Isnin, 30 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NFC: Mengapa Muhyiddin Takut Pada Suruhanjaya Diraja

Posted: 30 Jan 2012 04:28 AM PST

Oleh Mat Zahari Bin Ali


ULASAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menubuhkan suruhanjaya diraja tidak perlu bagi menyiasat penyelewengan projek Fidlot Nasional (NFC).

Katanya, penjelasan Jabatan Audit negara serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malysia (SPRM) memadai.

Selain itu katanya kerajaan juga turut melantik firma perunding perakaunan bagi menjalankan proses penilaian bagi melihat status kewangan syarikat yang mengurus projek tersebut.

Kenyataan Muhyiddin tersebut ekoran gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya dilantik suruhanjaya diraja bagi menyiasat NFC.

Isu NFC secara tersuratnya melibatkan dua faktor utama. Pertamanya sebagimana dipapar di dada media berhubung penyelewengan dan salah urus oleh NFC melibatkan pinjaman dari dana rakyat bernilai RM250 juta.

Keduanya, berhubung tender terhad yang membolehkan projek tersebut diberikan kepada suami seorang menteri. Manakala Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani ketika tender tersebut diberikan kepada suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul adalah Muhyiddin.

Dari sudut politiknya, isu penyelewengan dan salah urus oleh syarikat-syarikat yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno adalah perkara biasa berlaku.
Tetapi isunya adalah dana rakyat yang sebegitu besar diberikan kepada syarikat yang tidak ada pengalaman langsung dalam industri ternakan lembu.

Maka disinilah letaknya kesalahan Muhyiddin. Persoalannya mengapakah Muhyiddin sanggup memperjudikan RM250 juta wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai pengalaman.

Suapan politik

Begitu juga persoalannya mengapa Muhyiddin memberikan projek tersebut kepada suami Shahrizat sedangkan terdapat enam syarikat yang terlibat dalam permohonan untuk projek tersebut.

Dari sudut persepsinya menggambarkan tindakan Muhyiddin tersebut merupakan 'suapan' politik terhadap Shahrizat bagi mendapatkan sokongan wanita terhadap beliau menentang Najib.

Apatah lagi ketika era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin diletakkan sebagai 'check and ballence' untuk mengimbangi pengaruh Najib.

Shahrizat juga bersalah kerana sebagai seorang menteri yang hidup dalam gelombang politik tentunya menyedari risiko sekiranya orang ramai mengetahui projek tersebut diberikan kepada syarikat suami beliau.

Atau Shahrizat dijanjikan 'perlindungan' oleh Muhyiddin supaya rahsia projek tersebut tidak akan bocor kepengetahuan rakyat atau orang politik.

Ketika itu pula Muhyiddin adalah orang Abdullah. Maka jaminan perlindungan tersebut menjadikan Shahrizat mempunyai keyakinan bahawa 'rahsia' tersebut tidak akan bocor.

Bagi Muhyiddin pula, sokongan dari wanita Umno amat diperlukan setelah merasa selamat dan selesa dengan kedudukan Pemuda Umno yang diterajui menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin.

Kambing hitam

Paling lucu dan memualkan apabila entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba seorang ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail ditangkap dan dijadikan kambing hitam.

Beliau didakwa dengan dua pertuduhan menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat sebanyak RM1.755 juta.

Tidak sampai 45 minit didakwa di mahkamah Klang berhubung NFC Shamsubahrin juga didakwa atas pertuduhan menipu seorang majistret.

Demikianlah bagaimana 'licik' polis serta 'auta' pemimpin-pemimpin Umno-BN dalam menutup penyelewengan NFC.

Fakta asas untuk pelajar yang akan memasuki sekolah menengah pun tahu 'makhluk' pertama yang harus disiasat atau diadili adalah mereka yang bertanggungjawab mengurus tadbir NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat.

Bukan mencari kambing hitam sebagaimana kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dulu. Malah sehingga ke saat ini misteri pembunuhan tersebut tidak diketahui walaupun pembicaraan dijalankan bertahun-tahun.

Muhyiddin punca kemelut NFC

Muhyiddin juga tahu sekiranya siatan diraja dijalankan maka orang pertama yang akan disiasat adalah beliau selaku Menteri yang meluluskan pemberian projek kepada suami Shahrizat.

Fakta pertama yang akan dipersoalkan oleh jawatankuasa siasatan tersebut adalah bagaimana beliau memberikan projek RM250 juta tersebut kepada suami seorang menteri kabinet yang tidak berpengalaman.

Penjelasan Muhyiddin kepada jawatankuasa siasatan tersebut akan menyerlahkan lagi betapa amalan kronisme berleluasa berlaku dalam pentadbiran Umno-BN.

Namun lebih membimbangkan Muhyiddin adalah terbongkarnya agenda sulit beliau dan Shahrizat menumbangkan bosnya sekarang, Najib Razak.

Najib juga menyedari Muhyiddin bersama team beliau mengintai pelbagai sudut untuk menyingkirkan beliau. Namun kesahihan belum dapat dibuktikan. Lantaran itu Najib tidak mahu mengadakan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno selama tiga tahun berturut-turut.

Muhyiddin juga sedar, Najib juga telah berjaya menghidu kelibat beliau bersama teamnya.

Memang agak menghairankan mengapa selepas lebih tiga tahun projek Fidlot yang merupakan salah satu dari pelbagai projek lagi didedahkan oleh Ketua Audit negara. Sedangkan progres projek-projek yang diberkan kerajaan kepada 'kroni-kroni' lain tidak didedahkan.

Apakah pendedahan penyelewengan NFC mempunyai kaitan dengan arahan dari Najib untuk menyingkirkan Muhyiddin?.

Berdasarkan fakta asas, sesiapa sahaja termasuk orang-orang Umno akan melihat punca kepada masalah NFC bermula dari 'anugerah' projek oleh Muhyiddin kepada suami kepada Ketua Wanita Umno.

Pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan tersebut telah meletakkan Umno berada dalam keadaan paling tertekan. Sehingga Umno disamakan dengan lembu.

Saat menghadapi PRU13 turut meningkatkan darjah kemarahan ahli-ahli dan pemimpin Umno kepada Shahrizat dan Muhyiddin.

Lalu usaha menolak untuk diadakan siasatan diraja dilihat Muhyiddin sebagai jalan paling selamat untuk menutup agenda tersembunyi beliau.

Penswastaan bukan penyelesaian kepada AUKU

Posted: 30 Jan 2012 04:26 AM PST

Ahmad Fuad Rahmat


Dalam pertemuan mutakhir dengan para mahasiswa di Kolej Dar Al-Hikmah, Wan Saiful Wan Jan, pengarah IDEAS, mengusulkan penswastaan universiti-universiti di Malaysia sebagai penyelesaian kepada masalah campurtangan kerajaan dalam hal ehwal akademik. Ini, ikut teorinya, akan membebaskan dunia akademia seluruhnya dan menghadkan peranan kerajaan hanya sebagai pengeluar dana terhad untuk membiayai yuran pelajar. Wan Saiful menyenaraikan contoh sistem wakaf yang dilaksanakan di Al-Azhar dan Harvard, dan sistem baucar di Universiti-Universiti Scandinavia, sebagai model alternatif yang dapat dipertimbangkan oleh sistem akademik di Malaysia.

Kesalahan fakta

Masalahnya bermula dengan kenyataan mesej yang bercanggah. Al-Azhar didanai melalui sistem wakaf tetapi universitinya diletak di bawah pengawasan dan seliaan Pejabat Perdana Menteri Mesir sejak 1961. Dengan perkataan lain, institusi itu seluruhnya tertakluk kepada rencana Kabinet. Malah, rejim Mubaraklah yang telah melantik secara langsung dua Imam besar (Shaykh) Al-Azhar yang lepas, Muhammad Sayyid Tantawi pada 1996 dan kemudian Ahmad al-Tayyib pada 2010. Dalam aksi yang lanjut, pentadbiran wakaf agama juga telah di kawal secara konsisten oleh Kementerian Hal Ehwal Agama.

Sejak revolusi, tuntutan terhadap autonomi telah meningkat walaupun nyata tiada suatu konsensus yang dicapai tentang apakah kesan yang terlihat dari sudut autonomi. Perdebatan menunjukkan bahawa pertelingkahan adalah berakar dari perbezaan ideologi, yakni, tertumpu pada persoalan cap Islam yang mana (Wasatiyah, tradisional, reformis) yang harus merebut pengaruh yang kuat dalam perencanaan semula agenda universiti.

Motif liberalisasi keuntungan atau penanggungan kos sendiri tidak dilihat terangkum dalam agenda. Titik persoalannya, bagaimanapun, adalah ianya sama sekali tidak tepat untuk menyamakan Al-Azhar dengan Harvard meski pada perbandingan kecil tentang ruang autonomi universiti.

Tambahan, seseorang akan sukar memahami sistem baucar apa yang diperkatakan oleh Wan Saiful dalam merujuk kepada universiti-universiti di Scandinavia. Di Finland, Denmark, Sweden dan Norway majoriti universiti adalah institusi awam dan percuma kepada rakyatnya.

Kes Amerika

Wan Saiful bagaimanapun benar ketika menyatakan bahawa Harvard telah diswastakan dan menanggung perjalanan kosnya-sendiri melalui sistem wakaf. Lantaran itu kadar yuran tahunan di Harvard mahal. Untuk mengutip cuma satu contoh, pelajar sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Siswazah dijangka membayar sejumlah US$36,992 (RM114,675) setiap tahun pengajian. Ini tidak termasuk kos perjalanan dan komunikasi, buku, alat tulis dan biaya harian seperti makanan dan riadah.

Tidak ada suatu yang janggal terhadap hal ini dalam konteks Amerika. Kadar tuisyen di universiti-universiti Ivy League menjangkau sekitar US$30,000 setiap tahun tetapi kebanyakannya adalah universiti persendirian, malah banyak yang lebih rendah tarafnya, mengenakan kos yang hampir sama. Malah universiti awam tidak lagi bercirikan awam dalam pengertian yang sebenar kerana banyak yang telah terlibat dengan dasar separuh penswastaan dalam banyak bahagiannya, yang telah melonjakkan inflasi yang mendadak. Sebagai contoh, Forbes melaporkan pada bulan Mei 2011 bahawa yuran dalam sistem California State University sahaja telah meningkat kepada 400 per ratus sejak 2002.

Kesan langsung dari amalan ini adalah penambahan beban hutang pelajar. Berdasarkan kenyataan bahawa biasiswa adalah terhad dan pemilikan ijazah pertama diperlukan untuk mendapat pekerjaan, rakyat Amerika yang seremaja 18 tahun pun terpaksa membuat pinjaman yang masif bagi membiayai kos pengajian mereka. Seorang pelajar saya menanggung hutang sebanyak US$90,000 setelah menamatkan ijazah pertamanya. Hasilnya beliau terpaksa mengambil ubat anti-depressant untuk meredakan tekanannya.

Menurut Wall Street Journal, dianggarkan dua pertiga dari pelajar-pelajar kolej di Amerika yang lulus bersama hutang pelajaran. Statistik lanjut yang dibuat pada dekad yang lalu sahaja melakarkan gambaran yang suram tentang perkara ini. Dari tahun 2007 ke 2010 paras hutang pelajar di peringkat nasional Amerika melonjak kepada 50 per sen. Adalah tidak mengejutkan bahawa sebelum 2010, jumlah hutang tertunggak pelajar di seluruh Amerika mengatasi jumlah hutang tertunggak kad kredit debit. Angka tersebut telah mencecah US$900 bilion.

Angka ini hanya mula menggambarkan desakan kehidupan yang diburu oleh tuntutan hutang oleh remaja tersebut, tanpa kerjaya yang kukuh kerana status pelajarnya. Tekanan itu digandakan dengan kemelut ekonomi dunia yang parah dengan masalah pengangguran yang meningkat. Golongan libertarian bagaimanapun akan masih pertahankan bahawa ini adalah kebebasan. Bukti yang dikemukakan menunjukkan sebaliknya, yang sangat melimpah, baik dalam bentuk teks atau laporan video yang boleh dilayari dari enjin pencarian Google, terutamanya dalam pelbagai kempen untuk memansuhkan hutang pelajar yang sedang digerakkan untuk menyelesaikan kekusutan yang mengesankan ini. Lihat sendirilah akibatnya apabila pendidikan dijadikan suatu komoditi yang boleh digadai dan dijual beli.

AUKU

Apa pun jua, keanehan merujuk kepada model-model universiti yang dibiayai kerajaan di Sweden, Mesir dan Amerika sebagai contoh pada perhitungan akhirnya tidak mempunyai kaitan dengan permasalahan sebenar berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

AUKU adalah bukti jelas dari niat serong pemerintah mempertahankan kuasa politik dengan mencampuri urusan akademik tetapi ini bukan masalah kewujudan kerajaan sahaja, bahkan kerana sikap tidak bertanggungjawab dan kejahilan tentangnya. Contoh mengenai Scandinavia yang diusulkan oleh Wan Saiful sendiri adalah bukti bahawa universiti awam mampu menawarkan pendidikan berkualiti.

Ianya bukan suatu yang hebat dalam pemikiran politik untuk mengungkapkan bahawa kerajaan cenderung melakukan korupsi dan menyalahguna kuasa. Tetapi ia adalah suatu tanda yang jelas terhadap kepincangan intelek untuk berfikir bahawa entiti swasta tidak dapat dirusak dan dicabul juga. Krisis kewangan yang sedang melanda dunia adalah bukti bahawa penswastaan dan polisi ekonomi neo-liberal telah gagal dan tidak harus diambil untuk mengilhamkan sesuatu yang halus dan penting bagi pembangunan bangsa seperti sistem pendidikan kita.

Apa yang diperlukan Malaysia adalah pemimpin yang bertanggungjawab yang dapat berperanan dalam sistem keadilan yang telus dan bermaruah. Untuk mencapai matlamat tersebut kita selanjutnya perlukan budaya demokrasi yang terbuka yang komited terhadap persamaan maruah dan karamah insan dan pengakhiran terhadap penindasan.

Sistem pendidikan kemudiannya harus menzahirkan tekad untuk melahirkan rakyat yang bertanggungjawab yang dapat menyumbang untuk menyempurnakan objektif tersebut, di mana mahasiswa universiti dapat berkembang dalam bidang yang dipilihnya, dan menghargai dan memahami hak mereka, dan memainkan peranan dan tugas sebagai kelompok yang terdidik dalam masyarakat yang bebas.

Dalam buku "The Quest for Meaning" (Pemaknaan Hakiki) Tariq Ramadan mengungkapkan bahawa "tidak mungkin wujud kebebasan dan kuasa melainkan kehendak insan terhadap keperluan basiknya dipenuhi". Seseorang dapat mengandaikan bahawa dengan "kehendak asas manusia", beliau merujuk pada keperluan fizikal seperti makanan dan tempat perlindungan, tetapi apabila kita membaca lebih jauh kita dapati Profesor Ramadan juga merujuk kepada pendidikan, kerana kebebasan tanpa ilmu adalah tidak bererti, "Sekiranya kita nyatakan bahawa kita memberi individu kebebasan untuk memilih setelah kita halang individu tersebut dari menuntut dan belajar, kita sebenarnya tidak berlaku jujur dan khianat: kebebasan dalam negara yang jahil hanya ilusi."

Manusia, pada sifat lahirnya, mahukan dan berhak mengecap kebebasan. Pendidikan adalah ciri-ciri yang diperlukan bagi merealisasi potensi tersebut dalam memberikan kebebasan pengisian dan bentuknya. Pendidikan adalah ruang di mana cita-cita tersebut dilacak, difahami dan dipugar. Pendidikan dari itu adalah hak kemanusiaan yang fundamental, sepertimana hak terhadap kehidupan, kesihatan, air dan tanah. Ia adalah keperluan yang basik yang tanpanya kita tidak dapat menyempurnakan nilai kemanusiaan dengan sepenuhnya. Untuk menjual keperluan ini kerana meraih laba dari pembida yang tertinggi tidak hanya menandakan terhakisnya keperibadian yang tulen tetapi yang lebih membimbangkan, kurangnya kasih sayang.

*Ahmad Fuad Rahmat ialah Penyelidik Islamic Renaissance Front.

Membedah grand design Mahathir

Posted: 30 Jan 2012 04:24 AM PST

Liew Chin Tong


Tidak ramai antara kita yang masih ingat bahawa Barisan Nasional telah berjaya menyelamatkan diri dan kembali menguasai medan pilihan raya umum dari tahun 1991 hingga 2005 hasil daripada kompromi Mahathir Mohamad dalam bentuk Wawasan 2020.

Penggunaan aparat negara serta tindakan tidak demokratik seperti kuasa menahan tanpa bicara ahli-ahli politik pembangkang, penguasaan media massa secara langsung dan tidak langsung, dan sistem pilihan raya yang pincang, telah membolehkan BN kekal berkuasa, mejadi parti yang dipilih paling lama berkuasa di dunia hari ini.

Formula Perikatan dan bermulanya hegemoni "Melayu dahulu"

Formula Perikatan - pewaris kepada BN - adalah untuk memenangi separuh daripada semua undi di kalangan pelbagai kaum. Sebagai satu-satunya gabungan pelbagai kaum di semua peringkat, strategi itu membuahkan hasil kepada Perikatan dalam pilihan raya umum tahun 1959 dan 1964.

Tetapi amalan Perikatan sebagai "kerajaan kecil yang tidak banyak berbuat apa-apa" menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan perbezaan ketara sosioekonomi rakyat. Ia menyebabkan pertambahan sokongan kepada pembangkang daripada pelbagai kaum, termasuk orang Melayu, dalam PRU 1969.

Anggapan yang mengatakan hanya pengundi Cina menyokong pembangkang pada tahun 1969 adalah tidak benar kerana orang Melayu juga berbuat demikian. Mahathir kalah di kerusi Kota Setar Selatan serta ramai lagi pemimpin besar UMNO tewas dalam PRU itu yang membuktikan ada peralihan undi Melayu menentang Perikatan.

Pasca-1969, formula Razak bercita-cita mencapai sokongan 70% undi Melayu kepada BN. Undi bukan Melayu tidak dianggap penting dalam formulasi tersebut. Semua dasar di bawah sususan rancangan baru berkenaan, yang dilambangkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB), digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Strategi "Melayu dahulu" membawa kejayaan kepada UMNO sehingga PRU 1990 apabila undi Melayu pecah selepas penubuhan Semangat 46 yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas pemimpin kanan UMNO yang lain.

Barisan pembangkang yang dipimpin oleh Semangat 46 hampir menang dalam PRU 1990 tetapi BN berjaya menyelamatkan diri dengan manipulasi tiga hari terakhir sebelum membuang undi apabila gambar Tengku Razaleigh yang memakai sigah Kadazan berlambang palang disebarkan oleh media massa sebagai kononnya perlambangan agama Kristian. Ia cuba memberi gambaran kepada orang Melayu bahawa pembangkang mahu menjual hak kaum dan maruah kepada kuasa asing.

Namun undi Melayu kepada BN tidak pernah kembali lagi ke tahap tinggi pada zaman DEB (1970-1990). Malah, undi Melayu sentiasa berkurangan dalam setiap PRU sejak tahun 1990, kecuali pada tahun 2004, iaitu PRU pertama pasca-Mahathir. (Pada PRU 2004, Perdana Menteri Abdullah Badawi menang kerana janji-janji reformasi kerajaan.)

BN menang PRU 1995 dengan undi popular 65% walaupun berlaku penurunan undi Melayu dan terus mengekalkan kemenangan dalam PRU 1999, walaupun lebih separuh pengundi Melayu menolak BN, satu reaksi terhadap pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Bagaimana Mahathir dan Barisan Nasional terus berjaya menyelamatkan diri sejak PRU 1990?

Wawasan 2020 dan "Bangsa Malaysia"

Dalam masa empat bulan sahaja selepas PRU 1990, Mahathir (gambar bawah) mengumumkan Wawasan 2020 dan konsep "Bangsa Malaysia" pada Februari 1991 dan menetapkan hala tuju BN untuk 14 tahun seterusnya sehingga Julai 2005.

Strateginya adalah untuk menampung hakisan pengundi Melayu kepada UMNO dengan membawa sokongan kelas menengah Cina. Ia dilaksanakan dengan mengetepikan seketika isu hak Melayu untuk meredakan tekanan perkauman. Kaum Cina menolak UMNO sepanjang 1970-1990 kerana tidak diberi peluang ekonomi dan hak budaya.

Pada awal tahun 1990-an, ekonomi mula berkembang dan taraf hidup meningkat. Kekangan terhadap keinginan budaya dan sosioekonomi kaum Cina tidak lagi disekat, sebaliknya digalakkan walaupun ada harga yang perlu dibayar.

Sebagai contoh, peluang pendidikan tinggi kepada kaum Cina berpendapatan rendah dan sederhana amat berkurangan pada 1970-an dan 1980-an. Tetapi pada 1990-an, asalkan seseorang itu sanggup dan mampu membayar untuk pendidikan swasta, beratus-ratus kolej mengejar pelajar.

Satu lagi contoh adalah siaran televisyen dalam bahasa Cina. Pada 1970-an dan 1980-an, tidak lebih dari dua jam sehari diperuntukkan untuk rancangan bahasa Cina di kaca TV. Pada 1990-an, jika anda mampu melanggan perkhidmatan TV satelit, pelbagai program bahasa Cina disediakan untuk kelas menengah Cina yang selama ini bising dengan tuntutan hak.

Jika anda bukan dari kalangan kelas menengah yang sedang berkembang, atau tidak mampu membiayai pendidikan swasta anak-anak, atau melanggan TV satelit, jangan salahkan kerajaan. Ia adalah masalah anda - sama ada anda tidak bernasib baik atau anda tidak gigih bekerja. Itu andaian BN. Lagipun, pakar-pakar strategi BN sedar bahawa segmen pengundi miskin Melayu dan Cina akan tetap mengundi masing-masing PAS dan DAP.

Musuh bayangan dan pemerintahan singkat Abdullah Badawi

Sepanjang 1970-an dan 1980-an, setiap bulan ada sahaja isu perkauman yang dimainkan oleh media massa. Tetapi pada tahun 1990-an, apabila Mahathir memerlukan "musuh" untuk dihentam bagi memastikan popularitinya kekal di kalangan orang Melayu, beliau sentiasa ada pilihan di antara "penjajah" British, "penindas" Amerika, "komplot" Yahudi atau Australia yang "sombong" dan "tidak beradab".

Dan, jika Mahathir memerlukan "musuh" yang kelihatannya seperti orang Cina, maka Cina "tumpang" di selatan Tambak Johor sentiasa ada untuk dimangsakannya. Imej demonstrasi Pemuda UMNO membantah Singapura di Johor Bahru dengan jelas mencerminkan keadaan politik pada masa itu - UMNO tidak perlu mengubah kaedahnya, cukup dengan melihat sahaja "musuh" di luar.

Pada 2004, Abdullah Badawi mewarisi rangka kerja Mahathir dengan mesej yang bersifat lebih "Malaysia" atau wasatiyyah (sederhana). Dalam perutusan Hari Kebangsaannya pada Ogos 2004, Abdullah berkata, "Kita semua adalah sama, kita semua rakyat Malaysia. Tidak ada individu di negara ini yang diiktiraf 'lebih Malaysia' dari individu lain."

Tetapi sesuatu telah berlaku pada tahun 2005. Rancangan besar BN berakhir secara mengejut pada minggu terakhir Julai 2005. Ini akan saya bincangkan minggu depan.

*Liew Chin Tong (gambar kanan) ialah ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP, dipetik dari Roketkini.

Pakar sejarah Melayu: Hang Tuah memang wujud

Posted: 30 Jan 2012 04:23 AM PST

"Bagi mereka (orang Cina dan Portugis) dokumen bertulis itu adalah bukti. Tiada dokumen tidak ada bukti," kata Prof Zainal Kling



PETALING JAYA: Pakar sejarah negara, Prof Datuk Zainal Kling mempertahankan kewujudan Hang Tuah tetapi mendakwa tidak banyak dokumen mengenai pahlawan Melayu itu.

"Ini yang menyebabkan orang Cina dan orang Portugis menganggap kewujudan Hang Tuah sebagai dongeng.

"Bagi mereka (orang Cina dan Portugis) dokumen bertulis itu adalah bukti. Tiada dokumen tidak ada bukti.

"Tetapi buku sejarah Melayu yang ditulis pada zaman kesultanan Melaka dan Johor jelas menyebut kewujudan Hang Tuah, rakan-rakannya, Puteri Hang Li Po serta keris Taming Sari milik Hang Tuah.

"Orang Asli turut percaya dan memperakui Hang Tuah dan mendakwa pahlawan Melayu itu keturunan orang laut dari kepulauan Melaka," kata ketua kluster sejarah, warisan dan sosio-budaya dari UPSI itu.

Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Prof Khoo Kay Kim yang mendakwa pahlawan Melayu itu tidak wujud.

Dakwaan Khoo itu telah menimbulkan polemik dan perdebatan hangat di kalangan masyarakat tempatan.

Bagi orang Cina dan Portugis, menurut Zainal. Hang Tuah tidak penting kepada mereka.

Hang Tuah ada anak

"Mereka hanya ambil tahu tentang Sultan Melaka dan bukan orang lain.

"Sebab itu dokumen sejarah orang Cina dan Portugis tidak menyebut tentang Hang Tuah," tambah Zainal.

Menurut beliau lagi, Hang Tuah berkahwin dan mempunyai anak tetapi jejak mereka tidak dapat dikesan.

Katanya, orang Melayu memang percaya tentang kewujudan Hang Tuah.

"Kita berharap persatuan sejarah Sungai Duyung di Melaka tampil dengan mengemukakan dokumen bertulis mengenai kewujudan Hang Tuah bagi meleraikan kekusutan.

"Kita akan lihat nanti sama ada Hang Tuah benar-benar wujud atau tidak," kata Zainal.

Baru-baru ini, persatuan sejarah itu mendakwa mempunyai bukti kewujudan Hang Tuah

Sah Palanivel mahu Cameron Highlands

Posted: 30 Jan 2012 03:06 AM PST

Muda Mohd. Noor


Presiden MIC itu merasmikan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tanah Rata di Cameron Highland.



PETALING JAYA: Ada usaha untuk menyingkirkan Naib Presiden MIC, Datuk SK Devamany daripada mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya umum ke 13, dakwa beberapa pemimpin Umno bahagian.

Ketua Wanita Umno Cameron Highland, Ramiza Mohd Husain juga mendakwa perkara yang sama.

"Saya mendapat tahu Ketua Umno bahagian Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Ismail Wan Ismail mahu membawa masuk Presiden MIC, Datuk G Palanivel bertanding di kerusi parlimen tersebut.

"Beliau mahu Devamany yang sudah dua penggal menjadi ahli parlimen Cameron Highlands digantikan. Tetapi Wanita Umno menentang," kata Ramiza.

"Saya mendapat tahu Pemuda dan Puteri Umno juga menentang. Ini yang disampaikan kepada saya.

"Devamany tidak buat salah apa pun. Dia orang baik. Dia baik dengan orang Melayu tetapi orang atas tidak suka dia.

"Orang atas ini (Wan Rosdy) sudah berjumpa Palanivel dua kali – sekali pada bulan Disember dan yang terbaru bulan ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

'Orang Umno burukkan Devamany'

Raziah berkata, untuk kepentingan bersama, isu ini perlu diselesaikan segera kerana bimbang orang Melayu tidak menyokong calon baru kerusi parlimen Cameron Highlands.

"Ada segelintir orang Umno sendiri yang memburuk-burukkan Devamany dengan harapan ahli parlimen itu digugurkan.

"Kita berharap Datuk Wan Rosdy melihat perkara ini dan berbincang dengan kami semua sebelum keputusan akhir dibuat," kata Ramiza.

Seorang AJK Umno bahagian berkata, Palaniveil sudah menjalankan beberapa aktiviti di Cameron Highlands.

Katanya, beberapa hari lalu presiden MIC itu merasmikan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tanah Rata di Cameron Highlands.

"Orang-orang Palanivel juga sudah ada di Cameron Highlands," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya ramai orang Umno tidak gembira kerana kredibiliti Palanivel sudah tiada sejak kalah dalam pilihan raya umum 2008 di parlimen Hulu Selangor.

Ladang Rakyat: Umno sengaja burukkan Kelantan

Posted: 30 Jan 2012 03:04 AM PST

Aziz Muda,


GOMBAK: Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan berhubung Ladang Rakyat sememangnya amat berfaedah kepada rakyat, tetapi sengaja dijadikan isu oleh para pemimpin Umno untuk memburukkan kerajaan negeri itu.

Isu tersebut sengaja dicetuskan oleh Umno menerusi peneroka-peneroka tanah secara haram daripada kalangan penyokong parti itu, dengan memanipulasikan kegagalannya untuk memiliki tanah ekoran tindakan mereka sendiri yang menyalahi undang-undang.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaqi Attiqullah (gambar) berkata, namun usaha Umno itu tetap tidak berhasil kerana isu tersebut sudah difahami dengan jelas oleh majoriti rakyat Kelantan.

Menurutnya, dakwaan Umno yang kononnya Kerajaan Kelantan mengambil tanah rakyat untuk melaksanakan usaha tersebut ternyata tidak berasas.

Katanya, sebaliknya tanah-tanah yang digunakan oleh kerajaan negeri itu untuk melaksanakan usaha tersebut adalah tanah-tanah yang tiada pemilik atau tanah kerajaan sendiri.

"Jika tanah-tanah rakyat pula, yang dimaksudkan adalah tanah-tanah yang masih belum ada pemiliknya, tetapi diusahakan secara haram oleh para peneroka penyokong Umno.

"Walaupun permohonan telah dibuat ke Pejabat Tanah dengan disertai bayaran deposit, permohonannya tidak pun diluluskan tetapi mereka sendiri yang mengakui tanah-tanah itu adalah milik mereka yang sah.

"Sedangkan hakikatnya tidak begitu," katanya ketika berdialog bersama wartawan-wartawan Harakah cetak dan Harakahdaily pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke=13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, malam tadi.

Dalam proses pemilikan tanah, menurutnya, semua pihak tahu, walaupun seseorang itu telah membuat permohonan dan membayar deposit ke Pejabat Tanah tidak bererti tanah itu telah menjadi milik individu terbabit.

Sebaliknya, tegas beliau, masih banyak lagi proses-proses lain yang mesti dilalui bagi membolehkan permohonan itu diluluskan oleh Pejabat Tanah sehingga membolehkan tanah itu sah menjadi milik individu terbabit.

"Sebahagian tanah-tanah itulah sebenarnya yang terbabit dengan usaha Ladang Rakyat itu dan tak timbul soal kerajaan mermpas tanah rakyat yang sebenarnya," katanya yang juga Adun Pasir Tumbuh.

Ladang Rakyat yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan itu, tambahnya, diadakan di setiap kawasan Dun, manakala setiap Dun pula disertai 100 orang peserta.

"Jadi jumlah keseluruhannya 4,500 orang manakala setiap peserta pula menerima dividen RM200 setiap bulan. Ini jelas membayangkan betapa berfaedahnya usaha itu kepada rakyat," tegasnya.

Langkah Kerajaan Kelantan mengadakan Ladang Rakyat, katanya, ternyata mencemaskan Umno BN, sehingga menyebabkan para pemimpin parti itu mencetuskan pelbagai isu bagi memburukkan kerajaan negeri.

"Pada hal ia sebenarnya tak ada sebarang isu pun. Malah janji Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberikan tanah kepada para peneroka yang meneroka tanah sebelum tanah 1980 telah lama ditunaikan.

"Tapi itu juga telah dijadikan isu oleh para pemimpin Umno. Namun kerajaan negeri tetap bertindak bijak. Malah kepada peserta-peserta Kesedar pun turut diberikan tanah oleh kerajaan negeri," tegasnya.

PR perlu ambil Putrajaya elak negara bankrap

Posted: 30 Jan 2012 03:03 AM PST

Khairil Abdul Rahim,


BERA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu percaya keperluan utama untuk memerintah dan menguruskan negara ini ialah dengan amanah, bukannya dengan pengalaman semata-mata.

Katanya, ini terbukti dengan negeri-negeri yang pertama kali diperintah Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dipuji Ketua Audit Negara.

(Gambar: Mohamad melancarkan penubuhan Kerabat Peringkat Parlimen Bera.)

"Kita dapat lihat Selangor berjaya memberikan kebajikan kepada rakyatnya di samping perbelanjaan berhemat kerajaan negeri menghasilkan lebihan pendapatan.

"Di Pulau Pinang pula pelaburan tertinggi berjaya dibawa masuk sehingga lebih RM10 bilion dan walaupun diperintah Cina DAP peruntukan untuk aktiviti Islam melonjak sehingga RM63 juta.

"Di Kedah hasil balak berjaya ditingkatkan sehingga pendapatan negeri meningkat berkali ganda.

"Di Kelantan sepanjang 20 tahun memerintah kerajaan negeri diisytiharkan bersih. Semua ini dipuji Ketua Audit Negara dalam laporannya," katanya.

Jelasnya, ini membuktikan amanah adalah keperluan utama untuk memerintah bukannya pengalaman sebagaimana propaganda yang dilemparkan Umno mengenai hasrat Pakatan PR untuk mara ke Putrajaya.

Mohamad berhujah demikian semasa berceramah sempena program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera, di Darul Ikhwan Mengkarak malam tadi.

Turut berceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Bendahari PAS Pahang Musaniff Abd Rahman.

Dalam pada itu Mohamad menambah, PR perlu ke Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) jika rakyat tidak mahu melihat negara ini terjerumus ke dalam bankrap.

"Seorang menteri (Datuk Seri Idris Jala) sendiri memberitahu Malaysia akan bankrap pada 2019 manakala seorang penganalisis ekonomi memberitahu negara ini akan bankrap lebih awal iaitu 2015.

"Jadi rakyat mesti memilih PR untuk ke Putrajaya pada PRU ini kerana tidak ada gunanya memberi peluang mentadbir negara selepas jatuh bankrap," katanya.

Mohamad berkata, beliau percaya negara ini boleh bankrap berdasarkan hutang yang dilonggokkan kerajaan pada masa ini berjumlah RM450 bilion, rasuah meningkat dan pengaliran wang ke luar negara menjangkau RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.

Sementara itu Nurul Izzah dalam ceramahnya sebelum itu menggambarkan kesulitan PR untuk mempertahankan kerusi Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam PRU akan datang dengan taktik kotor BN.

"Bayangkan di Selangor dan Wilayah pengundi baru bertambah secara mendadak sehingga 200,000 orang dan saya berani katakan sebahagian besarnya pendatang yang diberikan kad pengenalan.

"Tuan-tuan jangan ingat ini gurauan, kerajaan Bangladesh sendiri telah mengesahkan perkara ini dan penipuan ini pernah berlaku di Sabah dulu sehingga dibentuk Suruhanjaya Diraja," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, begitulah BN yang sanggup memberi kewarganegaraan hanya semata-mata untuk menang PRU dan perkara ini perlu disedari rakyat.

Pada majlis yang sama, Mohamad diberikan penghormatan melancarkan penubuhan Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) peringkat Parlimen Bera.

Penyair Amin Jagat pula diberi peluang mendeklamasikan puisinya.

Sementara itu di lokasi yang sama pada sebelah petang turut diadakan Dialog Warga Peneroka Felda bersama panelnya bekas Timbalan Pengarah BNM Dr. Rosli Yaakop, Presiden Anak Mazlan Aliman dan Peguam Peneroka Harris Abdullah.

Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera berlangsung selama tiga hari iaitu 27, 28 dan 29 Januari dengan pelbagai pengisian.

Hujahan Kickdefella pindah kes didengar 4 Mac

Posted: 30 Jan 2012 03:01 AM PST

Harakahdaily,


KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu (1) hari ini menetapkan 4 Mac depan untuk pendengaran hujahan peguam-peguam berkaitan permohonan Syed Azidi Abdul Aziz @ kickdefella bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim pada tarikh berkenaan setelah hakim mendapati suratcara dan afidavit-afidavit kesemua pihak telahpun difailkan.

Antara lain alasan yang diberikan oleh Syed Azidi bagi memindahkan kes tersebut ke Kuala Lumpur ialah kerana beliau khuatir dengan keselamatan beliau jika kes itu terus dibicarakan di Kota Bharu.

Sementara itu, permohonan peguam Datuk Husam Musa untuk mendapatkan satu perintah injunksi ke atas Syed Azidi dicabar oleh oleh para peguam Syed Azidi.

Permohonan injunksi itu bertujuan untuk menghalang Syed Azidi daripada terus menulis atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh mengenai Husam Musa.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 11 Mac ini untuk peguam-peguam berhujahberkaitan dengan permohonan tersebut.

Pada prosiding hari ini, Husam diwakili oleh peguam Hisham Fauzi manakala Syed Azidi diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun, Datuk Firuz Hussein Jamaludin dan Badrul Hishah Abdul Wahap.

Najib mula ugut rakyat untuk pertahan Putrajaya

Posted: 30 Jan 2012 03:00 AM PST

Aziz Muda,

GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ternyata telah bertindak menyalahi undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Dengan tindakan Najib itu ternyata Umno BN masih juga tidak berubah walaupun berjanji untuk melakukan perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan terbaru Najib semalam jelas bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seperti yang dilaporkan media semalam berkata, Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.

Menurut Tuan Ibrahim, kenytaan Najib itu jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Pusat antara lain berkata, setiap wartawan Harakah sama ada Harakah cetak dan Harakahdaily perlu mempunyai rujukan yang mencukupi untuk menulis sesebuah berita dan rencana.

Beliau yang turut hadir bagi menjayakan majlis itu turut mengingatkan setiap petugas media PAS agar memainkan peranan dengan baik bagi kepentingan perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di tanah air.

Katanya, sepanjang BN memerintah sememangnya terdapat pelbagai kepincangan di negara ini dalam pelbagai aspek dan di segenap peringkat.

"Kesemua itu perlu dijelaskan dengan baik oleh para wartawan Harakah cetak dan Harakahdaily berdasarkan fakta yang betul untuk diketahui oleh orang ramai.

"Isu-isu yang patut diketengahkan itu pula bukan hanya melibatkan peringkat negara, tetapi juga negeri, kawasan dan segenap pelosok desa untuk diketahui oleh orang ramai, bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat yang tepat untuk melakukan perubahan di tanah air," ujar beliau.

Kenapa barang murah di kedai 1Malaysia sahaja?

Posted: 30 Jan 2012 02:52 AM PST

Khairil Abdul Rahim,


BERA: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal dengan stail pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan barangan murah di kedai satu Malaysia sahaja.

Katanya, sepatutnya tugas kerajaan ialah memastikan semua barangan murah di mana saja kerana kenaikan harga barang yang melambung tanpa kawalan menyebabkan rakyat sentiasa berada dalam kesempitan.

Mengenai isu di negeri ini, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata isu yang sangat kritikal di kalangan rakyat ialah isu tanah.

"Ada yang menduduki dan mohon tanah memakan masa sama 30 tahun. Bahkan untuk mendapat tahu kelulusan tanah saja memakan masa bertahun-tahun dan terpaksa menempuh hampir 30 meja untuk proses itu saja. Sebab itu antara tawaran PAS pada PRU akan datang ialah memastikan tanah sekurang-kurangnya lot rumah untuk setiap isi keluarga.

"Kita akan contohi Kerajaan PAS Terengganu, apabila menang pada tahun 1999 kerajaan berjaya proses puluhan ribu permohonan tanah," katanya ketika berceramah pada Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi.

Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.

Berucap mengenai isu yang sama, Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, pihaknya akan mengedarkan borang permohonan tanah kepada rakyat dan projek perintis akan bermula di Johor bulan depan.

"Ini komitmen PAS sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan yang mahu diketengahkan. Usaha ini kita buat awal kerana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya pada PRU akan datang masalah tanah rakyat dapat diselesaikan segera," ujarnya.

PAS tidak iktiraf kewujudan Israel

Posted: 30 Jan 2012 02:45 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Sekalipun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat demi masa depan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak untuk pimpinan parti untuk menyokong Israel apa lagi untuk memberikan perlindungan kepada golongan yang dilaknak Allah SWT.

Itulah ketegasan yang diambil para pemimpin PAS dalam kontroversi yang dicetuskan melalui putar belit media terhadap artikel Wall Street Journal (WSJ) yang memetik kata-kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha mempertahankan Israel.

Media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi I support all efforts to protect the security of the state of Israel untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

WSJ turut menyatakan bahawa Anwar tidak berkata beliau akan membuka pertalian diplomasi dengan Israel.

Dalam reaksi spontan di Facebook, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (kanan) mengingatkan para pimpinan bahawa "Israel adalah sebuah entiti haram."

"Ia terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu," tegas beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

"Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel," tegas beliau.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad (kiri) menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, di mana dalam isu ini ialah Israel.

"Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Ramai rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya," tegas beliau yang dipetik News Straits Times.

Israel: Penjelasan Anwar

Posted: 30 Jan 2012 02:43 AM PST

Anwar Ibrahim,

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

PRU13: Ambil iktibar daripada politik semut

Posted: 30 Jan 2012 02:38 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


BERA- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat, terutamanya orang Melayu menjadi 'hakim' dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang iaitu berani membuat keputusan.

Katanya, rakyat perlu berani berubah daripada keadaan sekarang di mana apabila tiba musim PRU seolah-olah sebagai pesta dan musim untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, hasil daripada tidak memahami konsep sebenar politik dan pilihan raya inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya boleh diperkotak-katikkan kerana mereka seolah-olah boleh dibeli.

"Sekarang sudah menjadi trend apabila menjelang pilihan raya, rakyat memikirkan berlumba-lumba nak dapat duit yang ditabur kerajaan dan peluang nak dapat durian runtuh tanpa menyedari kesilapan memilih kerajaan menyebabkan sengsara selama lima tahun selepas itu.

"Sepatutnya kesempatan yang ada diambil rakyat jadi hakim. Bila parti memerintah silap mereka tukar kerajaan seperti berlaku di England, Amerika, India, Indonesia dan lain-lain negara yang mengamalkan demokrasi. Maknanya mereka menjadi hakim.

"Malangnya di tempat kita sejak 50 tahun dulu, bila tiba musim PRU orang kita sibuk nak dapatkan duit menjadikan kuasa rakyat yang sebenar seolah-olah dapat dibeli," katanya ketika berceramah dalam ucara kemuncak Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi.

Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang, Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.

Abdul Hadi turut mengajak pendengar supaya mengambil iktibar daripada kisah politik semut pada zaman Nabi Sulaiman di mana apabila tentera melalui kawasan mereka, semut-semut yang lemah itu berfikir untuk menyelamatkan diri.

Tambahnya, kisah dalam Al-Quran ini sepatut boleh membuatkan kita berfikir bagaimana semut yang lemah menghadapi sebuah kerajaan.

"Cuba tengok orang kita bila orang besar datang, mereka sibuk berkerumun nak dapatkan duit tanpa sedar kuasa dan peranan yang kita ada. Jadi saya seru marilah menjadi rakyat yang bijaksana.

"Cukuplah kita beri peluang kepada Umno-BN memerintah. Selama 50 tahun merdeka masih banyak rakyat yang miskin, orang muda ramai yang menjadi penganggur.

"Maknanya selama ini masalah kemiskinan tak boleh selesai kerana kekayaan berlegar di kalangan kroni. Semua orang tahu bahawa hasil negara dan sumber mentah begitu mewah tetapi rakyat miskin," tegasnya.Harakahdaily

Iktiraf 2 aktiviti Cina untuk tutup skandal BN

Posted: 30 Jan 2012 02:36 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Kerajaan BN telah mengambil jalan pintas dengan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya kaum Cina bagi melupakan rakyat terhadap skandal-skandal besar yang berlaku dalam negara.

Dua aktiviti budaya baru yang diiktiraf itu melibatkan perarakan bendera besar dari Pulau Pinang dan perarakan satu tokong Cina terbesar di Johor sekitar 6 Februari ini.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee berkata, pengiktirafan tersebut dibuat sempena sambutan tahun baru Cina Sabtu lalu di Setiawan Perak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ternyata bermotifkan politik.

Menurutnya, pengiktirafan tersebut amat mengejutkan kaum Cina yang sekali gus turut menimbulkan tanda tanya kenapa baru sekarang dilakukan?

Katanya, ia ternyata dibuat bagi mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap BN yang kini semakin merosot, walaupun pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mempromosikan dan menjayakannya.

"Bagi mempromosikan aktiviti itu, pihak kerajaan menerusi Kementerian Multimedia telah pun membuat iklan besar-besar di beberapa saluran TV termasuk TV1 dan TV2 sejak Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Sebelum itu, masyarakat Cina di negara ini, menurutnya, turut terkejut apabila pihak kerajaan turut membenarkan kaum Cina membakar mercun dan bunga api secara bebas pada hari pertama hingga ketiga sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

"Sedangkan pada tahun-tahun lalu aktiviti tersebut dilarang sama sekali, tetapi tahun ini telah berubah. Ini adalah strategi BN untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Cina," katanya.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN itu, tambahnya, sememangnya menggembirakan kaum Cina, tetapi dalam masa yang sama turut menyedarkan kaum itu sendiri terhadap peranan Pakatan Rakyat terhadap mereka.

"Tanpa Pakatan Rakyat, tidak mungkin Kerajaan BN akan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya Cina itu dan memberikan kebenaran membakar mercun dan bunga api kerana ia ternyata dibuat kerana terdesak," tegasnya.

Bukti lain yang menunjukkan BN berada dalam keadaan terdesak, katanya, boleh dirujuk dengan iklan yang dibuat oleh pihak kerajaan pada saluran TV tertentu khususnya TV7 sebelum dan selepas berita Mandarin sekitar jam 9.30 malam sejak beberapa hari lalu.

Iklan dalam bahasa Cina yang menggunakan lambang MCA dan Gerakan itu mengajak masyarakat Cina menyokong BN dengan meneruskan pembangunan di Pulau Pinang bersama Gerakan.

"Iklan itu disiarkan sekitar seminit hingga ke dua minit dan ternyata bermotif politik serta memakan belanja yang besar. Semua itu merupakan usaha akhir BN untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina," katanya.

Namun, segala pelaburan yang dibuat oleh pihak BN itu, katanya, diyakini tetap gagal menarik undi kaum Cina terhadap BN pada pilihanraya umum nanti kerana kaum Cina di negara ini sekarang lebih menyakini Pakatan Rakyat berbanding BN.Harakahdaily

Lagi Dakwaan Ke Atas NFCorp Oleh PKR

Posted: 30 Jan 2012 02:32 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE



PETALING JAYA- Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin mendedahkan satu lagi bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim oleh Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional atau NFCorp kepada ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mendakwa kononnya mengarahkan beliau (Shamsubahrin) merasuah polis untuk menutup kes tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh Shamsubahrin dalam satu pertemuan dengan peguam parti, N.Surendran selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu, Jumaat lalu.

"Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin mendakwa beliau menerima tekanan daripada Mohamad Salleh dan dijadikan sebagai kambing hitam di dalam isu NFC untuk menutup kes tersebut," katanya pada sidang media di Pejabat PKR di sini, Isnin.

Menurut Zuraida, kiriman SMS tersebut akan menjadi bukti kukuh wujudnya unsur rasuah dan sogokan dari NFC kepada polis.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Shamsubahrin nekad mendedahkan bukti yang ada di tangan beliau sepanjang berurusan dengan Mohamad Salleh kerana merasakan diri dan keluarganya dianiaya dalam kes ini.

"Samsulbahrin telah dituduh dan diperangkap cuba menipu Datuk Salleh selepas pembekuan akaun NFC. Malah, akaun syarikat termasuk akaun isteri dan keluarga turut dibekukan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin mendakwa pelantikan beliau sebagai penasihat dan perunding korporat NFC pada November 2011 adalah palsu bertujuan untuk membersihkan segala masalah dalaman NFC.

Zuraida mendakwa, dalam satu pertemuan Shamsubahrin bersetuju membantu Mohamad Salleh untuk memperkemaskan penyata akaun dan kewangan NFC agar tidak wujud sebarang keraguan sewaktu siasatan forensik perakaunan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Antara perkara yang dipersetujui untuk diatur adalah pesanan sebanyak 200 ekor lembu dara dari Afrika, pertemuan Mohamad Salleh dengan pegawai tertinggi polis di Bukit Aman untuk memudahkan siasatan serta menguruskan pegawai polis dan SPRM.

Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta di atas perkhidmatan rundingannya kepada NFC.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas pertuduhan itu pada 30 Disember lalu.

Hakim Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Shamsubahrin mendakwa, tuduhan dan penyiasatan ke atas beliau juga tidak berasas dan bermotifkan politik.

Sementara itu, Surendran yang juga peguam mewakili Shamsubahrin berkata, anak guamnya itu masih direman di penjara Sungai Buloh kerana bimbang dengan tahap keselamatannya.-Utusan

‘Jangan kurang ajar’, mana gambar Guan Eng? Polis mesti bersikap professional

Posted: 30 Jan 2012 02:17 AM PST

Jackson Ng , Malaysia Chronicle


Siapa yang harus di taati pihak polis? Adakah mereka sendiri itu diluar batas undang-undang? Siapa yang bayar gaji mereka?

Jika anda kata BArisan Nasional (BN) atau Perdana Menteri Najib Tun Razak maka anda memang silap. Dan anda, seperti Ketua Polis dan orang-orangnya harus bersekolah semula dan belajar undang-undang yang paling asas dalam negara ini dan menghormatinya.

Apa yang saya sedang cakapkan ini?

Saya telah membawa ayah saya membuat laporan polis di balai polis trafik Datuk Keramat di Pulau Pinang mengenai satu kemalangan pada 26 Januari.

Saya perasan bahawa di kaunter resepsi balai itu ada digantung gambar Yang di-Pertuan Agong and dan Permaisuri. Di sebelahnya gambar PM Najib Abdul Razak. Semua ini baik untuk menunjukkan rasa hormat terhadap raja dan perdana menteri.

Walaubagaimanapun, tiada gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Gambar yang pernah dihuni oleh gambar Dr Koh Tsu Koon, sebelum pilihanraya pada 2008 dibiarkan kosong.

Sengaja?

Adakah ini perbuatan yang sengaja untuk menghina Ketua Menteri yang sedia ada atau penafian kepada undang-undang negara dan hak demokrasi rakyat?

Saya ingin terus katakan kepada polis dan ketua polis: bersikap waraslah dan jangan kurang ajar sama rakyat dan undang-undang!

Polis, seperti juga semua penjawat awam lain dalam negara ini dibayar oleh cukai yang dibayar rakyat dan berkhidmat untuk rakyat bukan BN atau Pakatan Rakyat, mana-mana parti politik sekali pun atau ahli politik.

Penjawat awam sepatutnya dan seharusnya neutral dan taat setia kepada rakyat. Mereka harus menghormati hak demokrasi dan kemahuan rakyat. Mereka mesti berkhidmat dan menghormati kerajaan yang sedang memerintah sekarang!

Kerajaan persekutuan adalah Barisan Nasional. Perdana Menteri ialah Najib Razak dari UMNO.

Kerajaan negeri di Pulau Pinang ialah Pakatan Rakyat. Ketua Menteri ialah Lim Guan Eng dari DAP.

Bersikap professional

Penjawat awam, terutamanya polis, sila jangan akur kepada propaganda bodoh dan taktik BN. Jangan jadi seperti anjing bodoh yang tunduk dan akur kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Anda sepatutnya membantu kerajaan yang dipilih untuk mentadbir dan kerajaan yang sedang mentadbir adalah yang dipilih oleh rakyat menerusi kotak undi setiap 5 tahun.

Malaysia akan menuju kepada kemusnahan, secara politik, sosial dan ekonomi sekiranya rakyat tidak dapat memahami konsep yang paling asas ini ataupun undang-undang asas negara.

Sila ingat bahawa kerajaan yang mentadbir Malaysia sekarang- samada negeri atau persekutuan hanyalah akan mentadbir paling lama pun 5 tahun. Setelah tamat tempoh penggal mereka, mereka juga seperti rakyat lain. Itulah undang-undang dan sila hormatinya.

Kegagalan menunjukkan rasa hormat kepada undang-undang ini akan menjadikan negara sebuah tempat tidak berundang-undang dan kucar-kacir.

Buat masa sekarang, saya berharap agar ini adalah suatu kesilapan – sejak 2008- bagi pihak pentadbiran balai polis Datuk Keramat kerana menunjukkan rasa tidak hormat terhadap Ketua Menteri yang dipilih rakyat.

Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis Negara harus dipertanggungjawabkan dan mengambil tindakan segera dan mengikut protokol yang harus dipatuhi untuk pemimpin yang dipilih rakyat.

Inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pihak polis yang seharusnya menjaga kepentingan rakyat- bukan ahli politik atau parti!

Jackson Ng ialah seorang wartawan yang telah bersara

Qazaf: Peguam bantah hakim, keluar mahkamah

Posted: 30 Jan 2012 02:10 AM PST

Abdul Rahim Sabri


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, hari ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha.

Ini kerana hakim berkenaan memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi untuk mendengar permohonan mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

NONEPeguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman (kiri) berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka dan bertindak terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh mengambil bahagian (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Menurutnya lagi, permohonan kebenaran untuk mendengar permohonan untuk mengetepikan notis rayuan Anwar adalah dipohon sendiri oleh barisan peguam pemohon.

"Sepatutnya perkara itu diselesaikan (terlebih) dahulu, tetapi mahkamah memutuskan mohon kebenaran tidak relevan. Walhal, (ianya) permohonan mereka (untuk) mohon kebenaran," katanya sambil menambah tindakan mereka keluar sebagai tanda menghormati prosedur mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok. Manakala pemohon diwakili tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

Notis hina mahkamah

Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan - Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun - memutuskan demikian selepas meneliti surat cara permohonan dan mendengar hujah kedua-dua pihak selepas mahkamah ditangguhkan selama setengah jam.

Selepas mendengar keputusan tersebut, Kamar Ainiah bangun membantah keputusan itu dan menegaskan akan membuat semakan kehakiman. Kemudian mereka bertindak keluar mahkamah.

Sebelum peguam responden itu keluar mahkamah, Roslizam - ketua barisan peguam pemohon - lantas bangun dan mendakwa tindakan Kamar Ainiah itu dianggapnya menghina mahkamah kerana hakim membenar prosiding diteruskan.

Bahkan Roslizam meminta Kamar Ainiah menarik balik kenyataannya bahawa peguam pemohon "boleh mengambil duit zakat". Bagaimanapun Kamar Ainiah menarik balik kenyataan beliau itu.

Penarikan itu dibuat selepas hakim mahu merekodkan kenyataannya itu sebab ianya dibuatnya dalam mahkamah sambil desakan yang dibuat oleh Roslizam

Ditemui pemberita selepas prosiding, Roslizam berkata pihaknya akan memfailkan notis tunjuk mengikut seksyen 229 Akta Tatacara Mal 1998 dengan sebab tindakan mereka itu didakwa "menghina mahkamah".

"Notis (yang menyatakan bahawa) kenapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah," kata Roslizam.

Katanya, responden hari ini membangkitkan isu baru, sedangkan sewaktu peringkat mana-mana pengurusan kes, perkara tersebut tidak dibangkitkan pada waktu tersebut.

Anwar pada 23 April tahun lalu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berikutan keputusan mahkamah membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Anwar pada Ogos tahun lalu juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.

Inkues cari punca kematian pada himpunan BERSIH

Posted: 30 Jan 2012 02:06 AM PST

Inkues bagi menentukan punca kematian pemandu teksi Baharuddin Ahmad yang turut serta pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai di Kuala Lumpur tahun lalu, bermula hari ini.

NONEIa diadakan di hadapan koroner Zulkpli Abdullah di Mahkamah Koroner Kuala Lumpur.

Beliau dibantu oleh timbalan pendakwa raya Kalmizah Salleh dan Ahmad Israq, manakala peguam Ahmah Jufliz Faiza bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga itu.

Lebih tiga puluh saksi akan dipanggil memberi keterangan dengan lima daripada mereka tampil hari ini.

Antara mereka ialah Konstabel Mohd Hafiz Ahmad, jurugambar polis yang merakamkan gambar-gambar semasa bedah siasat Baharuddin di Hospital Kuala Lumpur dan menghantar spesimen prosedur ke makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Saksi kedua ialah Shahirah Diyana Shaharuddin, sukarelawan yang cuba membantu apabila beliau mendapati pemandu teksi itu pengsan dan menelefon paramedik dan ambulans.

Baharudin, yang dalam lingkungan umur lima puluhan didakwa cuba melarikan diri daripada asakan FRU dan semburan gas pemedih mata.

Polis mendakwa bahawa kematiannya adalah disebabkan serangan jantung walaupun rakan-rakan peserta BERSIH mendakwa bahawa kematiannya disebabkan pendedahan jumlah gas pemedih mata berlebihan yang digunakan oleh polis ketika cuba menyuraikan demonstrasi tahun lalu.

Gerakan tuntut Ibrahim Ali mohon maaf

Posted: 30 Jan 2012 02:02 AM PST


MALAYSIA KINI

Gerakan hari ini menyelar tindakan PERKASA menggunakan 'angpow' sampul merah - yang dianggap menghina masyarakat Cina - dalam sambutan tahun baru kaum itu, walaupun hasrat penganjuran majlis itu dianggap baik.

gerakan women forum 080306 mah siew keongTimbalan presidennya Mah Siew Keong (kanan) berkata, pemberian angpow dalam sampul putih pada tahun baru - sebagai festival kegembiraan - menujunjukkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif.

"Setelah menjadi anggota parlimen dan berada dalam politik sudah beberapa tahun, Ibrahim Ali masih tidak tahu adam resam kaum lain, yang menjelaskan kenapa dia terus melakukan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya.

Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.

Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dan pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian.

Perkasa cny event grabbing at angpowDalam kenyataannya hari ini, Mah menyifatkan Ibrahim sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia perdana menteri.

Mah juga menggesa Ibrahim memohon maaf atas tindakannya itu dan mengakui tidak sensitif walaupun tindakannya tidak berniat jahat.

Bagaimanapun, tambahnya, tindakan tidak sensitif dan alpa itu tetap tidak bermakna anggota parlimen Pasir Mas itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pemuda MCA: Tidak tahu bukan alasan

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen juga menyelar tindakan PERKASA yang didakwa tidak sensitif dan patut tiada tolak ansur pada "kumpulan ekstrim" kaum dan agama.

"Sebagai anggota parlimen, dia (Ibrahim) patut bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat kita yang berbilang bangsa, dan pantang larang pelbagai budaya," katanya lagi.

"Alasan bahawa tidak tahu tidak boleh dijadikan alasan dalam isu ini."

PERKASA dakwa tiada niat hina Cina

Posted: 30 Jan 2012 01:57 AM PST


MALAYSIA KINI

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dengan memberikan angpow menggunakan sampul putih dalam majlis sambutan tahun baru kaum itu di Kuala Lumpur semalam.

NONESetiausahanya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian dan mereka menyangka putih bermakna suci atau ikhlas.

"Sebab itu kami tidak tukar kepada warna lain sdebab PERKASA tidak tahu sampul warna putih untuk majlis kematian.

"Kalau kami tahu, kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain," jelasnya.

Sehubungan itu, menurut Syed Hassan, sesuatu tempat memerlukan masyarakat majmuk supaya mereka saling faham memahami antara satu sama laim.

"Sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina, katanya lagi.

perkasa open house 290112 1Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hasan berkata, amat malang apabila wartawan yang membuat liputan rumah terbuka mereka lebih suka mengetengahkan isu itu daripada menyiarkan berita tentang keharmonian yang terbina dalamnya.

"Apa pun ramai juga rakan-rakan rapat PERKASA dari kalangan kaum Cina yang hadir semalam tidak pun beritahu hal itu dan mereka yang menerimanya tidak pula pertikaikan," katanya.

Isu KUIN: Azizan anggap Buku Jingga bukan al Quran

Posted: 30 Jan 2012 01:53 AM PST

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tegas.

Beliau tidak mahu berganjak dari keputusannya enggan menarik balik hukuman menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Baginya, peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dikuatkuasakan untuk mendisiplinkan pelajar.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Dengan perkataan lain, beliau enggan menghiraukan pandangan pihak lain, termasuk dari partinya sendiri – PAS – bahawa semangat AUKU kini sudah lapuk dan harus dimansuhkan. PAS, dan kerabat Pakatan

Rakyat berjanji sebelum ini bahawa AUKU akan dihapuskan jika berjaya menawan Putrajaya. Ini termaktub dalam Buku Jingga, manifesto Pakatan Rakyat.

Namun Azizan bersedia dipecat dari kedudukan Menteri Besar kerana yakin AUKU mestilah digunakan untuk menyaring disiplin pelajar.

Pandangan itu seiras dengan pemikiran bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa AUKU masih relevan dengan iklim politik mahasiswa hari ini.

Pemimpin pelajar "lima serangkai" KUIN dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin 25 Mei 2011 kerana melanggar AUKU dengan terbabit dalam tunjuk perasaan memprotes keputusan KUIN mahu menjadikan bangunan tahfiz menjadi sekolah bestari.

NONEMereka didakwa menggunakan pembesar suara, memanggil sidang media dan berucap dalam tunjuk perasaan berkenaan. Seorang daripada mereka, Mohd Faiz Mohd Arshad digantung pengajian dua semester sementara empat yang lain digantung satu semester. Mereka juga diberikan surat amaran.

"Lima serangkai" ini juga telah mengemukakan kes mereka ke mahkamah. Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan 18 Januari lalu ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Faktor usia

Sikap Azizan ini tegas dan berani. Suara penentangan daripada pihak Pakatan Rakyat dan "orang luar" seperti Profesor Abdul Aziz Bari, tidak menggerunkannya. Kata Azizan, KUIN ialah produk kerajaan negeri.

Beliau berhujah KUIN diserahkan kepada pasukan pentadbir yang perlu berpandukan AUKU dalam pengurusan ehwal pelajar. Maka menteri besar ini memberi kepercayaan penuhnya kepada pasukan pentadbir KUIN untuk membuat keputusan berhubung kes itu.

NONESukar hendak pastikan mengapa dan apa yang mendorong Azizan begitu tegas. Tidak pasti sama ada faktor usia menyebabkan Azizan bersependapat dengan Dr Mahathir atau beliau menganggap pandangan parti tidak bijaksana. Di peringkat ini sukar juga hendak dipastikan cara dan unsur apa yang mempengaruhi Azizan dalam membuat sikapnya.

Yang pasti, menjelang pilihan raya umum ke-13, pemimpin kanan parti, terutama seperti Azizan seharusnya lebih berhemah menyatakan pendirian dan menguruskan isu-isu politik yang melilit kepemimpinannya. Nampaknya Azizan tidak ambil peduli soal persepsi pengundi. Baginya, yang benar tetap benar. Dalam isu KUIN beliau yakin akan ketepatan keputusannya.

Kenyataan Azizan ini benar-benar mencabar kesesuaian nasihat Rasulullah SAW -- perbezaan pendapat adalah satu rahmat. Namun menurut kebijaksanaan apa pun, di ambang pilihan raya umum, adalah tidak bijaksana untuk menyerlahkan perbedaan pandangan di kalangan saf pemimpin. Sebab itu, PKR tangguh mengambil tindakan terhadap menteri besar Selangornya walau tidak disenangi oleh ramai pemimpin parti.

Letak muka

Di satu segi mungkin Azizan mahu bersikap adil dan demokratik terhadap pasukan pentadbir KUIN. Mungkin pada perkiraan Azizan memperkasakan pasukan akademik dan pentadbiran KUIN mungkin boleh meraih sokongan golongan pentadbir kolej itu khususnya dan rakyat di Kedah amnya.

Pakatan pledges a govt free from bribesNamun bagaimana dengan persepsi pengundi di luar lingkungan ini? Seriuskah Pakatan Rakyat hendak memberi kebebasan akademik kepada golongan pelajar?

Soalnya, benarkah isu KUIN adalah soal kerajaan negeri dan tidak kena mengena dengan urusan peringkat nasional, baik bagi kerajaan BN mahupun Pakatan? Jika Azizan "dilepaskan" dengan sikap dan pemikiran begini, di mana Pakatan hendak letak muka?

Belum memerintah, ia sudah menunjukkan kelemahan tidak mampu mendisiplinkan pandangan pemimpin-pemimpin di kalangan kerabatnya?

Tidakkah isu ketegasan Azizan (atau kedegilannya) ini akan mendorong pemimpin kerabat Pakatan untuk campurtangan dan memulas sekali lagi tangan pemimpin PAS supaya mengambil tindakan mendisiplinkan Azizan seperti dalam kes bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali?

himpun rally in penang hasan ali frontBila Hasan melanggar sempadan protokol berkerabat Pakatan dengan mempertikai kewibawaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS memecat Hasan. Adakah Azizan akan menghadapi nasib yang sama?

Jika demikianlah kesudahanya, apakah isyarat dan persepsi yang terbina terhadap mutu dan falsafah kepemimimpan PAS? Tidakkah ini akan membenarkah persepsi bahawa PAS hanya parti 'Pak Turut" dalam Pakatan?

Bawa rahmat

Adakah PAS akan mengulangi persepsi yang sama dalam rentetan kes Hasan Ali? Apabila kewibawaan dan citra parti Islamnya dipersoalkan bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Exco Agama Islam dari PAS, pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor bergegas mengadakan sidang media untuk menyatakan keyakinan terhadap pengetahuan agama Abdul Khalid dan kesesuaian beliau menjawat exco agama Islam!

NONEYang mempertikaikan tindakan Azizan bukan sekadar ahli biasa. Ia termasuk sayap pemuda PAS yang dipimpin ulama muda. Adakah perbezaan pendapat ini membawa rahmat? Mungkin ia akan menonjolkan sikap tolenrasi dan demokratik PAS terhadap perbedaan pandangan di kalangan pemimpinnya.

Namun tidakkah gelagat Azizan ini mengesahkan ada pemimpin parti itu sendiri yang masih bersilang pendapat dan halatuju kerabat Pakatan lain?

Jika demikian keadaannya, persoalan yang pasti berlegar di kalangan rakyat atas pagar ialah, bagaimana hendak percaya PAS benar-benar berjuang di atas motto "PAS for All" jika pandangan komponen dalam kepemimpinan partinya sendiri mampu (dan dibiarkan) menyanggah pendirian kerajaan campuran Pakatan yang hendak didirikan?

NONEApapun ketegasan Azizan mungkin menyemarakkan semangat sesetengah ahli PAS bahawasanya Buku Jingga yang menjadi anutan Pakatan bukan al Quran. Azizan telah membuktikan bahawa lantaran itu, ahli PAS boleh memilih untuk menuruti piagam Buku Jingga atau menolaknya bila-bila perlu.

Isyarat yang jelas dari gelegat Azizan ini ialah rakyat juga bebas percaya atau tidak percaya keikhlasan Pakatan mahu memimpin Malaysia ke arah pembentukan negara yang lebih adil dan demokratik.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

PRU13: PPP hanya minta kerusi jika yakin menang

Posted: 30 Jan 2012 01:51 AM PST


MALAYSIA KINI

Parti Progresif Penduduk (PPP) hanya akan meminta kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) jika yakin dengan sepenuhnya boleh menang di kawasan berkenaan.

Presidennya Datuk M Kayveas berkata PPP meletakkan kemenangan sebagai keutamaan bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 dengan cemerlang.

"Setiap permintaan bergantung kepada keputusan boleh menang atau tidak. Jika kita yakin boleh menang 100 peratus barulah kita minta. Kita tidak minta hanya hendak tunjuk boleh dapat banyak kerusi (untuk ditandingi).

"Namun jika belum bersedia dan pengundi juga tidak mahu, kita tidak akan minta walaupun satu kerusi," katanya kepada Bernama selepas merasmikan perayaan Ponggal 2012 PPP Kedah di Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Tupah, Bedong, dekat Sungai Petani petang semalam.

Kayveas bagaimanapun yakin Perdana Menteri akan memperuntukkan lebih daripada satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diberikan kepada PPP pada PRU-12.

"Saya telah hantar senarai kerusi Parlimen dan DUN yang dipohon kepada pengerusi BN...tunggulah sampai masanya saya akan umumkan," tambahnya.

Menurut Kayveas PPP telah dapat mendaftarkan lebih 100,000 pengundi baru sebagai pengundi pada tahun lalu manakala anggota yang berdaftar sebanyak setengah juta orang.

Beliau berkata PPP telah merangka pelbagai program, dialog, seminar dan pertemuan dengan pengundi-pengundi baru tersebut untuk memastikan mereka masih menjadi pengundi dan menyokong BN.

Selain itu PPP turut memberi fokus kepada 'Misi 510' tahun ini iaitu setiap cawangan parti di seluruh negara mendapatkan 510 orang anggota baru dan memastikan mereka memberi undi kepada BN pada PRU-13, katanya.

Kayveas berkata bagi mencapai matlamat itu, PPP melaksanakan strategi berkunjung rumah ke rumah, bertemu di pasar malam, persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan mengeluarkan kad keanggotaan kepada anggota berdaftar.

Ketua Umno bahagian Merbok yang juga Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain serta ketua-ketua parti komponen BN daripada MCA, MIC dan Gerakan turut hadir memeriahkan sambutan itu. Bernama

Cuepacs buat demo jika JBA terus dikorporatkan

Posted: 30 Jan 2012 01:48 AM PST

MALAYSIA KINI
Seramai 1,700 pegawai dan kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang akan mengadakan bantahan jika permintaan mereka agar pengkorporatan dan penswastaan agensi itu pada 1 Feb ini ditangguhkan, tidak dipedulikan.

NONEPresiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata penangguhan itu perlu kerana mereka belum mendapat penerangan dan maklumat lengkap mengenai rasional cadangan pengkorporatan serta penswastaan tersebut.

"Cuepacs tidak ada pilihan lain kecuali akan bertindak mengadakan bantahan besar-besaran yang membabitkan semua kakitangan JBA Pahang sekiranya pengkorporatan ini diteruskan kerajaan, walaupun ia mendapat bantahan rakyat.

"Saya merayu bagi pihak kakitangan JBA Pahang supaya Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menggunakan kuasanya untuk menangguhkan pengkorporatan ini sebelum semua isu berbangkit dapat diselesaikan demi faedah kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penerangan Pemindahan Gaji Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengkorporatan JBA Pahang anjuran Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja (KKPP) Jabatan Bekalan Air di Bangunan Persekutuan di Temerloh Sabtu lalu.

Hadir sama Presiden KKPP Jabatan Kerja Raya dan Air Pahang Sayuti Dollah.

Omar juga berkata penangguhan pengkorporatan itu adalah wajar kerana tiada langsung rundingan rasmi setiap wakil kesatuan yang terlibat sedangkan ia membabitkan masa depan kakitangan JBA Pahang.

Beliau berkata 80 peratus daripada kakitangan JBA di Pahang menandatangani surat opsyen persetujuan tanpa mengetahui butiran perkhidmatan terbaru atas arahan ketua jabatan masing-masing.

Omar berkata ketika ini, SBPA dikaji semula bagi memastikan semua pihak mendapat faedah tanpa mengabaikan mana-mana kakitangan, khususnya dalam aspek gaji, kekananan dan sebagainya.

"Sepatutnya, pihak berkenaan terlebih dahulu menyelesaikan isu SBPA sebelum meneruskan agenda pengkorporatan JBA Pahang secara tergesa-gesa sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak, khususnya kakitangan JBA Pahang sendiri," katanya. Bernama

Tiada ulasan: