Anak Sungai Derhaka |
- Scandal NFC: Peranan Muhyiddin yang meluluskan pinjaman juga perlu disiasat - Bussines Times
- Scandal Fidlot : Noh Omar serah kepada Muhyiddin untuk menjawab..
- Untuk burukkan DAP, Berita Harian putar belit kenyataan Sasterawan Negara?
- Keluarga Shahrizat belanja RM593,000 dari dana NFC dalam masa satu tahun.
- Beku Aset NFC: Keluarga Shahrizat ingkar arahan Najib atau Najib Bohong?
- Saya akan berada di barisan hadapan BERSIH 3.0 - Kadir Sheikh Fadzir
- Selepas Liwat II, akhbar Umno tuduh Anwar bela hak golongan gay
Scandal NFC: Peranan Muhyiddin yang meluluskan pinjaman juga perlu disiasat - Bussines Times Posted: 16 Jan 2012 06:52 AM PST Bussiness Times SIngapore hari ini dalam laporannya yang menyentuh isu NFC berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat ekoran skandal tersebut. "Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya. Ini berikutan peranan Kementerian ini yang meluluskan dan mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek NFC. Bussines Times turut mempersoalkan mengapa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan kepada pihak yang tidak layak secara tergesa-gesa pinjaman berjumlah RM250 Juta tersebut? Perlu diketahui bahawa Menteri yang menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada masa itu ialah Timbalan Perdana Menteri sekarang iaitu Muhyiddin Yassin.. TAHNIAH buat pemimpin UMNO!! Sekali lagi nama Malaysia mengharum diluar negara angkara pemimpin UMNO!! Meskipun mereka tidak berucap diluar negara (tak dijemput pasal tak laku kot?) untuk memburuk-burukkan negara seperti yang sering tuduh dilakukan DS Anwar Ibrahim. Perbuatan mereka sendiri cukup untuk memburuk-burukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika portal di seberang tambak juga turut mengulas isu ini, percayalah ianya akan mula tersebar keseluruh dunia… Run state-backed ventures with clear guidelines By S JAYASANKARAN KL CORRESPONDENT THE heat is on for the National Feedlot Corporation (NFC). And rightly so. Last Saturday, Prime Minister Najib Razak told reporters that the assets of the state-backed cattle farm project had been frozen 'for the time being'. He also said that the decision by Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Jalil - whose husband is the head of the project - to go on three weeks' leave was 'appropriate' given that the anti-corruption agency was investigating the matter. The NFC is a RM250 million (S$103 million) state-backed cattle farming project that, according to the Auditor-General's latest report, is in 'a mess'. The problem for Ms Shahrizat is that the project's head, Salleh Ismail, is her husband. Three of their children also sit on its board. Since the news broke almost a month ago, the pressure on Ms Shahrizat has intensified; not just from the opposition (which started the whole thing) but also within her own party - the politically dominant United Malays National Organisation (Umno), where she is the head of the women's wing. Even former premier Mahathir Mohamad has joined the chorus asking for her resignation. Compounding the problem is the fact that Mr Najib wants to call a snap general election some time next year and he cannot afford any scandal, especially one that the opposition would use to effect. From that perspective, the minister's fate seems perilous. It's the opposition that has been leading the charge against the NFC. And the allegations that have been revealed so far have been startling. Among them: that the NFC had purportedly purchased twin multi-million-dollar luxury condominium units in Bangsar, a swank suburb in Kuala Lumpur; that the NFC's funds had allegedly been used to finance Ms Shahrizat's and her family's personal expenses and trips abroad; that the NFC had allegedly transferred resources to unrelated companies in Singapore; and that the corporation had bought a Mercedes-Benz CLS350 for RM534,622 and two plots of land in Putrajaya for RM3 million. Last week, it was alleged that some RM10 million had been diverted towards the purchase of a luxury condominium unit in Singapore. In times gone by, such matters may not have had such an impact; not any more. Ever since 2008, when the opposition came within a whisker of taking over the federal government, it has been clear that Malaysia's citizenry wants accountability - and that it wants it yesterday. That is only fair and proper. But the NFC matter must go further than that. The government must look into the manner in which state funds are disbursed; the NFC was backed by a RM250 million federal government loan carrying a ridiculously low rate of interest. From the Auditor-General's report, it is also clear that there has been a failure of governmental oversight of the project. Has there been a failure of fiduciary duty on the part of government officials as well? The role of the Agriculture and Agro-based Industry Ministry should also be investigated. It was the ministry that approved the project and the ministry that disbursed the soft loan. And why did the ministry give the money out at what seems to be unseemly haste? All the money was dished out a year after the deal was signed. Shouldn't the funds have gone out on a schedule that matched the project's delivery? Essentially, what's needed are clear guidelines that establish the ground rules for the management of state-backed ventures. The days of 'just winging it' are over, and Mr Najib had better realise that. Bussines Times |
Scandal Fidlot : Noh Omar serah kepada Muhyiddin untuk menjawab.. Posted: 16 Jan 2012 04:01 AM PST Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh Omar untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini. Bagaimanapun hari ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar telah mengalihkan keseluruhan isu ini untuk dijawab oleh Muhyiddin. Ini adalah kerana Projek dan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC ini telah diluluskan oleh Muhyiddin Yassin ketika beliau menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masa itu.. Noh Omar serahkan kepada Muhyiddin untuk jawab isu NFC KUALA LUMPUR, 16 Jan — Berdepan dengan kesan kontroversi isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Noh Omar hari ini meletakkan segala tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini menjawab sedemikian apabila ditanya pemberita mengapa operasi NFC tidak dihentikan dan menjawab persoalan itu perlu ditanyakan kepada Muhyiddin. Beliau juga ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil. "Tiada masalah, yang ini, anda tanya TPM," katanya sebanyak dua kali semasa sidang media di sini sebelum meminta untuk pergi. Noh sebelum itu memberikan sidang media selama 20 minit mengenai panduan baru kerajaan Malaysia untuk mengawal industri sarang burung. Pembantunya bagaimanapun mengesahkan bahawa Noh akan menemui Muhyiddin mengenai isu NFC petang ini. Semasa mengumumkan pembekuan aset-aset NFC pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah mengarahkan Muhyiddin dan Noh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Tetapi disebalik pembekuan aset, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh berkata "operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa." Bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan. Tiada sebarang gangguan," katanya dalam satu kenyataan semalam. Pemimpin pembangkang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan terbaru kerajaan itu sebaliknya berharap tindakan tegas diambil ke atas Shahrizat dan keluarganya. Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset NFC adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada RM71,000. PAS juga meminta agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kontroversi projek bernilai RM250 juta yang diserahkan kepada keluarga Shahrizat serta membekukan semua aset pengarah syarikat. Shahrizat memohon cuti tiga minggu ekoran tuduhan yang dilemparkan terhadap diri dan keluarganya itu. The Malaysian Insider |
Untuk burukkan DAP, Berita Harian putar belit kenyataan Sasterawan Negara? Posted: 16 Jan 2012 02:24 AM PST Semakin terdesak nampaknya UMNO/BN, selain dari Utusan yang menjadi Lidah Rasmi UMNO, Berita Harian juga diperkudakan untuk memburukkan parti dalam Pakatan Rakyat. Untuk memburukkan DAP, Berita Harian edisi 14 Januari 2012 menyiarkan satu artikel yang bertajuk 'DAP binasakan identiti Melayu, Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah' yang tidak tepat dan tidak betul menurut sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh. 'Jangan heret saya dalam perkelahian politik' Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu. Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya. "Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis. "Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya. Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka. "Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu. Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama. "Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi. Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya - Malaysiakini ******************************************* Kenyataan akhbar Berita Harian Salah Lapor 15 Januari 2012 Saya membaca dengan rasa sangat kecewa laporan saudara Faridzwan dalam Berita Harian edisi 14 Januari 2012 yang bertajuk 'DAP binasakan identiti Melayu' Sasterawan desak selamtkan warisan sejarah kerana tidak tepat dan tidak betul tentang apa yang saya sebut pada hari Khamis (112/1/2012) yang lalu. Ada juga orang Malaysia tidak berfikir dari sudut dan untuk parti. Dan saya penulis, ingin melihat dan berfikir dengan saksama. Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur. Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka – tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis. Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini. Saya tidak berminat menyokong kerajaan mana pun; saya pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang, dan ingin membantu mengenengahkan masalah mereka yang malang dan tersepit. Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin. Oleh kerana Berita Harian telah salah lapor maka saya kira Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafian saya ini. Prof. Muhammad Haji Salleh *Kenyataan akhbar Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh |
Keluarga Shahrizat belanja RM593,000 dari dana NFC dalam masa satu tahun. Posted: 16 Jan 2012 12:36 AM PST Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC. Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC. Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang. Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun. "PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas. Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Katanya, tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna: - Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan; - Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain; - Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan - Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset. Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti. "PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku," katanya lagi. Malaysiakini |
Beku Aset NFC: Keluarga Shahrizat ingkar arahan Najib atau Najib Bohong? Posted: 15 Jan 2012 10:59 PM PST Dua hari yang lalu ketika berada di Parit Buntar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan sementara menunggu siasatan daripada pelbagai pihak termasuk dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Bagaimanapun keesokannya anak Shahrizat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh dalam satu kenyataan telah berkata "Perniagaan syarikat berjalan seperti biasa," "Inventori daging lembu akan terus dibekalkan dan semua pesanan pelanggan akan dipenuhi. Tidak ada gangguan dalam pembekalan." Wan Shaninur Izmir menambah bahawa aset NFC yang dibekukan sejak Disember tahun lalu tidak akan menjejaskan inventori mahupun bekalan. "Saya ingin memberi jaminan kepada pelanggan dan vendor serta kakitangan kami bahawa perkhidmatan akan diteruskan dan peluang pekerjaan mereka adalah terjamin," katanya. Apakah yang Najib telah bekukan sebenarnya? Jika beliau berkata asset NFC telah dibekukan tetapi anak Shahrizat pula berkata operasi NFC berjalan seperti biasa? Apakah Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan? Tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna: ~Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan. ~Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain. ~Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta. ~Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset. Apa yang Najib bekukan? ******************************************* Kenyataan Pengurusan NFC Bercanggah Dengan Pengumuman Beku Aset Oleh Perdana Menteri Saya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Encik Wan Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam. Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Dato' Seri Najib Tun Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan? KEADILAN konsisten mendesak supaya aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat (corporate administrator) dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC dan melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang telah berlaku. Tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna: Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan; Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain; Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta; dan Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset. Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti. Kenyataan NFC yang menunjukkan kaum keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih bebas menggunakan wang dan menguruskan operasi NFC membawa risiko besar yang menjejaskan bukti dan rekod kewangan NFC. Oleh yang demikian, KEADILAN mengulangi desakan supaya Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku. Sekiranya ini tidak berlaku, KEADILAN tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih. Petang esok (17 Januari 2012, jam 2 petang di Balai Polis Dang Wangi), aktivis KEADILAN diketuai Saudara Fariz Musa, ahli Majlis Pimpinan Pusat akan membuat satu lagi laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Dato' Seri Sharizat Jalil dalam tahun 2009 yang melampaui batas. Penelitian KEADILAN menunjukkan bahawa dalam tahun 2009, perbelanjaan kad kredit oleh kaum keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mencecah RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC seperti berikut: Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 16 JANUARI 2012 Rafiziramli.com |
Saya akan berada di barisan hadapan BERSIH 3.0 - Kadir Sheikh Fadzir Posted: 15 Jan 2012 07:52 PM PST SHAH ALAM - Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menyatakan pendirian menyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi yang jelas beliau menyokong sesebuah kerajaan yang bersih, adil dan berusaha menghapuskan amalan rasuah. "Saya tidak mahu komen kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai sokongan saya dan beberapa sahabat lain kepada PR untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang," katanya. Bekas Menteri Penerangan ini berkata, beliau menyokong mana-mana kerajaan yang mengamalkan pilihan raya bebas, telus dan berkecuali, sebagaimana dengan pendirian pemimpin dan dasar Amanah. Menurutnya, sudah tiba masa kerajaan menghormati hak rakyat dengan mengadakan pilihan raya adil sebagaimana dilakukan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. "Sekiranya ada perhimpunan Bersih 3.0, saya akan kerahkan semua ahli Amanah menyertainya dan saya akan berada di barisan hadapan. Saya bukan berniat hendak mengugut kerajaan, tetapi saya tidak mahu peme-rintah menipu rakyat. "Amanah juga berjumpa dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pilihan raya. Kami sarankan media masa diberi kebebasan dan tidak menyiarkan berita berat sebelah, serta berharap pilihan raya diadakan selepas melaksanakan penambahbaikan," katanya. Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu berubah supaya mereka tidak mengalami nasib seperti berlaku di Mesir, Syria dan Libya, apabila rakyat memberontak dan menuntut hak asasi serta mahu kerajaan yang adil. Sementara itu, Umno menyifatkan kenyataan Mohamad mengenai 'sokongan orang BN kepada Pakatan Rakyat tidak benar. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan berkata, kalau benar ada pemimpin atau bekas pemimpin BN sokong PR, kemukakan senarai nama mereka. "Kenyataan itu cuba menghuru-harakan BN. Kita kenal siapa Mohamad atau Mat Sabu dan sedia mendedahkannya kepada rakyat mengenai perkara ini. Jangan pula beliau memberi gelaran hero kepada komunis tanpa melakukan apa-apa kajian. Sekarang kita hendak percaya cerita ini?" katanya. Sekiranya Amanah menyokong PR, katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berhak berbuat demikian dan ini tidak bermakna tindak tanduk berkenaan membenci parti sendiri. Menurutnya, Umno akan tergugat sekiranya, pemimpin Amanah mengumumkan untuk keluar parti dan memberi sokongan terbuka kepada PR. "Bagaimana pula dengan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang mahu perasuah kecil diberi pengampunan? Kita dalam kerajaan, tidak kira kakitangan kerajaan yang menerima rasuah RM5 hingga RM5,000, misalnya, tetap ambil tindakan," katanya. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekiranya ini menjadi dasar PR, negara akan hancur kerana rasuah perlu dihapus bermula akar umbi, bukan di peringkat atasan sahaja. "Hendak hapus rasuah bukan perkara senang dan mudah macam mereka cakap. Saya tahu mereka gelar pemerintah sekarang sebagai kerajaan tidak peka pada rasuah kerana melihat kes Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo. "Sedangkan Shahrizat sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Khir masih membuat rayuan mengenainya. Kita tidak menutup kes ini," katanya. Beliau berkata, memberi imej hanya pemimpin dan ahli Umno serta BN sahaja rasuah tidak adil kerana amalan ini tidak mengenal bangsa dan fahaman politik. "Penulis Blog, Raja Petra Kamarudin ada buat pendedahan tentang rasuah di Selangor dan sebelum ini beberapa pemimpin DAP ditangkap kerana rasuah dan ada yang sanggup bunuh diri kerana takut mendedahkan pemimpin mereka (PR) terlibat dengan rasuah. "Nasihat saya, Mat Sabu perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum menuduh orang lain mengamalkan rasuah kerana ada pemimpin mereka tidak semuanya suci dan bersih daripada menerima rasuah," katanya. Sinar Harian |
Selepas Liwat II, akhbar Umno tuduh Anwar bela hak golongan gay Posted: 15 Jan 2012 05:40 PM PST KUALA LUMPUR — Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dituduh mempertahankan hak golongan homoseksual, dakwa Mingguan Malaysia mendakwa beliau berkata demikian semasa temubual dengan BBC. Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak cukup bukti untuk membuktikan Anwar melakukan perkara itu. Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" sementara Berita Harian pula dengan tajuk "Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam". Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan. Wartawan BBC bertanya kepada Anwar sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata "kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini." "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan." kata Anwar kepada BBC. Tetapi ayat sambungan pemimpin pembangkang itu tidak dinyatakan di kedua-dua akhbar itu. Anwar juga berkata pandangan Pakatan Rakyat adalah "kami tidak menggalakkan homoseksual di domain awam dan kami tidak perlu meminta maaf." Laporan Utusan itu menegaskan pembebasan Anwar diterima baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina. Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan. Sementara itu Berita Minggu, edisi mingguan Berita Harian mengkritik Anwar kerana menyokong hubungan sesama jenis. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah. "Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad. "Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama," katanya dipetik Berita Minggu. Bekas ahli Parlimen PKR Wee Choo Keong berkata keberanian Anwar adalah untuk mewujudkan undang-undang membela hak golongan gay dalam manifesto Pakatan Rakyat. "Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya," kata Ahli Parlimen Wangsa Maju ini. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan