DIALOG RAKYAT |
- Fitnah II: AG guna hukum rimba untuk penjarakan semula Anwar
- Muafakat: Kekalkan kampung tradisi Melayu hanya janji manis BN
- Gantung pelajar sekat hak asasi, kata Suhakam
- Bunyi aneh langit: Amaran akhir zaman?
- Umno K'tan kenalpasti 100,000 pengundi luar
- Kumpulan bertopeng 'selamatkan' Adam...
- Video MCA kias seolah DAP 'hanya pandai bercakap'
- Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'
- Hilangnya semangat Muhyiddin, berhati-hati dikala Umno sedang bertelagah sesame sendiri
- Pintu Mahkamah Belum Tutup
- Sombong Bukan Akhlak Muslim
- Melayu Masuk DAP : Pas Tidak Gusar
- Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri
- Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia
- Najib Lawat Kelantan Selasa Ini
- Hari Kelima Ops Sikap Catat 11 Kematian
- PKNS siasat kakitangan rasuah
- Beberapa laluan di lebuh raya PLUS bergerak perlahan
- Video Aib Fitnah Anwar Disebarkan ke Ahli Majlis PBT
- Forum di tepi tembok
- Pembangunan Kg.Baru: Kepentingan pemilik dan pewaris tanah atau kepentingan politik?
- Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis
- Lawatan PM: Penduduk Kg Baru tunggu kehadiran Najib
Fitnah II: AG guna hukum rimba untuk penjarakan semula Anwar Posted: 21 Jan 2012 05:41 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Peguam negara mengguna hukum rimba apabila memfailkan rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Beliau merujuk kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menyatakan kononnya rayuan tersebut difailkan berdasarkan kepada bukti keterangan dan undang-undang. "Yang nyata rayuan ini bermotifkan politik, secara tidak sah dan dipengaruhi oleh keputusan pemerintah BN. Sekiranya pejabat peguam negara meneruskan rayuan berdasarkan keterangan dan undang-undang, tidak akan ada rayuan difailkan terhadap pembebasan ini. "Satu-satunya jenis undang-undang rayuan seperti ini mungkin berasaskan kepada hukum rimba," kata beliau sambil menambah keputusan itu memalukan reputasi negara diperingkat antarabangsa. Menurut Surendran, sejak 1998, peguam negara telah menjadi alat kepada Umno untuk melakukan pendakwaan tidak bermoral terhadap Anwar dengan tujuan memenjarakan dan menamatkan karier politik ketua pembangkang itu. Tambah beliau, Abdul Gani sepatutnya mempertimbangkan keperluan rayuan berdasarkan keseluruhan bukti yang disampaikan pada perbicaraan itu dan kecatatan serta kelemahan pendakwaan. "Seperti ditunjukkan secara jelas oleh peguam semasa perbicaraan, kes terhadap Anwar sangat lompong malah tiada keperluan untuk melihat alasan penghakiman," ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi. Menurut Surendran, rayuan tersebut juga menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional sejak 54 tahun lalu, akibat pemerintahan yang rasuah dan autoritarian. "Rayuan ini adalah bukti lanjut bahawa janji-janji Najib membuat perubahan dan pembaharuan adalah tidak lebih daripada penipuan besar-besaran dan hipokrit ke atas rakyat negara ini," ujar beliau. Apa yang jelas katanya, motif ayuan ini adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat dari memenangi kuasa kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang. Namun, walau apapun terjadi, katanya, Anwar dan Pakatan Rakyat tidak akan gagal dalam perjuangan untuk membawa perubahan dan pembaharuan, bagi membentuk Malaysia yang lebih adil dan saksama. | ||
Muafakat: Kekalkan kampung tradisi Melayu hanya janji manis BN Posted: 21 Jan 2012 05:38 AM PST
KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) menyeru penduduk Kampung Puah tidak terpengaruh dengan janji manis Perdana Menteri untuk mengambil kira pandangan penduduk dalam pembangunan kampung tersebut. | ||
Gantung pelajar sekat hak asasi, kata Suhakam Posted: 21 Jan 2012 05:30 AM PST
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) memandang berat akan keputusan sesetengah universiti baru-baru ini yang menggantung pelajar-pelajar yang telah menyuarakan pendapat dan mendakwa bahawa mereka telah memburukkan nama instituti tersebut dan mengganggu ketenteraman awam. Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataannya hari ini. Hasmy berkata, adalah dikesalkan bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar malah ia juga bertentangan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Pindaan itu, katanya, membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (the Universal Declaration of Human Rights). Kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti. Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara, katanya. "Suruhanjaya mengalu-alukan rundingan awal yang diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama Suruhanjaya, wakil-wakil pelajar dan pihak berkepentingan yang lain mengenai peruntukan yang kontroversi di dalam AUKU," kata beliau dalam kenyataannya itu. Suhakam juga, katanya, berharap agar rundingan awam serta dialog terbuka selanjutnya dapat diadakan agar ianya akan membolehkan pelajar-pelajar mencapai lebih banyak hak dan kebebasan. | ||
Bunyi aneh langit: Amaran akhir zaman? Posted: 21 Jan 2012 05:08 AM PST KL TODAY.COM 'Suara aneh dan menakutkan dari langit' yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini. "Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…
"Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..," kata Harussani (gambar) di sini hari ini. Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut. "Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang. "Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi… "Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin 'sar-sar', angin 'sar-sar' ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin 'sar-sar' ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth," ulasnya lagi. Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia. Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai "High Frequency Active Auroral Research Programme" (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia. Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut. | ||
Umno K'tan kenalpasti 100,000 pengundi luar Posted: 21 Jan 2012 05:06 AM PST MALAYSIA KINI Kesemua 14 bahagian Umno di Kelantan diarah mengenalpasti lebih 100,000 pengundi yang berada di luar negeri itu supaya pulang mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, mereka merupakan kira-kira 15 peratus pengundi yang berdaftar di Kelantan yang mempunyai kuasa penentu kemenangan sesebuah parti. "Mereka berada di beberapa buah negeri termasuk, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Trengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan jentera pilihan raya BN DUN Perupuk hari ini. Lebih 100 peserta menyertai seminar itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Umno bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin. Awang Adek, yang juga ketua Umno bahagian Bachok, berkata usaha setiap bahagian mengenalpasti pengundi luar itu akan dipantau oleh Biro Pengundi Luar yang dipengerusi ketua Umno bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Sementara itu, Umno Terengganu telah menyiapkan bancian pengundi luar bagi mengenal pasti mereka yang layak mengundi dalam pilihan raya umum Ke-13. Pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Said berkata menerusi bancian itu, pihaknya berjaya mengesan seramai 69,000 pengundi luar yang tidak pulang semasa pilihan raya lalu selain turut membuat bacaan sikap mereka. "Kita ada semua maklumat perhubungan seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal sebab kita nak hubungi mereka dan minta mereka pulang mengundi pada PRU 13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Penutupan Pemukiman Kepimpinan Umno Terengganu hari ini. Penutupan program tiga hari yang berakhir hari ini dilakukan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan dihadiri 421 anggota parti. Ahmad, yang juga menteri besar Terengganu, berkata bancian terhadap pengundi luar merupakan segmen penting bagi sesebuah parti dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana golongan berkenaan berupaya menentukan kemenangan parti dalam pilihan raya. Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau DUN supaya menggunakan data dan maklumat bancian itu pada PRU 13 kelak.- Bernama | ||
Kumpulan bertopeng 'selamatkan' Adam... Posted: 21 Jan 2012 05:02 AM PST Pergerakan Occupy Dataran meneruskan acara mereka hari ini di Kuala Lumpur dengan membawa isu penggantungan aktivis pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli Abdul Halim. Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis itu berhimpun di satu kawasan siar kaki yang menjadi tumpuan utama pelancong di Bukit Bintang dengan mementaskan satu sketsa pendek berhubung tindakan yang dikenakan ke atas Adam. Pementasan satira itu turut dijayakan oleh beberapa orang aktivis yang masing-masing memakai topeng yang memaparkan wajah para pentadbir universiti yang terlibat dalam kes Adam. Aktivis berkenaan juga memakai papan tanda yang memaparkan nama pentadbir kampus tersebut. Turut beraksi dalam pementasan satira itu ialah Adam sendiri yang melakonkan semula tindakan yang dikenakan ke atasnya oleh pentadbir kampus tersebut. Para pentadbir itu digambarkan melakukan kekerasan ke atas Adam, dengan menolak Adam ke lantai dan memukul pelajar berkenaan sambil menari dengan diiringi muzik popular "Chicken Dance." Kumpulan pentadbir universiti itu juga membawa bendera dengan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam lakonan berkenaan. Kumpulan pentadbir universiti itu kemudiannya "diselamatkan" oleh sekumpulan peserta Occupy Dataran yang menghalau para pentadbir kampus itu . Antara tokoh yang dijadikan sasaran pementasan satira itu ialah Professor Datuk Dr Zainal Kling yang mengetuai panel lapan juri dalam membuat keputusan menggantung pengajian Adam selama tiga semester, 9 Januari lalu. Dalam pementasan yang berlangsung tidak sampai sepuluh minit itu, Adam turut melakonkan semula tindakannya menurunkan 'bendera' dengan wajah perdana menteri – tindakan kontroversi yang menyebabkan beliau dikenakan tindakan oleh UPSI. Selain itu, kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk dengan slogan "UPSI kenapa kau angkuh sangat?" Pementasan berkenaan, yang diawasi kira-kira 20 orang anggota polis tersebut, menarik perhatian orang ramai di kawasan tumpuan pelancong tersebut. | ||
Video MCA kias seolah DAP 'hanya pandai bercakap' Posted: 21 Jan 2012 04:58 AM PST Dengan Tahun Baru Cina akan menjelang dua hari lagi dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin hampir, MCA telah memuatkan video di YouTube yang dilihat sebagai satu percubaan untuk 'membunuh dua ekor burung dengan satu batu" - mengucapkan selamat tahun baru dan pada masa yang sama, membidas musuh politiknya, DAP. Satu video selama satu setengah minit yang dimuat-naik oleh ibupejabat MCA tiga hari lalu, secara tersirat dilihat seolah membayangkan bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji-janjinya. Video itu bermula dengan memaparkan sebuah keluarga yang bertutur berbahasa Cina, sedang sibuk membersihkan rumah mereka sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina Isnin ini. Ia memaparkan dua orang lelaki yang nampaknya seperti adik-beradik. Lelaki yang muda memakai baju merah putih, manakala yang seorang lagi memakai baju putih berkolar biru. Kebetulan, baju putih berkolar biru adalah baju seragam parti MCA untuk lelaki, manakala merah dan putih adalah warna DAP. Dalam video itu, adiknya kelihatan banyak bercakap dan banyak memberi arahan, manakala abangnya sibuk membersihkan rumah. Tidak sabar dengan sikap adiknya itu, lelaki berbaju kolar biru itu kedengaran berbisik: "Hah, hanya pandai bercakap, tetapi tak pernah bertindak. Akhirnya, saya yang terpaksa buat kerja awak." Seorang wanita - mungkin ibu mereka - muncul menghantar sebuah baldi berisi air dan sehelai kain mencuci kepada lelaki muda itu, seolah-olah mengatakan yang dia juga perlu membantu mencuci rumah tersebut. Sejurus selepas ibu berlalu, lelaki muda itu beredar meninggalkan abangnya seorang sahaja melakukan kerja tersebut. "Tak mengapalah, jika kamu tidak mahu buat kerja, biarlah saya yang buat," keluh abang itu sambil engambil baldi dan meneruskan kerja membersihkan habuk plak anugerah dan sijil pujian yang tergantung di dinding. Plak tersebut memaparkan beberapa slogan MCA seperti 'MCA kerja untuk Pendidikan' dan 'Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA' Video itu berakhir dengan keluarga tersebut menikmati makan malam bresama, serta ucap selamat dari MCA. Ketika dihubungi pada hari Khamis,timbalan ketua biro publisiti MCA, Loh Seng Kok bagaimanapun enggan mengulas mengenai video tersebut. Manakala penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Teo Nie Ching (kiri) sekeras-kerasnya menolak tuduhan tersirat dalam video itu. Sebaliknya, Teo yang ahli parlimen Serdang berkata, video itu sebenarnya memaparkan bahawa pemimpin MCA yang banyak bercakap, tetapi tidak boleh melaksanakan. Teo mengambil contoh Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong yang didakwanya sebagai pemimpin yang gagal. "Baguslah MCA memberi peringatan seumpama itu sewaktu musim perayaan ini. Malah, MCA mempunyai terlalu ramai pemimpin yang hanya tahu bercakap." | ||
Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar' Posted: 21 Jan 2012 04:55 AM PST MALAYSIA KINI Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney. Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM). | ||
Hilangnya semangat Muhyiddin, berhati-hati dikala Umno sedang bertelagah sesame sendiri Posted: 21 Jan 2012 01:44 AM PST Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Muhyiddin Yasin telah menjadi seorang yang kurang bersemangat sejak kebelakangan ini. Anda mungkin bertanya, apa yang telah menjadikannya begitu kurang bersemangat – dalam kebanyakan perkara ! Suka atau tidak, Timbalan Perdana Menteri dan orang nombor 2 Umno yang sudah berusia 64 tahun itu terpaksa juga bertindak balas. Lambat laun, beliau perlu membuat keputusan sama ada masih mahu mejadi lembu cucuk hidung untuk mantan perdana menteri Mahathir Mohamad atau tidak. Jika diamati keadaan sekarang, Muhyiddin kini menghadapi dilema besar. Beliau enggan melepaskan jawatannya dan pada masa yang sama tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan yang semakin menjadi-jadi antara Mahathir dan Najib. Hanya sekadar orang nombor dua sahaja, Muhyiddin sedar beliau tidak mempunyai hak untuk memberi komen tentang isu-isu negara. Najib tidak memerlukan dia untuk membuat keputusan dalam perkara-perkara yang kritikal. Apa yang telah diputuskan oleh Najib adalah hak Najib seorang sahaja. Tiada sokongan padu
Walaupun peranannya agak kecil, Muhyiddin sebenarnya gembira kerana tidak terlibat dalam apa-apa pertelingkahan. Terutamanya apabila dia sendiri bukan penyebabnya. Mungkin bukan buat masa ini. Mereka yang telah membuat spekulasi bahawa Muhyiddin telah cuba mencabar Najib dalam Umno pada pemilihan parti adalah tepat. Dalam diam, Muhyiddin berkomplot dan merancang kempen 'Malay first-Malaysian second' yang diperjuangkan untuk mendapat sokongan ahli-ahli Umno. Namun, sejak beliau enggan menyokong dasar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris yang didokong oleh Mahathir keadaan bertambah buruk. Dengan sekelip mata, ia menjadi jelas kepada semua bahawa Muhyiddin tidak mendapat sokongan yang banyak daripada pemimpin tertinggi Umno termasuk Mahathir. Mereka juga tahu bahawa Muhyiddin tidak mempunyai wang yang banyak dan sokongan akar umbi. Akibat keraguan, Muhyiddin mendapati dirinya sekali lagi di pinggirkan oleh kepimpinan Umno. Membiarkan diri dipergunakan
Sehinggakan beliau terpaksa membenarkan dirinya dipergunakan oleh mereka yang berebut kuasa. Sebelum 2008, apabila dia mengumumkan sokongan bagi Mahathir dan Najib, Muhyiddin telah menjadi sekutu perdana menteri pada ketika itu, Abdullah Badawi, dan menantunya, Khairy Jamaluddin. Ini telah membawa kepada penubuhan NFC, projek bekalan daging lembu yang telah Muhyiddin berikan kepada keluarga pemimpin Wanita Umno Shahrizat Jalil, dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Pertanian ketika itu. Badawi dan Khairy sedang mencari cara untuk mempopularkan portfolio mereka dari segi 'pencapaian' kepada negara. Pada masa yang sama, mereka mahu membantu Shahrizat, yang merupakan orang mereka yang pada ketika itu cukup popular kepada pihak akar umbi Wanita untuk mencabar Rafidah Aziz, Ketua Wanita yang setia pada Mahathir. Buat masa ini, Muhyiddin mendapati dirinya sedang dikalahkan oleh penasihat Najib secara sistematik. Bagi orang-orang Najib, NFC bukan sahaja membolehkan mereka untuk menggantikan Shahrizat dengan orang yang lebih 'mesra' kepada mereka, tetapi juga membolehkan mereka untuk menggantikan Raja Nong Chik sebagai yang calon UMNO di Lembah Pantai, iaitu tempat lama ahli parlimen Shahrizat. sebelum dia kalah kepada Nurul Izzah Anwar dari PKR. Lebih-lebih lagi, ia membenarkan Najib mematahkan strategi Muhyiddin untuk menggantikannya. Itulah yang difikirkan Najib. Dapatkah Najib berjaya, menewaskan Muhyiddin tanpa sebarang pertelingkahan? Hanya masa yang boleh menentukan. Perang Saudara UMNO baru sahaja bermula dan pertempuran mungkin sudah berlaku. Tetapi yang pasti, perjuangan belum berakhir dan jika Pilihan Raya Umum ke-13 ternyata menyaksikan perebutan undi yang paling kotor, perebutan dalaman Umnolah yang akan melakukan sesuatu yang paling memalukan! Dr M juga sasaran Najib
Semua sedang memerhatikan Mahathir. Dahulunya dikenali sebagai 'kingmaker' kini Mahathir hilang kredibiliti dalam Umno apabila Najib membiarkan mahkamah membuat keputusan membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat. Pada masa lalu, si licik Mahathir menggunakan Muhyiddin untuk menyakiti hati Najib, tetapi Najib kini menggunakan NFC untuk menjerut kerongkong Muhyiddin. Najib percaya tidak banyak yang boleh Muhyiddin lakukan. Pemerhati Umno berpendapat, Muhyiddin harus melupakan jawatan Perdana Menteri. Mengapa tidak sokong saja Najib? Tiada apa yang benar dalam Umno yang penuh dengan tipu muslihat Alasannya adalah mudah. Muhyiddin adalah orang lama Umno yang berpengalaman. Dia tahu tiada apa yang kekal dalam Umno. Setiap perkara dalam parti ini boleh menipu. Najib fikir dia pintar atau penasihat beliau mungkin menyangka bahawa mereka bijak, tetapi sebenarnya, Najib dianggap sebagai ahli politik paling bodoh di kalangan 6 perdana di negara ini. Ini telah menjadi dilema Muhyiddin dan mengapa dia menjadi kurang bersemangat sejak kebelakangan ini. Dia tidak mengambil apa-apa tindakan selagi dia tidak dapat apa yang akan berlaku seterusnya. Jadi, sambil memutarkan ibu jari beliau, Muhyiddin kini asyik dengan dilemmanya - untuk berapa lama lagi dia perlu melepaskan diri atau mengambil langkah yang membolehkan matlamatnya tercapai! Orang yang bodoh akan tewas
Hakikatnya ialah Najib mungkin cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya dalam Umno. Sebagai ketua yang angkuh, dia suka memberi gambaran bahawa dia akan sentaisa menang. Pesaing-pesaingnya yang lebih matang membiarkannya, tetapi semua dalam Umno sudah sedar bahawa tidak ada kepastian bahawa Najib akan kekal di dalam kuasa dalam masa terdekat. Malah, yang paling hampir kepada pasti adalah Najib akan tewas dari kerusi tertinggi Umno menjelang 2013, sama ada Muhyiddin atau Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein atau beberapa lagi orang yang kurang berpengalaman untuk mengambil alih tempatnya. Ini adalah sebabnya mengapa Muhyiddin tidak akan berputus asa. Dia hanya akan membiarkannya saja kerana dia tahu banyak tekanan terhadap Najib datang dari semua pihak dari dalam Umno, pembangkang malahan di peringkat antarabangsa juga. Anwar dan Pakatan Rakyat telah berjaya membuat Program Transformasi Politik Najib menjadi perhatian kepada masyarakat antarabangsa. Malah bekas Duta AS, John Malott, dilihat melanggar protokol dengan secara terbuka mencemuh pentadbiran Najib kerana "hanya pandai bercakap sahaja tetapi tiada tindakan" kerana tidak melaksanakan reformasi pilihan raya untuk memastikan undi yang bersih walaupun banyak janji-janji kosong diberikan. Mahathir masih perlukannya Selain itu, Muhyiddin tahu bahawa Mahathir tidak mungkin berjaya memaksa Najib dan memberi laluan kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri tanpa bantuannya. Ia adalah mustahil untuk orang yang tidak berpengalaman seperti Mukhriz untuk sampai ke tempat yang teratas pada masa yang singkat, walaupun Mahathir yang berusia 86 tahun adalah sudah tidak sabar untuk menyaksikan ia berlaku. Yang terbaik baginya adalah mendapatkan satu jawatan naib presiden untuk Mukhriz. Tetapi apa yang Mahathir benar-benar perlukan adalah tempat duduk yang lebih panas. Dan ini adalah sebahagian daripada perjanjian asal sebelum kecelaruan Matematik dan Sains dalam dalam Bahasa Inggeris yang mengecewakan Mahathir serta mengubah haluannya. Untuk memastikan semua orang terutamanya yang penting dalam elit Umno gembira, Mahathir telah disebut-sebut merancang untuk mengehadkan tempoh semua orang untuk satu jangka masa sebagai PM - sesuatu yang isteri Najib, Rosmah Mansor tidak akan setuju. Muhyiddin akan mengambil alih dari Najib dan Hishammuddin Tun Hussein dari Muhyiddin dan Mukhriz - anak bongsu yang dikasihi Mahathir akan menggantikan Hisham. Kemungkinan rancangan ini untuk dijalankan tanpa mengira usaha Najib untuk bertahan kepada kuasa adalah tinggi. Jadi, apa pula akan terjadi kepada Muhyiddin? Bagaimanakah dia akan bertindak? Sikap biar 'low profile' dan Ghafar Baba Pada dasarnya, hanya terdapat satu cara Muhyiddin boleh bertahan iaitu dengan menutup mulutnya sahaja. TPM Malaysia dan orang No. 2 Umno ini akan bersikap 'low profile', seperti Rosmah, menunggu peluang terbaik untuk menyerang. Biar Mahathir, Najib dan Anwar menjadi tajuk utama dan Muhyiddin boleh gembira sahaja. Dia tidak akan rugi apa-apa dengan bersikap tenang, lebih-lebih lagi apabila perbalahan dalaman Umno mencapai takat didih nanti. Muhyiddin juga patut mencontohi Allahyarham Ghafar Baba, bekas Timbalan Perdana Menteri. Ghafar adalah orang kampung yang rendah diri dan mempunyai integritinya tersendiri. Seorang bekas guru, beliau telah diterima oleh ramai orang dan mampu untuk menjadi pengantara dalam pertikaian dalaman yang banyak dalam Umno dan parti komponen BN seperti MCA.Kemahiran ini yang kurang pada Muhyiddin dengan pendirian bodohnya 'Malay-first Malaysian-second'. Tun Ghafar meninggal dunia tahun lalu dan diingati sebagai seorang lelaki yang baik walaupun tiada apa-apa keistimewaan, pemimpin kedua terpenting. Dalam tahun-tahun terakhirnya, beliau berjaya menjadi bapa kepada seorang anak perempuan dengan isteri kedua yang lebih muda. Terdapat ejek-ejekan dalam Umno bahawa ini adalah sesuatu Muhyiddin boleh lakukan sementara menunggu peluang di dalam parti! Malaysia Chronicle | ||
Posted: 21 Jan 2012 01:24 AM PST MSO Saya sudah menjangkakan Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keputusan Mohamed Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II. Apa yang berlaku dalam kes membabitkan bekas penasihat politik dan pakar strategi Najib Razak, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharribbu, saya tidak fikir ia akan menimpa atau keadaan sama berlaku ke atas Anwar. Begitu mustahil dirasakan kalau ia ada persamaan dari segi sikap dan pendirian pihak pendakwa raya. Dalam kes Razak Baginda peguam negara tidak mengemukakan notis rayuan keputusan mahkamah yang membebas dan melepaskan Razak dari terbabit dengan tuduhan membunuh Altantuya. Rasanya tidak perlu ditafsirkan kenapa berlaku dan wujud perbezaan itu. Hak mengemukakan notis rayuan dalam apa-apa kes jenayah terserah kepada pihak Peguam Negara dan proses merayu itu adalah dibenarkan dalam sistem perundangan negara. Kalau pendakwa merasakan sesuatu keputusan hakim itu lemah, boleh dipertikai atau terkhilaf , pendakwa berhak membuat rayuan untuk membolehkan lebih banyak hakim memutuskannya. Maksud di sini ialah untuk memastikan keadilan diperolehi dan terjadmin untuk semua pihak. Tidak baik kalau dipersoalkan apakah pihak keluarga Altantuya telah mendapat keadilan secukupnya dari apa yang berlaku? Apakah pembebasan dan perlepasan Abdul Razak Baginda itu tidak mngecewakan keluarga Altantuya Sharibbu? Dan apakah rayuan dan desakan termasuk menggunakan media masa tidak dilakukan oleh keluarga Altantuya supaya pendakwa membuat rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan Abdul Razak? Dalam kes Razak Baginda cepat sangat pendakwa memaklumkan yang mereka tidak akan membuat rayuan. Seolah-olah pendakwa sudah berpuas hati dengan keputusan penghakiman yang diterima. Semacam kelegaan serta merta diberikan pendakwa itu kepada Abdul Razak. Seolah pihak pendakwa telah meneliti serta merta keputusan kehakiman terhadap Razak itu. Apakah keputusan kehakiman mengenai pembebasan Abdul Razak itu sudah disedikan awal dan diberikan hari yang sama? Kalau benar begitu ia amat berbeza dengan kes melibatkan Anwar ini. Pendakwa terpaksa mengambil masa hingga saat-saat akhir untuk membuat atau mengemukakan notis rayuan itu. Alasan pihak pendakwa mereka perlu meneliti keputusan penghakiman yang dibuat oleh Mohamed Zabidin Mohd Diah. Kesenjangan masa itu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan tanggapan. Ada mengatakan bahawa pendakwa tidak akan merayu. Kalau tidak merayu bermakna keputusan Zabidin itu tidak boleh digugah lagi. Kerena kesenjangan itu menyebabkan pihak Anwar dan penyokongnya merasa lega dengan apa yang berlaku. Mereka menerima bahawa Anwar dibebas dan dilepaskan dengan mutlak. Secepat itu juga saham Anwar naik mendecut dan rakyat juga mendapat suntikan semangat baru. Perjuangan rakyat untuk menumbangkan UBN menjadi berkobar-kobar semula. Banyak majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan Anwar itu yang dianggap kemenangan rakyat diadakan. Dalam keseronokan itu tidak ada yang membuat perhitungan dan bacaan lain dari merasakan keseronokan itu. Sebelum ini saya telah menduga sendirian, kenapa rayuan tidak disegerakan dan dibuat pada saat-saat akhir. Hati saya merasakan ia ada motifnya. Yang boleh saya kira mungkin ia disengajakan untuk melihat keadaan selepas Anwar dibebaskan. Yang hendak diperhatikan ialah gelora dan semangat rakyat selepas Anwar dianggap suci dan bersih. Kelewatan itu mungkin untuk melihat momentum yang wujud. Dalam catatan sebelum hari perbicaraan saya sudah mempersoalkan sejauh mana Najib Razak sebagai perdana menteri tidak terlibat dengan keputusan yang akan dibuat terhadap kes itu. Ternyata kesenjangan yang mungkin disengajakan itu berjaya. Kerana semangat dan gelora rakyat berubah secara drastik sebaik keputusan itu dibuat. Rakyat menjadi bersemangat kembali dan majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri Anwar mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan ini menyeronokkan satu pihak dan menggeletarkan satu pihak lain. Senario ini diambil kira. Mungkin setelah melihat keadaan itu maka keputusan dibuat agar pembebasan itu hendaklah dikaji semua. Rayuan perlu dibuat. Dalam hal ini bagi saya desakan dan ritihan si pengadu (pembacuh kopi dan ayahnya serta Dr Mahathir) hanya helah semata-mata. Ia mungkin sandiwara untuk menarik simpati supaya kes itu dirayu. Walhal sudah ada perancangan seperti saya maksudkan itu di sebalik tindakan peguam negara itu yang melengahkan menyatakan sama ada hendak rayu atau tidak. Mengenai kes Anwar ini ia anih dan pelik dan luar biasa. Sebelum ini tidak ada campur tangan awal terhadap proses rayuan ini sama ada perlu merayu atau sebaliknya. Tetapi dalam kes Anwar ini ada desakan awam agar pendakwa membuat rayuan. Bekas PM sendiri ikut sama bersuara dengan berselindung di sebalik keadilan untuk satu pihak. Kenapa? Keadaan itu menjadikan saya bertanya dan tidak sedap hati. Semalam pun ketika mengikuti Anwar berucap semasa majlis kesyukuran di rumahnya yang mana saya merasakan Anwar begitu seronok dengan keputusan itu telah membisikkan akan perasaan saya kepada seorang teman yang duduk di sebelah saya. Saya merasa tidak seonok dengan ucapan Anwar yang terlebih dalam mengulas keputusan itu seolah segala-galanya muktamad dan seolah Allah sudah berada dipihaknya. "Anwar tidak sepatutnya berkata demikian, dia harus jimat bahasa dan waspada. Ingat masa untuk pendakwa membuat rayuan masih ada beberapa jam lagi. Pintu mahkamah belum ditutup," demikian kata saya. Teman itu terdiam. Mungkin dalam kotak fikir Anwar malam tadi dan orang lain juga sudah yakin apabila pendakwa seakan terus membisu daripada mengemukakan notis rayuan, bahawa pintu mahkamah dalam kes itu sudah pun ditutup. Beliau mungkin beranggapan bahawa pendakwa tidak akan merayu dan kes itu tamat dengan kemenangan mutlak kepadanya. Tetapi apa yang berlaku kini sebaliknya. Rayuan itu boleh menyebabkan berbagai kemungkinan. Ia boleh menukarkan warna putih menjadi hitam atau merah atau mengekalkan warna asli. Yang paling manakutkan ia boleh membawa Anwar ke Sungai Buloh. Dan paling ditakuti ia boleh menyebabkan Anwar kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya. Madah klasik saya mengenai politik; sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, dan jangan merasai pelik dengan tindakan orang politik. Demi kuasa dan kedudukan orang politik sanggup membelakang adat dan hukum agama. Memang benar, Anwar bersedia menghadapi rayuan. Peguam Anwar Karpal Sigh juga mengatakan dia tidak gentar dengan rayuan. Memanglah begitu adat berlawan dan mempertahankan diri. Tetapi jauh di lubuk hati saya merasakan tentu mereka lebih enak kalau kedua-duanya tidak ke mahkamah lagi. Bukan saja Anwar, tetapi seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mengharap pintu mahkamah ditutup kemas dan semua akan memberi tumpuan kepada menuju untuk membuka pintu Putrajaya. Tetapi apabila rayuan dibuat ia boleh mengenjatkan sedikit tumpuan itu. Entah terbetik didalam hati saya bila rayuan dibuat ia boleh mengulangi sejarah dua tahun lalu. keadaan terbalik mungkin boleh berlaku. Dalam kes liwat I dulu, hakim Mahakamah Tinggi, Ariffin Jaka telah mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan Anwar dipenjarakan sembilan tahun. Bagaimana pun hukuman itu dinafikan apabila mahkamah rayuan terdiri dari tiga orang Hakim membatalkan keputusan itu dengan 2 - 1. Dua hakim tidak mempercayai Anwar liwat dan satu hakim mempercayai. Anwar dibebaskan tetap persepsi dia meliwat tetap melekat di kepala sesetengah khasnya yang membenci kepadanya. Apakah kali ini akan terbalik, hakim mahkamah rayuan akan menolak keputusan hakim yang membebaskan dan melepaskan Anwar dan mereka mendapati Anwar didapati bersalah? Ironisnya di sini kalau dulu hakim mahkamah rayuan melepaskan Anwar kali ini hakim mahkamah rayuan akan mensabitkan Anwar. Selain itu apa yang berlaku dalam kes menuntut siapa berhak menjadi MB Perak antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kadir dua tahun lepas akan berulang kembali. Pada mulanya mahkamah membuat keputusan yang Nizar Jamalduddin adalah menteri besar yang sah. Belum sempat ayam berkokok untuk keesokkan harinya mahkamah membuat keputusan lain mengesahkan kedudukan Zambry sebagai MB yang sah. Keputusan yang drastik dan terbelaik kuang itu menyebabkan rakyat Perak menjadi mabuk dan gila! Apakah akan berlaku demikian dalam kes Anwar ini? Mulanya mahkamah memberi kelegaan dan kegembiraan kepada Anwar dan penyokongnya, kemudian selepas itu mahkamah juga akan menyentak dan menarik balik kegembiraan itu? Begitukah? Kita tidak boleh membuat spekulasi lebih jauh dari itu. Bagaimana pun persediaan perku dibuat untuk menghadapai kemungkinan-kemungkinan berpandukan kepada sejarah dan peristiwa masa lampau. Istidraj tidak mustahil boleh terjadi dalam apa juga keadaan dan kepada siapa juga termasuk terhadap kes Anwar ini. Yang paling saya takut apakah ramalan saya, bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik saja Anwar digiring ke penjara masih valid? Inilah yang menganggu pemikiran banyak orang sekarang ini. Kita boleh mengatakan sama ada Anwar di dalam atau di luar, Pakatan Rakyat terus mara dan mara... tetapi hakikatnya kalau Anwar berada di dalam ia memarahkan Pakatan Rakyat? Dan saya tidak tahu apakah setelah hakim mahkamah rayuan nanti ditakdir menolak keputusan Hakim Zabidin itu Anwar masih boleh mengemukakan merayu kepada peringkat lebih tinggi! | ||
Posted: 21 Jan 2012 01:23 AM PST
KUALA LUMPUR: Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat kapten, pada Jumaat memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara. Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mewakili 403 pesara ATM itu, memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Tengku Zainal dan 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral, menamakan Lee, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura. Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konpirasi dan menyalahguna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang. Kesemua plaintif mendakwa tindakan defendan-defendan itu adalah untuk menjadikan status mereka (plaintif) lebih rendah daripada pegawai lain dan kehormatan mereka akan menjadi rendah dalam sektor awam. Mereka juga mendakwa defendan pertama iaitu Lee telah gagal dalam tugas perlembagaan dalam menyekat dan mengimbangi kuasa kerajaan pusat di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman dari 16 Sept 1963 hingga 31 Dis 1966 ketika Singapura di bawah Malaysia. Oleh yang demikian, kesemua plaintif menuntut deklarasi bahawa keputusan Kabinet pada 1963 yang menyisihkan ATM dari Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk menyemak tangga gaji dan perkhidmatan untuk kesemua sektor awam adalah salah dan melanggar undang-undang. Mereka juga menuntut perintah mandamus terhadap Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan Suruhanjaya DiRaja di bawah Ordinan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1950 untuk menyiasat salah laku berunsur khianat Perdana Menteri dan Kuarted Pegawai Tadbir Diplomasi. Kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi punitif sebanyak RM3 juta bagi setiap plaintif, ganti rugi khas, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah. - BERNAMA | ||
Posted: 21 Jan 2012 01:21 AM PST Oleh WFAUZDIN NS PELUANG dibuka sekali lagi untuk kita semua berhimpun apabila Peguam Negara akhirnya tunduk kepada tuntutan puak-puak kaki fitnah untuk merayu kes Fitnah Liwat II yang melibatkan DS Anwar Ibrahim dan pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya iaitu Saiful. Walaupun semua tahu Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah menegaskan bahawa hanya tinggal keterangan lisan Saiful sahaja yang mahkamah perolehi, manakala bukti DNA ternyata hancur dan tidak langsung boleh digunakan, namun mahkamah di Malaysia tetap mahkamah di Malaysia. Ini bukan soal hak atau keadilan Saiful, tetapi ini soal konspirasi yang telah berjaya dibuktikan sejak awal lagi kes ini dibuka. Perlukah konspirasi yang terang jelas dapat kita lihat ini boleh diteruskan? Apakah dengan kes rayuan ini nanti boleh mengubah sikap Najib atau Rosmah mahu pun Musa Hassan untuk berani hadir ke mahkamah memberi keterangan? Adakah di dalam kes rayuan ini nanti akan adanya bukti menunjukkan Saiful berada di dalam bilik bersama DS Anwar? Mungkinkah terdapat bukti baru yang menunjukkan bahawa DNA DS Anwar itu selamat dan disahkan tidak terusik? Mungkinkah juga di dalam kes rayuan ini nanti Seksyen Pertuduhan dari Liwat Suka Sama Suka berubah menjadi Liwat Paksa agar selari dengan keterangan Saiful sebelum ini? /wfauzdin.blogspot.com | ||
Posted: 21 Jan 2012 01:19 AM PST Oleh Ust. Idris Ahmad SOMBONG, bongkak, angkuh, atau takabbur mempunyai satu kategori yang sama, iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun jika terdapat unsurnya yang sedikit sekalipun ia akan mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah Taala, malah sifat mazmumah tersebut boleh menghalang kita mendapat Syurga dan menghapuskan segala amal kebajikan kita. Firman Allah Taala : "Dan Tuhan kamu berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankannya. Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina" (Surah Al Ghafir: 60). Sifat sombong atau takabbur boleh dibahagikan kepada dua bahagian; Takabbur Zahir dan; Takabbur Batin. Takabbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap level-nya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. Imam Al Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya, "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar". Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh kerana itu, sifat mazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya. Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah. Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis qudis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud, "Allah berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang merampas keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyeksanya". [Riwayat Muslim] Tanda-Tanda Sifat Takabbur Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan. Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian. Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang. Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W, "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi). Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain. Cara Mengubat Wabak Takabbur Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaddhu'. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua kategori manusia dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada seluruh jenis manusia tanpa mengira tinggi atau rendah pangkatnya. Dia sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka. Sebagai ahli PAS, kita hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Rai-kanlah seluruh ahli PAS kerana bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar. Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam PAS dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah. Abdullah Ibn Masud R.A ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu sikap berputus asa dan rasa bangga diri. Sifat tawaddhu' akan membuka hati mad'u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua orang yang ditemuinya, bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis, makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya, dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati. Firman Allah Taala : "Dan hamba Allah yang baik (yang diredhai-Nya); ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)" (Surah Al Furqan:63) Rasulullah S.A.W turut bersabda, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaddhu' sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Riwayat Muslim dan Abi Daud) Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. (*) Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat | ||
Melayu Masuk DAP : Pas Tidak Gusar Posted: 21 Jan 2012 12:42 AM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR: Pas menyifatkan kemasukan beberapa individu Melayu dalam DAP sebagai "perkembangan sihat" dan bukan sesuatu yang akan menghakis sokongan untuk Pas sendiri, kata Naib Presidennya Mahfuz Omar. Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hatta Wahari menjadi orang terbaru menyertai DAP semalam di Kuala Lumpur. Beliau bertindak demikian setelah dipecat oleh Utusan Malaysia kerana sering mengkritik akhbar itu. Sebelum ini penulis blog terkenal daripada Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan ahli veteran Umno Negeri Sembilan Aspan Alias menyertai DAP. Mahfuz berkata kemasukan mereka ke dalam DAP akan membantu menangkis serangan Umno terhadap DAP. "Saya pun tidak risau, ini menunjukkan perkembangan yang sangat baik kepada politik Malaysia apabila usaha Umno untuk menakutkan orang Melayu dan DAP tidak ada lagi," katanya. Mahfuz menegaskan Pas tidak merasa tergugat dengan kemasukan individu Melayu dalam DAP dan menegaskan perkembangan itu tidak membabitkan peruntukan kerusi tambahan kepada DAP. "Kita tidak risau dan kerusi itu telah pun dibahagikan kepada beberapa banyak kerusi yang akan bertanding terpulang kepada dia," kata beliau. "Kalau dia hendak letak calon Melayu, calon Cina terpulang kepada DAP. Kerusi PAS sudah ada sekian banyak, kerusi Keadilan sudah ada sekian banyak," tambahnya. Mahfuz menyifatkan kemasukan Hata dalam DAP sebagai bukti kaum Melayu tidak terpengaruh dengan tuduhan bahawa DAP sebuah parti rasis. "Dia dulu bekas wartawan arus perdana Utusan Malaysia yang sangat memainkan peranan untuk menakutkan orang Melayu (jadi) ketakutan orang Melayu sekarang adalah gagal," katanya kepada AntaraPos.com ketika dihubungi tadi. Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mendedahkah rahsia DAP mahu mengambil orang-orang Melayu secara beramai-ramai untuk masuk DAP. Zahid mendakwa mereka ini diatur untuk bertanding pada PRU akan datang supaya pembangkang dapat menawan kembali Perak dan DAP mempunyai calon untuk dijadikan Menteri Besar. | ||
Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri Posted: 21 Jan 2012 12:38 AM PST ANTARA POS.COM PETALING JAYA- Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar. Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah. Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan Nurfarahin Romli Majlis yang agak meriah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga rakan masing-masing. Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada hujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal lepas. Farah masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat. Kedua-dua pasangan tersebut merupakan orang Terengganu. Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama iaitu Nur Aishah Zainal, 26, tetapi hanya bertahan selama lima bulan apabila ikatan pertunangan itu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian. | ||
Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia Posted: 21 Jan 2012 12:36 AM PST ANTARA POS.COM PETALING JAYA : Dunia hiburan semalam telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius. Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad. Pengurusnya, Shaiful Shazwan mengesahkan berita sedih ini. Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang semalam. Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Khamis selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang. "Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi. Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi nanti. Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan. Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu. | ||
Najib Lawat Kelantan Selasa Ini Posted: 21 Jan 2012 12:32 AM PST ANTARA POS.COM MACHANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan melawat Kelantan, Selasa ini. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata Perdana Menteri dan isteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, pada pukul 12 tengah hari. Sejurus tiba, Perdana Menteri akan beramah mesra dengan para pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan dan diikuti menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Kelantan di lapangan terbang tersebut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Temangan di sini, hari ini. Najib dan isteri kemudiannya akan menghadiri majlis kesyukuran menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di kediamannya di Jalan Hospital di sini. Mustapa berkata, pihaknya juga sedang merancang program lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri itu pada awal bulan depan. "Kehadiran Perdana Menteri dan timbalannya serta pemimpin pusat yang lain akan memberi semangat kepada warga BN untuk bekerja dengan lebih kuat bagi merampas kembali Kelantan daripada pemerintahan Pas pada pilihan raya umum akan datang," katanya Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Terdahulu ketika berucap pada majlis tersebut, Mustapa berkata "angin perubahan" semakin dirasai apabila terdapat ramai anggota dan penyokong Pas yang "muak" dengan janji kosong pemimpin Pas, menyertai Umno. Beliau juga mahukan pemimpin Umno di semua bahagian di negeri itu bekerja keras mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat serta mengerakkan jentera penerangan bagi menjelaskan isu-isu semasa kepada rakyat. Pada majlis tersebut seramai 73 anggota dan penyokong Pas kawasan Temangan menyerahkan Borang Keahlian Baru Umno kepada Mustapa sebagai tanda mereka menyertai parti itu. Wakil kumpulan berkenaan, Che Mustapha @ Che Pa bin Said, berkata mereka meninggalkan Pas kerana sudah "muak" dengan sikap pemimpin Pas yang suka menipu rakyat dengan janji manis yang tidak ditunaikan. | ||
Hari Kelima Ops Sikap Catat 11 Kematian Posted: 21 Jan 2012 12:26 AM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR : Hari kelima Ops Sikap ke-25 mencatatkan peningkatan dari segi jumlah kematian dengan 11 maut menjadikan jumlah angka korban sebanyak 58 orang sejak operasi dilancarkan pada Isnin lalu. Polis Diraja Malaysia menerusi laman webnya, melaporkan pengguna kereta mencatatkan angka tertinggi dengan menyumbang kepada enam kematian diikuti penunggang motosikal empat kematian dan pengguna lori satu kematian. Sebanyak 1,652 kemalangan dilaporkan berlaku dengan jalan bandaran mencatat jumlah tertinggi 646 kes, diikuti jalan persekutuan (384), jalan negeri (282), lebuh raya (238) dan 102 kes bagi jalan-jalan lain. Polis juga mengeluarkan 17,973 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat lima hari Ops Sikap sebanyak 86,991 saman membabitkan pelbagai kesalahan. Ops Sikap ke-25 yang berakhir 30 Jan ini dilancarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan pihak polis mengambil pendekatan mengeluarkan saman serta-merta kepada pesalah trafik bagi mendidik pengguna memandu secara berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan. | ||
Posted: 21 Jan 2012 12:22 AM PST `PKNS merupakan sebuah organisasi yang berintegriti dan telus kerana ini merupakan antara kod etika organisasi kami.'. PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh dan tindakan tatatertib terhadap mana – mana kakitangan yang terlibat dengan rasuah. "PKNS merupakan sebuah organisasi yang berintegriti dan telus kerana ini merupakan antara kod etika organisasi kami. "Oleh yang demikian sebarang bentuk salah laku merupakan satu perkara yang amat serius," kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian semalam yang bertajuk 'SPRM Tahan Kakitangan PKNS'. Beliau turut menambah bahawa pihak pengurusan PKNS akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan. | ||
Beberapa laluan di lebuh raya PLUS bergerak perlahan Posted: 21 Jan 2012 12:15 AM PST MALAYSIA KINI Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini. Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan. Beliau berkata antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ke arah utara. "Trafik mula perlahan dari Jawi ke Bukit Tambun kerana terdapat kemalangan yang berlaku menghala ke persimpangan plaza tol Bukit Tambun...di sebelah selatan trafik mula sesak di Lebuhraya Link Kedua menghala ke Johor Bharu namun pergerakan masih lancar," katanya. Plus menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini.- Bernama | ||
Video Aib Fitnah Anwar Disebarkan ke Ahli Majlis PBT Posted: 20 Jan 2012 09:14 PM PST Oleh Lizawati Madfa PETALING JAYA : Pengedaran video aib yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini disasarkan kepada ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor. Yang peliknya, VCD tersebut diposkan di dalam satu sampul bersama surat yang memaparkan ajaran Islam tentang dosa orang yang mengumpat. Terkini, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh dua orang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mahharul Ismail dan Halimey Abu Bakar. Mereka mendakwa menerima salinan VCD video aksi seks lelaki dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan iras bangsa Cina dua hari lepas di alamat kediaman dan pejabat mereka. VCD tersebut diposkan di dalam sampul beserta surat itu. Antara kandungan surat tersebut adalah : "Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat. Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau memburukkan orang melalui lidah." "Kami membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat siapa yang menghantarnya tanpa penama dan diharap dapat juga menyiasat motif penghantaran VCD ini. "VCD ini bukan sahaja diedarkan kepada ahli majlis MBPJ tetapi juga ahli-ahli majlis seluruh negeri Selangor ujar Halimey." Maharrul berkata laporan itu juga dibuat sebagai tanda kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan VCD lucah tersebut. "Ini juga merupakan satu kesalahan mengikut akta kesalahan jenayah atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah terutama diedarkan kepada penjawat awam," tegas Maharrul yang menerima salinan VCD itu di pejabatnya Rabu lalu.Kedua ahli majlis MBPJ tersebut turut menyatakan kemungkinan pengedaran VCD ini bermotifkan fitnah politik kerana ianya disasarkan kepada penjawat awam dan diedarkan selepas Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat. "Fitnah ini semata-mata untuk menggambarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Malaysia ini tidak bermoral. Jadi kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana ini merupakan jenayah berat," kata Maharrul. | ||
Posted: 20 Jan 2012 09:13 PM PST Potret anak muda Melayu yang selalu dilukis dalam mana-mana bentuk naratif konvensional samada drama, filem, novel, mahupun komik pasti akan menggambarkan satu situasi tipikal; sekumpulan remaja rosak akhlak melepak atau menebeng di tepi tembok. Tidak kiralah tembok surau, parit, mahupun tembok balai raya. Dan tembok tempat menebengnya anak Melayu ini pasti membawa sentimen negatif serta mempromosikan budaya membuang masa generasi muda ini. Itulah signifikan tembok dan anak muda. *Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). | ||
Pembangunan Kg.Baru: Kepentingan pemilik dan pewaris tanah atau kepentingan politik? Posted: 20 Jan 2012 09:11 PM PST "Jangan buang masa, tumpu kepada Selangor. Nanti sibuk di Kampung Bharu, Selangor terlepas kepada Barisan Nasional, Kita tidak tahu kenapa dia nak buang masa di Kampung Bharu, kecuali jika dia nak bertanding di (Parlimen) Titiwangsa," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin (gambar bawah) - Berita Harian. Jika ikhlas dan tiada sebarang unsur politik di dalam pembangunan Kg. Bharu, kenapa tidak bersama berbincang kaedah terbaik untuk membangunkan bersama. Adakah hanya Kerajaan Persekutuan sahaja yang mengetahui segalanya? Jangan terlalu angkuh dan bongkak mengatur hak orang lain. Kenapa perlu takut dengan cadangan pihak lain yang sama-sama inginkan suatu pembangunan bersama yang menjamin hak pemilik dan pewaris tanah? *Kenyataan media oleh Ahmad Zamry Asaad Khuzaimi (gambar kiri) selaku Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB). | ||
Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis Posted: 20 Jan 2012 09:08 PM PST Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari. "Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai," menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider. Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden," orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara", harusnya meluangkan masa "mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral" daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh. James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil. "Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya," tambahnya. Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters "rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar." "Perkara itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa terdesak untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini," tambahnya. Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak Saiful membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa tuduhan tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan pakatan pembangkang tersebut untuk menguasai negara. Menurut pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah gagal mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan "merayu bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar." "Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah," kata Timbalan pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson. Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian. Ketua umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN. Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih 2.0, percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan. "Nama baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada pembebasan sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!" katanya melalu Twitter semalam. | ||
Lawatan PM: Penduduk Kg Baru tunggu kehadiran Najib Posted: 20 Jan 2012 09:05 PM PST
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turun melawat ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, tidak hanya menabur janji kosong buat rakyat. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan