Khamis, 19 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar Ibrahim Fail Saman terhadap Utusan hari ini

Posted: 19 Jan 2012 09:13 AM PST


Dato Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berkaitan fitnah jahat dengan memutar belit wawancara beliau bersama BBC hari ini,Jumaat 20 Januari 2012,jam 11 pagi di Mahkamah Jalan Duta bersama peguam.

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

Disaman RM100Juta oleh Shahrizat : Kenapa Rafizi tak kisah dan gembira?

Posted: 19 Jan 2012 06:54 AM PST


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).


Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,"

"Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak," tegasnya.

Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman," jelas beliau.

Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

"Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,"

"(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=25714

Disaman RM100Juta oleh Shahrizat: Rafizi tak kisah.. malah gembira!

Posted: 19 Jan 2012 03:39 AM PST


Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sangat gembira apablia mendengar bahawa Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil menyaman mereka berdua hari ini.


Rafizi dalam respon segera menyatakan di Twitter bahawa tindakan Shahrizat akan lebih memberi peluang kepada mereka berdua untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan keluarga Shahrizat dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Zuraida juga senada dengan Rafizi dalam respon yang sama di laman mikroblog popular di dunia itu.

Tegas Zuraida, PKR tidak akan sesekali gentar dengan saman yang dibuat Shahrizat kerana keadilan akan tetap ditegakkan, walaupun terpaksa turun naik mahkamah bagi membuktikan bahawa kebenaran akan tetap berpihak kepada siapa yang memperjuangkannya!

Malah tindakan saman Shahrizat ini juga mendapat maklum balas positif dari pengikut Twitter mereka berdua hingga ada peguam yang mengetahui perkara ini secara sukarela memberi khidmat guaman secara pro bono (percuma).

Laporan diatas oleh Jalan Pulang, sementara itu Sinar Harian Online pula melaporkan..

Rafizi sedia jumpa Shahrizat di mahkamah

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau dan Ketua Wanita parti Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berhadapan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mahkamah.

"Kita akan bertemu di mahkamah," kata beliau dalam satu salah mesej menerusi Twitter petang ini.

Mengulas tindakan saman RM100 juta yang diambil oleh Shahrizat hari ini, Rafizi berkata, "apa-apa pun ia tidak akan menjejaskan hari sayalah. Saya tetap akan pergi menikmati satar di Kemaman esok. Kemungkinan kerutuk lembu juga."

Shahrizat memfailkan saman ke atas kedua-dua pemimpin PKR itu berhubung kenyataan-kenyataan berkenaan projek lembu daging kontroversi yang dikaitkan dengan keluarganya.

Dalam satu lagi mesej, Rafizi berkata, secara politik, keputusan membawa kes itu ke mahkamah adalah tindakan "membunuh diri bagi Shahrizat."

Dalam mesej Twitter sekitar jam 4 petang tadi, katanya, ini kerana pihaknya menantikan pertemuan di mahkamah untuk mendedahkan segala maklumat.

Dilihat merujuk kepada nilai tuntutan, Rafizi berkata: "Kalau Kak Jat (Shahrizat) menang, beliau boleh ambil kereta saya yang murah. Tiada hal."

"Kalau kita orang menang, adakah kami boleh dapatkan kondo-kondo," katanya lagi.

*******************************************


Isu NFC: Shahrizat Saman Zuraida, Rafizi RM100 Juta

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Khamis memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Saman tersebut difailkan peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.

Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta.

Menerusi writ saman tersebut, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno memohon perintah injuksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang pernyataan atau kenyataan secara bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan, Shahrizat sebagai plaintif tidak pernah memiliki sebarang ekuiti mahupun memegang jawatan sebagai pengarah di NFC, Agro-Science Industry Sdn Bhd atau mana-mana syarikat yang bersekutu.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala Agro-Science Industry Sdn Bhd adalah syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia.

Pada 2006, Kementerian Pertanian menganugerahkan pembinaan projek Fidlot Nasional kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd dan Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd.

Bagaimanapun Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd manarik diri dan projek berkenaan hanya dianugerahkan kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd melalui NFC.

Dinyatakan juga bahawa keputusan atau isu penganugerahan projek ini tidak pernah dibawa ke kabinet dan oleh itu Shahrizat tidak menyertai atau mempengaruhi proses penganugeahan projek.

Penyataan tuntutan itu juga menyebut bahawa Shahrizat tidak mempengaruhi Kementerian Pertanian atau komiti khas untuk projek berimpak tinggi dalam proses pemilihannya.

Shahrizat juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam NFC dan juga tidak memainkan sebarang peranan di dalam proses penganugerahan projek ini kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang serta Rafizi telah dikatakan secara konsisten melancarkan satu kempen untuk menyerang dan memfitnah Shahrizat sejak November 2009 selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno, menteri dan beliau sendiri sebagai seorang individu.

Akibat daripada pelbagai tuduhan dan fitnah, Shahrizat telah menjadi bahan cemuhan dan tohmahan orang ramai, rakyat, ahli-ahli parti serta ahli kerajaan.

Khalid Ibrahim Exco Agama Selangor - Apa Kata Khalid Samad

Posted: 19 Jan 2012 02:26 AM PST


SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin.


Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang 'bengkok' dalam Jais dan Mais termasih soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.

"Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas," katanya.

Khalid berkata, lebih elok portfolio itu dipegang Abdul Khalid kerana beliau lebih arif dan berpengalaman mengendalikan berbanding individu lain yang memerlukan masa untuk menguasai portfolio tersebut.

"Tiada masalah Menteri Besar pegang kerana pilihan raya dijangka sudah menghampiri, Exco yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk menyesuaikan dan memahami selok belok portfolio berkenaan. Ia akan menjadi sedikit masalah bagi orang baru untuk mengendalikannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan Pas dipinggirkan apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam hanyalah andaian pihak media.

"Tidak timbul soal Pas dipinggirkan kerana itu adalah andaian pihak media untuk memainkan isu sahaja. Setiap keputusan yang dibuat (oleh Abdul Khalid), yang sudah pun diperincikan dalam mesyuarat parti," katanya.

Beliau berkata, rombakan dan pertukaran portfolio bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, soalan ditujukan kepada Abdul Khalid.

"Itu jelas menunjukkan semua portfolio adalah tanggungjawab Menteri Besar. Kita harus faham, apabila disebut Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, kebertanggungjawaban terletak di bahu menteri besar," katanya.


Sinar Harian

Game 'Aku Jimat' ala Rosmah pulakdah!!

Posted: 19 Jan 2012 12:52 AM PST


Menurut pengusaha permainan Antartica Group , permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".


Boleh belajar cara cara menabung sejak dari kecil kemudiannya boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya...

Satu saja masaalahnya ialah ianya hanya compatible untuk iPhone, iPod touch dan iPad..



Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya 'menyimpan wang' untuk membolehkan mereka 'membeli-belah'.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".


Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).


Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).


Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.


Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.


Untuk download sila klik di SINI

Bekas Wartawan Kanan Utusan sertai DAP

Posted: 19 Jan 2012 12:19 AM PST


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.


Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

Malaysiakini

Nazri kata istihar harta Menteri itu bahaya..

Posted: 18 Jan 2012 09:07 PM PST


Kata Nazri "Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,"


Memang merbahaya.. merbahaya kepada masa depan karrier politik kepala-kepala penyamun yang berada di dalam UMNO..

Merbahaya kepada masa depan karrier politik mereka kerana harta negara yang dirompak dan disembunyikan mereka selama ini akan terdedah..

Jika tiada apa yang hendak disorokkan mengapa takut untuk melakukannya?

Tapi kalau terdedah sekalipun pencacai-pencacai UMNO tetap menyokong mereka.. kan tahap intelektual pencacai UMNO tu sama saja dengan tahap intelektual ternakan Shahrizat di NFC tu..

Tak dengarlah pulak Menteri-menteri Kabinet India dan Thailang yang baru-baru ini mengistiharkan harta mereka sekarang berada di dalam bahaya..

Alasan Nazri kerana takut untuk mengistihar harta tu mungkin akan dipercayai pencacai-pencacai UMNO..

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka," kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai 'bahaya' yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.


Malaysiakini

Scandal Fidlot : Shahrizat mungkin digugurkan?

Posted: 18 Jan 2012 08:16 PM PST


Mana anak-anak lembu yang dulu sibuk nak pertahankan Shahrizat sekarang? Tak lupa juga kemana menghilang perwakilan yang diupah kain sutera dan sedikit imbuhan untuk menunjukkan sokongan kepada Shahrizat masa PAU hari tu? Shahrizat dilaporkan mungkin digugurkan.. korang tak nak pertahan dia ke?


Mungkinkah Shahrizat digugurkan sebelum PRU13

Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti sabatikal sebagai menteri kabinet sementara menunggu sisatan ke atas syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya menimbulkan persoalan sama ada Ketua Wanita Umno itu akan terus berundur dari dunia politik.

Tiga hari selepas pengumuman itu, pemimpin veteran pembangkang secara sinis berkata, beliau meramalkan bahawa Shahrizat akan digugurkan sebagai menteri kabinet, tetapi Lim tidak menyatakan alasannya itu.

Menurut sumber dalaman BN, pembabitan keluarga Shahrizat yang terpalit dengan skandal NFC telah mencemarkan imej imej reformis yang cuba ditonjolkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun takdir menentukan bahawa Najib tidak mempunyai jalan mudah bagi menyelesaikan kemelut ini. Jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Mac, Najib pastikan terpaksa membentangkan beberapa undang-undang reformis termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi memulihkan imejnya yang tercemar itu.

Dan ini juga bermakna Shahrizat, bersama-sama dengan rakan menteri kabinet lain - Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Awang Adek Hussin dan Tan Sri Koh Tsu Koon terpaksa dilantik semula sebagai ahli Dewan Negara kerana tempoh mereka akan tamat pada 8 April.

Dewan Rakyat akan mula bersidang pada Mac hingga April ini manakala persidangan Dewan Negara pula dijadualkan pada April dan berterusan sehingga Mei.

Jika Najib memilih mengugurkan Shahrizat daripada barisan jemaah menteri, menjelang pilihan raya umum akan datang kerana skandal NFC, maka beliau tidak perlu melanjutkan keanggotaan sebagai senator.


Malaysiakini

Tiada ulasan: