Rabu, 25 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Akhirnya Shahrizat & Keluarga 'Selamat'... Takziah Buat Seluruh Rakyat Malaysia..

Posted: 25 Jan 2012 01:29 AM PST

Ambrin: Audit sahkan wujud kelemahan laksana NFC

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini menjelaskan bahawa badan itu tidak pernah menyatakan mengenai "penyelewengan" ataupun "kucar-kacir" dalam laporannya ke atas projek National Feedlot Centre (NFC).

Katanya, Jabatan Audit Negara tidak sepatutnya bertanggungjawab ke atas istilah berkenaan, yang digunakan dalam laporan media berhubung kontroversi kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek tersebut memandangkan kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan pada Mei 2009, sebelum audit dijalankan.


Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata badan itu juga menyerahkan kepada polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya terdapat unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek tersebut.

Ambrin juga berkata, audit yang dijalankan itu juga memfokuskan ke atas projek NFC dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Berikut ialah kenyataan penuh daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang:

Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:

Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:

i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.


ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawaipegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.

Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.

Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?.

Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.

JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

PAC Sudah Jadi Lembu NFC

Posted: 24 Jan 2012 09:55 PM PST

Isu NFC: Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAhli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan
menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.


Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.

"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.

"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."



Ibrahim Ali, politikus tua lagi kotor yang dah nak mampos..

Posted: 24 Jan 2012 08:02 PM PST

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas Dato' Ibrahim Ali mencampuri urusan pentadbiran Selangor dalam isu pelantikan Exco kerajaan negeri yang baru dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam menunjukkan beliau kehabisan modal.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, tindakan Ibrahim yang juga Presiden Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) itu untuk membuktikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair walaupun sudah tua lagi kotor.

"Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS," kata beliau dalam satu kenyataan media.


Faekah menegaskan "siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008.

"Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliiti," katanya.

Ujar beliau, "kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato' Dr Hasan Ali.

Hina Sultan Selangor

"Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan (Menteri Besar) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

"Keputusan Abdul Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di

Selangor mengamalkan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam," katanya.

Menurut Faekah, tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Abdul Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan.

"Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam

Selangor (Jais) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku," jelas beliau.

"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan," tambah beliau.

Khianati PAS

Katanya, pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati

PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

"Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt.

"Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini.

"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya lagi.

Faekah menerangkan bahawa Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.

"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," tegas beliau.


Siapa Tunggang Siapa?

Posted: 24 Jan 2012 06:31 PM PST

Sokongan Cina kepada DAP akan beri PAS kuasa, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia, mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada "DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa."

"PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

"Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah," kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider dalam temubual ekslusif minggu lalu.


Chua menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat," katanya.

Dr Chua mengingatkan PAS "hari kemenangan" akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli, menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu.

Bekas menteri kesihatan ini berkata PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia telah menghadapi masalah dalaman iaitu "pembelot" dari pemimpin penting mereka.

"PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya, satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah.

"Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR," kata Dr Chua.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, berjaya menawan lima negeri dan memperoleh 83 kerusi Parlimen bersama Pakatan Rakyat.

Namun PKR berdepan dengan satu persatu "pembelot" dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008.

Kemudian PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil sebelum enam ahli Parlimen mereka berindak keluar parti dan kini menyebabkan DAP mempunyai jumlah yang paling besar di Parlimen dengan 28 orang.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan meletakkan 40 peratus calon baru dengan membariskan profesional dan aktivis.


Baharom Samseng Jalan Kebun Sudah Ditangkap Polis?

Posted: 24 Jan 2012 05:05 PM PST

Satu ditahan berhubung serangan ceramah ABU

SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.

Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.


"Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir," katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.

- sinarharian


Tiada Sebab Pemimpin BN Takut Isytihar Harta

Posted: 24 Jan 2012 04:33 PM PST

Isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sogokan merupakan amalan yang telah lama di lakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN. Apakah kebimbangan dan ketakutan pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk mengistiharkan harta mereka

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet dan keluarga wajib diisytihar kepada umum. Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu 'mengundang bahaya'.

Saifuddin ketika dihubungi TV Selangor menyifatkan kenyataan Nazri itu adalah alasan paling lemah dan memberi gambaran bahawa beliau cuba menyembunyikan sesuatu selain mahu melindungi Menteri Kabinet yang menikmati kemewahan di luar kemampuan.


Beliau berkata, tujuan barisan menteri yang dikehendaki mengisytiharkan harta adalah bagi memastikan bahawa tidak berlaku amalan penyalahgunaan kedudukan untuk membina kejayaan sepanjang menjadi penjawat awam.

"Salah satu cara untuk membuktikannya adalah dengan membandingkan harta yang dimiliki seseorang (pemimpin) itu sebelum dan selepas memegang jawatan.

"Sekiranya didapati pertambahan harta bagi seseorang menteri itu berlaku selepas mereka memegang jawatan, maka rakyat bolehlah membuat satu kesimpulan bahawa kekayaan itu barangkali dimiliki melalui penyalahgunaan kuasa dan kedudukan. Itu sebenarnya tujuan yang paling mudah untuk meminta seseorang menteri mengisytiharkan harta," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, sekiranya seseorang pemimpin itu tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan, maka mereka tidak perlu mengadakan alasan yang dianggap cuba memperbodohkan tahap pengetahuan rakyat.

Beliau turut berpendapat, pengisytiharan harta ini boleh meningkatkan kewibawaan seseorang menteri selain berupaya menyelematkan kedudukan mereka kerana rakyat dapat melihat ketelusan dalam urusan pentadbiran.

Tambahnya, amalan yang mengatakan bahawa memadai harta seseorang menteri itu disiytiharkan kepada Perdana Menteri sahaja juga tidak boleh diterima.

Sebaliknya, pengisytiharan harta itu perlu dilakukan di mana-mana institusi yang mempunyai kewibawaan sama ada institusi audit profesional atau institusi dalam negara.

"Perkara itu mestilah disepakati dan diterima ramai sama ada kepada institusi audit bertauliah seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang di mana ketua menteri dan exco mengisytiharkan harta dan disemak oleh juru audit serta dijadikan sebagai maklumat awam yang membolehkan rakyat menyemak kedudukan harta pemimpin.

Walaupun ada pihak yang mempertikaikan kewibawaan institusi ini, namun ianya jauh lebih baik daripada diisytiharkan kepada perdana menteri sahaja. Jadi, isu kepada siapa kedudukan harta itu diisytihar juga mestilah diteliti," tegasnya.

Dalam pada itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpendirian yang sama dengan Nazri berhubung isu pengistiharan harta tersebut.

Isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sogokan merupakan amalan yang telah lama di lakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Apakah kebimbangan dan ketakutan pemimpin-pemimpin tersebut mengistiharkan harta mereka bertujuan untuk melindungi sumber harta kekayaan mereka dari pengetahuan rakyat.?


150 Ahli Umno Keluar Sertai PKR

Posted: 24 Jan 2012 06:14 AM PST

BERITA terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah.

Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah.


Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak.

Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib yang menguasai kerajaan persekutuan.

Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal.

Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang.

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan.

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=10076:150-orang-keluar-umno-di-sabah&catid=37:politik&Itemid=41


Perkasa Pertikai 'Islam' Khalid Ibrahim

Posted: 24 Jan 2012 04:05 AM PST

Perkasa: Ancaman Kristianisasi lebih besar dengan MB Khalid sebagai exco Islam

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Perkasa hari ini memberi amaran cubaan golongan Kristian untuk memurtadkan masyarakat Islam di Selangor akan diperbeharui selepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih peranan mengurus hal ehlam negeri tersebut.

NGO Melayu tersebut mempersoalkan kelayakan agama Menteri Besar Selangor itu berbanding Datuk Hasan Ali yang baru-baru ini digugur dari majlis mesyuarat negeri.

"Akidah Islam, Muslim dalam bahaya di Selangor. Perkasa bimbang terdapatnya cubaan Kristianisasi yang lebih agresif, terutamanya dengan Khalid yang bertanggungjawab terhadap portfolio exco bagi hal ehwal Islam," jelas setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.


Beliau menggambarkan Hasan sebagai "pejuang Islam" yang tetap mempertahankan Islam dan memastikan masyarakat Islam yang murtad kembali ke pangkal jalan.

Hasan merupakan bekas pesuruhjaya PAS telah dikecam tahun lalu kerana mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah gereja atas dakwaan berlakunya cubaan memurtadkan masyarakat Islam.

Beberapa minggu sebelum Hasan digugurkan daripada majlis mesyuarat negeri awal bulan ini, beliau menyertai serbuan ke atas pub yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama.

Seperti mana Perkasa, Hasan kerap kali mengatakan terdapatnya cubaan Kristianisasi oleh kumpulan tertentu terhadap umat Islam di negara ini.

"Hasan merupakan exco yang tegas, beliau seorang yang berpegang kuat kepada agamanya ... Khalid pula, bagaimana beliau akan menjalankan tanggungjawabnya? Beliau juga merupakan Menteri Besar, dan juga kurang pengetahuan agama.

"Perkasa merasakan Islam di Selangor akan bertambah lemah sekiranya seseorang yang tidak layak mengetuai portfolio agama. Jika diperhatikan, exco yang memegang jawatan itu di setiap negeri mempunyai latar belakang agama yang kukuh," kata Syed Hassan.

Awal bulan ini, Hasan telah dipecat keanggotannya daripada PAS dan digugurkan daripada badan eksekutif Selangor kerana melanggar disiplin parti.

Beliau turut dikecam kerana mendesak penyokong pembangkang untuk menjauhi diri dari perhimpunan 9 Januari di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi keputusan dalam kes liwat di Mahkamah Tinggi di sini.

Portfolio hal ehwal Islam yang dipegang Hasan kemudiannya diambil alih Khalid yang turut melantik Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan kerusi Hasan.

Syed Hassan kembali mencabar Khalid, sepertimana Hasan, untuk mengetuai Solat Jumaat dan membaca khutbah.

"Dengan Khalid, maksiat akan meningkat di Selangor," Syed Hassan menambah, mengulangi kenyataan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata MB Khalid tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya berminat untuk memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaannya semata-mata demi pilihan raya dalam masa terdekat ini.


Jom Layan Klip Ni..

Posted: 24 Jan 2012 02:42 AM PST


Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000

Posted: 24 Jan 2012 02:30 AM PST

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.


Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

http://malaysiakini.com/news/187419


Tiada ulasan: