DIALOG RAKYAT |
- Ibrahim Ali: Perkasa tidak akan timbulkan kekecohan
- Nasrudin: ‘Hasan Ali harus pegang prinsip Islam, kembali semula seperi Abu Bakar Hamzah’
- ‘Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim’ kata Hasan Ali
- Politik pintar DAP tak letak calon Melayu
- Bebas atau penjara, Umno tetap tersepit
- 'Amanat' Anwar: Ribuan banjiri ibu negara
- Selangor akan bincang pengganti Hasan Ali Rabu depan
- Perkasa sudah jangka Hasan Ali dipecat, kata Ibrahim Ali
- NFC diambil tindakan menjelang pilihan raya
- Blogger Umno dipelawa bantu PR Pahang
- Bubar sebelum selesai PSC marahkan rakyat
- Pembohongan Najib ‘grand design’ kotor Umno
- DAP tetap bersama Anwar
- Aziz Bari: PAS lebih kuat tanpa Hasan Ali
- Mat Jenin pun pengembala lembu juga
- Azmin: Perhimpunan 901 Mengikut Jadual
- DAP Terajui Kempen PRU ke-13 di Sarawak dan Sabah
- Mahasiswa UM ditahan reman akan dibebaskan petang ini, kata peguam
- PAS pecat Hasan Ali
- PAKAT TERIMA KASIH KAT MAT SABU!!! Bekas polis zaman darurat dapat RM 3000
- Aspan seru tinggalkan umno pilih ABU
- Sampai bila nak jadi barua umno?
- Polis tahan 26 penyokong NS, K'tan
- Kawasan demo mampu muatkan 5,000 orang
- Karpal: 'Panglima perang dan godfather' mesti bersatu
Ibrahim Ali: Perkasa tidak akan timbulkan kekecohan Posted: 08 Jan 2012 03:33 PM PST Ibrahim berkata, Perkasa telah mempersiapkan ahlinya itu sejak dua hingga tiga bulan lepas. "Kami sudah bersedia menghadapi kemungkinan untuk esok, sekiranya pasukan PDRM memerlukan bantuan, kami ada 300 ahli yang sudah bersiap sedia. " Perkasa mengambil pendirian tidak akan berada di mahkamah esok, hanya sekiranya PDRM memerlukan bantuan, baru kami akan datang membantu," katanya lagi. Namun begitu, Ahli Parlimen Pasir Mas ini mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kekacauan dalam perhimpunan yang dirancang untuk pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok. "Saya jangkakan jumlah mereka tidak akan menjangkau 100,000 orang. Esok hari bekerja, mungkin kehadiran mereka sekitar lima ke enam ribu sahaja. "Saya sendiri ada buat pemantauan di setiap ceramah Anwar, jumlah yang di berikan adalah jauh daripada jumlah sebenar," katanya dan menyifatkan sokongan terhadap Anwar semakin berkurang. Menurutnya, ahli Perkasa hanya akan berada di kawasan Masjid Wilayah sahaja untuk program Solat Hajat dan Qiamullail bermula malam ini hingga petang esok. Ibrahim juga berjanji ahlinya tidak akan menimbulkan sebarang huru hara di mahkamah. "Kami cintakan kedamaian dan keselamatan, kami fokus kepada program kami sahaja," tambahnya. | ||
Nasrudin: ‘Hasan Ali harus pegang prinsip Islam, kembali semula seperi Abu Bakar Hamzah’ Posted: 08 Jan 2012 03:32 PM PST Kata Nasrudin, Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri harus belajar daripada kesilapan dan mencontohi sikap bekas Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan yang bercanggah dengan keputusan parti. "Kepada Datuk Dr Hasan Ali, jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti. "Tetapi beliau (Abu Bakar) tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semua kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya," katanya di laman sosial Facebook. Abu Bakar yang pernah memegang jawatan setiausaha agung PAS meninggalkan parti Islam itu apabila presidennya Datuk Asri Muda membawa parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974. Selain Abu Bakar, ramai pemimpin utama PAS ketika itu bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan keputusan itu. Kata Nasrudin (gambar), sayap pemuda PAS itu menyokong penuh keputusan memecat Dr Hasan yang dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat semalam. Kata beliau, menurut peruntukan parti Dr Hasan masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatan itu. "Datuk Dr Hasan Ali dibuang keahliannya berkuatkuasa serta-merta dan menurut perlembagaan parti beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini," katanya. Dalam satu kenyataan, PAS menjelaskan, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) dan setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Dr Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS. Dr Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan kontroversi dan "menongkah arus". Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda. Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. | ||
‘Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim’ kata Hasan Ali Posted: 08 Jan 2012 03:27 PM PST Oleh Mohd Farhan Darwis Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menjelaskan, segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS. "Anwar Ibrahim punca saya dipecat," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini di kediamannya dalam satu sidang media malam tadi. Hasan (gambar) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar adalah kerana tidak mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Anwar. "Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya rasa amat kotor. "Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya lagi. Turut hadir dalam sidang media itu adalah bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali. Tambahnya, Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang yang 'meragukan' dan dia turut berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat merupakan individu yang lebih layak memegang jawatan itu. "Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa. "Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?" "Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya lagi. Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut bukan sahaja tidak dihargai dan dibimbing, malahan disekat oleh PAS sendiri. Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam ini adalah sebagai menyatakan sokongan peribadinya kepada Hasan, yang padanya sentiasa komited memperjuangkan Islam walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. "Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang langsung kepada beliau untuk member penjelasan. "Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan masih ada ruang untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya. Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro Umno ingin menjadi ahli Umno. "Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya. Ibrahim Ali pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini. "Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip," katanya lagi. Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya. Menurut Abdul Hadi, kenyataan yang dikeluarkan Hasan melarang ahli PAS daripada menyertai perhimpunan pembebasan Anwar 901 yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi hari ini adalah menghina keputusan presiden yang menyatakan sokongan terhadap penganjuran perhimpunan tersebut. "Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti," kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya. Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik. Hasan turut menyatakan PAS sudah tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya. Hasan turut menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok adalah perbuatan sia-sia. | ||
Politik pintar DAP tak letak calon Melayu Posted: 08 Jan 2012 03:24 PM PST
DAP dikira mengambil langkah pintar menangguhkan cadangan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya yang akan datang.
DAP dalam sejarahnya pernah meletakkan calon Melayu di masa lalu, dua dari mereka pernah menang di DUN Perak iaitu Fadzlan Yahya dan seorang lagi tahun 1974 telah mengalahkan peguam Cina terkemuka di Ipoh iaitu Kong Kok Yat. Bagi mengelakkan parti itu tidak dilihat sebagai yang disokong oleh Cina saja, maka wajar ada pimpinannya dari orang Melayu setelah ia ada pimpinan dari masyarakat India. Maka ia pernah bercadang untuk meletakkan beberapa orang Melayu di negeri-negeri yang pengaruhnya sudah ketara seperti Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Harapan bagi calon Melayu itu menang tidak mustahil, bahkan cerah. Tetapi pada ketika UMNO dan penyokong berkaratnya terlalu benci dan takut pada DAP, maka ia dikira bijak dan pintar jika menangguhkan dulu cadangan meletakkan calon Melayu. Mungkin pengalaman semasa Lee Kuan Yew menjadi rakyat Malaysia dulu boleh dipelajari. Lee Kuan Yew terlalu cepat menyatakan politiknya untuk menggantikan Perdana Menteri Melayu 20 tahun selepas pembentukan Malaysia. Kerana kata-katanya untuk memberi peluang kepada orang Melayu terus menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun, telah mencabar ruh perkauman yang tebal ketika menyingkirkan Singapura dari Malaysia. Maka tidak perlu gopoh bagi DAP untuk menunjukkan partinya benar-benar Malaysian Malaysia pada masa ini, biarkan Najib saja berhempas pulas menjadikan 1Malaysia sebagai Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia itu suatu yang pasti terjelma tanpa digembar gemburkan oleh sesiapa. Langkah paling bijak bagi DAP sekarang ialah menumpukan perhatian di kawasan yang padat pengundi bukan Melayu dan atas banduan PAS dan PKR ia boleh menarik orang Melayu di kawasan seperti itu. Di kawasan-kawasan yang padat Cina, dalam apa keadaan UMNO tidak akan bertanding. Ia akan hilang wang pertaruhan di situ. Harapan BN di situ kepada MCA, Gerakan dan MIC. PAS dan PKR akan memastikan pengundi di situ tidak memberi undinya kepada MCA dan Gerakan. Jika DAP meletakkan calon Melayu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain, maka dijadikan propaganda oleh UMNO bahawa DAP menyedia Menteri Besarnya di situ dan Menteri Besar Melayu DAP itu tetap mereka momokkan sebagai kuda lumba DAP. Yang penting pada DAP buat masa ini ialah kekal berkuasa di Pulau Pinang, dan menyertai pemerintahan di mana-mana Pakatan Rakyat berkuasa. DAP telah meletakkan formula yang sangat bijak di Perak tahun 2008. Ia menjadi pembangkang yang paling banyak kerusi. Ia tidak minta jawatan Menteri Menteri Besar bila ia bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan PAS dan PKR. Ia memberikan jawatan itu kepada PAS. Ia dipercayai mampu mempertahankan kerusinya di Selangor. Sekiranya dalam pilihan raya nanti ia dapat lebih kerusi berbanding PKR dan PAS, ia tidak menuntut kerusi Menteri Besar, bahkan ia diserahkan kepada komponen Pakatan yang lain, maka ia akan dilihat oleh umum sebagai pihak yang memburu kekuasaan, tetapi lebih kepada menyertai pemerintahan. UMNO tidak ada modal untuk mengatakan DAP mahu menjadi Perdana Menteri kitanya BN kalah dalam pilihan raya nanti kerana UMNO sudah pun mewar-warkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Sekali pun Anwar akan dipenjara, tetapi mereka tahu kiranya BN kalah, Pakatan akan mengeluarkan Anwar dari penjara bagi mengepalai pemerintahan. Tetapi yang UMNO ugut orang Melayu sekarang ialah DAP hendak jadi Menteri Besar Selangor dan lain-lain negeri yang DAP berpengaruh. Dengan DAP tidak meletakkan calon Melayu, maka mati hujah UMNO tentang DAP menyediakan Menteri Besarnya. Akan tinggal satu modal saja bagi UMNO ialah PAS dan PKR jadi kuda tunggang DAP. Itulah yang dijajanya selama ini. Apa pun Pakatan Rakyat tetap mengira peranan DAP cukup penting dalam usaha mengubah lanskap politik negara. Tindakannya tidak meletak calon Melayu buat masa ini adalah suatu yang positif. | ||
Bebas atau penjara, Umno tetap tersepit Posted: 08 Jan 2012 03:15 PM PST
Umno-BN dan Najib Razak memang jelas tersepit dan terperangkap. Apa pun keputusan mahkamah terhadap kes Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, Perdana Menteri masih sukar untuk menamatkan teka-teki tarikh pilihan raya umum, medan tempur paling sukar pernah dihadapi Pengerusi BN. Segalanya nampak serba tidak kena. Sama ada Anwar didapati bersalah atau dilepaskan -- atau apa jua penghakiman yang bakal dibuat -- persepsi rakyat terhadap elit penguasa, terutama daripada segi pengaruh dan tekanan eksekutif terhadap mahkamah, tetap memburuk. Persepsi ini terbentuk kukuh sejak awal pemerintahan Dr Mahathir Mohamad lagi. Apatah lagi dalam kes yang begitu kritikal dan dilihat mempunyai impak politik cukup tinggi, maka kehendak atau sekurang-kurangnya isyarat Jabatan Perdana Menteri tidak boleh diremehkan. Malah, di negara-negara yang dikenali dengan sistem kehakiman berintegriti pun, kes-kes yang mempunyai implikasi besar politik sukar dijalankan secara adil. Dalam konteks negara kita, Peguam Negara mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan. Beliau juga boleh memilih pertuduhan di bawah peruntukan undang-undang yang "disukainya". Jabatan Peguam Negara mempunyai kaitan erat dengan JPM. Anwar sendiri mengakui, sekiranya Dr Mahathir masih berkuasa dan menyandang jawatan Perdana Menteri pada September 2004, belum pasti Mahkamah Persekutuan waktu itu akan membuat keputusan membebaskannya. Manakan tidak, bagi seorang Dr Mahathir, parti Umno yang diterajuinya sendiri pun boleh diharamkan pada 4 Februari 1988 atas kemahuannya kerana itulah satu-satu pilihan yang ada bagi mengetepikan pencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah. Pada persepsi umum, segala keterangan, bukti dan fakta kes adalah satu hal yang berbeda dan boleh diketepikan apabila dihadapkan dengan pertembungan kepentingan pemerintah, apatah lagi ia bersifat "hidup-mati" survival politiknya. Sememangnya episod hitam-pekat pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, diikuti penyingkiran dua hakim Mahkamah Agung di zaman Dr Mahathir, sudah berlalu hampir 23 tahun lalu, namun tiada siapa berani menafikan tanggapan bahawa kebebasan badan kehakiman negara belum dapat dipulihkan. Isu kongkongan -- atau istilah lebih lembut lagi, pengaruh -- eksekutif terhadap judiciary masih menjadi polemik yang tidak berkesudahan di Malaysia. Jika penentuan pembubaran Parlimen empat tahun lalu difaktorkan oleh pertimbangan Abdullah Ahmad Badawi bahawa Anwar masih tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2008 (dan ternyata perkiraannya tersasar), maka kali ini Najib tetap melihat sosok Ketua Umum KeADILan itu sebagai kriteria terpenting. Suka atau tidak, Anwar masih dikira watak paling dominan dalam percaturan siasah tanahair. Najib tentunya mahu mengurangkan risiko dalam menghadapi PRU13, yang disifatkannya sendiri sebagai "ibu segala pilihan raya". Soalnya, apakah dengan memenjarakan Anwar boleh memudahkan laluannya untuk mempertahankan Putrajaya atau tambah menyukarkan beliau, segalanya masih menjadi perdebatan. Najib mungkin dilihat tidak "seganas" mentornya, Dr Mahathir -- dengan rekod terburuk menyerang para hakim yang tidak memihak kepadanya, juga melumpuhkan kebebasan kehakiman secara sistematik melalui siri pindaan Perlembagaan, dan mengetatkan undang-undang yang sedia zalim -- tetapi situasi sulit yang terpaksa dilaluinya memaksa orang ramai menaruh sangkaan buruk terhadap Perdana Menteri keenam itu. Kes Fitnah II Anwar diselubungi dengan pelbagai keanehan. Fakta kes yang dibentangkan di mahkamah sarat dengan bermacam-macam persoalan yang gagal terjawab. Justeru, persepsi umum bahawa Anwar teraniaya cukup tebal. Kes liwat membaitkan Saiful Bukhari Azlan tetap dianggap semata-mata kes politik dan bukannya kes jenayah, sepertimana kes Azizan Abu Bakar dahulu. Ditambah lagi dengan pembabitan, secara langsung mahupun tidak langsung, personaliti politik, termasuk Najib, dan pegawai polis tertentu, yang dikaitkan dengan kes Fitnah I dahulu, khususnya Musa Hassan dan Rodwan Yusof. "Sikap doule-standard kerajaan Ummno jelas dalam kes Anwar. Dan jangan perbodohkan rakyat dengan mendakwa himpunan 901 adalah sokongan membuta-tuli kepada peribadi Anwar. Ini perjuangan panjang rakyat menuntut perubahan," SMS seorang pembaca Harakah kepada saya. Penghakiman kes Anwar ini melanjutkan lagi dilema berpanjangan Najib. Walaupun beliau cuba melakukan pelbagai bentuk transformasi, namun belantara politik yang diredah semakin memerangkapnya. Kes Shahrizat Jalil, Jamil Khir Baharom, Awang Adek Hussin adalah contoh kecil yang tidak mudah ditanganinya. Imej kelam-suram Umno-BN yang ditinggalkan Abdullah belum berjaya diceriakannya. Pelbagai bantuan one-off yang diumumkan dalam Belanjawan 2012 di tengah suasana ekonomi yang tidak menentu, dengan bebanan hutang negara yang begitu tinggi, tidak pula menarik simpati rakyat kepada Najib. Sebaliknya ramai bertanya, mampukah kewangan negara bertahan lebih lama jika Najib meneruskan "keborosannya membeli undi" melalui bantuan one-off itu, sedangkan beliau sendiri curiga untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, bagi mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen. "Najib perlu adakan pilihan raya segera selepas segalanya dicurahkan untuk menarik sokongan pengundi. Kalau lambat, orang akan lupa jasa baiknya itu. Dari mana nak dikorek duit lagi untuk beli undi itu. Lagi pun rakyat semakin bijak memperhatikan gelagat BN menggunakan wang negara," kata seorang pensyarah sains politik. Sementara pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, dijangka terus menjauhi BN, penghakiman kes 901 ini dilihat boleh mempengaruhi kecenderungan masyarakat Muslim. Secara automatik ramai merujuk situasi 1998-99, pada era reformasi, sebagai kemungkinan majoriti pengundi Melayu kembali memberi simpati kepada Anwar. Sama ada penghakiman ataupun perhimpunan 9 Januari ini, kedua-duanya adalah "aksi politik" yang dipersembahkan oleh Najib dan Anwar ... Bekas Ketua Pengarang NSTP, A Kadir Jasin yang juga merupakan blogger yang aktif, menyenaraikan beberapa "kalau" dengan penghakiman 9 Januari, antaranya: "Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah Dun Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang, dan alau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999." Seingat saya, dalam satu wawancara dengan Harakah, Tengku Razaleigh Hamzah pernah membayangkan kedudukan Umno dijangka lebih sulit sekiranya Anwar sekali lagi dipenjarakan, dan rakyat khususnya orang Melayu mungkin menjadi lebih bersimpati dengan Ketua Pembangkang itu. Bukan sahaja berbanding PRU10 pada November 1999, malah Pakatan Rakyat tentunya lebih bersedia menghadapi pilihan raya kali ini, mengatasi persiapannya empat tahun lalu. Ketika itu, Pakatan sendiri belum ditubuhkan secara rasmi, meskipun persefahaman sedia terjalin di antara ketiga-tiga parti, PAS, KeADILan dan DAP. Selain itu, sumber, kemudahan, jaringan dan potensi Pakatan ketika ini tentunya lebih baik. Apatah lagi rakyat dapat menilai dan menghakimi pemerintahan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan, yang tentunya lebih telus, terbuka, demokratik dan antirasuah. Lebih penting adalah kesederhanaan gaya hidup pemimpin-pemimpinnya, sedangkan masyarakat dapat menyaksikan perubahan drastik kehidupan pemimpin Umno selepas dipilih menjadi wakil rakyat. "Apa pun, jangan hanya pandang daripada segi kelebihan," kata seorang penganalisis politik. "Peluang memerintah tidak semestinya memihak Pakatan. Ingat, PAS pernah kalah di Terengganu selepas sepenggal mentadbir. Apakah kerajaan Pakatan telah memenuhi harapan dan impian rakyat atau masih banyak yang terabai? Pakatan mesti nampak berkredibiliti dan berintegriti." "Saya tidak bimbang sama ada Anwar akan dapat berkempen dalam PRU13 atau menggerakkan strategi bersama rakan-rakan dalam Pakatan. Keinginan rakyat untuk berubah cukup tinggi, melampaui faktor Anwar. Saya hanya risau prestasi kerajaan negeri Pakatan sejak 2008, begitu juga rekod kerja wakil-wakil rakyatnya. Lagi pun banyak kerusi yang menang dulu dengan majoriti tipis," tambah rakan saya itu. Dalam wawancara dengan Malaysiakini, 5 Januari lalu, Anwar yakin Pakatan dapat menumbangkan BN di Perak dan Negeri Sembilan dalam PRU13, selain mempertahankan negeri sedia ada. Timbul persoalan, mengapa pula Terengganu tidak dirangkaikan bersama? Namun, ujarnya, Pakatan akan tetap berjaya meraih lebih banyak kerusi di Melaka dan Johor, serta laba yang lebih besar di Sarawak dan Sabah. Anwar juga yakin sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya. Ini kerana, menurutnya, Pakatan sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan 901 tidak memihak kepadanya. Dalam ceramah di Melaka, pada 4 Januari lalu, Anwar menegaskan, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, adaalah tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya akan datang untuk merubah kerajaan. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaitkan perkembangan di dunia Arab, khususnya Tunisia sebagai bukti rakyat boleh bangun menukar regim pemerintahan walaupun tanpa mempunyai seorang ketua yang jelas. Beliau yakin, impian Umno untuk melihat lumpuhnya kebangkitan rakyat dengan keputusan perbicaraan Anwar itu akan hangus terbakar dengan berapi-apinya semangat 'Asal Bukan Umno' (ABU) yang tidak lagi bergantung kepada mana-mana pemimpin. Pengasasan budaya politik baru, dengan pertumbuhan kelas menengah yang lebih besar dan kemudahan jaringan maklumat melalui kuasa siber, memantapkan lagi keazaman politik rakyat untuk menolak penguasa yang terbukti korup dan bobrok. Kebangkitan suara mahasiswa, seperti yang dijelmakan dalam kes Adam Adli dan Safwan Anang, menjanjikan kesedaran politik generasi muda yang lebih matang. Ya, apa pun keputusan mahkamah Isnin ini, sukar sekali bagi Najib untuk meraih manfaat politik daripadanya. | ||
'Amanat' Anwar: Ribuan banjiri ibu negara Posted: 08 Jan 2012 03:11 PM PST Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar 'amanat terakhir' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok. | ||
Selangor akan bincang pengganti Hasan Ali Rabu depan Posted: 08 Jan 2012 02:56 AM PST SHAH ALAM — Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyarat Rabu depan untuk membincangkan kedudukan exconya, Datuk Hasan Ali, yang dipecat secara mengejut oleh PAS hari ini. Faekah Hussin, Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Selangor, mengesahkan kenyataan tersebut selepas dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kedudukan beliau (Hasan) adalah sebagai wakil daripada PAS," katanya kepada The Malaysian Insider, yang menyatakan bahawa negeri berkenaan akan mencari pengganti selepas pemecatan Hasan daripada PAS. Menurutnya calon tersebut berkemungkinan akan dilantik daripada PAS, namun enggan membincangkannya dengan lebih lanjut kerana menurut Faekah, dia masih menunggu notis rasmi daripada pemimpin PAS. "Semua exco adalah wakil daripada parti, Datuk Hasan juga boleh meletak jawatan kerana dia bukan lagi wakil parti," katanya sambil menambah "penggantinya akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Rabu ini." Tambahnya, kerajaan Selangor akan menghantar surat kepada Istana Selangor untuk memberitahu berkenaan perkara itu dan berbincang dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan perkembangan terbaru itu. Lembaga Eksekutif negeri dilihat sebagai wakil Sultan dan kerajaan negeri kerana Sultan merupakan ketua tertinggi sebagai ketua agama Islam. "Kami akan mengadakan perbincangan tersebut di istana," kata Faekah. Pentadbiran tertinggi PAS memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya. "Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti," kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya. Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik. Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya. Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan esok adalah perbuatan sia-sia. Abdul Hadi telah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, sebagaimana pimpinan Pakatan Rakyat lain, dan menyatakan kenyataan Hasan itu sebagai penghinaan terhadap presiden parti dengan membelakangi keputusannya. | ||
Perkasa sudah jangka Hasan Ali dipecat, kata Ibrahim Ali Posted: 08 Jan 2012 02:47 AM PST KUALA LUMPUR — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sudah menjangkakan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, akan dipecat daripada PAS, demikian kenyataan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Ibrahim (gambar) dalam sidang medianya di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini berkata, dia sudah menjangkakan PAS akan memecat Hasan Sebelum Perhimpunan 901 esok. "Saya sudah menjangkakan dia (Hasan) akan dipecat sebelum perhimpunan 901. PAS menerima banyak tekanan daripada DAP dan PKR, dan tindakan pemecatan Hasan ini sudah boleh dijangka," katanya. Menurut Ibrahim, pendirian Hasan berkenaan perhimpunan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah berbeza dengan kepimpinan PAS yang lain. "Hasan Ali mempunyai pendirian berbeza daripada pemimpin PAS yang lain, itu memberi tekanan kepada mereka. "Saya mengucapkan tahniah, Hasan sudah terkeluar daripada kalangan kumpulan neraka," katanya lagi. Sehubungan itu, Perkasa sekali lagi menjemput Hasan menyertai pertubuhan tersebut, dan jawatannya boleh diputuskan dalam perbincangan selanjutnya jika dia bersetuju untuk menyertai NGO yang memperjuangkan hak Melayu ini. Perkasa sebelum ini sudah menjemput Hasan Ali untuk menyertai pertubuhan itu kerana perjuangannya memartabatkan Islam, memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja adalah selari dengan matlamat dan perjuangan Perkasa. Pemecatan Hasan Ali adalah yang kedua selepas Datuk Zukifli Nordin yang dibuat PAS, kerana perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan yang berbeza. | ||
NFC diambil tindakan menjelang pilihan raya Posted: 08 Jan 2012 02:45 AM PST
| ||
Blogger Umno dipelawa bantu PR Pahang Posted: 08 Jan 2012 02:43 AM PST
| ||
Bubar sebelum selesai PSC marahkan rakyat Posted: 08 Jan 2012 02:41 AM PST
| ||
Pembohongan Najib ‘grand design’ kotor Umno Posted: 08 Jan 2012 02:35 AM PST
| ||
Posted: 08 Jan 2012 02:30 AM PST
| ||
Aziz Bari: PAS lebih kuat tanpa Hasan Ali Posted: 08 Jan 2012 02:25 AM PST PAS Pusat akhirnya membuat keputusan untuk memecat keahlian Hasan Ali dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, tetapi tidak dimaklumkan kedudukan Hasan Ali sebagai EXCO kerajaan negeri Selangor dalam kenyataan media. Menurut laporan Harakah Daily, lidah parti versi internet, "PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta." Hasan Ali terkejut dengan tindakan drastik Pada jam 5 petang tadi, Hasan Ali melalui satu kenyataan ringkasnya berkata, "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu." "Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya. Muslimat PAS menyambut baik MerdekaReview cuba menghubungi beberapa orang pimpinan tertinggi, namun tidak dijawab panggilan. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyambut baik, mengucap "syabas dan tahniah" terhadap keputusan PAS Pusat, menyifatkannya sebagai tindakan yang "berani". Ketika dihubungi MerdekaReview, Aiman berkata, Hasan Ali telah menjadi liabiliti parti dengan kenyataan yang dikeluarkannya selama ini. Terbaru, apabila beliau menggalakkan pelajar dan siswa tumpukan pelajaran dan tidak terlibat dalam perhimpunan pada 9 Januari, hari mahkamah tinggi membuat keputusan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Menurut Aiman, pendirian yang mahukan generasi muda hanya tumpu kepada pelajaran semata-mata bukan sikap PAS. PAS melihat golongan siswa sangat signifikan untuk memastikan negara berada dalam landasan terbaik dalam semua aspek. Aiman menambah, kenyataan terbaru Hasan Ali menunjukkan beliau seolah-olah memusuhi kebangkitan anak muda yang mahukan negara ini ke arah yang lebih baik. Untuk Aiman, kenyataan yang tidak selari dengan PAS ini adalah klimaks beliau dipecat dari parti. Dewan Pemuda mendokong keputusan Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong "keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini." Aziz Bari: PAS lebih kuat tanpa Hasan Ali Di samping itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari menganggap PAS akan menjadi lebih kuat tanpa Hasan Ali . Beliau berkata, Hasan Ali tidak berdisiplin dan wajar dipecat. Hasan Ali mencetus kontroversi dengan beberapa kenyataan dan tindakan beliau yang dilihat tidak selari dengan parti dan Pakatan Rakyat selepas menyandang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri Selangor. Ditanya sama ada keputusan PAS Pusat ini telah "terlewat" dari segi masanya, Aziz Bari (gambar kiri) berkata, "Yang penting ia baik; PAS perlu masa untuk menimbang keputusan itu." Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari menjangka kesan keputusan ini adalah positif, dan Hasan Ali sebenarnya tiada penyokong seperti yang didakwanya. | ||
Mat Jenin pun pengembala lembu juga Posted: 08 Jan 2012 02:18 AM PST Rakyat wajar merasa lega dan harus bersyukur kerana mujurlah orang seperti Mat Jenin dalam kisah ini tidak wujud di kalangan pemimpin negara kita hari ini. Saya yakin, ramai di antara kita tidak pernah mengetahui di sebalikcerita rakyat, 'Angan-angan Mat Jenin' yang digambarkan seseorang yang kuat berangan hingga terjatuh dari pokok kelapa sebenarnya adalah individu yang kaya raya dan mempunyai isteri yang amat berpengaruh. Dalam kisah sebenar kehidupan Mat Jenin juga, beliau bukanlah seorang pemetik buah kelapa seperti yang selalu digambarkan sebelum ini, tetapi beliau adalah seorang pengembala lembu yang terkenal. Lembu-lembu yang digembalakan itu pula, bukanlah seekor dua, malah pernah disebut orang, Mat Jenin sendiri pernah beberapa kali tersesat di celah-celah lembunya ketika mencari pintu keluar dari kandang lembunya itu. Disebut orang lagi, disebabkan lembunya terlalu banyak, Mat Jenin telah membeli dua bidang tanah yang luas di sebuah kawasan penempatan golongan elit atau dipanggil bangsawan ketika zaman itu untuk menempatkan lembu-lembunya. Pernah juga diceritakan bahawa tanah yang dibeli oleh Mat Jenin itu dipercayai terletak di sebuah kawasan pusat pentadbiran sebuah kerajaan hari ini. Golongan elit sama dengan lembu? Bagaimanapun, setelah tanah itu dibeli, rancangan Mat Jenin terpaksa dibatalkan setelah mendapat bantahan golongan elit yang mendiami kawasan itu kerana Mat Jenin dituduh cuba menyamakan taraf golongan elit kawasan itu dengan lembu-lembu peliharaannya. Apatah lagi, golongan-golongan bangsawan yang mendiami kawasan mewah itu tentulah tidak sanggup tinggal berjiran dengan lembu- lembu Mat Jenin itu. Selain itu juga, Mat Jenin yang selalu digambarkan mendiami sebuah rumah kampung dan selalu berpakaian compang-camping juga tidaklah benar sama sekali. Malah, Mat Jenin sebagai seorang yang berharta dan beristerikan seorang yang berpengaruh dalam masyarakat di negeri yang tidak pernah disebutkan namanya dalam mana-mana hikayat itu memiliki beberapa kediaman mewah dan tinggi-tinggi belaka di dalam dan luar negara. Selain beberapa kediaman mewah di luar negara, keluarga Mat Jenin juga memiliki restoran mewah di negara yang tidaklah diketahui namanya. Mat Jenin juga bukanlah seperti katak di bawah tempurung yang tidak pernah melihat dunia luar, tetapi diceritakan oleh pedagang luar, Mat Jenin pernah ditemui sedang bersiar-siar di Indonesia dan Thailand. Selain mengembala lembu-lembunya yang banyak itu, Mat Jenin dan anak-anaknya juga dikatakan amat gemar beriadah. Maka tidak hairanlah Mat Jenin dan anak-anaknya sanggup membelanjakan begitu banyak wang hanya semata-mata untuk tujuan beriadah. Bagi menggambarkan keadaan Mat Jenin pada zaman itu, ianya bolehlah disamakan dengan orang-orang kaya zaman kini yang tidak kisah untuk membelanjakan sehingga RM13,000 untuk bermain golf. Jika golongan hartawan zaman kini gemar memandu kenderaan mewah lagi berprestij seperti Mercedes Benz CLS 350 CGI yang berharga RM534,622 misalnya, begitu juga dengan Mat Jenin yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah lagi bergaya di zamannya. Mat Jenin tidak pandai berniaga Cuma kalaulah ada sedikit persamaan antara kisah Mat Jenin si pemetik kelapa dengan Mat Jenin gembala lembu ialah kedua-dua mereka bukanlah seorang yang bijak berniaga. Sepertimana pandangan tipikal terhadap sesetengah kontraktor kerajaan zaman sekarang yang gemar menggunakan pendahuluan peruntukan projek dengan membeli kereta mewah dan sebagainya, Mat Jenin juga tidak terlepas dari sikap seperti itu. Meskipun pada awalnya Mat Jenin pengembala lembu mempunyai lembu yang banyak, perniagaannya merosot teruk kerana beliau telah menghabiskan banyak modal yang diperuntukkan bagi membeli makanan lembunya dengan berjoli demi memenuhi citarasa mewahnya. Setelah wang pendahuluan peruntukan untuk projek lembunya susut dibelanjakan untuk membeli rumah mewah, kenderaan besar, beriadah dan lain-lain, akhirnya projek lembunya juga entah ke mana. Bagaimanapun disebabkan beliau memiliki kekayaan yang melimpah ruah dan ditambah pula mempunyai isteri yang berpengaruh, maka kegagalan ternakan lembunya itu tidaklah memberi kesan mendalam yang boleh menjejaskan kekayaan dan kedudukannya. Sebaliknya beliau dan isterinya tetap dikagumi dan dibela oleh sesetengah pihak dalam masyarakat di tempat tinggal Mat Jenin. Selain itu, kedudukan isteri Mat Jenin sebagai seorang yang berpengaruh di kalangan mereka juga masih kekal seperti sebelumnya tanpa ada yang berani menggugatnya. Demikianlah serba sedikit kisah sebenar kehidupan Mat Jenin yang pernah disampaikan kepada saya tidak berapa lama dahulu. Pengajaran dari kisah sebenar Mat Jenin itu, rakyat wajar untuk merasa lega dan harus bersyukur kerana mujurlah orang seperti Mat Jenin dalam kisah ini tidak wujud di kalangan pemimpin negara kita hari ini. * Penulis merupakan seorang penulis/wartawan bebas. Selain di FMT, artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com | ||
Azmin: Perhimpunan 901 Mengikut Jadual Posted: 08 Jan 2012 12:26 AM PST Oleh TVSelangor PETALING JAYA,: Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa Himpunan 901 di perkarangan tempat letak kereta di hadapan mahkamah Jalan Duta yang dijadual esok akan berlangsung sebagaimana dirancang. Dalam kenyataan medianya beliau berkata PKR dan seluruh ahli gabungan dalam Pakatan Rakyat menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh Omar yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012 lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM. "Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini,selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang | ||
DAP Terajui Kempen PRU ke-13 di Sarawak dan Sabah Posted: 08 Jan 2012 12:23 AM PST Oleh Sheridan Mahavera SHAH ALAM: DAP mahu menerajui kempen Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak pada pilihanraya umum yang akan datang dalam usaha membawa gagasan itu kepada menguasai Putrajaya. Oleh itu, parti itu mesasarkan 18 kerusi Parlimen yang perlu dimenang di Sabah dan Sarawak bagi memastikan Pakatan mempunyai cukup kerusi di dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan pusat. Sabah dan Sarawak menyumbang 56 daripada 222 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP Sarawak akan menyahut cabaran untuk mengepalai kempen Pakatan di Malaysia Timur. Di dalam pilihanraya Sarawak pada April tahun lepas, DAP merekodkan pencapaian terbaik di antara parti-parti Pakatan apabila ia memenangi 16 kerusi di dalam dewan undangan negeri itu. "Untuk Sabah dan Sarawak, DAP perlu menang sekurang-kurangnya 1/3 atau 18 kerusi Parlimen. Pada PRU-12, DAP hanya menang 2 daripada 56 kerusi Parlimen dan perkara ini merupakan handikap yang terlalu besar kepada Barisan Nasional," katanya dalam ucapan pembukaannya di mesyuarat agung DAP di sini hari ini. "DAP boleh membantu dengan memenangi sebahagian besar daripada 18 kerusi itu. Oleh kerana kita lebih kuat di Sarawak berbanding Sabah, DAP Sarawak akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mencapai Putrajaya dalam PRU akan datang. "DAP Sarawak sudah pun menerima cabaran yang dilontarkan saya untuk menerajui kempen di Malaysia Timur. Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng akan membentangkan laporan khas untuk membantu PR mencapai 18 kerusi dalam PRU yang akan datang," katanya. Pengundi Sabah dan Sarawak adalah antara tiga kumpulan pengundi yang akan diberi tumpuan DAP kerana mereka merupakan penentu di dalam pilihanraya ke-13. Kumpulan yang lain adalah pengundi hantu dan pengundi muda. PRU-13 bakal menyaksikan 2 juta orang pengundi baru - jumlah terbesa dalam sejarah yang bakal menjadi penentu dalam membawa perubahan kepada negara. | ||
Mahasiswa UM ditahan reman akan dibebaskan petang ini, kata peguam Posted: 07 Jan 2012 11:38 PM PST KUALA LUMPUR- Aktivis mahasiswa Bukhary Mohd Sofian dari Universiti Malaya (UM) yang ditahan reman selama empat hari sejak semalam dijangka akan dibebaskan pada petang ini. Bukhary, 21, telah ditahan reman empat hari di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan akan dibawa ke Balai Polis Petaling untuk dibebaskan, dijangka pada pukul 3 petang ini. Menurut peguam yang mewakili Bukhary, Murni Hidayah Anuar, pelajar jurusan Sains Politik Islam akan dibebaskan dengan jaminan polis namun mempersoalkan tindakan polis menahan reman aktivis mahasiswa itu. "Saya dimaklumkan dia (Bukhary) ditahan atas sebab tidak bekerjasama dengan anggota polis yang mahu memeriksa pengenalan diri dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam berhampiran pintu masuk utama UM. "Dia ditahan reman selama empat hari tanpa sebarang sebab munasabah, saya tahu polis ada hak untuk menyiasat dan mengambil keterangan...Bukhary ditahan di bawah seksyen 186 kerana enggan untuk bekerjasama," katanya kepada The Malaysian Insider. Difahamkan dalam kejadian itu Bukhary yang didatangi beberapa anggota polis yang meminta untuk memeriksa pengenalan diri namun enggan menyebabkan dia dibawa ke Balai Polis Pantai. Pada awal pagi semalam Bukhary dibawa ke Balai Polis Petaling untuk menjalani ujian air kencing sebelum ditahan di lokap di Balai Polis Bukit Jalil. "Kita tidak kisah jika polis jalankan siasatan atau ambil keterangan tapi bukan keluarkan reman tanpa sebarang sebab munasabah. "Saya tahu polis ada sebab untuk memeriksa pengenalan diri tapi reman selama empat hari tanpa sebab munasabah tidak boleh diterima dan ini menunjukkan polis tidak profesional," kata Murni Hidayah. Pada malam sambutan tahun baru, kumpulan aktivis mahasiswa telah disuraikan polis semasa demonstrasi di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim. Dalam demonstrasi itu Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang telah dikejarkan ke hospital setelah dikatakan diserang oleh anggota polis yang cuba menyuraikan perhimpunan aman itu. Demonstrasi itu diadakan berikutan kontroversi tindakan seorang aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim menurunkan kain rentang bergambar Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di sini bulan lalu. Polis menafikan bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa itu semasa demonstrasi, menegaskan "tiada pergelutan" berlaku apabila tangkapan dibuat yang mana seramai 17 mahasiswa telah ditahan. Namun mahasiswa dan ahli politik pembangkang mendakwa beberapa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi menuntut kebebasan akademik dikatakan dibelasah dan ditahan selepas ingkar arahan bersurai yang dikeluarkan polis. | ||
Posted: 07 Jan 2012 11:37 PM PST Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR - PAS hari ini mengambil keputusan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuatkuasa serta-merta tindakan yang dipercayai ekoran kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti. Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut di sini. Tindakan memecat Dr Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS. "Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa pAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta. "Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," kata satu kenyataan di HarakahDaily. Dr Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus". Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda. Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS pusat Siti Zailah Mohd Yusoff ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan perkara itu. "Keputusan dibuat setelah meneliti, mengadakan rundingan dan memberikan nasihat kepada beliau (Dr Hasan) tapi beliau tidak mempedulikan arahan parti dan masih melakukan perkara yang bercanggah dengan dasar parti. '"Keputusan ini dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat tadi," katanya. Bagaimanapun Dr Hasan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura. Turut hadir dalam mesyuarat hari ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. | ||
PAKAT TERIMA KASIH KAT MAT SABU!!! Bekas polis zaman darurat dapat RM 3000 Posted: 07 Jan 2012 11:15 PM PST PASPB
KUALA LUMPUR - Seramai 72,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas di antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak bakal menerima sagu hati khas sebanyak RM3,000 mulai esok. Pembayaran sagu hati khas itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lepas sebagai menghargai jasa mereka kepada negara. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam (gambar) berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat melalui kaedah yang telah mereka pilih sewaktu membuat permohonan dahulu. "Bekas anggota atau wakil boleh datang sendiri menuntut di pejabat KDN ataupun memilih bayaran secara pos menggunakan cek," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. Jelasnya, pembayaran itu akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout/Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC). Beliau berkata, bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti. | ||
Aspan seru tinggalkan umno pilih ABU Posted: 07 Jan 2012 11:11 PM PST Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP? Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya. Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP ini dimomokkan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh UMNO. Ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR. Dipetik daripada entri ruangan komen Blog Aspan Alias: Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat | ||
Sampai bila nak jadi barua umno? Posted: 07 Jan 2012 10:54 PM PST Saya ditanya oleh seorang dua rakan kenalan saya berhubung dengan spekulasi yang saya akan menyertai DAP setelah begitu lama di dalam UMNO. Pertanyaannya mudah saya fahami. Mereka bertanya adakah saya betul-betul telah mengenali DAP sehingga saya mengambil keputusan untuk keluar parti yang telah memerintah negara sebegitu lama. Saya mengenali sahabat-sahabat saya ini begitu lama dan saya tahu soalan mereka itu adalah soalan yang jujur terbit dari sanubari mereka. Sebelum saya menjawab soalan mereka berdua ini saya sudah tahu yang mereka hanya memerlukan penjelasan yang jujur dari saya dan saya juga tahu jika saya bercakap benar dan jujur mereka tidak ada apa-apa halangan untuk saya menyertai DAP jika saya berkehendak. DAN selang dua hari mereka telah memberitahu saya yang mereka akan memberikan sokongan kepada DAP dan Pakataan Rakyat dalam pilihan raya yang akan datang. | ||
Polis tahan 26 penyokong NS, K'tan Posted: 07 Jan 2012 10:53 PM PST MALAYSIA KINI Seramai 26 penyokong lelaki dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa barang larangan seperti mercun dan bunga api ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis, yang mengadakan kawalan sejak pukul 2 petang hingga separuh masa perlawanan, merampas 56 suar, satu bom asap, lima bunga api, satu pisau lipat dan sepaket ganja. "Kita menahan kedua-dua kumpulan penyokong yang mula masuk ke dalam stadium sekitar pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan di ibunegara. Bagi mengaburi polis, Mohan Singh berkata daripada jumlah itu, 22 lelaki yang ditahan membawa barangan larangan 'flare' dalam kain rentang ke pekarangan stadium. "Kita nampak mereka dalam keadaan mencurigakan apabila seramai 22 orang membawa banner (kain rentang) itu lalu kita melakukan pemeriksaan ke atas barangan itu," katanya. Beliau berkata ganja yang dirampas turut ditemui dalam kain rentang itu. Bernama | ||
Kawasan demo mampu muatkan 5,000 orang Posted: 07 Jan 2012 10:47 PM PST MALAYSIA KINI Kawasan parkir di seberang Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, yang dicadangkan sebagai tempat untuk mengadakan perhimpunan aman Isnin ini, hanya boleh memuatkan kira-kira 5,000 orang dan apabila ia penuh, mereka yang datang kemudiannya akan diminta beredar dari situ, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini. Beliau berkata tiada siapa akan dibenarkan berhimpun di mana-mana tempat lain untuk tujuan serupa, kecuali di kawasan parkir yang dimohon penganjur dan diluluskan Polis Sentul itu. Bercakap pada majlis taklimat untuk pengarang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, Ismail berkata kelulusan tidak diberi kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain di seluruh negara, kecuali di kawasan parkir di seberang kompleks mahkamah. Perhimpunan berkenaan dirancang diadakan sempena pengumuman keputusan oleh Mahkamah Tinggi berhubung perbicaraan Pemimpin Pembangkang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008. Ismail berkata walaupun 740 laporan polis dibuat untuk membantah rancangan mengadakan perhimpunan itu, polis membuat keputusan membenarkannya diadakan sejajar dengan semangat Rang Undang-undng Perhimpunan Secara Aman yang diluluskan dua dewan Parlimen baru-baru ini. Sejajar dengan itu, beliau menasihati penganjur perhimpunan berkenaan supaya mematuhi syarat yang dikenakan polis dan telah mereka persetujui pada perjumpaan selama kira-kira sejam setengah di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata polis, yang sentiasa memantau keadaan di seluruh negara dan komen yang tersiar melalui ruang siber, mungkin mengadakan perjumpaan dengan penganjur perhimpunan itu esok untuk memastikan mereka benar-benar memahami syarat yang dikenakan untuk perhimpunan Isnin ini. Di samping syarat mengenai lokasi perhimpunan dan orang ramai perlu bersurai apabila kawasan itu sudah dipenuhi, syarat lain ialah larangan penggunaan kata tanda (tagline) "Free Anwar 901" atau "Free Anwar" pada risalah dan sepanduk dan penyampaian ucapan di venue berkenaan. Penganjur hanya dibenarkan menggunakan dua pelaung suara untuk tujuan mengawal orang ramai dan mereka juga perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat kacau atau mengganggu keamanan hingga boleh menjejaskan prosiding mahkamah. Selain dilarang membawa senjata, peserta juga perlu beredar dalam tempoh sejam seleaps mahkamah mengumumkan keputusannya berhubung kes itu. Ismail berharap peserta perhimpunan itu bersikap bertanggungjawab, berkelakuan sopan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan negara, yang kini mengalami pertumbuhan ekonomi relatif kukuh dan mencatat penurunan kadar jenayah. "Ini bukan perkara main-main... jangan bertindak macam orang tidak berakal," kata beliau sambil mengingatkan peserta perhimpunan itu supaya menghormati sistem kehakiman negara yang membenarkan seseorang itu menggunakan semua peluang untuk membuat rayuan dan tiada siapa sepatutnya mencabar pentadbiran keadilan negara dengan berhimpun di jalanan. Ismail berkata setiap rakyat negara ini berperanan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan perkara itu bukan tanggungjawab polis semata-mata. Bernama | ||
Karpal: 'Panglima perang dan godfather' mesti bersatu Posted: 07 Jan 2012 10:42 PM PST Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini cuba menjalinkan semula hubungannya dengan timbalan setiausaha agung parti itu P Ramasamy yang agak tegak sejak beberapa bulan kebelakangan ini. "Saya minta semua yang hadir di sini, ahli-ahli DAP supaya bersatu. Panglima perang dan 'godfather' perlu bersama bagi menumbangkangkan BN," katanya pada persidangan DAP Kebangsaan di Shah Alam hari ini. "Saya beri jaminan 'godfather' sedang membara dalam perut mereka," katanya dalam nada jenaka sambil disambut dengan sambutan gemuruh. Sebelum ini, Karpal dan Ramasamy terbabit dalam perang mulut sehingga menyaksikan peguam veteran itu membuat tuntutan supaya Ramasamy melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang. Ini berikutan kenyataan Ramasamy di akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai yang mendakwa terdapat "godfather" dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Beliau bagaimanapun kemudian menafikan laporan itu dan berkata ia sebagai salah lapor. Seminggu kemudian, Ramasamy sekali lagi menghangatkan keadaan apabila akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetiknya sebagai berkata pengkritiknya sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka. Di sebalik cubaan untuk berbaik itu, Karpal mengingatkan bahawa parti itu menggalakkan darah baru tetapi sumbangan yang lama tidak harus dilupakan. Karpal juga menimbulkan pengalaman bagaimana pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan dirinya yang telah mengoorbankan diri dengan sama ada ditahan di bawah Akta Keselamatan Antarabangsa atau disumbat ke dalam penjara pada masa lalu demi parti itu. "Inilah tahap komitmen kami, ia adalah pengorbanan yang dibuat oleh DAP dan pemimpin-pemimpinnya. "DAP sebelum ini berjuang bersendirian menentang BN tetapi kami tidak lagi keseorangan sekarang, kami sekarang bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat." |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan