Isnin, 30 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MAHADHIR TIDAK PERNAH RAPAT DENGAN ISRAEL?

Posted: 30 Jan 2012 06:30 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan pemimpin itu mahu melindungi keselamatan Israel.

NONEBercakap kepada pemberita di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua pembangkang itu tetapi tidak berasa terkejut.

Dakwanya, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Dr Mahathir hari ini bercakap dalam program kepimpinan anjuran Kajian Pentadbiran Kerajaan, Universiti Tun Abdul Razak.

[Baca berita penuh]

'Keluarga Shahrizat diminta isytihar gaji jika tak bersalah'

Posted: 30 Jan 2012 05:28 AM PST

DAP hari ini mencabar ahli-ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya mengisytiharkan gaji sebenar bagi menangkis dakwaan bahawa mereka diberi pendapatan lumayan sebagai eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEPemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya menempelak keluarga ketua wanita Umno itu masih cuba berselindung berhubung bayaran yang diterima mereka dari syarikat projek penternakan lembu negara itu.

Menurut Lim, meskipun keluarga berkenaan menafikan dakwaan bahawa mereka dibayar gaji berjumlah RM215,000 sebulan, namun mereka belum membekalkan angka yang sebenar.

"Adalah ketara bahawa selepas diheret dengan kemelut ini untuk lebih tiga bulan, anggota keluarga Shahrizat, yang menerajui NFC gagal membersihkan diri mereka daripada pelbagai dakwaan salah guna kuasa dan dana awam yang dilemparkan walaupun ada percubaan di pihak mereka untuk bertemu dengan penulis-penulis blog yang  'mesra' dan dengan badan-badan bukan kerajaan.

Sebagai contoh, kata Lim, setakat ini walaupun keluarga Shahrizat yang juga menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu menafikan mereka menerima RM215,000 sebulan, jumlah gaji sebenar mereka tidak didedahkan.

azlanSebelum ini dilaporkan suami Sharizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail didakwa dibayar RM100,000 gaji bulanan sebagai pengerusi NFC.

Anak pasangan itu yang berusia 31 tahun, Izmir pula dikatakan mendapat RM45,000 sebulan sebagai pengarah eksekutif,. Seorang lagi anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran, 27 yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mendapat RM35,000 sebulan manakala anak perempuan mereka yang berusia 25 tahun, Wan Izzanah Fatimah pula didakwa dibayar RM35,000 sebulan sebagai seorang lagi pengarah.

"Apakah alasan bagi Shahrizat dan keluarganya kerana gagal membersihkan nama mereka di mata rakyat?" soal Lim lagi dalam kenyataannya itu.

NFC terjebak dalam skandal apabila timbl pendedahan bahawa pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan untuk projek ternakan lembu negara itu telah dibelanjakan untuk membeli kondominium mewah dan perbelanjaan lain yang didakwa berbentuk peribadi.

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) juga mengakui bahawa terdapat "kelemahan" dalam projek itu.

[Baca berita penuh]

SILAHKAN HASSAN ALI DEDAHKAN KEBURUKAN PAS KAMI TETAP PATUH DENGAN TOK GURU

Posted: 30 Jan 2012 12:23 AM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONEKatanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa Abdul Hadi supaya tidak berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Beliau menggambarkan pemimpin kanan PAS itu sebagai aset.

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara sinis 'mempersilakan' bekas exco kerajaan Selangor, Datuk Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum.

azlan"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.

"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS," kata Harun (atas, kiri) dipetik akhbar milik Umno itu.

Harun, sebelum ini dianggap sebagai sekutu Hasan kerana mempertahankan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu sebelum beliau dipecat.

BENARKAH KERAJAAN PAKSA ANAK CUCU CICIT KITA BAYAR TOL?

Posted: 29 Jan 2012 06:00 PM PST

DAP mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kepada rakyat berhubung projek lebuh raya Banting-Taiping bernilai RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus).

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Najib perlu juga menjelaskan kepada rakyat berhubung "tawaran istimewa" yang diberikan kepada Europlus, termasuk pemberian konsesi selama 60 tahun dan RM2.24 bilion dalam bentuk pinjaman mudah.

Katanya, pembinaan lebuhraya sepanjang 316km itu adalah permulaan kepada satu lagi skandal yang akan menyebabkan penderitaan rakyat lebih perit.

"DAP berasa curiga kenapa Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan kebertanggungjawab awam," kata Lim dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya rakyat perlu tahu dengan jelas tentang projek yang dianugerahkan kepada Europlus itu, termasuk pemberian subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah.

Katanya Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri perlu memastikan tujuh persoalan berikut dijawab:

1.Adakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?

2. Kenapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?

3. Bagaimanakah kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia (dan kedua paling lama selepas perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960-an)?

4. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4 peratus serta subsidi faedah 3 peratus untuk pinjaman komersial selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.

5. Kenapa perlu kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?

6. Kenapa kos lebuh raya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km?

7. Jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu bermakna beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi beliau hingga ke cucu-cicitnya.

"Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan Maha Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia," katanya lagi.

AKHIRNYA MB KEDAH TUNJUK KE BEBALANNYA KARENA KERAS HATI?

Posted: 29 Jan 2012 05:01 PM PST

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tegas.
Beliau tidak mahu berganjak dari keputusannya enggan menarik balik hukuman menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Baginya, peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dikuatkuasakan untuk mendisiplinkan pelajar.
penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Dengan perkataan lain, beliau enggan menghiraukan pandangan pihak lain, termasuk dari partinya sendiri – PAS – bahawa semangat AUKU kini sudah lapuk dan harus dimansuhkan. PAS, dan kerabat Pakatan
Rakyat berjanji sebelum ini bahawa AUKU akan dihapuskan jika berjaya menawan Putrajaya. Ini termaktub dalam Buku Jingga, manifesto Pakatan Rakyat.
Namun Azizan bersedia dipecat dari kedudukan Menteri Besar kerana yakin AUKU mestilah digunakan untuk menyaring disiplin pelajar.
Pandangan itu seiras dengan pemikiran bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa AUKU masih relevan dengan iklim politik mahasiswa hari ini.
Pemimpin pelajar "lima serangkai" KUIN dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin 25 Mei 2011 kerana melanggar AUKU dengan terbabit dalam tunjuk perasaan memprotes keputusan KUIN mahu menjadikan bangunan tahfiz menjadi sekolah bestari.

NONEMereka didakwa menggunakan pembesar suara, memanggil sidang media dan berucap dalam tunjuk perasaan berkenaan. Seorang daripada mereka, Mohd Faiz Mohd Arshad digantung pengajian dua semester sementara empat yang lain digantung satu semester. Mereka juga diberikan surat amaran.
"Lima serangkai" ini juga telah mengemukakan kes mereka ke mahkamah. Bagaimanapun Mahkamah Tinggi  Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan 18 Januari lalu ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
Faktor usia
Sikap Azizan ini tegas dan berani. Suara penentangan daripada pihak Pakatan Rakyat dan "orang luar" seperti Profesor Abdul Aziz Bari, tidak menggerunkannya. Kata Azizan, KUIN ialah produk kerajaan negeri.
Beliau berhujah KUIN diserahkan kepada pasukan pentadbir yang perlu berpandukan AUKU dalam pengurusan ehwal pelajar. Maka menteri besar ini memberi kepercayaan penuhnya kepada pasukan pentadbir KUIN untuk membuat keputusan berhubung kes itu.
NONESukar hendak pastikan mengapa dan apa yang mendorong Azizan begitu tegas. Tidak pasti sama ada faktor usia menyebabkan Azizan bersependapat dengan Dr Mahathir atau beliau menganggap pandangan parti tidak bijaksana. Di peringkat ini sukar juga hendak dipastikan cara dan unsur apa yang mempengaruhi Azizan dalam membuat sikapnya.
Yang pasti, menjelang pilihan raya umum ke-13, pemimpin kanan parti, terutama seperti Azizan seharusnya lebih berhemah menyatakan pendirian dan menguruskan isu-isu politik yang melilit kepemimpinannya. Nampaknya Azizan tidak ambil peduli soal persepsi pengundi. Baginya, yang benar tetap benar. Dalam isu KUIN beliau yakin akan ketepatan keputusannya.
Kenyataan Azizan ini benar-benar mencabar kesesuaian nasihat Rasulullah SAW -- perbezaan pendapat adalah satu rahmat. Namun menurut kebijaksanaan apa pun, di ambang pilihan raya umum, adalah tidak bijaksana untuk menyerlahkan perbedaan pandangan di kalangan saf pemimpin. Sebab itu, PKR tangguh mengambil tindakan terhadap menteri besar Selangornya walau tidak disenangi oleh ramai pemimpin parti.
Letak muka
Di satu segi mungkin Azizan mahu bersikap adil dan demokratik terhadap pasukan pentadbir KUIN. Mungkin pada perkiraan Azizan memperkasakan pasukan akademik dan pentadbiran KUIN mungkin boleh meraih sokongan golongan pentadbir kolej itu khususnya dan rakyat di Kedah amnya.
Pakatan pledges a govt free from bribesNamun bagaimana dengan persepsi pengundi di luar lingkungan ini? Seriuskah Pakatan Rakyat hendak memberi kebebasan akademik kepada golongan pelajar?
Soalnya, benarkah isu KUIN adalah soal kerajaan negeri dan tidak kena mengena dengan urusan peringkat nasional, baik bagi kerajaan BN mahupun Pakatan? Jika Azizan "dilepaskan" dengan sikap dan pemikiran begini, di mana Pakatan hendak letak muka?
Belum memerintah, ia sudah menunjukkan kelemahan tidak mampu mendisiplinkan pandangan pemimpin-pemimpin di kalangan kerabatnya?
Tidakkah isu ketegasan Azizan (atau kedegilannya) ini akan mendorong pemimpin kerabat Pakatan untuk campurtangan dan memulas sekali lagi tangan pemimpin PAS supaya mengambil tindakan mendisiplinkan Azizan seperti dalam kes bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali?
himpun rally in penang hasan ali frontBila Hasan melanggar sempadan protokol berkerabat Pakatan dengan mempertikai kewibawaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS memecat Hasan. Adakah Azizan akan menghadapi nasib yang sama?
Jika demikianlah kesudahanya, apakah isyarat dan persepsi yang terbina terhadap mutu dan falsafah kepemimimpan PAS? Tidakkah ini akan membenarkah persepsi bahawa PAS hanya parti 'Pak Turut" dalam Pakatan?
Bawa rahmat
Adakah PAS akan mengulangi persepsi yang sama dalam rentetan kes Hasan Ali? Apabila kewibawaan dan citra parti Islamnya dipersoalkan bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Exco Agama Islam dari PAS, pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor bergegas mengadakan sidang media untuk menyatakan keyakinan terhadap pengetahuan agama Abdul Khalid dan kesesuaian beliau menjawat exco agama Islam!
NONEYang mempertikaikan tindakan Azizan bukan sekadar ahli biasa. Ia termasuk sayap pemuda PAS yang dipimpin ulama muda. Adakah perbezaan pendapat ini membawa rahmat? Mungkin ia akan menonjolkan sikap tolenrasi dan demokratik PAS terhadap perbedaan pandangan di kalangan pemimpinnya.
Namun tidakkah gelagat Azizan ini mengesahkan ada pemimpin parti itu sendiri yang masih bersilang pendapat dan halatuju kerabat Pakatan lain?
Jika demikian keadaannya, persoalan yang pasti berlegar di kalangan rakyat atas pagar ialah, bagaimana hendak percaya PAS benar-benar berjuang di atas motto "PAS for All" jika pandangan komponen dalam kepemimpinan partinya sendiri mampu (dan dibiarkan) menyanggah pendirian kerajaan campuran Pakatan yang hendak didirikan?
NONEApapun ketegasan Azizan mungkin menyemarakkan semangat sesetengah ahli PAS bahawasanya Buku Jingga yang menjadi anutan Pakatan bukan al Quran. Azizan telah membuktikan bahawa lantaran itu, ahli PAS boleh memilih untuk menuruti piagam Buku Jingga atau menolaknya bila-bila perlu.
Isyarat yang jelas dari gelegat Azizan ini ialah rakyat juga bebas percaya atau tidak percaya keikhlasan Pakatan mahu memimpin Malaysia ke arah pembentukan negara yang lebih adil dan demokratik.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu

PERKASA seru Cina bantu Melayu capai 30% ekuiti

Posted: 29 Jan 2012 10:16 AM PST

PERKASA hari ini berkata, pihaknya menyokong tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bagaimanapun sasaran 30 peratus pemilikan ekonomi Melayu seperti digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak harus diketepikan.

perkasa open house 290112 ibrahim ali speech"(Kita menyokong afirmatif) secara keperluan dan pada masa yang sama, dalam perkara berkongsi kek ekonomi, kami mahu mencapai 30 peratus itu.

"Kami berpegang kepada dasar afirmatif berdasarkan keperluan. Kami menyokongnya," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Malah, ahli parlimen Pasir Mas menegaskan pihaknya memperjuangkan perkara tersebut sejak awal penubuhannya, tetapi hasrat mereka disalah-ertikan.

Dakwanya, hal demikian berlaku disebabkan terdapat penulis blog dan laman web yang 'twist' perkara itu sehingga meletakkan imej yang buruk kepada NGO - yang lantang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera itu.

"Saya harap tidak ada persepsi salah terhadap PERKASA," katanya dalam sidang media, selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran pihaknya di ibu negara hari ini.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 2Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40 peratus diperuntukkan kepada lain-lain kaum, 30 peratus Melayu/Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan. Saya percaya hampir 50 peratus menguasai ekonomi negara.

"Ini membuktikan, walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera, dan orang-orang Melayu, tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu, saling bergantung antara satu dengan lain, (dengan) masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

Perkasa cny event grabbing at angpow"Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus. Ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia.

"Jadi ini akan membantu keselamatan negara pada masa akan datang," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Tiada ulasan: