Selasa, 3 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Respon Nur Amalina Che Bakri

Posted: 03 Jan 2012 08:26 AM PST


Respons Nur Amalina di facebook miliknya berikutan tersiarnya gambar-gambar miliknya yang jelas memperlihatkan akan kejutan budaya yang diterimanya hinggakan telah mengubah dirinya dari seorang gadis bertudung kepada sebaliknya..


Tulisnya dilaman facebook miliknya "I don't care what people say about me as I wear my pain everyday.

Maknanya "Saya tak peduli apa orang lain kata tentang saya...

Ikut cara budaya barat yang bebas tanpa ikatan peraturan dan hukum dikatakan yang hidup yang cool yang digambarkan Nur Amalina Che Bakri yang meluas tersebar di internet.

Nur Amalina pelajar cemerlang memperolehi 17A keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 rekod pendidikan Malaysia yang diumumkan March 2005.

Amalina telah ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan mengajian perubatan peringkat Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.

Namun menghadapi kegagalan kali kedua pengajian perubatannya di universiti Edinburgh.

Gadis melayu Sufiah genius Mathematik jadi pelacur, Aarif genius pun jadi berkahwin GAY, yang ni genius SPM 17A dah jadi begini... Apa la silapnya... Hurm...Biar orang bodoh dihantar keluar negara balik boleh jadi pandai. Orang genius jangan dihantar ke luar negara jadi teruk sebab belum tentu baik.. sebagai teladan.

Di zaman digital dan di era twitter, facebook, blog yang kini semakin meluas ke segenap kota dan desa meliputi peringkat umur tau dan muda, seharusnya kita semua perlu berwaspada. Malah jika tiada semua pun, sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha mengetahui apa juga yang kita lakukan dan Allah berhak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - samada untuk memuliakan atau menghinakan.

Itulah KEBENARAN semua orang tidak menafikan dan gambar disiarkan bukan bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan peribadi malah bertujuan supaya Nur Amalina bertaubat dan kembali kepada yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara lebih besar iaitu mendatang fitnah kepada umat Islam.

Allah tidak menzalimi kita tetapi sebaliknya kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

Allah s.w.t. telah memperingatkan:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
"Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). "[Asy-Syura: 30]

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan makna ayat di atas, "Musibah apapun yang menimpa kalian wahai manusia, penyebabnya tidak lain karena dosa-dosa yang kalian kerjakan." [Tafsir Ibnu Katsir, 7/208, cetakan Dar Thaybah 1420 H]


Selatan Online

Video : ‘Ceramah Khas’ buat wanita Umno oleh Auntie Bersih

Posted: 03 Jan 2012 07:15 AM PST


Saksikan sekumpulan Wanita Umno tersengih-sengih mendapat 'ceramah khas' dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, 'Untie Bersih' di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.


‘Ceramah Khas’ buat wanita Umno oleh Auntie Bersih

Posted: 03 Jan 2012 05:54 AM PST


Sekumpulan Wanita Umno mendapat 'ceramah khas' dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, 'Untie Bersih' di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.


Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.

"Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman," kata Annie.

Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan 'mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada'.

Manakala seseorang menyampuk dengan berkata 'tengok videolah, video ada, ada bukti. Jangan jadi lembu'.

Ceramah ringkas Annie beberapa minit itu bagaimanapun tamat selepas wartawan mengerumuni beliau bersama kumpulan Wanita Umno terbabit.

Ketika ditemui wartawan, Annie bagaimanapun terkejut apabila diberitahu wanita Umno itu datang kerana mahu membuat laporan polis terhadap himpunan menyokong Anwar pada 9 Januari ini.

"Kes anak muda dipukul jauh lebih penting dari buat report itu. Sebagai wanita, mereka (Wanita Umno itu) sepatutnya memperjuangkan anak muda dan bukannya bersubahat dengan kerajaan sekarang yang berterusan menyekat kebebasan rakyat yang hanya berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat," tegasnya yang juga bekas guru.

Annie mula dikenali selepas beliau terlibat dalam himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Beliau hadir di balai itu bagi memberi sokongan moral terhadap mahasiswa yang membuat laporan polis akibat dikasari dalam insiden yang berlaku di UPSI, baru-baru ini.


http://www.keadilandaily.com/?p=25047

Afdlin Shauki sertai UMNO!! Langkah bijakkk..

Posted: 03 Jan 2012 01:40 AM PST


Hari ini Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. bagi aku ini satu langkah bijak olehnya..


Takkan korang dah lupa kot.. baru-baru ni dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, kan si Adflin Shauki ni dah mengutuk Rosmah Mansor habis-habisan.. sila lihat video di SINI

Jadi untuk menyelamatkan periuk nasi jalan terbaik baginya ialah dengan menyertai UMNO.. takkanlah Rosmah nak marah dan sekat Ahli UMNO dari mencari makan kot…

Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik Serah Borang Jadi Ahli UMNO


KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun salim Bachik.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan 'double standard' kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO.

"Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.

"Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan," ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO.

Pendapatnya itu disokong sepenuhnya oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bacik.

Menurut Harun, penilaian seharusnya dibuat terhadap hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli UMNO.

"Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

"Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk UMNO kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO," terangnya. - MediaUMNO

Demo UPSI: Polis cuma ulang skrip lama - Mat Sabu

Posted: 03 Jan 2012 12:49 AM PST


KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad.

Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.

"Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad.

Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.

Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.

"Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad.


Harakahdaily

Skandal Fidlot: 80 peratus kertas siasatan sudah selesai?

Posted: 02 Jan 2012 10:29 PM PST


KUALA LUMPUR, 3 Jan — Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini mengesahkan siasatan pasukan berkenaan terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) sudah "80 peratus selesai".


Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dan pendakwaan dilakukan.

"Siasatan terhadap skandal NFC sudah 80 peratus siap, beri kami sedikit masa lagi, kami perlu melakukan 'wrap up' sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Ketua Hakim Negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Perkembangan terbaru skandal yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat ini adalah pendakwaan terhadap seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan JSJK semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan JSJK yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.


The Malaysian Insider

UPSI sekat Youtube, facebook dan ugut Siswi yang ditahan Polis

Posted: 02 Jan 2012 07:12 PM PST


Tanjong Malim, 2 Jan : Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nurul Piteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.


Menurutnya yang juga lebih dikenali 'Yuyu Luna' di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

"Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).

"Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

"Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.", ceritanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut 'bar exam'

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

"Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.."

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

"Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas" yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan."

"Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku."

UPSI sekat youtube, facebook


Sementara itu, dalam isu berasingan, satu maklumat diperoleh menyatakan pihak pentadbiran UPSI telah menyekat laman sosial facebook dan youtube daripada diakses warga kampus berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sejak petang semalam itu dinyatakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq yang menerima beberapa aduan dan laporan daripada penuntut UPSI.

"Saya terima laporan mengatakan sejak petang semalam, warga UPSI tidak dapat buka facebook dan youtube.

"Saya yakin semua itu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di perkarangan pintu masuk UPSI pagi semalam."

"Dan saya gesa pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan terperinci atas tindakan yang dilakukan.", ujarnya dalam satu kenyataan. - GZDaily

Video: Sidang Media Safwan Anang tentang tragedi di UPSI..

Posted: 02 Jan 2012 09:41 AM PST


Dengarkan pengakuan dari Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang yang mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang ketika polis meleraikan perhimpunan mereka yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi semalam.


Dalam insiden itu beliau mengalami kecederaan di bahagian muka dan mulut berkata,katanya ketika kejadian, beliau hanya ingin membantu rakannya yang ditahan pihak polis.

Dengarkan juga apa kata ibu mertuanya sendiri..

Tiada ulasan: