Khamis, 12 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PRU 13 PALING KOTOR DAN GANAS?

Posted: 12 Jan 2012 06:30 AM PST


Bekas duta Amerika jangka PRU13 paling kotor
Pilihan raya umum ke-13 dijangka "paling kotor" kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

NONEDalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya  dilihat terpalit dengan rasuah.

"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.

"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.

Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani  amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya.

[Baca berita penuh]

ANWAR AKAN BERHADAPAN SAIFOL SEMULA DIMAHKAMAH?

Posted: 11 Jan 2012 05:55 PM PST

Pihak pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.

NONEDalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.

Isnin lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.

Pada peringkat akhir pembelaan, katanya, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.

azlanMenurut Mohamad Zabidin, meskipun mahkamah menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, namun mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.

Semalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Sebelum ini, beberapa peguam kes jenayah memberitahu Malaysiakini bahawa hak untuk membuat rayuan terletak di tangan Peguam Negara yang mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.

SEBELUM NEGARA MUFLIS,TUMBANGKAN UMNO ?

Posted: 11 Jan 2012 04:34 PM PST

Malaysia akan muflis menjelang 2019 dengan hutang negara dijangka melonjak sehingga mencapai RM1,300 bilion jika Umno-BN masih mengekalkan pengurusan perbelanjaan dan pinjaman yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONESehubungan itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah jelas bagi menyelamatkan negara dari menjadi muflis, rakyat perlu menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan," kata Lim dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mendedahkan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Menurut Felo MIER, Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya kerajaan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100 peratus ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

azlanHutang kerajaan persekutuan pula dilaporkan telah meningkat sebanyak 71 peratus dalam tempoh empat tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

Lebih menrunsingkan kata Lim, kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

"Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas menjadikan Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

"Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang," kata Lim.

azlanMenurutnya, rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat.

Selain harga susu bayi yang dilaporkan naik sehingga 50 peratus, beliau memberi contoh antara kos barangan harian turut meningkat.
  • Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58 peratus dalam 18 bulan.
  • Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).
  • Tarif elektrik: Kenaikan purata 7.12 peratus pada bulan Jun 2011.
  • Teh tarik dan kopi susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1 peratus hingga 18.2 peratus).
  •  Roti: Kenaikan 5-14 peratus (2011).
  • mamak restaurant 271206 open stovesCukai perkhidmatan: Kenaikan 1 peratus (cukai tambahan RM720 juta untuk kerajaan persekutuan).
  • Bawang: Kenaikan 17 peratus (Dis 2010).
Selain yang disenaraikan, katanya, makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.

Justeru, menurut beliau, rakyat yang inginkan kehidupan lebih baik untuk hari ini dan generasi depan perlu memilih sama ada sebuah kerajaan yang boros atau kerajaan yang berhemat dan telus mengutamakan kepentingan rakyat.

Tiada ulasan: