Selasa, 31 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isteri Saya Larang Debat - Ahmad Maslan

Posted: 31 Jan 2012 12:48 AM PST





Sama ada pengakuan terbaru ini benar atau tidak wallahuakhlam bissawab.....

dulu dia mengaku secara terbuka menengok video seks bersama bini dia...

kini mengaku pula yang beliau takut bini....

bini dia tak izinkan dirinya berdebat dengan sesiapa sebab kalau kalah malu satu keluarga...tengok video seks tak pe...

satu keluarga tak malu...satu keluarga rasa bangga sebab ada sepasang suami isteri giler gaban tengok video seks bersama...

saling tak tumpah perangai macam bosnya....

Inilah kualiti yang ada pada para pemimpin UMNO....bacul takut bini........


PSSSTTTT.....INGATKAN HEBAT....RUPA-RUPANYA TAKUT BINI...BUKAN SATU KELUARGA MALU....SATU UMNO MALU...KWAH KWAH KWAH

BUDAYA DEBAT BUDAYA BARAT, TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DINEGARA KITA...AHMAD MASLAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

UMNO secara rasminya mengistiharkan yang budaya berdebat ditolak secara total sebab ianya datang dari budaya barat...

ini berikutan penolakkan kali ketiga Hj Ah Jib Gor yang takut menikus dan bacul bila dipelawa berdebat secara "live" oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan keseluruh negara mengenai isu dan topik yang membabitkan kepentingan negara iaitu politik dan ekonomi....

membiarkan rakyat melihat sendiri serta membolehkan mereka berfikir dan menilai parti kelompok manakah yang lebih memberi faedah dan keuntungan kepada masa depan rakyat...

Bila budaya memberi ruang dan peluang rakyat berfikir dan menilai secara rasional maka itu amatlah digeruni oleh UMNO..

bila rakyat bebas berfikir dan menilai maka sudah pasti segala kepalsuan,kejijikkan dan penipuan yang selama ini disorok dan diselindungi akan terburai dan terungkai akhirnya....

maka dijadikan alasan kononnya negara kita negara berbilang kaum dan agama....

alasan picisan yang memualkan serta memalukan...

alasan yang menghina dan memperleceh serta memperlekehkan kebijaksanaan rakyat .....

walaupun negara kita sudah dikatakan mencapai kemerdekaan lebih 54 tahun....

alasan lapuk dan pupus tarikh serta politik purba dan primitif masih lagi didendangkan oleh UMNO bila berdepan dengan kemelut yang dia tidak mampu atasi...

jelas UMNO kini sudah dilihat sebagai sebuah parti politik yang sudah uzur dan lemah longlai...

parti politik yang sudah gersang dan kering kontang idea yang bernas yang menyakinkan....

lesu dalam sifat keberanian...lumpuh jati diri untuk dibanggakan...

dengan itu tidak menghairankan mengapa anak-anak muda lari bertempiaran dari dipalitkan diri mereka dengan UMNO..merasa malu untuk menyokong UMNO...

rasa amat terhina jika menjadi ahli UMNO.

Jika alasan poyo oleh Ketua Penerangan UMNO diambil pakai maka pertandingan debat tahunan antara varsiti merebut Piala Perdana Menteri hendaklah dimansuhkan serta merta...

kerana ianya budaya barat... budaya yang memudaratkan keharmonian negara kita... sebab warga varsiti terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama...

Apalah punya alasan bangang yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO ini...ish ish ish ish...

MASANYA SUDAH TIBA UNTUK UMNO MENJADI PARTI PEMBANGKANG DINEGARA KITA....JIKA TERUS MENTADBIR NEGARA MAKA RAKYAT AKAN TERUS DIBANGANGKAN.

JADILAH WARGA YANG CERDIK...TOLAK UMNO....TOLAK PARTI YANG MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT UNTUK BERFIKIR DAN MENILAI.

http://paspb2.blogspot.com/2012/01/rupanya-bukan-brahim-ali-sahaja-takut.html


NFC tolak memo NGO

Posted: 31 Jan 2012 12:42 AM PST

Usaha sebuah NGO menghantar memorandum kepada National Feedlot Corporation berhubung dakwaan perbelanjaan kredit kad RM600,000 yang didakwa menggunakan wang daripada dana kerajaan hanya sampai di muka pintu.

Rombongan kira-kira 10 aktivis JINGGA 13 pulang hampa apabila kehadiran mereka di Kuala Lumpur gagal mencapai matlamat apabila pegawai syarikat itu enggan menerima memorandum itu.

"Walaupun Saudara Fariz Musa selaku ketua koordinator menyatakan bahawa JINGGA 13 mewakili kehendak rakyat untuk dapat penjelasan, namun pegawai itu bertegas untuk mengikuti arahan atasan dengan alasan NFC adalah 'entiti perniagaan'," kata setiausahanya Saifuddin Shafi Muhammad.


Menurut Saifuddin, pegawai itu juga menyatakan tidak mahu mengganggu tugas pihak polis yang sedang menyiasat kes itu walaupun pengarah eksekutifnya Wan Shahinur Izmir Salleh didakwa berkali-kali membuat kenyataan menafikan dakwaan itu.

JINGGA 13 sebelum ini membuat laporan polis terhadap empat anggota menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Dalam kenyataannya hari ini, NGO yang dekat dengan PKR itu juga mempersoalkan keistimewaan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan 11 NGO yang dijemput khas untuk diberi penerangan oleh NFC sebelum ini.

Justeru, Saifuddin mempersoalkan kenapa JINGGA 13 yang melaporkan perkara itu kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilayan jika benar tiada fakta mahu disembunyikan.


Gelaran Aziz Bari Ditarik Kerana Sokong Pembangkang

Posted: 30 Jan 2012 06:52 PM PST

Aziz Bari digugur gelaran profesor

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.


''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

- Utusex


Jangan Terlalu Percaya Pengakuan ShamsulIbrahim

Posted: 30 Jan 2012 06:15 AM PST

Mungkin kebanyakan kita sudah membaca pendedahan dibuat oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin kononnya seorang ahli perniagaan bernama ShamsulIbrahim Ismail diarah oleh pegawai NFC agar merasuah polis untuk menutup siasatan ke atas projek lembu gemuk (NFC) yang dikatakan bermasalah itu.

Menurut Zuraidah beliau difahamkan ada pegawai NFC menghantar permintaan itu kepada ShamsulIbrahim menerusi sms.

ShamsulIbrahim membuat laporan polis pada 27 Januari lalu.


Mesej yang hendak disampaikan oleh Zuraidah mengenai kenyataan dakwaan ShamsulIbrahim itu bahawa satu lagi bukti menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam projek lembu gemuk berkenaan. Kali ini kononnya NFC cuba meminta jasa baik polis agar tidak menyiasat dengan memberi rasuah menerusi ShamsulIbrahim.

Mungkin sekali dengar pendedahan Zuraidah itu ia semacam memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat atau menambahkan bukti dakwaan Zuraidah dan Rafizi tentang penyelewengan dalam NFC yang didedahkan baru-baru ini sehingga menggoncangkan politik Sharizat Abdul Jalil.

Pendedahan dibuat Zuraidah itu diharap menjadi tekanan kepada Sharizat Jalil dan juga Umno.
Itulah yang mungkin dilihat oleh semua orang dengan pendedahan itu, dan mungkin itulah juga tujuan Zuraidah membuat sidang akhbar khas mendedahkan perkara itu.

Mungkin pandangan saya tentang itu salah. Saya tidak melihat seperti mana kebanyakan tenguk itu. Saya melihat dengan rasa dan suasana berlainan dengan umum terhadap pengakuan ShamsulIbrahim itu yang kononnya beliau ditekan atau disuruh merasuah polis.

Menjadi pertanyaan saya kenapa ShamsulIbrahim baru hendak buat pendedahan itu? Kenapa tidak sebelum beliau ditangkap dan disiasat polis?

Dalam melihat hal-hal sebegini saya suka merujuk kepada beberapa kejadian sebelum ini, mengenai pengakuan individu yang mulanya dilihat memberi kelebihan dan membantu pihak Pakatan Rakyat untuk membenteras penyelewengan tetapi akhirnya berkesudahan memberi kesan sebaliknya.

Satu masa dulu Nallakarupan telah membuat kenyataan lunak menceritakan bahawa Anwar tidak seperti mana yang dituduh oleh pihak UBN. Ketika itu orang mengangkat Nallakarupan sebagai hero dari kalangan India untuk Pakatan Rakyat. Tetapi apa kesudahan dengan orang India ini?
Semua sudah maklum dia dilantik menjadi senator kini menjadi salah seorang pengodam Anwar yang aktif.

Begitu juga dengan king bloger Raja Petra Kamarudin. Satu ketika dia membuat akuan bersumpah berhubung ada maklumat kononnya Rosmah binti Mansor terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Beliau bergagah mempertahankannya. Tetapi apa kesudahannya, dia memulang balik maklumat itu kepada orang yang memberi tahunya. Dia sedikitpun tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan.

Walhasil pegawai aksar yang didakwa memberi maklumat itu disiasat dan dikenakan tindakan. Raja Petra pula berlalu dengan lenggang punggung dan kes itu menyebabkan beliau dituduh memfitnah Rosmah. Bila beliau tidak sedia hadir di mahkamah menyebabkan persepsi umum bahawa Raja Petra dan pegawai askar berkenaan berbohong.

Tidak cukup itu ada lagi satu kes yang hampir sama. Seorang penyiasat persendirian berbangsa India bernama Bala telah membuat pengakuan panjang lebar berhubung dengan kes Altantuya juga. Tetapi apa jadi kesudahannya, Bala berdolak dalih dengan pernyataan itu. Apa yang dibuat - pengakuan itu tidak menjadi satu bukti kejap dan pengakuan itu tidak sedikit membantu untuk mensabitkan Rosmah dalam kes Altantuya.

Begitu juga ShamsulIbrahim ini saya lihat senarionya sama saja dengan Nallakarupan, Raja Petra dan Bala itu. Ia tidak boleh diharap untuk menjadi pemberi bukti kukuh terhadap kes projek lembu gemuk itu. Laporan beliau terhadap polis tidak boleh dipercayai. Ada kemungkinan beliau sengaja berbuat begitu untuk membolehkan beliau dituduh di mahkamah oleh pihak NFC sebagai memfitnahnya.

Apabila bicara diadakan nanti sekiranya mahkamah memutuskan dakwaan itu palsu secara automatik ia akan menjelaskan bahawa NFC tidak ada apa-apa kesalahan dan penyelewengan berlaku. Bahawa keributan dalam NFC itu hanya angkara ShamsulIbrahim semata-mata.

Pada saya Zuraidah sepatutnya tidak perlu ghairah menerima bukti-bukti yang dikemukakan oleh ShamsulIbrahim itu. Kalau Zuraidah tidak menampilkan pengakuan itu, persepsi terhadap NFC oleh umum sudah pun mencukupi. Tetapi kalau berlaku seperti saya ramalkan itu, ShamsulIbrahim menafi balik dan sebaliknya memusingkan mukanya menghentam Zuraidah dan PKR, tidakkah ia satu kes aniaya. Akan berlaku istidraj sekali lagi.

Ketika itu Zuraidah atau Rafizi tidak ada kekuatan lagi untuk menghalang bingkasan balik si ShamsulIbrahimn itu. Pendedahan dan bukti yang dikemukakan sebelum ini mengenai NFC dan juga keborosan keluarga Sharizat juga akan menjadi lemah. Maka wajar kalau Zuraidah tidak cepat melatah dan ghairah untuk melanyak NFC dan juga Shahrizat Abdul Jalil dengan mengemukakan saksi-saksi sokongan yang tidak dikenali sejauh mana integritinya. [wm.kl.8:45 p.m 30/01/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/susupan-malam_30.html


Israel: Penjelasan Anwar

Posted: 30 Jan 2012 04:39 AM PST

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:


"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.[HD]



Kenapa pegawai NFC tidak dibawa ke muka pengadilan, soal pemimpin PKR

Posted: 30 Jan 2012 04:07 AM PST

PETALING JAYA, 30 Jan — Naib Presiden PKR, N.Surendran hari ini menuntut penjelasan pihak polis yang dilihat tidak mengambil tindakan terhadap seorang pegawai tinggi Pusat Fidlot Nasional (NFC) walaupun pihak berkuasa berkenaan telah mempunyai bukti pegawai tersebut telah mengarahkan ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail merasuah pihak polis.

N.Surendran menegaskan, pihaknya yakin bukti tersebut berada dalam tangan pihak polis berikutan salah satu telefon bimbit yang dirampas mereka daripada Shamsulbahrin mengandungi bukti Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengarahkan Shamsulbahrin merasuah polis oleh pegawai tersebut.

"Kami menuntut pihak polis mengemukakan penjelasan mengapa masih lagi membiarkan pesalah ini bebas, sedangkan mereka sudah mempunyai bukti di atas dakwaan cubaan merasuah pihak polis.


"Tindak tanduk agensi penguatkuasa sendiri dilihat berperanan cuba untuk menutup kes dan menjadikan Datuk Shamsubahrin (gambar) sebagai kambing hitam," tegasnya.

Sehubungan itu, N Surendran yang juga hadir dalam sidang media di Pejabat PKR bersama-sama Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memohon penjelasan daripada pihak berkuasa berkenaan berhubung perkara itu.

"Saya ingin minta penjelasan daripada pihak berkuasa, sekiranya SMS itu mengandungi maklumat yang betul, apa tindakan yang dibuat?," soalnya.

Gesaan sama turut dibuat oleh Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa yang turut hadir dalam sidang media tersebut.

"Apakah tindakan yang akan diambil pihak berkuasa kerana ada dakwaan yang serius dalam dokumen ini, pihak berkuasa sudah ada maklumat, tapi mereka bawa dakwaan palsu dan tidak berasas terhadap Datuk Shamsubahrin.

Jelasnya, dakwaan yang dikenakan ke atas Shamsulbahrin tuduhan menipu adalah tuduhan yang amat jahat.

Selain itu, beliau juga menuntut Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak, dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat penjelasan yang mengatakan tidak terdapat sebarang isu terhadap skandal NFC.

"Kami mahukan penjelasan perdana menteri dan timbalannya yang menyatakan tiada isu terhadap NFC ini, kami sudah melihat kandungan SMS tersebut, malah telefon Shamsulbahrin masih lagi berada dalam tangan pihak berkuasa," tegasnya.

Menurutnya lagi, pihaknya juga melihat perkara itu sebagai penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa terhadap Shamsulbahrin.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenapa-pegawai-nfc-tidak-dibawa-ke-muka-pengadilan-soal-pemimpin-pkr/



Bagaimana Umno memerangkap Dr Hasan Ali

Posted: 30 Jan 2012 03:47 AM PST

1. Bahang pemecatan Datuk Dr Hasan Ali selaku ahli PAS serta Exco Selangor masih hangat diperbincangkan. Beliau kini sedang giat mengadakan roadshow untuk meraih sokongan di samping usaha mewujudkan front baru yang kononnya mewakili kuasa ketiga.

2. Ramai tidak sedar bahawa Dr Hasan Ali adalah lambang kejayaan Umno dan konco-konco mereka dalam menjalankan perang saraf secara kemas dan tersusun.

3. Apabila Umno/BN tewas di Selangor dan empat negeri yang lain, Umno terutamanya kumpulan gerak saraf mereka mensasarkan Perak dan Selangor untuk dirampas secara undemocratic. Kelantan dan Pulau Pinang agak mustahil bagi mereka memandangkan penguasaan mutlak parti PAS dan DAP. Manakala Kedah agak sukar memandangkan undi PAS melebihi undi Umno di samping dominasi kuat Dato' Seri Azizan Abdul Razak dalam mentadbir negeri dan menguruskan pakatan tiga parti.


4. Perak telah berjaya dirampas melalui pembelotan 2 wakil PKR dan seorang wakil DAP. Saya difahamkan 2 wakil PKR tersebut diperangkap dengan tuduhan rasuah manakala wakil DAP dilaga-lagakan dengan DAP Negeri akibat beberapa perbezaan pendapat sebelum ini.

5. Di Selangor pula, usaha dimulakan seawal Mac 2008 dengan percubaan menarik wakil rakyat PAS untuk bergabung dengan Umno kononnya atas dasar perpaduan Melayu. Pertemuan secara sulit diadakan namun digagalkan oleh kritikan keras Mursyidul Am dan usaha kumpulan 'Erdogan' dalam parti.

6. Pakatan Rakyat menguasai 36 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. PKR menguasai 14, DAP 13 manakala PAS 8. Manakala Umno/BN menguasai 20 buah kerusi.

7. Umno/BN memerlukan tambahan 9 kerusi untuk merampas kerajaan. Selepas hampir dua tahun berusaha, kejayaan pertama mereka hanya kunjung tiba apabila ADUN PKR Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR pada 30 Oktober 2009 dan kemudiannya menyertai Umno pada April 2010. Umno bijak menggunakan kelemahan ADUN PKR yang tidak berkualiti untuk diperangkap menyertainya.

8. Kemasukan seorang ADUN belum cukup untuk menumbangkan Pakatan Rakyat di Selangor namun masa yang terlalu suntuk hampir memustahilkan usaha untuk menarik baki 8 ADUN PR menyeberang ke BN. Oleh kerana itu, plan B digunakan iatu sedaya-upaya melamahkan PR agar dalam PRU ke-13 PR gagal membentuk kerajaan di Selangor.

9. Berbalik pada kes Dr Hasan Ali. Usaha memujuk beliau menyertai Umno atau bergabung dengan Umno telah dibuat lama namun gagal. Dr Hasan Ali bukan sembarangan tokoh. Beliau tidak boleh dibeli dengan wang. Kelemahan DHA adalah mudah termakan pujian.

10. Strategi Umno memerangkap DHA amat halus dan tersusun. Beliau dirapati oleh figure-figure Umno yang berlagak lunak dengan perjuangan Islam. Figure-figure ini memakai pelbagai 'baju' bukan hanya baju ahli politik. Saban hari DHA akan dihasut, dipuji kononnya perjuangannya membela Islam disokong, dijanjikan sokongan tidak berbelah bahagi. Setelah sekian lama, DHA merasa betapa sokongan terhadap beliau begitu kuat sedangkan ia hanya propaganda licik pihak lawan untuk memusnahkannya.

11. Sebagai Exco Agama, DHA bertanggungjawab terhadap beberapa agensi kerajaan negeri khususnya JAIS. Malangnya, banyak tindakan yang dilakukan oleh JAIS adalah bertujuan memerangkap beliau.

12. Dalam isu tangkapan Dr Asri Zainul Abidin, Pengarah JAIS ketika itu sendiri mengesahkan bahawa JAIS tidak ikut prosedur dalam melakukan penangkapan. Perkara ini didedahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Selangor yang dipengerusikan oleh DHA sendiri. Dan dalam mesyuarat tersebut DHA terpinga-pinga tidak tahu secara terperinci perkara tersebut sedangkan beliau adalah Exco Agama. Sebab itulah, kes penangkapan Dr MAZA kini senyap tanpa sebarang berita.

13. Begitu juga dengan kes serbuan JAIS ke DUMC berkenaan isu Murtad. Serbuan dibuat bukan sangat untuk mempertahankan kesucian aqidah Islam sebaliknya untuk melaga-lagakan DHA dengan komuniti bukan Islam yang didokong kuat oleh PKR dan DAP. Malangnya, taktik jahat ini gagal dibaca oleh DHA menyebabkan beliau bermati-matian memepertahankan tindakan JAIS tersebut.

14. 8 Januari yang lepas adalah kemuncak kesabaran PAS dalam menghadapi ketidak-cerdikan DHA menanggapi isu politik di sekelilingnya.

15. Pemecatan DHA adalah keputusan PAS yang tepat walaupun sedikit terlewat.

16. Tetapi PAS harus sentiasa berjaga-jaga, kalau insan 'cerdik' seperti Dr Hasan Ali pun boleh diperangkap maka bagaimana nasib dengan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli yang lain.

17. Perang saraf masih berjalan sebagaimana dirancang. Siapa mangsa seterusnya?

http://hasbiemuda.wordpress.com/2012/01/30/bagaimana-umno-memerangkap-dr-hasan-ali/


Subsidi Gula - Rakyat Kena Tipu Hidup-Hidup

Posted: 30 Jan 2012 01:22 AM PST

Harga gula dunia menurun, tapi subsidi gula di malaysia meningkat?

Sila rujuk berita di bawah neh terlebih dahulu. Berita di petik dari utusan malaysia yang pongpang pasal subsidi gula meningkat sebab kerajaan tidak bercadang nak menaikkan harga gula. Ayat yang digunakan benar2 mengelikan ahti dan minda aku.

Muahahah..



Nak baca? Yang buat aku rasa kelakar sebab dia cakap peningkatan subsidi gula adalah untuk kurangkan beban rakyat. Bagi aku, kalau benda neh betul, aku no hal. Sama sekali tak kesah. Siyes. Tapi masalahnya benda neh mengelirukan.

Aku sebenarnya tak pernah percaya ada subsidi untuk gula. Bagi aku subsidi yang dimaksudkan disini ialah ;

kerajaan nak jual harga lebih mahal dari harga yang sedia ada, bila tak dapat jual dengan harga tersebut, maka dia anggap itu ialah subsidi. Contoh ; harga gula rm.2.30. Kerajaan planning nak jual rm4. Tapi hanya dapat jual dengan rm2.30 je, jadi rm4- rm2.30 = lebihan neh di anggap sebagai subsidi. Aku menganggap macam neh. Teori aku larh. Jangan korang percaya pula. Ini ialah anggapan aku dari dulu lagi bila bab2 susbsidi neh.

Tapi yang aku nak ulas neh bukan bab teori meori subsidi neh. Sebaliknya isu harga gula mengikut pasaran dunia. Pasal apa nak pongpang gula ikut pasaran dunia? Mudah, sebab si ismail sabri yang pongpang dulu dalam artikel di atas neh. Lihat bawah sat ;



Nampak apa yang aku nampak? Si ismail cakap harga gula di pasaran dunia telah meningkat. Walaupun aku tak faham apa kaitan nya dengan kita tapi aku nak bagi korang bukti bahawa harga gula mengikut pasaran dunia telah menurun. [info dari berita semasa]

Benda kat atas neh aku dah convert kepada matawang ringgit malaysia. Lihat sini. Aku tak faham bagaimana tapi aku percaya index neh menjadi pengukur kepada harga gula sedunia. So sekarang neh soalan aku pada ismail ialah ;

1. Di dunia manakah, harga pasaran gula telah meningkat?

2. Adakah malaysia membeli gula 100% daripada luar?

3. Berapa banyak jumlah penggunaan gula di malaysia berbanding jumlah import dan jumlah penghasilan gula dalam negara? Yelah, kalau pengeluaran gula dalam negara tidak berjaya dipenuhi, itu bermaksud pengeluaran kurang berbanding penawaran, itu sebabnya ada import mengimport neh kan?

4. Ada tak gula2 yang dihasilkan dalam negara dijual kepada negara luar berbanding mengutamakan keperluan rakyat sendiri, itu sebabnya malaysia terpaksa import dan naikkan harga gula sekaligus menyusahkan rakyat malaysia. Ada tak?

5. Apa yang berlaku ketika harga gula di pasaran dunia menurun, namun kerajaan masih mengekalkan harga gula mengikut harga yang telah dinaikkan? Maksud aku disini ialah dari segi wang. Jika ada lebihan kos, apa yang kerajaan buat? Pasti dan sahihkah pengimportan gula neh melibatkan susbsidi bila harga gula dunia menurun?

6. Untuk setiap [tatau tong ka, kampit ka, kilogram ka apa ka] gula yang di import dengan nilai rm74 paling rendah, dan rm88 paling mahal, berapa banyak paket2 kecil gula dihasilkan? Ini perlu supaya kita tahu relevant ka tak relevant harga gula semakin lama semakin meningkat neh.

Di malaysia neh, kita ada 3 kilang gula sendiri. Dan ia dimiliki oleh kerajaan. Ke, dah tukar?

Muahahaha..

Lagi satu, yang aku nak tanya si ismail neh. Sejak bila gula yang aku beli di malaysia neh lebih murah berbanding rakyat bangladesh, indonesia, thailand dan geng2 PATI di malaysia neh? Sejak bila?

Dan apa point kerajaan buat kerja mengarut kat bawah neh?



1malaysia? 1gula? 1mengarut? 1bahlol?

Buang duit je cop2 benda mengarut bagai neh. Instead dok pongpang2 menyemakkan otak rakyat mengenai kerajaan bagi subsidi itu, subsidi ini, subsidi seme benda baik ko tunjukkan kepada aku apa hujahnya subsidi yang ko salurkan itu wujud dan relevant. Bai.

Ameno : Asyik kantoi je...

Sumber - amenoworld



Tiada ulasan: