BRIGED MP SEGAMBUT |
- FAEKAH TIDAK PATUT TAKUT DENGAN KEHADIRAN IBRAHIM AL KATAKI DI SELANGOR
- MENTERI BESAR KEDAH SENGAJA BAGI POINT BUAT UMNO?
- STRATEGI PR UMNO LAKSANAKAN DULU
FAEKAH TIDAK PATUT TAKUT DENGAN KEHADIRAN IBRAHIM AL KATAKI DI SELANGOR Posted: 23 Jan 2012 08:30 AM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicadang menimbang untuk mengambil tindakan termasuk menghalang Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjejakkan kaki ke negeri itu ekoran keceluparannya mengkritik keputusan Sultan memperkenan Khalid memegang portfolio agama negeri. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. "Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam. "YAB Dato' Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Selain mempertikai portfolio agama yang dipegang Khalid, Ibrahim juga didakwa menuduh pelantikan Menteri Besar sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor. Menyifatkan tuduhan itu keterlaluan, Faekah berkata tindakan Ibrahim itu tidak lebih untuk menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. "Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku. "Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan," jelasnya lagi. Menurut Faekah lagi, Ibrahim sewajarnya sedar diri kerana rakyat tidak pernah lupa bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Dan hari ini pula katanya, Ibrahim terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti. "Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," tegasnya. Selaku umat Islam, Ibrahim ujarnya lagi seharusnya mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. "Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. "Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," tegasnya. |
MENTERI BESAR KEDAH SENGAJA BAGI POINT BUAT UMNO? Posted: 23 Jan 2012 06:30 AM PST Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak. Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu. "Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM. Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya. "Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi. Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz. Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat. Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu. |
STRATEGI PR UMNO LAKSANAKAN DULU Posted: 22 Jan 2012 09:56 AM PST Ahli sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak memahami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini kerana sejarah tidak ditentukan oleh sejarahwan berwibawa. Sukatan pelajaran sejarah itu tidak ditentukan oleh ahli bidang berkenaan tetapi sebaliknya oleh badan eksekutif, katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu. Katanya cabang kerajaan itu itu sangat berpengaruh dalam sistem pada waktu ini sehinggalah berhubung gaji yang patut diperolehi sejarahwan sepertinya. "Kami hanya boleh sampaikan pendirian kita kepada orang ramai tapi bila kita minta sesuatu dilaksanakan, tak semestinya diterima. "Mereka saja yang ada kuasa, kami tiada kuasa (tentukan perkara sejarah)," tegasnya. Beliau yang menganggotai lembaga penilaian sukatan matapelajaran sejarah di sekolah berkata, panel berkenaan telah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini. "Tapi akhirnya sukatan pelajaran itu disediakan bukan oleh ahli sejarah yang berwibawa. "Dalam sistem kita zaman sekarang, orang yang paling kuat berpengaruh ialah mereka yang ada di dalam badan eksekutif," katanya lagi. Teks baru pada 2014 Khoo berkata, teks baru sejarah yang akan digunakan bermula 2014, antara lain akan memberi penekanan kepada hari penubuhan Malaysia – 16 September 1963. "Mula-mula kita gunakan Ogos 1957, orang Sabah dan Sarawak protes kerana pada masa itu dan juga tahun 1946 kedua-dua tempat itu adalah tanah jajahan British. "Orang Sarawak, Sabah sudah menyatakan perasaan mereka yang tak setuju dengan 31 Ogos dipanggil Hari Malaysia," katanya lagi. Keghairahan ke atas sambutan 16 September itu tercetus pada 2008 apabila ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada sekumpulan ahli politik Sabah dan Sarawak untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Anwar bagaimanapun tidak berjaya dalam usahanya mengambil alih pentadbiran negara melalui cara itu dan beberapa orang wakil rakyat PKR mula berpaling tadah – sama ada menjadi wakil bebas atau menyokong BN. BN kemudiannya memperoleh kelebihan dalam isu tersebut pada tahun berikutnya, apabila perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh berkenaan sebagai sambutan Hari Malaysia yang diisytiharkan sebagai cuti umum meliputi seluruh negara. Najib turut mengambil peluang di ambang sambutan Hari Malaysia tahun lalu untuk mengumumkan beberapa langkah populis, termasuk usaha untuk memansuh undang-undang ISA, pengisytiharan darurat dan juga Seksyen 27 Akta Polis |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan