Isnin, 30 Januari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Wanita Panik Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Superbike

Posted: 30 Jan 2012 02:00 PM PST



KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai 'Superbike' dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.


Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.


Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai 'Superbike' berkenaan.




"Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.


"Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu," katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.


Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.


Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.


Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.


Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.


“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.


“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.


Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.


Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.


Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.


Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.


Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.



Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN / NAIMAH SHAARI


Foto: YUMNI HARUN



mynewshub


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Trick lama UMNO... Orang kampung semua dah tau

Posted: 30 Jan 2012 04:00 AM PST



Oleh: Saiburi Sudin



Jangan alih fokus anda, bila puak-puak UMNO Kedah akan menjadikan bangunan pejabat insuran (Madrasah Salihiah) sebagai alat meraih sokongan rakyat.Jangan alih fokus anda bila timbul isu kononnya ada video sex terbaru Anwar di Siam.



Semua itu dikategorikan sebagai 'teori alihan' atau mat salleh kata devisionist theory.



Semua ni sekadar-sekadar satu permainan, 'power games' yang diajar oleh Yahudi APCO PADA ANAK BUAHNYA.



Biasalah, BN sekarang banyak problem dan ada isu dasar yang rakyat sedang perhatikan. Oleh itu nak mengelak rakyat dari terlalu tertumpu kepada isu utama yang sedang dihadapi BN sekarang ini maka terpaksa diwujudkan isu sampingan lain.



BN di Kedah kini dibebani dengan masalah kepimpinan yang teruk, nampak lemah tak bermaya apabila Datuk Mat Bashah pemimpin lama dan tiada kelulusan akademik dipaksa memimpin parti yang juga sudah tua dan lemah. Ketua pembangkang Datuk Mahdzir Khalid terbeban dengan pelbagai skandal kewangan semasa mentadbir dulu, sehingga setiap pendedahan yang dibuat oleh PAS tiada satu pun berjaya dijawab sebab semuanya benar belaka. Ketua Penerangan UMNO Datuk Jamil Khir pula terpaksa berhempas pulas menjawab isu penyelewengan duit zakat yang disapu untuk membiayai kes peribadinya di mahkamah. Semua ini memeningkan UMNO Kedah.



Maka isu pejabat insuran yang akan dirobohkan untuk dibina semua surau gergasi bernilai RM4.8 juta, di samping ganti wakaf RM1.48 juta pun digubah untuk menjadi isu besar yang bisa mengabui mata rakyat (pada anganan mereka). Mereka cuba hiasi dengan amalan yang nampak Islamic seperti solat, kenduri, baca Yasin, solat hajat, qiyamullail, perarakan maulidulrasul TETAPI INGAT!!!!...Allah SWT lebih tahu apa yang ada dalam hari perut hangpa. Elemen Islam dijadikan alat demi kepuasan nafsu serakah politik hangpa, politik UMNO yang berbinkan rasuah dan peghebiahan reta meredak rakyat untuk membina kekayaan peribadi.



Kesimpulannya itu TRICK LAMA UMNO/BN.. Rakyat dah cerdik.. Kami faham apa yang sebenarnya anda sedang lakukan.. Jangan sepanjang masa mahu membodohkan rakyat. Orang kampung semuanya dah tahu!!!



Anda tidak perlu jadi Professor Zainal Keling, Prof Mustafa Ishak atau berjawatan penasihat BBSMS seperti Prof. Dr. Sobri Sudin untuk memahami strategi 'bingai' sebegini.. Cukuplah Allah s.w.t dengan izin dan kekuasaanNya menunjukkan kebesaranNya dan cukuplah dengan akal kita untuk menilai baik dan buruknya..





kedahla


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Harga gula dunia menurun, tapi subsidi gula di malaysia meningkat?

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

Sila rujuk berita di bawah neh terlebih dahulu. Berita di petik dari utusan malaysia yang pongpang pasal subsidi gula meningkat sebab kerajaan tidak bercadang nak menaikkan harga gula. Ayat yang digunakan benar2 mengelikan ahti dan minda aku.




Muahahah..












Nak baca? Yang buat aku rasa kelakar sebab dia cakap peningkatan subsidi gula adalah untuk kurangkan beban rakyat. Bagi aku, kalau benda neh betul, aku no hal. Sama sekali tak kesah. Siyes. Tapi masalahnya benda neh mengelirukan. 





Aku sebenarnya tak pernah percaya ada subsidi untuk gula. Bagi aku subsidi yang dimaksudkan disini ialah ;





kerajaan nak jual harga lebih mahal dari harga yang sedia ada, bila tak dapat jual dengan harga tersebut, maka dia anggap itu ialah subsidi. Contoh ; harga gula rm.2.30. Kerajaan planning nak jual rm4. Tapi hanya dapat jual dengan rm2.30 je, jadi rm4- rm2.30 = lebihan neh di anggap sebagai subsidi. Aku menganggap macam neh. Teori aku larh. Jangan korang percaya pula. Ini ialah anggapan aku dari dulu lagi bila bab2 susbsidi neh. 





Tapi yang aku nak ulas neh bukan bab teori meori subsidi neh. Sebaliknya isu harga gula mengikut pasaran dunia. Pasal apa nak pongpang gula ikut pasaran dunia? Mudah, sebab si ismail sabri yang pongpang dulu dalam artikel di atas neh. Lihat bawah sat ;












Nampak apa yang aku nampak? Si ismail cakap harga gula di pasaran dunia telah meningkat. Walaupun aku tak faham apa kaitan nya dengan kita tapi aku nak bagi korang bukti bahawa harga gula mengikut pasaran dunia telah menurun. [info dari berita semasa]





Benda kat atas neh aku dah convert kepada matawang ringgit malaysia. Lihat sini. Aku tak faham bagaimana tapi aku percaya index neh menjadi pengukur kepada harga gula sedunia. So sekarang neh soalan aku pada ismail ialah ;





1. Di dunia manakah, harga pasaran gula telah meningkat?





2. Adakah malaysia membeli gula 100% daripada luar?





3. Berapa banyak jumlah penggunaan gula di malaysia berbanding jumlah import dan jumlah penghasilan gula dalam negara? Yelah, kalau pengeluaran gula dalam negara tidak berjaya dipenuhi, itu bermaksud pengeluaran kurang berbanding penawaran, itu sebabnya ada import mengimport neh kan?





4. Ada tak gula2 yang dihasilkan dalam negara dijual kepada negara luar berbanding mengutamakan keperluan rakyat sendiri, itu sebabnya malaysia terpaksa import dan naikkan harga gula sekaligus menyusahkan rakyat malaysia. Ada tak?





5. Apa yang berlaku ketika harga gula di pasaran dunia menurun, namun kerajaan masih mengekalkan harga gula mengikut harga yang telah dinaikkan? Maksud aku disini ialah dari segi wang. Jika ada lebihan kos, apa yang kerajaan buat? Pasti dan sahihkah pengimportan gula neh melibatkan susbsidi bila harga gula dunia menurun?





6. Untuk setiap [tatau tong ka, kampit ka, kilogram ka apa ka] gula yang di import dengan nilai rm74 paling rendah, dan rm88 paling mahal, berapa banyak paket2 kecil gula dihasilkan? Ini perlu supaya kita tahu relevant ka tak relevant harga gula semakin lama semakin meningkat neh.





Di malaysia neh, kita ada 3 kilang gula sendiri.  Dan ia dimiliki oleh kerajaan. Ke, dah tukar?





Muahahaha..





Lagi satu, yang aku nak tanya si ismail neh. Sejak bila gula yang aku beli di malaysia neh lebih murah berbanding rakyat bangladesh, indonesia, thailand dan geng2 PATI di malaysia neh? Sejak bila?




Dan apa point kerajaan buat kerja mengarut kat bawah neh?










1malaysia? 1gula? 1mengarut? 1bahlol?





Buang duit je cop2 benda mengarut bagai neh. Instead dok pongpang2 menyemakkan otak rakyat mengenai kerajaan bagi subsidi itu, subsidi ini, subsidi seme benda baik ko tunjukkan kepada aku apa hujahnya subsidi yang ko salurkan itu wujud dan relevant. Bai.





Ameno : Asyik kantoi je...


amenoworld



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Sudah Ada 3 Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Isteri Rakan

Posted: 29 Jan 2012 08:00 PM PST


RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.

Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.

Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.

Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.

Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.
"Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.

"Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.

"Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. -HM

duniacacamarba


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

RUPANYA BUNYI MESIN KELAPA SAWIT?

Posted: 29 Jan 2012 05:33 PM PST

Masih ingatkah kisah 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia.

Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat.Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka.Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut.Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka."

Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya," katanya.The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan.Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: