Anak Sungai Derhaka |
- Video: Ucapan Anwar Ibrahim diakhir siri jelajah, menjelang 901..
- Ribuan juga bersama Anwar di padang Kelab Sultan Sulaiman
- Dokumen Bukti Shamsul Iskandar Bersetuju Dengan 10 Syarat Perhimpunan 901?
- Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan
- Gambar: Ribuan hadir menyatakan sokongan LANG-GAR 901
- Semalam di An-Nahdoh In.. Ribuan mendoakan kesejahteraan Anwar..(Video)
- Pengawal Peribadi DS Wan Azizah disuntik jarum beracun?
Video: Ucapan Anwar Ibrahim diakhir siri jelajah, menjelang 901.. Posted: 08 Jan 2012 09:00 AM PST Sebelum itu.. pagi Sabtu yang lalu dalam satu program di Yayasan Aman, Penanti.. Aku perhatikan wajah DSAI ini jelas kelihatan beliau dalam keadaan keletihan tetapi semangat yang ada di dalam dirinya untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang lebih baik untuk didiami mengatasi keletihan itu. Aku yakin ramai yang tidak mampu untuk bergerak ke seluruh Malaysia sebagaimana yang mampu dilakukan DSAI, pagi hari tersebut beliau berada di Yayasan Aman, Penanti. Kemudiannya beliau bergegas ke Kuantan.. selepas Kuantan ke Kuala Terengganu pula.. dan hari ini di Kuala Lumpur pula.. Dan nada suaranya juga mula kedengaran keletihan.. saksikan ucapan DSAI diakhir jelajahnya menjelang 901.. |
Ribuan juga bersama Anwar di padang Kelab Sultan Sulaiman Posted: 08 Jan 2012 08:03 AM PST Ketua Pembangkang yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sedang berucap di hadapan lebih LAPAN RIBU hadirin dan rakyat yang bersama bersolidariti dengan pimpinan Pakatan Rakyat di perkarangan dan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara. Anwar yang kelihatan berbaju kemeja putih dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi yang ditugaskan khas menjaga keselamatannya susulan daripada insiden yang berlaku ke atas pengawal peribadinya yang mengiringi isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Cherok Tok Kun, Permatang Pauh, malam tadi. Ribuan rakyat turun membanjiri padang sejak seawal jam 7 malam untuk menantikan ketibaan Anwar yang disambut oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mengadakan acara "Grand Final" di Kampung Pandan yang terletak lebih kurang enam kilometer dari Kampung Baru. Dalam ucapannya, Anwar jelas sama sekali tidak gentar dengan penguasa zalim yang mahu memenjarakannya kerana perjuangannya bukan terbatas dari dalam penjara tetapi apabila rakyat sudah bangun menentang kezaliman, rejim Mesir yang diketuai bekas presiden Hosni Mubarak yang kuat pun boleh dikalahkan. Tambahnya lagi, kekuatan sebenar dirinya adalah dari dalaman yang teguh berpaksikan keimanan dan perjuangannya bak membujur lalu melintang patah, sekali mara tidak akan undur. Terdahulu, Anwar menyertai ratusan jamaah lain menunaikan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut yang diketuai bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya. Sumber: Jalan Pulang dan Pink Turtle |
Dokumen Bukti Shamsul Iskandar Bersetuju Dengan 10 Syarat Perhimpunan 901? Posted: 08 Jan 2012 06:15 AM PST KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini menunjukkan bukti persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, sendiri. Bercakap kepada kepada wartawan dalam satu sidang media, beliau berkata pihak polis menolak dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sekeras-kerasnya berikutan kenyataannya yang menolak 10 syarat yang dikemukakan polis terhadap PKR. Zakaria juga menolak dakwaan Azmin dan berkata Shamsul Iskandar Md Akin telah diberikan penerangan sewajarnya hampir 20 minit dan faham serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Malah Shamsul telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Dalam sidang media tersebut, beliau telah menunjukkan setiap butiran, bukti bergambar dan dokumen yang telah dipersetujui sebagai tanda kebenaran dan ketelusan pihak polis. Sebelum itu, Azmin menafikan PKR bersetuju dengan 10 syarat yang dikemukakan oleh pihak polis dalam menganjurkan Perhimpunan 901. KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA SEBAGAI salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya. Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja. r Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak. Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN. Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis. KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara. N SURENDRAN Naib Presiden KEADILAN Kenapa Surendran yang jawab?? mana Shamsul Iskandar? |
Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan Posted: 08 Jan 2012 05:34 AM PST KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. "Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated. (Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter. Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)." Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya. Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang. Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar. Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno. Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik. Harakahdaily |
Gambar: Ribuan hadir menyatakan sokongan LANG-GAR 901 Posted: 08 Jan 2012 01:20 AM PST Sedikit gambar semasa pelancaran kempen LANG-GAR 901 dilancarkan untuk dikongsi bersama. Biarpun ruang padang dihadapan Galeri Pejuang yang terletak di Cheruk Tok Kun ini agak sempit ianya bukanlah halangan bagi ribuan rakyat berbagai bangsa hadir untukk menyatakan sokongan. Biar padang ini sempit, biar kami berhimpit-himpit asal pemikiran kami tidak sesempit pemikiran mereka….. Pelancaran secara rasminya telah dilakukan oleh Presiden KeAdilan, DS Wan Azizah dan disertai oleh Chegu Bard, A. Samad Said, Saudara Amir Ghazali dari AMK sebagai penceramah. Ketika pelancaran inilah Pengawal Peribadi DS Wan Azizah telah disuntik atau ditusuk dengan sesuatu yang tajam dan beracun hingga menyebabkan beliau pengsan, leporan berkenaan sila baca di SINI Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI |
Semalam di An-Nahdoh In.. Ribuan mendoakan kesejahteraan Anwar..(Video) Posted: 07 Jan 2012 10:55 PM PST Semalam sewaktu berada di pelancaran LANG-GAR 901 seorang lelaki telah mendekati aku lalu dia bertanya "Pasai apa tak ada gambar Solat Hajat di An-Nahdoh In?".. dengan jujur aku menjawab "Saya tak pergi kat situ Pak Cik, pasai tertidur semula.." jadi sebagai memenuhi hajat Pak Cik tersebut... aku cari dan siarkan di sini.. Bertempat di Yayasan An-Nahdoh, Permatang Pauh, Pulau Pinang, pagi tadi, telah diadakan solat hajat khusus mendoakan kesejahteraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dihadiri ribuan jemaah yang datang memenuhi perkarangan kompleks tersebut. Seawal jam 7 pagi lagi, kesemua jemaah yang bersolat hajat datang bertali arus memenuhi setiap ruang hingga kesesakan hampir mencecah satu kilometer. Yayasan tersebut yang terletak di kawasan parlimen Anwar juga menempatkan pelajar tahfiz yang dididik sejak kecil yang sedia dalam keadaan apa saja yang berlaku dan redha ke atas pemimpin kawasan mereka. Anwar yang berucap ringkas menyatakan rasa terima kasihnya kerana kesudian jemaah awal pagi lagi bersama-sama menunaikan solat hajat yang mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga dari fitnah yang melanda dirinya. Hadirin yang memenuhi ruang solat juga menyatakan syukur ke hadrat Allah SWT kerana program tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Saksikan video klip yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua. Semoga kita terus berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dihancurkan, amin.... |
Pengawal Peribadi DS Wan Azizah disuntik jarum beracun? Posted: 07 Jan 2012 01:00 PM PST Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek, 25 tahun yang merupakan seorang pengawal peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah hari ini sekali lagi telah dikejarkan ke Hospital. Sebelum ini Fayyadh telah mengalami kecederaan serius dimukanya apabila menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tembakan gas pemedih mata pihak FRU yang cuba untuk meleraikan peserta demonstrasi BERSIH 2.0 sila baca di SINI Kali ini kerana beliau yang bertugas untuk mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam telah mendakwa telapak tangan kirinya disuntik dengan jarum beracun ketika menghampiri pentas ceramah. Dalam kejadian orang ramai berkumpul berhampiran pentas bagi menyambut Datuk Seri Wan Azizah dan untuk mengenalpasti pelakunya adalah sukar. Apabila menyedari telapak tangannya telah disuntik dan berdarah, beliau bergegas ke belakang pentas menemui seorang petugas mencari sesuatu untuk menghentikan pendarahan tersebut dan ais telah digunakan. Biarpun pada ketika ais diletakkan ditelapak tangannya beliau mendakwa tidak dapat merasainya kerana tangannya telah mula kebas. Apabila ditanya oleh petugas tersebut bagaimana keadaannya Fayyadh mengatakan tangannya mula berasa sakit dan Fayyadh yakin mampu menahan kesakitan itu hingga tiba di Kuala Lumpur. Setengah jam kemudian setelah Datuk Seri Wan Azizah selesai memberikan ucapan dan melancarkan LANG-GAR 901, Fayyadh mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke kenderaannya untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Ketika kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi kepada Datuk Seri Wan Azizah berhenti untuk mengisi petrol disebuah petrol pump berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru yang jarak perjalanannya lebih kurang 30 minit dari Cheruk Tok Kun, keadaan Fayyadh mula kelihatan kritikal. Ini menyebabkan Datuk Seri Wan Azizah memutuskan untuk mengejarkan Fayyadh ke Hospital berdekatan iaitu Hospital Seberang Jaya. Tiba di bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya, Fayyadh masih mampu bergerak untuk melangkah keluar dari kenderaan malangnya beliau tumbang akibat pitam ketika menolak untuk membuka pintu masuk Wad Kecemasan tersebut. Pembantu-pembantu hospital bergegas mendapatkannya dan Doktor dengan segera memberikan rawatan. Menurut Doktor yang bertugas degup jantungnya amat lemah pada ketika itu dan tindakan pantas mengejarkan Fayyadh ke Hospital telah menyelamatkan nyawanya. Bagaimanapun Fayyadh mulai sedar satu jam kemudian dan masih lemah ketika dilawati pada jam 2.30 pagi tadi. Menurut Doktor yang merawatnya pula, mereka akan melakukan ujian pada darah dan air kencingnya untuk megenalpasti apakah bahan yang telah disuntik kepada Fayyadh itu. Tangan yang telah disuntik masih lemah dan sukar untuk digerak hinggakan untuk membuka telapak tangannya untuk dirakamkan gambar memerlukan bantuan. Perhatikan kesan tusukan atau suntikan ini, biarpun kecil dalam masa kurang dari dua jam mampu menumbangkan seorang pemuda. Dalam nada yang amat lemah beliau berkata "Apalah yang mereka mahukan lagi……" Siapa sasaran sebenar disini Fayyadh atau Datuk Seri Wan Azizah??? Bayangkan jika Fayyadh yang memandu kenderaan yang membawa Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Ilham dan suamimya Mohd Rezza tiba-tiba pitam semasa memandu.. apa yang akan terjadi? Berikut adalah laporan Polis, sila klik image untuk melihat dengan lebih jelas. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan