Ahad, 8 Januari 2012

Biaqpila

Biaqpila


Pesanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 08 Jan 2012 02:00 PM PST



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tanggal esok 9 Januari 2012 (hari ini), penghakiman kes Fitnah Liwat II akan termaktub dalam sejarah, samada sebagai detik penentuan keadilan ditegakkan ataupun hari gelap buat kedaulatan undang-undang dan kepada mereka yang perjuangkan keadilan.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar membulatkan tekad serta iltizam dalam menuntut pembaharuan politik. Mereka boleh mengaibkan saya, mereka boleh menghumban saya ke penjara, mereka boleh menginjak hak rakyat dan mereka boleh memukul kita hanya kerana berkumpul, akan tetapi mereka takkan dapat merampas kehormatan diri, maruah serta semangat kita untuk melakukan apa yang benar dan memperjuangkan apa yang kita percaya.

Mengulangi fitnah keji sejak dari 1998 lagi terhadap diri saya dan sepanjang sandiwara perbicaraan yang panjang ini, pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan, namun ianya tidak menghakis keyakinan rakyat. Kita telah menyaksikan betapa polis, pihak pendakwaan dan kehakiman serta media yang dikawal UMNO berganding bahu memastikan agar kerajaan BN yang rasuah dan zalim ini terus berkuasa.

Walau apa pun jua penghakiman yang akan diputuskan nanti, ia harus tetap melonjakkan semangat dan keyakinan menuntut perubahan bagi menegakkan hukum, melaksanakan sistem ekonomi saksama dan memupuk semangat persaudaraan yang tulen. Usaha dan upaya mestilah digembeling demi membanteras kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pastikan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti, kebangkitan rakyat akan menghumban penguasa angkuh dari tampuk pemerintahan.

Mereka mungkin berhasrat memenjara dan merantai saya tetapi mereka takkan sesekali dapat memasung jiwa dan semangat saya. Di sini saya mengulangi ikrar bahawa saya tidak akan berhenti selagi kita belum berjaya melaksanakan Perubahan dan menghapuskan segala kebejatan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN dan membangunkan sebuah bangsa yang adil lagi saksama. Berbekalkan semangat perjuangan yang murni serta bertawakal kepada Allah, Inshaallah, perjuangan kita akan mencapai kejayaan.

Saya akan tetap bersama anda semua di hati dan jiwa saya dan bersama-samalah kita bina sebuah negara Malaysia yang baharu.

ANWAR IBRAHIM

=========
Come tomorrow, the 9th January 2011, the judgement of the Sodomy II case will go down in history as a defining moment or indeed a day of infamy in the fight for justice and a better Malaysia.
I call on my fellow Malaysians to remain firm and committed in their clamour for political reform. They can assassinate my character, trample on our rights, they can put us behind bars for speaking up and they can even beat us up just for being together but they can never take away our dignity and our spirit to do what is right and fight for what we believe in.

Beginning from the first heinous plot back in 1998, they then repeated this bare and scurrilous allegation against me three and half years ago and since then have launched relentless attacks on my character. Throughout this sham trial, the people have seen how the police, the prosecution and the judiciary and the UMNO controlled media are working together to secure the continuation of this corrupt BN government.

Whatever the judgement may be, let us renew our conviction to bring about change – to uphold the rule of law, to have a fair and equitable economic system and to foster a true spirit of brotherhood among all Malaysians. We must remain steadfast in our fight against corruption, abuse of power, oppression and tyranny.

Rest assured that in the coming 13th General Elections, the voice of the people will be heard and this corrupt and arrogant government will be toppled from their pedestals of power.

They can put me in a cage and chain me to the ground but they can never imprison my soul and my spirit. I make this solemn promise to you that I will not rest until we make right the wrongs committed by this corrupt government and bring about a just and equitable nation.

I will remain with you in heart and soul and together we will build a new Malaysia.

ANWAR IBRAHIM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'Amanat' Anwar: Ribuan banjiri ibu negara

Posted: 08 Jan 2012 09:39 AM PST


Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar 'amanat terakhir' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok.

Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka -- yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.


Gambar Oleh: Abah Anas

Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.

Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan.

"Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat," katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan esok, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut "tidak mungkin berlaku" lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang "lawan tetap lawan".

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan "Bebas Anwar 901" esok.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pembaca Buletin Fitnah Utama Mengaku Sebut Anwar Ibrahim Perdana Menteri

Posted: 07 Jan 2012 08:00 PM PST



Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara!



Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali.



Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya!



Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina menulis:



@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*



@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*



Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:



@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.



@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.





Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini.



Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.



Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010.






Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!



Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba!



Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu!



JALAN PULANG






KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: Otak Budak-Budak

Posted: 07 Jan 2012 05:00 PM PST



Dalam sebuah kelas tadika cikgu sedang mengajar matematik.

Cikgu: " Alif,satu campur dua jawabnya apa? "

Alif: " Tiga cikgu "

Cikgu: " Pandai....,kalau cikgu bagi kamu 4 biji gula-gula dan ditambah lagi 5 biji gula-gula, jawabnya apa? "

Alif : " TERIMA KASIH, CIKGU..."

Guru : :)


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: