Selasa, 24 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000

Posted: 24 Jan 2012 08:30 AM PST

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

[Baca berita penuh]

Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU

Posted: 24 Jan 2012 06:36 AM PST

Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu.

ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

abu ceramah disturbed 220112 04Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu.

Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis.

Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

[Baca berita penuh

SUIT UMNO ATAU MEMANG DUIT RAKYAT?

Posted: 23 Jan 2012 10:30 PM PST

PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.
Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.

"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.

Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.

"Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.

Katanya, rakyat perlu sedar bahawa pemberian terbaru itu hanya diberi setelah 55 tahun Umno BN berkuasa dan setelah nyawa mereka di hujung tanduk.

"Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno BN untuk memberinya.

"Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila PAS memerintah Terengganu 1999," jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, rakyat harus sedar bahawa Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, walaupun mengalami kekangan kewangan.

Dengan prinsip penjimatan dan bebas rasuah, rakyat kini selesa di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sebelum ini.

"Umno terpaksa ikut (tawaran PR), jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN.

"Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500 setelah 55 tahun merdeka," sindirnya.

PERKASA TIDAK BOLEH BISU DAN PEKAK TERHADAP SEJARAH MELAYU!!!

Posted: 23 Jan 2012 08:15 PM PST

Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan tindakan pihak yang mengecamnya sebelum ini kerana mengulas titah Sultan Selangor tetapi berdiam diri terhadap pendapat kontroversi sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim baru-baru ini.

"Khoo buat hal lagi; hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah (yang kemudian diikuti oleh Zainal Kling). Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud.

"Di mana PERKASA? Mana Ezam? Kenapa tak buat repot polis?" soal bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa itu.

Khoo sebelum ini dilaporkan berkata berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

Manakala Aziz pula dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menghina sultan, beliau menghadapi pelbagai tindakan, termasuklah disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Aziz memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik.

"Saya hormati sikap mereka; tetapi kalau mereka benar-benar menerima kebebasan akademik Umno-BN harus terima juga komen saya ke atas Sultan Selangor?

"Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah ilmu dan kepakaran saya; seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling," katanya.

Tiada ulasan: