Briged Al-Akhdor LR2 |
Kempen anti-Gardenia bukti ketegangan kaum meningkat apabila dihimpit masalah Posted: 04 Jan 2012 04:01 AM PST Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman. Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas. Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok. "Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman," kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center. Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman. Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini. Satu emel yang dihantar menyebut: "Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind." Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu. Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk "berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan." "Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring," kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk "memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu." Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35. Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain. Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi. - MInsider |
Pilihanraya Umum Dalam 6 Bulan, Ramal Merdeka Center Posted: 03 Jan 2012 09:18 PM PST Merdeka Center ramal PRU dalam enam bulan Sinar Harian SHAH ALAM - Pilihan raya umum ke-13, yang menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini - sebelum Ramadan, kata firma kajian pandangan umum tempatan. Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, berdasarkan jangkaan beliau, pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun sebab arena politik khususnya Umno, selaku parti teras Barisan Nasional (BN), akan memberi tumpuan ke atas urusan pemilihan parti melibatkan semua peringkat pada akhir tahun. "Saya rasa masa yang ada (yang kondusif), adalah antara sekarang hingga bulan Jun, jadi kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya sebelum akhir Jun," kata beliau kepada Sinar Harian Online. "Saya lihat akan ada banyak acara dan program pada separuh kedua tahun ini. Ini termasuk pemilihan Umno semua peringkat. "Jadi saya tidak melihat (Presiden Umno dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) mahu mengadakan pemilihan parti dan pilihan raya umum pada tempoh yang sama," katanya lagi. Ibrahim juga berkata, perkara-perkara yang diumumkan menerusi Bajet 2012 sudah mula dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu dan ia antara lain akan menjadi petanda-petanda kepada tarikh memanggil pilihan raya umum ke-13. Mandat semasa hanya akan berakhir pada April 2013. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada Mac 2008. Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika BN memanggil pilihan raya awal. Dalam pada itu, bancian yang sedang dikendalikan oleh Sinar Harian Online, setakat pagi tadi, menunjukkan 66 peratus berfikir pilihan raya umum akan dipanggil antara Februari dan Mac ini. Seramai 16 peratus lagi pengunjung memilih tempoh antara bulan Mei dan Jun. Hanya 13 peratus mengharapkan pilihan raya umum diadakan awal tahun depan iaitu di penghujung mandat semasa. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan