Selasa, 24 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tabiat Boros Rosmah disiarkan di Brunei pula..

Posted: 24 Jan 2012 07:30 AM PST

Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.



Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya beberapa jam yang lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Ingatlah Rosmah,tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil mengaku memfitnah.

Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf kepada kamu, tapi kali ini kamu bertemu buku dengan ruas. Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar agar menyamannya untuk membuktikan kebenaran kamu.


Sumber : Milo Suam

Penafian Rosmah di sangkal oleh Kolumnis Sydney Morning Herald

Posted: 24 Jan 2012 03:30 AM PST


Aku tak pasti apa yang Rosmah fikir ketika mengeluarkan kenyataan bahawa pereka Fashion dari Australia akan mengeluarkan kenyataan tentang dakwaan bahawa Rosmah telah shopping mencecah RM325,000 di Sydney.


Mungkin beliau menjangkakan bahawa semua orang boleh dikuasai dan akan tunduk kepada arahannya dan dengan keyakinan itu beliau telah berkata "The Australian designer will be making a statement soon," seperti yang dilaporkan The Sun (sila baca di SINI )

Malang buat Rosmah.. apa yang diharapkan tidak menjadi seperti yang diharapkan iaitu Pereka Fesyen dari Australia mengeluarkan kenyataan menafikan..

Belum sempat Pereka Fashion dari Australia mengeluarkan kenyataannya, kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

Beliau mempertahankan dakwaannya itu dengan mengatakan beliau punya bukti kukuh…




Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Malaysiakini

Samseng Jalan Kebun tak punya Ilmu Pukau, Polis buat-buat tak nampak rupanya..

Posted: 24 Jan 2012 12:26 AM PST


Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu.


Menurut Chegu Bard serangan oleh Samseng UMNO Jalan Kebun tersebut telah disaksikan oleh anggota Polis yang berpakaian preman malangnya anggota Polis terbabit yang sekadar memerhatikan tanpa mengambil sebarang tindakan.

Chegu Bard juga mendakwa anggota Polis yang tiba kemudiannya ke tempat kejadian juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan samseng tersebut malah ada yang dilihat bercakap-cakap dengan anggota samseng tersebut.

Ceh!! Aku ingatkan mamat samseng jalan Kebun tu ada ilmu pukau ( baca di SINI ) yang membolehkan Polis tak nampak apa yang mereka buat.. rupa-rupanya Polis buat-buat tak nampak…

ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

**********************************************

ABU to file report with Suhakam over police 'inaction'

KUALA LUMPUR, Jan 24 — Asalkan Bukan Umno (ABU) will lodge a complaint with the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) tomorrow, claiming police had worked with a gang of men to disrupt its gathering at the weekend.

The anti-Umno coalition's ceramah on Saturday at the MBSA Hall in Jalan Kebun, Shah Alam was cancelled after the men, allegedly armed with steel rods, kicked over tables and chairs and asked the attendees to leave.
Eyewitness accounts claimed the gang sported Umno and Barisan Nasional (BN) T-shirts.

PKR leader Badrul Hisham Shaharin alleged that the "attack" was witnessed by plainclothes policemen who failed to step in despite the danger posed to the crowd by the group.

He pointed out that one attendee was sent to hospital for injuries sustained after the gang of men allegedly attacked him.

Badrul Hisham claimed that uniformed policemen who arrived on the scene soon after also did not any take action against the gang, and were even seen "chatting" with one of them.

"We will go to Suhakam tomorrow and present the video that we submitted (to police) as evidence," he told reporters at the Dang Wangi district police headquarters here after lodging a report on behalf of ABU.

Parti Socialis Malaysia (PSM) secretary-general S. Arutchelvan said the police should have acted more "efficiently" to prevent any harm from coming to the ceramah crowd instead of standing idly by.

One attendee, known only as Krishnan, was reported to have been sent to hospital for injuries sustained after the gang of men allegedly set upon him.

But Hindu Rights Action Force (Hindraf) national co-ordinator W. Sambulingam said he was "not surprised" the police allegedly failed to act as he had witnessed similar attempts to break up previous events.

"This is not new... Every time we have a programme, there is intimidation either from plainclothes police, uniformed police or agent provocateurs," he alleged.

Badrul Hisham said ABU remained undeterred by the incident and would carry out its next ceramah in Senawang, Negri Sembilan on Saturday as planned.

"We place our safety in the hands of the Royal Malaysian Police. We hope that if anything happens, they can act swiftly," he said.

Electoral reform group Bersih has condemned the alleged attack on ABU and called on police to investigate the matter urgently.

ABU, comprising Saya Anak Muda Malaysia (SAMM), the Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) and PSM, was launched in December to educate Malaysians on "the evils of Umno".


The Malaysian Insider

FB dan lagi gambar Samseng Jalan Kebun yang serang ceramah ABU dan HINDRAF..

Posted: 23 Jan 2012 10:42 PM PST


Terima kasih buat seorang pembaca yang telah meninggalkan link FB samseng UMNO yang mengepalai serangan terhadap ceramah ABU dan HINDRAF baru-baru ini..


Ada yang mengatakan nama mamat ini ialah Baharom tapi didalam FB yang dikatakan milik mamat tersebut, nama yang tertera ialah Muhamad Razali.

Nama orang putih pula ialah Bob..

Beliau tinggal di Shah Alam dan dilahirkan pada 13 Januari 1985.

Dari apa yang tertulis di info samseng UMNO ini ialah beliau seorang pekerja di Usaha AAR Enterprise pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.

Berugama Islam, UMNO sebagai pegangan politik dan baginya UMNO adalah "PEJUANG UNTUK AGAMA ISLAM DAN MALAYU" (MALAYU tu apa yang tertulis dalam info mamat tu)







Untuk melihat FB milik Samseng Jalan Kebun UMNO ini sila lihat di SINI

Serang Ceramah ABU dan HINDRAF : Apa media tunggangan UMNO/BN laporkan?

Posted: 23 Jan 2012 09:30 PM PST


Meskipun gambar-gambar serta video insiden serangan sekumpulan samseng yang dipercayai sekumpulan pemuda UMNO/BN telah tersebar meluas di internet dan juga blog, media tunggangan UMNO masih cuba untuk memutarbelit fakta.


Berita Harian dalam laporannya mengatakan kekecohan mula tercetus apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan.

Keadaan bertukar tegang apabila penduduk mendakwa ada penyokong HINDRAF yang hadir pada ceramah yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyebut beberapa perkataan yang menyinggung perasaan mereka.

Adakah kita sebodoh yang disangka Media tunggangan UMNO itu?

Ceramah politik HINDRAF kecoh

1,000 penduduk Kampung Jalan Kebun marah provokasi penyokong

SHAH ALAM: Ceramah politik anjuran pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 30, Kampung Jalan Kebun, dekat sini, malam kelmarin, kecoh apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang penyokong HINDRAF dilaporkan cedera dan dirawat di sebuah hospital swasta tetapi punca kecederaannya tidak dapat dipastikan.

Keadaan bertukar tegang apabila penduduk mendakwa ada penyokong HINDRAF yang hadir pada ceramah yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyebut beberapa perkataan yang menyinggung perasaan mereka.

Penduduk mengepung dewan berkenaan pada jam 8.45 malam dan keadaan menjadi kecoh apabila mereka mendesak majlis yang turut dihadiri peguam, Harris Ibrahim dan Badrul Hisham Shaarin atau dikenali Cikgu Bard, dihentikan serta-merta.

Kejadian tegang itu berlarutan hampir dua jam, membabitkan pertelagahan antara penduduk dan penyokong kumpulan berkenaan, memaksa kira-kira 20 anggota polis, diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Othman mengawal keadaan.

Polis dengan kerjasama beberapa pemimpin parti politik berusaha mententeramkan keadaan dan persetujuan berjaya dicapai kira-kira jam 11 malam dengan meminta pihak penganjur yang dipercayai tidak mempunyai permit, bersurai bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Turut kelihatan mententeramkan penduduk, beberapa pemimpin setempat, termasuk Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Bakti, Adi Anwar Bahhari.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamal Arifin Kainin, berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada keceluparan penyokong HINDRAF mengeluarkan kata-kata provokasi kepada penduduk kampung menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal.

Kamal Arifin berkata, ceramah itu dipercayai tidak mempunyai permit dan sepatutnya diadakan di tempat lain sebelum ia diadakan di dewan MBSA di kampung itu.

"Kami berusaha untuk mententeramkan keadaan walaupun sedar kemarahan penduduk memuncak dan menghargai usaha polis mengawal daripada berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Beliau berkata, selain kata-kata yang menyinggung perasaan, penduduk juga berang dengan tindakan penganjur yang memulakan ceramah politik ketika penduduk sedang solat Maghrib.

Pada masa sama, katanya, insiden berkenaan turut menggambarkan penduduk di kawasan itu jelas menolak kehadiran Mat Sabu sehingga memaksa pemimpin PAS itu meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat berceramah - Berita Harian Online


Video yang membuktikan laporan media tunggangan UMNO/BN di atas adalah fitnah.



Lagi video sila lihat di SINI

Ibrahim Ali! Kalau dah bodoh.. jangan berlagak pandai..

Posted: 23 Jan 2012 08:38 PM PST


Sebelum itu.. Ada sumber mengatakan kebelakangan ini iaitu selepas 901,Ibrahim Ali sering mengunjungi rumah DS Anwar Ibrahim, menemui DS Anwar Ibrahim pada lewat malam dan beliau hadir dengan menggunakan kereta yang agak lama dan buruk supaya kehadirannya tidak disedari.. untuk apa agaknya??



Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba 'berlagak pandai' dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

"Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

"Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."

Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.

Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya

"Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.

Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu," katanya.


Sinar Harian

AWAS!! Pemuda ini (Samseng UMNO) punya Ilmu Pukau? (gambar Close-up)

Posted: 23 Jan 2012 07:25 PM PST


Beberapa hari yang lalu sekumpulan samseng yang dipercayai penyokong UMNO telah menyerbu dan menyerang ceramah Asal Bukan UMNO (ABU) yang telah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.


Dalam serangan yang diketuai oleh seorang pemuda berbadan besar (badan saja besar tapi kepala kecil, sebab itulah kurang cerdik) beberapa buah gerai milik penjaja Melayu dirosakkan dan seorang lelaki India dicederakan - lihat Video di SINI

Lelaki yang mengepalai serangan tersebut dipercayai memiliki ilmu pukau yang hebat kerana berjaya memukau beberapa anggota Polis yang berada di tempat kejadian.

Akibat dipukau oleh pemuda berbadan besar itu, anggota Polis yang berada di tempat kejadian tidak boleh melihat dan mendengar apa yang sedang berlaku, biarpun gema dari bunyi ekzos motorsikal yang memasuki dewan amat kuat..

Hebatnya samseng UMNO ni ya..

Bagi membantu memudahkan kerja pihak Polis, di bawah disiarkan beberapa keping gambar mamat itu..




Lagi gambar sila lihat di SINI dan juga di SINI

Kisah sebenar bagaimana Rosmah dikata membelanjakan RM325,000 di Australia

Posted: 23 Jan 2012 09:10 AM PST


Sebelum itu.. Mungkin ramai yang telah membaca apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini dan The Sun tentang penafian Rosmah akan dakwaan bahawa beliau telah membelanjakan sejumlah RM325,000 di sebuah butik di Sydney.


Tetapi ramai juga yang terlepas pandang akan satu ayat yang mendedahkan satu perkara yang telah dirancang oleh Rosmah..

Dalam kenyataannya seperti yang disiarkan oleh The Sun selain dari cuba meraih simpati dengan mengatakan beliau sering menjadi mangsa tuduhan sebegini, Rosmah turut dilaporkan berkata "The Australian designer will be making a statement soon,"


Maknanya Pereka Fesyen dari Australia itu akan membuat kenyataan segera..

Dari manakah Rosmah dapat tahu bahawa Pereka Fesyen tersebut AKAN mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini dengan segera?

Tidakkah ini menunjukkan ada perancangan agar Pereka Fesyen tersebut menarik balik kenyataannya?

Jadi esok atau lusa kita pasti akan membaca penafian dari Pereka Fesyen tersebut pula.. dan ianya juga akan dikatakan sebagai salah lapor..

Kepada yang telah membaca artikel kisah sebenar Rosmah berbelanja RM325,000 di Sydney di bawah ni.. anggaplah ia sebagai siaran ulangan..

Carl Kapp's couture capers in KL

A burgeoning Aussiewood fanbase already lusts after Carl Kapp's chic draped silk evening gowns and killer tailoring, but now Kapp can add political stylist to his repertoire.

On December 30, the South African-born, Sydney-based designer (pictured below, backstage at his debut Australian Fashion Week show last May) took a call from someone claiming to work in the Malaysian government, asking about the availability of limo parking near his Paddington store/studio.

Shortly afterwards, Kapp found himself receiving a party of six and being introduced to the "the First Lady of Malaysia", Rosmah Mansor.

Kapp was told that the group had come straight from Sydney department store David Jones, which is in its first season selling Kapp's brand.

Having apparently become so smitten with his collection, Rosmah wanted to see more. After making multiple selections in Kapp's Paddington store, which was already filled with regular customers, he proposed a far more civilised private appointment.



Around 6pm the following day, in other words New Year's Eve - a time when most Sydneysiders who are not already away on summer holidays are either securing a harbour vantage point for Sydney's celebrated NYE fireworks or else fleeing the madness which descends on the city at this time - Kapp was summoned to the penthouse of The Darling Hotel at Pyrmont.

Officially opening to the public in April, the penthouse is part of the revamped Star casino and boasts spectacular views of Darling and Sydney Harbours.

A perfect fireworks viewing position in other words - which, according to The Darling, was definitely operational that night and costs anywhere from AUD 15,000-20,000 per night.

There, surrounded by samples, fabric swatches, sketches and Rosmah's many attendants, who appeared to be gearing up for a New Year's Eve party, Kapp was introduced to a casually-attired Malaysian Prime Minister Najib Razak.

"It was unbelievably surreal" Kapp told frockwriter.

"He was really nice, very friendly. They were obviously relaxing, snuggling up and looking very happy together. He was just curious, he didn't have to be there.

He made a comment at one point about the way I was dressed, saying something like 'In Australia, you guys don't dress up, it's all very casual'.

He also asked if I knew of any good menswear stores in Australia. I mentioned Harrolds and sent him there, but I wasn't sure if it was open. Then he told me he has all these suits tailor-made by an Italian brand. Obviously he likes his bespoke suits".

Rosmah wound up ordering 61 silk pieces from Kapp's Spring/Summer 2011/2012 and Autumn/Winter 2012 collections. Not being a standard size in Kapp's range and notably, in need of far more modest attire for Malaysia, a predominantly Muslim nation, all of the garments are being custom-fitted.

"Everything has to be covered: long sleeves, down to the ground, with no bare ankles or wrists, lots of pants and then layered with other pieces such as dresses" said Kapp, who is also being flown to Kuala Lumpur next month for fittings.

Below are some pieces from Kapp's SS1112 runway show and (bottom) his AW12 lookbook, which include some of the items ordered by Rosmah.



According to the Malaysian High Commission in Canberra, the Malaysian PM was in Australia at the time on a "private visit", which included some golf.

A rather interesting manner for Najib to see out 2011, a year in which he visited our shores on it now appears at least three occasions: in March, his first trip down under since taking office in 2009 and then again in October for the Commonwealth Heads of Government summit in Perth.

In Perth, discussions were continued with Australian PM Julia Gillard over the hugely controversial Malaysia Solution asylum seeker swap proposal which was first floated in May, but scuppered by Australia's High Court in August.

Kapp politely declined to mention the size of the order. Based on the average prices in his collections - which start at AUD 400 and reach several thousand dollars - frockwriter estimates it could be approaching AUD 100,000. Kapp was paid upfront.

Fantastic coup for Kapp, however frockwriter can't help wondering just what Malaysia's media might make of the news. Politics is a nasty business and miffed local designers, annoyed by Rosmah's patronage of a Sydney-based designer for such a large chunk of her wardrobe, may be the least of her problems.

Since Najib took office, the knives have been out for his wife. Dubbed by some uncharitable critics as a Malaysian Imelda Marcos, her expensive tastes have been well documented. It is unclear whether these photos have been digitally manipulated.

If not, then she may own at least eleven Hermès Birkin handbags. Pending the type of leather used, the latter can reach six figures. Last month, the Malaysian blogosphere speculated that Rosmah could be the mystery bidder at the centre of the sale of a red crocodile Birkin with white gold and diamond hardware in the US for USD 203,150 - reportedly the most expensive handbag ever sold at auction.

Earlier last year, the Malaysian media whipped itself into a frenzy over Rosmah's alleged purchase of a USD 24million ring from New York jeweller Jacob & Co - claims which attracted the attention of Malaysia's Anti-Corruption Commission. The claims were flatly denied. According to subsequent reports, the ring was briefly in Malaysia for "exhibition purposes".

In November, Najib was forced to respond to a report in The West Australian that his daughter had purchased AUD 60,000 worth of goods from David Jones and that a "first lady" bought AUD 150,000 worth of pearls during Perth's CHOGM summit. Najib told the Malaysian press that his daughter was not in the country at the time and his wife did not purchase any pearls - prompting The West Australian to publish a correction about Najib's daughter being in Perth at the time.


http://frockwriter.blogspot.com/2012/01/carl-kapps-couture-capers-in-kl.html

Tiada ulasan: