Biaqpila |
- Belasah mahasiswa, pelakuan FRU lampaui batas kemanusiaan
- Koleksi Video & Gambar Zizan & Ust Azhar Di Sambutan Tahun Baru Selangor
- Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri : Ucapan Selamat Tahun Baru 2012 buat PM dari Blogger UMNO..
- Ranking kereta paling jimat penggunaan bahan api
- LAWAK AHAD: 5 + 5
Belasah mahasiswa, pelakuan FRU lampaui batas kemanusiaan Posted: 01 Jan 2012 02:00 PM PST KUALA LUMPUR: Fariz Musa, koordinator sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13, mengecam tindakan ganas polis yang di luar kewarasan kemanusian dan menuntut Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab atas tragedi membelasah mahasiswa di luar perkarangan Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI). "Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya brutaliti dan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan FRU yang menangkap, membelasah dan mencederakan kumpulan aktivis dan mahasiswa. "Tindakan biadap di luar kewarasan manusia ini langsung tidak dapat diterima mana-mana manusia yang berakal. Ia jelas sekali melampaui batas. "Polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan, tergamak jadi alat penguasa. "Datuk Seri Hishamuddin Hussin dan Tan Sri Ismail Omar wajib bertangungjawab atas insiden itu," kata Fariz pada kenyataan media, awal pagi ini. Beliau mendesak semua 17 aktivis dan mahasiswa termasuk Setiausaha Jingga 13, Saifuddin shafi Muhammad yang turut ditahan, dibebas segera tanpa syarat manakala pampasan diberi kepada mereka yang cedera. KD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Koleksi Video & Gambar Zizan & Ust Azhar Di Sambutan Tahun Baru Selangor Posted: 01 Jan 2012 09:38 AM PST 80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi. Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program. Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri. Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy. Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain. Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya". Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad. -HD Berpuluh-ribu Banjiri Sambutan Tahun Baru Bercirikan Islam Selangor SHAH ALAM, 1 JAN: Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda. Program GeMS - Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis. Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir. Antara celebriti agama yang hadir adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hay, Imam Muda Asyraf dan Syed Hisham dan artis popular, Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Zizan Raja Lawak. Malah detik sambutan tahun baru ketika jam tepat 12 tengah malam amat bermakna dalam suasana baru apabila semua hadirin termasuk tetamu kehormat, Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail serta Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bersama-sama mengalunkan nyanyian memuji kebesaran Allah dengan lagu 'Asma Ul Husna'. Ini disusuli doa penutup oleh Ustaz Azhar. Program malam tadi bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan Forum Maghrib dihoskan Ustaz Syed Hisham dan Asraf sebagai moderator dikuti solat Isyak berjemaah. Ceramah Perdana menampilkan Ustaz Azhar dan Zizan mendapat sambutan hebat orang ramai kerana penyampaian ceramah agama secara santai dan lawak menerusi sesi soal jawab agama. Persembahan artis seperti Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Ustaz Akhil Hay dengan dengan lagu moden, nasyid dan bertema keagamaan sebelum jam 12 tengah malam turut menghiburkan. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas majlis berkata Kerajaan Negeri mempraktikkan pendekatan itu kerana menyedari dan memahami akan minat dan citarasa golongan muda yang menyukai hiburan dan selebriti muda. Dengan memasukkan elemen hiburan, katanya, pihaknya turut menyelitkan unsur keagamaan sebagai pendidikan supaya ianya berjalan serentak serta dapat diterima semua pengunjung yang hadir. Katanya, berdasarkan sambutan diterima, pihaknya berpuas hati terutama kehadiran golongan muda sebagai golongan majoriti dalam program berkenaan. "Ini adalah antara sebahagian daripada program anti- zina jadi kalau Kerajan Negeri tidak menguruskan keperluan, minat, citarasa, ciri-ciri orang muda itu kepada program yang bersifat positif maka mereka akan tertarik kepada program yang negatif dan seterusnya terjebak di dalam gejala sosial. Jadi bila kita buatkan satu program seperti ini ianya agak santai, agak relaks dan mereka datang bersama keluarga dengan majoritinya orang muda maka mereka mendapat pendidikan yang membangunkan mereka dan mereka faham apa ertinya sambutan tahun baru," katanya. Beliau berkata, Kerajaan Negeri memang menjangkakan saingan daripada pihak lain yang turut menganjurkan program sambutan tahun baru dan pihaknya berbesar hati dengan sambutan hebat diterima terhadap majlis itu dan ianya terbukti berjaya. "Saya rasa ini di antara tanda positif sokongan kepada Kerajaan Selangor, keyakinan kepada program yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor yang dilihat bersifat pembangunan, membangunkan manusia," katanya lagi. Part Zizan tiru gaya Ustaz Azhar Idrus lagi video... Berapa meter kereta ustaz? Kredit: video-video kompilasi Oh!Cerita.com greenboc KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri : Ucapan Selamat Tahun Baru 2012 buat PM dari Blogger UMNO.. Posted: 01 Jan 2012 04:00 AM PST Assalamualaikum wbt kepada Dato Seri sekeluarga. Sempena menyambut tahun baru 2012 ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga Dato Seri terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah swt untuk terus memimpin negara ini,memelihara dan membela agama Islam.mengangkat martabat dan maruah bangsa Melayu ketempat yang sepatutnya dan memastikan rakyat berbilang kaum yang menghuni bumi bertuah ini hidup dalam keadaan aman,sentosa dan bersatu padu.Amin... Sebelum saya meneruskan kata kata izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu jika kedapatan kata kata yang akan menyinggung perasaan Dato Seri dalam saya menyusun bicara.Sesunguhnya segala yang baik itu dari Allah swt dan tidak baik itu semestinya datang dari diri saya sendiri.Allahu'alam.. Dato Seri, Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun DS menjadi Perdana Menteri kita sejak mengambil alih dari Pak Lah 3hb April 2009.Rakyat yang begitu tertekan dengan kepimpinan Pak Lah yang sepanjang masa terlena dan dengan kerakusan REGIM TINGKAT EMPAT yang sepanjang masa merompak kekayaan negara merasakan kehadhiran DS sebagai satu RAHMAT dan PENYELAMAT yang di utus Allah swt kepada bumi bertuah ini dan rakyat nya untuk keluar dari 'kehidupan malap rejim Pak Lah'.Begitu tinggi PENGHARAPAN semua rakyat terutama nya ORANG MELAYU untuk melihat DS mengubah keadaan sebelum itu agar rakyat dapat merasa kembali rasa SELAMAT dan SELESA yang pernah dikecapi sebelum ini. Memandangkan DS mewarisi MANDAT SAKIT yang tidak selesa dari Pak Lah dan segala macam KUMAN SIPILIS dan GONORRHEA dari kepimpinan Pak Lah,rakyat tidak terlalu mengharapkan DS melakukan KEAJAIBAN untuk memperbetulkan segala macam KEMUSNAHAN yang telah dilakukan Regim Pak Lah terhadap EKONOMI dan POLITIK negara.Cukuplah sekadar rakyat tidak tertekan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi begitu menekan sekali hasil kerja tangan Pak Lah dan Kerajaan dibawah kepimpinan nya. Kini musim 'bulan madu' Dato Seri telah tamat dan kalau ibarat anak kecil yang baru lahir yang menjangkaui usia 3 tahun pastinya sudah pandai berjalan dan berlari dan najis pun dan jadi keras,begitulah ibaratnya dengan pemerintahan DS hari ini.Tiada lagi kompromi dari pihak rakyat walaupun rakyat tidak mengharapkan Dato Seri melakukan 'miracles' (keajaiban) dalam memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku. Dato Seri, Saya faham setiap pemimpin besar ingin meninggalkan LEGASI masing masing agar dikenang rakyat.Tapi dalam usaha mencipta dan mencetus LEGASI kadang kadang pemimpin terlalu ghairah hingga terlupa apa yang nak dicetuskan itu memakan dirinya sendiri dan menjadi BAHAN LAWAK selepas dia tidak lagi berkuasa.Ambil saja contoh HADHARI dan pencetusnya..apa sudah jadi dengan gagasan itu? Tidak lebih dari bahan lawak ISLAM HADHARI dan IMAM HADHARI yang menjadi punca rakyat ketawa berdekah dekah hari ini bila dibicarakan diwarung warung kopi.Tun Mahathir yang mencetuskan WAWASAN 2020..adakah kita memanggil beliau dengan gelaran BAPA WAWASAN 2020?Pasti tidak..kerana beliau dikenali sebagai BAPA PERINDUSTRIAN NEGARA dan bukan Bapa Wawasan 2020.Tapi adakah pencetus gagasan Hadhari digelar "Bapa Hadhari'?...Tidak bukan?Kerana dia hanya digelar dan dikenali sebagai 'BAPA MERTUA KHAIRY'. Berapa lama kekeliruan yang timbul bila Dato Seri mencetuskan gagasan 1Malaysia?Begitu lama sekali sehingga jentera Jabatan Penerangan,Kerajaan dan Umno terpaksa terus terusan memberi penerangan sehingga kehari ini.Begitu payah untuk rakyat menyerapkan gagasan 1Malaysia ini ke minda mereka sedangkan 'paksi utama' gagasan itu amatlah mudah.iaitu...PERPADUAN.Kerana apa?Kerana gagasan ini amat samar samar dan mudah di manupulasikan berbagai pihak mengikut tafsiran dan kepentingan kelompok masing masing.Kalau sudah begitu SAMAR dan MENGELIRUKAN,apakah DS yakin gagasan ini akan terus dibawa oleh pemimpin terkemudian atau ianya akan MATI sapertimana matinya HADHARI sebelum ini? Dato Seri maafkan saya... Mungkin laporan yang DS perolehi dari berbagai sumber sejak memegang tampuk pemerintahan semuanya baik baik belaka dan membuat Dato Seri senantiasa "feel good",apatahlagi dengan nasihat dan pandangan yang diberi oleh Punahsihat dan ConSultan yang ramai melekat macam dedalu didahan pokok didalam pentabiran DS.Maka timbulah berbagai SPV (special purpose vehicle) dengan berbagai AKRONIM untuk menterjemahkan berbagai bagai TRANSFORMASI YANG BERAKRONIM hasil 'perahan otak' manusia luarbiasa bernama IDRIS JALA.Maka segala macam langkah tranformasi telah DS umumkan sejak menjadi Perdana Menteri,ada yang saya masih ingat tapi banyak yang dah saya terlupa.Bayangkan orang macam saya yang menghabiskan 12-15 jam sehari melayari alam siber pun boleh terlupa apatah lagi pakcik makcik kat kampung sana? Dalam pada itu kemunculan dan peranan adik DS sendiri Nazir Razak dalam setiap langkah besar kerajaan sebagai penasihat kewangan berhubung pemilikan dan penstrukturan semula SBK(syarikat berkenaan kerajaan) atau GLC tidak membantu langsung imej Dato Seri dimata rakyat.Mas-AirAsia,QSR Brands dan Penyenaraian FGV adalah di antaranya dan akan ada banyak lagi yang bakal mendatang dan mesti ada CAP JARI NAZIR TUN ABD RAZAK diatasnya.Itu belum lagi diambil kira RAKSAKSA RAKSAKSA yang mengepalai GLC GLC ini.Jadi apa yang DS harap sebagai persepsi rakyat bila KERAKUSAN makhluk makhluk diatas MELAHAP kekayaan yang rakyat percaya sebagai MILIKNEGARA hanya untuk memperkayakan beberapa kerat diantara mereka? Orang paling dekat dan paling rapat dengan Dato Seri sendiri saperti ISTERI dan ADIK tidak juga membantu 'pembentukan imej baik' yang DS perlukan.Tak perlulah saya perincikan disini sebab Dato Seri dan satu Malaya pun dah tahu apa dia.Mungkin DS tidak pernah mendengarnya sendiri kerana setiap kali turun padang WALKABOUT ROUNDABOUT nampak sambutan nya ok je,tapi tiga langkah kehadapan rakyat duk 'sosek sosek sinis' perihal Datin Seri Hajjah dibelakang..dan itulah HAKIKAT dan KENYATAAN nya.Sebagai rakyat,ahli Umno,penyokong kerajaan dan penyokong Dato Seri..sesuatu yang amat memilukan hati saya bila ISTERI PEMIMPIN NO 1 negara dijadikan bahan lawak dan cerita disetiap penjuru negara oleh rakyat.Salah siapa???...dan belum pernah dalam sejarah negara kita ISTERI PERDANA MENTERI diperlakukan sedemikian.Maafkan saya kerana terpaksa berterus terang... Dato Seri.. Ada banyak lagi keluh kesah dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Dato Seri terutama yang melibatkan Orang Melayu,Agama Islam dan sikap tunduk dan akur Dato Seri terhadap tekanan dan desakan kaum lain,tapi cukuplah setakat ini dahulu yang saya catitkan.Mungkin dengan izin Allah swt dilain waktu dan ketika akan saya coretkan dalam Siri SURAT TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI yang saya mulakan malam ini.Harap harap tiada keperluan untuk saya berbuat demikian dilain kali. SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA DATO SERI DAN DATO SERI HAJJAH SEKELUARGA,SEMOGA ALLAH SWT SENANTIASA MEMBIMBING DATO SERI DALAM MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL DALAM AMANAH YANG DI LETAKAN DIBAHU DATO SERI HARI INI.AMIN ASSALAM. SUMBER : aku peduli apa ~ APA wartablogger KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ranking kereta paling jimat penggunaan bahan api Posted: 31 Dec 2011 11:00 PM PST Ia berdasarkan Fuel Efficiency Awards 2009 yang diadakan pada November tahun lepas. Kategori: Compact City Cars Hyundai i10 5.0 (litre/100km) Proton Savvy 5.7 (litre/100km) Kia Picanto 5.8 (litre/100km) Kategori: Compact Premium Cars Mini Cooper 5.8 (litre/100km) Honda Jazz 6.4 (litre/100km) Alfa Mito 6.5 (litre/100km) Kategori: Small Family Cars Toyota Vios 'J' 6.1 (litre/100km) Proton Persona 6.75 (litre/100km) Honda City 6.8 (litre/100km) Kategori: Luxury Family Cars Nissan Slyphy 7.8 (litre/100km) Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km) Peugeot 407 8.1 (litre/100km) Kategori: Premium Family Cars Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km) Volvo S40 7.9 (litre/100km) Toyota Camry 8.8 (litre/100km) Kategori: Executive Cars BMW 320i 6.1 (litre/100km) Audi A4 7.4 (litre/100km) Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km) Kategori: Premium Executive Cars Citroen C5 8.9 (litre/100km) BMW 525i 9.4 (litre/100km) Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km) Kategori: Super Saloons Audi A8 9.9 (litre/100km) Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km) Lexus LS460 11.1 (litre/100km) Kategori: Super Sport Cars Lotus Exige 9.1 (litre/100km) Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km) Nissan 370Z 10.5 (litre/100km) Kategori: Super Sport Convertibles Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km) Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km) Porsche Boxster 9.4 (litre/100km) Kategori: Performance Cars Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km) Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km) VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km) Kategori: Pickup Trucks Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km) Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km) Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km) Kategori: Compact MPV's Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km) Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km) Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km) Kategori: Luxury MPV's Mazda5 8.2 (litre/100km) Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km) Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km) Kategori: Compact SUV's Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km) Honda CRV 8.2 (litre/100km) Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km) Kategori: Luxury SUV's Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km) BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km) Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km) Kategori: Hybrids Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km) Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km) penangdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 31 Dec 2011 05:00 PM PST Pada suatu hari,cikgu tanya Amin soalan matematik. Cikgu:Amin 5+5 brapa? Amin:Tak tau cikgu. Cikgu:Ok nanti tanya keluarga ya. ... Amin: Baiklah cikgu. Setiba di rumah Amin bertanya kepada ayahnya. Amin: Ayah , 5+5 berapa? Ayah: Nasi goreng , nasi goreng (Tengah masak nasi goreng) Amin bertanya kepada abangnya. Amin: Abang , 5+5 berapa? Abang: Setann! (Tengah sibuk layan FB) Amin bertanya kepada kakaknya. Amin: Kakak, 5+5 berapa? Kakak: Lets go bebeh , lets go bebeh (Tengah cakap di telefon) Amin bertanya kepada adiknya. Amin: Adik 5+5 berapa? Adik: Alhamdulillah (Baru habis makan) Keesokan harinya Cikgunya bertanya. Cikgu: Amin 5 +5 berapa? Amin : Nasi goreng , nasi goreng.. Cikgu : Siapaa yg ajar kamu ni? Amin : Setann! Cikgu : Kamu nak kena tampar?! Amin : Lets go bebeh , lets go bebeh Cikgu : Kamu digantung sekolah!!! Amin : Alhamdulillah.. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan