Isnin, 9 Januari 2012

AdlyZahari

AdlyZahari


AKU PEMAIN BOLA ?

Posted: 09 Jan 2012 05:26 AM PST

  • Aku pemain bola.
  • Minatku menjaringkan gol.
  • Aku pernah memakai jersi nombor 10.
  • Minatku satu, menjaring gol.
  • Sekali aku jaring gol sendiri, aku kata aku tersilap.
  • Bila berkali-kali aku menjaring gol sendiri, mereka gugurkan aku.
  • Jadi pemain nombor 4, pertahanan.
  • Selalu bertahan buat aku jadi lemah.
  • Orang lain sumbat gol, aku tengok je, hati aku nak sumbat gol juga.
  • Aku yang selamatkan pintu gol, tapi nombor 10 juga yang dapat nama.
  • Asyik jadi pertahanan, aku dah tak tahan.
  • Akhirnya aku kembali kepada minat aku, jaringkan gol sendiri.
  • Lagi mudah kerana aku pertahanan.
  • Aku bangga kerana aku tetap pemain bola, walaupun aku berkali kali jaringkan gol sendiri.

BANTAH PENGANTUNGAN ADAM ADLI

Posted: 09 Jan 2012 05:13 AM PST


  • Pengantungan 3 semester kepada Adam Adli adalah tidak wajar.
  • Beliau hanya seorang pelajar.
  • Gantung 3 semester hanya kerana menurunkan bendera gambar najib, kemudian dinaikkan semula.
  • Bendera itu tak diiktiraf oleh mana-mana perlembagaan.
  • UPSI sebelum ini tidak berapa popular dikalangan generasi IPTA. Adam Adli telah memahat nama UPSI, institusi yang dilihat sebagai institusi yang dapat melahirkan pelajar yang berani.
  • Tapi sayang, UPSI melahirkan nilai sonsang, pelajar berani tapi pentadbir penakut lagi pengampu.
  • Kami sokong perjuangan anak muda ini. Moga anak aku seberani Adam. Tahniah Adam Adli!

KITA BELUM BEBAS!

Posted: 09 Jan 2012 04:48 AM PST

  • Kita belum bebas selagi UMNO berkuasa.
  • Najib dan Mahathir jaja, mahkamah bebas kerana keadilan telah diberi kepada Anwar.
  • Benarkah Mahkamah kita bebas, kalau bebas dah berapa ramai yang patut dihukum kerana menghina mahkamah.
  • Media dan segala alam buana telah diberitakan oleh Media UMNO yang Anwar meliwat Saiful. Anwar telah bertahun diaibkan. Bolehkah kita benarkan sistem sebegini.
  • Pembebasan DS Anwar bukan membuktikan kebebasan sistem kehakiman, tetapi melambangkan kerakusan UMNO untuk menghapuskan musuh politik tanpa rasa belas.
  • Hari ini DS Anwar bebas, tugas kita seterusnya bebaskan rakyat.

Tiada ulasan: