Isnin, 23 Januari 2012

.

.


Belitan Isu

Posted: 22 Jan 2012 06:55 PM PST

Pemberian Wang RM500 Rasuah Politik Yang Halal?

Pemberiaan wang bantuan dengan nama (BR1M) bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan rancak dilakukan di seluruh negara. Rakyat yang tinggal di beberapa kawasan yang melibatkan menteri, timbalan menteri atau orang utama dalam Umno sudah pun mulai menerima wang berkenaan.

Pembahagian itu dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang pembubaran parlimen nanti. Setakat ini pembahagian wang itu berjalan lancar walaupun ada beberapa lokasi timbul kekcohan disebabkan salah 'teknik'. Kekacauan sampai baling kerusi, tumbuk menumbuk dan koyak boucher berlaku apabila ada rakyat yang berhak menerima dinafikan kerana dokumen mereka tidak lengkap atau pun tiada pengesahan.

Aduh... begitu ketat sekali untuk memberi bantuan sejemput kera kepada rakyat itu. Sebelum ini timbul persoalan siapa yang bertanggungjawab atau pun valid untuk mengesahkan borang kelayakan itu. Wang itu adalah wang rakyat - wang kerajaan, di mana ianya sepatutnya hanya disahkan oleh agensi kerajaan. Tetapi yang anihnya ada sesetengah tempat memerlukan pengesahan dari ketua Umno Bahagian atau PPM.

Semoga kerajaan akan memantau perkara ini dan tidak membiarkan penyalahgunaan kuasa dan prosuder berleluasa serta ketidakadilan dalam menyampaikan bantuan ini. Soal-soal titik bengit begitu memerlukan pengesahan JKKK, ketua bahagian ataupun ada rekmen orang kuat Umno usahlah diambil berat sangat. Yang penting rakyat dapat menikmati wang kerajaan itu dengan sewajarnya.

Pemberian wang itu adalah sesuatu yang baik untuk meringkan beban rakyat. Walaupun ianya hanya sejemput kera setidak-tidak rakyat miskin dapat menggunakan wang berkenaan untuk membeli budu dan geram atau airskrim untuk anak-anak dan cucu cicit. Terimalah. Ia tidak menjadi kesalahan. Dan penerimaannya tidak terikat anda kena undi siapa dan parti mana.

Rakyat perlu seadar bahawa wang itu bukan dari sakut Umno. Jauh sekali dari begtangan Rosmah Mansor. Ia adalah wang rakyat yang tolong dikumpul oleh kerajaan dari pelbagai cukai dan potongan, atau diambil dari mana-mana wang yang diperuntukkan untuk rakyat. Wang itu tidak salah dan tidak pun berdosa seperti mana wang dari pusat-pusat perjudian atau pun hasil rasuah yang telah, sedang dan akan dibahagi-bahagikan semasa pilihan raya kelak.

Pun begitu Umno telah mengeksploitasikan pemberian wang itu sebagai jasa mereka. Mendakwa wang itu adalah bdi dan bakti mereka. Kepada rakyat yang buta huruf dan rendah akal politiknya di kampung-kampung dihebuhkan itu sebagai wang Umno. Wang itu menandakan keprihatinan Najib Razak sebagai perdana menteri. Memang ia adalah atas keprihatinan Najib sebagai perdana menteri, tetapi wang itu bukan dari Umno tetapi dari akaun kerajaan. Kerajaan dan Umno dua perkara yang berbeza yang sering kali dikelirukan oleh broker-broker Umno.

Bukan saja Najib, sesiapa yang menjadi perdana menteri dan menteri kewangan boleh mengarahkan untuk memberi wang kepada rakyat. Hendak dengan tidak sahaja. Masa Dr Mahathir dan Abdullah Badawi jadi PM, mereka juga boleh berbuat demikian, kerana wang itu tidak perlu ambil dari akaun mereka. Tetapi Mahathir dan Abdullah tidak sampai ke peringkat itu untuk membeli undi rakyat marhain.

Mungkin kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia wang bantuan seumpama itu lebih banyak lagi dan lebih kerap dipulangkan kepada rakyat sebab mereka akan membuat potongan terhadap wang-wang yang disalahgunakan dan disonglap oleh kerajaan kini untuk kepentingan segelintir rakyat.

Kenapa Najib berbuat demikian bukan semata-mata kerana baik hatinya. Tetapi ia ada motif. Suka tidak suka, faham tidak faham pemberian wang RM500 itu yang diluluskan dalam Bajet 2012 adalah bermotifkan politik. Wang RM500 adalah rasuah politik, umpan untuk meminta rakyat mengundi UBN dalam pilihan raya nanti.

Kenapa dikatakan begitu kerana kerajaan sengaja memilih saat pilihan raya hendak diadakan baru wang itu diberikan kepada rakyat. Baru susah-susah hendak membantu rakyat. Dan ia dikenakan syarat-syarat tertentu bertujuan untuk mendenda rakyat. Bolehlah disifatkan wang RM500 adalah wang rasuah halal dilakukan UBN untuk meraih sokongan.

Kenapa dikatakan rasuah halal kerana ia dilakukan di luar edah pilihan raya dan digunakan wang kerajaan atas nama hendak membantu rakyat. Kerajaan boleh memberi apa saja kepada rakyat atas apa juga nama kerana ia tidak tertakluk di bawah peraturan dan mana-mana kesalahan. Walhal orang yang faham cara dan masa wang itu dilunaskan jelas rasuah politik.

Biarlah rasuah atau tidak, asalkan rakyat dapat membeli kacang butir, budu dan garam dengan wang itu. Terima dan ambillah. Bukan itu saja kalau ada apa-apa tawaran dan pemberian percuma dari kerajaan selepas ini, ambillah dengan senang hati.

Persoalan kini apakah UBN khasnya Najib merasakan apa yang dilakukan itu bakal memberi pulangan lumayan kepadanya. Apakah rakyat akan terpesona dengan pemberian RM500 itu kemudian akan mengundi UBN dalam pilhan raya nanti? Ini yang menarik untuk dinilai dan diperkatakan.

Adalah salah kalau Najib berharap dan membuat hisab demikian. Bagi saya tidak sampai 50 peratus rakyat yang menerima wang itu akan membalas dengan mengundi UBN. Kenapa dikatakan begitu? Kerana rakyat sudah faham kedudukan wang itu dan juga sudah mengetahui tektik dan strategi UBN yang memperalatkan harta kerajaan itu. Pemberian wang kerjaan dengan cara dan nawaitu itu telah menyalahkan dana kerajaan untuk rakyat.

Dana itu haus diberi tanpa mengharap apa-apa balasan dan dipersulitkan dengan mengenakan syarat-syarat dan peraturan tertentu. Kalau kerajaan tulus dan ikhlas wang itu boleh dikredit terus ke dalam akaun rakyat tidak payah rakyat berjumpa mata dengan kerajaan dan mendengar tazkirah politik sejam-jam sebelum menerima bouchernya.

Rakyat juga akan bertanya kenapa baru kini kerajaan baik hati untuk memberikan mereka bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM500. Sudah lebih 50 tahun datuk nenek mereka berada dalam naungan kerajaan BN tetapi tidak pernah mereka mendapat wang nasib baik itu?

Jadi apabila hari ini baru diberikan, baru kerajaan bersikap baik dan berbudi menyebabkan mereka akan menilai akan budi itu? Mereka akan menyelami apakah motif di sebalik wang RM500 itu yang akhirnya mereka sedari ianya hanya cacing yang disangkut joran sahaja dan bukan merupakan kebajikan ikhlas dari kerajaan.

Mungkin ada rakyat yang faham kenapa sekarang kerajaan bersikap baik ialah kerana keadaan UBN sudah begitut terdesak. Mereka sudah tahu usia kekuasaan mereka akan tamat bila-bila masa saja lagi. Sekiranya tidak ada berbagai-bagai plan penyelamat termasuk membeli undi mereka akan hanyut.

UBN mungkin akan tumbang dan ghaiab. Justeru walaupun cara mereka itu salah dan bertentangan dengan semangat demokrasi mereka tidak peduli. Yang penting kuasa dapat diselamatkan dan untuk menyelamatkan kuasa rakyat kena dibeli.

Langkah kerajaan UBN itu sia-sia saja. RM500 tidak akan dapat menyelamatkan kedudukan mereka yang bagaikan telor di hujung tanduk kini. Rakyat dapat manfaat sejemput kera tetapi kerajaan UBN akan rugi selaut kuasa.

Sebab itu pihak Pakatan Rakyat kelihatan tidak begitu risau dengan pemberian itu. Rakyat sudah faham dan arif dan bagaimana untuk menggunakan wang RM500 itu. Pemberian itu baik juga, rakyat boleh menggunakan wang RM500 itu untuk membeli minyak petrol untuk pergi ke majlis ceramah Pakatan Raykat. Atau pun guna wang itu untuk membeli bendera, buat banner ataupun peralatan-peralatan menghadapi pilihan raya.

Justeru rakyat perlu berterima kasih kepada pemberian wang itu tetapi rakyat tidak perlu membayar terima kasih dengan mengundi pihak yang mengharapkan pemberian itu agar rakyat mengundi mereka. Dari satu segi pemberian RM500 itu juga helah UBN untuk mengelabui mata rakyat bahawa mereka (UBN) telah melakukan kebajikan kepada rakyat. Bolehlah dikatakan aspirasi untuk memberi wang itu datangnya dari Pas yang telah melancar gagasan politik Negara Berkebajikan. [wm.kl.11:40 am 23/01/12]

Rileks Malam

Posted: 22 Jan 2012 04:09 AM PST

Noh Omar Tidak Yakin Selangor Akan Tumbang

Semalam sewaktu makan nasi Arab di Senawang Negeri Sembilan seorang pegawai tinggi kerajaan memberi tahu maklumat yang saya kira ikhlas diberikan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengenai kedudukan dan peluang UBN di Selangor.

Pegawai itu memberi tahu ketika dia makan bersama Noh Omar bertanya dari hati ke hati macam mana kedudukan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya Noh menjawab dia sendiri tidak tahu macam mana nasib Umno.

"Susah untuk saya jawab, di tempat saya (Tanjung Karang) insyaAllah boleh memang, di tempat lain sukar diramalkan," jawab Noh Omar. Kata pegawai itu untuk memastikan kemenangan Noh telah menggunakan apa saja peruntukan di bawah kementeriannya.

Menurutnya Noh telah memberi bantuan kepada semua rakyat tidak kira parti. Tetapi katanya bantuan itu diberi separuh saja. Misalnya kalau ada orang miskin minta bantuan nak beli mesin parut kelapa berharga RM700 beliau hanya akan beri separuh sahaja, separuh lagi hendaklah dicari sendiri.

Pegawai itu juga memberi tahu Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu banyak menggunakan wang untuk mendapat pengaruh politik di kawasannya. Beliau sendiri hairan dari mana wang itu diperolehi.

Kedudukan Umno di kawasan di Selangor sukar diramalkan kerana berlaku perebutan untuk menjadi calon. Perebutan itu boleh menyebabkan Umno berpecah belah.

Apa yang boleh ditafsirkan dengan kata-kata Noh itu bahawa UBN sendiri tidak yakin mereka akan dapat menumbangkan kerajaan PR di selangor. Apa yang berlaku sekarang ini pemimpin UBN di Selangor sedang giat menjaga kawasan masing-masing.

Senario disebut Noh Omar itu menjelaskan UBN khasnya Umno masih belum merasa mereka selesa di Selangor. Berbagai usaha termasuk menggunakan bekas-bekas pengikut dan penganut Pakatan Rakyat yang berpaling tadah meninggalkan PR.

Dalam pada itu UBN Selangor juga berhadapan dengan masalah siapakah tokoh yang hendak dilangkat menjadi MB. Noh sendiri katanya kurang berminat untuk bertanding di Dun bagi dilantik menjadi MB.

Bekas MB Khir Toyo besar kemungkinan tidak akan dicalonkan semula. Masa depan Khir Toyo dikira gelap zulmat bila mana beliau didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara setahun.

Sementara itu ada usaha segelintir Umno Selangor untuk mengangkat bekas anak buah Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor sebagai bakal MB tetapi awal-awal lagi bekas ketua Angkatan Muda PKR itu ditolak. Rancangan sulit digerakan Ezam bersama gengnya telah dihidup oleh beberapa pemimpin Umno Selangor. [wm.kl.8:22 pm 22/01/12]

Tiada ulasan: