Rabu, 18 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Saya dengar lain, akhbar tulis lain - Nik Aziz

Posted: 18 Jan 2012 08:05 AM PST

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.
Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.
Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.
"Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.
"Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula," ujarnya.
Beliau seterusnya mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.
"Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.
"Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik," ujarnya lagi.
Sebelum itu,Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi.
Turut sama dalam kunjungan berkenaan, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.
Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.

Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib.

"Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini.

"Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini," katanya

BM-Premium A IP BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP | Print | MB yakin Dr Yunus amanah, bertanggungjawab

Posted: 18 Jan 2012 06:30 AM PST

Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana telah berkenan menyempurnakan Istiadat Pelantikan Dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang baharu.
"Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, latar belakang Ynus sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai Ahli MMKN secara efisyen dan profesional.
Tambahnya, pelantikan baharu itu turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang oleh Menteri Besar sendiri.
Jelasnya, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar, tambahan pula Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah Exco pembantu untuk portfolio Belia dan Sukan.
Khalid juga mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abd Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel) manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat), kedua-dua jawatan itu sebelumnya disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali.
"Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Datuk Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.
"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS," jelasnya lagi.
Beliau menjelaskan surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.
"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya yang juga Adun Ijok.
Justeru, Khalid berharap Dr Hasan menerima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.
Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN itu.
"Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri," ujarnya.
BERITA BERKAITAN

Dr Yunus ganti Hasan Ali

Nik Aziz harap exco baru terjemah visi PAS

Posted: 18 Jan 2012 04:10 AM PST

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berharap pelantikan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan Selangor yang baru dapat menterjemahkan misi perjuangan PAS dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Dr Ahmad Yunus - yang memegang portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan - Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS turut berharap pelantikan tersebut akan "lebih memberi manfaat kepada umat Islam di negeri itu".

NONE"Tahniah saya rakamkan kepada YB Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang, Selangor yang telah mengangkat sumpah sebagai exco kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan (Datuk) Dr Hasan Ali pada pagi ini.

"Semoga perlantikan beliau akan lebih memberikan manfaat kepada umat Islam di Selangor khususnya dan menterjemahkan misi perjuangan PAS di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor, Insya-Allah," kata Nik Aziz (atas) di laman sosial Facebooknya.

Dr Ahmad Yunus yang juga seorang doktor hari ini dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan bekas pesuruhjaya PAS negeri dan ADUN Gombak Setia Dr Hasan yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam bagi menggantikan Hasan yang dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakannya yang menyalahi dan merugikan parti itu.

Pemuda: Kukuhkan kesepaduan Pakatan
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridwan (bawah) pula berharap pelantikan Dr Ahmad Yunus akan mengukuhkan lagi kesepaduan Pakatan di negeri itu demi mempertahankan kerajaan daripada dirampas "secara kotor" oleh Umno-BN.

NONE"Pakatan Selangor memperkukuh dan memperkasakan pengupayaan jentera di semua peringkat bagi menyelamatkan rakyat Selangor daripada terus dimomokkan dengan dakyah dan fitnah Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada pengamal perubatan itu, Hasbullah mendoakan semoga Dr Ahmad Yunus akan melaksanakan amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan Pemuda PAS negeri sedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 

Menurut Hasbullah, pihaknya amat bersyukur kerana proses pelantikan berlangsung dengan lancar dan penuh muhibah.

Dr Yunus ganti Hasan Ali

Posted: 17 Jan 2012 06:38 PM PST

Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Tiada ulasan: