Jumaat, 27 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Video baru 'Datuk T': Saya tak tahu, kata Najib

Posted: 27 Jan 2012 03:32 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Sementara itu, Bernama melaporkan, bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Najib berkata Umno akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti.

Beliau yang juga presidennya Umno berkata ini merupakan kali pertama Umno melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir .

"Ada cadangan jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan dan etika.

"Dalam setiap pilihan raya memang ada masalah terutamanya dalam parti besar...ini bukan perkara baru. Mesti ada kelakuan yang bertentangan. Mungkin ada yang tak dapat jadi calon tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti.

"Jadi eloklah kita ambil tindakan awal pastikan disiplin parti terpelihara,"
katanya .

Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Disiplin merupakan satu mekanisme yang sedia wujud dalam parti dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku dalam parti.

"Kita tak nak berlakunya sesuatu selepas pilihan raya kerana kesan sudah berlaku...jadi lebih baik kita bersikap proaktif. Ini mekanisme yang ada pada kita. Kalau ada apa-apa, jawatakuasa yang akan ambil tindakan. Apa-apa tindakan akan ada proses yang adil. Apa-apa aduan akan bawa kepada jawatankuasa," katanya.

Mengenai persiapan parti menghadapi PRU ke-13, Najib berkata jentera parti berada dalam keadaan bersedia namun mengingatkan langkah-langkah berterusan harus ditingkatkan untuk memastikan segala tugas dan arahan yang diberikan dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Najib berkata mesyuarat itu turut membincangkan
mengenai keberkesanan perjalanan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di mana ahli parti bersetuju proses penentuan perlu dilakukan untuk memastikan semua yang layak mendapat faedah dan tidak ada yang tertinggal daripada menerima bantuan tersebut.

Menerusi program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah erpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.

Beliau berkata mesyuarat turut bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi memastikan pelaksanaannya memberi kepuasan penuh kepada semua pegawai dan kakitangan awam.

Syarikat NFC 'sangat terjejas' bila aset dibeku, kata pegawainya

Posted: 27 Jan 2012 03:29 PM PST

Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkata operasi syarikat tersebut "amat terjejas" apabila kontroversi berhubung projek National Feedlot Centre timbul.

Katanya, pengarah eksekutif syarikat itu, Wan Shahinur Izmir Salleh terpaksa banyak menghabiskan masa apabila disiasat polis dan juga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lebih mendatangkan masalah ialah apabila kerajaan bertindak membekukan aset syarikat NFC yang diusahakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Operasi masih berjalan, jadi apabila pembekal minta bayaran tunai, macam mana nak bayar. Jadi memang terjejas sangat," katanya ketika sesi taklimat bersama kumpulan NGO Melayu di Kampung Baru, hari ini.

Beliau juga sangat berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang atas satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Katanya, kenyataan itu telah menjelaskan kekeliruan bahawa syarikat NFC merupakan syarikat persendirian dan merupakan entiti berbeza daripada projek NFC.

"Tapi yang payahnya nak jawab (dakwaan yang timbul) dalam blog ini.

"Jadi kita kena jumpa semua pemimpin masyarakat untuk beri penjelasan," katanya lagi.

Beliau juga menegaskan, projek NFC itu merupakan satu usaha untuk mewujudkan rangkaian perniagaan orang Melayu.

Katanya perkara itu dapat dilihat dalam perusahaan restoran Meatworks yang juga diusahakan keluarga Shahrizat.

Dalam pada itu, satu badan NGO yang hadir di majlis taklimat hari ini turut bercadang untuk mengadakan program penerangan bagi menjelaskan isu berkenaan.

Naib pengerusi Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd Arafat Muhammad berkata, badan berkenaan antara lainnya akan menimbulkan dakwaan kewujudan pihak ketiga untuk menggagalkan projek NFC.

Pihak ketiga itu didakwa sebagai "kartel daging di Malaysia" - kumpulan yang didakwa sering menaikkan harga daging setiap kali musim perayaan.

"NFC akan pecahkan monopoli sesetengah pihak dalam peniagaan daging," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini selepas taklimat itu.

Kuil di Sg Petani buat laporan polis bantah kehadiran Anwar

Posted: 27 Jan 2012 03:23 PM PST

MALAYSIA KINI

Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di Sungai Petani hari ini membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari depan sempena perayaan Thaipusam.

Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini.

"Bimbang kerana lebih 100,000 orang akan hadir...apa akan berlaku sekiranya pergaduhan antara parti politik. Siapa akan bertanggungjawab terhadap keselamatan orang ramai dan penganut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Dorai Singam berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan daripada PKR berhubung kehadiran ketua umum parti itu ke kuil berkenaan selain e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.

"Mereka tidak memohon kebenaran daripada pihak pengurusan kuil. Untuk ceramah dan masuk kuil kita tidak akan benarkan...hari itu hari keagamaan untuk sembahyang, bukan untuk ceramah-ceramah politik dan kita tidak mahu apa-apa ceramah dalam kawasan kuil sebab jawatankuasa tak jemput dan bantah sekeras-kerasnya," katanya.

Katanya beliau berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran Anwar ke kuil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- Bernama

Tinjauan PAS: Pemecatan Hasan Ali beri kesan minima

Posted: 27 Jan 2012 03:19 PM PST


MALAYSIA KINI

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melalui satu tinjauan yang dijalankan mendapati tindakan PAS memecat keahlian Dr Hasan Ali hanya memberi kesan minimum di kalangan masyarakat Melayu, kata pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Katanya, tinjauan tersebut menggunakan dua kaedah, iaitu dengan menilai komen pembaca di media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube.

Manakala kaedah kedua ialah melakukan wawancara dengan responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen di seluruh negara.

Beliau berkata, sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca Malaysiakini dan Malaysian Insider mendapati "kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif".

"Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut.

"Sehubungan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," kata Dr Ahmad Zuhdi dalam satu kenyataan semalam.

Mengakui tinjauan dibuat dalam tempoh singkat dan kaedah yang agak mudah, beliau berkata temubual responden yang mewakili 24 kawasan parlimen di seluruh negara dapat memberi gambaran awal, kesan pemecatan terhadap pengundi Melayu khususnya pengundi atas pagar.

"Hasil penilaian terhadap komen pembaca berkaitan dengan isu pemecatan Dr Hasan Ali ini, didapati 85 peratus pembaca Malaysiakini dan 67 peratus komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan itu.

"Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, berdasarkan tinjauan penonton klip Youtube berkaitan pengumuman pemecatan itu yang diterbitkan TVPAS pula, mendapati 273 daripada 67,796 penonton, memberi maklum balas sama ada 'like' atau 'dislike' yang didakwanya boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak.

"80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan 'like' yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan tersebut.

"Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca dan penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," kata Dr Ahmad Zuhdi.

Menurutnya, tinjauan melalui kaedah wawancara juga dibuat dengan 24 yang dipertua PAS kawasan - yang dianggap berpengalaman dalam kegiatan politik - disebabkan keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat akar umbi.

Katanya, hasil wawancara itu dapat disimpulkan bahawa ahli PAS tidak langsung menimbulkan reaksi negatif berhubung pemecatan itu.

"Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi Melayu, sembilan yang dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan," jelasnya.

Sembilan kawasan tersebut ialah Parit (Perak), Tampin (Negeri Sembilan), Alor Gajah (Melaka), Mersing (Johor), Setiu dan Besut (Terengganu), Arau (Perlis), Jeli dan Gua Musang (Kelantan).

"Berdasarkan hasil wawancara tersebut, boleh disimpulkan penerimaan masyarakat Melayu di kalangan bukan penyokong parti terhadap pemecatan tersebut adalah terpecah dua iaitu 50–50," katanya.

Lynas mahu buang sisa dibuang di pulau

Posted: 27 Jan 2012 03:15 PM PST

Syarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.

NONEAlternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu.

Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas
yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah (kanan), yang juga naib presiden PKR.

"Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk
Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan.

azlan"Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, "katanya ketika dihubungi.

PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif.

Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya.

Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan".

Bagi menyuarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan.

"Ini tidak harus dibenarkan kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan itu.


Lynas - Figure 1 Radioactive waste classification



PAS komited janji sedia lot tanah pada rakyat Pahang

Posted: 27 Jan 2012 03:07 PM PST

MALAYSIA KINI

PAS komited dengan janji untuk menyediakan lot rumah kepada rakyat di Pahang yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun belum mendapat hakmilik, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Azam, niat ikhlas dan keyakinan Pakatan Rakyat Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji PAS untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Adnan dilaporkan berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata Pakatan yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, "kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat".

"Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempohi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan.

"Jika tanpa niat dan kesungguhan, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, tegasnya, maka Pakatan membuat keputusan untuk membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 peneroka.

"Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, Pakatan juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah," tegasnya.

Namun, kata beliau, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR.

"Sebagai contoh, pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut – semua dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR.

"Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tiada mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka," tambahnya.

Tuan Ibrahim berkata, Pakatan akui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta Pahang, dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan.

"Akan tetapi, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir PR, kita yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.

"Sebagai perbandingan mudah, dalam isu Felda, seperti yang tertera di dalam buku Jingga, PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka," tambahnya.

Katanya, kalau kerajaan BN Pahang sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak sama ada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah untuk tapak kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – mampukah PR memberikan tapak rumah kepada rakyat?

"Sudah tentu ya! Walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak Pakatan, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah.

"Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk 'Selamatkan Pahang!" tambahnya.

PAS S'gor: Sokongan tak terjejas tanpa portfolio agama

Posted: 27 Jan 2012 03:05 PM PST

Kepimpinan PAS Selangor yakin bahawa sokongan terhadap parti itu tidak terjejas sekalipun tiada wakil parti itu memegang jawatan exco hal ehwal Islam - seperti sebelum ini - di saat pilihan raya umum semakin hampir.

Malah, mereka juga menafikan rombakan exco di mana Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai exco belia dan sukan, bukan kerana tiada calon di dalam PAS yang mampu memegang jawatan exco agama Islam.

"Itu hanya pendapat orang yang besar kepala yang menganggap hanya dirinya seorang yang mampu.

"Sebaliknya, ianya dilakukan atas sebab tekanan masa dan suasana sehingga rombakan seperti ini adalah yang paling wajar, munasabah dan diterima akal.

"Rombakan sebegini memenuhi tuntutan kawal selia dan urus tadbir kerajaan yang cekap demi menjamin perkhidmatan kerajaan terhadap rakyatnya akan berjalan lancar setiap saat," kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam sidang media.

Katanya, rombakan tersebut merupakan satu perkara yang dipersetujui bersama oleh PAS negeri itu.

"Ianya dipersetujui atas sebab pilihan raya yang begitu hampir dan tugasan baru, lebih-lebih lagi sebagai exco hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam, akan memakan masa untuk memahami dan menguasai selok beloknya," katanya lagi.

Bahkan, kata Hasbullah lagi, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani baru sahaja mengambil alih jawatan tersebut, dan menganggap tumpuan perlu diberi kepada usaha meningkatkan tahap PAS negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah kerana PAS Selangor akan turut serta dalam PRU13 ini dengan memenangi kesemua 20 kerusi yang ditandingi.

"Adalah menjadi matlamat PAS dan misi pesuruhjaya untuk menjadikan tema 'PAS ganti Umno', satu realiti politik dan bukan sekadar cogan kata semata-mata," katanya.

Selain Dr Abdul Rani, turut hadir dalam sidang media tersebut ialah beberapa kepimpinan Dewan Harian PAS Selangor termasuk Timbalan Pesuruhjaya Khalid Samad, Setiausaha Mohd Khairuddin Othman dan Ketua Penerangannya, Saari Sungib serta Ketua Wanitanya, Wan Hasrina Wan Hassan.

Mengulas lanjut, Hasbullah berkata PAS negeri melihat pelantikan Dr Ahmad Yunus memegang portfolio belia dan sukan, telah meluaskan lagi peluang kepada parti itu untuk berkhidmat dengan lebih berkesan. Dr Ahmad Yunus sebelum ini merupakan pembantu kepada menteri besar bagi portfolio tersebut.

PAS, tambah Hasbullah, sememangnya ingin bergerak cergas di kalangan golongan muda untuk menghilang kekeliruan dan ketakutan mereka muda terhadap PAS yang didakwanya disemai oleh Umno dan BN selama ini.

Sementara itu, Khalid turut bersetuju bahawa sokongan terhadap PAS tidak terjejas kerana apa yang telah dilakukan oleh exco sebelum ini akan diteruskan, antaranya pemilihan ahli jawatankuasa masjid dan cara mengimarahkannya, walaupun portfolio hal ehwal agama kini dipegang oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jadi exco belia dan sukan beri ruang lebih luas, motivasi dan menambah sokongan kepada PAS," ujarnya.

Katanya, Islam tidak terhad untuk menjadi exco semata-mata, tetapi meliputi segenap aspek termasuk pendidikan.

Manakala setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau ada menerima laporan akar umbi yang menyatakan sokongan terhadap parti itu tidak terjejas susulan pemecatan Hasan Ali.

Sebaliknya, katanya. jentera di 22 kawasan terus menumpukan mengenai pilihan raya akan datang.

"Ada menyatakan PAS Selangor akan lumpuh dengan terpecatnya Hasan Ali, mereka silap," katanya.

Majoriti mahu AUKU dipinda, kata pengerusi JK pindaan

Posted: 27 Jan 2012 03:04 PM PST


MALAYSIA KINI

Majoriti pihak yang berkepentingan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 memberi maklum balas mahukan akta itu dipinda, kata Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

"Saya boleh katakan, majoriti maklum balas yang kita terima sama ada daripada bentuk survei atau pendapat umum mengatakan jangan mansuh tetapi pinda. Nisbahnya ialah 60:40 (60 mahu pinda, 40 tidak mahu," katanya kepada pemberita pada majlis wacana "Masih Relevankah AUKU" di Shah Alam semalam.

Beliau yang juga Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata maklum balas yang turut diterima daripada golongan mahasiswa, kakitangan akademik, parti politik kerajaan dan pembangkang berpendapat mahasiswa perlu bebas daripada fahaman dan pengaruh parti politik di kampus.

"Ini menunjukkan masih kuat lagi semangat yang mengatakan kalau pelajar dibenarkan berpolitik di luar, maka seharusnya kampus menjadi tempat yang berkecuali daripada politik tetapi dengan syarat kebebasan untuk mendengar pandangan politik adalah dibenarkan dan parti-parti politik dibenarkan berucap mengenai ideologi mereka," katanya.

Bahkan kata Nik Ahmad Kamal, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti-universiti yang lazimnya condong kepada parti-parti tertentu memberi maklum balas bahawa jika seseorang mahasiswa memegang jawatan di dalam parti politik di luar kampus, beliau harus berkecuali di kampus dan tidak menggunakan kedudukan politiknya untuk mempengaruhi pelajar di kampus.

Mengenai kemajuan usaha jawatankuasa itu, beliau berkata pihaknya sudah sampai ke peringkat untuk membuat draf terhadap cadangan pindaan Seksyen 15 AUKU.

Bagaimanapun katanya, jawatankuasa berkenaan masih menerima maklum balas khususnya dari institusi pengajian tempatan.

Seksyen 15 itu secara am melarang sebarang bentuk kegiatan politik kepartian di kalangan mahasiswa sama ada di dalam atau di luar kampus. Bernama

'AMANAH' PEMEGANG AMANAH RAKYAT SABAH?

Posted: 27 Jan 2012 06:35 AM PST

Oleh : HAJI GHULABDIN ENJIH


AMANAH yang diluluskan pendaftarannya pada pertengahan tahun lalu, mempunyai tanggungjawab dan peranan sebagai satu lagi medium kepada rakyat untuk mengetengahkan pelbagai masalah mereka agar mendapat pembelaan sewajarnya.

Demikian kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menyatakan demikian ketika melancarkan Ranting AMANAH di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman,Tamparuli dan Kiulu bertempat di Hotel Tang Dynasty, Berungis, Tuaran baru-baru ini.

Bumburing yang juga Timbalan Presiden AMANAH kebangsaan menyatakan bahawa perjuangan AMANAH adalah untuk mengetengahkan suara hati nurani rakyat agar dapat didengari oleh pimpinan kerajaan khususnya yang mencakupi pembelaan terhadap nasib rakyat tempatan yang masih memerlukan perhatian dari pihak berwajib.

AMANAH akan memastikan pelbagai rungutan dari akar umbi dapat diambil perhatian yang serius untuk membolehkan tahap kehidupan rakyat rakyat berbilang kaum di negeri ini seimbang dengan bangsa lain berasas kepada prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan yang diaplikasikan kerajaan kepada rakyat keseluruhannya.

"Perjuangan untuk membela nasib rakyat bukan sekadar bergantung kepada peruangan parti-parti politik sahaja, sedangkan melalui medium politik suara pimpinannya tidak mungkin dapat diketengahkan lebih kerap kerana batas-batas yang begitu terhad untuk melakukannya, namun melalui Badan Bukan kerajaan (NGO) seperti AMANAH segala degup resah gelisah rakyat akan dapat di sampaikan lebih terbuka berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokerasi dan kebebasan bersuara," kata Bumburing yang juga Pengerusi AMANAH Negeri Sabah.

Majlis Pelancaran AMANAH bagi Sulaman, Tamparuli dan Kiulu turut dihadiri oleh Pengerusi AMANAH Kawasan Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow; Timbalan-Timbalan Pengerusi AMANAH Tuaran, Francis Soon dan Haji Jamling Ghani; Naib Pengerusi, Fairuz Bandar; Setiausaha AMANAH Tuaran, Irose Leecyous Jani; Ketua Penerangan AMANAH Kawasan Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul; Pengerusi Ranting Kawasan Sulaman,Haji Ghulabdin Enjih; Pengerusi Ranting Kawasan Tamparuli, Thony Julian dan Pengerusi Ranting Kawasan Kiulu, David Yaw.

"Selain dari menyuarakan permasalahan rakyat, AMANAH juga akan memberikan perhatian terhadap meningkatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan terutama dalam konteks pembangunan negara bangsa selaras dengan kesedaran bahawa tanpa ilmu rakyat tidak boleh bersaing untuk mendepani masa hadapan yang lebih mencabar," kata Bumburing yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau juga memberitahu AMANAH akan menyampaikan teguran dan pandangan berdasarkan kepada fakta serta bertanggungjawab terhadap sebarang kenyatannya, ini dilakukan kerana AMANAH mendukung teguh kemuliaan institusi perpaduan dan nilai-nilai murni secara kolektif.

"Atas kesedaran bahawa pergeseran kaum boleh melemahkan bangsa, maka AMANAH akan bersama-sama untuk memantapkan kekukuhan ahli keluarga besar yang sejati di negara ini serta sentiasa menanamkan keikhlasan dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa hadapan bersama rakyat pelbagai kaum di dalam negara merdeka ini," kata Bumburing lagi.

Terdahulu dalam kenyataannya Ketua Penerangan AMANAH Kawasan Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul memberitahu sambutan untuk menjadi ahli AMANAH di Tuaran begitu baik sekali dan beliau berterima kasih kepada rakyat pelbagai kaum di daerah ini yang ingi menjadi ahli di ketiga-tiga ranting Sulaman, Tamparuli dan Kiulu.

Beliau berharap dengan pelancaran tiga ranting di Kawasan Tuaran akan menarik lebih ramai lagi masyarakat tempatan memberikan sokongan dan masuk untuk menjadi ahli AMANAH bagi menjayakan perjuangan untuk menyuarakan serta mengetengahkan pelbagai masalah rakyat dan akan dapat menjayakan lagi perjuangan rakyat dengan lebih teratur dan tertib.


Hasan Ali : Faktor Pemusnah Impian Pakatan Rakyat

Posted: 27 Jan 2012 06:23 AM PST

Tun Izhalmi Ishak

alt


Pas akan dipersalahkan jika kegagalan menyekat gelombang 'kuasa ketiga' yang dihasilkan oleh Datuk Dr Hasan Ali menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa berputih mata di Selangor. Pas boleh menafikan faktor Hasan Ali tidak akan menyebabkan berlaku sebarang pergolakan dalaman parti. Image downplay yang cuba dilakukan oleh parti tersebut kepada Hasan Ali beberapa minggu lalu kurang memberi impak.

Bertukarnya portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam jawatan Exco Selangor kepada Menteri Besar adalah pencetus utama kebangkitan gelombang yang dibawa oleh Hasan Ali. Pas dilihat begitu lambat membuat damage control sehingga isu ini berjaya mengalih perhatian ahli dan penyokong setia parti tersebut.

Tidak boleh dinafikan pertukaran portfolio Adat-adat melayu, Belia dan Sukan kepada Dr Ahmad Yunus membangkitkan lagi kemarahan penyokong kuat Pas. Beberapa forum dan blog hardcore parti ini menyifatkan jawatan baru yang diberikan adalah satu penghinaan kepada Pas, sehingga ada yang secara sinis menyindir Pas sebagai Parti Adat & Sosialis (PAS).

Kehadiran beberapa tokoh pemimpin Pas sebagai penceramah undangan dalam siri jelajah Hasan Ali sudah cukup menampakkan Pas Selangor sudah berpecah kepada dua kelompok. Dr Azhar Yaakub, Ustaz Hasan Basri Mohammad, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman adalah di antara tokoh-tokoh ternama dikalangan Pas Selangor.

Kehadiran bekas Ketua Pemuda Pas Selangor, Norman Taha juga mengejutkan ramai pihak. Norman Taha adalah di antara penggerak utama kejayaan Pas Selangor merampas 4 kerusi DUN dari tangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum tahun 1999.

Siri jelajah Hasan Ali yang bermula di Meru tanggal 20 Januari 2012 hanyalah permulaan kepada satu ceramah besar yang bakal diadakan di Bangi, Selangor dalam bulan Februari ini. Penulis kurang pasti, namun suara-suara dari kalangan penyokong Pas menjangkakan impak yang lebih besar akan berlaku di Bangi nanti.

Maka tidak hairanlah jika Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman dilihat cuba melakukan pre-emptive strategy dengan memberi peringatan kepada Hasan Ali supaya kembali mengingati kepada ikrar dan semangat Pakatan Rakyat yang pernah beliau laungkan.

Secara peribadi, penulis kurang bersetuju dengan tindakan oleh Timbalan Presiden PKR. Seharusnya beliau membiarkan kepimpinan Pas untuk mengambil tindakan sewajarnya. Kenyataan Azmin bahawa bukan beliau yang memecat Hasan Ali dari Pas tidak akan membawa sebarang pengertian kerana beliau jugalah yang mendesak Pas untuk mengambil tindakan tegas ke atas bekas Pesuruhjaya Pas Selangor tersebut.

Campurtangan beliau hanya akan merencatkan lagi usaha Pas bagi menangani isu Hasan Ali. Tindakan beliau seolah-olah menunjukkan Pas tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dalam membuat keputusan dan strategi yang betul.

Pas perlu bertindak bijak kerana usaha keras selama ini dalam menarik sokongan kaum Cina dan India bakal terbantut jika gelombang yang dicipta oleh Hasan Ali tidak disekat sepenuhnya. Gelombang 'kuasa ketiga' dalam Pas semakin berkembang dan tidak mustahil andaian dan pandangan mengatakan parti ini akan berpecah semakin menjadi realiti dan impaknya cukup kuat di Selangor.

Kegusaran kebangkitan gelombang ini turut dirasai oleh parti komponen dalam Pakatan Rakyat apabila ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mula meluahkan kebimbangan gelombang 'kuasa ketiga' yang dicipta oleh Hasan Ali bakal menggugat tempoh penguasaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Insiden Jln. Kebun - Khalid Samad seru Tolak Politik Samseng.

Posted: 27 Jan 2012 06:22 AM PST

Syukri Hamzah

alt

SHAH ALAM – Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad hari ini menyelar tindakan Umno dan Barisan Nasional yang memanipulasi golongan bawah umur untuk kepentingan politik mereka.

Menurut Khalid, PAS menolak sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang boleh merosakkan generasi muda.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang insiden kekecohan yang berlaku di Dewan MBSA Jalan Kebun Sabtu lalu ketika ceramah 'Asal Bukan Umno' (ABU) anjuran bersama Hindraf di mana sekumpulan remaja bermotosikal yang bersenjatakan kayu dan topi keledar tiba-tiba membuat kecoh.

"Yang terlibat adalah golongan remaja bawah umur. Umno cuba mempergunakan golongan ini untuk kepentingan politik mereka. Kita tolak sekeras-kerasnya tindakan sebegini. Ianya merosakkan generasi muda," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

"PAS Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan politk samseng ahli dan penyokong Umno itu. Ini membuktikan yang Umno/BN sudah tidak lagi mampu untuk mentadbir negara yang berbilang bangsa dan agama.

"Insiden tersebut turut membuktikan betapa terdesaknya Umno untuk mengekalkan kuasa sehingga sanggup menggunakan tindakan samseng untuk mempertahankan pembohongannya terhadap rakyat," tambah Khalid.

Menurutnya, PAS Selangor mendesak polis menjalankan siasatan secara profesional dan menahan pihak yang bersalah dalam insiden yang memalukan itu.

"PAS Selangor menyeru rakyat jelata untuk menolak politik samseng anjuran Umno dan kembali kepada politik Islam yang berakhlak mulia dan mengutamakan perdamaian.

"Politik samseng adalah corak politik golongan yang kehabisan modal dan terdesak sedangkan Islam tidak sekali-kali kehabisan modal ataupun terdesak. PAS menyeru umat Islam untuk berhijrah kepada politik Islam dan meninggalkan Umno dengan politik samsengnya," katanya.

Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?

Posted: 27 Jan 2012 06:14 AM PST

Wan Nordin Wan Yaacob



Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.

Satu artikel dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Kolumnis itu dalam satu kenyataanya mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya.

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar.

Rosmah mendapat perhatian masyarakat sejak Najib menjadi Perdana Menteri.Kehidupan mewahnya diperkatakan khalayak selain didakwa banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat Najib dalam isu-isu dasar kerajaan.

Ramai yang tidak senang dengan kelibat Rosmah selaku wanita pertama yang dilihat terlalu menonjol bukan dengan imej positif, sebaliknya dengan imej yang menggoyahkan imej Najib.

Isu perbelanjaan mewahnya semasa menginap disebuah hotel di Dubai seperti yang didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali turut menjadi bualan umum.

Azmin mendakwa, kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.

Rakyat turut dimaklumkan, jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isterinya dari tahun 2008 hingga 2011 iaitu dimana mereka membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Memetik keratan sebuah akhbar Australia pula, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah di sana.

Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, yang juga menggelarkan dirinya 'Wanita Pertama Malaysia' berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.

Dalam pada itu, pada 31 Ogos lalu, Najib dilaporkan sebuah akhbar telah bercuti ke Perth (Australia) dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurut laporan tersebut, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat."

Rosmah juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemasukan cincin buatan Jacob & Co pada harga RM24 juta.

Kemasukan barangan diatasa nama Rosmah Mansor itu didedahkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharim yang katanya mendapat maklumat daripada sumber Kastam.

Rosmah menafikan pembelian cincin itu dan menyatakan ianya sekadar untuk pameran sulit di suatu lokasi yang dirahsiakan dan telahpun dihantar ke Singapura.

Walaupun Rosmah menafikannya, namun hingga kini perisytiharan keluarnya barangan itu kononnya ke Singapura masih menjadi tandatanya.

Selain itu, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin pula ada mendedahkan dakwaan kononnya Rosmah memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Kini nama Rosmah meniti semula dibibir masyarakat selepas Shahrizat 'remuk' dibelasah kerana skandal kelemahan projek NFC yang dikendalikan oleh suaminya, Dato' Seri Mohammad Salleh.

Rosmah dilihat sukar berperang dengan akhbar luar negara apabila setiap dakwaan yang dihadapinya hanya mampu dinafikan tanpa mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berpengkalan di Sydney itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku, pastinya tindakan 'penafian' tidak cukup untuk menggambarkan Rosmah benar-benar tidak melakukan apa yang didakwa akhbar Sydney itu.

Sebaliknya seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Rosmah harus mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan, dan sekiranya tidak, ia mendatangkan interpretasi bahawa dakwaan akhbar itu benar.

Lebih penting lagi, apakah serangan ke atas Rosmah ini sebenarnya menggugat 'nama baik' yang sedang dirintis Najib bagi menghadapi pilihan raya umum, ramai veteran Umno-BN melihatnya sebagai suatu 'beban' kepada Presiden Umno itu.

Rakyat sedang menantikan tindakan Rosmah mahupun Najib, dan ramai yang mahu agar isu itu bukan sekadar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa siasatan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika gagal diatasi, ianya pasti boleh merencatkan keghairahan Najib dalam menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.

HASSAN AKIDAH DAN TUAN GURU HJ HADI BERPAKAT JATUHKAN MB SELANGOR?

Posted: 27 Jan 2012 05:59 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS


KELAKAR gila. Itulah yang boleh aku cakap apabila membaca tulisan di Umno-Reform2 di SINI. Di sana ditulis bahawa ada pakatan dahulunya di antara Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dengan Dr Hassan Ali untuk menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Khalid dan seterusnya PAS akan menjadi MB Selangor.

Sinonim dengan gelaran "Hassan Akidah"

Aku petik sedikit tulisan tersebut, " Beberapa nama yang terlibat dalam membocorkan dokumen itu disebut dan antaranya adalah SU Akhbar Presiden PAS dan SU Politik Presiden PAS – agar MB Khalid terpalit dengan dakwaan rasuah di keluarkan oleh PAS sendiri. PAS di bawah Hasan Ali – berusaha untuk menumbangkan MB dan menunjukkan kepada PR bahawa MB Selangor Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan dan PAS sepatutnya menerajui Selangor" (Umno-Reform2).
Tuan Guru Hj Hadi - Presiden PAS
Apabila kita membaca keseluruhan artikel tersebut, kita seolah-olah dibawa ke dalam satu dunia bacaan humor yang kadangkala tidak lojik tetapi menarik untuk menjadi bahan ketawa. Lojikkah jika berjaya sekalipun usaha untuk menyeret MB Selangor sebagai perasuah, maka PAS akan menjadi MB Selangor? Jika terbukti Tan Sri Khalid melakukan rasuah, sudah tentu calon lain dari PKR akan menjadi MB Selangor, bukannya PAS kerana kedudukan kerusi di dalam Dun Selangor masih dikuasai oleh PKR, belum lagi dicampor dengan kerusi DAP.

"Lurus bendul" dan ketelusan Tan Sri Khalid mendatangkan cemburu musuh-musuhnya
Aku bukan mengatakan PAS tidak layak jadi MB Selangor, namun realitinya adalah sekiranya bukan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor, mungkin tokoh lain dari PKR tetap akan menjadi MB Selangor. Justeru itu, tulisan dari artikel berkenaan tidak masuk akal langsung dan hanya ditulis untuk menunjukkan Tuan Guru Hj Hadi adalah puak Dr Hassan Ali. Jika benar begitu, mengapa Presiden PAS tidak merasai apa-apa apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS?

Rengkasnya, tulisan berkenaan bertujuan untuk memerangkap kita agar saling curiga mencurigai sesama PR, terutamanya PAS dan PKR. PAS memang layak menjadi MB mana-mana negeri sekalipun hatta menjadi PM kerana sejarah menunjukkan bahawa pemimpin PAS tidak banyak kerenah atau kontroversi.

Selangor bertuah kerana Dr Hassan Ali sudah terpelanting dari PAS. Bayangkan jika beliau masih berada di dalam PAS dan ditakdirkan Selangor diperintah oleh PAS dan Dr Hassan Ali pula menjadi MB Selangor, aku berani jamin bahawa Umno akan berpesta di Selangor./wfauzdin.blogspot.com

Cikgu Azmi Harus Berundur Dari Himpun

Posted: 27 Jan 2012 01:11 AM PST

MSO


Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dilihat dari segi tujuan dan iltizam perwujudannya indah dan menarik sebagai satu Ngo yang bertunjangkan jihad untuk memperjuangkan akidah umat Islam nampak dari hari ke sehari telah menyerlahkan warna dan matlamat sebenarnya. Chassis Himpun sudah agak lari jauh.

Walaupun sejak mula lagi kemunculan Himpun ini boleh dipersoalkan (tidak mungkin ia tidak ada agenda politik bila dilihat kepada siapa di belakangnya) tetapi ia masih boleh dimaafkan dan dilihat pada waktu itu sesuatu yang tepat dan diperlukan. Mungkin dalangnya si kaya yang mahu menaburkan budi dan baktinya kepada agama dan bangsa. Maklumlah orang duit lebih kalau tidak ditabur kepada kepentingan agama ke mana lagi? Ke meja judi?

Memang tujuan dan niat Himpun ditubuhkan untuk mengawal akidah umat Islam dengan memberi kesedaran dan penerangan betapa sekarang ini akidah umat Islam berada dalam keadaan terancam dan tergugat. Maka kewujudnya diharap menjadi wadah mempersatukan ummah tepat.

Beberapa peristiwa yang meletus akhir-akhir ini akibat ketiadaan stabiliti politik Melayu menyebabkan ada elemen menganggu ketenteraman umat Islam, jadi kemunculan kena pada masanya. Umat Islam perlu membimbangi fenomena itu. Sebab kewajiban menjaga dan mempertahankan kesucian Islam dan keutuhan bangsa terletak di tangan umat Islam dan Melayu. Bangsa lain tidak akan sesekali mempertahankan Melayu.

Justeru mulanya umat Islam tanpa mengira pegangan dan ideologi politik, baik yang berada dalam persatuan, individu atau kelompok kecil memberi sokongan kepada Himpun. Himpun adalah manifestasi kepada kesatuan ummah Islam negara ini, di mana semua pihak perlu mengenepikan sentimen dan ideologi politik. Himpun dikira boleh menjadi wadah permersatukan ummah setidak-tidaknya di negara ini.

Malahan dalam satu pertanyaan saya kepada pengerusi bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar, beliau menjawab jaringan Himpun dalam mempertahankan akidah ummah Islam ini bukan saja terhad di Malaysia tetapi mencakupi Nusantara ini. Aduh.. hebatnya.

Setelah berlalu dan mengadakan beberapa majlis himpunan, arah dan apa tujuan Himpun sebenar telah terserlah. Azam dan keikhlasan yang dicanangkan sebelum ini untuk menjadi wadah penyatuan ummah dan mempertahankan akidah sudah tergelecah ke arah lain. Himpun nampaknya sudah menjadi alat atau wadah untuk mempopularkan individu tertentu dan majlis itu diadakan juga seperti mahu menempelak pihak lain dan menyokong pihak lain - sesama Islam yang berkonflik.

Sebenarnya warna politik Himpun ini sudah mulai nampak sejak awal penubuhannya lagi dan sewaktu majlis julung kalinya di Shah Alam. Apabila mereka mengundang orang politik yang dikenali tidak berapa mesra dan jahil agama untuk bercakap, maka orang sudah mengagak apa dan siapa yang ada di sebalik Himpun ini.

Kenapa? Apakah kerana Himpun dibiayai oleh orang tertentu maka paksi Himpun perlu condong kepada satu pihak? Sudah ada cakap-cakap bahawa Himpun adalah alat politik kepada Umno. Dalam erti kata lain Umno sudah membelakangi Ngo gabungan itu dengan diberikan tugas kepada seseorang individu yang membelanjakan peruntukannya untuk Himpun.

Kita tidak menolak wang itu dan tidak menolak kewujudan Himpun atas nawaitu yang diuark-uarkan. Apa yang ditentang ialah penyelewengannya. Kalau kewujudannya lari dari matlamat asal sokongan moral perlu ditarik balik. Saya percaya beberapa Ngo, termasuk gerakan pelajar, kumpulan nasyid yang bergabung tenaga memberi sokongan moral sebelum ini kerana yakin kepada kesucian Himpun.

Tetapi apabila mereka menyedari ke mana Himpun - yang dijadikan alat dan kuda tunggang untuk apa mereka ikut sama bersubahat. Iya, mungkin ada mereka yang menyokong parti Umno di dalam mana-mana Ngo bergabung membentuk Himpun tetapi cara mereka dieksplotasi dengan menggunakan nama untuk mempertahankan akidah tetapi hakiatnya untuk menyelamatkan Umno mungkin sesuatu yang dianggap kotor dan kurang disetujui.

Dalam catatan ini sini saya tidak mahu menuju kepada sesiapa tetapi saya ingin menyatakan pandangan saya kepada direct kepada Cikgu Azmi Hamid yang menjadi pengerusi bersama. Saya nampak kehadiran dan kesediaan Cikgu Azmi memimpin Himpun adalah atas rasa tulus dan keperihatinan kepada agama Islam. Sebagai seorang pejuang Melayu tulen yang berteraskan Islam, beliau tentu merasa bertanggungjawab. Atas amanah itulah beliau bersama Himpun.

Saya yakin cikgu Azmi tidak mempunyai apa-apa motif politik melainkan demi kepentingan agama dan bangsanya.

Tetapi hari ini setelah Himpun lari chassis, apakah wajar cikgu Azmi terus berada dalam Himpun? Apakah dia dapat berdiri atau pun menegakkan Himpun seperti naiwatu asalnya dulu? Cikgu Azmi sendiri sudah nampak apa yang baik dan apa yang tidak mengenai Himpun. Atau bagaimana ada noda-noda yang tidak seharusnya dibiarkan dalam, Himpun. Keadaan ini pada bacaan saya Azmi sudah terperangkat.

Pengunaan nama Exco Agama Pulau Pinang untuk menjemput orang ramai menghadiri Himpun di Kepala Batas besok adalah jelas noda kotor yang telah menyelinap dalam Himpunan. Cikgu Azmi sendiri telah membuat penafian dan mengecam tindakan itu ata nama Pengerusi Pengupayaan Melayu (Teras). Himpun yang didirikan dengan akhlak Islam tidak sepatutnya memutar belitkan fakta dan menipu orang ramai seperti mengedar kad jemputan atas nama Exco itu.

Orang-orang jahat dan biadab serta petulang yang mengambil kesempatan atas Himpun dengan mengedar kad palsu itu sepatutnya didoakan supaya mati lemas air. Kerana segelintir manusia seperti itulah merosakan susu sebelanga.

Cikgu Azmi tentu merasa malu dengan apa yang berlaku. Apa-apa wajah buruk atau pun kepincangan yang berlaku dalam Himpun kesannya akan tempias kepada cikgu Azmi. Adalah terlalu sayang kalau cikgu Azmi bersedia menahan dirinya untuk dilumuri perangai-peragai syaitan di dalam Himpun?

Sebelum ini bekas Exco Agama Selangor ikut sama terlibat dalam Himpun. Dia melangkah ke pentas Himpun dengan niat mempertahankan akidah! Kapasitinya ketika itu ialah sebagai Exco agama yang obses untuk mempertahankan akidah. Hari ini dia tidak memiliki apa-apa kuasa lagi. Yang ada hanya tahi gigi dan air liur sahaja. Apa yang dia boleh lalukan dan apakah 'keramat' yang ada kepadanya lagi?

Apakah tidak mungkin dia akan menggunakan pentas Himpun untuk mempertahankan diri dan membelasah parti dan kerajaan yang disertainya sebelum ini? Cikgu Azmi sebagai pengerusi kena memantau ini dan jika perlu orang itu harus dinyahkan dari pentas agar ia tidak menjadikan pentas Himpun untuk dia melempiaskan dendamnya.

Apapun sebaiknya cikgu Azmi berundur sahaja dari Himpun. Tidak sesuai lagi orang sepertinya berada dalam wadah yang sudah mulai cemar dan kotor. Negara, agama dan bangsa memerlukan seorang yang beridentiti seperti beliau yang istiqamah dengan fahama politik tidak berpihak, dan kekal dengan berkain pelikat ke mana saja pergi. Ikhlas saya katakan saya lebih suka dan mempunyai kehormatan tinggi kepadanya kalau dia tetap seperti bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Azri Zainal Abidin yang berpolitik tidak berparti yang mengkritik tidak kira siapa.

Tidak ramai orang yang mempunyai identiti sendiri, berfikiran bebas dan disenangi semua orang kerana prinsipnya. Rasanya selepas Cikgu Azmi dan Asri sudah tidak ada lagi selepas Abdul Aziz Bari kini sudah rasmi menyertai PKR?

Cikgu Azmi boleh memikirkan apa yang saya ajukan ini. Saya yakin dunai juang cikgu Azmi terutamanya dalam mempertahankan akidah ummah dan mengutuhkan bangsa tidak terbatas kepada Himpun sahaja, sebaliknya Terang yang didokong selama ini sudah cukup gah dan hebat. Orang kenal Cikgu Azmi bersinonom dengan Teras dan kain pelikat dan bukannya Himpun dan songkok senget.

Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid

Posted: 27 Jan 2012 12:45 AM PST

Staff Berita Semasa

ekonomi negara malaysia 2012 Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid


Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi hasil pandangan & penulisan salah seorang tokoh ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Salleh Majid berkenaan ekonomi negara Malaysia sebagai panduan kita bersama. Insyaallah, sangat menarik & bermanfaat untuk dikongsikan bersama….

Ekonomi Negara Malaysia : Daya Saing, Gaji Tinggi, inovatif Dan Kreatif

SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan.

salleh majid Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka. Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus. Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata,

"kita bagi kacang, kita dapat monyet."

Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang beli rumah nak duduk di rumah itu tetapi nak jadi bahan spekulasi. Masyarakat yang suka spekulasi ini, tahu-tahulah…

Pasaran saham pun orang Melayu mana tahu nak lakukan spekulasi? Naiklah melambung macam Repco dulu sampai RM150 sesaham. Bila tengok tiada isi, tapi orang kejar juga macam nak gila. Bila kita tegur jangan beli, dia balas balik menyembur kita mengatakan apa kita peduli, bukan duit kita. Inilah yang menyebabkan segala-galanya jadi bahan spekulasi.

Tengoklah ayam pun jadi bahan spekulasi. Kerajaan suruh turunkan harga pasal kita tahu orang takut makan babi, dia tak mahu. Bukankah biadab? Kita mesti ajar sikit mereka ini.

Macam juga yang jual rumah harga gila-gila.

  • Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung.
  • Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.
  • Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu. Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Cuba bayangkan dalam tahun 1978 harga rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, suatu kawasan perdana ialah RM60,080. Pada 1989, harganya RM200,000. Sekarang, cuba teka harga rumah yang sama, dinding sama, kawasan kecil sikit lagi batu-bata sama. Kalau tak ada RM600,000, jangan cakap.

Ekonomi Negara Malaysia : Perbezaan Pendapatan Tahun 1970 an VS Pendapatan Rakyat Malaysia Sekarang

  • Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000
  • Sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

ekonomi malaysia masa kini Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangnya kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti. Sikap begini memang menjadi lumrah syarikat swasta. Sampai bila pun orang kita tak ke mana.

Kemudian kita berhasrat nak tingkatkan daya saing negara. Satu hajat yang murni. Sekarang bandingkan negara kita dengan 134 negara lain :

  • Kita duduk nombor 21
  • Dua tahun lepas kita nombor 19
  • Empat tahun dulu kita nombor 16

Maknanya, kita dah jatuh. Laporan Daya Saing Dunia dari Switzerland (World Competitiveness Report) menyatakan orang yang buat bisnes dengan kita beri beberapa faktor yang menjadi penghalang utama. Bukan saya yang kata, tapi boleh laporan ini sendiri.

  1. Nombor satu penghalang: Perkhidmatan awam yang kurang cekap
  2. Kedua, rasuah.
  3. Ketiga, jenayah dan kecurian (dua orang mengandung mati kena ragut, mat rempit menjadi-jadi, tengah tukar tayar, kena tembak di siang hari).
  4. Keempat, ketidakstabilan dasar (hari ini naik tol, esok tak jadi).
  5. Kelima, tenaga kerja yang kurang terlatih, bukan tak terlatih tapi kurang terlatih. Mana tidaknya, ramai orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebut saja rakyat mana – kita ada. Malahan ada kawasan yang dia kontrol

Jadi kita tengok jiran kita nombor lima. Rakyat dia satu per sepuluh daripada penduduk kita. Ini menunjukkan yang membuatkan sesebuah negara itu berdaya saing ialah bakat rakyatnya. Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing.

Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Ekonomi Negara Malaysia : Produktiviti Perlu Ditingkatkan

ekonomi negara malaysia Ekonomi Negara Malaysia Masa Kini : Ikut Kaca Mata Tokoh Ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid

Macam saya tulis dulu, kalau setiap orang pekerja tambah kerja 10 minit sehari, kalau tiga juta pekerja dah ada 20 juta minit bertambah. Ini tidak – terlekat dengan kesesakan lalu lintas saja berjam-jam. Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Di mana datangnya inovatif dan kreatif pekerja kalau tidak diberikan latihan? Latihan untuk jadi inovatif dan kreatif tak sama macam pergi kelas biasa. Inovatif dan kreatif guna otak sebelah kanan, logik, matematik dan hujah guna otak sebelah kiri. Jadi macam mana nak digerakkan otak sebelah kanan.

Memadaikah kalau dengan menyuruh jadi inovatif dan kreatif. Kalau dia segan nak baca buku, (rakyat Malaysia baca purata dua halaman setahun), yang ada pengetahuan mana nak dapat ilmu?

Pelatih yang bakal melatih inovasi dan kreativiti sendiri mesti dilatih dahulu. Macam tongkat ali dah bertahun-tahun di hutan kita, orang luar datang buat macam-macam dengannya. Kita yang tidak kreatif. Amang bijih pun boleh jadi bahan perkilangan tapi bank kita akan tolak sebarang permohonan berkaitan perkara-perkara sebegitu. Jadi, satu golongan saja nak jadi kreatif dan inovatif, tak jadi juga.

Bila orang bank kita tak biasa dengan sesuatu yang pelik sikit, bukan dia nak cari pakar dalam bidang pelik tersebut, dia akan senang sahaja tolak permohonan.

Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya?

DATO' SALLEH MAJID ialah Felo Utama Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Dikesempatan ini, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Apa yang anda baca di atas adalah hasil pandangan daripada penelitian & pengalaman beliau memegang jawatan yang besar di Bursa Malaysia dan tahu selok-belok ekonomi selama beliau hidup. Cuma beliau bukan menteri yang "mencorakkan ekonomi negara Malaysia" sekarang ini.

P/S : Apa pula penelitian & pandangan yang anda ingin kongsikan merujuk kepada penulisan Allahyarham Dato' Salleh Majid ini mengenai ekonomi negara Malaysia masa kini?

Hina Mahkamah : Penulis Blog Dibicara 2 Mac Depan

Posted: 27 Jan 2012 12:40 AM PST

Post Pic
ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 2 Mac depan untuk perbicaraan kes menghina mahkamah membabitkan penulis blog, Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan demikian selepas Amizudin memohon penangguhan bagi memberinya masa melantik peguam dan membalas notis usul.

Terdahulu, Amizudin, 43, memaklumkan bahawa beliau tidak pernah menghilangkan diri dan bukan sengaja mengelakkan diri daripada menghadiri prosiding.

Katanya, tiada sebarang notis diserahkan kepadanya dan hanya mengetahui prosiding kes tersebut melalui akhbar.

Dakwaan Amizudin itu disangkal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, 70, kerana pihaknya sudah ke rumah Amizudin beberapa kali namun gagal menemui beliau.

Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog tersebut telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya.

Perintah yang dikeluarkan Hakim Zabariah itu ialah susulan daripada keputusan saman fitnah pada 19 Julai tahun lalu yang difailkan Rais terhadap Amizudin.
Rais memenangi saman tersebut dan Amizudin diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada menteri itu.

Hakim Zabariah turut memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 31 Januari 2011, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember 2010.

Subsidi Gula Meningkat Kerana Harga Naik

Posted: 27 Jan 2012 12:39 AM PST

Post Pic



KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menaikkan subsidi gula kerana harga pasaran dunia yang meningkat dan bukan kerana pilihanraya akan menjelang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain daripada menaikkan subsidi gula bagi memastikan rakyat tidak akan menanggung beban dengan kos harga yang meningkat.

Kerajaan telah menaikkan kadar subsidi gula dari 20 sen sekilo kepada 54 sen sekilo mulai awal bulan ini.

"Harga pasaran dunia telah naik dengan banyaknya...Ia tiadda kena mengena dengan pilihanraya tetapi ini adalah bagi memastikan harga gula terkawal," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis "amalan perniagaan terbaik" anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini.

Menurutnya lagi, negara ini mengimport hampir 99 peratus keperluan gula negara.

Peningkatan kos subsidi berkenaan, katanya akan mennyaksikan kerajaan terpaksa menanggung kos tanggungan subsidi hampir dua kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu.

"Kita terpaksa membayar sejumlah RM567 juta untuk subsidi gula berbanding RM262 juta pada tahun sebelumnya berikutan harga yang semakin naik," tambah beliau lagi.

Bekas perunding NFCorp Hadapi Tuduhan Baru

Posted: 27 Jan 2012 12:35 AM PST

ANTARA POS.COM

Post Pic



KLANG: Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail hari ini berhadapan dengan pertuduhan baru apabila didakwa melakuan penipuan wang pelaburan RM90,000 milik seorang pemandu teksi dua tahun lalu.

Biarpun masih terlantar di hospital, prosiding ke atas bapa kepada empat anak itu diteruskan dengan kehadiran majistret ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Shamsubahrin yang juga bekas perunding National Feedlot Corporation (NFCorp), 46, mengaku tidak bersalah menipu seorang pemandu teksi Limat Jonit, 57, untuk membuat pelaburan bernilai RM90,000 dalam syarikat yang diketahuinya tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa mendorong Limat untuk memasukkan sejumlah wang itu ke dalam akaun bank milik peribadinya.

Pendakwaan di depan Majistret Hurman Hussain, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Elya Edzrin Mohd Roslan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hadir sama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, peguam S Surendran dan Lateefa Koya, serta Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh Hurman, Shamsubahrin kelihatan tenang.

Hurman membenarkan Shamsubahri diikat jamin RM9,000 dan menetapkan 27 Februari depan untuk sebutan serahan dokumen di Mahkamah Majistret.

Pada 30 Disember lalu, dia mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ketika itu.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorongnya bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibu negara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong beliau menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.

Bayaran Gaji Bulan Febuari Penjawat Awam Berdasarkan SSM

Posted: 27 Jan 2012 12:33 AM PST

Post Pic



KUALA LUMPUR : Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari depan akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari lalu.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan 2012," katanya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

Najib : RM1.1 Juta Untuk Tingkat Infrastruktur Pasar Sehari Behor Lateh

Posted: 27 Jan 2012 12:30 AM PST

ANTARA POS.COM

Post Pic



KANGAR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM1.1 juta bagi meningkatkan infrastruktur pasar sehari Behor Lateh sempena lawatannya ke pasar itu pagi tadi.

Dalam ucapan ringkasnya pada akhir lawatan ke pasar sehari itu, Perdana Menteri berkata, peruntukan itu adalah bagi membina bumbung untuk kemudahan peniaga dan pengguna pasar yang lebih dikenali sebagai "nat" itu.

Pasar sehari Behor Lateh yang dikendalikan Pertubuhan Peladang Kawasan B-1 MADA Kayang mula beroperasi pada Mac 1991 di kawasan seluas 0.5 hektar dan menempatkan kira-kira 100 peniaga.

Najib berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa melihat keperluan rakyat dan akan berusaha menyediakan kemudahan yang diperlukan.

Katanya lagi, beliau yakin orang ramai sentiasa menghargai sumbangan murni kerajaan melalui pelbagai program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Menurutnya sebagai contoh, orang ramai yang bersalaman dengannya semasa meninjau pasar sehari itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang dihulurkan kepada rakyat selama ini.

"Bantuan bukan hanya terhad untuk projek besar tapi turut turun bagi membela untung nasib rakyat," katanya di hadapan peniaga dan pengunjung pasar itu.

MB Sesuai Jadi Exco Agama Walaupun Bukan Pakar Islam, Kata Pas Selangor

Posted: 27 Jan 2012 12:28 AM PST

Post Pic



SHAH ALAM : Pimpinan Pas Selangor hari ini mempertahankan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik dirinya sebagai Exco Hal Ehwal Agama setelah Menteri Besar itu dikecam pelbagai pihak termasuk Perkasa kerana tidak memulangkan kerusi itu kepada Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Khalid Samad menolak dakwaan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bahawa tindakan Khalid mengambil alih portfolio penting itu akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor.

Beliau berkata, Khalid tidak akan mengkhianati Islam dan menegaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukannya jahil 100 peratus mengenai agama.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut membayangkan bahawa orang yang memegang portfolio itu tidak perlu mempunyai latar belakang agama yang mendalam.

"Exco agama ni pun ada kawalan daripada sultan, MAIS, Jabatan Agama Islam, Pejabat mufti dan sebagainya. Exco Agama bukan buat fatwa ataupun mengeluarkan undang-undang Islam dan sebagainya," kata Khalid pada sidang medianya.

"Hendak kata Menteri Besar ini jahil 100 peratus terhadap Islam, saya rasa ia tidak begitu tepat kerana (sekurang-kurangnya) dia tahu tidak boleh khianat terhadap amanah," tambah beliau

Minggu lalu Ibrahim mengkritik keras keputusan Khalid mengambil alih portfolio agama itu daripada Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Khalid memutuskan untuk tidak memberi portfolio agama kepada pengganti Hasan, Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan sebaliknya mengambil alih jawatan itu.

Ibrahim menyifatkan perlantikan itu bertujuan memberi laluan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman memberitahu pelantikan Khalid sebagai Exco Agama tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak.

Rani yang sebelum ini adalah calon tunggal yang ditawarkan oleh Pas Selangor untuk mengisi jawatan Exco itu berkata amalan portfolio agama dipegang oleh Menteri Besar bukan perkara baru.

"Tetapi adakah Perkasa terlepas pandang bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO-BN pun Menteri Besar mereka automatik jadi exco agama, mereka pun tidak ada asas pelajaran agama. Contohnya Menteri Besar Pahang," kata beliau.

Bagaimanapun, Rani tidak menangani persoalan bahawa dengan kehadiran tiga Exco daripada Pas sebuah parti Islam, Khalid tetap membuat keputusan mengambil alih portfolio jawatan itu dan mengenepikan mereka.

Pada sidang media sama, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu rombakan kecil yang dilakukan minggu lalu dipersetujui bersama Pas Selangor dan kerajaan negeri .

"Pas Selangor ingin menjelaskan bahawa pelantikan dan rombakan exco yang baru dilakukan oleh Menteri Besar Selangor telah dilakukan dengan sokongan dan persetujuan penuh saf pimpinan Pas negeri Selangor," kata beliau.

"Rombakan ini dilakukan bukan kerana tiada di dalam Pas yang mampu menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Itu hanya pendapat orang yang besar kepala yang menganggap dirinya seorang yang mampu," katanya.

Menurut Hasbullah, rombakan itu akan menjadikan Pas di Selangor bertambah kukuh dan mantap t meskipun tiada wakil parti itu memegang jawatan exco hal ehwal Islam seperti sebelum ini.

Lepas Azmin, Pas Selangor Lancar Kecaman Terhadap Hasan Ali

Posted: 27 Jan 2012 12:22 AM PST

Post Pic



SHAH ALAM : Pas Selangor hari ini menyusul Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali untuk mengecam Datuk Dr Hasan Ali beberapa hari sebelum bekas Exco Selangor itu memulakan siri jelajahnya untuk mendedahkan apa yang dilihatnya sebagai parasit dalam PAS.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menuduh Hasan sebagai seorang yang hanya mementingkan pangkat dan jawatan sehingga sanggup mempersoalkan perjuangan Pas.
"Siapa yang anggap tak ada orang boleh pegang jawatan dalam PAS melainkan diri dia. itulah dia (Hasan Ali)", kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman juga tidak bimbang dengan program siri jelajah oleh Hasan yang akan bermula di Shah Alam Isnin depan.
"Kalau dia (Hasan Ali) nak kutuk saya atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan buat satu malam, buat tiap malam sebab rakyat nak menilai apa yang dia katakan" kata Rani.

Dalam pada itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menegaskan parti itu tidak terjejas dengan penyingkiran Hasan oleh Jawatakuasa Pusat parti itu.
"Kita tidak terjejas dengan pemecatan Dr Hasan Ali. Malah jentera kita makin kuat. Jadi bagi mereka yang merasakan PAS Selangor akan lumpuh dengan pemecatan Hasan Ali mereka silap," kata beliau.
Semalam, Azmin menyifatkan Hasan sebagai parasit yang akan ditentang oleh Pakatan Rakyat jika beliau membuat sebarang fitnah dalam siri ceramahnya itu,
Sebelum ini Hasan berkata beliau dipecat Pas atas desakan Azmin kerana membantah perhimpunan anjuran PKR untuk menyokong Anwar sempena dengan keputusan kes liwatnya 9 Januari lalu.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu turut mendakwa bahawa beberapa parasit dalam Pas kini sedang cuba mengubah hala tuju parti itu daripada matlamat menegakkan sebuah Negara Islam.

Kemandulan akademik

Posted: 27 Jan 2012 12:20 AM PST

Oleh Muhammad Zir


Nak menyalahkan pemimpin barangkali lebih mudah, apatah lagi jika mereka adalah pemimpin UMNO. Tetapi itu bukanlah penyelesaian mutlak. Sebaliknya, setiap masalah atau krisis harus ditangani dengan melihat kembali blueprint dan cara ia dilaksanakan.

Isu yang yang ditimbulkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tentang masalah kekurangan pelajar yang memilih untuk mengikuti bidang pengajian beraliran sains semakin kritikal.

Memetik kata-kata beliau, "Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi."

Jika kita melihat model pendidikan negara, pelajar tidak ubah seperti satu produk yang dikilangkan di sekolah dan universiti. Bahan-bahan mentah ini (pelajar), sewaktu dikilang sekolah atau universiti, tidak dilatih untuk berfikiran kritis, sebaliknya ia dibentuk dan dipakejkan untuk mengikut peraturan.

Perkataan 'peraturan' ini cukup enak didengar tetapi maksudnya seringkali disalah tafsir. Dengan peraturan-peraturan yang berlapis-lapis ini juga, kerja guru-guru semakin terbeban. Masalah guru-guru pula timbul.

Inilah realiti sikap yang lahir dari perkataan yang molek dan indah itu. Dan kesannya cukup mendalam, iaitu minat pelajar ke sekolah, ke kelas dan keinginan memilih aliran telah luntur sama sekali.

Sekolah dan universiti sebagai kilang

Di universiti pula, terbawa-bawa dengan masalah ikut 'peraturan' hingga lahirnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Malah, di dalam kuliah juga, sikap untuk hanya mendengar, menghafal dan disuap dengan bahan-bahan pelajaran seperti di sekolah rendah dan menengah berterusan.

Pelajar malas bertanya pensyarah, dan melihat keadaan itu, pensyarah juga mula semakin malas. Suasana akedemik bertukar suram, hasilnya pensyarah dan pelajar malas nak mengkaji dan membuat penyelidikan. Kemandulan akademik berlaku dan keghairahan pada ilmu pengetahuan luput.

Akhirnya, konsep sekolah – ikut sahaja, jangan soal, jangan fikir – telah menjangkiti ke peringkat universiti, maka kemaraulah budaya keilmuan kita.

Dengan itu, bahas dan debat dilihat sebagai satu hal yang negatif, soalan akan dianggap elemen provokasi, dan apa jua kegiatan akan dianggap melakukan perbuatan subversif dan menjadi ancaman.

Justeru, isu kekurangan pelajar (baca:Melayu) dalam jurusan sains hanyalah malapetaka kecil yang sedang menimpa anak-anak Malaysia akibat kecuaian pemimpin politik yang lalai membentuk dan melaksanakan dasar pendidikan sebenar.

Orang politik hanya pentingkan agenda politik mereka. Mendidik anak bangsa dengan betul bererti menjadikan anak bangsa bijak dan mampu berfikir sendiri dan berani mempersoalkan apa yang salah dan silap. Dan ini bertentangan dengan agenda politik kepimpinan negara hari ini.

Baucar buku 1Malaysia

Satu lagi petanda tenatnya sistem akademik kita ialah apabila kerajaan mengambil jalan mudah dengan 'melelong' baucar buku 1Malaysia. Seolah-olah mahu menutup kelemahan dengan menawarkan wang ringgit.

Kita tidak menyalahkan pemberian baucar itu. Tetapi ia nampak sangat sikap terdesak kerajaan yang dilihat seperti sudah tidak tahu lagi apa nak dibuat. Ibarat kata, seseorang yang sedang tenat dengan sakit jantung, diberi pula minyak angin.

Apabila minat untuk menuntut ilmu itu padam, minat untuk membaca juga turut padam. Bila diberi baucar buku, maka inilah jadinya. Semakin kerap didengar tentang baucar itu yang digunakan untuk membeli novel remaja, majalah hiburan dan apa-apa sahaja yang tidak ada kena-mengena dengan pengajian akademik; malah ada yang menjual baucar.

Terdapat satu laporan media: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat – Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid.

Satu lagi bukti pentadbiran tipikal kerajaan – ugut nak ambil tindakan. Nak menyalah, menghukum dan memenjarakan pelajar memang cukup mudah, lebih-lebih lagi pada mereka yang ada kuasa.

Tetapi adakah ia berbaloi? Adakah, selepas didakwa dan dihukum maka minat pelajar ini akan berubah? Tiba-tiba ambil aliran sains dan terus berjaya, begitukah modus operandinya?

Kebebasan akademik

Punca masalah dan prestasi pelajar berkait rapat dengan orientasi pendidikan di semua peringkat, khususnya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Asas kepada semua pendidikan dalam semua bidang adalah bagaimana kita nak mengasuh otak (fikiran) agar berupaya berfikir secara kritis dan rasional.

Akal menjadi penentu atas segala macam pertimbangan. Justeru, akal perlu dibebaskan untuk berlaku waras. Hasil dari akal yang kritis dan rasional inilah yang akan membentuk kreativiti dan inovasi, dalam apa jua bidang sekali pun. Dua elemen ini pula akan membentuk satu ruang kebebasan berakedemik.

Kebebasan akedemik bukanlah hanya memberi makna kebebasan untuk berhimpun atau menyertai apa jua organisasi politik, sebaliknya ia adalah kebebasan untuk memilih mata pelajaran, kaedah pelajaran dan pembelajaran serta usaha melahirkan budaya wacana, wahana, debat, bahas dan mempersoalkan status quo.

Contohnya, pernahkah kita mendengar pelajar berdemonstarsi dengan menuntut universiti atau kerajaan mewujudkan sekolah falsafah di universiti?

Pernahkah kita mendengar pensyarah menuntut pihak pentadbiran untuk mengkaji dan berbahas tentang Ibnu Arabi, Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, Confucius, Aristotle, Plato, John Locke, Descartes, Karl Marx atau perbandingan antara agama dan budaya, atau apa-apa sahaja yang selama ini dianggap kononnya bertentangan dengan ideologi kerajaan semasa?

Memang baik apabila mahasiswa berani berhimpun untuk menuntut hak tetapi jika sekadar mahu berdemo untuk berorganisasi atau berpolitik, ia adalah sesuatu yang amat malang.

Ia tidak memadai untuk menjawab persoalan besar secara tuntas. Tidak salah untuk orang muda menjadi idealis tetapi langkahnya terlalu abstrak, tidak cukup praktis dan tidak transcendental.

Autonomi

Begitu juga cadangan Khaled Nordin untuk member autonomi kepada universiti-universiti awam. Seperti mana sikap memberi baucar buku, autnomi itu tidak memberi banyak makna jika AUKU terus wujud.

Buktinya telah lama ada. Apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digubal pada 1960, kerajaan memberi jaminan kebebasan kepada rakyat termasuk pejuang demokrasi dan hak asasi. Namun, jaminan itu hanya janji palsu kerana beribu-ribu orang telah menjadi mangsa kezaliman tahanan tanpa bicara ISA.

Kita rasakan autonomi yang ditawarkan itu tidak memadai untuk menyelesaikan krisis sistem pendidikan kita. Sekali lagi, ia sekadar 'minyak angin untuk penyakit kronik'. Jelasnya isu di sebalik semua gejala-gejala ini harus kembali kepada blueprint, falsafah dan melihat semula pendekatan yang sedang kita amalkan hari ini.

Perlu ada satu perubahan besar yang menyeluruh untuk mencapai matlamat reformasi pendidikan sebenar. – Roketkini.com

Gaji Perdana Menteri berapa ringgit?

Posted: 27 Jan 2012 12:19 AM PST

Oleh Izmil Amri


"Apa cita-cita kamu?" tanya guru kelas, pada setiap awal tahun. Niat dia barangkali untuk berkenal-kenal, atau paling kurang beri inspirasi supaya anak murid kejar cita-cita itu. Anak murid selalunya akan beri jawapan kerja profesional: doktor, peguam, arkitek, guru, akauntan. Jawapan-jawapan biasa.

Pastinya mereka juga tahu apa kerjanya seorang doktor, peguam dan akauntan itu semua. Takkanlah mahu jadi peguam sebab mahu kerja menoreh getah.

Saya ada seorang jiran di kampung. Dia ini dahulu katanya telah jatuh dari anjung rumahnya, yang berada di tingkat tiga kuarters Hospital Besar Pulau Pinang. Kemudian baru dia pindah ke kampung saya. Maka disebabkan insiden jatuh dari tingkat tiga itu, kepalanya sedikit gelong.

Saya tidak tahu sebenarnya berapa tingkat kuarters hospital besar, mahu pun hakikat sama ada dia jatuh dari ketinggian itu. Senang cerita, dia sedikit tak betul.

Sedikit tak betul adalah jauh beza daripada gila. Bila kita sebut gila, orang yang disebut gila itu punya kemungkinan untuk melintas lebuhraya KL – Seremban di kala lalu lintas sesak, tanpa memakai sehelai pakaian pun. Itu gila.

Tetapi jiran saya ini cuma sedikit tak betul. Dia rajin bertandang ke rumah kalau di dapat tahu bapa saudara saya pulang dari Kuala Lumpur. Bapa saudara saya pula akan jenuh sembunyi tak mahu bersua muka. Hanya kerana jiran saya ini 'sedikit tidak betul'.

Dia mahu jadi Perdana Menteri

Arakian maka disebutlah orang akan kisah jiran saya ini yang dahulu kalau ditanya apa cita-citanya akan tuntas menjawab dia mahu jadi Perdana Menteri. Sebelum memberi jawapan itu, dia akan tanya dahulu, 'Gaji Perdana Menteri berapa ringgit?' Demikian keadaanya jiran saya ini yang seperti saya katakan, 'sedikit tak betul'.

Saya sebut tentang kisah jiran saya yang tak betul ini kerana bagi saya, hanya orang yang tertentu sahaja yang akan punya cita-cita untuk jadi Perdana Menteri. Jawatan Perdana Menteri bukan macam jawatan mat despatch atau juruwang pasar-mini dua puluh empat jam yang boleh diiklan di tiang-tiang lampu atau pondok telefon.

Jiran saya ini mungkin tidak arif soal itu. Barangkali dia selamba bertanya gaji Perdana Menteri berapa ringgit supaya mungkin satu hari nanti bila dia sudah besar, dia boleh isi borang mahu jadi Perdana Menteri.

Manusia normal macam saya dan anda mungkin mahu jadi loyar atau doktor atau ahli bomba apabila disoal tentang cita-cita. Yang tidak berapa normal mungkin punya cita-cita mau kerja FRU, tapi itu cerita lain.

Apa seronoknya jadi Perdana Menteri

Apa yang seronok sangat jadi Perdana Menteri ini? Adakah mungkin dapat wanita cantik untuk dibuat isteri? Kalau itu yang dikejar, cukup sekadar jadi Ketua Menteri Sarawak. Kalau Perdana Menteri sekarang, perempuan cantik pula yang tidak berani mendekat.

Adakah pula kerana mahu kumpul harta? Kalau mahukan itu, lebih baik buka kasino atas bukit. Harta dari aktiviti itu, tujuh generasi makan pun belum tentu habis. Bukan setakat beg tangan, kilang beg tangan pun boleh beli.

Ataukah pula kerana mahu popular dan ternama? Lebih baik jadi penyanyi hip hop. Kalau agak-agak usia sudah lanjut, menyanyilah lagu irama Malaysia. Kalau mahu dikenal orang, jadi artis. Politisi bukannya susah-susah perlu belajar berlakon. Lihat sahaja filem pendek lakonan Ketua Pemuda UMNO. Bakat yang begitu hebat akhirnya dikembangkan dan berlakon pula dia menjadi tentera.

Selain itu apa lagi yang boleh dikecap kalau jadi Perdana Menteri? Mau syurga? Pergi masjidlah. Mau berucap supaya semua orang dengar, buatlah video youtube. Mau bikin polisi negara? Cukuplah sekadar jadi menteri biasa. Apa nak dihairan sangat jawatan Perdana Menteri ini?

Tapi jiran saya itu bersungguh juga mahu jadi Perdana Menteri. Bagaimana? Apa dia tahu sebenarnya apa kerja Perdana Menteri, apa kerja politisi?

Malap harapan

Partai Keadilan Sejahtera menyatakan slogannya; Bekerja Untuk Indonesia. Ia jelas memberi definisi hala tuju partai itu, sebagai sebuah parti dakwah, dan parti yang terkedepan dalam soal kebajikan dan pantas membantu bila ada musibah melanda rakyat Indonesia.

Selain popular sebagai parti yang paling bebas korupsi, maka rakyat Indonesia senang dengan parti itu, dengan pembawakannya yang demikian lembut dan santun sebagai khadam kepada bangsa Indonesia.

Parti-parti politik di Malaysia masih menggapai definisi pekerjaannya. Kebanyakan darinya berahi betul dengan terma perjuangan, maka sekalian parti politik pembangkang senang dengan kerja memperjuangkan sesuatu. Keadilan sosial, keserataan di mata pemerintah, kebajikan dan kebebasan daripada opresi aparat pemerintah dan segala yang sewaktu dengannya.

Parti pemerintah, lebih teruk lagi. Entah apa kerjanya sehingga sangkut dalam perjuangan ketuanan etnosentrik serupa walau pun negara sudah lebih lima puluh tahun merdeka.

Kerja parti pemerintah yang paling mencuri tumpuan antara lain termasuklah aktiviti menternak lembu di dalam kondo dan memperkaya adik-beradik. Aktiviti mengumpul kekayaan ini tampak sebagai profesyen utama parti pemerintah, yang malangnya bukanlah profesyen yang sewajarnya sebagai pejuang bangsa dan pembela ketuanan apa saja.

Untuk menjadi parti pemerintah perlu menang pilihan raya. Sebelum itu kena sediakan pemimpin untuk teraju kerajaan.

UMNO memilih Perdana Menteri Malaysia apabila memilih presidennya melalui perhimpunan agungnya. Yang hadir ke perhimpunan agung ini pula adalah delegasi yang dipilih dari kalangan kroni ketua bahagian.

Semakin malap harapan jiran saya itu untuk menjadi Perdana Menteri. – Roketkini.com

AG akui kelemahan NFC, serah polis siasat unsur penyelewengan

Posted: 27 Jan 2012 12:10 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.


"Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya.

"Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

"Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi," ujar beliau.

Bagaimanapun katanya, LKAN 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir 'in a mess' atau penyelewengan dalam laporannya seperti yang dilaporkan sesetengah media.

"Pada pendapat Jabatan Audit Negara (JAN), sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini.

"Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?," soal beliau.

RM134.7 juta disalur kepada NFCorp

Menurut Ambrin, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah PFN sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.

NFCorp katanya, adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.


Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Menurut Ambrin, projek tersebut diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar.

Antaranya, Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian.

"Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini.

"Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja," kata beliau.

Selain itu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007.

Manakala setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp supaya syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Dalam kenyataannya, Ambrin turut mengakui pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.

"Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan," kata beliau.

Tiada ulasan: