 pelajar menyertai perhimpunan telah ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan. Antara yang ditahan ialah Adam Adli, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini,

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Razab. Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan dan  keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.

Fadiah berkata, pihaknya amat kesal jika kekecohan yang berlaku awal pagi ini dicetuskan oleh pihak tertentu. Bagaimanapun menurut beliau, semuanya akan diputuskan setelah pihaknya berbincang serta mendengar serta mendapatkan laporan sepenuhnya dari semua mangsa yang terlibat dalam demostrasi tersebut bagi memberi gambaran sejelasnya berhubung kejadian berkenaaan.

"Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak  malah, akan mendengar cerita mahasiswa yang terlibat dalam insiden tersebut sehingga menyebabkan tercetusnya kekecohan tersebut.

Tiada ulasan: