Rabu, 25 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


IMEJ MB KEDAH:JABATAN PENERANGAN PAS WAJAR DIPERSALAHKAN?

Posted: 25 Jan 2012 06:30 AM PST

kita tahu mb kedah mempunyai keperibadian yg baik,baik dalam memerintah kedah atau dalam mengurus pribadinya,dari soal pakaiannya sampailah kepada rumah yg ia tinggali.

namun sifat kebaikan dan keburukan di jiwa insan adalah begitu signifikan, sekali kita berlaku silap kelaku yg buruk sekali itulah segala yg cacat cela menjadi terang dan menutupi semua kebaikan walaupun telah seribu kebaikan yg dilakukan.

sementalaah pula kebaikan mb kedah ini tak jarang dan sukar untuk diposting didunia maya karena kurangnya maklumat yg disalurkan oleh juru terang maklumat mereka ,akhirnya kebaikan mb kedah tersembunyi karena perangkat penerangan gagal menyebarkan kebaikan kerajaan negeri dalam dunia maya ini..walaupun maya iya nyata.

adalah bijak kiranya jabatan penerangan pas mengirim email kepada setiap blog yg pro pakatan tanpa diminta,sy rasa email blog blog dan facbook selalu tertera dilaman mereka..apakah ini juga menjadi kesulitan?

MELAYU RAYA DAN UMNO. MENGAPA TOLAK PERKAUMAN?

Posted: 24 Jan 2012 09:26 PM PST

di awal perjuangan melayu ketika coba mengusir oenjajahan terlontarlah idea melayu raya.penjajah sangat takut dengan idea ini karena mungkin mereka sudah menduga akan kesannya yg sangat besar terhadap kekuasaan dibenua sebelah sini..

anehnya idea ini ada sebahagian bangsa melyu yg kita ketahui cenderung berselingkuh dengan penjajah karena kekuasaan mereka turut sama menentang isea beasar dan menarik buat bangsa melayu..

UMNO KERING IDEA KARENA TERLAMPAU INGINKAN KUASA KEMBALI?

Posted: 24 Jan 2012 08:15 PM PST

kekusutan yg ditimbulkan simpatisan umno dalam program ABU HANYALAH MEMBUKTIKAN BETAPA UMNO sudah miskin idea.

ketidak mampuan umno mendisiplinkan simpatisannya hanya akan mencemarkan imej umno semata dan akhirnya akan menjauhkan golongan sasaran untuk mengundi mereka.

mengapakah umno sanggup membiarkan simpatisannya berkelaku sedemikian rupa?
 apakah dengan berkelaku ala samseng umno akan mengira rakyat akan kembali bersama mereka? jika di zaman kuda koboi mungkin saja boleh,sayangnya sekarang adalah zaman ketikan jari.
 u tube dan facebook.

silap hari bulan umno tak mampu lagi menghantar gerombolan ganas bla mereka yg dikasari bangun membalas.






BELUM ADA CERITA UMNO RAMPAS TANAH SEKOLAH CHINA:TANAH MELAYU BAGAIMANA?

Posted: 24 Jan 2012 10:00 AM PST

Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana "merampas" tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun.

Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu.

SRIDB yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebahagian dari Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (MTIDB) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai Sekolah Rendah Agama Rakyat.

Manakala, tapak kompleks bangunan sekolah yang seluas dua ekar tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 22 Oktober 2003.

Antara yang telah dibangunkan iaitu bangunan tetap satu tingkat bagi menampung 10 kelas, bilik guru, pejabat, surau dan kantin.

Bahkan, dalam tempoh 11 tahun dari tarikh kelulusan tersebut kini kompleks SRIDB telah pun mempunyai beberapa buah bangunan bagi keperluan 350 pelajar serta 38 orang guru dan kakitangannya.

Mengikut pelan pembangunan SRIDB, cadangan pembangunan seterusnya untuk tapak parkir, pembinaan bangunan tambahan, pembesaran kantin, perumahan guru serta asrama anak yatim Darul Bayan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan pihak JKKK Kampung Limbong yang bertindak 'merampas' tanah Sekolah  Rendah Islam Darul Bayan sebagai zalim.

Kata beliau, tindakan merampas tanah tersebut satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan dan mesti ditentang oleh rakyat seluruhnya.

"Ini bukan pertama kali kerajaan Umno dan Barisan Nasional buat perkara yang memalukan dan kerana hendak memuaskan nafsu JKKK, mereka sanggup menafikan hak rakyat dan hak Darul Bayan.

"Tanah ini kita (sekolah) telah bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 lagi," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Ceramah Isu Semasa "JKKK Rampas Tanah SRIDB" di perkarangan SRIDB, Kampung Kolam Mak Tagar, Paka, Dungun.

Menurut Ustaz Abu Bakar, sejak tahun 2006 pihak kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh telah membekukan pembayaran lesen TOL tersebut.

Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Terengganu menjelaskan pendidikan bukan isu biasa tetapi menjadi isu yang lebih penting dari isu-isu lain.

Ini kerana, katanya melalui pendidikanlah agama dapat disemai dalam diri setiap manusia dan rakyat menjadi baik.

"Kita (PAS) harap pihak berkenaan pulangkan semula hak (tanah) ini kepada pihak sekolah (SRIDB) sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini, kerana Allah SWT itu Maha Adil dan Bijaksana," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan pihak Umno dan JKKK merampas tanah SRIDB petanda kejatuhan kerajaan BN Terengganu.

Menurutnya, tindakan serupa pernah dilakukan sebelum ini terhadap sekolah Institut Berakan (IB) di Kuala Terengganu tahun 1991.

"Ini (tindakan) petanda Umno-BN akan jatuh di negeri Terengganu kerana perbuatan zalim rampas tanah sekolah agama rakyat (SRIDB).

"Mereka (Umno) pernah rampas dan roboh Institut Berakan tahun 1991 dan akhirkan mereka jatuh kerajaan tahun 1999.
"Ini bukan sekolah untuk berniaga, buat duit tetapi untuk mendidik anak-anak kita termasuk anak yatim dengan ilmu agama (Islam)," ujarnya.

Katanya, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihan raya dengan menolak Umno dan kerajaan BN serta memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Tiada ulasan: