Selasa, 10 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pembebasan Anwar adalah kegagalan konspirasi politik

Posted: 10 Jan 2012 03:31 PM PST

DETIK DAILY


Sebagaimana propaganda UMNO sejak zaman Perang Dingin, para pemimpin mereka terikat dehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjDTnynk5LWoUCkMNS5t1a7i6j2xrsaWH0Ws3wGW_nH7AE-YEKuE27bUge6wi5pPh2V8DU9WwHPxk1_UlbvWj91Ztuh4Hwd3NgVpDCp4b7L91cmRUHhOtdoBPql2uq1ZQe7lfVX7fzNIIV/s400/374908_260870097306219_100001496924440_722425_1246901447_n.jpgngan skrip lama yang semakin tidak relevan dengan generasi muda, malah sudah bosan didengar oleh generasi dewasa kini.

Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah atas tuduhan liwat oleh mahkamah semalam, cepat-cepat para menteri mengulangi kenyataan yang biasa mereka buat sejak bertahun-tahun dahulu.

Ada yang mengatakan keputusan mahkamah itu membuktikan badan kehakiman negara bebas, kerajaan ada yang mengaku bahawa UMNO-BN tida campur tangan dan ada bermacam-macam kenyataan lagi.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa keputusan mahkamah telah menjadi bukti bahawa tiada konspirasi politik terhadap Anwar.

Semua mahu mencuci tangan. Mungkin mereka juga tergamam seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain kerana tidak menyangka ada hakim yang berani untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya bagi menegakkan keadilan.

Badan kehakiman bebas?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan melihat perkembangan seterusnya dalam sistem perundangan negara, sama ada ia benar-benar bebas atau tidak.

Katanya, keputusan mahkamah semalam tidak semestinya mencerminkan kebebasan menyeluruh sistem.

"Kita mahu bukan sahaja keadilan untuk Anwar, kita mahu keadilan untuk semua rakyat Malaysia," ujarnya.

Walau pun banyak pihak menyambut baik keputusan mahkamah, ramai yang sedar bahawa kes DSAI tidak patut wujud sama sekali berdasarkan fakta-fakta kes yang amat lemah dan dipertikaikan.

Presiden Majlis Peguam Chee Wee menyatakan bahawa tuduhan liwat terhadap tidak wajar dibawa ke mahkamah dan ia telah membazirkan masa kehakiman dan dana awam.

Badan kehakiman negara di bawah kerajaan UMNO-BN perlu direformasikan untuk menjamin keadilan untuk semua, sama ada yang dituduh dan menuduh, sama ada yang terlibat dalam pemimpin besar atau rakyat marhaen.

Keputusan satu kes tidak memberi senarang jaminan tentang reformasi pentadbiran kerajaan. Banyak lagi kes-kes yang telah menimbulkan keraguan, malah kemarahan di kalangan rakyat termasuk pengamal undang-undang sendiri.

Tiada konspirasi politik?

Usaha UMNO-BN untuk menghancurkan karier politik Anwar bermula sejak beliau disingirkan dari kerajaan pada 1998. Segala jentera kerajaan termasuk media massa digerakkan untuk memfitnah dan mentohmah bekas Timbalan Perdana Menteri itu semata-mata kerana takut beliau membawakan reformasi yang bakal memusnahkan sistem yang korup dan penuh penyelewengan.

Pelbagai tuduhan termasuk yang dibawa ke mahkamah telah dikenakan. Malah beliau sendiri telah disumbat ke dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas dipecat dari kerajaan. Tidak cukup dengan itu, dihumban pula ke penjara pula atas tuduhan salah guna kuasa.

Selepas dibebaskan dari penjara pada 2004 tetapi undang-undang zalim telah menghalang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun selepas tarikh pembebasan.

Apabila rakyat mengejutkan UMNO-BN dengan tsunami politik pilihan raya umum 8 Mac 2008 di mana pembangkang menang di lima negeri dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, maka bermula konspirasi untuk memusnahkan Anwar.

Selama lebih tiga tahun, rakyat menjadi saksi kepada prosedur mahkamah yang semakin hari semakin jelas kerapuhan kes pihak pendakwa. Sehingga pada waktu penggulungan, media massa kawalan UMNO-BN hanya menyiarkan cebisan berita untuk menutup kelemahan pendakwaan dan kekuataan defendan.

Tidak cukup dengan itu, dibawakan pula pita video kononnya Anwar terlibat dalam skandal seks bersama seorang wanita. Maksudnya, Anwar yang telah pun didapati "bersalah" oleh media kawalan UMNO-BN sejak 2008 kerana dituduh meliwat seorang lelaki pembantu pejabatnya, difitnah pula melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang digambarkan sebagai pelacur.

Selain itu, sesetengah media kawalan UMNO-BN berserta dengan blog-blog pecacai UMNO telah menyiarkan fitnah demi fitnah terhadap Anwar tentang kononnya beliau adalah ejen asing, beliau anti-Islam, beliau itu dan beliau ini.

Kegagalan konspirasi

Bukan Anwar sahaja menjadi mangsa fitnah mereka, pemimpin Pakatan dari DAP dan PAS juga disasarkan dengan pelbagai tohmahan termasuk yang tidak masuk akal serta merendahkan maruah kaum dan agama tukang-tukang fitnah itu.

Kerana itulah skrip zaman Perang Dingin UMNO sudah tidak relevan lagi untuk menyatakan bahawa tiada konspirasi politik dalam usaha pihak-pihak tertentu yang mahu mematikan sama sekali perjuangan seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas ialah bukannya tiada konspirasi, tetapi konspirasi yang dirancang dan dilaksanakan itu telah gagal. – Roketkini.com

Perkasa, beban UMNO di PRU-13: Ibrahim Ali memalukan orang Melayu

Posted: 10 Jan 2012 04:51 AM PST

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle


Jika anda pergi ke kampong-kampung atau desa dan bertanya jika orang-orang Melayu disitu tahu apa itu PERKASA atau perjuangannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak akan tahu apa-apa mengenainya dan mungkin juga ada diantara mereka akan ingat ia adalah ubat untuk tenaga batin.

Mereka yang tahu apa itu PERKASA dan pemimpin kontroversinya, Ibrahim Ali selalunya tidak menyokong pertubuhan ini. Mereka tidak mempunyai komen yang baik buat si penegak hak Melayu ini dan hanya membaca berita tentang aktiviti mereka di dalam akhbar atau online. Sememangnya, tiada siapa yang sebenarnya menyokong PERKASA dari kalangan orang Melayu- di bandar mahupun di desa.

\Walaupun mereka yang menyokong UMNO tidak mempedulikan PERKASA dan menganggap mereka sebagai orang tua yang berlagak seperti badut yang gemuk. Di Kelantan, Ibrahim Ali dikenali sebagai ahli parlimen bebas di Pasir Mas. Menurutnya, PERKASA ditubuhkan berikutan kemelut politik mengenai hak sama rata dan meritokrasi selepas pilihan raya umum 2008 semasa UMNO kehilangan banyak kerusi bagi memerintah kerajaan persekutuan.

Jaguh politik yang gagal mendapatkan sokongan orang Melayu

\Ibrahim terlebih dahulu bertanding di bawah tiket PAS tetapi mengisytiharkan dirinya sebagai bebas selepas menang dan akibatnya disumpah seranah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana menipu dan bersikap opportunis. Ibrahim boleh dikatakan sebagai jaguh politik yang terlebih dahulu dibuang dari UMNO. Terasing tanpa teman seperjuangan, PAS lah yang memberi peluang terakhir baginya.

Walaupun mendakwa sedemikian, idea untuk menubuhkan perkasa bukanlah sebenarnya untuk memperjuangkan hak orang Melayu tetapi untuk memberi dirinya peluang untuk berada di khalayak ramai dan sentiasa relevan. Jika tidak, dirinya sudah pasti hilang di persada politik. Juga, mereka juga adalah 'tukang karut' untuk UMNO. Bosan dengan Pemuda UMNO yang sudah hilang taringnya dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin, pemimpin parti veteran seperti Mahathir juga menggunakan PERKASA, sayap pelampau mereka yang rasis.

Ahli PERKASA yang terdiri daripada orang UMNO yang diakui oleh Ibrahim Ali dalam sebuah temuramah dengan media online. "Beberapa orang ahli parlimen dan ahli majlis tertinggi UMNO," kata Ibrahim dengan nada berlagak sambil menolak untuk untuk memberi nama mereka kecuali Mahathir Mohamad, penaung PERKASA. Ramai juga adalah bekas tentera dan penjawat awam dari bahagian teknikal sehinggalah pengkeranian. Ada juga sebilangan kecil merupakan ahli PAS dan PKR.

"Saya juga tidak sangka akan sambutan ini kerana saya tidak meletak target untuk keahlian. Ia jauh melepasi jangkaan saya," dia dilaporkan berkata.

Memang sepatutnya dia terkejut kerana telah menjangkakan sambutan yang lebih. Sebenarnya, dia mengharapkan semua orang Melayu untuk menyokong PERKASA tetapi hanya mampu mendapat sebilangan kecil sahaja yang berada dalam situasi serba salah kerana mereka juga penyokong dan terlibat dalam parti politik.

\Si Penaung Mahathir juga dibenci orang Melayu

Mahathir, bekas perdana menteri, menulis dalam blognya; apa jua perasaan UMNO,

saya telah memutuskan bahawa NGO ini berkemungkinan akan menjejaskan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang jika mereka mahu. Jadi, saya sudah nekad untuk bersama PERKASA untuk memastikan mereka tidak beralih kepada pembangkang. Saya jamin, PERKASA menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang.

Walaupun begitu, sokongan dari Mahathir dan bekas ketua polis Rahim Noor tidak boleh meyakinkan orang Melayu bahawa PERKASA bagus buat mereka. Ramai yang masih menjauhkan diri dari PERKASA.

Kenapa? Adakah kerana orang Melayu tidak begitu pedulikan Mahathir dan juga Rahim Noor?

Jujurnya, Melayu sudah ada UMNO, PAS dan PKR jika berminat. Dalam pada itu,

selain Barisan Nasional, mereka juga ada Pakatan Rakyat sebagai alternatif; jadi mereka sudah mempunyai pilihan.

Sifat Melayu dan kenapa PERKASA dipinggirkan

NGO juga berbeza daripada parti politik. NGO seperti PERKASA hanya mampu menyalak tapi tidak menggigit. Selain daripada itu, PERKASA juga dilihat sebagai perkauman dan nasionalis Melayu yang melampau- yang bukan merupakan nilai budaya orang Melayu.

Sebelum merdeka lagi, Melayu sudah boleh menerima pendatang Cina dan India. Orang Melayu juga telah membiarkan pendatang ini bersetinggan di tanah mereka dan membina rumah, bercucuk tanam dan membela ayam dan itik. Orang Melayu sememangnya baik hati dan bersopan santun. Jadi, cara dan pendirian yang digunakan oleh Ibrahim Ali dan PERKASA tidak memberi kesan yang baik kerana ia amat asing bagi orang Melayu.

Orang boleh berkata bahawa Melayu tidak semuanya bersopan santun kerana pada masa demonstrasi menentang pembentukan Malayan Union pada tahun 1950-an, ramai Melayu yang menyertainya. Walaubagaimanapun, mereka bukan disana untuk berdemonstrasi. Sedihnya, mereka datang kerana dijanjikan wang. Wang adalah sebabnya kerana mereka sangat miskin.

Masih miskin

Kesnya sama juga sekarang. Majoriti orang Melayu masih miskin. Jadi, selepas 54 tahun memerintah dan memperjuangkan orang Melayu, UMNO masih belum membangunkan komuniti ini, apatah lagi PERKASA?

Orang Melayu tidak berminat pada cakap-cakap kosong, slogan, ugutan dan teriakkan. Namun, ini sahajalah yang mampu dibuat UMNO dan PERKASA. Orang Melayu mahukan jawapan. Mereka mungkin miskin, tapi bukan dungu. Orang Melayu sudak muak dengan UMNO dan PERKASA dan lebih muak lagi apabila tiada apa yang dijanjikan telah dikotakan atau membuahkan hasil.

PERKASA mungkin boleh membantu jika ia menyoalkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk orang Melayu, dan bertanya juga mengapa hanya beberapa orang Melayu sahaja, menteri UMNO dan orang UMNO sahaja yang kaya raya. Kumpul semua kemungkinan dan siasat untuk pembaikan, bukan hanya memilih siapa yang patut kerana hanya talibarut UMNO sahaja yang akan berbuat begitu.

PERKASA hanya menyalahkan orang lain atas masalah yang dihadapi orang Melayu, dan meminta supaya orang Cina dan India untuk balik ke Negara asal dan meminta agar kerakyatan mereka dilucutkan dan memberi tekanan kepada mereka dari segi kaum dan agama. Contoh terbaru adalah pertikaman lidah antara Ibrahim Ali dan Rev Eu Hong, dimana PERKASA dan Ibrahim Ali terutamanya, telah memalukan nama baik orang Melayu.

Bilakah Ibrahim Ali akan sedar dan bangun dari mimpi buruk ini. Dia tidak sedar bahawa dia gagal untuk mengumpul sokongan orang Melayu dan membawa mereka untuk berhimpun menentang perhimpunan 9 Julai, bermaksud, PERKASA bukan sahaja tidak relevan kepada orang Melayu, tapi dia, Ibrahim Ali juga pembawa sakit.Malaysia Chronicle

Polis: Letupan berpunca daripada bom jangka

Posted: 10 Jan 2012 04:44 AM PST


MALAYSIA KINI

Siasatan awal polis mendapati tiga letupan yang berlaku semalam pada perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (kiri), berkata pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.

"Antara bahan-bahan yang dijumpai di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook hari ini.

"Polis mengumpul semua bahan bukti dari tempat kejadian dan akan dihantar untuk analisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut," kata Mohmad.

Seramai 4,500 orang menyertai perhimpunan itu bagi mengikuti keputusan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah membekaskan dan melepaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd .Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

NONEMohmad berkata, tiga letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.

"Kebanyakan kerosakan adalah disebabkan terkena bebola gegalas dan impak letupan. Kebanyakan kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil melainkan sebuah motosikal yang mengalami kerosakan yang agak teruk," katanya.

Kes letupan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 2007), yang jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Mohmad berkata, siasatan dan usaha untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab giat dijalankan dan polis meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu. Bernama

Polis buru dalang letupan di kompleks mahkamah

Posted: 10 Jan 2012 04:26 AM PST


MALAYSIA KINI

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Saleh hari ini berkata pasukan itu memerlukan kerjasama orang ramai untuk menyalur maklumat berhubung kejadian pengeboman semasa perhimpunan di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Katanya, pasukan itu juga akan meneliti rakaman video polis bagi mengenal pasti suspek dalam kes letupan tersebut, yang berlaku semasa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun.

NONE"Kita akan tengok video yang kita rakam dan akan melihat secara keseluruhan keadaan semasa perhimpunan dan juga dalang yang meletakkan bahan letupan buatan sendiri itu," katanya, seperti dilaporkan Bernama.

Katanya lagi, polis juga sedang mengumpul maklumat untuk memutuskan sama ada penganjur perhimpunan didapati melanggar syarat yang ditetapkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Tambahnya, pasukan itu juga akan menyiasat lokasi insiden letupan dan juga perjalanan perhimpunan berkenaan.

NONETumpuan utama penyokong Anwar, berjumlah lebih 5,000 orang ketika insiden pengeboman itu bermula, adalah satu kawasan medan selera di Jalan Khidmat Usaha.

Beberapa pemimpin muda dari parti anggota Pakatan Rakyat juga telah mula berucap di kawasan medan selera berkenaan, sebelum bom pertama meletus pada jam 10.20 pagi pada jarak kira-kira 300 meter daripada salah satu pintu utama ke mahkamah.

Kawasan medan selera itu juga dikatakan sebagai lokasi yang akan dituju Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi ucapan.

Menurut polis, empat orang awam mengalami kecederaan kecil akibat letupan tersebut manakala seorang lagi dirawat kerana "terkejut" akibat kejadian berkenaan.

Insiden letupan berkenaan bagaimanapun tidak menimbulkan suasana panik di kalangan peserta perhimpunan tersebut.

Kumpulan berkenaan juga bersurai dengan aman setelah dinasihati polis supaya berbuat demikian dengan alasan "keadaan tidak selamat" ekoran letupan daripada bom jangka buatan sendiri itu.

Parti KITA Melaka Akan Dibubarkan Esok

Posted: 10 Jan 2012 04:21 AM PST

MSO


Jawatankuasa penaja penubuhan parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Melaka akan mengadakan sidang akhbar esok bertempat di 34-A Taman Gadong Perdana, Jalan Pulau Gadong Melaka untuk acara pembubaran jawatankuasa parti Kita negeri itu.

Menurut setiausaha penaja Yahaya Mat Idris sebagai simbol pembubaran itu, papantanda parti berkenaan akan diturunkan.

Jawatankuasa penaja itu diketuai oleh Kol Hashim Puteh. Sehingga ini seramai 60 orang kebanyakan penyokong PKR sebelum ini telah menyertai Kita. Pembubaran itu itu memberi pukulan maut kepada parti itu yang baru mula hendak membuka kepak.

Menurut Yahya antara punca menuyebabkan jawatankuasa berkenaan dibubar ialah kerana tidak bersetuju dengan tindakan Presidennya yang menyokong beberapa transformasi cadangan Najib Razak termasuk untuk membubarkan Isa.

Media massa dijemput hadir ke upacara berkenaan

Sosilawati: 9 CPU & laptop dianalisis

Posted: 10 Jan 2012 04:05 AM PST

KL TODAY.COM



Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, diberitahu sembilan unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dan dua komputer riba telah diperiksa dan dianalisis pihak polis dalam siasatan kes itu.Inspektor Suzana Zainal Abidin, 31, yang bertugas sebagai Juruanalisa Sektor Jenayah Komputer di Makmal Forensik Bukit Aman berkata, antara perkara yang ditemuinya semasa memeriksa dan menganalisis CPU dan komputer riba itu ialah rekod waktu yang tertera pada dokumen, ada di antaranya menunjukkan 10 tahun lebih awal daripada waktu ia dicipta.

Suzana, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimul Azami berkata, ini boleh berlaku kerana bateri yang menyalurkan kuasa untuk menjalankan jam pada komputer apabila komputer dimatikan, sudah lemah.

Saksi ke-79 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekaspeguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R.Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank NoorhishamMohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati,Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain daripada memeriksa waktu pada komputer-komputer berkenaan, Suzana berkata, beliau diarahkan pegawai penyiasat Asisten Superitendan Ishak Yaacob untuk mencari dokumen-dokumen daripada cakera keras komputer-komputer yang diperiksanya dengan menggunakan kata-kata kunci yang diberikan.

Beliau berkata, Ishak memberikan 49 kata kunci untuk digunakan dalam pencarian dokumen pada 15 September 2010, 55 kata kunci pada 17 September 2010 dan enam kata kunci pada 26 September 2010.

Hasil carian menggunakan kata kunci itu, lebih daripada 2,000 dokumen ditemui daripada komputer-komputer yang diperiksa. Semasa disoal balas peguam bela Pathmanabhan, Manjeet Singh Dhillon, Suzanaberkata, beliau menumpukan perhatian dari 15 September hingga 22 September untuk memeriksa dan menganalisis komputer-komputer itu.

Ditanya Manjeet sama ada beliau ingat kata kunci seperti "54233″, "ample", "vineland", "Lee", "Rahman" dan "Palil" semasa melakukan pencarian dokumen, Suzana berkata, tidak ingat tetapi mengesahkannya apabila disuruh merujuk lampiran laporan yang diberikan kepada beliau.

Ditanya sama ada Ishak ada meminta beliau mencetak dokumen yang dicari dengan kata kunci 54233, Suzana berkata: "Ada".

Manjeet berkata, 54233 merupakan geran sekeping tanah di Batu Feringgi PulauPinang yang harganya mencecah RM200 juta. Manjeet juga memohon kepada mahkamah supaya Suzana mencetak dokumen-dokumen yang diperolehnya semasa memeriksa komputer-komputer yang direkodkan dalam bentuk tiga cakera sebelum ini, untuk di bawa ke mahkamah pada Selasa.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan permohonan Manjeet sebelum menangguhkanperbicaraan dan meminta Suzana membawa dokumen yang diperlukan pada perbicaraanyang bersambung pada Selasa.

Catatan Anwar dari Mumbai

Posted: 10 Jan 2012 04:05 AM PST

Anwar Ibrahim



Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta — bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

SAPP mahu 40 kerusi DUN Sabah

Posted: 10 Jan 2012 04:01 AM PST

KL TODAY.COM



Parti Maju Sabah (SAPP) sedang berunding dengan Pakatan Rakyat untuk bertanding dua pertiga daripada 60 kerusi negeri Sabah pada pilihan raya umum akan datang.Dalam satu kenyataan media hari ini, timbalan presiden SAPP Amdee Sidik juga meluahkan sokongan parti itu supaya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri jika BN ditumbangkan.Katanya, SAPP sedang mengadakan rundingan agihan kerusi dengan parti-parti komponen Pakatan.

"Ahli Parlimen (Sepanggar) Eric Majimbun telah berhubung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (naib presiden) Tian Chua," katanya.

"SAPP mungkin bertanding dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah, manakala selebihnya oleh Pakatan Rakyat. Bagi kawasan parlimen, Pakatan mahu dua pertiga (kerusi) dan SAPP boleh bertanding yang lain."

Menurut Amdee, SAPP serius dalam menggulingkan kerajaan negeri yang diterajui oleh BN pada pilihan raya umum akan datang.

Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) yang diketuai Jeffrey Kitingan , juga telah menyatakan hasrat parti itu untuk bertanding di semua kerusi.

Satu lagi parti pembangkang yang juga memasang angan-angan menguasai Sabah adalah Barisan Rakyat Sabah yang diketuai oleh Berman Angkap.

Dalam satu kenyataan berasingan, Amdee menjelaskan bahawa SAPP tidak pernah mengadakan rundingan dengan Star untuk membentuk barisan pembangkang.

"Laporan sejak dua hari lalu yang mengatakan bahawa saya mengetuai rundingan bagi pihak SAPP dengan Star adalah tidak benar.

"Apa yang Jeffery umumkan ialah beliau melihat kemungkinan membentuk satu pakatan dengan idea supaya mengukuhkan kuasa pembangkang untuk menumbangkan BN."

Amdee menekankan bahawa SAPP adalah "kawan" kepada semua parti-parti pembangkang tetapi tidak kepada mereka yang mendakwa memperjuangkan perjuangan untuk rakyat Sabah tetapi pada masa yang sama membantu BN.

BN nafi tertekan kerana Anwar bebas

Posted: 10 Jan 2012 03:57 AM PST

KL TODAY.COM

B


N tidak gentar atau tertekan sama sekali dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).Menafikan sindiran seumpama itu, Timbalan Perdana Menteri berkata BN dengan berani telah melalui 12 pilihan raya umum sebelum ini dan sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, pengalaman yang diperoleh selama ini akan membantu jentera BN menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan? Apa keputusan sekalipun itu keputusan mahkamah. Kita punya persiapan bukan kerana ada pihak yang menekan kita baru kita kerja. Kita buat kerja seperti biasa.

"Kita sudah melalui proses pilihan raya bukan sekali, dah masuk kali Kita mempunyai pengalaman banyak. Jadi kita tak tertekan dalam soal ini. Kita akan hadapi walau apa pun keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN menghormati keputusan berhubung Anwar dan menegaskan kebebasan badan kehakiman membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar termasuk parti politik.

Beliau berkata keputusan itu juga pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai amalan demokrasi negara ini yang berteraskan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman tanpa sebarang campur tangan antara satu sama lain.

Katanya keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar.

Beliau yakin selepas ini tiada pihak termasuk pembangkang dan pihak yang menyalahkan kerajaan menuduh kerajaan BN kononnya apa yang berlaku di negara ini adalah tidak adil.

"Saya yakin keputusan ini meyakinkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang kegigihan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membawa proses transformasi negara ke masa depan yang lebih baik. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam," katanya.

Keputusan mahkamah yang membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak akan menjejaskan kekuatan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, ia langsung tidak menggugat kedudukan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti kerana ini bergantung kepada perkara lain yang telah dikenal pasti.

"Ada empat perkara yang menentukan kemenangan BN iaitu pertama rekod pimpinan kerajaan di peringkat negeri dan pusat, dan kedua, dasar-dasar semasa yang diperkenalkan kerajaan seperti gagasan 1Malaysia dan Program Tranformasi Kerajaan.

"Selain itu nasib BN juga ditentukan oleh pengharapan masa hadapan oleh rakyat, seperti rancangan pembangunan yang ingin dibawa kerajaan, dan faktor keempat iaitu kerja-kerja yang dibuat oleh pimpinan BN di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan BN Negeri Sembilan di sini Selasa.

Ahmad berkata Anwar sebagai seorang yang tidak menyumbang apa-apa kepada rakyat, "tidak perlu lagi diperkatakan", sebaliknya tumpuan harus diberikan kepada langkah menjelaskan kepada rakyat mengenai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.

Katanya ada pelbagai bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang akan dibukukan dan diedarkan supaya rakyat dapat mengetahuinya.

"Anwar Ibrahim bukan bagi bantuan apa pun, tapi kita bagi pelbagai bantuan seperti bantuan RM100 untuk anak bersekolah, bantuan RM500 untuk rakyat berpendapatan bawah RM3,000, subsidi petrol, diesel, gas dan bahan makanan… ini yang mahu kita ceritakan, lupakanlah Anwar Ibrahim dan hal-halnya itu," katanya.

Lagu Namewee terbaru hina polis?

Posted: 10 Jan 2012 03:25 AM PST

AK-47



Tiada siapa dengan akal yang waras di negara ini akan berani berkata rakyat dan kerajaan Malaysia tidak bertolak-ansur dengan Namewee.Sudah terlalu banyak ruang dan peluang diberikan kepada pemuda tersebut.Sampaikan pernah ada menteri yang meluangkan masa untuk bercakap dengan Namewee. Macamlah mamat tu penting sangat.Semuanya penulis yakin atas dasar menjaga hati masyarakat Cina.

Namun sampai bila kita perlu bersabar dengan lulusan universiti Taiwan itu?

Hina Islam, Melayu dan entah apa-apa lagi, semuanya sudah.

Dan dalam video klip terbarunya yang dimuat naik ke Youtube semalam bertajuk Supermarket yang memuatkan lagu sempena Tahun Baru Cina, nyata ia membawa mesej sindiran yang agak melampau terutama kepada pihak polis.

Dalam klip berkenaan, daripada empat watak yang ada, salah seorang memakai baju uniform yang seakan-akan uniform polis dengan lidah yang terjelir sepanjang klip selama 2 minit 15 saat itu berlangsung.

Lidah yang terjelir itu sangat jelas memperlihatkan lelaki itu umpama seekor anjing.

Dan penyanyi pula cuba memberikan ang pau yang dipertontonkan pada awalnya diisi dengan wang kertas.

Lelaki polis yang menyerupai anjing, wang…apa mesejnya?

Rasuah di kalangan polis? Perlu ke disampaikan dengan mesej yang begitu menghina?

Watak lain pun berupa sindiran juga, tapi penulis malas nak ambik tahu.

Bukankah Tahun Baru Cina seperti juga perayaan yang lain harus mencerminkan suasana yang muhibah dan kesepaduan antara kaum?

Mengapa harus bersikap begini?

Puncanya hanya satu…kerajaan dan polis sendiri terlalu berlembut.

Undi Cina rasanya memang takkan kembali kepada BN. Jadi tak perlu nak jaga hati sesiapa sangat. Bertindak sewajarnya sebelum dia buat lagi teruk.

Jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan sampai undi kaum lain pula yang hilang.

Tonton klip di bawah.

Mahasiswa bakal ronda seluruh negara,UMNO makin tenat ~ percutian 3 semesta Adam

Posted: 10 Jan 2012 03:22 AM PST

Blog King Of Goblok


Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.

Menurut maklumat yang diterima terima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI hari ini.

"UPSI ada tiga pilihan, memberikan amaran, menggantung pengajian atau memecat Adam dari UPSI...nampaknya UPSI memilih hukuman pertengahan iaitu menggantung beliau tiga semester," kata sumber .

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Sebelum ini, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.

Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.

Adam Adli, Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Adam Adli merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester lagi sebelum menamatkan pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

Kesihan Ahli Perkasa, Tertipu Lagi

Posted: 10 Jan 2012 03:04 AM PST

Oleh WFAUZDIN NS


SEBELUM ini saya sudah banyak menulis tentang Berahim al-kataki Presiden Perkosa ini. Sebelum itu, mari kita baca apa kata sebuah portal pro Umno, Umno-reform2 yang menulis. "Adakah benar Presiden Perkasa, dalam usaha menangani kehadiran mereka yang menyokong Anwar Ibrahim dengan mahu mengadakan perhimpunan Perkasa dan memberi amaran kepada perhimpunan BEBAS – tidak hadir pagi tadi?

Mungkin Laporan http://www.malaysiakini.com/news/186093 menipu namun kita perlu tahu hakikat sebenarnya – adakah Ibrahim Ali hadir pagi tadi. Ahli UMNO – perlu jelas dalam mengambil Ibrahim Ali sebagai pemimpin mereka dalam Perkasa(Umno-reform 2).

Jika di dalam media, terutamanya di TV 3 suku atau Utusan Meloya, Berahim alkataki ini kalau bercakap bagai `hali-lintar', maklumlah beliau selalu memegang keris panjang dan songkok tinggi. Sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, Berahim al-kataki umpama `Pendekar Mustar' di dalam filem `Pendekar Bujang Lapok'. Hebat, garang dan bergaya lagaknya. Waktu itu, beliau beri amaran kepada BERSIH agar bersedia untuk berdepan dengan Perkosa jika BERSIH tetap ingin berhimpun.

Apabila tiba masanya, batang hidung raja katak ini langsung tidak kelihatan. Tertipu lagi budak-budak dan orang-orang tua di dalam Perkosa. Perkosa entah ke mana, kumpulan Silat di bawah Omar Din pun ghaib ke mana.

Terbaru, kempen 901 semalam untuk menyokong DS Anwar sewaktu hari keputusan kes fitnah liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu, Berahim alkataki sekali lagi dengan garangnya memberi amaran kepada penyokong-penyokong DS Anwar agar bersedia untuk berhadapan atau menerima provokasi dari pihak songkok tinggi. Beliau ingat kita di dalam PR takut hanya dengan seekor raja katak beserta beberapa ekor lagi pencacainya? Mereka silap besar.

Perhimpunan penyokong-penyokong DS Anwar telah diadakan di tempat letak kenderaan di luar perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Sejak awal pagi lagi penyokong-penyokong DS Anwar mula memenuhi ruang di situ, dan khabarnya kumpulan Berahim Ali akan berkumpul di Masjid Wilayah. Tujuannya apa? Masakan hadir untuk menonton sahaja? Sudah tentu Berahim alkataki ada perancangan `mulia' untuk melakukan sesuatu kepada para penyokong DS Anwar.

Malangnya, sekali lagi ahli-ahli Perkosa diperbodohkan oleh raja katak. Semalam, usahkan batang hidung, songkok tinggi Berahim Ali pun tidak kelihatan. Di mana beliau menyorok waktu itu? Ada yang berkata, raja katak tidak dapat hadir kerana tiada hujan. Lazimnya, jika mahu hujan katak-katak akan bising berbunyi. Oleh kerana waktu itu tiada hujan, maka Berahim alkataki pun tidak hadir di sekitar mahkamah. Penakut rupanya si Berahim.

Saya nampak geng-geng Perkosa tidak sampai pun 50 orang berada di perkarangan Masjid Wilayah sementara menanti raja katak, bos mereka. Malangnya, Berahim alkataki tidak menunjukkan taringnya yang tumpul itu. Entah di mana kali ini beliau menyorok atau berada di bawah tempurung. Kesihan budak-budak dan bapa budak yang kerap sangat tertipu dengan Berahim alkataki ini.

Sahih dan nyata, Berahim alkataki penakut dan bacul selama ini. /wfauzdin.blogspot.com

Gempar!!! Menjelang PRU 13, Negeri Kedah Darul Aman Akan Diserbu - 14 Januari Akan Terjawab???

Posted: 10 Jan 2012 03:01 AM PST

sahabat sedaka

ALOR SETAR – Di jangka 100 ribu rakyat akan hadir ke Rapat Rakyat Perdana dan ceramah sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 termasuk 4000 pemerhati serta perwakilan dari setiap parti pada 14 Januari ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

"Untuk konvensyen kali ke-3 ini, Kedah dipilih sebagai tuan rumah, sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang," maklum Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Dato' Ir Haji Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Pengarah Sekretariat Konvensyen pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon hari ini.

"Konvensyen kali ini bertemakan 'Bersihkan Malaysia' dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat, antaranya YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim kit Siang," katanya.

"Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti YB Anthony Loke dari DAP, Tuan Haji Mustafa Ali dari PAS dan YB Saifuddin Nasution dari PKR.

"Kita juga berpeluang mendengar ucapan 'Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia' dari jemputan utama yang terdiri dari Dato' A. Samad Said wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari wakil Akademik serta lain-lainnya yang mewakili Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta tidak ketinggalan wakil dari Sabah dan Sarawak," jelasnya lagi.

Tambah beliau lagi, disebelah petang, ucapan pergulungan pimpinan yang mewakili setiap parti dalam Pakatan Rakyat akan diadakan dan antara mereka yang akan memberi ucapan termasuklah YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Karpal Singh, YAB Lim Guan Eng dan YB Mohamed Azmin Ali.

"Pada sebelah malam pula kita menjangkakan kira-kira 100 ribu kehadiran untuk 'Rapat Rakyat Perdana' yang bermula dengan solat maghrib, solat hajat dan munajat. Di samping itu kuliah maghrib akan disampaikan oleh Dato' Dr. Harun Din.

"Ceramah umum akan bermula pada pukul 9.00 malam dan serentak dengan itu juga kita akan mengadakan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat pilihanraya umum ke-13," sambung beliau.

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi sambutan konvensyen, kita akan adakan pra-konvensyen pada malam 13 Januari. Antara acaranya akan diadakan ceramah serentak di 15 kawasan parlimen dan melibatkan 40 pemimpin Pakatan Rakyat.

Konvensyen Pakatan Rakyat Kali ke-3 tersebut akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang dan akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar.

Turut hadir semasa sidang akhbar Haji Sanusi Mohamad Nor setiausaha Sekretariat konvensyen, Ustaz Musodak Haji Ahmad Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Vincent Chee wakil DAP Kedah, Ustaz Rosli Azmi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Mohd Azam Awang Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar.

‘Mereka rasa tamparan bila kita dapat bangun projek terbengkalai 30 tahun’

Posted: 10 Jan 2012 02:59 AM PST

Oleh zaminc

ALOR SETAR – Pembangunan semula Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 30 tahun menjadi satu tamparan hebat kepada pembangkang.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat yang baru memerintah empat tahun berjaya membangunkan semula projek Plaza Tunku Yaakob yang selama ini mencacatkan pandangan bandaraya Alor Setar.

Maka, pihak pembangkang merasakan mereka tercabar dengan isu ini kerana gagal memulihkan projek terbengkalai 30 tahun ini.

Jadi, isu merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut dijadikan modal sebagai isu politik.

"Tamparan yang cukup hebat kepada Barisan Nasional kerana masalah Plaza Tunku Yaakob terbengkalai telah berlarutan kira-kira 30 tahun, mereka (kerajaan dahulu) tak boleh selesaikan, tiba-tiba zaman kita jadi kerajaan, dengan izin Allah, boleh selesai," ujar beliau pada satu ceramah di Batu 2, di sini.

Dalam perbincangan dengan pemaju untuk bangunkan semula projek tersebut, kerajaan negeri memutuskan supaya surau tersebut merupakan bangunan terakhir yang dirobohkan.

Tambah beliau, daripada sumber maklumat yang diperolehi, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengakui bahawa projek pembangunan semula ini adalah satu langkah yang baik.

"Saya dapat makluman bahawa Dato' Bashah juga kata projek ini adalah projek yang baik, tetapi dia kena buat juga sebagai isu politik memandangkan beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang perlu mencari kesilapan kerajaan negeri.

"Pada awal dia (Dato' Bashah) rancak, lepas tu dia pun lepas kepada orang lain, sebab dia tahu lepas ni dia kena berdepan dengan Majlis Fatwa," jelas beliau.

YB Dato' Ir Amiruddin turut menyingkap sejarah bagaimana pemaju bersetuju dengan projek ini.

"Projek ini adalah dengan izin Allah, tiba-tiba kita didorong untuk kenal dengan pemaju yang mempunyai track record yang baik, beliau (pemaju) telah datang ke Kedah untuk melihat projek lain, kita (kerajaan) pelawa tengok bangunan yang menyakitkan mata 30 tahun tu, mana tahu ada satu benda baru yang boleh dilakukan untuk manfaat semua.

"Setelah dilihat, Alhamdulillah kita dapat maklum balas positif, beliau kata projek ini ada peluang untuk dibangunkan semula," jelas beliau.

Ulasan Harun Din berkaitan betulkah PAS sudah melencong perjuangan asal?

Posted: 10 Jan 2012 02:56 AM PST

Oleh DATO' HARON DIN


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2BCdJ56JuNZ4fJ52aQ_b1ERFp-NYKRoYNhwZuPBMtcYLQFBq7dNlw4f6dlV6bfwRFkdkS2VXHr3j8NUeTwvJmFHIuaQeSesR4-HNtAyNOB4ew2Be6rVLgMVxaNWxuHzWdw12zoFghzyuZ/s400/Prof+Dato+Dr+Harun+Din.jpg

Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

"Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS."

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah 'Baldatun Tayyibah' sebagaimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba', ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun." (Surah Saba' ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, 'Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).' Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): "Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya."

Surat Terbuka Kepada Ahli Perkasa - Ketua Hangpa Buat Malu Bangsa jaa..!!!

Posted: 10 Jan 2012 02:51 AM PST

KEDAH LANIE


Surat Terbuka Kepada Ahli Perkasa

PERKASA merupakan satu badan bukan kerajaan yang mempunyai semangat perjuangan membela Melayu yang tersangat ekstrem. Satu pertubuhan yang sangat menimbulkan keresahan kepada rakyat Malaysia yang sekarang ini sudah bergerak untuk membuang semangat perkauman.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali sering kali menimbulkan kenyataan yang menimbulkan perasaan benci dan meluat dengan telatah dan kata – katanya. Namun sedarkah ahli Perkasa bahawa anda sekarang sedang dipermainkan oleh Ibrahim Ali?

Tidak percaya?

Lihat pada perhimpunan raksasa rakyat BERSIH 2.0. Ketika puluhan ribu rakyat sudah bersiap – sedia mahu berhimpun, lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Ugut – mengugut dengan mengatakan beliau akan turut bertempur dengan rakyat jika rancangan BERSIH 2.0 mahu berhimpun diteruskan. Mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memimpin 50,000 ahli Perkasa untuk berperang dengan rakyat.

Tapi pada hari tersebut dimanakan beliau?
Senyap dan duduk diam di rumah. Beliau menggesa anda semua keluar ke Tasik Titiwangsa, tapi di manakah beliau? Duduk diam di rumah.

Ketika perhimpunan 901 dirancang untuk diadakan, sekali Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan. Mahu mengerahkan puluhan ribu ahli Perkasa untuk berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat Anwar Ibrahim dibebaskan. Mana dia ketika perhimpunan itu berlangsung? Diam menikus takut di rumah.

Tidak malukah anda semua mempunyai ketua yang penakut lagi bacul itu. Lihat sahaja pimpinan NGO yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka turun untuk turut serta berhimpun dan sanggup menghadapi risiko dibelasah oleh pihak berkuasa. Lihat sahaja pimpinan Pakatan Rakyat, mereka sanggup bersama – sama dengan rakyat dan mengambil risiko jika dikasari oleh pihak berkuasa.

Ibrahim Ali telah memalukan anda semua. Anda semua telah dikeji, dikutuk dan dihina hanya kerana keceluparan Ibrahim Ali yang berlagak berani tetapi sebenarnya penakut dan bacul.

Buat ahli Perkasa, sudahlah, berubahlah. Buangkan semangat perkauman dan gunakan keberanian anda untuk membela rakyat. Mari menyertai rakyat Malaysia yang mencintai keadilan dan menentang kezaliman.

HIDUP RAKYAT!

http://dragsuperstar.blogspot.com/2012/01/surat-terbuka-kepada-ahli-perkasa.html

TERKINI - Tembak Menembak di LRT Putra Taman Melati.

Posted: 10 Jan 2012 02:49 AM PST

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR - Satu kejadian tembak menembak telah berlaku sebentar tadi yang didakwa berlaku atas sebab insiden jenayah.

Kejadian yang berlaku di Stesen PUTRA Taman Melati ini turut menyebabkan berlakunyanya kemalangan sebuah kereta Proton Wira bewarna putih yang didakwa kereta pihak terlibat.

Ianya turut memberi reaksi panik dari kalangan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

Namun setakat ini, punca insiden tersebut masih disiasat pihak polis yang berjaya mengawal keadaan.

EXCO - Pemuda PAS Selangor mahu Dr. Rani Ganti Hasan Ali.

Posted: 10 Jan 2012 02:41 AM PST

Radhi Razak

Berikut merupakan kenyataan media rasmi Dewan Pemuda PAS Selangor mengenai pengganti paling layak bagi jawatan Exco Selangor yang sebelum ini dipegang Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali : -

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh saranan YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang meminta supaya YB Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali meletakkan jawatan selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor secara sukarela kerana beliau tidak lagi mewakili parti PAS setelah dipecat keahlian beliau oleh parti PAS baru-baru ini.

alt

Menteri Besar Selangor juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota EXCO tersebut adalah untuk parti PAS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga menyokong penuh saranan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Al Hiss, supaya kekosongan untuk EXCO Selangor tersebut diserahkan kepada YB Dr. Abdul Rani Osman selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan juga merupakan ADUN Meru.

YB Dr. Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut bukan sekadar beliau merupakan orang PAS nombor satu Selangor tetapi beliau juga cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan permasalahan rakyat.



MOHD SANY BIN HAMZAN

TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap PENGERUSI LAJNAH POLITIK & PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Perihal tersingkirnya Hasan Ali

Posted: 09 Jan 2012 09:48 PM PST

Ibarat duri dalam daging PAS, Hasan Ali akhirnya terpaksa dibuang setelah tidak berganjak daripada terus mencucuk-cucuk parti dan Pakatan Rakyat.

Dengan keputusan berani dan menggemparkan itu, PAS dijangka tidak akan berundur lagi walaupun anggota exco kerajaan Selangor itu boleh merayu kepada majlis syura.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliKeputusan kali ini, biarpun bagi sesetengah orang sudah terlambat, kelihatan sudah muktamad.

Majlis syura yang disertai barisan teratas pemimpin parti dan beberapa tokoh ulama dikatakan berat hati untuk merombak kembali keputusan semalam.

Menurut sumber parti, walaupun ahli-ahli jawatankuasa mencadangkan ADUN Gombak Setia itu sekadar digantung keahliannya, pucuk pimpinan atasan PAS bertegas inginkan beliau dipecat.

Malah mereka yang menyokongnya, dan bersimpati dengannya, sendiri bersedia menerima saranan agar tindakan disiplin dikenakan kepada bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu.

Mereka setidak-tidaknya boleh menerima cadangan menggantung keahlian Hasan.

Rancakkan pendedahan blog

Dan, menurut sumber lagi, kesan negatif terhadap parti akibat pemecatan ini tidaklah besar dan akan boleh dikawal.

Namun, tugasan mengawal publisiti buruk itu tidaklah mudah apabila
media arus perdana mengeksploitasi isu ini nanti.

azlanApatah lagi masih ada saki-baki penyokong Hasan dalam parti yang membangunkan blog-blog untuk menyerang pihak-pihak tertentu dalam PAS. Pemecatan ini pastilah merancakkan lagi pendedahan blog-blog tersebut.

Keputusan ini juga, di satu sisi lain, menunjukkan PAS sudah bersedia
mengambil risiko tersebut -- membenarkan telahan politik sebelum ini bahawa parti memang merancang membuang duri dalam daging tersebut menjelang pilihan raya umum.

Pemecatan ini turut menyelesaikan dua masalah sekali gus: bukan sahaja membuang duri dalam parti tetapi juga nanah dalam barisan kepemimpinan kerajaan Selangor.

Keputusan ini tentunya melegakan PAS dan menggembirakan beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat sejak isu Hasan tidak reda-reda mulai akhir tahun lalu.

Dua medan tempur

Penceramah motivasi itu pula tidak serius menunjukkan beliau sudah 'insaf'.

Malah ia makin kuat mencabar kepemimpinan parti dan simbolnya --
walaupun setelah bertemu dengan mursyidul am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden Abdul Hadi Awang tidak lama dulu.

Seperti juga sifat 'mohon maafnya' dalam isu dasar negara berkebajikan PAS, Hasan pada masa yang sama memperlekehkan setiausaha agung Mustafa Ali.

hadi awang on hasan ali sacking 080112Kali ini, selepas menteri besar itu menyatakan Hasan telah memohon
maaf, bekas pegawai kanan kerajaan itu memperlekehkan Harakahdaily (yang menyiarkan kenyataan Nik Abdul Aziz) sehingga organ parti itu terpaksa menyiarkan transkrip lengkap sidang media tersebut.

Dalam siri pertempurannya dengan parti sebelum ini, Hasan kelihatan
sering membuka medan-medan baru -- mempertikai Harakah yang dikatakan tidak memberikan liputan kepadanya dan juga kenyataan ketua penerangan PAS Selangor Saari Sungib dalam isu pencalonannya semula di Gombak Setia.

Khamis lalu, setelah konflik Hasan-PAS boleh dianggap mereda susulan pertemuan di Kota Bharu, Hasan membuka dua (atau, tiga) medan tempur sekali gus.

Dalam sidang media di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), exco agama itu menggesa penguatkuasa agama itu mengenakan tindakan terhadap Badrul Amin Baharon, seorang ahli majlis tertinggi PKR, atas alasan beliau menyamakan Anwar Ibrahim dengan 'Imam Mahdi'.

Berlagak menteri pengajian tinggi

Tidak cukup mempertikaikan perhimpunan pro-Anwar di mahkamah Kuala Lumpur semalam, dan menolaknya mentah-mentah, Hasan malah mempertikaikan arahan pucuk pimpinan PAS Selangor yang menggesa ahli menyertai rapat umum 901.

NONEPadahal, Abdul Hadi bersama tokoh besar DAP Lim Kit Siang sudah
beriltizam akan turut serta dalam mobilisasi 901.

Hasan sebaliknya mengatakan tiada arahan rasmi dikeluarkan untuk itu dan menggalakkan PAS agar tidak menyertainya.

Atas kenyataannya itu sahaja, Abdul Hadi dan timbalannya Mohamad Sabu terpaksa tampil menegaskan sikap mereka berdua dan PAS.

Jika kerja beberapa tokoh kanan parti ini hanyalah untuk melayan
karenah Hasan, tentulah keseluruhan citra dan wibawa parti akan
luntur.

Tidak memadai dengan semua itu, Hasan juga berlagak menteri pengajian tinggi dengan menggesa pelajar agar tidak menyertai perhimpunan tersebut!

Fathi Aris Omar bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

Apa saja demi selamatkan BN dari terus terjerumus

Posted: 09 Jan 2012 09:40 PM PST

Anwar telah berulang-kali mengatakan bahawa Pakatan Rakyat pasti menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum yang akan datang jika beliau dihumbankan ke penjara. Tetapi jika tidak, Pakatan tetap mempunyai peluang yang cerah untuk menumbangkan BN.

NONEAdalah sukar untuk meyakinkan rakyat yang merasakan diri mereka telah sekian lama ditipu oleh BN bahawa keputusan 'tidak bersalah' semalam sebenarnya bertujuan menyelamatkan BN daripada terus terjerumus.

Bagaimana pula dengan pengaiban dan label-label negatif yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin Umno dengan tujuan memburuk-burukan keperibadian Anwar selama ini?

Itulah sebabnya saya katakan keputusan perbicaraan liwat II semalam tidak banyak dapat membantu nasib BN.

Mahkamah juga perlu menjawab mengapa ia menunggu sehingga sekarang membuat keputusan itu, selepas begitu banyak masa dan wang yang dicurahkan untuk perbelanjaan perbicaraan.

NONERakyat yang membayar cukai masih mempunyai alasan untuk tidak berpuas hati dengan cara BN memperkudakan mahkamah untuk kepentingan mereka.

Keputusan penghakiman yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat pembantu peribadinya itu tidak bermakna bahawa badan kehakiman benar-benar bebas dan berkecuali. Bagaimanapun, sememangnya, itu adalah apa yang BN dan hakim-hakim akan kata.

Tetapi kebebasan badan kehakiman adalah satu persepsi dan ini bergantung kepada fakta-fakta tertentu, mereka perlu menerima apa yang rakyat memikirkannya.

Hakikatnya, bahawa pilihan raya umum akan datang perlu diadakan dalam masa kira-kira setahun dari sekarang dan BN telahpun terus tergelincir akibat pelbagai skandal dan sebagainya.

[Baca berita penuh]


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penyumbang/penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Aziz Bari adalah pakar perlembagaan negara.

Liwat II: Mahkamah bebaskan Anwar, Najib pula?

Posted: 09 Jan 2012 09:37 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

NONE"Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

"Oleh itu tertuduh dibebaskan," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, semasa membacakan keputusan kes itu.

Buat seketika ramai yang terpegun kerana tidak mempercayai apa yang disampaikan itu tetapi akhirnya ribuan penyokong Anwar Ibrahim di luar mahkamah bersorak gembira apabila keputusan tersebut disah dan diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Keputusan tidak bersalah mengundang emosi ribuan yang hadir.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong dilihat menitiskan airmatanya, apabila mendapat tahu mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat.

Begitu juga dengan makcik-makcik dan anak-anak gadis yang turut bersama-sama berhimpun di luar mahkamah bagi menunjukkan solidariti kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Anak-anak muda bersorak kegembiraan merayakan keputusan mahkamah yang dianggap sebagai kemenangan rakyat.
Najib bersih konspirasi?

NONESemenjak awal bermulanya kes liwat ini, Datuk Seri Najib Razak – pada ketika itu timbalan perdana menteri, dikaitkan.

Kes tersebut timbul selepas Saiful Bukhari bertemu dengan Najib. Ahli parlimen Pekan itu juga seringkali berdolak-dalik apabila ditanya oleh wartawan mengenai Saiful.

Ada ketika, beliau berkata Saiful bertemunya untuk mengadu diliwat Anwar, apabila diasak oleh wartawan pada sidang akhbar lain, Najib berkata Saiful bertemunya untuk meminta sokongan bagi mendapatkan biasiswa pendidikan.

Bagi organisasi media, mereka tentu tidak akan lupa bahawa, pejabat timbalan perdana menterilah yang menghubungi mereka untuk memaklumkan tentang laporan polis yang dilakukan oleh Saiful Bukhari menuduh Anwar meliwatnya.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Persepsi tentang pembabitan Najib dalam konspirasi liwat ini diperkuatkan lagi apabila gambar Saiful Bukhari bersama Khairil Anas, pegawai khas kepada Najib di hadapan pejabat timbalan perdana menteri tersebar luas di internet.

Walaupun mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut, pembabitan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmanh Mansor dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu masih belum dibersihkan.

Mahkamah Malaysia bebas dan adil?

Sebagai respon kepada keputusan mahkamah berhubung kes Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata, ia adalah bukti bahawa sistem kehakiman negara bebas dari campurtangan kerajaan.

NONEMenurut Najib lagi, keputusan mahkamah juga bukti kerajaan tidak terlibat dengan konspirasi politik seperti yang didakwa oleh Anwar.

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang sekali lagi gagal untuk membawa ribuan penyokong untuk menghalang perhimpunan penyokong Anwar selepas gagal pada perhimpunan BERSIH 2.0 lalu mendakwa ketua pembangkang masih lagi belum selamat.

Kata Ibrahim Ali, jika Saiful kemukakan rayuan, Anwar belum tentu selamat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga mengingatkan kepada penyokong Pakatan Rakyat agar jangan terlalu gembira dengan keputusan mahkamah membebaskan Anwar.

NONEMenurut Mohamad, kes negeri Perak boleh dijadikan iktibar di mana mahkamah mempermainkan mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Pada ketika itu, mahkamah membuat keputusan Nizar masih menteri besar Perak yang sah. Dengan pantas kes tersebut dirayu dan mahkamah rayuan membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan mahkamah tinggi.

Masa depan Najib dalam Umno

Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari mengundang kemarahan golongan "garis keras" atau "hardliner" dalam Umno.

NONEBagi golongan ini, Najib adalah seorang pemimpin lemah yang seringkali tunduk kepada permintaan pembangkang.
Keputusan mahkamah membebaskan Anwar dilihat oleh golongan garis keras sebagai kelemahan Najib untuk berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Umum mengetahui bahawa masyarakat antarabangsa terutamanya kuasa besar seperti Amerika Syarikat memantau secara dekat perkembangan kes liwat ini.

Mereka (baca: golongan garis keras) masih lagi merindui zaman-zaman Umno sebuah parti yang benar-benar berkuasa seperti pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad.

NONEMantan perdana menteri, Tun Abdullah Badawi disingkirkan sebagai presiden Umno kerana dianggap lemah dan tidak mempunyai cirri-ciri seorang pemimpin diktator.

Najib juga kini mengalami sindrom yang sama. Cuma beliau agak bernasib baik kerana Dr Mahathir tidak mahu mengulangi kesilapan menyerang Pak Lah secara terbuka kerana tindakan tersebut akan menguntungkan Anwar.

Akan tetapi, ini bukanlah jaminan Najib akan mempunyai masa depan yang gemilang dalam Umno. Program reformasi yang digelar transformasi – ingin dilakukan Najib tidak mendapat sambutan golongan garis keras dalam Umno.

Kebangkitan Anwar

Pertuduhan liwat yang dihadapi sedikit sebanyak menjejaskan undi orang-orang Melayu / Islam terhadap Pakatan. Keputusan mahkamah membebaskan Anwar memberikan "rahmat" kepada Pakatan untuk menembusi masuk ke kubu kuat Umno terutamanya di kawasan pendalaman.

NONEAnwar akan menggunakan keputusan mahkamah ini sebagai "modal" untuk beliau masuk ke kubu kuat Umno. Sebagai mantan pemimpin tertinggi Umno, beliau tahu "bahasa" yang sesuai untuk disampaikan kepada penyokong-penyokong kuat Umno.

Dengan sokongan padu daripada masyarakat Cina seluruh negara, Anwar hanya perlu mendapatkan sedikit lagi peratusan undi Melayu dicampur dengan sedikit kerusi Sabah dan Sarawak untuk membawa Pakatan ke Putrajaya.

Ini yang merisaukan Umno terutamanya golongan garis keras. Mereka tahu tentang kemampuan Anwar. Jika dibiarkan bebas, masa depan BN untuk terus memerintah Malaysia semakin gelap.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, politik Malaysia akan menjadi lebih menarik. Pertarungan politik di antara BN dan Pakatan akan menjadi semakin hebat. BN cuba mempertahankan kuasa manakala Pakatan akan merampas kuasa.

NONEJika rayuan tidak dibuat oleh pendakwaraya terhadap kes liwat tersebut, pertarungan diantara BN - Pakatan akan berada pada tahap lebih tinggi dan bukan lagi di peringkat politik seks.

BN dan Pakatan akan memperkemaskan dasar masing-masing untuk memenangi undi daripada pengundi atas pagar yang tidak mempunyai kesetiaan kepada parti politik akan tetapi lebih melihat kepada dasar-dasar yang menguntungkan mereka.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penyumbang/penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Memblog dihttp://www.aminiskandar.blogspot.com/dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

Dr Mahathir hairan dengan keputusan mahkamah

Posted: 09 Jan 2012 09:34 PM PST


MALAYSIA KINI
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun hairan dengan keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun katanya keputusan itu membuktikan tiada konspirasi atau campur tangan kerajaan terhadap badan kehakiman negara.

mahathir and rais yatim pc 190309 04Dr Mahathir berkata keputusan mahkamah hari ini juga membersihkan imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan-dakwaan buruk, kononnya zalim sehingga boleh memanipulasikan hakim dan keputusan mahkamah di negara ini.

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian insentif kepada pemenang pingat emas acara tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan, di Sukan Para Asean ke-6 di Solo Indonesia yang berlangsung baru-baru ini.

Tegas beliau badan kehakiman negara sentiasa bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk pihak kerajaan atau pembangkang dalam membuat sebarang keputusan.

NONE"Itulah sangkaan buruk mereka (pembangkang) iaitu ada konspirasi untuk menganiaya beliau. Mereka sangka kononnya tentu dia (Anwar Ibrahim) akan didapati bersalah tetapi dia didapati tidak bersalah (oleh mahkamah)," katanya.

Dr Mahathir berkata sangkaan buruk sesetengah pihak termasuk pembangkang berhubung sistem kehakiman negara selama ini ternyata salah dan tidak berasas sama sekali.

"Kononnya kerajaan ini zalim sampai hakim pun kerajaan manipulate. Ini tak pernah berlaku. Di dalam negara kita berapa kali kita dah lihat pihak kerajaan didapati bersalah," katanya.- Bernama

Nurul: Jawatankuasa disiplin yang rendahkan maruah UPSI

Posted: 09 Jan 2012 09:32 PM PST

Nurul Izzah


Saya merujuk isu mahasiswa Adam Adli yang telah digantung pengajian selama tiga semester, di atas tuduhan mencemar nama baik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli (gambar kanan) ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.

Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.

Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang. Di mana kah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti? Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalamlah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN.

Khalwat: Salim, Diayana didenda RM3,000

Posted: 09 Jan 2012 09:28 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku bersalah berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini April tahun lalu.

Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh dan pasangannya yang berusia 30 tahun selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Dalam penghakimannya, Nik Bukhari berkata, mahkamah berpuas hati dengan pengakuan secara sukarela yang dibuat kedua-dua tertuduh, namun perlu juga menitikberatkan masa dan kos yang dibazirkan sepanjang tempoh pertuduhan dijalankan.

"Kedua-dua tertuduh merupakan penjawat awam. Salim yang memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam perlu menunjukkan teladan yang baik dan bukannya mencemar imej jabatan masing-masing.

"Sehubungan itu, mahkamah memutuskan untuk memberi hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat luar agar tidak melakukan perkara yang sama dengan masing-masing dikenakan hukuman denda RM3,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda," katanya.- Kosmo!

UMNO jangan terperangkap, hanyut dengan jasa lama

Posted: 09 Jan 2012 09:27 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE



BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan UMNO yang hampir sama perjuangannya dengan parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) supaya tidak terperangkap dan 'hanyut' dengan jasa-jasa lama membebaskan negara masing-masing dari cengkaman penjajah.

Sebaliknya, tegas Perdana Menteri, kedua-duanya harus berani mengharungi abad ke-21 ini dan berdepan dengan generasi baru untuk terus kekal relevan pada masa ini dan akan datang.

"Perjuangan ANC ada persamaannya dengan UMNO yang telah melalui transisi sebagai parti pejuang kepada parti yang perlu membina sebuah negara bangsa yang baru.

"Apabila kita berjuang menentang kerajaan Apartheid, kita perlukan kemahiran dan strategi berlainan tetapi apabila sudah memiliki kerajaan, kita perlu pula membina satu negara bangsa yang mana strategi dan budayanya kita perlu ubah agar sesuai dengan fasa perjuangan yang mengambil kira suasana yang sudah berubah.

"Kerana itu sebagai parti dalam abad ke-21 ini, kita...ANC, begitu juga dengan UMNO tidak boleh terperangkap dengan jasa-jasa lama kita," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditanya bagaimana perjuangan ANC dalam membebaskan Afrika Selatan dari kekejaman rejim Apartheid dan kehadirannya pada pada sambutan ulang tahun ke-100 ANC di Stadium Ragbi Mangaung dekat sini atas jemputan Presiden Jacob Zuma dapat diterjemahkan dalam skop perjuangan dan gerak kerja UMNO.

Perdana Menteri seterusnya menarik perhatian bahawa kehadirannya di sini atas permintaan Zuma dibuat atas dasar UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Malaysia yang merupakan penyokong tegar kepada perjuangan ANC sejak sekian lama.

"Sebelum 1993 lagi, kita telah bantu perjuangan mereka (ANC). Dalam pilihan raya 1993 (di Afrika Selatan), kita telah menolong mereka menerusi bantuan material dan bagaimana hendak uruskan kempen pilihan raya pada tahun berkenaan.

"Malah, semasa majlis mengenang Allahyarham Syeikh Yusuf (pengasas Islam di Afrika Selatan) di Cape Town dan berkongsi pentas dengan pemimpin ANC, Nelson Mandela (pada 1993), saya telah melahirkan sokongan UMNO dan Malaysia kepada mereka. Dan kehadiran saya itu adalah secara simbolik bahawa ia berkesudahan dengan kejayaan ANC membebaskan Afrika Selatan dari cengkaman Apartheid," kata beliau. - UTUSAN

Tiada ulasan: