Isnin, 23 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Polis Tembak Lelaki, Bebas Kanak-kanak Perempuan Jadi Tebusan

Posted: 23 Jan 2012 03:34 PM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dijadikan tebusan di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.

"Tembakan tersebut telah terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.

"Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.

"Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam," katanya.

Zulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.

Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah.

"Dia minta air, kita bagi air tapi dia minta dadah memang kita tidak bagi," katanya sambil menambah suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Syafrudin, 47, berkata ketika kejadian, dia berada dalam satu daripada dua bilik di rumah itu manakala isteri, anak serta anak saudaranya di ruang tamu menonton televisyen.

"Pintu rumah ketika itu tidak berkunci, lelaki itu kemudian meluru masuk dan terus menangkap anak saya serta mengacukan pisau ke lehernya sambil mengugut sekiranya ada yang menghampiri, dia akan mencederakan anak saya," katanya.

Dalam pada itu, jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata beliau yakin suspek bukan penduduk di kawasan itu (Kampung Baru) kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.

Katanya, suspek mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai tebusan.

Pendapat beliau turut disokong Suhardi Osman, 45, yang memaklumkan sebelum ini, suspek pernah membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.

"Saya dapat tahu suspek terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa beliau menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan," katanya ketika ditemui. BERNAMA

SABAH SERIUS BANTERAS PATI

Posted: 23 Jan 2012 03:32 PM PST

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, usaha-usaha membanteras dan membasmi masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini terus dipertingkatkan.

Katanya, ia akan terus dipertingkatkan melalui operasi-operasi membanteras PATI yang dijalankan.

"Dalam pelaksanaan program 5P di Sabah, ia telah memasuki tahap penguatkuasan dan agensi-agensi penguatkuasaan akan meningkatkan usaha untuk membasmi masalah PATI secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah di Wisma Innoprise di sini, kelmarin.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah memberikan peruntukan awal sebanyak RM1 juta bagi Program 5P.

Menurutnya, Sabah memerlukan peruntukan RM9 juta bagi pelaksanaan program 5P yang kini memasuki fasa penguatkuasaan dan pengusiran.

Mengenai tahap keselamatan semasa di negeri ini, Musa berkata, ia berada dalam keadaan memuaskan dengan tidak tiada kejadian-kejadian serius yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan rakyat.

"Hasil usaha serta tindakan-tindakan yang berterusan daripada semua agensi keselamatan, didapati kejadian-kejadian jenayah telah berkuarangan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga meminta semua pihak di negeri ini untuk terus mempertahankan keadaan keselamatan negeri dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan kerjasama bagi memastikan Sabah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera secara keseluruhannya.

"Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya dan berterusan untuk mengawasi perairan-perairan negeri ini daripada pencerobohan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggugjawab agar kedaulatan negara akan terus kekal terpelihara," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, Indeks Jenayah di negeri menurun sebanyak 13.84 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2011 berbading dengan tahun 2010.

Katanya, jenayah menurun 1,063 kes daripada 7,680 kes kepada 6,617 daripada tahun 2010 hingga 2011,'katanya.

Daripada jumlah itu itu, pihaknya telah berjaya menurunkan kes jenayah kekerasan 14.33 peratus dan jenayah harta benda sebanyak 13,75 peratus.

Manakala dari segi penyelesaian pula, pihaknya telah menurunkan sebanyak 46.77 peratus berbanding dengan 41.58 peratus pada tahun 2010.

Antara yang hadir adalah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sukarti Wakiman, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Dato' Khazali Haji Ahmad, Setiausaha Kesalamatan Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah, Mohd Rodzi Bin Mohd Saad dan Ketua Polis Negeri Sabah, Datuk Hamza Taib.

Sumber: New Sabah Times

Penduduk kecewa jalan raya masih lagi tidak dibaiki

Posted: 23 Jan 2012 03:30 PM PST

NABAWAN: Penduduk di Kg. Kawayoi, Pinangoh merasa kesal kerana syarikat pembalak yang masih beroperasi di kawasan itu tidak membaiki jalan yang menghubungkan kampung itu keluar ke jalan Sepulut – Nabawan.

Seorang penduduk Sigar Rimin yang menemui New Sabah Times di sini berkata, mereka sudah meminta pihak syarikat pembalak itu membaiki jalan itu tetapi tiada tindakan sehingga pada masa keadaan jalan itu semakin teruk.

Katanya, baru-baru ini kenderaan nya sendiri telah tergelincir dan hampir-hampir jatuh ke dalam gaung kerana jalan berkenaan licin.

"Selain keadaan jalan yang licin, beberapa jambatan dalam keadaan bahaya dan jika tersilap kenderaan akan jatuh pada bila-bila masa" katanya,

Justeru itu katanya, penduduk terutama pengguna jalan tersebut merayu kepada pihak yang berkenaan terutama syarikat pembalak yang masih beroperasi di kawasan ini agar membaikinya untuk kemudahan penduduk.

"Kita bimbang perkara yang buruk akan berlaku jika keadaan jalan itu dibiarkan berterusan kerana ia boleh mengundang bahaya" jelas Sigar.

Katanya, jalan itu perlu dibaiki kerana ia adalah satu-satunya jalan perhubungan penduduk untuk keluar pekan Nabawan dan Keningau.

"Penduduk di sini memilih pekan Nabawan dan Keningau untuk mendapatkan barang-barang keperluan kerana jaraknya dekat berbanding ke Kinabatangan" katanya.

Sumber- New Sabah Times

Kes Lembu Terengganu; Pelaburan RM1 juta rugi kerana kerajaan tiada hala tuju

Posted: 23 Jan 2012 03:03 AM PST

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – Diperingkat nasional 'kes lembu Shahrizat', syarikat penternakan lembu gagal kerana penyelewengan dan rasuah, di negeri Terengganu pelaburan yang dibuat oleh seorang peniaga sebanyak RM1 juta untuk ternakan lembu, juga mengalami kerugian.

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang 'merampas' kuasa dari PAS pada tahun 2004 dengan 'manipulasi' pilihanraya, gagal meletakkan halatuju negeri ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali sejak Umno/BN mengambil alih, pembangunan negeri tidak membawa manfaat dan perubahan yang besar kepada rakyat.

Beliau berkata, ia adalah kerana pemimpin Umno/BN berperangai 'hodoh' dan tidak tahu bagaimana merancang pembangunan dengan wang hasil royalti yang banyak, berjumlah RM1 bilion setiap tahun.

"apabila duit begitu banyak masuk, duit berbilion habis, rakyat tetap ramai yang menganggur, rakyat miskin tetap tinggal dengan kemiskinan, pasal apa jadi begini?

"oleh kerana perangai hodoh pemimpin itu, dan mereka tak tahu nak merancang bagaimana mahu membangunkan negeri ini dengann duit yang begitu banyak,"ujarnya ketika berucap dalam program Rapat Rakyat Bersihkan Malaysia, yang diadakan di Nesan Empat, dekat sini semalam 22 Januari.

Menurutnya tidak perubahan yang berlaku pada zaman Dato' Seri Idris jusoh menjadi Menteri Besar kecuali projek pembinaan stadium yang runtuh.

Katanya, banyak projek-projek yang tidak berjaya antaranya, program mengantarabangsakan keropok lekor dan projek berasaskan poko niah yang dihembar-gemburkan sedikit masa dahulu.

Menteri Besar masakini, Dato' Seri Ahmad Said dan kepimpinannya, kata Dato' Mustafa tidak mempunyai hala tuju dalam membangunkan negeri Terengganu.

Menurutnya, kerajaan Terengganu berjanji untuk menyediakan kemudahan lengkap projek ternakan lembu di Setiu tetapi tidak dilaksanakan.

Akibatnya, kata beliau, pelabur yang telah mengeluarkan modal RM1 juta menjayaan projek itu, telah mengalami kerugian.

"Nak buat satu kawasan pertanian, untuk pelihara lembu di Setiu, bela lembu sudah ada beratus-ratus (ekor), saya dapat (tahu) daripada seorang pelabur duit (modal) sudah RM1 juta dikeluarkan,

"waktu nak buat projek kerajaan berjanji (menyediakan infrastruktur) bilik sejuk (cold room) dan tempat penyembelihan, bila pelihara (lembu) sungguh, bilik sejuk taka da tempat penyembelihan tak ada, akhirnya jual (lembu) begitu, mampus (gagal) projek itu,"jelasnya.

Justeru beliau menyeru rakyat Terengganu supaya membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang, kerana kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini tidak ada perancangan yang boleh membangunkan negeri dengan duit royalti yang begitu banyak.

Parti Islam kuasai dua pertiga Parlimen Mesir

Posted: 23 Jan 2012 02:54 AM PST

Aziz Muda,


KUALA LUMPUR: Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir semalam mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti-parti Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.

Dengan keputusan itu juga, FJP kini sudah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.

Wartawan BBC di Kairo, Jon Leyne dalam laporan terkininya berkata, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bagaimanapun bukan parti pemenang pilihanraya itu.

Sebaliknya, pemilihan presiden akan dilangsungkan pada bulan Jun nanti, setelah segala proses lain yang berkaitan dengannya diselesaikan.

Berdasarkan sistem pemilihan Mesir, warganegara itu akan memilih dua pertiga anggota Parlimen berdasarkan parti yang memiliki daftar calon masing-masing dan hanya sepertiga calon individu yang dipilih secara langsung.

Pemilihan Majlis Tertinggi Parlimen akan diadakan pada bulan Februari nanti dan selepas itu akan dipilih 100 anggota dari Majlis Tertinggi dan Majlis Rendah yang ditugaskan untuk menyusun perlembagaan baru Mesir.

Pilihanraya Parlimen Mesir itu diadakan setelah kebangkitan rakyat yang turun ke jalan-jalan raya di negara itu sehingga berhasil menjatuhkan Presiden Mubarak pada bulan Februari 2011 lalu.

Warga Mesir memberikan suara dalam tiga tahap pilihanraya yang berlangsung selama enam minggu untuk memilih 498 anggota Majlis Rakyat (Parlimen), sementara 10 anggotanya diperuntukkan untuk Dewan Tertinggi Tentera yang kini memerintah negara itu untuk sementara waktu.

Sementara itu, Agensi pula melaporkan, keputusan rasmi pusingan pertama pilihan raya Mesir menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan besar, termasuk kumpulan Salafi yang terkenal kerana bersifat radikal.

Kumpulan Ikhwanul Muslimin yang berfahaman sederhana memenangi 36.62 peratus diikuti oleh Parti An-nur yang mewakili kumpulan Salafi, 24.36 peratus sementara Al Wasat, sebuah lagi parti Islam berfahaman sederhana meraih 4.2 peratus undi, berdasarkan carta yang disediakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya, Yusri Abdel Karim.

Menurut carta itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (AJP) yang mewakili Ikhwan, memenangi 3.56 juta daripada 9.73 undi, An-Nur, 2.37 juta dan Al-Wasat, 415,590.

Keputusan itu adalah untuk kawasan yang mengundi pada Isnin dan Selasa lalu dan ia mengesahkan ramalan awal bahawa parti berhaluan Islam akan memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga undi.

Satu-satunya parti sekular yang mencatatkan kemenangan besar ialah Blok Rakyat Mesir yang memperoleh 13.35 peratus undi.

Jurucakap Ikhwan seperti yang dilaporkan oleh Agensi berkata, "Rakyat memilih calon yang mewakili identiti Islam dan dipercayai pengundi."

Beliau menegaskan, FJP jauh berbeza dengan kumpulan Salafi yang menurutnya mencapai kemenangan memeranjatkan dalam pilihan raya itu.

"Kami berharap orang ramai akan dapat membezakan antara pergerakan yang berbeza dan tidak menganggap semua aktivis Islam berada dalam satu 'kapal'," katanya.

Nik Aziz sedia isytihar harta, Najib bagaimana

Posted: 23 Jan 2012 02:53 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta sekiranya undang-undang menetapkan demikian.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan pemimpin PAS sebagaimana juga yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exconya yang telah mengisytiharkan harta mereka.

Katanya, kesediaan mengisytiharkan harta menunjukkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan diri mereka sendiri.

"Malah pemimpin PAS sanggup 'membahayakan' dirinya sendiri dengan menafikan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang mengelak untuk mengisytiharkan harta mereka kerana takutkan 'bahaya' yang menimpa mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, DPPM berpendapat, rakyat berhak mengetahui aset pemimpin mereka supaya mereka mengerti bahawa pemimpin yang diangkat benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat, bukan diri mereka sendiri.

Menurutnya, mengisytiharkan harta boleh mengelakkan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah dari kalangan pemimpin negara.

"Tidak timbul isu pemimpin 'bershopping' secara bermewah dan melampau dalam berbelanja. Juga tidak akan berlaku pemimpin korup yang mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kuasa yang mereka miliki," ujarnya.

Malahan, ujarnya DPPM serta seluruh rakyat khususnya penduduk negeri Kelantan boleh berbangga dengan cara hidup berserdehana Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, meskipun telah memerintah negeri Kelantan lebih dari 20 tahun, namun gaya hidup pemimpin itu tidak menggambarkan beliau seorang yang rakus dalam membaham harta rakyat.

"Beliau masih duduk di rumah sendiri, makan di kedai-kedai seperti insan yang lain, solat berjemaah di masjid-masjid tanpa kawalan ketat pengawal peribadinya, rumahnya yang mudah dikunjungi tanpa protokol, mengelak mengambil pelbagai elaun yang diberikan, berkunjung ke pasar-pasar tanpa kekok," katanya lagi.

Tambahan lagi, ujarnya Tuan Guru dan keluarganya tidak pernah dilaporkan berbelanja mewah di luar negara, tidur di hotel-hotel ternama yang mahal, serta menaiki jet peribadi atau kenderaan import yang berharga jutaan ringgit.

Jelasnya, lebih membanggakan apabila pemimpin kerajaan beliau selama ini tidak pernah dipalitkan dengan apa juga kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"DPPM dengan ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh pemimpin kabinet untuk bersedia mengisytiharkan harta mereka kepada awam sekiranya benar mereka adalah pemimpin rakyat dan bersih dari sebarang penyelewengan.

"Tidak apa yang perlu dirisaukan sekiranya mereka tidak bersalah bahkan tindakan ini adalah suatu kebanggaan kepada seluruh rakyat di negara ini," katanya.

Umno 'perasan' BR1M dari kocek mereka

Posted: 23 Jan 2012 02:43 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.

Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.

"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.

Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.

"Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.

Katanya, rakyat perlu sedar bahawa pemberian terbaru itu hanya diberi setelah 55 tahun Umno BN berkuasa dan setelah nyawa mereka di hujung tanduk.

"Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno BN untuk memberinya.

"Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila PAS memerintah Terengganu 1999," jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, rakyat harus sedar bahawa Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, walaupun mengalami kekangan kewangan.

Dengan prinsip penjimatan dan bebas rasuah, rakyat kini selesa di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sebelum ini.

"Umno terpaksa ikut (tawaran PR), jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN.

"Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500 setelah 55 tahun merdeka," sindirnya.

HIMPUN dedah cubaan murtad pelajar tahfiz

Posted: 23 Jan 2012 02:38 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

Maahad berjaya halang lelaki berbasikal dekati penghuni


KEPALA BATAS- Jika sebelum ini gerakan memesongkan akidah umat Islam dikesan hanya tertumpu kepada ibu tunggal serta golongan memerlukan bantuan, kini usaha sama turut dikesan membabitkan pelajar maahad tahfiz.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengarah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, berkata gerakan itu dikesan berlaku di sebuah maahad tahfiz di bahagian Seberang Perai negeri ini, Oktober tahun lalu.

Katanya, usaha itu didalangi seorang lelaki dengan cara menaiki basikal serta berpakaian kemas biasanya menemui pelajar maahad tahfiz berkenaan secara senyap ketika mereka sedang bersukan atau beriadah.

"Lelaki terbabit bertanyakan pelbagai soalan mengenai kewangan pelajar terbabit, perjumpaan dilakukan tanpa pengetahuan maahad tahfiz berkenaan.

"Dia sempat bertemu pelajar sebanyak dua kali sebelum dihalang pihak pengurusan maahad tahfiz selepas menyedari terdapat usaha memesongkan akidah pelajar dilakukan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui selepas sidang media penganjuran majlis HIMPUN peringkat Pulau Pinang di sini, semalam.

Hafiz berkata, kejadian itu perlu ditangani segera kerana cubaan pemesongan akidah dan memurtadkan umat Islam dilakukan terhadap pelajar maahad tahfiz.

"Mereka harus sedar terhadap undang-undang dan perlembagaan yang melarang penyebaran agama lain di kalangan orang Islam, tetapi mereka berani melanggarnya," katanya yang enggan mendedahkan maahad tahfiz terbabit.

Sementara itu, Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata perhimpunan kali keempat itu akan diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini, 28 Januari depan dan turut dihadiri bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, Mohd Hafiz dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Kamarudin Abdullah.

"Dijangka seramai 3,500 akan menghadiri perhimpunan yang dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada terpesong," katanya.

Katanya, tujuan HIMPUN diadakan di Pulau Pinang untuk menegaskan bahawa negeri ini belum mempunyai enakmen khas melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam selaras Perkara Empat Perlembagaan Persekutuan. BeritaHarian

Menteri Kabinet isytihar harta kepada SPRM - Tun Mahathir

Posted: 23 Jan 2012 02:37 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata, sebelum ini menteri Kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.

"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri Kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluarga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.

Dr. Mahathir juga berkata, jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.- BERNAMA

NFC didesak dedah belanja kad kredit RM593,500

Posted: 23 Jan 2012 02:33 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Jingga 13 sekali lagi mencabar Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan pengarah eksekutifnya, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh untuk tampil mendedahkan kesemua perbelanjaan kad kredit sejumlah RM593,500 oleh ahli keluarganya termasuk dakwaan beliau sendiri yang menggunakan RM122,402 pada tahun 2009.

"Pendedahan ini memberikan peluang kepada rakyat meneliti setiap sen berbelanjaan penggunaan kad kredit NFC," kata ketua koordinatornya, Fariz Musa kepada Harakahdaily.

Katanya, seperti mana laporan polis yg dibuat oleh Jingga 13 agar siasatan secara terperinci terhadap penggunaan kad kredit oleh ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dibayar menggunakan wang rakyat melalui NFC yang sewajibnya melaksanakan projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan agar benar-benar tidak diseleweng atau berlaku pecah amanah jenayah.

Menurutnya, andai benar digunakan ke Australia atau untuk aktiviti syarikat, Jingga 13 desak NFC buktikan kerana tiada penjelasan terhadap pembayaran kad kredit mereka oleh NFC yang menimbulkan pelbagai persoalan seperti mana tercatat dalam akaun NFC di CIMB Bank TTDI.

Contohnya, kata beliau pada tarikh 22 Januari 2009 sejumlah RM104,104.44 dibayar oleh NFC atas nama Izzana Salleh, Izran Salleh dan Datuk Salleh melalui kad kredit Maybank.

"Untuk perbelanjaan apa sehingga RM104,104.44 dibayar dengan menggunakan kad kredit dalam tempoh sebulan?" soalnya.

Katanya lagi, Jingga 13 yakin bahawa setiap penggunaan kad kredit terdapat rekod secara terperinci di bank dan di unit kewangan /akaun NFC yang boleh dibuktikan segala perbelanjaan penggunaan kad kredit sejumlah RM593,500 pada tahun 2009 sahaja oleh ahli keluarga Shahrizat termasuk perbelanjaan ke Australia untuk promosi.

Justeru, katanya tidak perlu dilengah-lengahkan lagi oleh kesemua ahli keluarga Sharizat untuk mendedahkan keseluruhan penggunaan RM593,500 tersebut bagi menghentikan segala spekulasi dan persepsi khususnya skandal NFC yang semakin memuncak.

"Jingga 13 yakin pendedahan tersebut akan menjelaskan pelbagai persoalan terhadap penggunaan kad kredit tersebut dan adakah benar digunakan untuk aktiviti syarikat dan bukan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya oleh ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil," ujarnya.

Beliau menambah, Jingga 13 tidak menerima penjelasan tanpa dibuktikan dengan segala dokumen daripada Maybank dan CIMB Bank di mana kad kredit itu digunakan termasuk sokongan daripada dokumen syarikat berdasarkan tatakelola kewangan perniagaan kerana difahamkan bahawa ianya digunakan untuk perniagaan NFC.

Menurutnya, sudah pasti segala rekod dan dokumen terhadap segala perbelanjaan disimpan dan tidak mempunyai kesukaran untuk mendedahkannya kepada umum termasuk penyata oleh pihak Maybank dan CIMB Bank.

"Sebagai rakyat Malaysia maka adalah menjadi tanggungjawab dan berhak mempersoalkan setiap sen wang rakyat yang digunakan agar tidak wujud sebarang penyelewengan dan pecah amanah jenayah. Ibrahim Ali dan Perkasa tidak perlu campurtangan dan menjadi jurucakap kepada NFC," katanya lagi.

Tambahnya, Jingga 13 meminta agar pihak polis bertindak adil dan profesional dalam mesyiasat secara terperinci penggunaan kad kredit ahli keluarga Seri Shahrizat tanpa dwi-standard.

Katanya, wang rakyat RM250 juta adalah amanah rakyat bagi memastikan projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan benar-benar berjaya dan bukannya diseleweng dan berlaku pecah amanah jenayah. -Harakahdaily

Guan Eng panggil Soi Lek penipu: Beritahu dimana anda bertanding dan saya akan ada di situ

Posted: 23 Jan 2012 02:27 AM PST

David Anandarajoo, Wong Choon Mei , Malaysia Chronicle

Dalam cabaran yang membuatkan Chua Soi Lek lemah lutut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta beliau mengumumkan di mana beliau akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13 supaya setiausaha Agung DAP itu sendiri akan melawan beliau.

"Akankah Chua Soi Lek berani mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi beliau dan saya akan pergi ke kawasan itu dan menyatakan semula kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat reaksi beliau?" kata Guan Eng dalam kenyataannya pada hari Rabu.

Pemimpin DAP itu telah memberi maklumbalas kepada perang mulut antara parti beliau dan MCA yang bermula dengan Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai bahawa parti komponen BN itu boleh "menyingkirkan mana-mana calon DAP di Bagan", kawasan Lim sekarang.

"Tidak seperti MCA, DAP tidak bermain permainan politik dengan bermegah mengatakan mereka akan menang atau kalah dengan Liow di Bentong atau Ng Yen Yen di Raub. Hanya MCA yang bermegah-megah seperti ini. Kami berharap agar Chua Soi Lek akan berhenti menipu rakyat mengenai perkara ini," kata Guan Eng.

MCA kehilangan sokongan pengundi Cina

Guan Eng yakin dengan kenyataan beliau. Parti DAP sudah semakin popular dan dijangka akan membantu Pakatan Rakyat menyapu bersih kerusi dominasi Cina pada PRU 13.

Sebaliknya, MCA Soi Lek dianggap "orang tua sakit" dalam BN dan mungkin akan dihapuskan terus dalam PRU 13- seperti nasib SUPP dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah menjadi semakin kecewa dengan kerajaan rasuah Bn dan kerajaan-tahu –politik terbaiknya.

Pada pilihanraya 2008, mereka memberi mandate kepada 5 daripada 13 negeri dan akan terus memberi mandate kepada PKR-PAS-DAP bersama dalam PRU 13 yang harus diadakan sebelum April 2013.

Mata tertumpu pada Soi Lek

Mata sekarang tertumpu pada Soi Lek yang akan memberi maklumbalas kepada cabaran itu.

Sudah dicemari dengan skandal seks, Soi Lek berhadapan dengan azab jatuh airmuka dan berdiri untuk diri sendiri dan parti beliau, dengan kebanyakkan pengkritik mengatakan bahawa beliau kemungkinan tidak bertanding jika Najib mengikut kehendak dirinya dan hanya meletakkan calon boleh menang.

Bekas menteri kesihatan, Soi Lek telah memberi kawasan Labis kepada anaknya Tee Yong. Beliau memberi isyarat bahawa beliau mahukan kawasan baru dan mungkin akan meminta sebuah kerusi Umno selamat di mana beliau boleh bersandarkan kepada sokongan Melayu untuk menang kerana masyarakat Cina sendiri telah hilang keyakinan terhadap beliau.

Perkasa, bagaimanapun telah berikrar untuk meminta pengundi Melayu untuk tidak mengundi MCA, walaupun pengasasnya Ibrahim Ali berkemungkinan tidak akan dapat mempengaruhi komuniti nya sendiri .

MCA penuh penipuan

Guan Eng juga berkata bahawa Chua bersalah kerana menipu rakyat dengan tuduhan bahawa DAP dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan sumber kewangan Pulau Pinang dan menyebabkan defisit kepada bujet.

"Pulau Pinang tiada defisit bujet tetapi ada rekod lebihan bajet untuk 4 tahun selama kita berkuasa, ini disahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini memang politik kotor yang biasa dilakukan MCA-yang hitam jadi putih dan putih jadi hitam," Jelas Guan Eng lagi.

Tambah beliau Pulau Pinang telah menjadi satu-satunya negeri dalam negara yang dipuji oleh Transparency International kerana mengamalkan sistem tender terbuka untuk memerangi rasuah. Malaysia Chronicle

Tiada peluang untuk BN kata wakil Pakatan

Posted: 23 Jan 2012 02:26 AM PST

David Anandarajoo, Malaysia Chronicle


Pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara yakin bahawa gabungan pembangkang akan kekal berkuasa di Selangor, Kedah dan mengambil Negeri Sembilan dan Perak.

Membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Monash University James Chin, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahun Malaysia Chronicle walaupun BN sedang bekerja keras di Selangor, gabungan pembangkang sangat yakin ia akan kekal di Selangor.

Wakil rakyat Seri Setia itu berkata bahawa sangat jelas bahawa rakyat Selangor sangat sedar dengan perbezaan cara pemerintahan Pakatan sejak ia mengambil alih dari BN.

"Yang kami lihat, rakyat semakin gembira sekarang dan boleh dilihat dan dirasai perbezaan antara kerajaan ini dengan kerajaan yang sebelum ini. Rakyat boleh melihat pembangunan yang telah berlaku sejak 4 tahun dan membandingkannya dengan apa yang berlaku sejak 50 tahun lalu. Sangat banyak yang dilakukan dalam masa yang singkat," kata Nik Nazmi.

Chin telah memberitahu sidang media di Kuala Lumpur hari ini bahawa ada 50/50 peluang Pakatan boleh kehilangan Selangor dan Kedah manakala BN kehilangan Perak dan Negeri Sembilan berdasarkan data yang dipungut.

M Kulasegaran dari DAP juga tidak bersetuju dengan ada yang diperoleh oleh Chin. Bercakap dengan Malaysia Chronicle, Kula berkata bahawa ia sangat berbeza dengan scenario di Perak di mana rakyatnya sangat yakin terhadap Pakatan.

"Sekarang semua orang tahu bahawa dakwaan liwat Anwar adalah bermotifkan politik dan mahkamah juga telah bersetuju dengan hakikat ini,"kata beliau.

Sedia untuk berubah

Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menambah bahawa rakyat sudah bersedia untuk berubah di Perak dan juga di peringkat kerajaan persekutuan.

"Kehadiran yang ramai pada konvensyen di Alor Seta adalah petanda bahawa rakyat sedang melihat kepada kepimpinan pembangkang untuk memimpin di peringkat negeri dan persekutuan."

"Rakyat sedar bahawa parti yang memerintah sejak sekian lama itu sudah tidak lagi diterima dan telah memandang ringan pengundi untuk sekian lama manakala kita dalam Pakatan bersedia untuk berkhidmat untuk mereka," ujar Kula.

Sementara itu, Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Pemuda PKR sangat pasti dengan peluang Pakatan justeru menidakkan penemuan Chin dari segi akademik.

"Ahli akademik boleh menstrukturkan survei dan bergantung kepada sampel survei itu dan membuat pelbagai anggapan. Tetapi, kita telah pun berada di padang dan kita tahu bahawa rakyat Perak sangat tidak berpuas hati dengan cara BN mengambil kuasa di Perak," beritahu Khai Loon kepada Malaysia Chrnonicle.

"Di Selangor, saya telah turun padang dan orang-orang biasa adalah dalam keadaam lebih baik dari sebelum ini. Mereka tahu bagaimana wang cukai mereka dibelanjakan. Yang kurang bernasib baik mempunyai sumber yang lebih baik dan boleh dilihat bagaimana jelasnya ia berlaku."

Negri Sembilan dan Kedah

Di Negeri Sembilan, Nik Nazmi berkata bahawa ada peluang yang baik Pakatan akan mengambil alih negeri itu.

"Reaksi rakyat terhadap kita adalah sangat positif dan tidak payah untuk kita mengambil beberapa lagi kerusi untuk membentuk kerajaan seterusnya," kata beliau.

Di Kedah, Nik Nazmi yakin Pakatan akan mengekalkan kuasa kerana Menteri Besar dan Pakatan sangat popular.

"Tidak wujud keadaan 50/50 kerana kerana sokongan yang sangat padu di Kedah dan ia jelas di konvensyen Alor Setar.

Tiada siapa yang mahu kalah

Walaupun penganalisis politik mempunyai peranan penting dalam membantu ahli politik membentuk polisi, jelas bahawa banyak di antara kajian mereka tidak mengambil kira faktor 'wow' setiap individu yang tidak dapat di kira dan rasionalkan oleh teori.

Ada yang mengatakan bahawa ini adalah antara scenario yang tidak dapat dijelaskan. Ia adalah andaian Chin dan pihak lain yang berkait dengan Umno. Ini sama dengan situasi semasa "tsunami politik 2008" di mana tiada seorangpun melihat peluang Anwar dan pembangkang. Sungguhpun begitu, mereka mendapat separuh daripada undi popular dan 5 daripada 13 negeri.

Mereka akan berhadapan dengan Najib Razak pada PRU 13 dan Najib ini jelas seorang pemimpin yang sering menipu . Inilah yang cuba Pakatan ketengahkan kepada rakyat. Kedua-dua pihak juga sangat paham akan kesan perang pisikologi akan tetapi bersandarkan kepada persepsi semata tidak akan memenangi pilihanraya.

Tiada yang suka kalah dan semua mahu menang. Jadi, apa yang cuba dibuat adalah persaingan siapa yang akan berada di depan dan siapa yang lebih popular dan inilah yang cuba mereka tanamkan dalam mentality rakyat," kata Timbalan Presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"BN berharap agar mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik akan memilih mereka hanya untuk penerusan dan ini akan menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang akan menang. Tetapi kita fikir bahawa orang biasa lebih bijak daripada yang dijangka oleh BN. Mereka sedar isu –isu yang timbul dan saya yakin mereka akan melaksanakan keadilan pada hari mengundi." Malaysia Chronicle

Naungan politik BN jadi fokus selepas skandal didedah

Posted: 23 Jan 2012 02:11 AM PST


KUALA LUMPUR — Pendedahan-pendedahan skandal kewangan yang melibatkan pemimpin tertinggi Umno kebelakangan ini menyaksikan naungan politik BN menjadi fokus pada tahun yang dijangka akan diadakan pilihan raya umum, demikian menurut pemerhati politik.

Sementara tuduhan terhadap penyalahgunaan dana RM250 juta Pusat Fidlot Nasional-yang dijalankan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendominasi tajuk utama sejak November, dan skandal-skandal lain dikaitkan dengan menteri Barisan Nasional (BN) turut menjadi perhatian umum.

Pemerhati politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa terdapatnya hubungan antara politik dan perniagaan yang berkembang dengan penelitian masyarakat bahawa "skandal ini akan berkekalan."

"Masyarakat akan bertanya sama ada kerajaan akan berkhidmat untuk kepentingan ahli politik atau kepada majoriti rakyat Malaysia yang bukannya ahli politik," jelas Pengerusi Pusat Penyelidikan Polisi Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam kepada The Malaysian Insider.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata, pemerhati melihat masyarakat mula berminat dalam isu rasuah kebelakangan ini, dengan kajian baru-baru ini menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia akan menggunakan peluang untuk melawan rasuah.

"Jelas menunjukkan masyarakat sekarang tidak akan melepaskan perkara itu dengan mudah. Skandal ini akan berkekalan," katanya.

PKR telah berulangkali mengeluarkan tuduhan terhadap Ketua Wanita Umno dan keluarganya kerana didakwa telah menyalahgunakan dana projek penternakan lembu, termasuk hartanah dan tanah bernilai RM 27 juta yang tidak berkaitan dengan projek berkenaan.

Mereka turut mendesak Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikenakan tindakan terhadap dakwaan penyalahgunaan wang zakat untuk bayaran guaman bernilai RM63,650.

Blogger yang hanya dikenali nama samaran, TheWhistleblower711, turut menuduh bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin masing-masing menerima RM300,000 RM100,000 daripada Pengarah Urusan Gerbang Perdana, Yahya Abd Jalil.

Namun begitu, kedua-dua menteri Umno terbabit menafikan dakwaan berkenaan; Azalina menyatakan bayaran tersebut merupakan untuk pembayaran jualan kereta klasik dan Adek Awang menjelaskan bayaran itu dibuat terhadap pelaksanaan program sosial di Bachok, yang mana beliau merupakan ketua cawangan.

Bekas menteri persekutuan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir baru-baru ini turut mendakwa BN telah membuat penyerahan sejumlah RM1,000 dalam kempen pilihan raya sebelum ini yang bertujuan untuk membeli undi dengan menggunakan taktik yang dikenali sebagai "bom."

"Masyarakat sentiasa mengetahui perkara ini berlaku, tapi BN semakin teruk sekarang, dengan Najib dilihat berusaha melakukan transformasi politik, beliau tidak mampu menolak skandal sedemikian.

"Sekarang Najib berusaha untuk melakukan transformasi, sebarang skandal akan menyebabkan kemusnahan," kata penasihat politik Ong Kian Ming.

Pendedahan-pendedahan terbaru berupaya menjatuhkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mana menentang rasuah merupakan salah satu perkara daripada tujuh Kawasan Kunci Keberhasilan Nasional (NKRA).

Pengumuman terbaru yang dibuat Pulau Pinang berkenaan pengisytiharan aset juga melihatkan ketegasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kerap kali mendesak Kabinet supaya mencontohi tindakannya.

Ketua Hakim, Tan Sri Arifin Zakaria juga mengumumkan para hakim juga akan turut mengisytiharkan aset mereka bagi memastikan integriti kehakiman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya mendesak kerajaan dengan menyatakan Najib bersetuju agar ahli keluarga anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta mereka kepada badan berkenaan.

Walaupun presiden BN itu belum memberikan sebarang kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan hanya menteri sahaja yang perlu membuat perisytiharan harta dan hanya kepada perdana menteri.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFC berkata, walaupun terdapat berbillion ringgit telah di bazirkan termasuk pembelian kapal peronda bernilai RM9 billion, mereka tidak akan bertolak ansur kepada akar umbi.

"Mereka melihatnya sebagai keperluan harian. Tapi bila melibatkan pembayaran untuk mendapatkan kontrak, lesen, dan sebagainya, masyarakat akan mengaitkannya kerana mereka terpaksa membayar untuk itu," tambahnya lagi.

Hari ke-7 Ops Sikap: Kemalangan maut meningkat

Posted: 23 Jan 2012 02:01 AM PST

MALAYSIA KINI
Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan pada Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.

Polis juga mengeluarkan 18,722 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat tujuh hari operasi itu, kini 120,838 saman atas pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina itu akan berakhir pada 30 Januari. Bernama

Perkasa & NGO Digunakan Untuk Cuci Najis Lembu NFC Yang Terpalit Pada UMNO?

Posted: 22 Jan 2012 10:37 PM PST

KELAB GREENBOC






P
egawai dendam, jual maklumat NFC'

Kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja kerana didakwa pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Bila dia kena pecat, dah buat laporan polis, dah jadi kes CBT (pecah amanah), dia tak puas hati dia balas dendam. Balasannya, memang dia ada akses kepada pendrive, jadi dia jual maklumat," katanya.

Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai yang didakwa terlibat pecah amanah RM2.7 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan daging kepada pasar raya.

Jumlah itu, menurut Ibrahim lagi, berjaya diperoleh kerana kutipan jualannya sehari mencecah RM150,000 dalam bentuk tunai.

Kebocoran maklumat syarikat itu sebelum ini pernah dimaklumkan dalam taklimat Mohamad Salleh kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negeri Sembilan,

PERKASA bagaimanapun berkata, maklumat dalam pendrive itu tidak terperinci dan hanya memberikan gambaran sehala tentang sesuatu itu.

"Mungkin nyatakan jumlah (bayaran) saja, bayar untuk apa sekian-sekian tetapi tidak cerita apa dan untuk apa," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas taklmat berkenaan, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.

"Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi.

PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan Mohamad Salleh, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. -mk

Pemberi maklumat NFC telah mencuri RM2.7 juta, dakwa Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.

"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.

Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.

Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp.

Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.

Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.

Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.
-TMI

Ulasan GB

Kini semacam ada usaha terrancang beberapa pihak untuk membersihkan nama UMNO yang sudah terpalit denagn najis lembu NFC.

Lebih dari itu, rakyat melihat wujud satu usaha rapi mengalihkan isu ini menjadi isu perkauman!

Dikatakan, kes ini sudah berada di dalam siasatan Polis & SPRM. Mengapa pula PERKASA & NGO terhegeh-hegeh turut serta dan mengapa pula pihak NFC dibenarkan membuat pertemuan dengan pelbagai pihak? Bukankah itu prejudis dan boleh menjejaskan siasatan Polis & SPRM? Mengapa Polis & SPRM membenarkan pihak NFC terus-terusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berhubungkait dengan maklumat NFC?

Kemudian seperti >ada usaha untuk mengheret isu perkauman dengan melibatkan Perkasa dan dibuatkan kenyataan "eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit."

Apa erti semua ini?

Untuk mendapatkan sokongan Melayu semula supaya menyokong NFC?

Penglibatan PERKASA yang sudah dikenali sangat identiti mereka sebagai pejuang Melayu totok, dengan kenyataan yang tak diperlukan seperti menyatakan keterlibatan seorang eksekutif pemasaran "bukan Melayu" kononnya telah menjual maklumat kepada PKR adalah sesuatu yang serius dan jika benar adanya hal tersebut berlaku sekalipun, Pengerusi NFC hanya perlu mendedahkan kepada pihak Polis dan SPRM, bukan Perkasa.

Hukum Kebenaran: Yang bersalah tetap bersalah dan perlu diheret ke muka pengadilan. Kita berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kebenaran dan kebatilan itu kebatilan serta menghalang apa juga konspirasi untuk menutup penyelewengan dan salahlaku lewat skandal NFC ini.

Sekumpulan "Samseng" Pecahkan Cermin Kereta

Posted: 22 Jan 2012 10:33 PM PST

KELAB GREENBOC


Mengamuk pecah cermin 28 kereta


Seremban – Hanya kerana mahu mencari seorang penduduk Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manickavasagam, dekat sini, sekumpulan lelaki bertindak memecahkan beberapa kereta yang diletakkan di kawasan rumah pangsa berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagitadi apabila sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata tajam seperti parang dan kayu mengamuk dan memecahkan 28 kereta diletakkan sepanjang jalan sejauh kira-kira satu kilometer.

Kumpulan terbabit dilihat menaiki motosikal dikatakan mencari seseorang yang tinggal di pangsapuri berkenaan, sebelum bertindak liar memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam dan topi keledar.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari kumpulan terbabit.

Seorang penduduk, R.Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar.

"Saya terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki memecah cermin kenderaan milik penduduk satu-persatu," katanya.

Menurutnya, keseluruhan cermin kereta jenis Nissan Sunny miliknya juga dipecahkan.

"Ketika itu, keadaan begitu huru-hara sekali dan saya melihat beberapa cermin kenderaan lain yang diletak berdekatan turut dipecahkan satu-persatu.

"Apabila abang saya menegur salah seorang lelaki daripada kumpulan itu, mereka terus mengertak kami supaya diam sekiranya tidak mahu diapa-apakan," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, hari ini.

Seorang lagi penduduk, S.Mrugan, 43, berkata, dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.

"Saya dan keluarga terus bangun daripada tidur dan melihat keadaan di luar rumah begitu kecoh sekali. Ramai penduduk terkejut dan marah dengan tindakan kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Difahamkan, selepas memecahkan cermin kereta terbabit, kumpulan berkenaan terus beredar meninggalkan kawasan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, penduduk terus melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.

"Kes akan siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki objek berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

'Mani kau keluar'

SEREMBAN: Sekumpulan lebih 30 lelaki dipercayai bersenjatakan parang mengamuk membabi buta dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di Rumah Pangsa Lobak, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, penduduk di rumah pangsa berkenaan dikejutkan dengan bunyi bising daripada kumpulan terbabit yang bertindak merusuh ketika penghuni sedang nyenyak tidur.

Harian Metro difahamkan, kumpulan lelaki terdiri daripada pelbagai bangsa bertindak 'biadab' dipercayai berdendam dengan salah seorang penduduk di situ, sebelum memecahkan cermin kenderaan sekitar rumah pangsa berkenaan.

Salah seorang mangsa, R Papthiban, 31, berkata, sebahagian anggota kumpulan itu bising dengan memecahkan cermin tingkap kereta Nissan Sunny miliknya menggunakan parang panjang.

"Saya dikejutkan oleh seorang jiran kira-kira jam 2 pagi memberitahu kereta saya 'dicincang' oleh kumpulan lelaki itu dan bergegas turun.

"Namun, kami semua tidak berani mendekati kereta masing-masing berikutan kumpulan itu menggunakan senjata dipercayai parang untuk merosakkan cermin kereta," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam. -hm


Ulasan GB

Siapa "samseng" itu yang "terlalu berani"?

Chong Wei Nafi Jadi Alat Politik

Posted: 22 Jan 2012 10:04 PM PST

ANTARA POS.COM
Post Pic


KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Lee Chong Wei menafikan tanggapan bahawa ahli-ahli politik menggunakan populariti beliau untuk kepentingan politik mereka.

Menjawab soalan media di majlis pelancaran buku beliau mengenai perkara tersebut, beliau bekata," Saya tidak fikir demikian. Bagi saya, saya bukan seorang ahli politik.

Majlis pelancaran buku beliau telah disempurnakan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Saya menjemput seorang ahli politik hari ini kerana beliau adalah seorang menteri, jadi saya memintanya merasmikan pelancaran buku saya," katanya lagi.

Apabila ditanya, adakah tindakan tersebut boleh mencemarkan reputasinya, beliau menafikannya sambil berkata," Tidak..saya hanya seorang ahli sukan."

Lee, bagaimanapun enggan memberi ulasan mengenai jemputan dari kediaman rasmi perdana menteri sejurus selepas beliau tiba dari London Mac lalu, selepas memenangi kejuaraan badminton All-England.

Di majlis yang berlanngsung selama dua jam berkenaan, Lee juga melancarkan kelab penyokongnya, sambil menandatangai beberapa koleksi terhad bukunya.

Beliau juga turut menandatangani satu perjanjian dengan Gempak Starz bagi menerbitkan versi kartun buku autobiografinya.

Terdahuluu, dalam ucapannya, Koh mengulas mengenai buku tersebut serta memuji kandungannya yang mendalami semangat satu Malaysia.

"Saya fikir, buku ini juga mencerminkan semangat 1Malaysia, tentang bagaimana sukan boleh menyatupadukan rakyat dan bagaiman sukan juga sebenarnya menjangkaui pelbaggai kaum dan bangsa," kata Koh lagi.

Perkasa : Ketua Audit Patut Perjelas Isu NFC

Posted: 22 Jan 2012 10:00 PM PST

ANTARA POS.COM

Post Pic



KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara harus mengeluarkan kenyataan rasmi jika benar projek Fidlot Kebangsaan tidak di belenggui pelbagai masalan menurut Perkasa.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Pengerusi NFCoprp Datuk Mohd Salleh Ismail memberitahuya bahawa pejabat Ketua Audit Negaa bersetuju perjalanan syarikat itu adalah teratur.

Salleh berkata demikian dalam taklimatnya kepada Perkasa dan 11 syarikat NGO lain mengenai kemelut syarikan yang diamanahkan untuk memajukan industry daging lembu di negara ini.

"Semua dalam keadaan teratur….tetapi Ketua Audit Negara belum membuat kenyataan (mengesahkan) secara rami. Saya menggesa Ketua Audit Negara bersikap adil kepada semua pihak. Beliau perlu mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada ia telah mendapat maklum balas daripada NFCorp," katanya.

Dalam pada itu Ibrahim juga mencabar NFC membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan penyelewengan perbelanjaan kad kredit syarikat itu sehingga RM600,000.

Laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyatnya sebelum ini.

"Saya cabar Izmir. Biar dia buat laporan polis pula dan nyatakan (dakwaan oleh NGO sebelum ini) itu laporan palsu," katanya

Taklimat dua jam oleh NFC kepada Perkasa dan NGO Melayu itu berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pembangkang menuduh NFC menggunakan sebahagian peruntukan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membeli kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura, kereta mewah dan cuti ke luar negara.

Ketua Audit Negara dalam laporan terbarunya berkata projek NFC gagal mencapai sasaran dan menyenaraikan pelbagai kelemahan yang mengakibatkan keadaan itu.

Ceramah Anwar Di Kapar Kecoh

Posted: 22 Jan 2012 09:56 PM PST

Post Pic



KAPAR : Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.
Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.

BN Pahang Yakin Rampas Kembali Kerusi Pembangkang

Posted: 22 Jan 2012 09:53 PM PST

Post Pic



TEMERLOH : BN Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar.

"Kerusi parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah.

"Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah, malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di sini semalam.

Adnan berkata pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri yang merupakan sayap kanan parti perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar serta mencari jalan membantu menyelesaikan masalah mereka.

"Kesilapan masa lampau perlu dijadikan pengajaran dan kali ini kita perlu bekerja kuat untuk menang di mana segala kelemahan perlu diatasi.

"Kita jangan persoalkan siapa calon atau komponen parti, yang pentingnya kita perlu menang dan segala janji rakyat akan kita tunaikan," ujar beliau dipetik Bernama Online.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti supaya mengetepikan perkara remeh yang boleh menggugat keutuhan parti.

SBPA : CEUPACS Sambut Baik Tempoh Tiga Bulan Semakan

Posted: 22 Jan 2012 09:49 PM PST

Post Pic



KUALA LUMPUR : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan keputusan yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan tempoh tiga bulan bagi semakan dan penambahbaikan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai langkah adil kepada penjawat awam.

Menurut Presidennya, Datuk Omar Osman, langkah itu dilihat sinonim dengan kebimbangan sekitar 1.3 juta penjawat awam terutama kakitangan Gred 54 ke bawah dan Kumpulan Pelaksana Satu dan Dua yang tidak berpuas hati terhadap SBPA sedia ada.
"Ketika ini skim itu dilihat seolah-olah berat sebelah, tidak adil dan mempunyai jurang besar daripada segi keistimewaan pekerja kelas atasan dan bawahan. Justeru, kita menyambut baik keputusan Perdana Menteri supaya SBPA diperbaiki dengan mengambil kira cadangan dan suara hati penjawat awam semua peringkat bagi memastikan nasib kami lebih terbela.

"Pada masa sama, kita mahu keistimewaan diterima kumpulan atasan disemak semula menentukan sama ada benar-benar layak diterima atau sebaliknya, berdasarkan tanggungjawab dan bebanan tugasan masing-masing," katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Najib supaya pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, membuat penambahbaikan dan menyediakan cadangan baru yang akan memuaskan hati setiap penjawat awam semua peringkat.

Menurut Omar lagi, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam di seluruh negara pada Februari ini untuk membincangkan semakan semula SBPA.

Ekonomi bersih dan adil akan makmurkan negara, kata DAP

Posted: 22 Jan 2012 09:47 PM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Hanya dasar ekonomi yang bersih, adil, berdaya saing, meningkatkan taraf hidup rakyat serta membawa pulang pakar-pakar kembali ke tanah air dapat menjayakan transformasi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Tahun Baru Cina kali ini dengan perwatakan naga air adalah masa permulaan yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia melakukan perubahan dan trasnformasi besar itu.

"Amalan sekarang yang korup, lapuk tanpa tender terbuka dan hanya menguntungkan kroni akan merudumkan Malaysia," katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina 2012.

Menurutnya, kegagalan Malaysia bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa dibebankan lagi dengan penghijaran pakar-pakar dan tenaga kerja tempatan ke luar negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata pihak kerajaan UMNO-Barisan Nasional sendiri telah mengakui bahawa lebih 2 juta rakyat Malaysia telah meninggalkan negara sejak Merdeka.

"Malah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai status pemastautin tetap (PR – permanent resident) di negara-negara asing termasuk menteri dan bekas-bekas menteri kita," tambah beliau.

Beliau menjelaskan tiada siapa yang menyalahkan dua juta rakyat yang telah berhijrah ini kerana dasar-dasar yang telah dan sedang dilaksanakan oleh UMNO-BN lebih menekankan kepada politik pecah-belah dan politik benci, dan bukannya berteraskan prestasi yang mencipta hasil dan kejayaan.

Beliau turut memberi contoh bagaimana guru-guru sementara sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang dikurangkan faedah mereka tanpa sebarang rundingan.

Katanya jika kerajaan UMNO-BN menambah atau sekurang-kurangnya mengekalkan faedah yang mereka terima selama ini, peruntukannya tidak akan mencecah RM250 juta seperti mana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) untuk menternak lembu tetapi sebaliknya wang digunakan bagi membeli kondominium mewah.

"Mengapa membenarkan segelintir kroni mendapat untung besar luar biasa sedangkan 28 juta rakyat Malaysia merana?

"Sebagai contoh, untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan memakan belanja RM6 bilion. Tetapi syarikat pengendali tol sudah mengutip RM24.3 bilion pada 31 Disember 2010 dan dibenarkan untuk terus mengutip tol sehingga tahun 2038, dan menaikkan tol setiap tahun!" katanya.

Seperti yang dijelaskannya sebelum ini, beliau menyatakan bahawa oleh kerana syarikat pengendali tol telah membuat keuntungan RM18. 3 bilion, tidak ada sebab mengapa tol tidak boleh dimansuhkan sama sekali.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata lebih ramai rakyat Malaysia akan meninggalkan negara jika kerajaan pusat UMNO-BN terus menyalahkan kaum Cina khususnya apabila dasar-dasar dan program-program mereka gagal serta menjadikan kaum Cina sebagai kambing hitam untuk menakutkan orang Melayu.

"Bagaimana orang Cina Malaysia boleh menjadi ancaman kepada orang Melayu apabila semua sektor-sektor penting ekonomi masa kini seperti perbankan, insurans, pelabuhan, konsesi tol dan infrastruktur lebuh raya, industri kenderaan, pengeluar tenaga bebas (IPP), gula, beras, tepung, hasil-hasil perladangan, minyak dan gas semuanya sudah didominasi oleh (korporat) Melayu?

"Kita mesti membesar dengan yakin kepada kebolehan kita sendiri, saling percaya-mempercayai dan bertekad bahawa sebagai rakyat Malaysia, kaum Melayu dan bukan Melayu, sama-masa boleh menjadi jaguh dunia.

"Anak-anak Melayu dan bukan Melayu mesti membesar dalam suasana di mana mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain, dan hanya membenci korupsi," ujarnya.- Roketkini.com

Faekah: Ibrahim Ali wajar dihalang jejak kaki di Selangor

Posted: 22 Jan 2012 09:41 PM PST

Faekah Husin


Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan EXCO Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.

Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada tahun 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali (gambar kanan) yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan EXCO Agama Dr.Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. Keputusan Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

Menuduh bahawa Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh UMNO.

Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.

Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

‘Serangan’ program ABU: Umno mesti bertanggungjawab

Posted: 22 Jan 2012 09:37 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

"Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?" kata Chegu Bard.

VIDEO INSIDE



KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Umno bertanggungjawab terhadap insiden program Asal Bukan Umno (ABU) malam semalam di Jalan Kebun, Shah Alam.

NGO pimpinan Ketua PKR Rembau itu, Badrul Hisham Shaharim itu juga meminta polis bertindak secara profesional ke atas insiden tersebut.

Katanya, kejadian malam semalam membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1Malaysia.

"Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam 20 pemuda menjerit kepada kaum India yang berada di dalam dewan tersebut.

Kata Chegu Bard, malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan.

Cedera dan rosak

"Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan.

"Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

"Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan.

"Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalami kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah," tambahnya.

Chegu Bard berkata, petugas dengan beberapa hadirin yang kebetulan yang baru datang berjaya menenangkan keadaan.

Katanya, kumpulan pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan.

"Kira kira empat atau lima anggota polis datang, tetapi jumlah mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

"Kira-kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku," katanya lagi.

Noh Omar Tidak Yakin Selangor Akan Tumbang

Posted: 22 Jan 2012 04:29 PM PST

MSO


Semalam sewaktu makan nasi Arab di Senawang Negeri Sembilan seorang pegawai tinggi kerajaan memberi tahu maklumat yang saya kira ikhlas diberikan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengenai kedudukan dan peluang UBN di Selangor.

Pegawai itu memberi tahu ketika dia makan bersama Noh Omar bertanya dari hati ke hati macam mana kedudukan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya Noh menjawab dia sendiri tidak tahu macam mana nasib Umno.

"Susah untuk saya jawab, di tempat saya (Tanjung Karang) insyaAllah boleh memang, di tempat lain sukar diramalkan," jawab Noh Omar. Kata pegawai itu untuk memastikan kemenangan Noh telah menggunakan apa saja peruntukan di bawah kementeriannya.

Menurutnya Noh telah memberi bantuan kepada semua rakyat tidak kira parti. Tetapi katanya bantuan itu diberi separuh saja. Misalnya kalau ada orang miskin minta bantuan nak beli mesin parut kelapa berharga RM700 beliau hanya akan beri separuh sahaja, separuh lagi hendaklah dicari sendiri.

Pegawai itu juga memberi tahu Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu banyak menggunakan wang untuk mendapat pengaruh politik di kawasannya. Beliau sendiri hairan dari mana wang itu diperolehi.

Kedudukan Umno di kawasan di Selangor sukar diramalkan kerana berlaku perebutan untuk menjadi calon. Perebutan itu boleh menyebabkan Umno berpecah belah.

Apa yang boleh ditafsirkan dengan kata-kata Noh itu bahawa UBN sendiri tidak yakin mereka akan dapat menumbangkan kerajaan PR di selangor. Apa yang berlaku sekarang ini pemimpin UBN di Selangor sedang giat menjaga kawasan masing-masing.

Senario disebut Noh Omar itu menjelaskan UBN khasnya Umno masih belum merasa mereka selesa di Selangor. Berbagai usaha termasuk menggunakan bekas-bekas pengikut dan penganut Pakatan Rakyat yang berpaling tadah meninggalkan PR.

Dalam pada itu UBN Selangor juga berhadapan dengan masalah siapakah tokoh yang hendak dilangkat menjadi MB. Noh sendiri katanya kurang berminat untuk bertanding di Dun bagi dilantik menjadi MB.

Bekas MB Khir Toyo besar kemungkinan tidak akan dicalonkan semula. Masa depan Khir Toyo dikira gelap zulmat bila mana beliau didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara setahun.

Sementara itu ada usaha segelintir Umno Selangor untuk mengangkat bekas anak buah Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor sebagai bakal MB tetapi awal-awal lagi bekas ketua Angkatan Muda PKR itu ditolak. Rancangan sulit digerakan Ezam bersama gengnya telah dihidup oleh beberapa pemimpin Umno Selangor.

Tiada ulasan: