Anak Sungai Derhaka |
- Kenapa Anwar tak mahu bersumpah?
- Video : Temubual khas bersama DSAI sebelum 901
- Polis tidak mengharamkan Perhimpunan 901?
- Penjelasan dari Nur Amalina Che Bakri (Video Inside)
- Jamil Khir ‘tidak tahu’ projek jalan RM270 Juta Perkim
Kenapa Anwar tak mahu bersumpah? Posted: 05 Jan 2012 08:32 AM PST Walaupun beliau sedar tindakan mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya... kenapa? bacalah penjelasan dari DSAI sendiri.. "Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah," tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama. Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam. Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini. Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama. "Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah. "Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar," katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online. Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam. "Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah. "Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam," katanya. Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku "Qazab" untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah. "Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat. "Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun," katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan - Sinar Harian Pencacai UMNO kalau nak komen.. sila tengok video dibawah ni dulu.. |
Video : Temubual khas bersama DSAI sebelum 901 Posted: 05 Jan 2012 06:34 AM PST |
Polis tidak mengharamkan Perhimpunan 901? Posted: 05 Jan 2012 03:56 AM PST Dalam satu kenyataannya yang dipetik oleh The Star, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengatakan Pihak Polis tidak akan mengharamkan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Januari di Mahkamah Tinggi tetapi tetapi meminta pihak penganjur untuk berunding dengan mereka untuk menentukan tempat yang sesuai... Justeru pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan PKR esok pagi untuk membincangkan perkara itu. "Kita tidak melarang..kita tidak mahu dianggap berbuat demikian. Kami cuba mahu perhimpunan diadakan di tempat yang sesuai," kata beliau. Tan Sri Ismail terkilan dengan laporan pelbagai pihak sedang menghimpunkan orang ramai di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin depan. Beliau memberi amaran polis akan melakukan apa yang perlu untuk menjamin keselamatan awam. "Polis sentiasa bersedia menjamin keselamatan awam dan harta benda..kita akan bertindak sebagaimana yang diperlukan," kata beliau. "Kita akan menasihatkan orang ramai untuk bersurai dan jika mereka enggan, kita akan mengambil langkah-langkah menyuraikan jika keadaan memerlukan tindakan sedemikian," tegas beliau. ****************************************** IGP says Jan 9 rally not banned, but wants 'proper' venue By Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, Jan 5 — Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar gave his word today that police won't ban the January 9 rally at High Court, but has asked the organisers to negotiate with them on a suitable venue. "We are not disallowing the gathering and do not want to be viewed as such, we only want the gathering in a proper place," he was quoted by The Star as saying. "I have told the city police chief to call upon the organisers of the rally to discuss a proper place to meet for a gathering," he added. Ismail (picture) said he was aware of efforts to rally crowds of people near the Jalan Duta High Court this Monday, the same time judge datuk Mohd Zabidin Mohd Diah will deliver a decision on Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy charge. "In light of this, the police are ever ready to ensure the safety and security of the public and property, especially if it involves public order and safety of the nation. We will respond to the situation accordingly. "We will advice the crowds to disperse and if they do not heed our advice, we will use various elements of crowd dispersal if the situation requires it. He called on the public to be mature and objective, regardless of the outcome of the High Court verdict. "I urge the public not to disrupt public order and national safety. Please act according to the law. Our police on duty will be fair and just," he said. PKR's deputy president Azmin Ali announced on Tuesday that Pakatan Rakyat (PR) will be amassing a rally of over 100,000 people in a show support for Anwar next Monday when the High Court delivers its decision for Sodomy 2. Anwar, 64, is charged with sodomising former male aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan at a condominium in upscale Damansara Heights in June 2008, a few months before returning from a decade in the political wilderness and winning back his Permatang Pauh parliamentary seat. This represents the second time he has been prosecuted for sodomy. If found guilty, he could spend up to 20 years behind bars but will escape the caning penalty as he is over 60. It would effectively spell the end of his political career and his chance to be prime minister. The Malaysian Insider |
Penjelasan dari Nur Amalina Che Bakri (Video Inside) Posted: 05 Jan 2012 01:02 AM PST Kecoh apabila pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dikatakan mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan "legging" dan bergambar dengan seorang lelaki mula tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog. Amalina, 24, yang memperolehi 17 A1 dalam SPM yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah apabila gambarnya menunjukkan dia kini mengenakan pakaian yang menjolok mata dan dilihat telah berubah apabila berada di Universiti Edinburgh, United Kingdom selama lapan tahun. Bagi menjawab persoalan tersebut, sekumpulan wartawan telah pergi ke kediaman ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di Kota Tinggi untuk menemuramah Amalina dengan menggunakan sidang video Skype. Dalam sidang video selama 45 minit itu, Amalina mengakui dirinya sedikit tertekan dengan perkara tersebut, namun begitu, dia tidak mudah melatah apabila terus menghubungi ibunya untuk mendapatkan pandangan. "Saya terus hubungi ibu, saya sudah lali, namun begitu, perkara itu adalah tidak benar, itu hanya cerita negatif ... saya tidak boleh menutup mulut orang untuk bercakap. "Saya hanya jadi diri saya dan terima segala pandangan negatif itu," katanya yang pernah dikaitkan dengan isu yang mengatakan dirinya gagal dalam peperiksaan dan pulang senyap-senyap ke tanah air. Mengulas berkenaan isu memakai "legging" yang dikatakan menampakkan kulitnya, Amalina menjelaskan, "legging" berkenaan merupakan pemberian ibunya dan gambar tersebut diambil ketika mereka bercuti di Paris dua tahun lalu. "'Legging' itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris. "Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya," jelasnya. Menjawab pertanyaan berkenaan gambarnya dengan seorang lelaki, Amalina menjelaskan, "itu adalah rakan karib saya, ibu kenal dia, gambar itu diambil semasa majlis hari jadi saya. "Sebenarnya ada lagi seorang rakan perempuan saya dalam gambar, tetapi telah di 'crop'," katanya. Tambahnya, perkara itu merupakan tindakan yang salah dan bertujuan untuk mengaibkan dirinya, malah, Amalina sendiri turut berterima kasih kepada pihak yang melakukan perkara itu. "Memang ini saya yang sebenar, saya suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah sejak kecil lagi. "Mungkin timbul salah faham berikutan penampilan saya yang kerap bertudung di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi, sedangkan di rumah atau bersama keluarga, saya tidak bertudung," katanya lagi. Amalina juga menyatakan, dia bersedia menerima teguran bagi membaiki dirinya, dan akan menjadikan perkara ini sebagai tauladan kepada dirinya pada masa hadapan. "Janganlah menilai seseorang kerana penampilan luarannya sahaja, saya tahu batasan saya, ibu sudah ajar batasan agama yang perlu. "Kalaulah Amalina terpengaruh dengan budaya Barat, dah lama Amalina jatuh, pelajaran entah pergi ke mana," tambahnya dan memohon agar mereka yang menyebarkan gambar-gambar peribadinya itu membuang gambar tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya. "Ini akan menjadi tauladan buat Amalina, segala teguran akan saya jadikan sebagai panduan, tetapi janganlah babitkan ibu bapa," katanya lagi mengakui terdapat komen-komen yang mencalarkan hatinya berhubung penyebaran gambar-gambar akaun Facebook miliknya itu - The Malaysian Insider ****************************************** Berikut pula adalah laporan dari Harian Metro Saya tetap Melayu Islam' KOTA TINGGI: "Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif 'mat salleh'. "Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup," kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap. Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video 'Skype' selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam. Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu. Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya. "Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung). "Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri. "Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan," katanya. Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya. Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain. "Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud 'bersosial' dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian. "Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. "Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat. "Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif," katanya. Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah. |
Jamil Khir ‘tidak tahu’ projek jalan RM270 Juta Perkim Posted: 05 Jan 2012 12:44 AM PST Jamil Khir Toyo yang merupakan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang menjaga hal ehwal Islam mendakwa beliau tidak tahu menahu akan kewujudan projek misteri bernilai RM270 Juta yang melibatkan PERKIM. Jamil Khir 'tidak tahu' projek jalan Perkim KUALA LUMPUR, 5 Jan — Menteri berkaitan hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata beliau tidak tahu menahu berkenaan penglibatan Perkim terhadap projek pembinaan jalan bernilai RM270 juta, dengan mengatakan pihaknya tidak pernah mengetahui berkenaan perkara itu sebelum ini. Naib Presiden Perkim II, Prof Emeritus Datuk Ariffin Suhaimi, 74, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, yang merupakan ahli Perkin, dituduh pecah amanah pada 27 Dis 2011, yang melibatkan RM3.7 juta yang diberikan kepercayaan kepada mereka sebagai wang pertimbangan untuk menaik taraf jalan Lapangan Terbang Subang ke Sungai Buloh antara April 2002 dan April 2004. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak memberikan butiran lengkap berkenaan kes tersebut kecuali menuduh ketiga-tiga mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam. "Saya tidak tahu tentang perkara ini, saya perlu semak, saya tidak pernah dengar berkenaan perkara ini," kata Jamil Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider selepas merasmikan majlis di Institut Kefahaman Islam di sini. Tambahnya, perkara itu bukan berada di bawah bidang kuasanya sebelum bergegas untuk makan tengah hari. Perkim merupakan sebuah pertubuhan kebajikan untuk saudara baru yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman, pada 1960. Pertubuhan tersebut sekarang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini. Fasa pertama projek berkenaan diserahkan kepada Perkim (Damansara Utama)-Rira Bina Sdn Bhd JV pada 11, 2003, oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bernilai sekitar RM130 juta, menurut laman web Badan Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB). Fasa kedua kemudiannya diberikan pada 2 Ogos 2006 dengan sejumlah RM139.5 juta. Jarak jalan yang terlibat sejauh 13.5km. Pada masa itu, Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Menteri Kerja Raya. Beliau memegang jawatan berkenaan sejak 1995 hingga 2008. Bekas Presiden MIC itubagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan. Jabatan Kerja Raya masih lagi belum membuat kenyataan kepada The Malaysian Insider berkaitan status lengkap projek tersebut. Ia sepatutnya disiapkan pada 9 Oktober, 2008, kira-kira tiga bulan daripada tarikh asal pembinaan. Naib Presiden Perkim I, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak tahu berkenaan cawangan daerah diberikan projek dalam skala besar kerajaan. Bekas Menteri Besar Perlis itu pada 29 Disember berkata, bahagian berkenaan dibenarkan untuk mendapatkan dana, tapi tidak digalakkan terlibat dengan perniagaan utama. Menurutnya, dia baru pulang dari luar negara dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ariffin dan Dr Mahathir berhubung kes tersebut. Namun begitu, Pengerusi Perkim, Datuk Dr Abu Bakar Shaari berkata, cawangannya dibenarkan membuat kerjasama seperti Perkim Damansara Utama asalkan mereka "mendaftar kepada kerajaan". Pengerusi Perkim Selangor Datuk Mohd Yasin Taib berkata, cawangannya itu dibenarkan untuk "melakukan apa sahaja aktiviti" bagi meraih dana, selagi ianya tidak melanggar undang-undang. Namun begitu, skala RM270 juta projek jalan tersebut jauh daripada dana kebajikan seperti mencuci kereta mahupun menjual buku. Pihaknya turut tidak mengetahui berkenaan cawangan Damansara Utama tersebut dan menyatakan terdapat banyak cawangan badan tersebut di Selangor. Persoalan bagaimana Rira Bina Sdn Bhd terlibat dan hubungannya dengan Perkim Damansara Utama masih menjadi persoalan. Beberapa panggilan telah dibuat terhadap pihak yang mempunyai kaitan masih lagi belum mendapatkan penjelasan. Panggilan ke cawangan Pulau Pinang pula dijawab, tetapi mereka berjanji akan memberikan jawapan berhubung perkara itu The Malaysian Insider, namun masih lagi belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan. Menurut laman web CIDB, syarikat berkenaan mempunyai pengkhususan dalam projek pembinaan jalan dan juga kerja-kerja kejuruteraan awam. Namun begitu, Ketua Perhubungan Pemuda Umno, Datuk Seri Rizal Merican menegaskan adalah mematuhi undang-undang sekiranya sebuah syarikat bergabung dengan NGO untuk mendapatkan projek kerajaan, dan menegaskan ianya perlu bagi memastikan kualiti kerja tersebut. Tambahnya, sekiranya terdapat konflik, kerjasama sedemikian adalah tidak digalakkan. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan