ALHUSSEYN |
Posted: 31 Jan 2012 08:01 AM PST Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari berkata, beliau tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.Baca di sini Saya sangat setuju dengan kata-katanya, "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya. Apa sangatlah gelaran professor itu maka ianya perlu ditarik balik? Guru yang dah pencen tetap juga dipanggil 'Cikgu' oleh bekas murid-muridnya dan juga oleh masyarakatnya. Begitu juga pegawai tentera yang bersara; kekal dengan pangkatnya dengan tambahan 'bersara' pada hujungnya.Tidak ada siapa pun yang marah atau melarang menyebut atau disebutnya dengan gelaran demikian. Tetapi apa sangatlah gelaran prof ini maka pihak universiti berasa sangat perlu menghebuhkannya hingga buat kenyataan dalam akhbar? Perlu kita ketahui bahawa ramai 'Profesor' di universiti-universiti tempatan di Malaysia yang tidak mempunyai PhD tetapi dapat gelaran itu kerana dinaikkan pangkat ke Profesor. Sebab itu kita dapati Profesor yang telah siap PhD menjadikan diri mereka dikenali sebagai 'Prof Dr...' dan sebagainya. " Jadi, bila kita melihat 'Prof Dr', kita tahu bahawa orang itu adalah Prof dengan PhD manakala Prof polan tanpa 'Dr' orang itu tidak mempunyai PhD tetapi pakai ' Prof' disebabkan promosi. Maka jangan terkejut bahawa ramai ahli akademik tanpa PhD telah dinaikkan pangkat kepada profesor! Sebab itu universiti kita berlambak dengan profesor, sedangkan hakikatnya ramai yang sekadar 'Kucing Kurap' Ada juga yang kata mereka yang dapat tittle prof kerana kenaikan pangkat atau promosi adalah tukang ampu atau kaki bodek! Adakah spesis ini yang orang sebut-sebut sebagai 'Profesor Kangkong' ? Wallahua'lam, saya tidak berapa pasti. Kita tabik spring kepada mereka yang 'humble' - tidak berapa nak tonjolkan dirinya sebagai prof walaupun mempunyainya.Contohnya seperti dibawah. Walaupun Aziz Bari sudah tidak bertugas di universiti itu lagi, namun beliau terus berperanan mengajar manusia di alam sejagat. "Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya. Maka kita boleh teruskan memanggil beliau dengan tittle prof. Sememangnya beliau layak dengan tittle tersebut. |
Razak Baginda sudah dekati Islam ... Posted: 31 Jan 2012 12:00 AM PST Subky Abdul Latif,-Harakah. KATA Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya bahawa Dr. Abd Razak Baginda mengaku bahawa dia sedang mendekati politik Islam dan agama Islam. Alhamdulillah. Ia mengingatkan saya kepada Almarhum Tan Sri Nordin Saufee, pengasas dan pengarah ISIS yang pertama. Dalam satu majlis Hari Kemerdekaan Amerika, Tan Sri Nordin sengaja memberitahu saya bahawa dia sedang mempelajari dan mendalami Islam. Suatu yang baik, penghargaan saya kepadanya. Dia tidak sekadar menyampaikan maklumat itu saja, bahkan cuba meyakinkan saya bahawa dia beliau bersungguh mendekati Islam. Saya tidak tahu mengapa dia sampaikan perkara itu kepada saya dan adakah dia buat begitu juga dengan orang lain. Saya gembira dengan perkembangannya itu. Tetapi saya tidak bertanya, siapa gurunya? Guru amat penting bagi setiap penuntut Islam. Mestilah guru itu ulama yang diakui masyarakat tentang ilmunya, ibadatnya dan muamalatnya. Bukan saja dia mesti berguru kepada tok guru yang betul tetapi ilmu yang dipelajarinya itu mesti diredai oleh tok guru itu. Tidak sempurna mengajinya sekadar membuat penyelidikan dan kajian tanpa guru kerana mengaji tanpa guru sama seperti mengaji pada seteru Adam a.s. Kalau guru itu sekadar ulama muda UMNO, ia seperti tidak mengaji. Kalau orang bertanya, siapa pula saya? Guru saya ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sekalian ulama PAS. Maka kita boleh menghargai perkembangan Dr. Razak Baginda itu tanpa melupakan namanya telah dikaitkan dalam skandal seks dan pembunuhan Altantuya. Dia telah dibebaskan oleh mahkamah, tetapi mahkamah Malaysia adalah tidak berwibawa. Apakah maklumat baru tentangnya akan dapat membebaskannya dari pembabitannya dengan pembelian kapal selam dan pesawat pejuang Sukoi dari Rusia dengan keuntungan sekitar setengah bilion dan hubungannya dengan kes Altantuya? Jika dia bukan seorang Islam sebelum pembabitannya itu, apabila dia memeluk Islam maka dia adalah ibarat bayi yang baru lahir bebas dari sebarang dosa. Itu dari segi Islam tetapi dari sudut undang-undang dunia, entahlah. Apabila dia dibabitkan sebagai seorang Islam, maka pembabitan barunya dalam Islam tidak menjadikan dia sesuci bayi yang baru lahir. Tetapi langkahnya mendalami ilmu Islam sebagai addin dan menghayatinya boleh membawanya menjadi seorang yang soleh dan dapat membersihkan dirinya dari sebarang keterlanjurannya. Syaratnya dia mesti melalui syarat taubat yang ditentukan oleh Islam yang sedang dipelajarinya itu. Setiap orang Islam mesti mengalu-alu dan menggalakkannya untuk membuat kerja yang baik itu. Jangan pula ada prasangka kepadanya kerana dia sedang dan hendak membuat kerja yang baik. Insya Allah ilmu Islam yang diperolehinya nanti dapat memberinya jalan yang betul bagi menyelesaikan segala masalah yang berlalu bagi menjalani hidup yang baru. Cabarannya adalah besar. Dia mesti bersedia menjadi saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam dalam skandal besar yang ada sekarang. Tanpa ilmu Islam yang secukupnya tiada sesiapa sedia menjadi saksi yang jujur. Razak Baginda dipercaya sudah berada di landasan yang betul, apabila dia mula mempelajari ilmu Islam termasuk politiknya. Politik Islam yang paling releven sepanjang seabad lalu ialah yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau pula telah memahami segala yang disarankan oleh Jamaluddin Al-Afghani, Muhamad Abduh dan lain-lain. Razak kena dekati semua rangkaian gerakan Islam di seluruh dunia sekarang yang asas masing-masing bertolak dari Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna itu. Mengkaji dan mempelajari saja tidak cukup tanpa menyertai dan melibatkan diri. Para orientalis juga mempelajari Islam dari guru-gurunya sendiri. Bila ilmunya tidak menjadikannya Islam, maka ilmu Islamnya menjadi mereka bertambah sesat. Sebelum orientalis mempelajari Islam, ia sudah sesat. Apabila ia menguasai ilmu Islam, ia bertambah sesat dan menyesatkan. Justeru itu Dr. Razak cari jalan berguru dengan tokoh seperti Yusuf Qardawi dan sekutu-sekutunya yang ramai di England, di Mesir dan lain-lain. Kalau balik ke Malaysia bagi mendalami politik Islam, Dr. Razak wajar berdamping dengan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Mereka sendiri ahttp://www.blogger.com/img/blank.gifdalah sebahagian dari politik Islam kerana mereka terlibat secara langsang. Mereka tua dalam politik Islam. Tetapi kalau berguru dengan ulama muda UMNO, politik Islak tidak mengiktraf mereka terlibat dalam politik Islam. Pertama mereka bukan pemimpin, bahkan pegawai penyelidik Islam. Mereka tidak dapat mentransformai Najib dan UMNO, tetapi mereka pula ditransformasi oleh Najib. Saya boleh bersangka baik kepada Razak. Komen Alhusseyn : Dia sepatutnya jadi saksi dalam rayuan kes Sirul dan Azilah pada 10 Februari ini.Lihat di sini |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan