Ahad, 8 Januari 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Teknik gua kasi anak gua tido.

Posted: 08 Jan 2012 07:46 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum gua share teknik gua kasi anak gua tido, gua nak share sama lu orang 2 perkara.

1. Sam AMK buat bangang lagi? http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/perhimpunan-901-shamsul-iskandar.html?spref=fb

2. Punyalah semangat nak pergi 901. Siap beli baju 901. Beli seluar 501. Beli kasut Total 90. Sekali bini tak kasi pergi - Cuping Merah

Ok. Back to the story. Anak gua koya orang besar. Selagi dalam rumah tu ada yang belum tidur lagi (malam), dia tak tido. Lawan mata. Merengek la kalau letak. Kena dukung. Huarghhhh... gua plak tak guna konsep buai2an.

Pikir punya pikir, akhirnya gua dukung dalam gaya meriba sambil meniup pelan2 dan secara terus2an kat mata anak gua. Kasi dia pejam mata la bila kena angin. Kena 3 minit, lelap. Kah3.. So, kepada sesiapa yang ada anak koya camtu, bleh amalkan teknik nih.

Testimonial 1.

"Terima kasih Aduka. Teknik ni sangat berguna kepada gua terutama malam Jumaat. Sebelum gua kena sabar tunggu anak gua tidur. Skang tidak lagi." - Jean Francoise

Testimonial 2.

"Tak jadi la Aduka. Maybe sebab gua baru makan petai kot." Manjung Mari.

Selamat on the way kepada peserta 901.

Posted: 08 Jan 2012 06:14 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

1. Padam sms yang ada kaitan dengan PR / 901 untuk lepas dari pemeriksaan rambang polis.

2. Barang2 wanted demo seperti garam jangan bawak. Ganti dengan ENO. ENO belum wanted lagik.

3. Cabut stiker pro PR untuk elak masalah seperti sekatan atau sabotaj kenderaan.

4. Jangan berkumpul lebih dari 4 orang sebelum demo. Kena black maria awal2 terasa ruginya.

5. Yang ahli PAS jangan terlalu jaga Anwar plak dari jaga Hadi Awang. Walau gua nak jatuhkan dia, tapi untuk tajuk; keselamatan dia penting tu. Bina parameter yang difikirkan praktikal pada ketika itu.

6. Jangan benarkan Sam AMK duduk belakang anda. Tapi anda duduk belakangnya. Ngeee...

Jangan tuduh gua bacul plak sebab tak g. Gua diarahkan TGNA jaga Kelantan ni boh. Kah3...

Cara-cara memadamkan unsur2 gedebe dan pemberontak pada muka.

Posted: 08 Jan 2012 06:02 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Inilah yang dilakukan oleh adik2 ipar gua. Cuba memadamkan wajah2 pemberontak anak gua. Hua3... Blog baby dah ni bai...

Khai Muhammad AdukaTaruna. 2 bulan. 6.1 kg. 61cm.

Sebuah komik agenda UMNO-PAS.

Posted: 08 Jan 2012 04:32 AM PST


True color Hadi Awang akan didedah Hasan Ali selepas parlimen bubar.

Posted: 08 Jan 2012 12:34 AM PST

Oleh : AdukaTaruna


[1]
Allah janjikan kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi tetap mahu memegang amanah. Sejarah hina akan ditulis ke atasnya.

Mesyuaratnya PAS Pusat adalah prosedur yang diambil oleh golongan pemikir agama selepas tindakan cocer line yang diambil oleh penghafal agama dengan nama Arabnya 'Mahabbah'.

Penghafal agama merancang menyelamatkan fakta2 hina mereka dengan program Mahabbah itu. Tetapi Allah juga merancang sehingga perangangan penghafal itu termasuk dalam perancanganNya. Hasan Ali yang memegang rahsia Hadi Awang melempar taik ke muka TGNA.

[2]
Para pemikir agama memanggil mesyuarat PAS Pusat. Dan mengusahakan TGNA hadir dalam mesyuarat itu. Ketika penghafal agama berbelit2 dalam tindakan terhadap Hasan Ali, TGNA mengelurkan kata putus. Pecat. Disokong oleh sekumpulan pemikir agama yang ditakdirkan Allah dipilih ketika muktamar itu.

Ketika zaman di mana Allah mengkehendaki Islam itu seperti buih dilautan, Allah menyediakan zaman Islam diketuai oleh penghafal2 agama. Ketika Allah mengkehendaki Islam itu kembali berkuasa, Allah menyediakan zaman Islam diketuai oleh pemikir.


Kita tunggu true color penghafal agama yang Allah janjikan kehinaan dalam memegang amanah bagi yang tidak mampu. Masanya akan tiba. Insyaallah.

[3]
Kepada mereka yang hadir 901 esok, hindari dari lari ke dalam masjid program PEKIDA. Unit Amal harus memastikan peserta tidak memasuki masjid itu.

Gua bimbang kebenaran polis akan 901, kehadiran program PEKIDA di tempat yang sama, serangan FRU dari sebelah bukan masjid menghalau ke masjid, pemergian Najib ke luar negara, adalah skrip2 yang mencelakakan.

Bukan masalah takut kepaa PEKIDA. Gua yakin jumlah PEKIDA terlalu sedikit berbanding 901. Tetapi implikasi isu dan sentimen yang terhasil, boleh membunuh momentum menuju Malaysia Baru. Nauzubillah.

p/s : Cuma bodohnya PAS akibat penghafal ni, Hasan Ali dipecat selepas teguran Azmin Ali. Bukan dipecat selepas mempertikai Negara Kebajikan. Ini sejarah yang memalukan pada PAS, membanggakan pada Azmin Ali.


Tiada ulasan: