Sabtu, 21 Januari 2012

Addin

Addin


Hassan Ali Berebut Dapatkan Wang UMNO.. Ini Buktinya

Posted: 21 Jan 2012 09:23 AM PST

Hassan Ali sangat marah buat masa ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harus mencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar. Beliau dituduh menjadi sebagai 'katak' dan dimotivasikan oleh wang.

Hassan sekarang sedang bekerja keras untuk mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen.

Sudah tentunya PAS tidak mahu apa-apa lagi kaitan dengan beliau begitu juga PKR dan DAP. Jadi, Hassan terpaksalah meminta simpati kepada UMNO. UMNO pula, yang sememangnya bermotifkan wang akan membiarkan beliau terus meminta dan menggunakan beliau sepenuhnya sebelum menolak beliau ke tepi, sama seperti sampah sarap UMNO yang lain seperti Zahrain Hasim, Zul Noordin, Hee Yit Foong, Keshvinder Singh, Tan Tee Beng dan yang sewaktu dengan mereka.

Hassan berebut untuk dapatkan wang UMNO

Untuk masa sekarang, Perdana Menteri Najib Razak yang berkuasa menentukan senarai calon 'boleh menang' dan ia Nampak sangat menarik. Hassan Ali bolehlah dimaafkan sekiranya memikirkan bahawa beliau sekarang menjadi buah hati UMNO seperti Ibrahim Ali nombor 2.Tetapi memandangkan pertelingkahan dalaman yang semakin sengit dalam UMNO untuk mendapatkan kerusi, peluang Hassan dan Ibrahim Ali seakan-akan menemui salji dalam neraka!

Jadi, tanpa platform politik, Hassan berkemungkinan besar terpaksa menyertai Perkasa di mana Zul Noordin sudahpun merasa menyesal. Jika Perkasa berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding dalam pilihanraya, Hassan akan tersenyum. Tetapi bayangkanlah siapa yang akan mengundi untuk kumpulan yang kolot, gila dan bersikap perkauman? Walaubagaimanapun, mereka-mereka ini berkemungkinan masih akan menjadi yang beruntung kelak. Ada spekulasi yang mengataka bahawa mereka telahpun menerima ganjaran awal untuk melakukan taktik-taktik kotor mereka. Untuk Hassan yang merupakan ahli terbaru yang menyertai kumpulan ini, permainan beliau baru sahaja bermula dan rakyat bolehlah menanti banyak lagi yang akan disajikan kelak- tuduhan liar yang direncanakan Najib dan orang-orang kuat UMNO menurut cara mereka berpolitik.

Lupakan segala drama yang dilakonkan Hassan Ali di media perdana kerana sebenarnya disebalik kemarahan beliau itu, cita-cita sebenarnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Semasa pilihanraya 2008, di mana Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Hassan Ali telah menyiapkan dirinya untuk mengambil alih jawatan Khir Toyo. Malangnya untuk beliau, jawatan itu telah jatuh kepada Khalid Ibrahim, PKR. Yang paling beliau tidak berpuas hati adalah hakikat yang PAS telah seolah-oleh melepaskan semua kuasa di Selangor kepada PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

Mungkin Hassan lupa bahawa PKR telah menang paling banyak kerusi di Selangor. PKR menang 15, DAP 13 dan PAS 8. Sungguhpun begitu, Hassan mendesak agar Selangor diserahkan kepada PAS dan beliau menjadi maharajanya! Memang hakikatnya bahawa Hassan pada ketika itu sudahpun mempamerkan sifat tamak dan gila kuasa yang sememangnya sinonim dengan Umno dan tidak hairanlah sekarang beliau sudah kembali ke pangkuan parti itu yang sesuai dengan sifat beliau tidak seperti PAS.

Pada masa itu juga Hassan memikirkan cara untuk merampas kuasa dari PKR di Selangor. Apa yang beliau perlukan adalah dapatkan PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Lalu bermulalah siri drama di media yang menyaksikan Umno yang berminat dan PAS yang tiada minat langsung.

Penolakkan Selangor sangat kuat pihak media dilarang buat liputan

Gabungan kemenangan PAS, DAP dan PKR telah menyingkirkan Selangor pada 2008, suatu keputusan yang mengejutkan BN. Walaupun media BN enggan melaporkan cerita sebenar bagaimana BN kalah teruk di Selangor, sepintas lalu kita lihat 36 kerusi Pakatan dan 20 kerusi BN menceritakan segala-galanya. Kekalahan itu sangat mengejutkan dan meluas dan ada di setiap spectrum masyarakat Selangor.

Mungkin ada yang hairan mengapa surat khabar sering melaporkan bahawa Pakatan akan kalah di Selangor pada pilihanraya ke 13 sedangkan MB Khalid dan pasukan beliau telah melakukan yang terbaik di Selangor – mungkin 100 kali lebih baik daripada kerajaan yang ditadbir oleh UMNO –Khir Toyo.

Strategi begini dipanggil strategi memuaskan ramalan. Umno tidak mampu untuk membiarkan khabar mengenai kelemahan dan penolakkan mereka di Selangor tersebar, lali mereka menggunakan media untuk sentiasa mencanangkan berita bahawa BN akan memenangi kembali Selangor yang gagal diperintah oleh Pakatan pada PRU 13. Berulang-ulang kali mereka berharap agar dapat menang perang pisikologi ini. Akan tetapi, untuk menang pilihanraya, ia adalah lebih daripada menang perang pisikologi. Inilah yang harus diterima oleh Najib tetapi mungkin beliau agak terlambat!

PAS juga tidak mahu UMNO

Malang untuk Hassan Ali, PAS tidak begitu berminat untuk mempunyai hubungan dengan Umno. Oleh itu, Hassan mula mempersoalkan kepimpinan PAS.

Apabila beliau bercakap mengenai parasit dalam PAS, beliau gagal menyebut bahawa parasit sebenar adalah dirinya sendiri. Sangat melucukan yang ibu kepada parasit mengugut untuk mendedahkan anak-anaknya sendiri. Ada yang dalam PAS mengatakan bahawa Hassan akan sanggup menggadai neneknya sediri sekiranya ia adalah untuk kepentingannya. Sangat kotor falsafah politik Hassan tetapi masih ada juga beberapa orang dalam PAS yang bersimpati dengan beliau dan menggesa beliau merayu pemecatannya.

Nasib baik Hassan tahu diri. PAS diperingkat tertinggi pun tidak akan mengambil beliau semula. Sama juga dengan bekas ahli Ibrahim Ali. Hassan telah melakukan kesalahan paling besar- beliau cuba mengambil alih PAS semasa beliau masih lagi ahli. Dalam pemikiran beliau sekiranya beliau mengambil alih kepimpinan PAS, beliau masih boleh mengusahakan penggabungan dengan Umno. Beliau cuba untuk bermain permainan beliau dengan bijak.

Tetapi malang sekali lagi untuk beliau, dalam muktamar PAS tahun lepas, parti itu telah dengan rasminya menolak sebarang usaha untuk bergabung dengan UMNO.Mereka mahu mengubah imej menjadi sebuah parti Islam yang moden. Hassan menemui jalan buntu. Beliau hilang kuasa ke atas PAS Selangor dengan Abdul Rani dijadikan pesuruhjaya PAS menggantikan beliau.

Sangat memalukan untuk Hassan! Beliau hampir pasti tiada siapa yang dapat menghidu rancangan beliau. Beliau sangkakan bahawa tiada yang dapat menjejak langkahnya tetapi ahli PAS lain nampaknya lebih tahu dan sudahpun membuang beliau sebelum apa-apa berlaku.

Sebahagian daripada rancangan jahat

Undi penentu di Selangor adalah undi Melayu. Apabila Najib Razak mengatakan bahawa beliau akan mendapatkan semuala Selangor dengan apa cara sekalipun, beliau yakin kerana beliau Cuma perlu berusaha untuk undi Melayu. Inilah sebabnya mengapa adalah sangat penting untuk Hassan menyayikan lagu Umno kepada PAS. Masyarakat Melayu masih lagi terbahagi kepada 2 parti utama ini, dengan PKR yang baru semakin mendapat tempat. PAS dan PKR boleh mendapatkan 45-55% undi Melayu apabila bergabung. Umno perlu mendapatkan 5 hingga 10% lebih daipada ini untuk menang.

Ini juga menjelaskan usaha Hassan Ali dan UMNO menggunakan sentiment perkauman dan agama yang gagal meraih sokongan perhimpunan mereka. Hassan melakukan serbuan keagamaan bersama JAIS yang berada dibawah telunjuk UMNO. UMNO perlu membuat seolah-olah DAP adalah agen pengkristianan sebagai taktik untuk meraih sokongan orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO yang lepas, mereka dengan terang-terangan mengatakan bahawa mereka hanya perlu mendapatkan 8 kerusi PAS dan 15 kerusi PKR di Selangor. Hassan sekali lagi memainkan sentimen Islam dengan mengatakan bahawa PS telah kehilangan identity Islam dan ini juga adalah bentuk serangan Umno memburukkan Pakatan dan Anwar.

Inilah rancangan jahat yang disertai Hassan Ali. Gerakan menghuru-harakan Selangor dan memburukkan Pakatan. Hassan Ali seumpama kanser yang membunuh sel baik dalam PAS dan beliau haruslah dikeluarkan. PAS melakukan apa yang dibuat oleh parti politik lain apabila ada ahlinya memberontak- pecat ahli itu!

Siapa yang tidak dijual oleh Hassan Ali nanti?

Ini menerangkan kenapa Hassan Ali terlampau marah dan meluahkannya di media perdana seperti kekasih yang ditinggalkan. Cita-cita beliau untuk menjadi Menteri Besar sudah musnah dan kerjaya politik beliau diawangan. Beliau tahu beliau tiada apa yang dapat diberikan kepada rakyat kerana selama ini beliau mendapat tempat di parlimen dan membina kerjaya politiknya menerusi cara buli dan hina.

Kepada Hassan Ali, semoga berjaya dan beliau telah meletakkan harapan pada janji kosong Umno. Tidak lama lagi beliau akan lihat bahawa mereka yang melayannya dengan baik adalah orang yang beliau sedang malukan. Tetapi pada masa itu, beliau sudah terlambat dan Hassan akan mendapati bahawa hanya Tuhan yang akan mendengar luahan hati beliau. ~malaysiachronicle

Najib, Perdana Menteri Boneka

Posted: 21 Jan 2012 02:39 AM PST

Memasuki 2012, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber oleh rakyat jelata. Pada pendapat orang ramai, kisah peribadi, sosial dan ekonomi yang menghantui beliau akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang – yang dipercayai akan diadakan sebelum Jun 2012. Hubungan antara kaum di negara ini tidak menjadi lebih baik dan ternyata agama secara meluas dilihat sebagai gizmo yang mudah digunakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan rakyat. Juga terdapat kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat, merangka strategi ekonomi yang tidak berkesan dan kegagalan kerajaan untuk meyakinkan orang ramai.

Hampir empat tahun BN menerajui negara selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan tidak dapat dilihat UMNO atau Najib membawa negara ke landasan yang betul. Populariti mereka seolah-olah menurun.

Banyak masalah sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan hubungan antara kaum, agama dan ekonomi telah disajikan kepada rakyat jelata. Rasuah semakin menjadi-jadi di kalangan mereka yang berkuasa dan lebih kerap ia disapu di bawah permaidani atas sebab-sebab politik.

Mereka hanya menerima sisa

Pembayaran RM100 dan RM500 secara 'one-off' kepada pelajar dan golongan miskin baru-baru ini telah dianggap oleh orang ramai sebagai percubaan merasuah untuk undi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah pinjaman RM5, 000, 1Malaysia kepada golongan miskin untuk melabur di bawah skim amanah kebangsaan tidak akan mejamin rakyat akan mengundi BN.

Bagi penerima bantuan di Kedah, beliau tidak memuji kerajaan: "Ini tidak penting, kerana wang yang diberikan kepada rakyat bukan dari poket UMNO sendiri, tetapi wang hasil titik peluh pembayar cukai. Kita perlu memperbaiki mentaliti rakyat tentang strategi politik UMNO ini. Buat masa ini, wang yang diterima itu adalah wang rakyat, bukan UMNO atau BN. Apabila tiba masa untuk mengundi, ini benar-benar akan menjadi satu isu yang berbeza. "

Rakyat yakin bahawa jumlah wang yang diberikan kepada golongan miskin hanyalah berjumlah sedikit dan tidak dapat membuat hidup lebih selesa sedang negara dilanda masalah inflasi yang tinggi sekarang. "Ini 'rasuah' untuk menggembirakan rakyat untuk jangkamasa pendek," kata seorang petani di Kedah.

"Kerajaan tidak membentangkan pelan konkrit jangkamasa panjang untuk mengurangkan inflasi dan menurunkan kos sara hidup bagi membantu golongan miskin." Tambah beliau, "Meningkatkan gaji mereka yang sudah bergaji besar tidak akan membantu mengurangkan harga makanan.

Hanya yang kaya dilihat seperti diberi insentif dan ganjaran yang besar untuk menjadi lebih kaya. Golongan miskin menjadi lebih miskin, kerana mereka hanya menerima sisa "

Apa yang lebih menarik untuk orang ramai adalah mereka ingin tahu kualiti kepimpinan negara ini. Yang hangat dikalangan pengundi, "Siapakah yang sebenarnya yang mentadbir negara ini?" Ini adalah soalan yang ditanya oleh mereka yang berada di dalam dan di luar UMNO dan BN.

Semua orang tahu bahawa secara rasminya Najib ialah PM. Tetapi Najib telah dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak dapat memimpin negara dengan bebas tanpa pengaruh Mahathir. "Selagi, Anwar masih ada, Mahathir tidak akan berputus asa mengganggu pentadbiran Najib.

Beliau takut UMNO dan BN akan kalah besar pada pilihan raya umum akan datang dengan populariti Pakatan Rakyat yang semakin meningkat " kata pengundi muda di Kerian.

Ingin melihat Najib jatuh

Orang ramai mula melihat peranan Mahathir dalam pentadbiran Najib yang tidak akan surut tetapi lebih kuat. Rupa-rupanya, Abdullah Ahmad Badawi telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 oleh Mahathir.

Perkara yang sama boleh berlaku kepada Najib jika beliau memutuskan untuk 'mengingkari' Mahathir. Mahathir masih berpengaruh dalam politik UMNO bukan kerana beliau adalah seorang ahli politik yang bijak tetapi kerana ada puak dalam UMNO yang mahu melihat Najib jatuh.

"Tetapi jika Najib dan UMNO jatuh, BN turut hancur," kata seorang pemerhati politik. "Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru." Mahathir dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai satu-satunya manusia yang boleh menentukan nasib Najib dan mungkin memberikan harapan kepada UMNO dan banyak lagi yang lain untuk menaiki tangga politik.

Yang hebat diperkatakan sebelum ini adalah semasa Najib membuat keputusan memilih barisan kabinet, beliau telah diberi 'amaran' oleh Mahathir bahawa Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO yang dipilih - harus dikecualikan daripada Kabinet.

Dan seperti yang dijangka, apabila barisan Kabinet diumumkan, Khairy diketepikan.Mungkin ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO di mana pemimpin Pemuda tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet. "Dengan langkah itu, nasib politik Khairy dimeterai," kata seorang ahli parlimen UMNO.

Bagi sesetengah pemerhati politik, prestasi Khairy sebagai pemimpin Pemuda sememangnya suram: "Beliau tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Pilihan raya umum yang akan datang besar kemungkinan akan menyaksikan Khairy tidak bertanding." Khairy akan kehilangan jawatan sebagai Ketua Pemuda dalam pemilihan UMNO yang akan datang dan ini akan menggembirakan Mahathir.

Bukan itu sahaja, Mahathir memberi isyarat kepada Najib bahawa semua orang-orang Abdullah juga perlu dibuang dari barisan kabinet. Shahrir Abdul Samad - seorang ahli politik yang bijak menyedari hakikat terebut dan telah membuat satu langkah pencegahan.

Beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai menteri walaupun sebelum barisan Kabinet baru diumumkan. Beliau berundur sebelum kapak jatuh ke atasnya. Beliau dapat merasakan bahawa Kabinet baru itu akan menjadi Kabinet Mahathir.

Tetapi apabila Najib dengan ihsannya termasuk beberapa orang-orang Abdullah, ada yang mengatakan bahawa Mahathir merungut bahawa Kabinet itu masih dipenuhi dengan beberapa watak-watak 'tercemar'. Najib tidak mempunyai pilihan, kerana beliau melihat mereka ini sebagai orang kuat UMNO dan penyokong setia.

Sebagai seorang yang lemah, Najib memerlukan mereka untuk membantu beliau melawan parti-parti pembangkang dan untuk sokongan kerana begitu banyak kontroversi dan banyak tuduhan ke atasnya. Beliau sedar bahawa beliau bukan seorang pejuang dan tidak begitu pandai dalam percaturan politik. Beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang 'bermain selamat', tidak seperti Mahathir dahulu.

Dasar turun naik

Abdullah telah membatalkan projek jambatan separuh bengkok atau melengkung di Selat Tebrau bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura pada tahun 2006. Projek ini diilhamkan oleh Mahathir semasa beliau masih Perdana Menteri.

Apabila jambatan separuh bengkok itu sekali lagi ditimbul oleh Mahathir kepada Najib, Najib membisu mengenai isu itu. Mungkin beliau sedar bahawa projek itu tidak berbaloi. Mahathir sekali lagi tidak puas hati tentang perkara ini, kerana beliau masih berkeras bahawa projek itu perlu diteruskan. Najib masih juga senyap. Projek jambatan telah dihentikan dan kerajaan kerugian lebih RM740 juta wang pembayar cukai.

Abdullah memansuhkan projek keretapi berkembar dari Johor ke Padang Besar yang menelan kos RM14 billion semasa beliau PM. Najib juga tidak menunjukkan minat dalam projek ini. Sebaliknya, projek keretapi ini kemudiannya ditetapkan hanya dari Ipoh ke Padang Besar dan kelewatan projek ini telah menelan kos RM12 billion, hanya untuk satu jarak yang agak singkat.

Mahathir marah kerana beliau merasakan sekiranya projek yang dilaksanakan lebih awal, dengan pertambahan RM 2 billion, landasan berkembar itu akan menyambung Johor Baru dengan Padang Besar.

Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik (PPSMI) - ilham Mahathir juga sedang dijatuhkan oleh kerajaan Najib. Mahathir dilaporkan telah tidak bersetuju dengan idea menjatuhkan pelan yang dilaksanakannya pada tahun 2003.

Benci kepada isu-isu kontroversi, Najib bijak melambung 'kentang panas' kepada Muhyiddin Yassin untuk melakukan keputusan yang tidak popular untuk melenyapkan polisi. Muhyiddin kini telah menjadi menteri pendidikan yang sangat tidak popular.

Isu ini telah mengkemikkan kerjaya politik beliau, sedang Najib terus menerus senyap mengenai perkara itu. Ibu bapa masih tidak berpuas hati dengan dasar turun naik dalam bidang pendidikan. BN dijangka kehilangan lebih banyak undi kerana isu ini dan Mahathir sedar akan hal ini.

Muhyiddin berkeras bahawa dasar itu harus dimansuhkan sepenuhnya. RM5 billion ringgit wang pembayar cukai telah disia-siakan pada PPSMI yang berlangsung hanya selama sembilan tahun sebelum ia dijumudkan. Sekiranya ini adalah negara demokrasi lain, seluruh ahli-ahli kabinet akan meletak jawatan dan pemimpin tersebut akan dihantar ke penjara politik.

Bagasi peribadi

Kempen beberapa pilihan raya kecil semasa Najib Perdana Menteri telah menggunakan taktik kotor pada mata rakyat. ''Cukuplah memburukkan saya," Najib dilaporkan berkata dalam satu perang dingin dengan pembangkang.

Malangnya, Najib tidak dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang bebas daripada bagasi peribadi dan ini bukan satu petanda baik untuk UMNO dan BN. Bagi pemerhati politik, Mahathir lebih berminat untuk menyelamatkan UMNO daripada memikirkan masalah peribadi pemimpin UMNO.

Dalam pilihan raya kecil di mana Najib agak keberatan untuk melangkah, Mahathir dilihat lebih bersebeliau untuk berjuang. Tetapi, jika Mahathir dilihat turun padang tanpa Najib, apakah mesej yang akan diperoleh oleh rakyat? Walaupun dengan pertolongan Mahathir, UMNO telah kalah dalam beberapa pilihan raya kecil dan ini memburukkan lagi imej Najib.

Pada masa itu, Najib sangat terasing apabila BN kehilangan beberapa pilihan raya kecil. Najib akhirnya menjadi bahan seloroh pihak pembangkang dan ramai musuhnya dalam UMNO. "Najib, yang dibesarkan dalam sebuah keluarga bangsawan politik secara semulajadi akan mengambil jalan selamat.

Yang paling mungkin beliau lakukan adalah untuk menyuruh penyokongnya berjuang untuk beliau. Tetapi beliau telah gagal untuk menyedari bahawa orang lain tidak boleh terus melakukan 'aksi ngeri' untuk beliau. Sebagai PM, halangan besar masih akan tergantung di lehernya, "kata seorang pemerhati politik.

Mahathir menyelamatkan imej

Kehadiran Mahathir agak ketara semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tahun 2009. Najib - PM dijauhkan daripada pilihanraya itu. Mahathir turun padang untuk menyelamatkan UMNO dan BN tetapi telah disakiti menerima rintangan dari kedua-dua kawasan pilihan raya tersebut dan kedua-dua kerusi itu akhirnya pergi kepada Pakatan - PAS dan PKR.

Mahathir secara umum 'bersara' selepas menerajui negara selama 22 tahun dan tidak boleh hidup dengan aman melihat UMNO runtuh di bawah Najib walaupun BN memenangi beberapa pilihan raya kecil selepas itu.

Najib seolah-olah akan kehilangan lebih banyak sokongan kini kerana bergantung kepada Mahathir untuk menyelamatkan imejnya.Mahathir mungkin tidak berpuas hati melihat Najib lebih banyak berusaha membina imej beliau dan bukannya memberi tumpuan lebih kepada pembangunan ekonomi negara.

Mahathir juga sedar bahawa jika perjalanan menjadi sukar untuk Najib, beliau akan meminta menteri-menteri Kabinet yang lain untuk melakukan tugas baginya. Najib telah senyap dalam banyak isu - khususnya PPSMI dan pinjaman RM250 juta yang diberi kepada sebuah syarikat milik suami seorang Menteri Kabinet.

Projek Feedlot Negara itu telah ditubuhkan pada tahun 2008 semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Khairy pada mulanya bulat-bulat mempertahankan syarikat itu tetapi setelah lebih banyak bukti yang timbul mengenai penyalahgunaan wang yang dipinjamkan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut, beliau juga menjadi senyap.

Boneka kelas ini

Mengetahui Mahathir, beliau sememangnya seorang pejuang dan beliau akan terus berjuang walaupun selepas bendera perang telah jatuh ke tanah.

Dalam wayang kulit tradisional, Tok Dalang menarik tali boneka dan bercakap dari belakang tabir untuk memikat dan menarik perhatian mereka yang menonton persembahan pada skrin putih. Najib boleh memilih untuk tidak menjadi boneka kelas ini.

Tetapi beliau dilihat sebagai pemimpin yang lemah oleh pasukannya dan juga oleh musuh politiknya,beliau tidak mampu untuk mengabaikan Mahathir – yang jelas adalah Tok Dalang. Satu silap langkah Najib akan menyebabkna beliau menghadapi masalah dan akan menemui nasib yang sama seperti Abdullah.

Najib, seperti semua ketua-ketua kerajaan, bercita-cita untuk menjadi perdana menteri yang bebas tetapi duri yang menusuk hati nuraninya daripada mereka yang jelas kelihatan adalah terlalu banyak untuk beliau tanggung. Malangnya, beliau seolah-olah tidak dapat bertahan, tetapi perjuangan menentang hati nuraninya adalah penting untuk survival politik beliau.

"Nasihat untuk Najib - kesedaran sendiri untuk memutuskan apa yang beliau mahu lakukan sebagai seorang perdana menteri. Beliau perlu berdiri dengan prinsip itu. Beliau tidak harus ditolak ke tepi oleh sesiapa pun.

Ia mungkin pahit ditelan, tetapi ini adalah pil yang harus ditelan untuk dihormati, jika tidak ia akan menjejaskan imej beliau sebagai Perdana Menteri. Tetapi beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak bertenaga." kata seorang ahli UMNO kanan.

Pemimpin seterusnya untuk UMNO

Yang hangat diperkatakan sekarang, "Siapakah Perdana Menteri sekarang? Najib atau Mahathir?"Kebanyakan orang sudah mempunyai jawapan yang jelas kepada soalan ini. Buat masa ini Najib hanyalah mengikut tulunjuk Mahathir semata-mata.

Tetapi Najib adalah pilihan Mahathir selepas Abdullah. Mahathir sepatutnya mula melatihNajib untuk menjadi 'pejuang' sebelum diletakkan di atas pentas. Mahathir tergesa-gesa menolak Abdullah keluar dari tempat kejadian dan dengan itu pelantikan Najib sebagai PM disegerakan.

Mahathir akan memastikan Najib berdiri di atas kakinya sehingga pilihan raya umum akan datang. Najib sedar bahawa jika beliau memutuskan untuk tidak mendengar nasihat daripada penasihat yang dilantik secara sendiri itu, beliau akan menghadapi masalah.

Ini adalah yang harus dielaknya sebelum menghadapi sebelum pilihan raya umum akan datang. Tetapi jika beliau terus mengikut telunjuk Mahathir, musuh politik akan melabel beliau sebagai PM tanpa pendirian sendiri.

Jika UMNO dan BN gagal dalam pilihan raya umum akan datang - yang dijangka akan berlaku adalah Mahathir akan mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri seperti apa yang beliau lakukan kepada Abdullah dahulu.

Mahathir berharap agar dapat hidup lama untuk melihat nasib Najib selepas pilihan raya umum akan datang. Mahathir bolehlah, selepas itu, membuat keputusan siapa pula yang akan menjadi orang seterusnya untuk memimpin UMNO. ~malaysiachronicle 

Chua Soi Lek Bidas Shahrizat Jalil

Posted: 20 Jan 2012 11:52 PM PST

Kerajaan Barisan Nasional (BN), menegaskan, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai "sangat teruk", menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.Presiden MCA itu menjelaskan, Shahrizat telah "dinasihatkan dengan lemah" berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.

"Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut," kata Dr Chua dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.

Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC "mempunyai masalah", yang kemudiannya dimanipulasi pembangkang di media.

"Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan. "Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya," katanya.

Namun begitu, Dr Chua menyanggah dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak membisu berhubung isu tersebut tidak bermakna beliau mempertahankan Shahrizat atau mana-mana menteri Kabinetnya.

Beliau menegaskan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan kerajaan juga telah mengumumkan perjumpaan dengan firma perakaunan untuk mengaudit akaun National Feedlot Corporation's (NFCorp).

NFCorp diusahakan oleh suami Shahrizat dan anak-anaknya. Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya.. "Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.

"Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu," tambahnya.

Shahrizat dilihat beroleh sokongan padu daripada perwakilan Umno ketika Mesyuarat Agung Umno baru-baru ini walaupun menerima kecaman hebat daripada masyarakat dalam pertuduhan skandal NFC.

Shahrizat juga memohon cuti selama tiga minggu daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, supaya siasatan penuh dapat dijalankan. Malahan, beliau turut memfailkan saman fitnah sejumlah RM100 juta terhadap penuduhnya dalam PKR.

Projek penternakan lembu menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Shahrizat tersebut.

Sejak itu, PKR telah membuat beberapa siri pendedahan termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.

Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.

Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.

Mereka turut menafikan tuduhan dana RM250 juta itu telah dipindahkan ke akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman tersebut dimeterai.

Sumber : Chua Soi Lek Bidas Shahrizat Jalil

Siapa Kenal Muka Tembok Nih?

Posted: 20 Jan 2012 11:28 PM PST


Siapa kenal muka tembok nih? Addin tak berapa kenal mamat sorang nih? Kalau-kalau sapa kenal tolong bagi tau sini!!.. Mat nih ikhlas ke? Ada udang sebalik mee nih..

Sumber :  Siapa Kenal Muka Tembok Nih?


Panas!! Pesara ATM Saman 6 Perdana Menteri M'sia Kerana Menipu, Berkonspirasi

Posted: 20 Jan 2012 11:08 PM PST

Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat kapten hari ini memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara. Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mewakili 403 pesara ATM itu, memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Tengku Zainal dan 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral, menamakan Lee, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.

Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konpirasi dan menyalahguna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang.

Kesemua plaintif mendakwa tindakan defendan-defendan itu adalah untuk menjadikan status mereka (plaintif) lebih rendah daripada pegawai lain dan kehormatan mereka akan menjadi rendah dalam sektor awam.

Mereka juga mendakwa defendan pertama iaitu Lee telah gagal dalam tugas perlembagaan dalam menyekat dan mengimbangi kuasa kerajaan pusat di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman dari 16 Sept 1963 hingga 31 Disember 1966 ketika Singapura di bawah Malaysia.

Oleh yang demikian, kesemua plaintif menuntut deklarasi bahawa keputusan Kabinet pada 1963 yang menyisihkan ATM dari Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk menyemak tangga gaji dan perkhidmatan untuk kesemua sektor awam adalah salah dan melanggar undang-undang.

Mereka juga menuntut perintah mandamus terhadap Kerajaan Malaysia supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja di bawah Ordinan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1950 untuk menyiasat salah laku berunsur khianat Perdana Menteri dan Kuarted Pegawai Tadbir Diplomasi.

Kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi punitif sebanyak RM3 juta bagi setiap plaintif, ganti rugi khas, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah. ~bernama

Najib Yang Syok Sendiri.. 400 Ribu Tu Yang Akan Hentam Kau..

Posted: 20 Jan 2012 10:20 PM PST


KUALA LUMPUR – Jumlah pengikut (followers) laman sosial Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Ia merupakan jumlah tertinggi berbanding semua ahli politik berpengaruh di negara ini. Dalam Tweetnya, Najib mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pengikut beliau. "Diharap interaksi kita akan berterusan," katanya.

Selain itu, dalam tweet yang seterusnya, beliau berjanji akan berusaha lebih gigih untuk rakyat dan negara ini. Laman Twitter milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar paling hebat kepada Perdana Menteri itu hanya mempunyai seramai 126,231 orang followers sahaja.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula memiliki seramai 48,675 orang followers setakat petang ini. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz pula lebih ramai pengikut di laman Twitternya berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengumpul seramai 30,509 orang dan Presiden PAS itu hanya mempunyai 11,665 pengikut sahaja.

Begitu juga dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya mengalahkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan jumlah pengikut seramai 36,027 berbanding isteri Anwar itu yang hanya memiliki 13,108 followers di Twitter masing-masing.

Laman Twitter merupakan antara medium komunikasi paling popular di Malaysia selain Facebook yang banyak digunakan ahli politik untuk berhubung secara ringkas dengan rakyat negara ini. ~mynewshub

Addin :

Janganlah syok Najib.. 400 ribu tu tak semestinya semua yang sokong.. Addin pun follow jugak.. tapi nak menghentam.. kah..kah..kah..


Terkini!! Fitnah Terbaru Blogger Pencacai RBF Online..

Posted: 20 Jan 2012 09:06 PM PST


Boleh tak sesiapa tolong terangkan apa yang ditunjukkan oleh anak panah itu, lambang salib atau ejaan dalam bahasa Kelantan. 

Jika ada mana-mana pembaca yang pakar dalam soal eja-mengeja bahasa Kelantan minta tolong terangkan. Setahu saya perkataan TEMU dalam bahasa Kelantan dieja sama seperti bahasa 'kolumpo'. Jika hendak dihentikan antara TE dan MU, ianya sepatut dieja TE'MU.

Inilah adalah fitnah terbaru dari blogger pencacai RBF Online. Kes fitnah Wardina baru je selesai, kini fitnah negeri Kelantan pulak. Memang fitnah merupakan rutin harian blogger pencacai. 

Untuk Pengetahuan orang yang tak tahu cara percakapan bahasa kelantan pertakaan "TEMU" dalam bahasa kelantan memberi maksud sejenis tumbuhan seperti kunyit.


Saya fikir sebab tulah dalam barner yang sengaja dibuat dalam bahasa kelantan tu tidak ditulis TEMU atau TE'MU nanti jadi macam pelik pulak.

Untuk pengetahuan orang yang tak tahu,dalam bahasa kelantan ada jenis sebutan seakan sabdu dalam Al-Quran contohnya perkataan "jupo" dengan "juppo" memberi makna yang lain ,kalau disebut jupo tak ada makna tapi kalu juppo memberi maksud berjumpa.

Lagi contoh ayat;Ambo nok turun ttanah meta.(Saya nak turun bawah sebentar).  kalau "tanah" dibaca tanpa sabdu akan jadi pelik dan lari maksud. jangan nak buat fitnah membabi buta,ingat ore kelate dimana-mana,hehehe..

Artikel di cilok dan di edit dari ~kamisokongtokguru 



Peniaga Wanita Paling Samseng Di Melaka

Posted: 20 Jan 2012 07:43 PM PST

Seorang wanita berusia 50 tahun mencatat sejarah sebagai penjaja yang pertama di kawasan berkenaan diberi surat amaran oleh Jawatankuasa Jonker Walk hanya kerana bersikap kurang ajar terhadap pe­ngunjung. Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut didakwa mencabar sekumpulan pengunjung untuk bergaduh, semata-mata kerana mereka dikatakan menghalang keretanya di kawasan tumpuan itu.

Timbalan Pengerusi Ja­watankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo berkata, satu surat amaran rasmi telah dikeluarkan kepada wanita berkenaan kelmarin, selepas dia didakwa bersikap kurang mesra pengunjung, malam minggu lalu.

Menurutnya, dalam insiden berkenaan, wanita terbabit turun dari keretanya sambil memarahi dan memaki hamun sekumpulan pengunjung kerana dikatakan menghalang laluan keretanya.

"Berikutan aduan daripada pengunjung terbabit, satu siasatan telah dijalankan dan kami dapati, ini bukan kali pertama dia bertindak sedemikian."Sebelum ini, dia juga turut bersikap sebegitu dengan peniaga dan penjaja lain di kawasan berkenaan," katanya, semalam.

Malah Tian Loo berkata, dua bulan lalu, ada penjaja yang mengadu mengenai sikap wanita terbabit dan satu amaran lisan telah dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Boon Leong.

"Bagaimanapun, sikapnya masih tidak berubah," katanya. Tian Loo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pen­didikan, Belia dan Sukan negeri berkata, sepanjang 12 tahun Jawatankuasa Jonker Walk ditubuhkan dengan lebih 400 peniaga dan penjaja di kawasan berkenaan, ia kali pertama surat amaran dikeluarkan.

"Kita memandang serius kejadian ini kerana sikap tidak mesra pengunjung sebegini, jika tidak diperbetulkan boleh menjejaskan imej Melaka, khususnya Jonker Walk, yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong," katanya.

Sumber : Peniaga Wanita Paling Samseng Di Melaka


(Gambar) Orang UMNO Baling Batu Pada Orang PAS..

Posted: 20 Jan 2012 05:52 PM PST


Apsal pakcik ni nak baling batu pulak? Orang nak berdemo aman pakcik oii.. sekarang sapa yang jahat dan selalu buat provok, Umno ke PAS ke? Ko orang lihatlah sendiri..


Pakcik oii.. kalau macam ni punya balingan bersepai kepala pakcik oii.. Janganlah macam tu pakcik nanti tak pasal-pasal ade yang menjanda..


Orang kelantan paggil gedeber macam nih.. biasanya mamat macam nih ramai-ramai je berani.



Bang oii.. kalu ye pun nak smackdown janganlah macam nih.. tak gentleman. Berapa sohai perkasa dan pekida bayar kat abang?


Ni ler gelagat-gelagat penyokong Umno yang dah naik sawan kerbau..


Sumber gambar kat sini.

Gempar!! Ahli Majlis PBT Dapat Video Seks Free..

Posted: 20 Jan 2012 05:10 PM PST

PETALING JAYA, 20 JAN - Pengedaran video aib yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini disasarkan kepada ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor. Yang peliknya, VCD tersebut diposkan di dalam satu sampul bersama surat yang memaparkan ajaran Islam tentang dosa orang yang mengumpat.

Terkini, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh dua orang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mahharul Ismail dan Halimey Abu Bakar.

Mereka mendakwa menerima salinan VCD video aksi seks lelaki dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan iras bangsa Cina dua hari lepas di alamat kediaman dan pejabat mereka. VCD tersebut diposkan di dalam sampul beserta surat itu.

Antara kandungan surat tersebut adalah :

"Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat. Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau memburukkan orang melalui lidah." "Kami membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat siapa yang menghantarnya tanpa penama dan diharap dapat juga menyiasat motif penghantaran VCD ini.

"VCD ini bukan sahaja diedarkan kepada ahli majlis MBPJ tetapi juga ahli-ahli majlis seluruh negeri Selangor ujar Halimey."  Maharrul berkata laporan itu juga dibuat sebagai tanda kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan VCD lucah tersebut.

"Ini juga merupakan satu kesalahan mengikut akta kesalahan jenayah atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah terutama diedarkan kepada penjawat awam," tegas Maharrul yang menerima salinan VCD itu di pejabatnya Rabu lalu.

Kedua ahli majlis MBPJ tersebut turut menyatakan kemungkinan pengedaran VCD ini bermotifkan fitnah politik kerana ianya disasarkan kepada penjawat awam dan diedarkan selepas Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

"Fitnah ini semata-mata untuk menggambarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Malaysia ini tidak bermoral. Jadi kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana ini merupakan jenayah berat," kata Maharrul.

Sumber :  Gempar!! Ahli Majlis PBT Dapat Video Seks Free..


Peniaga Wanita Paling Samseng Di Melaka

Posted: 20 Jan 2012 04:50 PM PST

Seorang wanita berusia 50 tahun mencatat sejarah sebagai penjaja yang pertama di kawasan berkenaan diberi surat amaran oleh Jawatankuasa Jonker Walk hanya kerana bersikap kurang ajar terhadap pe­ngunjung. Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut didakwa mencabar sekumpulan pengunjung untuk bergaduh, semata-mata kerana mereka dikatakan menghalang keretanya di kawasan tumpuan itu.

Timbalan Pengerusi Ja­watankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo berkata, satu surat amaran rasmi telah dikeluarkan kepada wanita berkenaan kelmarin, selepas dia didakwa bersikap kurang mesra pengunjung, malam minggu lalu.

Menurutnya, dalam insiden berkenaan, wanita terbabit turun dari keretanya sambil memarahi dan memaki hamun sekumpulan pengunjung kerana dikatakan menghalang laluan keretanya.

"Berikutan aduan daripada pengunjung terbabit, satu siasatan telah dijalankan dan kami dapati, ini bukan kali pertama dia bertindak sedemikian."Sebelum ini, dia juga turut bersikap sebegitu dengan peniaga dan penjaja lain di kawasan berkenaan," katanya, semalam.

Malah Tian Loo berkata, dua bulan lalu, ada penjaja yang mengadu mengenai sikap wanita terbabit dan satu amaran lisan telah dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Boon Leong.

"Bagaimanapun, sikapnya masih tidak berubah," katanya. Tian Loo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pen­didikan, Belia dan Sukan negeri berkata, sepanjang 12 tahun Jawatankuasa Jonker Walk ditubuhkan dengan lebih 400 peniaga dan penjaja di kawasan berkenaan, ia kali pertama surat amaran dikeluarkan.

"Kita memandang serius kejadian ini kerana sikap tidak mesra pengunjung sebegini, jika tidak diperbetulkan boleh menjejaskan imej Melaka, khususnya Jonker Walk, yang sememangnya terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong," katanya.

Sumber : Peniaga Wanita Paling Samseng Di Melaka


Akhirnya Mamat Nih Jadi Pak Turut Saiful Bukhari..

Posted: 20 Jan 2012 04:22 PM PST

SHAH ALAM - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata dia bersyukur dan menerima baik keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. "Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana," katanya dalam kenyataan segera diposkan pada blognya petang ini.

Kenyataan itu muncul di blog itu kira-kira jam 5.54 petang ini. Saiful berkata, dia dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan agar haknya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar," katanya lagi. Sementara itu, bapanya, Azlan Mohd Lazim, 58 juga berterima kasih kepada Abdul Gani kerana memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Saya bersyukur kerana beliau memfailkan kes anak saya pada hari ini (semalam)," katanya. Semalam, Saiful menghantar surat kepada Abdul Gani untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu.

Melalui blognya yang ditulis semalam, Saiful terpaksa menghantar surat rasmi tersebut kerana sehingga blog itu ditulis tiada maklum balas terhadap permohonan beliau dan bapanya, Azlan sama ada pihak Peguam Negara akan memfailkan rayuan atau tidak.

"Masa semakin suntuk. Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. "Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.

"Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara," katanya. Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Saiful selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonuleik (DNA).

Menurutnya, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak terjejas. ~sinarharian 


Tiada ulasan: