Isnin, 30 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Shamsubahrin: Ketua NFC paksa saya 'rasuah' polis

Posted: 30 Jan 2012 01:05 AM PST

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.


Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."


http://malaysiakini.com/news/187815


Peguam Anwar tak puas hati, keluar mahkamah syariah

Posted: 29 Jan 2012 08:07 PM PST

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

NONEPeguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman (kiri) berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.


Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.


Umno Selangor Bikin Wayang..

Posted: 29 Jan 2012 08:05 PM PST

PETALING JAYA, 30 JAN : Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini mengadakan mogok lapar sebagai bantahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.

Mogok lapar yang bermula seawal 9.00 pagi itu disertai lebih 100 orang bagi mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.

Difahamkan, Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah sebelum ini berjanji kepada setiap keluarga untuk mendapatkan mereka rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.


"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.

"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan di sini.

Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.

Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Balan berkata pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran 'polisterin' untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah.

"Halangan terbabit menyebabkan sesetengah daripada kami berhenti membayar balik pinjaman menyebabkan kami disenarai hitam oleh bank," katanya menambah mereka telah membuat laporan polis terhadap pemaju dan juga Anggota Parlimen Subang, namun tidak ada tindakan diambil.

Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.

"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-Antarapos.com


Video Seks Anwar Terbaru - Fitnah Yang Kantoi..

Posted: 29 Jan 2012 04:43 AM PST


Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia yang juga Lidah Rasmi UMNO jumaat lalu salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

''Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.


''Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,'' katanya lagi.

Mungkin kerana terlalu terdesak untuk memalukan DS Anwar Ibrahim, Video Seks Terbaru yang kononnya bakal didedahkan oleh Trio 'Datuk T' berlaku kesilapan lagi..

Shuib Lazim, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Dan seperti biasa dan bagai dijangka penyiar rasmi Video Lucah keluaran 'Datuk T' itu iaitu Papagomo kemudiannya menyambung pendedahan mereka itu dengan menyiarkan satu artikel dengan tajuk Video Siam Doll Ni Ke Yang Dato Shuib Cakap?

Dalam artkel itu disiarkannya introduction video yang kononnya "lebih dahsyat" dari video yang telah disiarkannya dulu dimana ada pihak yang mendakwa dalam video ini lelaki yang di tuduh sebagai Anwar itu bersama dengan dua orang mak nyah dari Thailand.





Menurut rakaman video terbitan 'Datuk T',Anwar dikatakan tiba di Bangkok pada jam 4.20 Petang pada 12 Januari 2011..

Rakaman CCTV atau Hidden Cam telah merakamkan kelibat seorang lelaki yang dituduh sebagai Anwar Ibrahim berada dalam sebuah bilik hotel pada 13 Jan. 2011, perhatikan masa pada printscreen di bawah..


Dari time stamp yang terpapar pada video tersebut, lelaki yang dituduh sebagai Anwar itu telah berkurung di dalam bilik hotel tersebut telah berada dalam bilik tersebut hingga ke jam 8:30


Itu fitnah mereka.. dimanakah sebenarnya Anwar berada pada tarikh 13 Jan. 2011 itu..

Laporan dari Harakahdaily bertarikh 13 Jan 2011 (lihat printscreen di bawah), melaporkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.

Menurut wartawan yang melaporkan berita itu Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS dekat sini.. dekat sini maknanya Kuala Lumpurlah.. takkan Bangkok kot..



Apa silap lagi ni??

Cadangan aku buat 'Datuk T' atau penyiar rasmi Video Seks keluarannya itu.. korang remove atau tukar date tu dulu sebelum edarkan..

Lagi satu.. kalau boleh lain kali keluarkanlah video color pulak, kalau boleh HDMI.. contohnya maca di bawah ni..


Lagi video sila lihat di SINI

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/video-seks-baru-dimana-anwar-pada-12.html


Cara berfikir Umno amat purba

Posted: 29 Jan 2012 03:58 AM PST

PETALING JAYA: Cara berfikir pemimpin-pemimpin Umno amat purba kerana mereka gentar untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat, demikian ditegaskan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Jelas, Umno belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat. Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.

"Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka," katanya dalam satu kenyataan media.


Beliau mengulas perkara ini berhubung sikap Perdana Menteri dan juga Presiden Umno-Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkali-kali enggan menyahut cabaran Ketua Pembangkang dan juga pemimpin Pakatan Rakyat untuk berdebat.

Anwar secara terbuka mengajak Najib berdebat mengenai beberapa isu kritikal semasa – politik, ekonomi dan kebajikan rakyat - yang sedang hangat diperkatakan kini.

Dr Manuty berkata, alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan. Sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya Umno untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat.

Debat – amalan tradisi pemimpin

Sesungguhnya kata beliau, PKR ingin menegaskan pendirian bahawa debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan silam bagi semua tamadun. Di dalam Al Quran sendiri Allah SWT menjelaskan:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (An-Nahl: 125).

Beliau menegaskan pada hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam. Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan "insight" baru dapat dicernakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting katanya, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan. Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.

"Kita pun merasa aneh mengapa pula Najib tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana.

"Beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat jika diperlukan.

"PKR merasa kesal akan betapa hina dan rendahnya pandangan Umno-BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini," tegas beliau.


Tiada ulasan: