Ahad, 22 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Panas: Guna 'Duit Zakat' Untuk Beli Hotel Mewah, Kerajaan Negeri Di Gesa Halang Urusan Berkaitan

Posted: 22 Jan 2012 01:03 AM PST

PAHANG DAILY

KUANTAN - Belum pun kes penggunaan wang zakat yang melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) reda, kini heboh pula berita Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pula menggunakan wang zakat.

Jika Jamil Khir didakwa gunakan gunakan wang zakat sebanyak RM63,650.00 untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, apa yang berlaku di sini sesungguhnya lebih mengejutkan umat Islam dan rakyat Pahang sebenarnya.

Ini kerana, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan MUIP dipercayai mahu menggunakan wang zakat mencecah puluhan juta ringgit semata-mata mahu mengambil alih pengurusan (membeli) hotel MS Garden Kuantan (foto) .

Difahamkan, pihak berkenaan telah pun membuat bayaran pendahuluan terhadap hotel terbabit sebanyak RM5 juta dan bakinya akan diambil melalui wang zakat. Apa yang lebih mengejutkan ialah urusan yang berkaitan telah dibuat secara "mengelirukan" hingga menyebabkan ramai pihak kini berada dalam dilema sebenarnya.

Ini kerana urusan yang berkaitan dikatakan "memanipulasi" nama pihak istana demi kepentingan beberapa kerat individu di agensi terbabit sebenarnya. Justeru itu, ramai yng terkejut dengan isu ini kerana jika benar dakwaan MUIP mahu menggunakan wang zakat untuk mengambilalih pengurusan sebuah hotel maka ia jelas sekali "lari" daripada matlamat asal zakat itu sendiri.

Malah, ia juga tersasar daripada misi MUIP iaitu "Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang Terpuji, Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan, Pembudayaan Ilmu, Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang Berlandaskan Syariat".

Justeru itu, seluruh umat Islam di Pahang digesa bertindak untuk memastikan urusan ini tidak berlaku. Amatlah malang sekali, dikala begitu ramai asnaf (mereka yang layak) menerima wang zakat masih memerlukannya tiba-tiba wang tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan (komersial). Maka itu, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa bertindak untuk menghalang urusan tersebut.



Beginilah rupa sebuah pusat hiburan yang terdapat dalam hotel tersebut

Apakah wajar wang zakat dilaburkan untuk tujuan komersial seperti ini?
Sertai debat panas isu ini di ruang sembang popular cari malay forum

[Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini dalam masa terdekat selepas siasatan rapi berkaitan siapakah "orang dalam" yang terlibat dengan urusan yang berkenaan.

Sebelum ini, PDO juga telah membongkarkan kes khalwat melibatkan bekas Setiausaha MUIP sehingga diambil tindakan oleh Yang DiPertua MUIP sendiri iaitu KeBawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang.

Difahamkan pegawai terbabit telah ditukarkan ke Jerantut dan kes beliau masih dibicarakan hingga ke hari ini. Oleh itu, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama dan gambar beberapa individu yang dipercayai memainkan peranan dalam pelaburan yang cukup "memalukan" ini.

Apa yang lebih menyedihkan, kini urusan zakat difahamkan diuruskan terus oleh MUIP dan Pusat Kutipan Zakat hanya sekadar menjadi "pengutip wang zakat" semata-mata, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengagihkan wang tersebut kepada pihak yang memerlukan. Jika benar dakwaan ini, maka ia merupakan satu episod malang dalam sejarah zakat di Pahang. Apakah cerita lembu Fidlot yang melibatkan Shahrizat Jalil akan berlaku pula di negeri ini.

Tindakan guna wang ke jalan yang tidak sepatutnya amatlah mengecewakan umat Islam. Semoga isu ini dapat dipantau dengan sebaik mungkin demi "masa depan Islam" hendaknya].

Benarkah Azean Irdawaty meninggal?

Posted: 22 Jan 2012 12:57 AM PST

KL TODAY.COM



Setelah industri hiburan negara kehilangan seorang penyanyi berbakat, Izwan Pilus semalam, kecoh pula di blog-blog hiburan yang menafikan tentang khabar angin yang menyatakan kononnya seniwati terkenal, Azean Irdawaty juga meninggal dunia.Menurut lama blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, penyebaran maklumat palsu tersebut dikesan melalui laman sosial Twitter oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemudiannya, khabar tersebut telah di'retweet' oleh artis Farahwahida yang menafikan dakwaan liar itu sekaligus mempertikaikan kesahihan berita tersebut.

Rotikaya.com turut memaklumkan bahawa wartawan Melodi di TV3, Zuan, baru sahaja selesai berbual dengan Azean Irdawaty menerusi telefon dan sekaligus menafikan dakwaan di Twitter itu.

"Wartawan TV3 untuk rancangan sensasi Melodi, Zuan baru sahaja berbual bersama Azean Irdawaty menerusi telefon dan ini mengesahkan lagi segala kenyataan yang keluar di Twitter hanya'lah khabar angin," kata pemilik blog hiburan itu.

Mungkin enggan membiarkan spekulasi tersebut berlegar sehingga menimbulkan fitnah dan mengelak timbul spekulasi lebih buruk, laman blog hiburan terkenal, Beatifulnara.com dan MediaMalaya.com turut menyatakan kepalsuan berita tersebut di blog masing-masing.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan seniwati 'airmata' itu melalui lama Twitter milik anak perempuannya, Elza Irdalynna, yang menjelaskan beliau sihat dan sedang belajar berjalan kembali.

"A'kum, TQ All for ur concern re false news. I forgive & pray God bless d person responsible. Am well & learning to walk now – Azean Irdawaty," kata Azean yang dipetik dari laman Twitter anaknya itu.

Selain itu, Elza sempat merakam dan memuat naikkan gambar ibunya yang kini menjalani rawatan terapi sambil beraksi tersenyum sambil memegang sebiji buah limau (gambar atas).

Anak Perak individu terkaya di dunia?

Posted: 22 Jan 2012 12:53 AM PST

KL TODAY .COM



Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar 'trillionaire'.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

"Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

"Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal (gambar) berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Ada Hati Perut ke JKKK, Adun Paka & MB Terengganu?

Posted: 22 Jan 2012 12:24 AM PST

Editor Buletin

Dua Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Bermula dengan rampasan royalti, tekanan dan sekatan kerajaan Pusat dikenakan terhadap Terengganu sebagai hukuman terhadap rakyat kerana memilih Pas & PR sebagai pemerintah.

Sebuah demokrasi songsang bagi pengamal Kerajaan Federalisme daripada pilihanraya.

Apabila DS Idris mula berkuasa maka terlihatlah belangnya. Penuh dengan kesombongan, angkuh dan takaburnya lalu terus membekukan dan merampas tanah-tanah RTB yang diluluskan kepada rakyat melebihi 60 ribu lot semuanya. Surat dihantar kepada Konsortium Juruukur supaya menghentikan serta-merta kerja-kerja menyelesaikan tanah rakyat. Ada yang dah buat rumah kediaman, dengan kuasa Umno-BN meruntuhkan serta menyapu bersih dengan jentolak.

Sedangkan mereka merupakan rakyat Terengganu, melayu, Islam. Bukan hanya penyokong Pas tetapi ramai dikalangan orang Umno. Yang penting mereka berhak dan rakyat Terengganu. Kenapa mereka dizalimi dan dinafikan haknya sehingga kini. Dalam Dun Paka sahaja dengan 11 RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) yang melibatkan hampir 1,800 peserta.

Bukan hak rakyat sahaja dirampas bahkan Masjid Bujal sendiri menjadi saksi kezaliman Umno-BN. Kuasa yang mereka miliki menyebabkan mereka lupa kepada adanya Allah Swt. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut. Di Israel mereka merampas tanah orang arab untuk diberikan kepada bangsa Yahudi. Malangnya di Terengganu, tanah melayu dirampas oleh wakil rakyat Terengganu sendiri. Sebangsa, seagama.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Hanya sepenggal pemerintahan beliau, kita menyaksikan bagaimana Allah Menghinakan manusia yang zalim. Idris Jusoh dihinakan sedemikian rupa. Umpama kucing kurap yang buruk kepala. Hilang tampuk kerusi empuk MB Terengganu. Bukan kerana Pas, bukan kerana rakyat tetapi kerana perebutan dan pencakaran sesama mereka. Idris Jusoh vs Mat Said. Slogan "Pembangunan yang tidak pernah kelihatan" bertukar menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betapa cepatnya pembalasan Rabbul Jalil.

Adakah mereka mengambil pengajaran? Dizaman DS Ahmad Said, ketika awal pemerintahan… demi mengukuhkan kuasa beliau supaya tidak ditolak dengan undi tak percaya beliau mengambil pendekatan berlunak dengan Pas sendiri. Nampaklah macam orang yang dah bertaubat. Berkopiah dan berjubah mengalahkan orang Pas. Tetapi kini kuku dan belangnya sudah kelihatan. Yelah… Kkabo tahik, lama mana sangat boleh bertahan didalam kapas mewangi. Pasti akan merayap keluar berada ditempat asalnya.

Yang terbaru apabila rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka. Rangkaian sekolah Pondok Darul Bayan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ma'had Tahfiz al-Quran yang mempunyai 700 pelajar keeluruhannya. SRI Darul Bayan adalah satu-satunya Sekolah rendah Islam di Dun Paka. Sebuah sekolah rakyat yang berdaftar dengan JHEAT dan sepenuhnya didirikan dan diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2001 dan kini memiliki pelajar seramai 360 orang. Tanah yang dipohon dan diberi kelulusan RTB seluas 2 ekar itu pada tahun 2003 telah didirikan pembangunan sekolah. Sebuah bangunan induk dan sebuah bangunan tambahan 2 tingkat, surau, kantin dan 2 unit rumah guru. Sila klik http://sridarulbayan.blogspot.com/

Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan. Seekar dibahagikan kepada 5 lot dan diberikan kepada pengerusi Umno & ajknya atas nama RTB Kolam Permai, mukim Paka iaitu :-
1. Lot RTB 9832 diberikan kepada Pengerusi JKKK Limbong : Ibrahim bin Abdullah
2. Lot RTB 9833 - Abd.Ghani Karim suami kepada Anita Ariffin – S/U JKKK Limbong
3. Lot RTB 9831 - Suhaini Abd.Karim, isteri Fauzi Nong – Naib JKKK Limbong
4. Lot RTB 9830 – Muhamad Idris – JKKK Limbong
5. Lot RTB 9829 – Rosli Hasyim – JKKK Cacar.

Sepatutnya tanah individu diambil oleh kerajaan untuk kepentingan awam tetapi tanah Sekolah Agama Rakyat diambil untuk kepentingan beberapa kerat JKKK. Adakah ini dikatakan Umno sebagai parti pembela rakyat, pejuang melayu & menegakkan Islam? Adakah ini maknanya "Rakyat didahulukan"??? adakah inilah sebenarnya pemimpin melayu haprak yang disebut oleh Dr Mahathir?

Umat Islam ni biasanya tanah sendiri diwakafkan untuk surau, masjid maupun sekolah Islam. Tetapi kini tanah sekolah dibolot untuk kepentingan juak-juak mereka. Mana hati perut mereka? Kini dengan lay-out baru itu menyebabkan tanah perancangan untuk penempatan anak yatim itu sudah hilang. Sebahagian surau, kantin sekolah bahkan 2 unit Rumah guru juga turut dirampas. Apalagi yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar? Kenapa yang mereka dendamkan sangat dengan sekolah tersebut? Sedangkan sekolah tersebut berdaftar dengan JHEAT. Menggunakan kurikulum Kementrian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PPD Dungun. Pernah mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100% pada tahun 2010. Para pelajar seepas Sri darul Bayan ini menyambung pelajaran di SMASZA, SMASID, IMTIYAZ, MA'AHAD MUHAMMADI dan lain-lain institusi.

Tidakkah mereka malu melihat bagaimana orang-orang cina yang anggup mengeluarkan duit mereka membina pembangunan dan dewan sekolah jenis kebangsaan cina Chee Mong di Paka maupun di Batu 5. Pihak kerajaan boleh pulak berikan bangunan baru untuk kelas meskipun pelajar hanya 100 orang lebih bahkan pelajar mereka juga dapat bantuan rm100 kepada setiap pelajar. Semua ini dinafikan terhadap Sekolah Agama Rakyat.

Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu diproses.

Adakah mereka lupa kezaliman ini akan adanya pembalasan? Tak ingat mati ke puak-puak ni. Adakah mereka lupa sabdaan Rasulullah Saw : "Siapa yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang tidak sebenar sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya 7 petala bumi diakhirat kelak".

Semua ini berlaku kerana rakyat memberi kuasa kepada mereka. Lalu mereka menggunakan kuasa mengikut nafsu kesombongan dan keegoan mereka. Pas Dun Paka menyarankan agar pihak Sekolah samada staff maupun ibu-bapa bahkan pihak pengurus erta PIBG agar terus mempertahankan hak mereka. Sila klik http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Diharapkan agar gabungan sekolah-sekolah Dar di Terengganu yang berjumlah 7 buah dengan pelajar 2,000 orang dapat bersama menyuarakan bantahan ini. Dan diharapkan rakyat sendiri menghentikan kezaliman ini dengan menumbangkan mereka dalam PRU-13 nanti. Kita akan saksikan siapakah selepas DS Idris Jusoh. Ingatlah mereka yang dizalimi tiada hijab dengan Allah Swt. Allah Akbar.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Selangor bakal Penentu Survival Karier Anwar.

Posted: 22 Jan 2012 12:20 AM PST

Tun Izhalmi Ishak

alt

Pakatan Rakyat boleh menarik nafas lega untuk sementara waktu kerana berdasarkan kepada kajiselidik bebas yang dilakukan, sokongan kaum Cina lebih berpihak kepada gabungan tiga komponen parti terbesar pembangkang DAP, PKR dan PAS bagi negeri Selangor.

Namun begitu kajiselidik yang dilakukan menunjukkan sokongan masyarakat Melayu semakin beralih arah kepada Barisan Nasional, begitu juga dengan sokongan dari kaum India.

Secara mudah, jika mengikut statistik jumlah penduduk di Selangor sudah mencapai angka 5,411,324 orang dengan 2,999,562 adalah mereka yang layak mengundi pada pilihanraya umum nanti. Komposisi etnik melihatkan Bumiputera (52.3%), Cina (32.1%), India (14.6%) dan lain-lain (0.01%) di Selangor.

Anwar perlu sekurang-kurangnya 85 peratus undi kaum Cina kerana berdasarkan kaji selidik, hampir 60 peratus kaum Bumiputera dan 90 peratus masyarakat India menunjukkan sokongan kembali kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, Anwar perlu berterima kasih kepada DAP kerana berjaya mengekalkan momentum sokongan masyarakat Cina di pihak Pakatan Rakyat.

Pas juga berperanan dalam menarik perhatian kaum ini sebagai parti yang terbuka dan sanggup menerima sesiapa sahaja sebagai pemimpin, asalkan pembangkang terus menguasai Selangor.

Anwar perlu merasa bertuah kerana UMNO Selangor masih dilanda ketandusan 'kepimpinan'. Belum ada tokoh tertentu yang mampu menarik perhatian dan sokongan rakyat. Pemimpin UMNO masih lagi 'berlaga angin' di antara satu sama lain.

Namun itu bukan jaminan mudah untuk menarik sokongan undi Melayu atau Bumiputera.

Orang Melayu mempunyai sentimen yang berlainan dengan masyarakat Cina, sekali terguris perasaan belum tentu boleh dirawat dalam satu jangka masa yang singkat. Janji-janji manifesto pada pilihanraya umum 2008 masih banyak lagi yang tertunggak. Ini adalah resmi masyarakat Melayu, sudah berjanji perlu ditunaikan dan jangan dikhianati undi dan amanah yang telah diberikan.

Kemahiran Anwar sebagai pemidato tidak perlu dipertikaikan sama sekali. Satu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya jelas menunjukkan lebih separuh daripada responden bersetuju Anwar adalah seorang pemidato dan penyampai yang baik, berbanding 44 peratus untuk Najib.

Ini adalah kekuatan Anwar sebagai daya penarik (crowd puller) yang mampu mengubah situasi dan sentimen pengundi.

Walaupun begitu rekod Anwar sebagai pemidato terbaik masih belum menjamin kemenangan bagi Pakatan Rakyat. Rekod juga telah membuktikan Pakatan Rakyat tewas kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil di Hulu Selangor.

Begitu juga dengan kekalahan di pilihanraya kecil DUN Galas, Tenang, Merlimau dan beberapa pilihanraya kecil yang lain.

Anwar perlu cepat bertindak bagi membersihkan imej terpalit sebagai 'tangan ghaib' disebalik tadbir pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr. Hasan Ali dari parti tersebut.

Perlantikan Menteri Besar Selangor memegang portfolio agama sebenarnya memberi tamparan kepada Pas. Ramai dikalangan pemimpin Pas tidak bersetuju dengan langkah tersebut walaupun digantikan dengan jawatan lain dalam Exco Selangor. Akhirnya beberapa pemimpin Pas 'terpaksa' memberi kenyataan akhbar bagi meredakan kemelut perlantikan jawatan tersebut.

PKR juga masih belum keluar sepenuhnya dari kemelut dalaman parti. Kedengaran juga tempias berlaku pertembungan dua kumpulan yang menyokong Azmin Ali dan Nurul Izzah. Kongres PKR di Johor pada bulan November lalu cukup hambar.

Strategi menggesa UMNO meletakkan klausa Perlembagaan Negara, orang Melayu sebagai Perdana Menteri dan laungan runtuhkan pagar negara hampir-hampir memakan diri. Dan kongres yang sepatutnya dijadikan medan mencari pemimpin berkaliber tidak berhasil sama sekali. PKR sendiri semakin kekurangan pemimpin dikalangan orang Melayu.

Senario politik terkini di Selangor sebenarnya tidak banyak memihak kepada Anwar dan PKR. Malah tidak salah jika dikatakan DAP adalah tunjang utama kekuatan Pakatan Rakyat di negeri ini, bukannya Anwar.

Masa cukup singkat bagi Anwar untuk memperbetulkan keadaan parti sebelum tibanya pilihanraya umum.

Malu jika sekiranya Selangor kembali jatuh ke tangan Barisan Nasional. Anwar perlu segera mencari 'turning point' jika tidak mahu Barisan Nasional merampas Selangor.

SUHAKAM - Gantung Mahasiswa bertentangan Keputusan PM.

Posted: 22 Jan 2012 12:19 AM PST

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR. - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) hari ini menyuarakan pandang berat terhadap keputusan universiti menggantung pengajian pelajar yang menyuarakan pendapat dengan dakwaan mereka telah memburukkan nama universiti dan menganggu ketenteraman awam.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata tindakan sedemikian bukan sahaja menyekat hak asasi pelajar malah bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Katanya, cadangan pindaan tersebut antara lain akan membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun ke atas menggunakan hak kebebasan mereka bersuara, berhimpun dan berpesatuan dijaminan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Kesedaran terhadap ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal sedia ada di universiti.

"Sebarang sekatan tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan serta pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan," kata Hasmy dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan rundingan awal antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan suruhanjaya itu, wakil pelajar dan pihak lain berkepentingan mengenai peruntukan kontroversi dalam AUKU.

Pada 9 Jan lepas, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim yang bertindak menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digantung pengajiannya tiga semester.

Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?

Posted: 21 Jan 2012 10:02 PM PST

penempatan ptd guru Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru guru?

Staff Berita Semasa


Baru-baru ini JPA bercadang untuk menempatkan kalangan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) di dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, cadangan penempatan PTD tersebut telah dibantah keras oleh kalangan guru-guru di Malaysia.

Cadangan Penempatan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) Dalam Sistem Pengurusan KPM Bertujuan :

  • mengurangkan bebanan guru
  • seterusnya guru-guru dapat memberi tumpuan khusus kepada pengajaran dan pembelajaran

Setakat ini, Berita Harian melaporkan setakat ini sejumlah 27 kesatuan dan persatuan guru yang mewakili 430,000 guru di seluruh negara menolak cadangan penempatan PTD dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di kementerian itu serta agensi di bawahnya kerana :

  • hanya guru sahaja yang berupaya melaksanakan tugasan pengurusan dan pentadbiran dengan berkesan dalam bidang pendidikan

Isu Penempatan PTD di KPM : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Perlu Adakan Pertemuan Dengan Persatuan Guru

ptd guru kpm Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru guru?

BATU PAHAT: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengadakan pertemuan dengan persatuan guru bagi menyelesaikan isu menempatkan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata JPA perlu mendengar sendiri suara hati guru dalam isu berkenaan supaya kebimbangan serta keresahan mereka dapat diselesaikan.

"Pertemuan segera perlu diadakan supaya tiada pihak rasa teraniaya serta tidak puas hati terhadap cadangan berkenaan. Saya yakin JPA tiada masalah mendengar pandangan guru mengenai isu ini dan apa jua keputusan yang dicapai nanti, paling penting pembelaan guru harus sentiasa diutamakan," katanya.

Sekarang ini terdapat sekitar 10,000 post jawatan dalam KPM, manakala guru-guru pula ada seramai 400,000. Melihatkan senario ini :

  • PTD kata General Order singkatan GO mahu kakitangan kerja 9 jam
  • PTD mahu ubah budaya kerja guru.
  • PTD mahu masuk Kementerian Pelajaran, JPN, PPD dan sekolah secara 'en masses'. Kerana?
  • Kerana……hakikatnya PTD sudah penuh tempat dalam semua kementerian, jabatan, agensi baik Putrajaya atau negeri sekarang ini

Kalau sebelum ini ketika kerajaan bercadang menukarkan sistem guru kerja 9 jam, telah dibantah keras sebahagian besar guru-guru di sini. Sekitar 81% tidak bersetuju melalui ruang undian yang disediakan, yang mana akhirnya dasar tersebut telah ditarik semula oleh kerajaan

P/S : Apa pandangan & pendirian kalangan guru-guru di sini dengan cadangan terbaru ini dengan cadangan penempatan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) "masuk" dalam sistem pengurusan KPM?

Gong Xi Fa Cai buat kaum Tiong Hua.

Posted: 21 Jan 2012 09:41 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Tahun ini cukup istimewa kerana ialah tahun naga air. 'Naga air' yakninya bersifat 'cool' di luar tapi sudah semestinya mempunyai hembusan apinya lebih hebat sehingga air pun tidak mampu melenyapkannya.

Atas semangat kiasan itulah, diharap kaum TiongHua meneruskan agenda untuk berubah "換" (huan) ke arah pendamaian jiwa. Sebagaimana yang kita sedar, di Malaysia, pendamaian jiwa sukar dicapai dengan kerajaan kini, yang suka berflip-flop dan menegakkan benang basah dari segala sudut urusan negara.

Pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat telah terbukti menjunjung prinsip keadilan, iaitu asas terulung dan terpenting untuk mencapai pendamaian jiwa.

Ayuh, mari bersama PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan tahun naga air ini menjadi titik noktah terakhir kepada kecelaruan jiwa yang ditimbulkan oleh dasar perkauman sempit Umno-Barisan Nasional.

Selamat Tahun Baru Cina. "新年進步"Xin Nian Jing Bu!

Mohamad Sabu,

Timbalan Presiden PAS

Temuramah dengan Malott bekas diplomat AS: BN tidak relevan lagi hanya Umno

Posted: 21 Jan 2012 09:39 PM PST

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Chronicle: 1. Pertama sekali, soalan paling panas adalah mengapa Najib menarik rancangan memutuskan keputusan bersalah? Ramai dikalangan rakyat yang percaya bahawa dalam ia adalah satu konspirasi dan bukanlah system kehakiman yang bebas seperti yang didakwa BN. Cerita yang timbul adalah hakim telah pun menulis keputusan bersalah tetapi terpaksa menggunakan pembebasan secara verbal selama 60 saat. Adakah anda lihat adalah campurtangan Umno dalam hal ini? Adakah Najib takut pada legasi beliau nanti sekiranya beliau dilihat sebagai mengambil langkah yang keras untuk menangani isu ini?

Malott: Saya tidak tahu mengapa hakim itu memutuskan yang demikian, Ia agak mengejutkan, Terdapat banyak laporan yang didokumenkan mengenai campur tangan politik dalam badan kehakiman dan penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, bukan sahaja Anwar tetapi kes Ramli Yusoff dan kegagalan untuk menyiasat dan mendakwa atas kematian yang berlaku di SPRM. Pada awal perbicaraan, hakim telah menarik balik keputusannya samada DNA yang di ambil daripada sikat dan tuala yang Anwar guna di penjara boleh digunakan dan Nampak ada tekanan untuk beliau berbuat demikian. Jika tidak kenapa dia menarik balik? Tetapi sekarang dia membuat keputusan yang memihak kepada Anwar. Ia suatu kejutan. Seperti yang saya katakan, kerajaan mungkin memutuskan bahawa memenjarakan Anwar akan member masalah yang lebih besar kerana akan ada suatu demonstrasi besar-besaran daripada pembangkang. Kita semua boleh membuat spekulasi tetapi hanya hakim yang tahu mengapa dia berbuat demikian.

Chronicle: 2. Mungkin jawapan kepada (1) akan menjelaskan soalan kedua ini. Adakah anda fikir pentadbiran Najib akan membuat rayuan? Jika ya, apakah ia akan buat untuk reputasi Najib dan kerajaan Malaysia di mata pelabur? Mungkinkan kesannya akan menjadi dalam dan lama kerana tokoh korporat seperti Richard Branson telah menyuarakan kekecewaan dan kejengkelan beliau terhadap dakwaan ke atas Anwar?

Malott: Saya rasa aka nada banyak tekanan terhadap Najib untuk merayu , terutamanya daripada orang-orang kuat UMNO yang takut pembangkang akan mengambil alih Negara. Gani Patail dan pihak pendakwa lain juga telah malu jadi mereka akan mahu merayu. Ada yang merasakan yang mereka boleh mencari hakim yang lebih bekerjasama nanti. Tetapi reaksi bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga diluar Negara dan ia sangat kuat apalagi jika kerajaan merayu dan membuat keluarga Anwar terpaksa berhadapan dengan perkara ini sekali lagi.

Chronicle: 3. Memandangkan pengetahuan anda dengan scenario politik Malaysia dan pemainnya, selepas berdekad memantau situasi, apa yang anda rasa Najib akan lakukan? Akankah beliau membuat rayuan dan mengapa?

Malott: Saya rasa, Najib tidak mahukan rayuan. Tetapi Najib sememangnya seorang pemimpin yang lemah. Beliau jarang melakukan perkara yang beliau cakapkan. Beliau menerima banyak tekanan. Jadi, beliau mungkin akan senyap dan biarkan sahaja apa jua berlaku dan mengatakan bahawa keputusan adalah ditangan pihak pendakwa. Pernah ada situasi begini berlaku sewaktu beliau mengatakan "bergantung kepada pihak polis" samada demonstrasi akan diteruskan. Adakah anda berkuasa terhadap kerjaan anda atau tidak?

Chronicle: 4. Jika ya, adakah ia bermaksud Malaysia dan Pakatan Rakyat akan kembali ke keadaan asal? Apa pula dengan pengundi Malaysia? Akankan ia menjadikan mereka lebih semangat untuk menyingkirkan BN? Atau adakah mereka akan curiga lagi terhadap Anwar?

Ada orang berseloroh mengatakan jangan sesekali meramalkan masa depan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi saya pasti 2012 akan menjadi tahun yang paling penting dan juga menarik dalam sejarah politik Malaysia. Itu bagus untuk Malaysia Chronicle, sekurang-kurangnya kamu ada banyak perkara untuk ditulis.

Chronicle: 5. Daripada pandangan orang luar, apa yang anda lihat berlaku dalam Umno? Mereka dikenali dengan konspirasi dan pertelingkahan dalam. Ada atau tidak tren atau scenario yang orang luar boleh nampak daripada pembahagian, kumpulan tertentu dan sebagainya yang wujud? Jika ya, siapa yang anda rasakan pemain utama dalam Umno dan apakah tujuan utama mereka?

Malott: Saya rasa sudah jelas bahawa BN bukan lagi sebuah parti politik yang kuat. Ia cuma mengenai Umno sekarang. MCA dan MIC telah diketepikan dan mereka ini telah kehilangan kredibiliti di mata orang Cina dan India. JAdi focus hanya pada Umno. Kita akan lihat perjuangan untuk Umno akan menjadi lebih penting berbanding perjuangan Umno menentang PR. Orang kuat sayap kanan dalam Umno akan menjadi lebih vokal dan anti-Najib. Mahathir, Muhyiddin, Hisham dan Ibrahim Aki akan menyebabkan Najib dibebani lebih banyak masalah. Bergantung kepada arah tiupan angin politik, ada yang lebih sederhana dalam Umno akan melompat parti atau kurang menyokong Umno dan akan mengambil langkah tunggu dan lihat semasa pilihanraya. Lihat saja Sakmongol. Beliau asyik mahukan Umno kembali ke perjuangan asala dan sekarang beliau sudah menyertai DAP. Menarik juga untuk lihat tindak tanduk Ku Li. Jika beliau akhirnya akan mengatakan bahawa tiada harapan untuk reformasi dalam Umno.

Chronicle: 6. Tarikh untuk PRU 13 merupakan satu lagi factor yang mempengaruhi pembebasan. Ada yang mengatakan bahawa pembebasan itu telah menolak tarikh PRU 13 ke depan dan ada di antara mereka seperti Lim Kit Siang yang menjangka bahawa ia bukan lagi Mac 2012 tetapi Jun 2012. Ada yang mengatakan bahawa Umno mungkin akan menolak ke hujung tahin atau awal 2013. Apa pendapat anda dan mengapa?

Malott: Saya rasa ia akan menjadi lebih dekat daripada lewat. Semakin lama Umno tunggu, semakin banyak masalah akan timbul dan semakin banyak masa untuk pembangkan merangka kempen mereka.

Chronicle: 7. Dalam artikel "Testing Malaysia's Promises' anda mengatakan bahawa reformasi pilihanraya dan PRU 13 yang paling kotor adalah beberapa kemungkinan kembalinya taktik Dr Mahathir. Semenjak Perhimpuanan Bersih 9 Julai dan pengwujudan Komiti terpilih Parlimentari untuk Reformasi, dan sebagai seseorang yang memerhatikan situasi Malaysia, adakah anda fikir sudah cukup yang dilakukan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan lancar?

Malott: Saya tidak rasa bahawa ada apa-apa yang dilakukan setakat ini cuma cakap-cakap sahaja. Pokoknya reformasi ini harus laksanakan sebelum pilihanraya dijalankan. Jika tidak, keputusan tidak akan berkredibiliti.

Chronicle: 8. Setakat ini, cadangan menggunakan dakwat kekal telah diluluskan tetapi masih banyak lagi halangan lain. Adakah anda berpuas hati dengan apa yang dicapai PSC dan reformasi pilihanraya dan mengapa?

Malott: Saya rasa reformasi yang paling penting adalah memastikan RTM dan Bernama yang dimiliki oleh rakyat Malaysia akan menjadi adil dalam pelaporan mereka. Sekarang, mereka bertindak seolah-olah mereka dimiliki Umno dan bukan kerajaan. Kekangan dalam distribusi akhbar pihak pembangkan juga harus dihentikan. Parti pemerintah dan pembangkang haruslah dilayan samarata. Itulah cara yang adil.

Chronicle:9. Anwar adalah kawan lama anda. Pembebasan ini menjadikan beliau semakin yakin- secara peribadinya, untuk keluarga beliau dan hak beliau sebagai pemimpin negara. Jika pentadbiran Najib meneruskan rayuan, adakah anda rasa sintimen rakyat akan mengenepikan Anwar? Atau adakah anda rasa Anwar sudahpun berada di persimpangan yang sukar dan mereka akan berusaha untuk meraih kejayaan dalam PRU 13. Apakah faedah yang Anwar dan Pakatan akan dapat daripada pembebasan itu dan apakah kesan rayuan terhadap semua ini?

Malott: Memang benar, isteri dan saya sendiri telah menjadi sahabat baik Anwar dan Azizah dan saya telah mengenali anak-anak mereka semasa mereka tinggal di Washington DC. Mereka adalah sebuah keluarga yang baik. Tetapi apabila saya menganalisis politik Malaysia, saya masih lagi menggunakan fahaman saya sebagai seorang diplomat dan melihat dengan terperinci dan tidak membenarkan perasaan saya yang menguasai diri.

Jika kerajaan meneruskan rayuan ke atas Anwar, ia akan mengukuhkan pihak pembangkang dari segi sentiment rakyat. Anwar akan membuang masa beliau di mahkamah dan ia akan menjadikannya sukar untuk berdepan dengan isu dalam pihak pembangkang dan juga kempen hanya kerana beliau perlu berdepan dengan isu perundangan dan berada di mahkamah sentiasa.

Saya telah katakana yang saya tidak suka membuat ramalan tetapi, saya percaya bahawa reformasi pilihanraya , sekiranya dilaksanakan dan pilihanraya dilakukan dengan adil; saya yakin pembangkang berkuasa. Mereka hampir Berjaya pada 2008 walaupun dengan sebelah tangan diikat. Saya berkata begini sebagai seorang penganalisis politik Malaysia dan bukan kerana pendapat peribadi.

Malaysia Chronicle

Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US

Posted: 21 Jan 2012 09:34 PM PST

Wong Choon Mei , Malaysia Chronicle


Temuramah Bahagian ke-tiga: Perdana Menteri Najib Razak dan rakan beliau mungkin mempertahankan status quo politik di negara tetapi realitinya adalah sangat jelas walaupun untuk penganalisis politik daripada negara lain.

Barisan Nasional, gabungan 14 parti yang memerintah sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia biasa yang melihat ia mentadbir sebuah kerajaan yang tidak berkaliber, tidak layak dan tidak jujur. Bagi memburukkan lagi keadaan, perang saudara telah meletus dalam UMNO- parti nasionalis Melayu NAjib yang telah menerajui BN selama 54 tahun.

Jelas bahawa BN bukanlah lagi sebuah kuasa politik yang kuat. Ia kini hanya tentang Umno. MCA dan MIC telah diketepikan dan telah hilang kredibiliti di mata komuniti Cina dan India. Fokus sekarang hanya pada Umno," ujar bekas diplomat AS ke Malaysia John Malott kepada Malaysia Chronicle.

Seperti Malott yang sekarang di Washington, penganalisis dan pemikir lain juga melihat beakhirnya era "kerajaan tahu yang terbaik" di rantau Asia Tenggara .

Kebencian terbuka

BN yang dulu pernah dianggap sangat kukuh sekarang sudah kian rapuh. Pemimpin Umno tidak langsung berselindung menunjukkan kekecewaan mereka terhadap rakan-rakan mereka dalam MCA, Gerakan dan MIC yang mereka persalahkan apabila kehilangan 5 negeri daripada 13 kepada Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim pada pilihanraya 2008.

Tetapi ia mungkin juga disebabkan keangkuhan Umno sendiri yang menyebabkan kejatuhan BN.

Secara senyap, akan kongi dalam BN ini menyalahkan Umno kerana berdegil dengan beranggapan bahawa mereka berkuasa dalam perikatan itu. Selama berdekad Umno telah berkeras bahawa hanya orang melayu yang berupa 50% daripada 28 juta populasi negara yang harus diberi keutamaan.

Pemimpin dari MCA, Gerakan dan MIC telah beberapa kali menyalahkan Umno kerana bergantung kepada politik perkauman dan ini menjadi penghalang kepada BN berpegang kepada kepelbagaian kaum. Minda tertutup dan sikap melampau memperjuangkan hak Melayu kepada kumpulan minoriti adalah antara penyebab orang bukan Melayu telah beralih sokongan kepada pembangkang- meninggalkan MCA, Gerakan dan MIC dibenci oleh komuniti mereka sendiri.

Kini giliran Melayu meninggalkan BN

Sekarang, pada pusingan terakhir sebelum PRU 13, yang mesti diadakan sebelum April 2013, apa yang jelas adalah kehilangan sokongan Melayu terhadap Umno. Ini digambarkan dengan jelas oleh momentum seleurh negara dengan penubuhan ABU (Anything but Umno), sebuah gerakan yang diterajui oleh aktivis hak asasi dan disasarkan kepada rakyat biasa.

Sememangnya berita buruk untuk Najib kerana beliau tidak lagi dapat bergantung kepada undi Melayu. Ia juga menunjukkan bahawa strategi beliau untuk mengekalkan Melayu kepada Umno melalui pelbagai cara sayap kanan dan taktik menakut-nakutkan telah gagal.

Umno secara amnya menikmati 55% daripada sokongn Melayu dengan 45% sokonga kepada PAS dan PKR. Tetapi Umno kini terjerat, Mereka sedar keruncingan masalah ini bahawa sokongan Melayu terhadap mereka semakin berkurang dan tiada langsung sokongan orang bukan Melayu.

Dalam kepanikan Umno untuk mengekalkan kuasa, pertelingkahan dalam pula telah berlaku dan ini telah membuatkan ahlinya berhijrah kepada pembangkang.Pengambil kesempatan yang melihat peluang mereka untuk memecah monopoli orang lama dalam Umno juga sedang membida kuasa dan mencabar status quo dalam parti itu.

Kumpulan utama sekarang adalah yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Yang menunggu giliran adalah kumpulan yang lebih kecil seperti yang dipimpin TPM Muhyiddin Yassin dan sepupu Najib, Hishamuddin Hussein.

Nampaknya perjuangan dalam Umno adalah lebih penting daripada perjuangan menentang Pakatan Rakyat. Sayap kanan Umno akan menjadi lebih vokal dan anti- Najib, Mahathir, Muhyiddin, Hisham dan Ibrahim Ali akan menyebabkan Najib menghadapi lebih banyak kepayahan," ujar Malott lagi.

"Bergantung kepada ke arah mana tiupan angin politik, mereka yang berpendirian sederhana dalam Umno mungkin akan melompat parti atau memberikan sokongan suam-suam kuku kepada Umno dan sekadar melihat keputusan pilihanraya."

Pilihanraya yang dicemari adalah satu-satunya harapan BN

Sememangnya Umno sudah pasti tenggelam dan apa yang Pakatan harus buat adalah fokus. PRU 13 adalah untuk kekalahan Pakatan dan sejumlah kecil rakyat yang berpendapat Najib dan Umno terutamanya Mahathir Mohamad akan melihat sahaja keputusan yan dibuat pengundi.

Kemungkinan besar Najib akan membenarkan Peguam Negara untuk merayu pembebasan Anwar terhadap tuduhan fitnah liwat.

Mahathir sudah memberi petunjuk bahawa beliau menyokong rayuan dan perkara itu boleh merosakkan kredibiliti dan niat baik yang dilihat rakyat terhadap negara dan pentadbiran Najib apabila Anwar didapati tidak bersalah.

Malott menegaskan bahawa lebih daripada yang lain, rakyat harus memastikan Bn menjalankan reformasi piliharayasebelum PRU 13 atau akan berhadapan dengan keadaan paling buruk demokrasi.

Sekiranya kerajaan meneruskan rayuan terhadap kes Anwar, ia akan mengukuhkan lagi pembangkang di mata rakyat. Ia akan membuang masa Anwar kerana beliau tidak dapat menangani isu dalam parti dan kempen hanya kerana harus berhadapan dengan isu perundangan dan duduk di mahkamah sepanjang hari," beritahu Malott.

Saya sudah kata bahawa saya tidak suka buat ramalan tetapi saya percaya sekiranya reformasi pilihanraya ini dijalankan dan pilihanraya menjadi adil, berkemungkinan pembangkang akan mendapat mandate rakyat. Mereka hampir melakukannya pada 2008 dan dengan sebelah tangan terikat. Saya menyuarakan ini bukan kerana perasaan saya tetapi adalah sebagai penganalisis politik.Malaysia Chronicle

Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Posted: 21 Jan 2012 09:29 PM PST

Lim Hong Siang


Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya.

Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

BR1M diagih berperingkat mulai 28 Jan

Posted: 21 Jan 2012 09:25 PM PST

Jadual penyampaian disediakan secara berperingkat membabitkan 15 majlis setelah mendapat pengesahan wakil-wakil rakyat di kawasan yang terlibat.


KUCHING: Seramai 42,209 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bahagian Kuching bakal mendapat 'durian runtuh' apabila pengagihan bantuan berkenaan akan diagihkan secara berperingkat-peringkat mulai 28 Januari ini.

Residen Bahagian Kuching, Abdul Rahman Sebli Senusi berkata, penyerahan baucer BR1M tidak dapat dilakukan pada tarikh sama seperti di beberapa negeri lain disebabkan Pejabat Residen Kuching hanya menerima baucer dan senarai penerima pada 13 Januari 2012.

Beliau berkata, pihaknya telah menyediakan jadual penyampaian secara berperingkat membabitkan 15 majlis setelah mendapat pengesahan wakil-wakil rakyat di kawasan yang terlibat.

"Setakat ini, Pejabat Residen Kuching menerima 42,209 senarai penerima yang telah diluluskan permohonan mereka dengan keseluruhan bantuan berjumlah RM21.1 juta.

"Seramai 9,637 penerima dijangka menerima pembayaran RM500 setiap seorang mulai 28 Januari hingga 7 Februari ini, manakala 32,572 penerima lagi baru sahaja diterima permohonan mereka dan sedang diuruskan," katanya.

Kad pengenalan

Rahman yang ditemani Timbalan Residen (Pembangunan Bahagian Kuching), Zamahari Haji Saidi dan Setiausaha Penyelaras Majlis

Penyampaian BR1M Kuching, Hairol Nizam Morshidi berharap semua penerima dapat menghadirkan diri ke majlis penyampaian beserta dengan membawa kad pengenalan masing-masing.

Kawasan Parlimen Petra Jaya merupakan penerima teramai BR1M iaitu 11,302 orang, diikuti Stampin (9,446), Bandar Kuching (7,502), Santubong (7,498) dan Mas Gading, 6,461 orang.

Majlis penyampaian BR1M bagi Parlimen Petra Jaya untuk kawasan N.7 Samariang diadakan pada 28 Januari bertempat di Dewan Hikmah dan Tapak Medan Sukma, Dewan Merpati Jepang (N.8 Satok).

Sementara untuk N.6 Tupong diadakan pada 29 Januari di Dewan Kampung Tupong Tengah, dewan Kampung Pinang Jawa, Dewan Taman Malihah dan Dewan SUPP Matang.

Semua majlis penyampaian BR1M untuk Parlimen Stampin diadakan di Dewan Ibu Pejabat SUPP Kuching membabitkan Dun Batu Kawa pada 30 Januari, Dun Batu Lintang (31 Januari) dan Dun Kota Sentosa, 1 Februari 2012.

Majlis penyampaian BR1M untuk Parlimen Santubong untuk Dun Demak Laut diadakan di Dewan MPC, Jalan Demak pada 2 Februari, Dun Pantai Damai di Bangunan Dun Lama (6 Februari) dan Dewan Masyarakat Lundu pada 7 Februari 2012.

Penyampaian bantuan Parlimen Bandar Kuching untuk Dun Pending dan Dun Padungan masing-masing diadakan di Dewan Suarah Kuching pada 31 Januari dan 1 Februari 2012.

"Penerima BR1M tidak dibenarkan menghantar wakil untuk menerima baucer. Pejabat Residen akan bekerjasama dengan agensi yang terlibat untuk menyerahkan baucer kepada penerima yang gagal hadir kerana alasan-alasan tertentu," kata Rahman.

Penerima boleh menghubungi hotline Pejabat Residen ditalian 082-246991 atau telefon pejabat 082-244434 untuk menyemak kedudukan permohonan mereka bermula jam 8 pagi hingga 5 petang termasuk pada hari Sabtu dan Ahad ini. Pejabat ditutup pada 23 dan 24 Januari ini sempena cuti Tahun Baru Cina.

Penerima BR1M kawasan Parlimen Petra Jaya juga boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Petra Jaya ditalian 082-444390 atau 013- 8051971 (En. Morshidi). Semakan status permohonan turut boleh diperolehi di hotline BR1M Kementerian Kewangan -1-800-222-500/1- 300-88-3010.

Doktor kena tindakan jika gagal lapor denggi

Posted: 21 Jan 2012 09:15 PM PST

Pengamal perubatan yang tidak melaporkan kes denggi yang dirawat di fasiliti kesihatan masing-masing akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata di bawah akta itu, semua pengamal perubatan bertanggungjawab melaporkan kes demam denggi kepada Pejabat Kesihatan yang terdekat dalam tempoh 24 jam.

"Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana kegagalan melaporkan kes menyebabkan tindakan kawalan tidak dilakukan dan seterusnya menyumbang kepada penularan jangkitan yang berterusan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Liow berkata pada tahun lepas, enam pegawai perubatan hospital swasta di Petaling Jaya dikompaun RM1,000 seorang kerana gagal melaporkan kes demam denggi yang dirawat di fasiliti mereka.

"Kementerian Kesihatan mendapati 213 kes demam denggi dari daerah Petaling yang dirawat di hospital berkenaan pada tahun 2011 dan daripada jumlah tersebut, enam kes demam denggi tidak dilaporkan di mana-mana pejabat Kesihatan.

Tindakan yang serupa akan diambil terhadap mana-mana pengamal perubatan di klinik atau di hospital swasta atau kerajaan, sekiranya tidak melaporkan kes denggi yang dirawat mereka.

Liow berkata kementerian akan membuat pemantauan berterusan terhadap hospital dan klinik swasta atau kerajaan, bagi memastikan semua kes demam denggi dilaporkan ke pejabat kesihatan terdekat.

Beliau berkata dua kematian direkodkan dalam dua minggu pertama tahun ini dengan 921 kes.
- Bernama

Tiga Adun PAS Selangor naik pangkat, bukti PAS penting dalam PR

Posted: 21 Jan 2012 04:01 PM PST

Oleh: Editor@WD




WarkahDaily
– Berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco baru kerajaan Selangor bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS baru-baru ini, kerajaan Selangor telah menyusun kembali beberapa portfolio Exconya.

Dr Yunus yang dilantik Exco semalam telah dipertanggungjawabkan dengan portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Membuktikan lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor amat diperlukan dan menafikan terus dakwaan konon PAS dipinggir dari kerajaan PR Selangor oleh pembangkang (Umno-BN), Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak melantik dua Adun dari PAS untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Selain Dr Yunus yang dilantik sebagai Exco, Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor turut diberi tanggungjawab memegang jawatan Pengerusi Skimsel (Skim Mikrokredit Selangor).

Manakala seorang lagi Adun PAS (Bangi), Dr Shafie Abu Bakar akan memegang jawatan Pengerusi PADAT (Perbadanan Adat Melayu) Selangor.

Perlantikan mereka bertiga dari kalangan Adun PAS telah membuktikan kepentingan PAS dalam kerajaan PR, dalam masa yang sama, menempelak para pemimpin pembangkang yang cuba melakukan provokasi konon PAS dipinggirkan dalam PR.

Apabila kerajaan pusat membuat keputusan di peringkat kampung…

Posted: 21 Jan 2012 03:57 PM PST

Oleh Mazir Ibrahim


Kejayaan sesuatu idea, dasar dan matlamat bergantung kepada cara ia dilaksanakan. Dalam konteks demokrasi akar umbi – di mana Malaysia tidak mengamalkan pilihan raya tempatan – cara pelaksanaanya sekarang boleh menjadi bukti sama ada kerajaan pusat mampu membantu rakyat tanpa pembabitan penduduk tempatan,

Sebagai contoh, dalam usaha mengekalkan Kampung Puah sebagai kampung tradisi di tengah-tengah ibu kota, media-media cetak hari ini melaporkan Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berunding dengan syarikat pemaju iaitu Aamin Development Sdn Bhd supaya pelan pembangunan dilakukan dengan "mengambil kira isi hati penduduk di situ."

Berdasarkan kenyataan di atas, lojik akal kita ialah jika mahu "mengambil kita isi hati penduduk", seharusnya pihak menteri berunding dengan penduduk, bukan dengan syarikat swasta.

Kerajaan dan masyarakat adalah rakan kongsi. Tetapi dalam kes ini, kelihatan jelas sekali bahawa rakan kongsi kerajaan kerajaan adalah syarikat swasta, bukan rakyat.

Politik dan perniagaan

Syarikat Aamin Development ini milik siapa? Adakah penduduk tempatan di situ tahu siapa pemiliknya? Bila dan bagaimanakah syarikat ini masuk tender? Berapa kos yang kerajaan negeri/wilayah (baca: rakyat) harus tanggung dengan cukai rakyat itu?

Malah laporan sebuah akhbar hari ini menyatakan Perdana Menteri memberi jaminan: "Tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) berunding dengan syarikat pemaju berkenaan supaya tolong bertimbang rasa sediakan sebahagian daripada tanah untuk kampung tradisi".

Dalam konsep perniagaan, apa rasionalnya syarikat swasta dan kerajaan bersengkongkol untuk membahagi-bahagikan tanah kononnya atas nama keperluan untuk rakyat?

Najib juga dilaporkan berkata, "Kalau ada 30 ekar, berilah 10 atau 15 ekar untuk membina satu perkampungan budaya Melayu di sini. Saya faham isi hati penduduk di sini yang ingin merasa kehidupan di dalam perkampungan tradisi di tengah-tengah bandar dan saya pun faham ini boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong."

Adakah syarikat akan memberi percuma tanah? Jika bukan percuma, apa harga yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat swasta?

Adakah benar masyarakat tempatan kampong Puah mahukan kampung tradisi untuk tujuan pelancongan?

Bukankah di mana-mana kampung, yang menjadi keutamaan ialah mengekalkan keadaan semula jadi demi ketenangan dan ketenteraman hidup tanpa kebingitan pembangunan yang bersimpang-siur tanpa perancangan yang baik dan tersusun.

Ini isu keperluan asasi, tidak timbul isu sama ada masyarakat mahu kampung tradisi untuk pelancongan atau perkelahan. Jika ada keinginan itu sekali pun, masyarakat tetap mahukan satu pembangunan yang mereka sukai, iaitu dengan mewujudkan sistem perancangan yang teliti, mesra alam dan dengan kos yang munasabah. Ini kehendak asas mereka.

Sistem melahirkan korupsi

Ini menjadi gambaran apabila rakyat dan penduduk tempatan tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan pembangunan di tempat mereka sendiri. Sebaliknya, kuasa eksekutif pusat yang bersengkongkol dengan syarikat swasta yang menentukan setiap dasarnya. Amalan ini sudah berterusan puluhan tahun.

Dengan sistem inia, kita tidak dapat membayangkan berapa ratus juta wang cukai kita digunakan sewenang-wenangnya mengikut kepentingan pihak penguasa.

Sistem yang sedang kita amalkan ini hanyalah sistem sehala, dari atas turun ke bawah. Barangkali dalam suasana mundur dan penuh kekacauan, sistem ini dilihat perlu dan berkesan demi memacu kebangkitan dan meredakan kekacauan.

Tetapi dalam suasana yang sudah subur seperti hari ini, sistem seperti itu barangkali sudah ketinggalan zaman, apatah lagi ia penuh dengan kecacatan dan mudah berlakunya kegiatan korupsi di pelbagai peringkat.

Alternatif kepada sistem ini adalah konsep disentralisasi di antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan.

Kelestarian pembangunan

Ekonomi sesuatu kawasan itu mampu berkembang apabila pelaburan ekonomi bersih tanpa rasuah atau korupsi, selain kemudahan infrastruktur asas seperti sistem perhubungan yang cekap. Inilah asasnya.

Aktiviti ekonomi wujud apabila ada pelaburan, dan pelaburan akan datang mencurah apabila indeks persepsi rasuah atau korupsi rendah. Untuk mencapai dua keperluan ini, harus wujud ketelusan, dan ketelusan ini hanya mampu dilaksana jika rakyat diberi kuasa untuk memilih dan memantau pentadbir sesuatu kawasan atau daerah.

Kita tidak katakan sistem disentralisasi ini sempurna seratus peratus, tetapi ia adalah kaedah yang jauh lebih baik untuk mencegah korupsi dan menjadikan manusia lebih bertanggungjawab dan amanah. Hubungan antara masyarakat dan kerajaan mestilah ada hubungan dua hala.

Dalam kes seperti yang dilaporkan di atas, jika kerajaan tempatan itu dipilih oleh masyarakat setempat, pasti Perdana Menteri yang melawat ke Kampung Puah itu hanya sebagai pendengar keluhan dan rintihan rakyat.

Sebaliknya, dalam sistem yang diamalkan hari ini, rakyat yang terpaksa mendengar Najib berucap dan berjanji itu dan ini. Rakyat, walau pun muak dengan gua-gula politik, tidak ada apa-apa pilihan kerana tidak diperkasakan di peringkat akar umbi.

Salah satu alternatif untuk rakyat adalah pilihan raya majlis tempatan. Sekurang-kurangnya rakyat tempatan mempunyai kuasa untuk memilih sendiri mana-mana pemimpin yang mampu membangunkan kawasan akar umbi atau menolak mereka yang gagal menunaikan tanggungjawab dan janji. – Roketkini.com

Penantian Penduduk Kampung Rawang Tin Untuk Miliki Rumah Selesa Berakhir

Posted: 21 Jan 2012 03:56 PM PST

Oleh Mohd Ezli Mashut


RAWANG : Penantian sekian lama penduduk Kampung Rawang Tin untuk mendapatkan kediaman selesa berakhir apabila kerajaan Selangor melaksanakan pelan penempatan semula kawasan itu.

Kampung yang mempunyai 285 tanah plot tersebut akan dimajukan sebagai sebuah taman yang dinamakan Taman Rawang Tin.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap taman itu akan menjadi sebuah taman contoh dari segi keindahan persekitaran, kualiti pembangunan dan kerjasama di kalangan penduduk.

Menurut Abdul Khalid, pembangunan semula kawasan penempatan itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Rawang Tin dengan persetujuaan daripada penduduk sendiri.

"Ini perlu dilakukan kerana corak tanah yang berlumpur, rendah dan tidak rata menyebabkan banjir sering berlaku dan merugikan penduduk.

Maka, syarikat Westwood Development Sdn Bhd telah dilantik untuk memajukan kawasan ini," kata Abdul Khalid, yang merasmikan upacara pecah tanah di sini semalam.

Tambah Abdul Khalid, sejak Julai 2009, tapak seluas lebih 89,000 meter persegi ini telah diluluskan dengan kadar premium mengikut nilai semasa.

Manakala permohonan pengurangan kadar premium untuk 145 unit setinggan juga sudah diluluskan pada 20 Januari 2010.

"Alhamdulillah, bayaran premium yang dikenakan telahpun dijelaskan pada Jun 2010 dan kebenaran merancang diberikan sejak Januari 2011.

"Pada 3 Januari 2012,lesen Pemajuan Perumahan telah diperolehi daripada Jabatan Perumahan Negara," kata Abdul Khalid.

Majlis Perasmian Pecah Tanah Bagi Penempatan Semula Setinggan itu turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Ean Yong Hian Wah, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Samad, Ahli Parlimen Selayang Wiliam Leong Jee Keen, ADUN Rawang Gan Pei Nei dan Pegawai Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Pengalaman Membantu Dr Ahmad Yunus Menjadi Exco Belia dan Sukan

Posted: 21 Jan 2012 03:52 PM PST

Oleh Hafizan Taib


SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Dr Ahmad Yunus Hairi adalah pemimpin yang amat sesuai untuk membawa pembangunan belia dan sukan di Selangor ke tahap yang lebih cemerlang.

Menurutnya, Dr Ahmad Yunus sebagai pemimpin yang mewakili golongan muda dan belia tentunya lebih memahami akan kehendak golongan itu dan amat sesuai untuk jawatan tersebut.

Sebelum perlantikannya sebagai exco pada 18 Januari, portfolio belia dan sukan disandang Menteri Besar sendiri. Pada masa itu Dr Ahmad Yunus menjadi pembantu kepada Abdul Khalid di dalam portfolio tersebut.

Kini, Dr Ahmad Yunus, yang juga ADUN Sijangkang, bertanggungjawab terhadap portolio Pembangunan Belia dan Sukan dan Adat Resam Melayu.

"Itulah sebabnya Kerajaan Negeri Selangor berpendapat belia dan sukan ini perlu diperhebatkan.

"Jadi oleh sebab itu saya mengucapkan tahniah kepada Dr Ahmad Yunus yang sekarang jadi Exco Belia dan Sukan menggantikan Menteri Besar. Dr Ahmad Yunus ialah seorang belia yang bersedia untuk memberikan sumbangan demi kejayaan sukan negeri Selangor.

Kerajaan negeri akan terus membiayai pembangunan sukan di Selangor bagi melahirkan barisan atlet yang berpotensi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Abdul Khalid berkata pihaknya menyediakan peruntukan lebih RM30 juta bagi tujuan itu.

"Walaupun ada kalanya pembangunan sukan perlu dibuat melalui Kementerian Belia dan Sukan tetapi Kerajaan Negeri ingin menambah nilai dengan menyediakan belanjawan yang akan dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan sukan untuk negeri Selangor.

Sejumlah lebih daripada RM30 juta akan kita sediakan untuk program pembangunan ini. Jadi sebab itulah pada saya dengaan adanya exco yang bertugas khas untuk tugas-tugas ini dan disokong Majlis Sukan Negeri Selangor dan jawatankuasanya akan membawa satu era baru dan semangat baru," katanya dalam Majlis Perasmian Penutup Sukan Selangor (Sukses) ke 9 di sini semalam.

Turut hadir, Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam, Dr Yaakob Sapari.

Dalam majlis itu Abdul Khalid menyampaikan hadiah kepada Olahragawan dan Olahragawati Sukses iaitu dua atlet memanah, Hay Cheng Feng, 17 dan Siti Farah Izzati Mohd Masron, 14 serta daerah Petaling sebagai Juara Keseluruhan yang mengumpul 37 emas, 26 perak dan 29 gangsa.

Menteri Besar turut menyerahkan insentif dari Kerajaan Negeri berjumlah RM164,200 kepada 58 atlet Selangor yang mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan Sea 2011 di Indonesia.

Mengambil contoh Sukses ke-9 yang berlangsung dari 10 hingga 20 Januari lalu, katanya, menjadi medan untuk pencarian bakat-bakat muda sukan yang berpotensi dari peringkat akar umbi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Maka, tegasnya, Kerajaan Negeri akan terus membantu semua pihak termasuk Majlis Sukan Negeri Selangor, persatuan sukan dan pihak berkuasa tempatan yang sentiasa berusaha gigih dalam menjayakan program sukan seperti itu.

"Saya dapati Sukses adalah tapak utama untuk kita memilih ahli sukan untuk bersedia bagi Sukan Malaysia (Sukma). Saya mengingatkan dalam sukan tiada jalan mudah tetapi kena ada latihan.

Jadi sebab itulah saya percaya selepas Sukses ini kita akan teruskan latihan kepada mereka yang dianggap sesuai untuk menyertai dan mengambil bahagian mewakili Selangor," katanya.

Kementah digesa guna istilah betul untuk kapal peronda

Posted: 21 Jan 2012 03:51 PM PST


KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat hari ini menggesa Kementerian Pertahanan agar tidak menggunakan istilah Kapal Penggempur Pantai (LCS) bagi pembelian enam unit Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang sebelum ini bernilai RM6 bilion, tetapi kemudiannya meningkat kepada RM9 billion.

"Kerajaan sebelum ini mengesahkan kos pemilikan enam buah kapal dengan perbandingan program LCS Amerika Syarikat yang dianggarkan bernilai antara RM1.5 billion ke RM2.5 billion seunit, dan mendakwa memperoleh kapal tersebut dengan harga yang murah-RM1.5 billion seunit," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar).

Beliau dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, selepas pertemuan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – Saifuddin Nasution, Dzulkefli Ahmad, dan dirinya dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi di pejabatnya, mereka dimaklumkan bahawa kementerian berkenaan tidak memiliki LCS.

LCS merupakan program spesifik pembinaan kapal oleh Tentera Laut Amerika sahaja. Amerika hanya mempunyai dua unit LCS yang sedang digunakan dengan kapal tambahan masih lagi dalam pembinaan.

"Menurut Naval-Technology.com, LCS merupakan kapal yang pantas, mudah dikendalikan, dan variasi kapal penggempur pantai khusus dalam keluarga kapal penggempur US. Kedua-dua kapal tersebut berkeupayaan mencapai kelajuan 40 knots dan jarak jangkauan transit melebihi 3,500 batu, jelas Tony Pua.

Menurutnya, Wikipedia pula menyatakan LCS berkeupayaan untuk "menambah keupayaan untuk melancarkan serangan kecil dengan deck penerbangan dan hangar yang cukup luas untuk meletakkan dua unit helikopter SH-60 Seahawk, berkeupayaan untuk melancarkan bot kecil, dan mempunyai muatan yang luas untuk memuat kargo dan kumpulan kecil penyerang bersenjata di kemudahan limbungan pelabuhan."

Sementara itu, Tony Pua turut menjelaskan, Defense Industry Daily turut mengesahkan LCS mempunyai "115 – 127 meter panjang dan 2,800 – 3,100 tan muatan" dan berlainan dari aspek tipikal melalui kadar kedalaman air.

"Namun begitu, Kementerian Pertahanan telah mengesahkan dalam dialog tersebut, SGVPs hanya mampu mencapai kelajuan 28 knots dan bukannya 40-45 knots seperti kelajuan LCS.

"Selain itu, kapal kita akan menjadi lebih pendek 105 meters dan kadar jarak transit hanya boleh mencecah sejauh 3,500 batu. Pengumuman awal yang dibuat kementerian sebelum ini mengesahkan kapal tersebut akan mempunyai kapasiti 2,500 tan, dan hanya mampu membawa seunit Eurocopter 725 dan tidak memiliki keupayaan untuk melancar bot kecil," tambahnya lagi.

Menurut Setiausaha Kebangsaan DAP ini lagi, pengumuman oleh kontraktor kementerian, Boustead Naval Shipyards di Bursa Malaysia bulan lalu, dan pertemuan dengan wakil PR mengesahkan "kita akan memiliki 'Gowind Class Corvettes' yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal yang terlibat skandal DCNS."

"Ini akan mencalarkan imej pertahanan mana-mana perkhidmatan ketenteraan yang menggunakan khidmat mereka untuk SPGV sampai ke tahap LCS," tegasnya.

"Kami menuntut kementerian membuktikan perkara yang benar dan tidak berselindung di sebalik penggunaan nama untuk penentuan jumlah.

"Kapal Gowind-bukanlah kapal yang boleh diperkecilkan, dan sangan berkuasa yang akan mengukuhkan kedudukan tentera laut negara, namun begitu, tidak bermakna, ia boleh disamakan dengan LCS seperti yang diwar-warkan menteri dan kerajaan," tambahnya yang turut berterima kasih kepada Zahid kerana sudi berjumpa wakil mereka dalam dialog tersebut dua hari lalu.

Selamat Tahun Baru Cina: Selamatkan negara dari bankrap

Posted: 21 Jan 2012 03:37 PM PST

Mumtaz Md Nawi,

Antara keunikan utama dan menambah warna budaya Malaysia ialah kepelbagaian kaum. Hari ini rakan-rakan kita dari kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina 2012 dengan lambang (tahun) Naga Air.

Wujudnya hari besar dalam kehidupan kita sebagai platform untuk bertemu mata dengan kaum keluarga dan merapatkan hubungan setelah setahun terpisah lantaran sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing.

Keceriaan kaum wanita dan pendekatan serta persiapan mereka dengan pakaian dan makanan jelas menambah perisa Tahun Baru yang akan diraikan.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ingin melebarkan ucapan Tahun Baru Cina terutama kepada wanita dan keluarga mereka moga tahun mendatang ini akan membawa "kekayaan" dan kecemerlangan hidup buat semua. Semua rakyat Malaysia berkongsi rasa gembira bila kaum Tionghua dapat menikmati Tahun Baru di seluruh negara dengan penuh ceria.

Maka sudah tentu keceriaan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuklah politik dan ekonomi.Sebarang kenaikan harga barang yang tidak wajar dan berterusan sudah pasti akan memenatkan dan merencatkan persediaan keluarga untuk menyambut Tahun Baru Cina dan selepas perayaan Tahun Baru Cina yang masih berbaki 363 hari.

Keperluan pendidikan, perumahan, makanan serta kegunaan harian adalah antara isu penting untuk diutarakan sebagai bahan dalam majlis YEE SANG dan sudah pasti hidangan Buku Jingga,Buku Hijau Negara Berkebajikan dan Tawaran Jingga dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia akan menghangat dan melazatkan lagi juadah makan bersama wanita dan keluarga.

PAS menerusi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk membantu rakyat kaum Tionghua untuk menyuarakan hasrat dan citra mereka melalui pilihan raya.

Kemajuan demokrasi politik dan negara akan ditentukan rakyat kita melalui bilik mengundi dengan semua warganegara semua kaum semua peringkat umur mendaftar sebagai pengundi dan TURUN mengundi Pakatan Rakyat.

Pesanan dan gesaan serta persediaan untuk balik mengundi bersama rakan dari tempat kerja ke rumah masing-masing semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti. Kepulangan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat sama penting dengan duit yang mereka bawa balik kerana nilai RM ditentukan oleh kestabilan politik negara.

Kita perlu menyelamatkan negara ini dari bankrap kalau masih dipegang oleh BN kerana inilah kenyataan dan rekod BN.

Sebagai wanita yang dihargai oleh keluarga dan berpendidikan, pendapat kita dirujuk dan dikira dalam urusan pentadbiran rumahtangga kerana kita rakan kongsi dan pentadbir rumah dan keluarga.

Oleh itu sebagai ibu, isteri,nenek, anak perempuan , adik dan kakak yang saban hari terdedah kepada jenayah ragut, rogol dan rompak termasuk dalam rumah kita wajib menyuarakan hak kita untuk memastikan keselamatan kita oleh pemimpin negara menerusi kertas umndi.

Jumlah 52.3% kemasukan pelaburan asing (FDI) ke 4 negeri Pakatan Rakyat berbanding 47.7 % sahaja FDI ke 9 negeri yang diperintah oleh BN dalam tempoh 2008 hingga 2011 sahaja jelas menunjukkan keyakinan pelabur luar negara kepada ketelusan dan integriti pimpinan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan perlu diperkuatkan dan disemarakkan ke seluruh negara. Kita perlu bersatu untuk mara ke Putrajaya!

Justeru, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru dan mengajak para wanita untuk mengambil peluang keemasan ini untuk mengajak semua ahli keluarga balik mengundi Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP, Keadilan dan mana parti sekutu dalam Pakatan Rakyat untuk PRU 13 ini.

We wish you a HAPPY CHINESE NEW YEAR AND LETS VOICE OUT... VOICE OF CHANGE!

Bersama Selamatkan MALAYSIA Tanahair Kita!

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT MENGUNDI Pakatan Rakyat untuk PRU 13!

祝大家身体健康,万事如意!Gong Xi Fatt Chai!

MUMTAZ BINTI MD.NAWI
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)
Mewakili Semua Kepimpinan DMPP & Muslimat PAS Seluruh Malaysia

Ahli perniagaan dakwa dipukul anggota polis mabuk

Posted: 21 Jan 2012 03:28 PM PST

Seorang ahli perniagaan hari ini membuat laporan polis mendakwa telah dipukul oleh sekurang-kurangnya empat anggota polis berpakaian preman di Bukit Sentosa malam tadi.

police brutality victim khoo gin seongMenurut Khoo Gin Seong, 44 (kiri), seorang anggota polis yang dikenali di situ dengan nama Mansur, telah memukulnya ketika dia sedang minum dan bermain judi di sebuah kedai kopi di situ pada kira-jam 9 malam.

Khoo juga mendakwa Mansur, yang dikatakan sering datang di kedai kopi, mencuri RM1,000 yang menurutnya wang yang dimenanginya dalam permainan kad.

Khoo mendakwa Mansur, yang duduk di meja dekatnya, mabuk selepas minum bir dan tidak senang dengan ahli perniagaan itu yang bercakap kuat.

Ia mencetuskan pertengkaran, yang berakhir dengan Mansur didakwa memukul Khoo, dengan bantuan "empat atau lima" individu lain yang didakwanya dikenali sebagai anggota polis.

Dia mendakwa, kejadian itu disaksikan oleh sekurang-kurangnya empat orang yang berada di kedai kopi itu.

Ahli perniagaan itu mendakwa dia kemudian dibawa ke balai polis Bukit Sentosa, di mana dia tidak dibenarkan pergi dari situ sehingga kawan-kawannya datang dengan membawa "beberapa ratus ringgit" pada sekitar tengah malam.

Empat jam kemudian, Khoo pergi semula ke balai polis yang sama untuk membuat laporan polis, tetapi mendakwa kakitangan di situ enggan menerimanya.

Laporan itu akhirnya dibuat pada jam 4.51 pagi selepas dia dikatakan enggan mengalah.

Dalam laporan tersebut Khoo mendakwa mereka memukulnya hingga gigi palsunya patah dan badannya sakit.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas sidang akhbar mengenai perkara itu di Rawang, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata Khoo menelefonnya sekitar jam lapan pagi mengadu mengenai kejadian itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, balai polis Bukit Sentosa mengesahkan Khoo telah membuat laporan mengenai perkara itu pagi ini, tetapi tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut kerana ia dalam siasatan.

'Ah Wah Gor' atasi 'Ah Jib Gor'

Posted: 21 Jan 2012 03:23 PM PST

Hanya seminggu selepas aman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mandarin 'Ah Jib Gor' dilancarkan, penyokong lawan politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewujudkan laman Facebook dengan nama 'Ah Wah Gor'.

NONEDan dalam masa 24 jam, 'Ah Wah Gor', yang bermaksud 'Abang Anwar 'dalam bahasa Cina, telah menarik lebih daripada 15,000 pengikut, sekaligus mengatasi 'Ah Jib Gor' yang menarik 14,400 dalam masa seminggu.

Pengikut 'Ah Wah Gor' telah meraikan sambutan besar itu selepas angkanya berjaya mengatasi lawannya petang ini.

Pentadbir laman tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka

yang memberi sokongan padu dan mengambil kesempatan itu untuk menyeru mereka membantu mengubah rejim dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

Tiada ulasan: