Jumaat, 6 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Perhimpunan 901: Syarat-syarat dari Polis kepada Penganjur.

Posted: 06 Jan 2012 07:58 AM PST


Syarat yang ke enam yang ditetapkan oleh Pihak Polis untuk membolehkan Himpunan 901 ini diadakan ialah "Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah."


Dengan syarat tersebut bagaimanakah agaknya 100,000 orang yang disasarkan oleh Pakatan Rakyat boleh berada di parking komplekas Mahkamah Jalan Duta itu??

errr.. kita dah kena tipu kah?

Baca laporan ni dulu..

PETALING JAYA 6 Dis : Pakatan Rakyat tetap mensasarkan kehadiran 100 ribu penyokong pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini, bagi menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan juga bersetuju untuk menyusun gerakan bagi memastikan jumlah kehadiran itu dapat dicapai.

Beliau turut memberikan jaminan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan yang akan diadakan di perkarangan luar komplekas Mahkamah Jalan Duta itu, akan berlangsung dengan aman.

"Polis benarkan untuk berhimpun, ini merupakan kejayaan awal Pakatan dan saya yakin dengan pengalaman kita hampir 12 tahun mengendalikan perhimpunan, ia akan berjalan dengan lancar dan aman," kata Azmin - Keadilandaily


Syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Polis disiarkan di Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Jumaat, January 6, 2012 jam 6:58pm

PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :

1- Penggunaan risalah / banner dengan tagline 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2- Penggunaan pembesar suara selain daripada 'loud hailer' TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3- Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5- Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8- Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Mesej dari Twitter Naib Presiden PKR, N Surendran yaang turut menghadiri pertemuan pagi tadi..

@nsurendrann Police broke their word by imposing 10 conditions tonite on 901 rally- not agreed by us

@nsurendrann Polis mungkir janji dengan mengenakan 10 syarat malam ini berhubung himpunan 901- tidak dipersetujui dengan kita


Hmmm.. Kita kena tipu rupanya..

Siapa conteng 'UMNO BABI' kat bangunan UMNO Kedah ni?

Posted: 06 Jan 2012 04:05 AM PST


Dulu semasa PRK Permatang Pauh, ada kejadian bendera BN dibakar.. seperti biasa dengan sepantas kilat pencacai UMNO dan pemimpin mereka meletakkan perbuatan tersebut kebahu PKR yang bertanding disitu kononnya perbuatan tersebut telah dilakukan oleh Ahli-Ahli PKR.


Padahal kisah sebenarnya ialah bendera UMNO/BN itu telah dibakar oleh petugas UMNO/BN sendiri yang kecewa setelah apa yang dijanjikan oleh beberapa pemimpin UMNO/BN tempatan diawal kempen PRK tersebut tidak ditepati.

Begitu juga setelah berakhir PRK tersebut, tersebar pula berita bangunan UMNO di Tanah Liat telah dipecahkan cerminnya oleh penyokong Pakatan Rakyat yang terlalu gembira dengan kemenangan DSAI dalam PRK itu..

Bila diselidik.. kisah sebenarnya ialah ianya telah dipecahkan oleh beberapa orang ahli sebuah pertubuhan yang dijemput membantu UMNO/BN dalam PRK tersebut..

Dinding-dinding kaca bangunan tersebut telah dipecahkan kerana wakil pertubuhan tersebut mendakwa mereka telah ditipu oleh pemimpin UMNO/BN di situ.. dimana jumlah yang ditawarkan semasa mereka dijemput adalah tinggi dan ianya jauh berbeza dengan jumlah yang mereka dapat..

Itu belum lagi kisah sekumpulan Mat Rempit dianiayai oleh beberapa pemimpin UMNO/BN tempatan..

Dan hari ini.. bila timbul berita beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dengan kata-kata BABI, Rosmah Bodoh, Najib Bodoh, UMNO BABI dan UMNO BODOH , penyokong Pakatan juga yang dipersalahkan ini kerana menurut pencacai-pencacai UMNO ianya terbukti dengan adanya perkataan Anwar 901.


Yang hairannya bangunan tersebut dikawal oleh Pengawal Keselamatan.. pukul 6.15 pagi baru pengawal tu sedar.. takkanlah sampai diconteng depan pintu pun tak sedar kot.. tengok gambar kat bawah..


Kah..kah..kah.. aku kata pencacai UMNO bodoh karang.. ada pulak yang marah.. tapi memang bodoh pun.. tak ada cara lain dah nak provoke ke?







Conteng Tengah Malam Kerja Orang Penakut – UMNO Kedah

ALOR SETAR, 6 Jan – Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan "Bebaskan Anwar" dan "Gerakan 901″.

Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Bangunan UMNO Padang Terap di Kuala Nerang dan bangunan UMNO Kubang Pasu di Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab yang menyembur perkataan serupa.

UMNO Kedah membuat laporan polis di Balai Alor Setar, Kuala Nerang dan Jitra, pagi ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata UMNO Kedah sangat kesal dengan perbuatan vandalisme berunsur provokatif itu.

"Orang penakut sahaja yang sanggup melakukan perbuatan menconteng ini," katanya yang mencabar golongan ini bersemuka dengan UMNO secara berdepan dan bukan dengan cara menconteng bangunan pada waktu malam.

Pengurus Harta UMNO Kedah, Salleh Saad, berkata beliau menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan pada 6.15 pagi ini berhubung perbuatan itu yang dipercayai dilakukan antara 3.30 pagi dan 5 pagi tadi.

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menganggap perbuatan itu dilakukan orang biadab yang sakit hati.

Beliau bersama Ketua Polis Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad meninjau bangunan yang menjadi sasaran kumpulan tersebut.

Di Jitra, laporan polis berkaitan perbuatan itu dibuat oleh pemandu van UMNO bahagian Kubang Pasu, Shahrizal Saidin di Balai Polis Jitra.

Naib Ketua UMNO bahagian, Zulfitri Yaacob berkata Shahrizal tiba di pejabat pada 8 pagi dan mendapati van UMNO serta bangunan dan beberapa kenderaan yang diletakkan berdekatan bangunan UMNO Kubang Pasu disembur dengan perkataan-perkataan serupa di bangunan UMNO lain - UMNO Online

Umi Hafilda kata Anwar bukan nak jadi PM tapi Presiden.. Betoi ka?

Posted: 06 Jan 2012 01:13 AM PST


Aku tak berapa pasti samada perempuan ini buat lawak atau sudah tak siuman.. dia kata kononnya dia tahu Anwar akan melantik dirinya sendiri sebagai Presiden dan Azmin pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika PR berjaya menghuru-harakan negara ini??


Bongkar 'rahsia dalam selimut' Anwar, Azmin


KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali terus membongkar 'rahsia dalam selimut' yang melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Azmin Ali sekiranya, Pakatan Rakyat (PR) terus melakukan provokasi untuk menghuru-harakan negara ini.

Dakwanya, ia berikutan tindakan mereka yang semakin jelas cuba menghancurkan institusi Raja dan menggesa Raja-raja Melayu menarik balik gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar.

"Sekiranya perancangan itu berjaya, Anwar berjanji akan dilantik dirinya menjadi Presiden dan Min (merujuk panggilan manja Anwar kepada Azmin) sebagai Perdana Menteri. Perkara ini berjaya dilaksanakan sekiranya, Majlis Raja-raja dihapuskan dan mereka akan berbuat demikian atas alasan kehendak rakyat.

"Saya tahu mengenainya dan perancangan pemimpin PR ke arah ini. Malah, Anwar berjanji melantik Min sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri. Untuk itu saya menggesa raja-raja Melayu menarik semula panggilan Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar," katanya.

Pada sidang media itu, beliau berkata, PKR tidak jujur dengan sahabat dalam PR kerana menjadikan Pas dan DAP sebagai 'kuda tunggangan' untuk memenuhi hajat ke Putrajaya dan kedua-dua parti itu pula mempergunakan PKR untuk mendapat sokongan rakyat.

Sinar Harian

Himpunan 901 : Polis Benarkan, JAKIM haramkan?

Posted: 06 Jan 2012 12:31 AM PST


KUALA LUMPUR, 6 Jan — Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sambil menyifatkan penganjur mahu gunakan langkah itu untuk menimbulkan "huru-hara dalam negara."


Teks khutbah khas bertajuk "Cinta Negara" yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut mengatakan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan boleh melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat sehingga membawa tanggapan kepada dunia Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan aman.

"Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan umat Islam di antaranya termasuklah melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan sama ada melalui media massa dan alam siber.

"Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini, mereka mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan," kata teks khutbah yang dibacakan di semua masjid di Wilayah Persekutuan.

Kata khutbah itu lagi, penganjur melalui perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan mahu menyemai perasaan tidak puas hati kepada pemerintah negara yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah.

"Mereka bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan, mengheret rakyat ke jalanan, menjadikannya sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan," katanya.

Tegas khutbah itu, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan telah melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam lain dan keamanan negara.

"Percayalah bahawa demonstrasi jalanan yang mengamalkan kekerasaan dan kekacauan merupakan amalan yang dipolopori oleh golongan yang bersifat ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Justeru kata khutbah itu, umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara diseru agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

"Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan mereka yang ingin menghuru-harakan keamanan negara, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan umah.

"Janganlah kita menjadi seorang Muslim yang mencetuskan kekacauan, melakukan rusuhan, mengadu-domba sesama kita," katanya.

Khutbah Jumaat ini muncul selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan aman bagi menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

"Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain.

"Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan," kata khutbah Jumaat itu lagi.

The Malaysian Insider

Gambar: Lautan Manusia membanjiri Machang mendengar amanat Anwar..

Posted: 05 Jan 2012 08:12 PM PST


Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat.


Kira-kira 40,000 orang ramai yang datang dari segenap penjuru di Kelantan untuk mendengar amanat dari tokoh yang didoakan bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia




Sejak dari Asar lagi orang ramai terutamanya dari Gua Musang, Jeli dan termasuk dari Terengganu sudah mulai memenuhi padang MDM. Cuaca yang cerah tanpa hujan tambah menarik minat orang ramai untuk mengikuti amanat Anwar.

Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati Anwar bagi menghadapi 9 Januri, tetapi beliau seperti biasa terus membakar semangat rakyat dan memberi harapan agar terus berjuang dan melawan untuk menjatuhkan UBN.


Katanya dirinya tidak penting yang penting rakyat dan UBN mesti dijatuhkan untuk memastikan rakyat selamat. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan dan pengkayaan kroni di dalam Umno hendaklah di tentang habis-habisan.

Bagi dirinya, katanya dia akan bersama rakyat walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Malam kelmarin katanya beliau bersama keluarga sudah berbincang untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

"Kami berbincang dan keluarga memutuskan agar saya menghadapinya tanpa melarikan diri... bagi mengelakkan diri di penjara," katanya penuh semangat.

"Iya saya mengambil keputusan untuk bersama rakyat walaupun apa akan terjadi," katanya disambug dengan laungan dan takbir.


Keputusan itu menjelaskan bahawa Anwar sudah membuat perhitungan rela mati kerana memperjuangkan keadaan kepada rakyat dan meruntuhkan sistem pemerintah UBN yang zalim dan tidak adil.

Dengan gaya seorang pidato bebas tanpa duduk di restrom dan bergerak ke segenap penjuru pentas Anwar sekali lagi mengulangi komitmen Pakatan Rakyat terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara.

Katanya sekiranya Pakatan Rakyat diberi kemenangan, segala keperluan rakyat yang terdesak kini dan tidak dapat diatasi oleh kerajaan UBN seperti masalah kenaikan harga barang, pengangguran akan diatasi.

"InsyaAllah kalau hari ini kita menang, esok juga kita akan turunkan harga petrol", katanya di sambut laungan takbir Allahuakbar.

"Sekiranya kita menang kita akan tuntut royalti minyak supaya dikembalikan ke Kelantan," sambugnya, sekali lagi disambut dengan gemuruh oleh para hadirin. Di celah-celah sambutan itu terdengar jeritan dan pekikkan tumbang kan Umno pengkhinat.

Dalam pidato selama kira-kira 45 minit itu Anwar mengajak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan gula-gula atau sogokan kewangan oleh Umno. "Anak muda jangan mudah terpengaruh dengan wang RM50 sehingga menggadaikan maruah negara," pesannya.

Sebelum Anwar, turut menyampai ucapan Pengerusi Perhubungan PKR Kelentan Abdul Aziz Kadir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan Nasruddin Daud yang mengganti Tok Guru yang sepatutnya hadir tetapi terpaksa membatalkan kerana kurang sihat.

Semua pemimpin PKR peringkat cabang dan negeri hadir.

Turut sama kelihatan di pentas Angoota Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdulah, Adun Gaal, Dr Nik Maziah Nik Mohamad dan lain-lain


Sebelum tiba di MDM Anwar telah mengadakan pertemuan dan berdialog rengkas dengan para mahasiswa dan juga blogers bertempat di Darul Quran di Labak. Anwar sempat memberi penjelasan kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan termasuk mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau di penjara.

Kata Anwar tanggapan Pakatan Rakyat akan berpecah dan hancur sekiranya beliau di penjara adalah tidak benar kerana Pakatan Rakyat diwujud atas ikatan perjuangan bersama. "Kita ada ikatan dalam pakatan sebab itu ia tidak mudah untuk dipecahkan," katanya.


Dalam kesempatan itu juga Anwar telah mengujungi veteran Pas Kelantan yang juga bekas pemimpin Kelantan dan Exco kerajaan negeri Ustaz Yahaya Othman yang kini agak keuzuran.

Yahya juga merupakan kawan Anwar semasa sama-sama di dalam Abim dan mereka adalah di antara perwakilan dari Malaysia yang sering diundang oleh gerakan dakwah sedunia menghadiri seminar atau forum antarabangsa






Sumber laporan dan gambar : Jalan Pulang dan Naim Nikmat

Amaran dari Ibu Nur Amalina Che Bakri.

Posted: 05 Jan 2012 07:02 PM PST


Belum pun reda isu kononnya pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri mengalami kejutan budaya, gadis 23 tahun itu itu dieksploitasi pula menerusi akaun Facebook palsu.


Kehadiran akaun palsu itu, dikesan aktif pada 2 Januari lalu, selepas Nur Amalina menutup akaunnya.

Ibunya, Sabariah Hassan, 52, menyedari mengenai akaun palsu tersebut, selepas dimaklumkan Amalina menerusi Skype.

"Ada dua akaun menyamar menggunakan nama Nur Amalina Che Bakri dan Amalina Che Bakri.

"Saya beri amaran kepada penyamar untuk menutup akaun ini dalam tempoh tiga hari. Jika tidak, saya laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.

"Memang saya kesal, memainkan nama dan maruah anak saya", katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sabariah tidak mahu orang ramai keliru kerana anaknya kini, tidak lagi mempunyai akaun Facebook, selepas insiden gambar peribadinya dimuat turun ke laman web dan didakwa liar, selain gagal dalam pelajaran.

Nur Amalina menjadi sebutan berikutan kejayaannya memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.

Bagaimanapun, isu peribadi beliau menjadi bualan, selepas tersebar gambar menunjukkan beliau tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kononnya kelihatan 'liar', berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.

"Ina seorang penyabar dan baik. Saya tidak mahu berita mengenainya disensasikan, biarpun saya yakin ia tidak akan menggugat pengajiannya.

"Saya kesalkan, mengapa dia diperlakukan sebegitu? Apa kesalahannya?," katanya.

Sabariah berkata, akaun Facebook dengan nama Nur Amalina Che Bakri telah lama wujud, namun ia hanya mengambil keratan akhbar kejayaan anaknya.

Namun, akaun menggunakan nama asal Nur Amalina sebelum ini yang telah memaparkan gambar peribadinya.

Nur Amalina sedang menyambung pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland, di dua bidang ijazah, iaitu perubatan dan sains farmakologi, ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia dan bakal menamatkan pengajiannya November tahun depan.


Sinar Harian

Salahguna Wang Zakat : Siapa BOHONG? Jamil Khir atau Ketua Audit Negara?

Posted: 05 Jan 2012 06:48 PM PST


PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini mahu Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang segera memberi penjelasan tentang penyelewengan dan salah guna kuasa RM63,650 wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi menguruskan kes tuntutan qazaf oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam memorandumnya kepada Ambrin, Jingga 13 mohon penjelasan berikutan penafian Jamil Khir yang dianggapnya sebagai memperlekehkan kredibiliti dan integriti Jabatan Audit Negara.

Memorandum itu diserahkan oleh Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa kepada Pegawai Khas Ketua Audit Negara Jamilah Jais di Putrajaya petang tadi.

Fariz berkata walaupun tidak menafikan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu sudah dikembalikan semula, namun yang dipertikaikan adalah wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap wang zakat selama hampir 11 bulan (Februari – Disember 2010) yang cuba dinafikan oleh Jamil Khir malah kini memutarbelitkan kenyataan dan fakta.

"Pada 21 Jun tahun lalu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

"Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada 21 November tahun lalu juga telah mengesahkan perkara yang sama tetapi semua ini dinafikan Jamil Khir," katanya.

Laporan Audit mendedahkan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali telah meluluskan bayaran interem berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010 .

Bayaran ini diluluskan pada 9 Februari 2010 menggunakan peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran Kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Pada 29 April 2010, MAIWP telah membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 ( termasuk perbelanjaan pelbagai berjumlah RM650) menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu. Bayaran ini dibuat apabila menerima laporan daripada Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir setelah kes selesai.

Namun Jamil Khir menafikannya malah memberi alasan bahawa setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: