Sabtu, 28 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Akhirnya Hasan Ali Terperangkap Dengan Kebodohan Sendiri

Posted: 27 Jan 2012 10:21 PM PST




Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau tidak sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.

Kerja sapa ini?

Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.

Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.

Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulsan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13.

http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2012/01/ust-nasa-buat-laporan-polismanakala.html


Hasan Ali Memperalatkan Nasharuddin Mat Isa

Posted: 27 Jan 2012 05:41 PM PST

Dimaklumkan terdapat beberapa poster ceramah yang melibatkan individu-individu yang tersingkir dari PAS tersebar di sekitar Bandar Baru Bangi. Poster ceramah "Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr. Hassan Ali" itu turut memaparkan wajah bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin walaupun tidak dinyatakan beliau sebagai salah seorang penceramah. Menurut beberapa media memaklumkan Ustaz Nasharuddin telahpun membuat laporan polis terhadap poster penipuan dan fitnah terhadap beliau.

Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Abdullah Zaik dan Ustaz Hassan Basri.


Yang menghairankan orang ramai kenapa gambar Ustaz Nasharuddin terpapar di banner tersebut sedangkan nama Ustaz Nasharuddin tiada di senarai penceramah yang dijemput. Adakah ini taktik untuk mengaburi mata masyarakat umum untuk menjual nama Ustaz Nasharuddin.

Di fahamkan program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat. Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan polis sebentar tadi.

Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Siapakah individu yang terlibat disebalik perancangan licik ini? Setakat ini Ustaz Nasharuddin jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS.


Kerana Sebuah Kereta Hasan Ali Maki Hamun Pegawai JKR

Posted: 27 Jan 2012 04:36 PM PST

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor

ini gambaq hiasan sahaja.. no. plat yg tertera bukan no. idaman DHA

Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam:

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000.


Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000.

Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka.

oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

http://www.kedahlanie.info/2012/01/laaa-meroyan-plat-no-toyota-camry.html




Najib Tak Tahu Menahu Tentang Video Seks Baru

Posted: 27 Jan 2012 04:23 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.


"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

http://www.malaysiakini.com/news/187642



Jangan Layan Hasan Ali.. Dia Sudah Jadi Sampah..

Posted: 27 Jan 2012 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.

"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.


"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu.

Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu.

Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan.

"Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.

Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.

"Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya.


Tiada ulasan: