Ahad, 22 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Nik Aziz sedia umum harta kepada SPRM

Posted: 22 Jan 2012 08:37 AM PST

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

NONE"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan penghulu dan majlis penghulu mukim di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Menteri besar itu berkata sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.

Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan.

"Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya.

- Bernama

UMNO DAN PERKAUMANNYA WAJIB DITOLAK?

Posted: 22 Jan 2012 06:30 AM PST

ahun ini cukup istimewa kerana ialah tahun naga air. 'Naga air' yakninya bersifat 'cool' di luar tapi sudah semestinya mempunyai hembusan apinya lebih hebat sehingga air pun tidak mampu melenyapkannya.
Atas semangat kiasan itulah, diharap kaum TiongHua meneruskan agenda untuk berubah "換" (huan) ke arah pendamaian jiwa. Sebagaimana yang kita sedar, di Malaysia, pendamaian jiwa sukar dicapai dengan kerajaan kini, yang suka berflip-flop dan menegakkan benang basah dari segala sudut urusan negara.
Pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat telah terbukti menjunjung prinsip keadilan, iaitu asas terulung dan terpenting untuk mencapai pendamaian jiwa.
Ayuh, mari bersama PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan tahun naga air ini menjadi titik noktah terakhir kepada kecelaruan jiwa yang ditimbulkan oleh dasar perkauman sempit Umno-Barisan Nasional.
Selamat Tahun Baru Cina. "新年進步"Xin Nian Jing Bu!
Mohamad Sabu,

Timbalan Presiden PAS

ANWAR AKAN TETAP DISUMBAT KEPENJARA?

Posted: 21 Jan 2012 11:14 PM PST

Tindakan Jabatan Peguam Negara membuat rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan kes liwatnya bertujuan memenjara tokoh pembangkang itu, kata PKR dan Aliran.

"Motif rayuan itu adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PKR N Surendran.

Beliau juga mendakwa rayuan itu menunjukkan slogan pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hanyalah sekadar janji-janji penuh kemunafikan dan penipuan.

Mengulas pembebasan Anwar awal bulan ini, Najib dalam satu wawancara dengan harian perniagaan berpengaruh Wall Street Journal pernah mengatakan keputusan itu bolehkan memberikan tanggapan umum bahawa sistem kehakiman kita tidak dipengaruhi kerajaan.

Dalam kenyataan berasingan, badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Pulau Pinang itu juga mendakwa rayuan kes tersebut bertujuan menghalang kebebasan bergerak pemimpin PKR berkenaan demi "kelangsungan hidup BN."

"Satu-satunya individu yang boleh menggegarkan dan memusnahkan teras kuasa BN melalui Pakatan Rakyat hanyalah Anwar dan oleh itu beliau mesti disisihkan (dipenjarakan)," kata presiden Aliran P Ramakrishnan hari ini.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat".

"Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan: