Sabtu, 28 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Seks Baru?.. Tayanglah.. Anwar tak kisah..

Posted: 28 Jan 2012 04:36 AM PST


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau dengan ugutan terbaru Datuk T untuk mendedahkan satu lagi video seks yang didakwa membabitkannya.


Seberang Jaya hari ini, Anwar mendakwa ketiga-tiga anggota trio Datuk T digunakan oleh Umno yang tidak boleh menerima keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lalu yang membebaskan beliau daripada tuduhan liwat.

Anggota trio Datuk T ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap trio Datuk T yang terus menerus mencemarkan imej beliau, Anwar sebalik bertanya siapakah mereka itu dan adakah mereka boleh dipercayai.

Katanya, pemimpin Umno tidak tidak berani berdepan dan berdebat mengenai dasar-dasar, tetapi lebih suka bersembunyi di sebalik trio Datuk T.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR itu, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - Shuib berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.


Malaysiakini

NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan NFC - Noh Omar

Posted: 28 Jan 2012 02:33 AM PST


PETALING JAYA, 28 Jan — Datuk Seri Noh Omar mengakui Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan National Feedlot Corporation (NFCorp) "terikat" antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.


Justeru Menteri Pertanian dan Asas Tani ini berkata NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.

Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

"Ia perlukan komitmen kedua-duanya," jawab Noh apabila ditanya oleh wartawan jika NFCorp bertanggungjawab atas kelemahan NFC.

Jelas beliau, NFC dan NFCorp memerlukan antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang baik dalam bidang pengeluaran daging lembu.

"Ya, kedua-duanya mesti tolong antara satu sama lain, dua-dua ada komitmen masing-masing sebab itu ada perjanjian.

"Ada dua perjanjian yang perlu ditandatangani, satu perjanjian pinjaman dan satu lagi perjanjian pelaksanaan dan perjanjian itu berjaya dicapai pada 2010," katanya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata mengenai kelemahan yang wujud NFC dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Beliau berkata perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.

Tambah Noh, segala perkembangan baru mengenai NFC akan dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

Namun demikian, NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

Syarikat itu turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.


The Malaysian Insider

Ada YB UMNO sanggup tawar diri macam ni tak?

Posted: 28 Jan 2012 01:20 AM PST


Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.


Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

Itu pemimpin Pakatan Rakyat tapi bagi pemimpin UMNO pula biarpun telah terpalit dengan isu yang melibatkan keluarganya.

Ttelah berulang kali didesak oleh teman-teman seperjuangannya untuk berundur dari arena politik ekoran dari salahguna dana oleh keluarganya namun baginya berundur pantang sekali…

Bagi mereka kuasa itu milik mereka dan perlu dipegang hingga ke liang lahad, seolah-olah hanya merekalah yang bijak ahli-ahli peringkat bawahan semuanya BODOH belaka... Ahli UMNO maksud aku.. he..he..

**********************************************

'Sudah lama jadi YB', Hadi tawar tak tanding

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

"Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

"Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen," katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

"Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama," katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

"Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini," katanya.


Sinar Harian

Tiada ulasan: