:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
Posted: 21 Jan 2012 08:29 AM PST [1] Kezalimanperlu ditolak. Semua agama tolak kezaliman. Ekoran itu, mustahil Islam sokongkezaliman. Jika didakwa Islam sokong kezaliman, secara tidak sengaja telahmenghina Islam itu sendiri. Antara bentukkezaliman adalah, memandomkan akal manusia; projek membodohkan manusia; projekmelembabkan manusia berfikir. Kezaliman bentuk, dinukilkan oleh Allah SWT dalamal-Quran. Firman Allahdalam surah Zukhruf ayat 54, "Maka Fir'aun merendah-rendahkan (akal) kaumnya lalu mereka patuh kepadanya. Karenasesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq". [2] Apabila zalim, maka wajib dihapuskan.Hendaklah digunakan segala tenaga yang ada untuk dihapuskan kezaliman tersebutsehingga ia tidak ada lagi. Imam Muslim meriwayatkan bahawa dariAbu Sa'id al-Khudri berkata bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda, "barangsiapayang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia tukar dengan tangannya; jika tidakmampu, maka dengan lidahnya; jika tidak mampu, maka benci dalam hati, maka ituadalah selemah-lemah Iman". Kemungkaran itu, ada yang melibatkanindividu, dan ada melibatkan orang ramai. Jika kemungkaran individu yang tidakmelibatkan orang ramai pun wajib ditukar, maka terlebih wajib ditukar terhadapkezaliman, kerana ia melibatkan orang ramai. Lebih-lebih lagi, melibatkanpemandoman akal seperti AUKU. [3] Apabila AUKU zalim, maka ia wajardihapuskan. Menghapuskan AUKU ini adalah kuasa kerajaan Pusat. Ekoran itu, iabukan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi kuasa kerajaan BN. Pakatan Rakyat mempunyai dasar yangbijak; mahu hapuskan AUKU. Ia telah dibuktikan di Negeri Selangor, pimpinan TanSri Khalid, juga rakan-rakan dari parti PKR, PAS dan DAP. Di negeri selain itu,agak samar-samar. Kelihatan seperti di mulut kata benci AUKU, tindakan pulaseperti sebaliknya. [4] Sebagai kerajaan pakatan rakyat, jikatidak mampu menghapuskan AUKU dengan "tangan", tetapi wajib dihapuskan dengan "lidah".Jika tidak mampu, sepatutnya dihapuskan dengan "benci dalam hati". Tindakan berdiam diri, dengan tidakmenggunakan segala kuasa yang ada untuk menafikan pengamalan AUKU adalah sepertimenyokong AUKU, iaitu seperti tidak membenci dalam hati. Jika dalam hadis, mungkar yangdibenci dalam hati pun sudah dikira sebagai selemah-lemah iman, bagaimana pulatidak membenci dalam hati? [5] Ada pula sebilangan manusia yangdilihat serius melawan AUKU diperingkat nasional. Apabila AUKU digunakan olehUMNO, maka kelihatan dia kehadapan. Tetapi, jika dibuat oleh golongan darikalangannya, maka didiamkan. Jika sudah diiktiraf AUKU sebagaizalim, maka ia wajar dihapuskan, walau dari siapa sahaja yang melakukannya. Jikaterhadap UMNO sahaja dilawan, sedangkan "geng sendiri" buat didiamkan, itusudah digelar sebagai Assobiyyah. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, daripada Abu Fusailah berkata bahawa Nabi SAWditanya tentang Asobiyyah, lalu dijawab Nabi Muhammad SAW, "tetapi (Assobiyyah)adalah membantu seseorang lelaki terhadap kaumnya terhadap kezaliman" [6] Tindakan zalim, dan berdiam diridengan kezaliman adalah bahaya. Ini kerana, sesuatu kerajaan boleh jatuhberfaktorkan kezaliman. Ibn Taimiyah ada menyatakan dalamkitab al-Hisbah, "Sesungguhnya Allah SWT tolong Negara yang adil, walaupun negaraitu kafir sekalipun. Allah SWT tidak akan tolong Negara yang zalim, walaupun Negaraitu mukmin sekalipun". Dalam al-Quran, Allah SWT adaberfirman dalam surah Hud ayat 117, "Tuhan kamu tidak akan membinasakanpenempatan secara zalim, sedangkan rakyatnya saling melakukan islah (pembaikpulih)". Dengan maksud, penempatan yang tidakada islah, malahan penuh dengan kezaliman, akan dijatuhkan oleh Allah SWT. Jadi, berhati-hatilah dengankezaliman. Jangan jadi orang yang buat zalim, dan jangan jadi orang yangberdiam diri dengan kezaliman. Mungkin berdiam diri kerana mahu menjaga hatirakan taulan, tetapi berdiam diri itu dibimbangi mengundang kemurkaan ilahi. Sekiranya kamu tidak takut pada kemurkaanAllah SWT yang bakal menimpa, cubalah takut kerajaan kamu akan jatuh. Ini kerana,kejatuhan kerajaan kamu itu mengundang banyak keburukan berbanding kebaikan. Wallahu 'Alam. |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan