Isnin, 16 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Iktibar politik intrik

Posted: 16 Jan 2012 04:51 AM PST

Oleh Mazir Ibrahim


Kisah Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang mewarnai pentas politik tahun baru 2012 sangat menarik untuk dijadikan iktibar kepada kita. Dari seorang tokoh akademik, profesional dan politikus hinggalah ke saat beliau menzahirkan 'warna' politik sebenarnya, cukup untuk dijadikan satu filem epik yang gagal.

Perjalanan kerja beliau sebagai pendakwah dan pakar motivasi cukup baik. Malah media kerajaan menggambarkan beliau sebagai selebriti Islamis yang moderat di zamannya. Namun kini, semua itu sudah pecah terbarai di tengah jalan.

Sekarang, gambaran yang serupa juga sedang dimainkan oleh media-media yang dikuasai oleh UMNO untuk – sekali lagi menggambarkannya sebagai pejuang Islam. Tetapi kali ini pakej itu lebih jitu lagi dengan imej seorang Islamis yang menjadi mangsa pembunuhan politik dan imej hero Hang Tuah pejuang Melayu dan pembela Raja.

Politik waras dan politik intrik

Kita sebagai warga demokrat, tidak pernah walau sekali pun, ingin mempertikaikan tiga elemen – Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa Melayu dan institusi Raja. Ia sudah termaktub di dalam perlembagaan dan biarlah ia kekal tanpa perlu dijadikan modal manipulasi politik oleh sesiapa pun.

Kita ingin bertanya kepada diri sendiri dan warga politik khususnya, iaitu tidak bolehkah kita berpolitik secara waras tanpa mengamalkan politik intrik? Politik intrik ini adalah politik negatif yang merangkumi aspek 'persengkokolan, konspirasi dan rekayasa' yang melampaui kewarasan/moral manusia berpolitik.

Elemen-elemen politik intrik ini juga sebahagian dari jalur fahaman politik assabiyah. Kerja politik yang asas adalah kerja menggembleng usaha kolektif untuk tujuan kebajikan atau kebaikan pihak majoriti dan minoriti, selain dari kerja mencari sokongan untuk mendapat kuasa melalui jalan pilihanraya.

Tetapi bagi mereka yang begitu taksub dengan fahaman politiknya, maka kerja politik itu bukan lagi persoalan untuk menggembleng usaha kolektif untuk kebajikan umum dan semua bangsa, sebaliknya ia bertukar menjadi kerja persengkokolan, konspirasi dan rekayasa yang tak berkesudahan.

Kerja politik intrik ini telah menjadikan yang putih itu semakin kelabu, yang hijau sudah semakin pudar kesegarannya dan yang bersih jernih pula kini bertukar menjadi keruh. Inilah amalan politik intrik yang tidak mengenal budaya, bangsa hatta agama sekali pun. Semua akan habis dilanggar. Kerja bersengkongkol pihak wira dengan musuh telah banyak berlaku dalam sejarah.

Kerja merekayasa fakta atau peristiwa ini juga telah dibuktikan bukan sahaja dalam sejarah, malah dalam kursus-kursus motivasi pun telah biasa ditunjukkan bagaimana rekayasa maklumat terjadi hingga hilang fakta sebenar penting yang ingin disampikan. Mana-mana pakar motivasi pasti lebih maklum akan hal ini.

Gejala politik intrik

Had kita sebagai manusia tetap ada, nikmat dunia ini juga terhad, dan dunia ini sendiri sememangnya terhad. Jadi mengapa, untuk sebuah kepercayaan atau keyakinan peribadi kita sendiri, ingin dipaksakan ke atas manusia lain?

Ketaksuban Hasan Ali pada idealisme dan kepercayaannya itu telah membuatkan beliau bermain politik intrik demi 'perjuangan Islam Hasan Ali'. Sayangnya, perjuangan Islam Hasan Ali ini hanya menjadi perjuangannya sahaja, bukan perjuangan masyarakat, ini satu tragedi kegagalan politik intrik beliau.

Jika secara peribadi, beliau mempercayai bahawa Melayu di Malaysia perlu bergantung dengan 3R – royal, religion, race (raja, agama, kaum) untuk selamat, maka biarlah. Kita tidak pun berminat ingin mempertikaikannya tetapi tidak perlulah keyakinannya (walau tanpa menyebut dengan perkataan) dipaksakan ke atas masyarakat atau bekas partinya.

Ironinya, sejak lebih satu dekad bersama PAS, tidak ramai ahli dan pemimpin parti Islam itu ingat tentang radikal atau taksubnya beliau kepada apa yang dikatakan perjuangannya sekarang. Malah sepanjang awal dekad yang lalu, beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang sederhana. Apa yang telah terjadi?

Adakah Hasan Ali hanya mahu bercita-cita menjadi wakil rakyat untuk orang Melayu dan Islam sahaja tanpa mempedulikan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama? Jika itu matlamatnya, itu pun hak beliau. Tiada siapa yang menegahnya.

Tetapi jika ada wakil rakyat, katakan dari MCA, MIC, Gerakan, PBS, UPKO, SPDP, PRS dan sebagainya, turut bertindak memperjuangkan kepentingan kaum mereka sahaja tanpa mempedulikan orang lain, maka janganlah marah. Mungkin mereka ini hanya menurut jejak langkah Hasan Ali.

Hatta jika bumi Malaysia ini dihuni 90 peratus orang Islam (seperti di Indonesia), perlembagaan dan demokrasi membenarkan amalan pelbagai ideologi dan kepercayaan politik, asalkan tidak mengangkat senjata atau mencederakan orang lain, asalkan mengikut demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Inilah realiti politik yang gagal atau sengaja tidak mahu difahami oleh segelintir ahli politik kita khususnya mereka yang secara tiba-tiba mahu menjadi juara kaum dan agama.

Iktibar jalan kebaikan

Jalan tengah atau jalan sederhana adalah pilihan terbaik yang dianjurkan bukan sahaja oleh agama, malah dalam kebanyakan budaya bangsa. Ia (budaya) juga mendorong kita untuk mengambil jalan sederhana kerana beberapa faktor berdasarkan keperluan semasa tanpa mengorbankan prinsip-prinsip asas perjuangan.

Dalam sastera Melayu dan juga kebanyakan bangsa besar, pernah digambarkan bagaimana sang kancil yang kerdil seringkali terlepas dari ancaman bintanang besar dan buas. Bukan kerana politik intrik tetapi kerana kebijaksanaannya dalam menangani situasi semasa.

Kefahaman pada realiti politik semasa akan mengelakkan kita daripada terjebak dengan amalan politik intrik. Rakyat Malaysia termasuk orang Melayu sudah muak dengan politik seperti ini, berkonspirasi untuk membuka konspirasi yang lain. Akhirnya, pi mai pi mai, tang tu juga. – Roketkini.com

Faekah: Gelagat Najib tidak ubah bagai hero filem Tamil

Posted: 16 Jan 2012 04:47 AM PST

Faekah Husin


Gelagat Perdana Menteri, Najib Razak ketika melawat Shah Alam semalam mengingatkan saya kepada hero filem Tamil tahun 1960-an yang masuk ke sebuah kampung untuk menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Gadis di sini merujuk kepada segelintir penyewa-penyewa di Kompleks PKNS yang keresahan susulan keputusan PKNS untuk menaikkan kadar sewa.

Tidakkah Najib (gambar kanan) tahu bahawa 70% penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70% lebih murah berbanding pasaran semasa di ShahAlam?

Adakah Najib tahu bahawa mereka yang menentang kenaikan kadar sewa ini adalah golongan rentir bukannya penyewa lot-lot kedai di komplek situ? Ini jelas menunjukkan golongan rentir inilah yang dalam kesusahan. Sedarkah Najib bahawa di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?

Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan air mata telah memualkan banyak pihak. Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di Kompleks PKNS tetapi saya berkata Najib tidak ada hak untuk menangis. Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin UMNO yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka. Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Najib seharusnya melihat tangisan kegembiraan pakcik dan makcik UMNO menerima baucer RM100 untuk menyertai program Jom Shopping dan melihat seorang pakcik Cina menerima geran tanah bagi pihak isterinya yang meninggal dunia yang telah memohon geran tanah sejak 10 tahun lalu.

Apa-apapun kita tiada halangan jika Najib mahu terus menangis …

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Rafizi: Kenyataan Pengurusan NFC bercanggah dengan pengumuman PM

Posted: 16 Jan 2012 04:46 AM PST

Rafizi Ramli


Saya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Shahrizat Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Najib Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?

KEADILAN konsisten mendesak supaya aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat (corporate administrator) dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC dan melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang telah berlaku.

Tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna:

1. Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;

2. Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;

3. Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta; dan

4. Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

Kenyataan NFC yang menunjukkan kaum keluarga Shahrizat Jalil masih bebas menggunakan wang dan menguruskan operasi NFC membawa risiko besar yang menjejaskan bukti dan rekod kewangan NFC.

Oleh yang demikian, KEADILAN mengulangi desakan supaya Najib Razak bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku.

Sekiranya ini tidak berlaku, KEADILAN tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Najib Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih.

Petang esok (17 Januari 2012, jam 2 petang di Balai Polis Dang Wangi), aktivis KEADILAN diketuai Fariz Musa, ahli Majlis Pimpinan Pusat akan membuat satu lagi laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Sharizat Jalil dalam tahun 2009 yang melampaui batas.

Penelitian KEADILAN menunjukkan bahawa dalam tahun 2009, perbelanjaan kad kredit oleh kaum keluarga Seri Shahrizat Jalil mencecah RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC seperti berikut:

JUMLAH SETAHUN PURATA SEBULAN
Mohamad Salleh Ismail RM182,525 RM15,210
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh RM160,673 RM13,389
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh RM127,900 RM10,658
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh RM122,402 RM10,200

Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Najib Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.

*Kenyataan media oleh Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

Reformasi Najib dicemari Muhyiddin

Posted: 16 Jan 2012 04:34 AM PST

Najib mendakwa beliau telah melakukan reformasi terbaik sedangkan Muhyiddin menyokong permohonan rayuan kes tuduhan liwat membabitkan Anwar.



Terdapat tanda-tanda wujud golongan ekstrem dalam Umno yang menghasut supaya pihak pendakwaraya membuat rayuan berhubung kes tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.

Sebagai bukti, sokongan terbuka Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap aduan Azlan, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari supaya Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes ini.

Malah Muhyiddin, dilaporkan oleh pihak media pada 12 Januari lalu, telah meminta Peguam Negara memberi pertimbangan terhadap permohonan rayuan ini, jika dibuat, demi kepentingan rakyat.

Langkah ini menjadi bukti terdapat percanggahan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pembebasan Anwar membuktikan reformasi yang dilaksanakan benar-benar memberi kesan.

Dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Asian Wall Street Journal pada 13 Januari lalu, James Hookway menulis:

"Pemimpin Malaysia Najib Razak menyatakan pembebasan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim minggu ini sebagai bukti beliau serius tentang reformasi politik, malahan mengajak diadakan pertarungan dalam pilihan raya supaya beliau boleh disinggirkan dari memegang kuasa."

Hookman berkata Najib beriya-iya benar untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang melaksanakan reformasi yang paling berkesan sejak merdeka. Beliau memetik Najib sebagai berkata,

"Apabila penghakiman dijatuhkan, segala ketegangan yang menyelubungi perbicaraan selama ini secara tiba-tiba hilang dan rakyat secara tiba-tiba sedar bahawa terdapat isu-isu lain yang lebih penting dari isu Anwar, seumpamanya pertumbuhan ekonomi. Apa yang penting sekarang ini ialah kita melangkah maju ke hadapan."

Najib kemudian menerangkan langkah-langkah reformasi yang sedang dalam proses untuk dilaksanakan, seperti menjadikan pilihan raya lebih telus, mengurangkan tapisan media, menghadkan kuasa untuk menahan seseorang tanpa bicara, dan lain-lain.

Berbangga dengan perubahan-perubahan ini, Najib berkata langkah-langkah ini menjadikan Malaysia sebagai rakan baru Amerika Syarikat dalam "mempromosi politik demokrasi dan perdagangan bebas di rantau Asia dan Timor Tengah."

Beginilah kata-kata yang digunakan oleh seorang pemimpin yang menyuarakan hasratnya untuk mencapai objektik politik melalui jalan demokrasi bagi memastikan Malaysia diiktiraf, dihormati di kalangan masyarakat demokrasi antarabangsa.

Rayuan bercanggah dengan reformasi Najib

Berhubung sikap Najib terhadap isu Anwar, gesaan timbalannya Muhyiddin supaya dibuat rayuan kelihatan janggal, terutamanya ketika pemimpin-pemimpin dunia mengirimkan mesej penghargaan, mengesahkan keputusan kehakiman itu sebagai langkah yang tepat untuk mengakhiri perbicaraan itu yang dianggap sebagai pencabulan ke atas keadilan dan penganiayaan politik

Sekiranya Muhyiddin dan termasuk beberapa pemimpin pelampau Umno yang lain tidak mengetahui, fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar tersangat lemah dan wujud penipuan.

Jika hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bersalah pada hari itu maka keputusan ini boleh mengaib dan menjejaskan kedaulatan negara.

Bagi mereka yang mengikuti kes perbicaraan ini dengan dekat, sepatutnya apabila satu-satunya bukti – DNA – yang menjadi tempat penggantungan pihak pendakwaraya bagi menyokong hujahnya (selain dari kata-kata daripada pengadu sendiri), yang telah dapat dipatahkan oleh pakar DNA dari Australia maka keseluruhan kes ini sepatutnya telah musnah.

Kes pendakwaan hampir musnah

Dr Brian McDonald, seorang pakar genetisis molekular terkenal, menyatakan bahawa air mani tidak boleh hidup lebih lama dari 56 jam dalam dubur.

Setelah 56 jam, air mani tidak boleh hidup 48 jam lagi selepas itu dalam pejabat pegawai penyiasat polis di dalam bilik di kawasan beriklim tropika. Inilah apa yang didakwa, iaitu sampel air mani Anwar telah menjelajah dua tempoh masa tersebut sebelum tiba di makmal pakar kimia.

Dakwaan bahawa air mani itu masih berada dalam keadaan yang baik, kata nDr McDonald berdasarkan laporan ujian DNA pakar kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong menunjukkan air mani bukan yang asli sebagai ganti dikemukakan kepada bilik makmal.

Jika anda meragui kredibiliti Dr McDonald, beliau ialah ahli Australian Biomedical Society dan berkhidmat sebagai ahli Human Genetics

Society, ketua pegawai genetisis di New South Wales dan ahli Australian Forensic Science Society.

Beliau mengemukakan kepada mahkamah kredential beliau setebal lima muka surat termasuk menyenaraikan buku-buku, kertas kerja dan artikel yang ditulis dalam subjek DNA.

Hujah dan bukti

Adalah sesuatu yang signifikan apabila pihak pendakwaraya gagal mematahkan hujah dan bukti Dr McDonald berhubung DNA.


Begitu juga dengan Dr Seah yang dipanggil semula untuk memberi bukti untuk mematah hujah Dr McDonald oleh Timbalan Pendakwa Raya II Mohd Yusof Zainal Abiden.

Mohd Yusof berkata kes pendakwaan bertarikh 3 Februari 2010 ini adalah berdasarkan aduan Saiful dan DNA Anwar ditemui dalam duburnya.

Tanpa ragu lagi, ini membuktikan Anwar bersalah dakwa beliau, walaupun semua doktor yang memeriksa Saiful telah mengesahkan bahawa tidak terdapat bukti tusukan ke dalam dubur Saiful.

Memandangkan sekarang ini bukti DNA telah dibuang maka kes ini bergantung hanya kepada kata-kata Saiful.

Sejauh mana kredibiliti dan kesahihan bukti daripada Saiful?

Jawapannya terdapat dalam keputusan pihak pendakwaraya yang mendakwa sodomi yang berlaku di antara Anwar dan Saiful adalah secara sukarela, berbanding sodomi yang dipaksakan seperti yang didakwa oleh Saiful.

Ini menunjukkan pihak pendakwaraya sendiri tidak bersetuju dengan dakwaan Saiful. Jika pihak pendakwaraya tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Saiful, kenapa mahkamah mempercayai kata-kata beliau?

Rayuan menemui jalan buntu

Persoalannya bolehkah bukti-bukti yang tidak menyokong pengadu, (pihak pendakwaraya menyatakan mereka tidak yakin seperti mana dalam kertas dakwaan), dijadikan bukti kukuh untuk kesalahan jenayah yang boleh mengakibatkan tertuduh dipenjara selama 20 tahun?

Pemimpin-pemimpin Umno yang ekstrem yang enggan menerima keputusan penghakiman ini kerana ingin menyingkir Anwar dari medan politik harus merenung betul-betul perkara ini.

Sekiranya terdapat rayuan, bolehkah panel hakim duduk bersama dalam Mahkamah Rayuan termasuk Mahkamah Persekutuan, yang kebanyakan daripada mereka mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin politik, menjawab persoalan ini?

Jika mereka berbuat demikian maka dunia akan mentertawakan Malaysia, dan ini akan mencetuskan krisis keyakinan dalam sistem perundangan dan seterusnya akan membantut pertumbuhan ekonomi negara?

Akhirnya, adakah mereka yang ekstrem dalam Umno ini benar-benar pasti bahawa ketidakadilan terhadap Anwar ini boleh menyekat kebangkitan rakyat atau sebaliknya menghumban Umno ke dalam tong sampah politik negara.

PAS gesa penduduk lawan pemaju, pertahan tanah

Posted: 16 Jan 2012 01:39 AM PST

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR, 15 Jan PAS menyeru peniaga-peniaga di Setapak Permai terus mempertahankan tanah mereka daripada dirampas pihak pemaju yang ingin mengaut Keuntungan.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan pemaju itu akan memangsakan penduduk Melayu dan 70 peniaga bumiputera yang membuka bengkel di sana sejak 1995.

"Saya rasa sangat dukacita dengan tindakan pemaju yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan notis untuk ambil tanah itu.

"Lajnah Tanah PAS menyeru penduduk mempertahankan kawasan itu," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli-ahli Persatuan Peniaga Putra Damai semalam yang mengadakan demonstrasi membantah notis mengosongkan tanah mereka.

Peguam pemaju mengeluarkan notis mengarahkan mereka mengosongkan tanah sebelum 30 Januari ini.

Mazlan turut mempersoal tindakan Menteri kerajaan khususnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang enggan memberikan hak milik kepada penduduk sebaliknya memberikan hak milik kepada Syarikat 59 INC Sdn Bhd.

"Sebelum ini penduduk dah banyak kali pohon hak milik, jumapa dengan Zul Hasnan, Raja Nong Chik tapi tidak diberikan kerajaan atas alasan itu tanah lombong. Tapi bila pemaju mohon, dapat pulak.

"Satu lagi kawasan Melayu akan hilang di KL ini.

"Pemaju jangan bersekongkol dengan orang politik," katanya.

Tambahnya, lebih menyedihkan, Surau Al-Jabbar yang menjadi nadi aktiviti agama di situ juga akan dirobohkan.

"Umno kata tradisi mereka membela Melayu, tetapi hari ini kita lihat kawasan Melayu akan tergadai.

"Slogan bela melayu hanya hipokrasi oleh Umno," katanya.

Demonstrasi di perkarangan Surau Al-Jabbar semalam diketuai Presiden Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Melayu, Datuk Bahrim A. Razak.

Menurutnya, siri perjumpaan dengan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditetapkan pada 23 dan 27 Disember lalu dibatalkan.

Namun permasalahan yang dihadapi tidak mendapat pembelaan.

Gantung keluarga Shahrizat dari NFC

Posted: 16 Jan 2012 01:33 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC.

Najib juga dicadang agar melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku.

Cadangan ini dikemukakan PKR melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Dalam kenyataannya, Rafizi berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Encik Wan Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Datuk Seri Najib Tun Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?

"KEADILAN konsisten mendesak supaya aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat (corporate administrator) dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC dan melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang telah berlaku," katanya.

Bagi beliau, tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna:

1. Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;

2. Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;

3. Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta; dan

4. Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Secara lazimnya, kata Rafizi, dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

"Kenyataan NFC yang menunjukkan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih bebas menggunakan wang dan menguruskan operasi NFC membawa risiko besar yang menjejaskan bukti dan rekod kewangan NFC," katanya.

Sekiranya kerajaan tidak bertindak dengan tegas, PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih, kata Rafizi.

Menurut beliau, petang esok (17 Januari 2012, jam 2 petang di Balai Polis Dang Wangi), aktivis PKR diketuai Saudara Fariz Musa, ahli Majlis Pimpinan Pusat akan membuat satu lagi laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil dalam tahun 2009 yang melampaui batas.

Penelitian PKR menunjukkan bahawa dalam tahun 2009, perbelanjaan kad kredit oleh kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mencecah RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC seperti berikut:


Pendedahan sebegini, katanya, akan diteruskan sehinggalah Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.

Najib dicabar isytihar harta macam Exco P Pinang

Posted: 16 Jan 2012 01:31 AM PST

Mohd Sabri Said,


KEPALA BATAS: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan harta peribadi diri dan keluarga serta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) agar rakyat tahu menilai jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin.

Justeru, beliau memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini apabila mengisytiharkan harta semua exconya.

"Sepatutnya Kerajaan Pusat malu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mendahului tanggungjawab dengan mengisytiharkan harta exco yang bertanggungjawab membuat polisi kerajaan. Bila istihar harta, rakyat akan tahu berapa banyak harta yang ada pada kepimpinan yang sering mengajak rakyat buat itu dan buat ini," jelasnya dalam ceramah anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.

Tambah beliau, pengisytiharan harta oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat, tidak seperti kerajaan BN yang mengambil wang rakyat untuk kepentingan kroni.

Hasil pengisytiharaan tersebut mendapati Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjadi Exco paling kaya iaitu memiliki tanah dan rumah di New Zealand bernilai RM1.39 juta, kereta Alphard bernilai RM169,000 dan beberapa unit saham.

Manakala exco paling tidak berharta ialah Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malek Kassim yang hanya mempunyai sebuah kereta Proton Tiara bernilai RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000 yang baru diberi menggunakan pinjaman kerajaan negeri.

Beliau tiada mempunyai apa-apa harta pelaburan.

Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, keberanian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dipuji oleh rakyat kerana tidak takut berselindung berbanding dengan kepimpinan Umno dan BN.

Katanya, jika kepimpinan Umno dan BN isytihar harta tentu rakyat akan terkejut kerana walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat sudah mempunyai harta berjuta-juta ringgit.

"Pasti rakyat akan terkejut bila lihat senarai harta kepimpinan Umno dan BN. Sebab bukan diri mereka saja yang kaya tapi suami, anak dan sanak saudara turut berpeluang membolot kekayaan harta rakyat," terangnya.

PAS hantar calon ganti Hasan kepada MB Selangor

Posted: 16 Jan 2012 01:28 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.

"Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu.

"Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor," ujarnya lagi.

Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya.

Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam semalam Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

Tidak Sekali-Kali Sertai Umno - Hasan Ali

Posted: 16 Jan 2012 01:26 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menyertai Umno sebaliknya selesa dengan statusnya kini dalam misi meneruskan agenda mendaulatkan Islam.

Malah jelas Hasan, beliau masih sayangkan PAS walaupun parti itu mengambil keputusan drastik memecatnya daripada parti itu baru-baru ini.

"Masuk Umno? Not at all (tidak sama sekali).

"Hati besar, hati kecil (saya) bersama dengan PAS. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ada jodoh dan pertemuan kita...bila parasit-parasit ini tidak ada dan bila PAS balik kepada pengkalan asalnya, Hasan Ali akan mengisi borang baru menyertai PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin.-mStar

Pilihan raya hanya selepas Jun 2012?

Posted: 16 Jan 2012 01:25 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Ketika kerajaan negeri Selangor sangat kukuh dengan pendiriannya untuk adakan pilihan raya selepas Jun di negeri itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula hanya betul-betul bersedia selepas Jun.

Ini bermakna, jika kerajaan mahu menjalankan pilihan raya dengan penuh persediaan dan disepakati oleh semua pihak yang terlibat, pilihan raya hanya boleh diadakan selepas Jun ini.

Menurut salah seorang anggota PSC (Parliament Select Comittee - Jawatankuasa Terpilih Parlimen), Dr Mohd Hatta Ramli (gambar atas) , jawatankuasanya hanya selesai membuat cadangan pada 3 April 2012 ini.

"Selepas cadangan dibuat, kerajaan dan SPR perlu memprosesnya sebelum ianya dijadikan peraturan.

"Ini bermakna, masa paling sesuai untuk adakan pilihan raya dengan persediaan semua pihak terbabit adalah Jun atau Julai ini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, ramai yakin kerajaan akan membuat pilihan raya umum Mac ini. Namun pelbagai perkembangan yang berlaku selepas itu menyebabkan masa itu dianggap tidak sesuai lagi.

PSC untuk menambaikkan sistem pilihan raya ini ditubuhkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Mereka diberi masa enam bulan iaitu hingga April ini untuk membuat kajian itu.

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mempengerusikan penal ini yang turut disertai oleh wakil BN, Pakatan Rakyat dan Bebas. PAS diwakili oleh Dr Hatta. Dalam kenyataannya di Kota Baru beliau berkata, pihaknya tidak ada kuasa untuk menentukan bilakah pilihan raya patut diadakan.

Menurut Dr Hatta yang juga anggota Parlimen Kuala Krai, sebahagian peraturan pilihan raya termasuk penggunaan dakwat kekal yang hendak dilaksanakan SPR perlu disahkan oleh Dewan Rakyat terlebih dahulu.

"Dewan Rakyat hanya bersidang pada 12 Mac ini. Selepas itu, SPR pula perlu adakan pembelian dan latihan penggunaannya.

"Walaupun ada yang kata tidak perlu di bawa ke Dewan Rakyat untuk laksanakannya, saya tak nampak begitu dan rasa saya, yang paling baik di bawa ke Dewan Rakyat dahulu," kata Dr Hatta.

Sebelum ini, veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dalam wawancaranya dengan Harakahdaily berkata, kerajaan perlu menunggu PSC selesai menjalankan tugasnya dahulu.

Jika tidak, kerajaan akan didakwa berbohong dan menipu rakyat, kata beliau.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan, negeri Selangor hanya akan mengadakan pilihan raya selepas Jun 2012.

Ini untuk membolehkan segala program kerajaan negeri yang ada untuk rakyat selesai dilaksanakan.

Para pegawai kanan pejabat MB Selangor itu juga mengesahkan bos mereka amat 'kukuh pendiriannya' dalam isu ini.

"Hatta Tuanku Sultan juga telah dimaklumkan mengenai hal ini," katanya.-Harakahdaily

Selepas Liwat II, akhbar Umno tuduh Anwar bela hak golongan gay

Posted: 16 Jan 2012 01:15 AM PST




KUALA LUMPUR — Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dituduh mempertahankan hak golongan homoseksual, dakwa Mingguan Malaysia mendakwa beliau berkata demikian semasa temubual dengan BBC.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak cukup bukti untuk membuktikan Anwar melakukan perkara itu.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" sementara Berita Harian pula dengan tajuk "Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam".

Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Wartawan BBC bertanya kepada Anwar (gambar) sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata "kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini."

"Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan." kata Anwar kepada BBC.

Tetapi ayat sambungan pemimpin pembangkang itu tidak dinyatakan di kedua-dua akhbar itu.


Datuk Sri Anwar Ibrahim berucap di hadapan 5,000 orang di Konvensyen Pakatan Rakyat 3 di Alor Setar pada 14 Januari 2012. — Foto oleh Jack Ooi

Anwar juga berkata pandangan Pakatan Rakyat adalah "kami tidak menggalakkan homoseksual di domain awam dan kami tidak perlu meminta maaf."

Laporan Utusan itu menegaskan pembebasan Anwar diterima baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Sementara itu Berita Minggu, edisi mingguan Berita Harian mengkritik Anwar kerana menyokong hubungan sesama jenis.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

"Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

"Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama," katanya dipetik Berita Minggu.

Bekas ahli Parlimen PKR Wee Choo Keong berkata keberanian Anwar adalah untuk mewujudkan undang-undang membela hak golongan gay dalam manifesto Pakatan Rakyat.

"Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya," kata Ahli Parlimen Wangsa Maju ini.

Hadi: PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa termasuk DAP

Posted: 16 Jan 2012 01:13 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR — PAS menegaskan parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti yang didakwa.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik.

Menurut Ahli Parlimen Marang ini, konsep ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya dikuasai oleh Umno.

"Mereka kata kita berpakat dengan DAP yang kononnya anti-Melayu, tetapi Umno pun berpakat dengan MCA yang terang menolak hudud dan MIC.

"Kita tidak tunduk-menunduk antara satu sama lain, tidak seperti MCA yang tunduk kepada Umno, Umno tunduk kepada MCA dan MIC yang tunduk kepada Umno dan MCA," katanya ketika berucap pada program Rapat Rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ketiga di Alor Setar, Kedah.

Dipetik Sinar Harian, Hadi (gambar) berkata Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mewakili umat Melayu Islam dan memerintah negara ini sejak merdeka seharusnya menunjukkan sifat-sifat pemerintahan Islam.

"Mereka seharusnya menjadi contoh pemimpin Islam unggul, tapi ada pemimpin Umno yang buruk perangainya," katanya.

Beliau turut mendesak kerajaan supaya memperkasakan bahasa Malaysia serta menjadikan kelebihan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai daya saing tambah negara.

"Bahasa Malaysia terus dihimpit, sepatutnya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara ini dan jadikan bahasa lain sebagai aset, tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza," katanya.

Perkasa: Patut sudah lama aset NFC dibekukan

Posted: 16 Jan 2012 01:10 AM PST

THE MALAYSIA INSIDER

KUALA LUMPUR – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan Putrajaya sepatutnya membekukan aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebaik sahaja kontroversi pusat ternakan lembu itu muncul November lalu.

Ibrahim (gambar) berkata, rakyat sebenarnya mengharapkan tindakan segera dan pantas dalam isu-isu sedemikian.

"Satu langkah yang patut diambil dari awal, sebaik sahaja kes NFC berbangkit... tindakan seumpama ini yang hendak dilihat oleh rakyat iaitu tindakan segera dan pantas.pasti ianya dialu-alukan oleh rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan membekukan aset NFC diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Ibrahim menambah tidak wajar mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai selesai, sebaliknya memberi keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tetapi akibat dari mainan politik pembangkang, sebarang isu yang timbul di pihak krajaan pusat atau negeri Barisan Nasional (BN), belum apa-apa mereka sudah jatuh hukum bersalah.

"Tapi jika berlaku di negeri pentadbiran Pakatan Rakyat, awal-awal lagi mereka mengatakan itu fitnah puak BN dan tidak benar. "Jika benar sekali pun, mereka akan dakwa pihak BN sengaja lakukan sebab mahu burukkan PR," kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.

Katanya, "inilah permainan politik dan inilah juga trend persepsi rakyat."

Kata Ibrahim, rakyat mesti memberi keyakinan kepada SPRM dan polis untuk menyiasat kontroversi itu dengan telus.

Sementara itu Penaung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr Maamor Osman berkata langkah itu adalah amalan biasa yang dilaksanakan polis dan SPRM untuk menyita harta yang dipertikaikan ketika penyiasatan dilakukan.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak memilih bulu (pilih orang) dalam usaha mencari kebenaran, sesuai dengan pepatah 'No Fear, No Favour' iaitu tidak takut dan tidak memihak untuk memberi perlindungan," katanya dipetik Bernama.

Sehubungan itu, Dr Maamor berharap pihak berkuasa yang terbabit dapat melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan sesebuah organisasi itu.

"Segala langkah penyelesaian mengenai masalah ini biarlah diuruskan oleh pihak yang berwajib," katanya.

Noh Omar serahkan kepada Muhyiddin untuk jawab isu NFC

Posted: 16 Jan 2012 01:06 AM PST


KUALA LUMPUR — Berdepan dengan kesan kontroversi isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Noh Omar hari ini meletakkan segala tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini menjawab sedemikian apabila ditanya pemberita mengapa operasi NFC tidak dihentikan dan menjawab persoalan itu perlu ditanyakan kepada Muhyiddin.

Beliau juga ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

"Tiada masalah, yang ini, anda tanya TPM," katanya sebanyak dua kali semasa sidang media di sini sebelum meminta untuk pergi.

Noh (gambar) sebelum itu memberikan sidang media selama 20 minit mengenai panduan baru kerajaan Malaysia untuk mengawal industri sarang burung.

Pembantunya bagaimanapun mengesahkan bahawa Noh akan menemui Muhyiddin mengenai isu NFC petang ini.

Semasa mengumumkan pembekuan aset-aset NFC pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah mengarahkan Muhyiddin dan Noh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Tetapi disebalik pembekuan aset, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh berkata "operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa."

Bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan. Tiada sebarang gangguan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemimpin pembangkang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan terbaru kerajaan itu sebaliknya berharap tindakan tegas diambil ke atas Shahrizat dan keluarganya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset NFC adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada RM71,000.

PAS juga meminta agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kontroversi projek bernilai RM250 juta yang diserahkan kepada keluarga Shahrizat serta membekukan semua aset pengarah syarikat.

Shahrizat memohon cuti tiga minggu ekoran tuduhan yang dilemparkan terhadap diri dan keluarganya itu.

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC

Posted: 16 Jan 2012 01:04 AM PST


MALAYSIA KINI

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

"PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna:

  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

"PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku," katnya lagi.

Hasan Ali dakwa PAS tunduk kepada PKR

Posted: 16 Jan 2012 01:02 AM PST

Salhan K Ahmad

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berkata parti itu telah tunduk kepada tekanan daripada PKR sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada parti dengan tidak mengikut prosedur.

Sedangkan perbezaan pendapat antara beliau dan pemimpin tertinggi parti berhubung saranan kepada pelajar supaya tidak menyertai perhimpunan 9 Januari itu telahpun "diharmonikan," katanya.

NONE"Saya juga hairan bagaimana PAS boleh tunduk dengan tekanan PKR yang meminta saya dipecat. Apakah PAS sudah hilang maruah diri?

"Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telahpun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi," katanya dalam satu sidang media di kediamannya hari ini.

Katanya, saranan beliau itu menimbulkan kemarahan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang kemudiannya meminta pucuk pimpinan PAS supaya segera memecat beliau.

"Keesokan harinya (8 Januari) jawatankuasa PAS pusat bersidang dan memutuskan secara drastik bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli PAS tanpa memberi peluang kepada saya membela diri terhadap tuduhan saya saya sendiri pun tidak dimaklumkan sehingga hari ini.

"Pemecatan saya itu tidak menggunakan prosedur yang biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik," katanya lagi.

Tambahnya, beliau sepatutnya diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan bertulis.

azlanHasan berkata, isu berhubung saranan beliau itu telah "diharmonikan" dalam pertemuan dengan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 27 Disember lalu.

Katanya lagi, Abdul Hadi dalam pertemuan tersebut juga telah memberitahunya bahawa langkah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno tidak melanggar disiplin parti.

Hasan juga mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat pengguguran daripada anggota majlis kerajaan negeri yang disifatkannya sebagai "tindakan tergesa-gesa."

Bagaimanapun beliau berkata tarikh pengguguran itu bercanggah dengan tarikh pemecatan beliau daripada PAS.

Katanya, beliau masih sah sebagai ahli PAS sehingga minggu pertama bulan Februari.

"Hati saya tertanya, apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya.

"Tindakan tegesa-gesa ini seolah-olah menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan mengganti tempat saya," katanya lagi.

Jelajah Hasan Ali dedah 'parasit' PAS

Posted: 16 Jan 2012 12:59 AM PST


Salhan K Ahmad
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Katanya, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

NONE"Saya tak mahu jawab setakat ini, biar saya jawab dalam roadshow. Saya harap orang ramai akan mengikuti saya. Dalam majlis tersebut saya akan bentangkan," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan yang dimaksudkannya itu merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu – barisan pemimpin yang lebih banyak mempunyai latar belakang profesional dan bukannya latar belakang agama.

Beliau bagaimanapun memberi beberapa petunjuk bahawa kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

"Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim... Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti tolak perjuangan Anwar Ibrahim.

"Misalnya gay, lesbian, homoseksualiti, transgender ini kalau nak dihalalkan di Malaysia ini, mohon dijauhkan tuhan, saya rasa masyarakat akan bergolak, berpecah dan saya nampak huru-hara berlaku.

"Atas itu sajapun, jika itu sebab utama saya tidak boleh bersama Anwar, saya rasa pendirian saya sah.

"PAS yang sepatutnya jadi juara sehingga ini, oleh kerana pengaruh daripada parasit ini, PAS masuk dalam kategori gagal. Ini yang ditakuti, apa pengaruh DAP, PKR dalam PAS?," soalnya.

Katanya lagi, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut dan parti itu memerlukan dirinya untuk usaha berkenaan.

VIDEO | 10.53 minit

DAP: PM utamakan Mydin daripada rakyat

Posted: 16 Jan 2012 12:48 AM PST

MALAYSIA KINI

DAP hari ini menyelar kenyataan perdana menteri yang didakwa tidak mengambil kisah dengan masalah sekitar isu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan lebih mengutamakan keuntungan syarikat berbanding kebajikan rakyat.

NONE"Najib berbangga bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia menghasilkan lebih keuntungan selepas dikritik pembangkang, (ia) membuktikan bahawa beliau lebih mengambil berat tentang keuntungan Mydin lebih daripada kualiti barang 1Malaysia yang dijual kepada rakyat biasa," kata Setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Pua berkata, sindiran Najib kepada Pakatan Rakyat menunjukkan pemimpin nombor satu negara itu tidak prihatin terhadap kesihatan rakyat, termasuk di kawasan parlimennya sendiri.

Najib semalam dilaporkan dengan sinis menggalakkan pembangkang lebih banyak mencemuh KR1M kerana ia membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan.

Berucap di Pekan, beliau berkata, KR1M kini menjadi pilihan orang ramai dan terbukti dengan hasil jualan yang dicatatkan di tempat itu, yang mencecah RM20,000 sehari sejak mula beroperasi sebulan lalu.

Jabatan Penjara nafi guna kekerasan ke atas banduan

Posted: 16 Jan 2012 12:46 AM PST

Jabatan Penjara menafikan dakwaan warga kerja Penjara Sungai Buloh menggunakan kekerasan berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas 200 banduan Blok Berkat dalam satu kejadian 4 Januari lalu.

Ketua Seksyen Dasar Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, hanya empat banduan dan dua petugas mengalami cedera ringan dalam bentuk calar dan telah diberi rawatan di klinik penjara itu.

"Begitu juga tiada kejadian memukul berlaku selepas banduan berkenaan telah dapat dikawal dan dimasukkan ke bilik masing-masing," katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita pada Rabu lalu yang mendakwa kekerasan berlebihan diguna bagi mengawal banduan terbabit yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemeriksaan ke atas diri dan sel mereka.

Supri berkata, ketegangan itu berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit dan telah dapat dikawal oleh 10 anggota yang bertugas.

Sementara itu, Lembaga Siasatan Jabatan Penjara telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut, dan laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Batu Arang pada 5 Januari bagi mengelakkan sebarang bentuk keraguan.

"Jabatan Penjara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang bertindak melakukan kekerasan di luar dari batasan peraturan yang ada," katanya. Bernama

Majlis Fatwa haramkan 'bank susu ibu'

Posted: 16 Jan 2012 12:45 AM PST


MALAYSIA KINI
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa cadangan penubuhan bank susu ibu adalah haram.

Ini kerana tindakan itu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

"Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

"Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan," kata kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dan dipetik akhbar berkenaan.

Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu mengakui bahawa tabung susu itu diperlukan bagi bayi pra-matang yang memerlukan rawatan dan juga bayi yang ibunya kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi.

Bagaimanapun muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Bagaimanapun menurut laporan dalam Berita Harian itu kecualian diberikan dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan.

Muzakarah juga memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

NFC: Perniagaan seperti biasa walaupun aset dibeku

Posted: 16 Jan 2012 12:44 AM PST


MALAYSIA KINI

Walaupun asetnya dibekukan, sementara menunggu siasatan polis berhubung dakwaan penyelwengan, projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berkata bahawa "perniagaan berjalan seperti biasa".

"Perniagaan syarikat berjalan seperti biasa," kata Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh dalam satu kenyataan hari ini.

"Inventori daging lembu akan terus dibekalkan dan semua pesanan pelanggan akan dipenuhi. Tidak ada gangguan dalam pembekalan."

Wan Shaninur Izmir menambah bahawa aset NFC yang dibekukan sejak Disember tahun lalu tidak akan menjejaskan inventori mahupun bekalan.

"Saya ingin memberi jaminan kepada pelanggan dan vendor serta kakitangan kami bahawa perkhidmatan akan diteruskan dan peluang pekerjaan mereka adalah terjamin," katanya.

Menurut kenyataan itu, daging lembu NFC dibekalkan kepada lebih daripada 160 pelanggan termasuk hypermarket, pasar raya, pasar mini, pasar basah, pengusaha daging proses, hotel, restoran dan kafe.

Tambahnya lagi Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan akan terus membiakkan 4,500 lembu untuk memenuhi sasaran bekalan daging dalam negara manakala rantaian Restoran Meatworks akan beroperasi seperti biasa.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan sementara menunggu siasatan daripada pelbagai pihak termasuk dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.

Pada tahun 2007, syarikat itu dilantik untuk menjalankan projek ternakan lembu tetapi prestasinya dibidas oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ia kemudiannya didedahkan bahawa syarikat itu dimiliki oleh keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Wan Shahinur Izmir adalah seorang daripada anak lelaki Shahrizat.

Syarikat itu mengundang pelbagai kontroversi apabila PKR berjaya membuktikan bahawa ia telah membuat beberapa 'pelaburan' yang boleh dipersoalkan, termasuk menggunakan pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan untuk membeli kondominium mewah, tanah di Putrajaya dan juga kereta mewah.

Khamis lalu, Shahrizat mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa beliau akan bercuti selama tiga minggu sementara menunggu siasatan dijalankan.

Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut'

Posted: 16 Jan 2012 12:40 AM PST

Jimadie Shah Othman


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

NONEMursyidul am PAS berkata, tindakan Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliBeberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Bharu Khamis lalu, mengenai nasib Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu.

"Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu.

'Nasha sudah akil baligh, ikut dialah'

Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri.

"Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat (gelaran) datuk, harta banyak, juga bercerai.

"Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri Muda daripada parti itu.

"Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. "

azlanSementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (kiri) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal".

"Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh.

"Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya.

Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat.

Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama.

Hasan bayangkan tak merayu

Dalam perkembangan berkaiatan, Hasan dilapor membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang sehingga 7 Februari depan.

Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian itu selepas merasakan perjuangan dalam PAS dikhianati oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, lapor Sinar Harian.

"Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," beliau dipetik sebagai berkata dalam Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Kuala Lumpur.


Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.

Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap

Posted: 16 Jan 2012 12:38 AM PST

MALAYSIA KINI

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Menurut Bernama, dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

Sementara itu, Star Online, pula melaporkan pelajar berkenaan menulis: "Najib akan datang ke kampus kami ... mari kita bom helikopternya itu ...".

Portal itu juga memetik Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

"Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dicekup di kampus di Nibong Tebal.

"Kes ini masih perlukan siasatan lanjut. Kami akan umumkan jika ada apa-apa perkembangan, " katanya dipetik Star Online.

Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP

Posted: 16 Jan 2012 12:35 AM PST


MALAYSIA KINI

Memandangkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan bahawa beliau kembali.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata walaupun Shahrizat sepatutnya berbuat demikian secara sukarela memandangkan siasatan polis ke atas kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), beliau percaya bahawa beliau ditekan untuk berbuat demikian.

"Tiada siapa yang percaya Shahrizat akan kembali ke kabinet atau Parlimen selepas tamat cuti tiga minggunya yang berakhir pada 3 Februari ini," katanya.

Menurut Lim, ini disebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan bercuti Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah sesuatu yang tepat.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi," kata Najib dipetik berkata di akhbar-akhbar hari ini.

NONEIni, kata Lim, bermakna bahawa Shahrizat berjaya menghalang siasatan dijalankan ke atas peranannya yang didakwa dalam skandal tersebut yang tercetus berikutan pendedahannnya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tahun lalu.

Sementara itu, Lim juga menggesa kerajaan menubuhkan siasatan awam berhubung skandal NFC yang juga perlu merangkumi peranan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pertanian semasa kejadian itu dan Datuk Seri Noh Omar selaku menteri pertanian dan asas tani sekarang.

Lim berkata bahawa pembekuan aset NFC sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah tidak mencukupi tanpa siasatan penuh dijalankan.

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana

Posted: 16 Jan 2012 12:33 AM PST

Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

pakatan kedah mega ceramah 150112 anwar speakingDalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

pakatan kedah mega ceramah 150112 nik azizSebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami," katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

pakatan rakyat kedah stadium 150112Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

pakatan kedah mega ceramah 150112 crowd 7Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar.

Tiada ulasan: