Isnin, 9 Januari 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gua cuba untuk tidak mencela Saiful.

Posted: 09 Jan 2012 02:58 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Untuk mendapatkan Malaysia Baru, gua sangat gembira Anwar bebas. Tak banyak manusia dalam sejarah Malaysia pasca merdeka bekerja keras, berkorban sebegitu rupa bagi mendapatkan Malaysia Baru. Terlalu besar peranan Anwar.

Tetapi gua cuba tidak sesekali mengutuk Saiful. Gua hanya manusia yang diminta Allah menilai mengikut zahir. Gua bimbang terpaksa mencari Saiful di padang masyar nanti. Kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kita hanya menilai mengikut keupayaan manusia. Ada yang mengikut sentimen. Ada mengikut jenama. Ada yang mengikut prosedur.

Di dunia, betul dan salah ditentukan manusia berdasarkan teknik. Ada tektik yang ditetapkan Allah. Manusia diwajibkan hanya patuh kepada keputusan teknik. Sebab itu jangan dicela manusia yang didapati bersalah akibat keputusan teknik. Jangan disanjung manusia yang didapati tidak bersalah akibat keputusan teknik.

Rakaman realiti dan saksi sebenar hanya di mahkamah Allah. Gua menanti Anwar memperjuangkan qazaf pula di mahkamah syariah selepas ini.

Ramalan gua kes Anwar.

Posted: 08 Jan 2012 06:04 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Ingat tektik APCO masa kes Perak. Nizar jadi MB tak sempat bubar parlimen dah kena sekat di Mahkamah Rayuan.

Ingat tektik APCO kes Perak. ADUN BN lompat PKR. Anwar sambut. TGNA komen. Sekali lompat semula ke BN bersama 3 ADUN barua. Mati hujah, mati prinsip.

Ingat bagaimana US masuk Banghdad dulu. Dengan kekuatan kecil. Kemudian keluar. Diraikan tentera Saddam kononnya kejayaan menghalau US dari Bahgdad. Sedangkan US nak riki kekuatan kubu terakhir itu. Then, tak sampai 24 jam Bahgdad ditawan US selepas mengetahui kekuatan Saddam.

Kenapa polis bagi kebenaran perhimpunan. Tiada roadblock di Kuala Lumpur. Kenapa PEDIKA dijadualkan berprogram atas nama Islam di masjid berdekatan? Adakah APCO mahu test kekuatan Anwar? Apakah kekuatan Anwar masih tahap 1998?

Jika keputusannya hanya 5 ribu di mahkamah, plus tanpa insiden pertembungan PEKIDA, maybe pendakwaraya akan ke Mahkamah Rayuan.


Tiada ulasan: