Rabu, 18 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Ah Jib Gor ' Facebook Najib versi bahasa Cina dibanjiri sindiran..

Posted: 18 Jan 2012 08:25 AM PST


Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.


Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu? Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.

Laman Facebook ini menggunakan Ah Jib Gor (makna: abang Jib) sebagai namanya, membuatkan tidak kurang yang menganggap laman itu direka oleh warga internet yang sengaja menyindir Najib. Ini kerana "Ah Jib Gor" adalah nama yang digelar oleh pembangkang dalam ceramah, ketika merujuk kepada Najib Razak. Gelaran ini dipopularkan di ruang internet, sedikit sebanyak berunsur "sindiran" ketika digunakan. Bagaimanapun, laman ini akhirnya disahkan sebagai laman rasmi oleh Setiausaha Politiknya, Wong Nai Chee.

Ketika ditanya MerdekaReview mengapa laman itu dinamakan "Ah Jib Gor", sedangkan gelaran ini selalu digunakan untuk tujuan menyindir, Wong Nai Chee berkata ramai yang memberitahu Najib bahawa beliau digelar sebegitu. Malah, Najib sendiri menganggap panggilan sebegitu agak mesra, maka tidak mengapa jikalau digunakan, menurut Wong Nai Chee.

Tiada perbincangan politik

Bagaimanapun, laman "Ah Jib Gor" mengundang kritikan sebermulanya apabila menyatakan bahawa "tiada perbincangan politik" di situ. Admin menyatakan, "Sekali lagi anda diperingatkan, bahawa tiada perbincangan politik di sini, 'mengacau' tidak dialu-alukan. Anda boleh masuk dan melihat apa yang ada di sini, tetapi anda diharapkan berniat baik dan neutral, dan bukannya berniat jahat atau sengaja sabotaj. Kami sangat mengalu-alukan seandainya perbincangan berdasarkan fakta, juga perkongsian pengalaman hidup. Terima kasih!"

Kenyataan "tiada perbincangan politik" terus mengundang kritikan warga internet, mempertikaikan "Takkan rakyat bersembang soal cinta dan kasih dengan seseorang Perdana Menteri, jika bukan politik?" Kemudian ada pula yang mengalih topik ke shopping, beg tangan, Altantuya Shaariibuu, kapal selam dan sebagainya, memenuhi kehendak PM yang enggan membincang soal politik di laman ini.

Hampir semua soalan yang diajukan berlapik, misalnya ada yang memohon untuk membela lembu, ada pula ingin mengambil alih kontrak mengendali laman Facebook ini, menyindir peruntukan RM1.8 juta untuk Facebook Kementerian Pelancongan sebelum ini.

Terdapat juga warga internet yang cuba mengaitkan sikap "tiada perbincangan politik" ini dengan MCA pada zaman Ong Ka Ting menyandang jawatan Presiden. Pada ketika itu Ong Ka Ting cuba elak untuk menyentuh agenda besar politik, sebaliknya menumpu kepada soal kebajikan, sehingga mencungkil kritikan. Wong Nai Chee adalah ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA, dilihat berada dalam sekta Ong Ka Ting sebelum ini.

Bagaimanapun, Wong Nai Chee berkata kepada MerdekaReview bahawa ia bukan bermaksud tiada langsung perbincangan politik. PM akan respon kepada perkara yang mempengaruhi kehidupan orang ramai. Wong Nai Chee menjelaskan, Najib telah memiliki satu laman yang khas dalam bahasa Inggeris, maka laman versi bahasa Cina-nya tidak berniat untuk menjadi tiruan kepada laman tersebut. Lebih-lebih lagi, laman ini tidak berniat menampilkan imej Najib yang serius sebagai PM, tetapi sebaliknya.

Menurut pengamatan wartawan, respon rasmi laman ini terbahagi kepada dua, iaitu jawapan daripada Admin, dan kedua, jawapan daripada Najib setelah soalan diterjemahkan kepadanya. Sesetengah warga internet mengadu komen mereka telah dipadamkan admin, menyindir bahawa tidak usah menubuhkan laman Facebook seandainya tidak berani berdepan dengan kritikan.

Najib baru-baru ini hadir dalam majlis penayangan filem Cina tempatan, Ah Beng The Movie: Three Wishes. Ketika ditanya sama ada beliau faham apa yang dikisahkan filem tersebut, Najib menjawab dirinya cuba memahami jalan ceritanya melalui subtitle, dan adegan yang paling disukainya adalah apabila bapa Ah Beng mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dan berjaya mengelak dari kebakaran rumahnya.

Jawapan Najib sedemikian lantas mengundang pertikaian warga internet, "Bagaimana pula pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas yang bakal menghancurkan rumah orang?"

"Ah Jib Soh"


Tidak lama selepas laman "Ah Jib Gor" ditubuhkan, satu laman dengan wajah Rosmah Mansor ditubuhkan, bernama "Ah Jib Soh" (makna: makcik Ah Jib). Laman itu secara terang-terang menyatakan bahawa ia "perwatakan rekaan", kini menarik lebih 3,000 peminat.

Status yang diperbarui dengan memilih topik-topik tertentu, menyasarkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, misalnya rambutnya, berat badannya, malah amalan menabung sejak zaman kanak-kanak - untuk membeli cincin intan, yang menjadi bahan sindiran warga internet sebelum ini.


MerdekaReview

Azwan Ali Bersumpah Tidak Akan Buat Lagi

Posted: 18 Jan 2012 07:50 AM PST


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Dalam sidang media bersama dengan adiknya Umi Hafilda Ali, Azwan Ali turut melafazkan sumpah tidak akan menghina dan mengaibkan mana-mana pihak termasuk ahli keluarga beliau.


"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Mohd Azwan bin Ali melafazkan sumpah dengan nama Allah tidak akan menghina, mengeji dan mengaibkan serangan peribadi yang mungkin membawa fitnah kepada Ummi Hafilda.

"Saya hamba Allah yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan bersandarkan hasutan daripada sesetengah pihak," kata Azwan Ali.

Azwan Ali sebelum ini telah mengkritik beberapa Pemimpin UMNO termasuklah menyelar tindakan Umi Hafilda yang terus menerus membuat dakwaan perilaku yang dikatakan sumbang mengenai Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.

Azwan dalam sidang media yang sama, Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Umi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik mereka iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah beliau mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga.

KLPos

Azalina mengaku terima RM300,000

Posted: 18 Jan 2012 12:17 AM PST


Bekas Menteri Pelancongan dan Menteri Belia dan Sukan dari UMNO, Azalina Othman hari ini mengaku bahawa beliau telah menerima RM300,000 dari Ahli Perniagaan Johor, Yahya Abdul Jalil.


Bagaimanapun beliau menafikan RM300,000 itu adalah rasuah.

Menurut Pegawai Medianya Zulkifli Mat Rawi, cek bernilai RM300,000 yang diterima dari Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Gerbang Perdana itu adalah hasi jualan sebuah kereta klasik milik Azalina.

Tambah Zulkifli lagi "Dua tahun lalu ketika Azalina masih merupakan seorang Menteri Kabinet, beliau telah membeli sebuah kereta klasik iaitu Mercedes Benz 280SL (1969), Itu adalah hobinya.

Kemudian apabila beliau menyedari bahawa untuk menyelenggara kenderaan sedemikian ianya memerlukan belanja yang tinggi dia telah menghentikan hobinya itu lalu mengiklankan kereta tersebut untuk dijual kepada pembeli yang berpotensi.

Bulan March tahun lalu, Yahya telah menghubungi Azalina dan kereta tersebut telah dijual kepada Yahya".

Zulkifli bercakap bagi pihak Azalina yang merupakan Ahli Parlimen P157 Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Pelancongan dari March 2008 hingga April 2009 dan Menteri Belia dan Sukan pula dari March 2004 hingga March 2008.



Mercedes Benz 280SL (1969)


Hmmm.. Pemimpin UMNO beli kereta RM300,000 hanya kerana HOBI, kita rakyat marhaen pula beli kereta kerana ianya keperluan.. Pencacai UMNO pun beli pasal hobi kot?



*******************************************


Azalina admits receiving RM300,000

KUALA LUMPUR: Former Cabinet minister Azalina Othman Said today admitted to receiving money from a Johor businessman but denied speculations that it was for corrupt purposes.

Rather, the RM300,000 cheque that Azalina received from Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd and Gerbang Perdana managing director Yahya Abd Jalil was for the sale of a classic car, according to her media officer Zulkifli Mat Rawi.

"Two years ago, when she was minister, she bought a classic Mercedes Benz 280SL (1969 ). It was her hobby. But then she realised that maintaning such cars was quite expensive so she stopped this hobby and put out advertisements to potential buyers. In March last year, Yahya contacted her, and she sold it to him," Zulkifli told FMT.

Zulkifli was speaking on behalf of Azalina, who is Umno MP for Pengerang. She was Tourism Minister from March 2008 until April 2009 and was also Youth and Sports Minister from March 2004 until March 2008.

Yahya is said to be a committee member of Umno Pasir Gudang.

"We refused to give any media statement earlier because we did not want to disrupt the MACC investigations. But now that MACC has taken her statement, we want to clear the air as we have no intention of hiding anything," Zulkifli said.

Yesterday, Azalina gave her statement to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) at its headquarters in Putrajaya to assist investigations.

Zulkifli said she had supplied all the necessary documents to prove that Yahya purchased the vehicle from her.

"There is no corruption. To say it is conflict of interest is wrong. No such thing. Plus, she was not a minister then, and had no capability to offer any projects. Secondly, she is not an Umno national leader and has no other position other than Pengerang Umno head. She has, and had, nothing to offer the businessman," Zulkifli said.

He added that MACC officers told Azalina that there was no case against her and nobody has lodged any reports against her.

"She was not called in as a suspect. They also did not ask for her for a second interview. There is no case. She was merely assisting investigations into earlier allegations," he said.

"However, she says she is ready to offer herself to give further cooperation to the MACC. No problem," he said.

Political contributions

Last week, the allegation first surfaced when anonymous blogger TheWhistleblower711 alleged that Azalina received RM300,000 from Yahya. The blogger published a photograph of what appeared to be a cheque amounting to RM300,000, dated April 7, 2011, addressed to Azalina.

However, the blogger did not say or explain how it amounted to bribery and had asked Azalina to explain it herself.

On Dec 18, FMT first reported The Whistleblower711′s allegations of covert dealings implicating, and naming, Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin, and two aides working under Prime Minister Najib Tun Razak and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin respectively.

The blogger claimed to have top-level informants and had alleged that the three government officials had received kickbacks and were "bought" by the same businessman, Yahya, for the purpose of obtaining contracts from the federal government and its agencies.

The bribes were allegedly made in relation to a contract to provide service to Bangunan Sultan Iskandar and Johor Bahru Sentral in Johor by the Public Works Department, a contract Yahya's companies allegedly won.

MACC later confirmed that it was investigating allegations of corruption against Awang Adek and Yahya.

Proof of these contributions was published in the blog in the form of scans of several cash deposit slips, together with the serial numbers.

These were alleged to be the personal accounts of the government officials.

On Dec 21, Awang Adek admitted to receiving "political contributions" to his personal account as alleged but denied that it amounted to corruption. He said the contributions were used for social programmes in Bachok, where he is the Umno division chief.

While Najib has yet to speak about the matter, on Dec 27, Muhyiddin said that he would look into the allegations that his senior private secretary Mohd Shukor Abdul Manan received more than RM100,000 in kickbacks. He claimed to be unaware of any wrongdoings.

Free Malaysia Today

PANAS!! UMNO dakwa UMNO bakar kain rentang?

Posted: 17 Jan 2012 08:44 PM PST


Tajuk asal bagi laporan ini ialah 'Umno dakwa pembangkang bakar kain rentang', memandangkan di negeri Pulau Pinang ini UMNO adalah pembangkang maka tidak salah bagi aku jika tajuk tersebut ditukar menjadi 'UMNO dakwa UMNO bakar kain rentang.


Kesian kat depa atau media tunggangan depa ni.. dah tiga tahun jadi pembangkang di Pulau Pinang masih tak sedar diri dan masih tak boleh menerima hakikat bahawa di Pulau Pinang ini mereka adalah pembangkang..

Yang menariknya ada pencacai UMNO yang berkata mereka yang membakar mungkin diupah oleh mana-mana pihak yang takut akan kekalahan, apa yang beliau lihat ini mungkin disebabkan BR1M yang mula diberikan.

Kan Muhyiddin dah kata BR1M ni bukan untuk tujuan politik.. yang hangpa pi politikkan tu buat apa?

Berbalik kepada insiden banner kena bakar tu.. banyak kali dah jadi benda macam ni, provokasi murahan orang kata.. err.. upah gantung banner tu dah bayar belum?

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang kembali mendapat sokongan rakyat Pulau Pinang..

Gambar semasa BR1M diagihkan oleh pemimpin UMNO di Balik Pulau..


Berikut pula adalah gambar semasa Program Ceramah Perdana oleh Dato' Zainal Abidin Sakom Pengerusi Yayasan Membasmi Kemikinan Selangor di Balik Pulau..



Disediakan makan minum sekalipun tak ramai yang hadir seperti yang hadir untuk menerima BR1M diatas tu..


Berita berkaitan..


UMNO dakwa pembangkang bakar kain rentang
17/01/2012 6:28pm


BALIK PULAU 17 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau hari ini kesal dengan perbuatan khianat pihak tertentu yang membakar kain rentang iklan Barisan Nasional yang dipasang di tepi jalan di Simpang Empat di sini.

Ketuanya, Aziaan Ariffin berkata, kain rentang yang bertulis "Untuk Kesejahteraan Anda Undilah Barisan Nasional" itu dibakar dipercayai pada waktu tengah malam.

Katanya, Pemuda UMNO bahagian itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Beliau berkata, kain rentang itu dipercayai disimbah petrol dan dibakar kerana satu bekas yang diisi petrol telah dijumpai di tempat kejadian. "Tindakan mereka (yang membakar kain rentang) mungkin disebabkan kegelisahan kerana rakyat dikawasan ini mula menyokong Barisan Nasional dan ramai yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA

Azwan disiasat Polis kerana nak bakar Ummi Hafilda

Posted: 17 Jan 2012 07:37 PM PST


KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.


Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

"Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.


"Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis 'Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar'.

"Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi, semalam.


myMetro

Adun Sijangkang ganti Hasan Ali

Posted: 17 Jan 2012 07:10 PM PST


SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.


Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini.


Dalam laporan terdahulu, difahamkan perkara itu telah dimaklumkan kepada Ahmad Yunus semalam.

Ahmad Yunus sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Beliau antara tiga wakil rakyat Pas disebut-sebut akan menggantikan Hasan, yang dipecat oleh parti Islam itu 8 Januari lalu.

Portfolio yang beliau akan sandang belum diketahui lagi.

Hasan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum 2008 dan mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dua nama lain ialah Dr Abdul Rani Osman dan Adun Bangi Shafie Abu Bakar.

Dr Rani, Adun Meru, pada 10 Januari lalu berkata, beliau berharap tidak akan dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan Pas negeri akan menerima sebarang keputusan.


Sinar Harian Online

Tiada ulasan: