Jumaat, 13 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ibu Kugan saman RM100j terhadap Khalid Abu Bakar dan 4 lagi

Posted: 13 Jan 2012 01:03 AM PST

Ibu kepada seorang tahanan polis yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, A Kugan, hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan empat yang lain kerana didakwa gagal memastikan keselamatan anaknya semasa dalam tahanan, tiga tahun lepas.

Pentadbir estet N Indra turut menamakan Konstabel Polis V Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Indra memfailkan saman itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di ibunegara pada pukul 9 pagi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan telah gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati (Kugan) semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009 serta gagal untuk melaksanakan pengawasan dan pengawalan ke atas anggota polis.

Wanita berusia 44 tahun itu turut mendakwa defendan gagal menyediakan satu sistem yang selamat untuk menyoal dan mengendali suspek dalam polis tahanan serta gagal memastikan jagaan perubatan untuk anaknya.

Indra mendakwa para defendan juga cuba menyembunyikan sebab kematian sebenar anaknya dan/atau mengeluarkan kenyataan yang dikira membebaskan polis daripada tanggungjawab/liabiliti dengan pengetahuan sepenuhnya bahawa kematian itu adalah tidak disebabkan oleh mereka.

Wanita itu menuntut gantirugi RM100 juta, serta gantirugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Pada 28 Jan tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009.

http://www.malaysiakini.com/news/186539


Kalau Banyak Ini Harta Exco P. Pinang.. Harta Pemimpin BN Banyak Mana Pulak?

Posted: 12 Jan 2012 11:01 PM PST

GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus.

"Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

"Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang," katanya kepada media semalam.

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000.

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000.

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan.

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000.

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000.

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh.

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC.

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.


Pengganti Hasan Ali diumum rabu

Posted: 12 Jan 2012 10:49 PM PST

PETALING JAYA: Sultan Selangor akan mengumumkan pengganti Exco agama, adat istiadat Melayu dan infrastruktur Selangor, Datuk Hasan Ali pada 18 Januari.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, Shah Alam hari ini.

Katanya, Sultan telah bersetuju menggugurkan Dr Hasan kerana dia tidak lagi mewakili PAS.

"Pengganti beliau akan dilantik pada 18 Januari," kata Abdul Khalid.

Sultan Selangor Dah Tak Pandang Hasan Ali Lagi..

Posted: 12 Jan 2012 08:40 PM PST

Sultan perkenan gugur Hasan Ali

Sultan Selangor hari ini bersetuju untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.


"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

http://idhamlim.blogspot.com/2012/01/sultan-perkenan-gugur-hasan-ali.html


Nazri mengaku halang guna dakwat kekal pada 2008

Posted: 12 Jan 2012 08:36 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.


Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.

"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.

"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."

Bagaimanapun, tambahnya, selepas jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya membincangkannya, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan dan peguam negara berkata ia tidak menyalahi perlembagaan, tindakan itu akhirnya dilakukan.

"Jadi, itu sebabnya pada 2008 kita tidak buat," jelasnya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/186506


Kerajaan Perpaduan: Haji Hadi Perlu Jelaskan Dakwaan Alwi

Posted: 12 Jan 2012 07:34 PM PST


DATUK Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil menjelaskan kepada rakyat, benarkah beliau ada berjumpa dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 2008 untuk berbincang tentang pembentukan kerajaan perpaduan, seperti yang didakwa bekas Setiausaha Politik Abdulah, Datuk Md. Alwi Che Mat.

Benarkah perbincangan yang didakwa Alwi itu wujud?

Sepengetahuan penulis, isu kerajaan perpaduan ini dimulakan oleh UMNO, bukan PAS. UMNO yang dikhabarkan beria-ia ingin mengadakan kerjasama tersebut dengan PAS, tapi dibantah sebahagian besar pemimpin utama PAS termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Tidak tahu pula penulis sudah ada perbincangan antara 2 Presiden parti diadakan ke arah itu?

Pendedahan ini, jika benar, akan memalukan seluruh warga PAS yang selama ini percaya UMNO yang terhegeh-hegeh ingin bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan, bukan sebaliknya.

Penulis ingin ingatkan Haji Hadi, kesan kepada pendedahan ini amat besar walaupun isu ini telah agak lama berlalu. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, kesalahan ini amat besar, jauh lebih besar dari kesalahan yang membawa kepada pemecatan Hasan Ali dari PAS.

Kalau Hasan Ali diibaratkan membakar jambatan antara dirinya dan PAS, tindakan sedemikian (jika benar) oleh Haji Hadi, ibarat mahu membakar PAS itu sendiri!!

Seingat penulis, perbincangan sedemikian tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama, mahupun Muktamar Tahunan PAS sebagai antara 2 badan tertinggi selain Mursyidul Am. Persoalannya sekarang, siapa yang memberi kuasa kepada Haji Hadi untuk memulakan perbincangan tersebut?

Lebih penting, siapa lagi yang turut terlibat?

Seperti didakwa Alwi, perbincangan tersebut dijalankan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana. Tidak seperti kediaman biasa yang lain, sudah tentu ada rekod kemasukan yang boleh dirujuk untuk membuktikan pertemuan tersebut berlangsung atau tidaknya.



Ini yang penulis bimbangkan kerana dengan rekod itu, tidak mungkin Alwi berbohong sementara sukar juga untuk Haji Hadi mengelak dari mengakui perkara tersebut nanti.

Justeru, amat penting untuk Haji Hadi tampil dengan kisah sebenar kepada umum. Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera kerana sikap membisu akan hanya menimbulkan lebih banyak prasangka kepada kepimpinan Haji Hadi sebagai Presiden PAS.

Penulis tidak mahu membayangkan kesannya kepada kerjasama PAS dengan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat, lebih lagi dalam keadaan sekarang semua pihak bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa.

Penulis juga tidak malu mengakui, jauh di sudut hati, penulis benar-benar berharap perkara ini tidak berlaku atas apa alasan sekalipun.


Tidak layak guna wang zakat untuk kes qazaf

Posted: 12 Jan 2012 06:49 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Jan — PKR terus memberikan tekanan terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan menegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak layak menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guamannya dalam kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar), Jamil Khir dan dua Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dalam kes Anwar.

Dua pegawai MAIWP itu adalah setiausahanya Datuk Che Mat Che Ali yang juga Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.


"Alasan mereka bahawa wang zakat diwajarkan penggunaannya sebab mereka termasuk dalam Asnaf fisabillah, mereka tergolongan di kalangan yang mempertahankan kedaulatan institusi Islam. Apakah orang yang menggunakan kedudukan menghalang seorang yang difitnah membawa kes ke mahkamah syariah dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?

"Adakah orang yang menggunakan kedudukan mereka menyekat pendakwa syarie meneruskan dakwaan qazaf ke atas (Mohd) Saiful (Bukhari) (Azlan) yang membuat tuduhan tanpa menampilkan saksi boleh dianggap mempertahankan kedaulatan Islam," kata Saifuddin dalam satu kenyataan.

Malah kata Saifuddin, Ahli Parlimen Machang ini tindakan Jamil Khir yang menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu terus menimbulkan banyak persoalan ekoran bukti-bukti baru yang didedahkan parti itu.

"Apakah jika mereka menggunakan kedudukan untuk berbuat demikian maka mereka dibolehkan menggunakan wang zakat untuk membayar khidmat guaman mereka?

"Adalah jelas mereka bukan mendaulatkan Islam bahkan merekalah yang menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan," katanya.

Beliau menambah kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Che Mat bahawa wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan institusi Islam mengundang lebih banyak persoalan.

Semalam PKR membuat laporan polis berhubung perkara ini dan menamakan Jamil Khir, Che Mat dan Shamsuddin atas kesalahan penyalahgunaan wang zakat.

Saifuddin turut menyentuh tentang pelantikan peguam yang mewakili ketiga-tiga individu Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjadi ahli majlis MAIWP pada 25 Julai 2011.

Katanya, Jamil Khir perlu tambil memberi penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan parti itu menambah " berdiam diri bukanlah jalan terbaik."

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.

Bagaimanapun Jamil Khir menafikan perkara itu menegaskan beliau telah membayar kos guaman menggunakan geran kerajaan dan bukan wang zakat.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-tidak-layak-guna-wang-zakat-untuk-kes-qazaf/


Kapal TLDM Terbakar Lagi..

Posted: 12 Jan 2012 04:52 PM PST


Kapal TLDM KD Mutiara yang kini sedang menjalani Refit di MISC Johor dilaporkan terbakar ... hangus...

Sumber-sumber yang aku dapat dari perbualan rakan-rakan Facebook.... kita tunggu dari laporan ahkbar UMNO,, apakata Menteri Pertahanan Zahid Hamidi,,,



http://manjongmari.blogspot.com/2012/01/kapal-tldm-terbakar-lagi-kali-ini-kd.html


Pembangkang (BN) Puji Kerajaan Negeri Kedah

Posted: 12 Jan 2012 03:56 PM PST



Jamil Khir - Tak Kan Menteri Nak Tidoq Atas Kaki Lima Rumah..

Posted: 12 Jan 2012 06:48 AM PST

Dengar betul-betul ayat yang terpacul keluar dari mulut menteri yang jaga agama pada minit ke 6.34.. Di situlah bezanya darjat antara seorang menteri dengan rakyat biasa..


Hasan Ali semakin hampir menemui jalan mati

Posted: 12 Jan 2012 04:30 AM PST

Beliau kini berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak ada parti politik yang benar-benar berminat dengannya.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali terus menimbulkan tanda tanya di kalangan para penyokong PAS serta pemerhati politik tempatan.

Jika semalam bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak hadir dalam mesyuarat mingguan exco kerjaan negeri, hari ini beliau gagal muncul di majlis sidang media yang diatur di rumahnya.

Bekas naib presiden PAS itu dipecat dari parti Ahad lalu ekoran beberapa siri serangan terhadap PAS termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dr Hasan diberi masa selama 30 hari untuk merayu tetapi difahamkan beliau belum berbuat demikian.

Perkasa hulur tangan

Beliau kini berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak ada parti politik yang benar-benar berminat dengannya.

Hanya Perkasa yang menghulurkan tangan tetapi Dr Hasan sekadar mengucapkan terima kasih.

Timbul spekulasi bekas pensyarah UIA Dr Aziz Bari akan diletakkan bertanding di Gombak Setia dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman tidak menolak kemungkinan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengganggap ia hanya spekulasi.

"Saya pernah bertemu beliau tetapi tidak berbincang mengenai soal calon," katanya.


Inilah dia gaji anak beranak shahrizat dalam NFC.

Posted: 12 Jan 2012 02:23 AM PST

Pengerusi NFC = Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) = Gaji bulanan RM100,000


Pengarah Eksekutif NFC =Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun) = RM45,000


Ketua Pegawai Eksekutif NFC = Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) = RM35,000


Pengarah NFC = Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun) = RM35,000


Salah ka gaji depa neh weh? Tak salah. Kalau layak memang tak pernah salah. Ini satu benda yang bagos. Menjadi orang yang bergaji besar dan kayaraya. Orang melayu dan islam pula tue. Sudah semestinya sedikit sebanyak mereka akan membantu orang islam yang lain pula. Rasanya ramai orang2 yang kaya raya neh suka bantu orang. Dermawan.


Tapi masalahnya layak ke family shahrizat neh? Kalau shahrizat bukan menteri , tiada kaitan dengan politik rasanya ini bukan lah sesuatu yg besar. Gaji pengarah pkns pun kalah. Untuk rekod aku menentang gaji pengarah pkns yang sangat tinggi dan luar biasa mahalnya tue.

Tapi disebabkan shahrizat neh menteri, senator dan pemimpin wanita umno maka neh ialah satu keraguan yang munasabah. Kenapa orang macam dia neh, boleh dapat projek kerajaan walaupun guna nama laki dia? Point aku pasal nfc neh dah banyak kali ditulis so aku takmo ulang tulis. Search aje entry lama aku.

Memang sangat betul persepsi rakyat dari awal lagi projek neh memang bermasalah apabila laki dia yang dapat tender. Dan bertambah2 masalah bila ubah target asal. Dan menjadi lebih bermasalah bila sistem pentadbiran syarikat kucar kacir. Dan bagi melengkapkan masalah2 itu seme, perjalanan kewangan syarikat dan projek asal terabai.

Projek neh diklasifikasikan sebagai projek yang bermasalah dan masalah neh hanya berlaku bila projek neh dikendalikan oleh bn dan umno. Masalah seperti neh sangat jarang berlaku di bawah mahathir sebab sekalipun mahathir melantik kroni dia untuk uruskan projek dia akan pastikan kroni dia betul2 layak mengendalikan projek bukan asal bagi je macam paklah dan najib. Yang neh beza kroni mahathir dengan kroni paklah dan najib. Jengkel.


Dipetik dari : http://amenoworld.blogspot.com



Isu NFC: Shahrizat mohon cuti tiga minggu

Posted: 12 Jan 2012 02:02 AM PST

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shahrizat berkata beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.


Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.


Tiada ulasan: