Isnin, 23 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir kata isytihar harta kepada SPRM lebih telus dari isytihar kepada umum..

Posted: 23 Jan 2012 07:16 AM PST


Bagi menunjukkan ketelusan kepada umum Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed dikatakan telah bersetuju dengan cadangan Presiden Majlis Peguam S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum.


Ini kerana semua anggota kabinet kini mengisytiharkan harta mereka setiap tahun kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi ia tidak didedahkan kepada umum. Cadangan mengisytiharkan harta anggota kabinet pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Bagaimanapun lain pula dengan pendapat Tun Mahathir, beliau berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja.

Istiharkan harta kepada SPRM dikata telus dan jujur? ya lah... SPRM boleh diperkuda pemimpin UMNO.. kalau istiharkan kepada rakyat teruk pulak nak cover up nanti..

Dr M: Menteri enggan isytihar harta patut letak jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata sebelum ini menteri kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada perdana menteri sahaja.

"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluaraga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.

Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.

- Bernama

Rosmah jadi mangsa?.. dah agak dah.....

Posted: 23 Jan 2012 03:55 AM PST


"Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau "menjadi mangsa".


Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.

Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.

Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".

Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Ahli Parlimen Pokok Senan itu.

Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?

"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.

"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.

"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak, semuanya rakyat tak marah.

"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.

Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Harakahdaily

Rosmah kata dia tak belanja RM325,000 di Sydney:

Posted: 22 Jan 2012 09:58 PM PST


Rosmah kata apa yang disiarkan oleh Australia Sydney Morning Herald bahawa beliau telah berbelanja A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney adalah karut dan tidak benar.


Karut dan tidak benar?

Kalau karut dan tidak benar kenapa tidak disaman saja akhbar Australia Sydney Morning Herald tu??

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya - Malaysiakini

***********************************************

Rosmah: Aussie report on shopping spree all rubbish

KUALA LUMPUR (Jan 23, 2012): Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak's wife, Datin Seri Rosmah Mansor today denied allegations made by an Australia daily that she spent over RM325,000 (A$100,000) at a designer boutique recently.

"It's all rubbish. It's all wildly exaggerated," she told theSun and Malaysiakini after attending the MCA Chinese New Year open house here at Wisma MCA.

Sydney Morning Herald, columnist Andrew Horney had called Rosmah the "first lady of shopping", for allegedly spending RM325,000 at a Sydney boutique.

Sydney designer Carl Kapp had reportedly said that his "biggest customer" had spent the hefty amount during a "private holiday" there recently.

Rosmah said that she was not affected by this allegation.

"I've come across many of these kind of accusations. I have no time to handle or entertain all this," she said.

According to the column in the daily, Rosmah and Najib had during their holiday stayed at the A$20,000 (RM65,100) a night penthouse at the newly-minted five-star Darling Hotel.

It also alleged that she was flying Kapp out to Malaysia for fittings of the 61 dresses, pants and tops she ordered.

However, Rosmah denied it saying "it is all wildly exaggerated".

"They all like to make this kind of accusations. I'm always the victim.

"The Australian designer will be making a statement soon," she said.

The Australian daily reported that Kapp had said that Rosmah had selected her clothes made from the finest silk and in a variety of exotic colours and prints.

Such allegations involving Rosmah are not new.

She had recently come under fire for allegedly purchasing a diamond ring worth RM24 million, which she vehemently denied.

Rosmah was also alleged to own several Hermes handbags worth thousands of ringgit.


The Sundaily

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dilelong di internet..

Posted: 22 Jan 2012 08:44 PM PST


Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.


Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.

Antara iklan ditemui adalah:

~Saye tak menggunakan baucar ni... saye lebih memerlukan duit dari menggunakan baucar ini. so, kepada sesiapa yang berminat dengan Baucar Buku 1Malaysia yang berjumlah rm200, saye ingin menjual baucar ini dengan harga rm180 tunai. Harge boleh kurang lagi. Nego. Tarikh luput baucar adalah 31/3/2012... contact me 01X- XXX XXXX'.

~Price: RM150. I don need the 1 Malaysia voucher, hereby I offer the 4 vouchers for only RM150. Voucher can be use at any bookstores include XXXXX bookstore. Price include postage delivery.

~Want to sell book voucher worth RM200 for RM190.

Wartawan yang menghubungi tiga pelajar IPT tempatan semalam dengan alasan untuk membeli baucar yang diiklan, dimaklumkan sudah menjual baucar masing-masing, tetapi memberitahu ada ramai lagi rakan yang mahu menjual baucar jika ada yang masih berminat.

Ada juga pelajar yang sanggup menghantar baucar melalui pos selepas bayaran dibuat dengan mendeposit kadar yang dipersetujui ke dalam akaun bank mereka.

Dalam pada itu, dua pelajar yang dihubungi sanggup mengurangkan harga sehingga RM140 bagi empat baucar berbanding nilai keseluruhan RM200. Seorang daripadanya turut menawarkan potongan harga lebih menarik berdasarkan berapa banyak baucar yang mahu dibeli.

Ada antara mereka mendakwa pelajar tahun akhir pengajian dan tidak memerlukan sebarang buku lagi, manakala yang lain memberi alasan kerana sudah membeli semua buku diperlukan lebih awal.

Ditanya sama ada sebarang pengesahan diperlukan apabila menggunakan BB1M, pelajar terbabit berkata, seseorang hanya perlu mengisi butiran nama dan nombor kad pengenalan apabila mahu membeli buku di kedai terpilih.

Sebelum ini ada laporan pelajar menggunakan BB1M yang diberikan kerajaan yang sepatutnya untuk membeli buku ilmiah, membeli bahan bacaan lain selepas berkomplot dengan penjual buku.

Awal bulan ini, ketika BB1M mula diagihkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa, berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku dicetak RM50 setiap satu.


Berita Harian

Ceramah Anwar kecoh

Posted: 22 Jan 2012 07:21 PM PST


KAPAR - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.


Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.

Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.


Sinar Harian

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

Posted: 22 Jan 2012 06:07 PM PST

Betulkah berita ini??

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar 'trillionaire'.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.


Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

"Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

"Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.


Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: