Biaqpila |
- Siapa conteng 'UMNO BABI' kat bangunan UMNO Kedah ni?
- BERAMBUSSSSSS!!!!!!!!!!!
- Tujuh Perkara Ganjil Jasad Di Dalam Kubur
- Kenapa Anwar tak mahu bersumpah?
Siapa conteng 'UMNO BABI' kat bangunan UMNO Kedah ni? Posted: 06 Jan 2012 05:44 AM PST Dulu semasa PRK Permatang Pauh, ada kejadian bendera BN dibakar.. seperti biasa dengan sepantas kilat pencacai UMNO dan pemimpin mereka meletakkan perbuatan tersebut kebahu PKR yang bertanding disitu kononnya perbuatan tersebut telah dilakukan oleh Ahli-Ahli PKR. Padahal kisah sebenarnya ialah bendera UMNO/BN itu telah dibakar oleh petugas UMNO/BN sendiri yang kecewa setelah apa yang dijanjikan oleh beberapa pemimpin UMNO/BN tempatan diawal kempen PRK tersebut tidak ditepati. Begitu juga setelah berakhir PRK tersebut, tersebar pula berita bangunan UMNO di Tanah Liat telah dipecahkan cerminnya oleh penyokong Pakatan Rakyat yang terlalu gembira dengan kemenangan DSAI dalam PRK itu.. Bila diselidik.. kisah sebenarnya ialah ianya telah dipecahkan oleh beberapa orang ahli sebuah pertubuhan yang dijemput membantu UMNO/BN dalam PRK tersebut.. Dinding-dinding kaca bangunan tersebut telah dipecahkan kerana wakil pertubuhan tersebut mendakwa mereka telah ditipu oleh pemimpin UMNO/BN di situ.. dimana jumlah yang ditawarkan semasa mereka dijemput adalah tinggi dan ianya jauh berbeza dengan jumlah yang mereka dapat.. Itu belum lagi kisah sekumpulan Mat Rempit dianiayai oleh beberapa pemimpin UMNO/BN tempatan.. Dan hari ini.. bila timbul berita beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dengan kata-kata BABI, Rosmah Bodoh, Najib Bodoh, UMNO BABI dan UMNO BODOH , penyokong Pakatan juga yang dipersalahkan ini kerana menurut pencacai-pencacai UMNO ianya terbukti dengan adanya perkataan Anwar 901. Yang hairannya bangunan tersebut dikawal oleh Pengawal Keselamatan.. pukul 6.15 pagi baru pengawal tu sedar.. takkanlah sampai diconteng depan pintu pun tak sedar kot.. tengok gambar kat bawah.. Kah..kah..kah.. aku kata pencacai UMNO bodoh karang.. ada pulak yang marah.. tapi memang bodoh pun.. tak ada cara lain dah nak provoke ke? Conteng Tengah Malam Kerja Orang Penakut – UMNO Kedah ALOR SETAR, 6 Jan – Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan “Bebaskan Anwar” dan “Gerakan 901″. Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Bangunan UMNO Padang Terap di Kuala Nerang dan bangunan UMNO Kubang Pasu di Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab yang menyembur perkataan serupa. UMNO Kedah membuat laporan polis di Balai Alor Setar, Kuala Nerang dan Jitra, pagi ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata UMNO Kedah sangat kesal dengan perbuatan vandalisme berunsur provokatif itu. “Orang penakut sahaja yang sanggup melakukan perbuatan menconteng ini,” katanya yang mencabar golongan ini bersemuka dengan UMNO secara berdepan dan bukan dengan cara menconteng bangunan pada waktu malam. Pengurus Harta UMNO Kedah, Salleh Saad, berkata beliau menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan pada 6.15 pagi ini berhubung perbuatan itu yang dipercayai dilakukan antara 3.30 pagi dan 5 pagi tadi. Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menganggap perbuatan itu dilakukan orang biadab yang sakit hati. Beliau bersama Ketua Polis Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad meninjau bangunan yang menjadi sasaran kumpulan tersebut. Di Jitra, laporan polis berkaitan perbuatan itu dibuat oleh pemandu van UMNO bahagian Kubang Pasu, Shahrizal Saidin di Balai Polis Jitra. Naib Ketua UMNO bahagian, Zulfitri Yaacob berkata Shahrizal tiba di pejabat pada 8 pagi dan mendapati van UMNO serta bangunan dan beberapa kenderaan yang diletakkan berdekatan bangunan UMNO Kubang Pasu disembur dengan perkataan-perkataan serupa di bangunan UMNO lain - UMNO Online darisungaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 05 Jan 2012 11:00 PM PST Kita semua boleh lihat perangai ahli umno. tengok saja kelakuan mereka ke atas parti lawan... KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Tujuh Perkara Ganjil Jasad Di Dalam Kubur Posted: 05 Jan 2012 08:00 PM PST "Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulahgolongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,” Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yangketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi. ” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.” ” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut. ” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi. ” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Meninggal dunia dengan senyuman Wallahua’lam.. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kenapa Anwar tak mahu bersumpah? Posted: 05 Jan 2012 05:00 PM PST Walaupun beliau sedar tindakan mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya... kenapa? bacalah penjelasan dari DSAI sendiri.. "Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah," tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama. Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam. Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini. Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama. "Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah. "Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar," katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online. Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam. "Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah. "Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam," katanya. Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku "Qazab" untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah. "Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat. "Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun," katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan - Sinar Harian ORANG MUNAFIK SUKA BERSUMPAH darisungaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan