BRIGED MP SEGAMBUT |
- RAJA PETRA PUNYA PASAL?
- Insiden UPSI: Polis tubuh pasukan siasat blog
- MENGAPA UMNO PILIH BERKONFRANTASI DENGAN MAHASISWA?
Posted: 02 Jan 2012 08:00 AM PST Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam. Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat. Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu. "Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya. Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM). |
Insiden UPSI: Polis tubuh pasukan siasat blog Posted: 02 Jan 2012 07:10 AM PST Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu. "Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut. "Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak berulang. Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata siasatan menunjukkan klinik yang dirempuh kumpulan penuntut dalam perhimpunan haram tersebut mengalami kerosakan dianggarkan mencecah RM10,000. Polis sebelum ini menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak awal pagi semalam. Kira-kira 70 penuntut beberapa universiti dilaporkan berhimpun secara haram di pekarangan UPSI atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971. Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lepas, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - Bernama |
MENGAPA UMNO PILIH BERKONFRANTASI DENGAN MAHASISWA? Posted: 01 Jan 2012 04:34 PM PST Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini. 17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River. Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF). Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan. Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi. Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan