Ahad, 1 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video detik cemas Mahasiswa mula dibelasah Polis..

Posted: 01 Jan 2012 04:44 AM PST


Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan anggotanya tidak bergelut dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu tetapi kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintu kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.


Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Laporan penuh sila baca di SINI

Dia boleh menafikan apa saja jika kita masih hidup bukan diera IT dimana hanya apa yang dibenarkan dicetak, itu yang kita baca..

Korang saksikan video ini.. saksikan pada minit ke 4:54 hingga ke 4:59, adakah benar Mahasiswa tersebut melanggar pintu kaca klinik?

Polis dakwa Mahasiswa cederakan diri sendiri.

Posted: 01 Jan 2012 04:12 AM PST


Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.


Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan, lapor The Star.

Menjelaskan keadaan malam tadi, katanya, kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintuk kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Beliau mengesahkan seramai 17 ditahan dan seorang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjung Malim.

Insiden malam tadi dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk kumpulan mahasiswa, pembangkang dan NGO yang mendakwa polis menggunakan kekerasan melampau dalam menyuraikan peserta.

Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam perhimpunan menuntut kebebasan akademik malam tadi dan mahasiswa kontroversi yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak -- Adam Adli Abdul Halim -- antara yang ditahan.

Menurut polis Perak juga, antara yang ditahan, hanya dua daripada UPSI dan selebihnya daripada universiti sekitar Lembah Klang.


Malaysiakini

Gambar : Mahasiswa parah dibelasah Polis, 17 termasuk Adam Adli ditahan

Posted: 31 Dec 2011 06:29 PM PST


TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.


Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.

"Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut.

"Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia.

"Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tegasnya - Harakahdaily

Penyelaras SAMM, Chegubard dan beberapa peguam mengesahkan bahawa polis telah membelasah mahasiswa yang membuat demonstrasi di luar pagar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pagi tadi.

Dalam mesejnya di Twitter, Chegubard menyatakan:

@chegubard: What the hell is going on , @PDRMsia ? "@partisosialis: Polis serbu dlm lockup tg malim. Sdng belasah mhsiswa dtahan"

Setakat ini, 17 mahasiswa ditahan dan ada yang sudah dikejarkan ke Hospital Slim River kerana patah tulang rusuk iaitu Safwan Anang!

Laporan dari Pulakdah

Sambutan tahun 2012 menjadi dimulakan dengan adegan pembantaian dan nyawa pelajar pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi membantah pihak UPSI dan menuntut keadilan sebenar diberikan kepada pelajar, bukan menuruti kemahuan pemerintah zalim yang takut dengan kebangkitan rakyat.

Pada sambutan tahun 2012 sebentar tadi, kira-kirar 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI telah diserang polis dan di angkut ke dalam trak. 9 mahasiswa kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke penjara Tanjung Malim. Mahasiswa yang ditahan ini kemudiannya telah dibelasah ketika di dalam tahanan polis.

Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012

Kesan dari pembantaian itu, Sdr Safwan Anang yang juga pengerusi BEBAS telah tidak sedarkan diri. Manakala Sdr Ahmad yang cedera juga telah mendapatkan rawatan dan dijahit di Hospital Tanjung Malim. Safwan pula telah dipindah dari hospital Tanjung Malim ke hospital Slim River dalam keadaan kritikal.

Antara berita yang terkini kami terima, Sdr Khalid Ismath juga antara yang ditahan polis.

Menyedari tindakan susulan daripada mahasiswa yang akan berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjung Malim untuk desak pembebasan rakan-rakan mereka. Pihak Polis telah membuat sekatan jalan bagi jalan-jalan yang menghala ke arah Balai Polis Tanjung Malim. Orang awam telah dihalang untuk melepasi sekatan jalanraya ini, dan hanya peguam yang dibenarkan.

Peguam-peguam yang ada di Balai Polis Tanjung Malim bagaimanapun masih tidak dibenarkan bejumpa (sehingga laporan ini ditulis) dan diminta menunggu dokumentasi yang sedang dibuat oleh polis. Peguam hanya akan dibenarkan berjumpa dengan mahasiswa yang ditahan dokumentasi lengkap.

Himpunan Protes AUKU & UPSI oleh SMM & BEBAS

Di saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!

Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa!

Keranda AUKU protes Najib Razak di UPSI!


Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH


Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU.


Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis, dibawa ke Hospital Slim River.


Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim...


Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012! Mahasiswa akan terus bangkit melawan!

Tiada ulasan: